Content feed Comments Feed

When My Dream Come True ...

Tuesday, March 31, 2009


"Tiada yang lebih berkuasa dari satu idea yang telah tiba pada masanya." - Victor Hugo, reformis Perancis

Majlis Tertinggi GAMIS telah sepakat menawarkan kepada mahasiswa Islam Akademi Politikus Muda (atau Institut Pemikiran Umar al-Khattab) dan Akademi Daie Kontemporari (atau Institut Pemikiran Mus’ab bin Umair) dalam rangka kerja GAMIS untuk melahirkan world-class leader dalam konteks ahli politik bertaraf negarawan masa depan dan daie masakini yang lengkap dengan persenjataan hujjah mendepani isme-isme semasa menyesatkan aqidah rakyat dan professional di Malaysia. Saranan penganalisis politik, Prof Abu Hassan Hasbullah dalam Ummah Talk GAMIS yang lepas serta kemahuan MT Umno, Datuk Saifudin Abdullah menubuhkan akademi Umno bagi melahirkan pemimpin masa depan Umno yang lebih berwibawa dari pemimpin rasuah pada hari ini adalah antara satu cabaran dan faktor pendesak kepada GAMIS melakukan sesuatu “grand-design” yang lebih sistematik selaku ‘kilang’ menelurkan pemimpin negarawan Muslim di Malaysia pada masa akan datang.


GAMIS tidak mahu lagi melihat para pemimpin politik Malaysia pada masa akan datang, sama ada kerajaan mahupun pembangkang diambil secara ‘tangkap muat’ dari mereka yang tidak pernah meletakkan 'dream' mahu menjadi ahli politik, sehinggalah kesannya terlalu banyak soal-soal yang bersangkut paut dengan idealisme seorang pemimpin politik yang berasaskan pengetahuan (k-politics) dan jatidiri negarawan (pemimpin merentas kepentingan parti dalam isu-isu ummah) tampak jelas tidak wujud pada majoriti yang bergelar Yang Berhormat di Dewan Rakyat kini. Hanya beberapa individu sahaja yang dilihat tegar untuk membawa aspirasi rakyat di Dewan Rakyat dan sanggup mencari titik pertemuan merentas parti bagi memastikan hasrat rakyat dilaksanakan. Segala konflik diantara parti-parti tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai.

Institut Pemikiran Umar al-Khattab (GAMIS) akan melengkapkan mahasiswa yang disaring oleh GAMIS dengan ilmu-ilmu kenegaraan dan perlembagaan, pengetahuan asas mengenai politik tanah air dan isu semasa dan luar negara, kajian pemikiran tokoh-tokoh negarawan dalam sejarah Islam dan sejarah politik Malaysia dan pelbagai lagi.

Kegagalan gerakan Islam pada hari ini merekrut daie-daie yang mampu menawarkan perdebatan ilmiyyah dan membina ‘engagement’ yang baik dengan puak-puak liberalisme, feminisme, sekularisme, dan kapitalisme di Malaysia menjadi asas kepada pewujudan Institut Pemikiran Mus’ab bin Umair, seorang sahabat besar Rasulullah yang mempunyai pakej daie dan nuqaba’ yang lengkap sehingga peranan dalam pencerahan minda rakyat Madinah melancarkan gerak kerja hijrah Nabi S.A.W. Menjadi hasrat dan end product GAMIS akan lahir tokoh-tokoh seperti Almarhum Ahmed Deedat, Shekh Zakir Naik, Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Sheikh Tariq Ramadhan, Sayyid Mohamed Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka menyubur dan mempelopori perdebatan ideologi secara intelektual supaya masing-masing sama ada golongan Islamis mahupun Liberalis tidak ‘syok sendiri’ dengan gerakan dan pengaruh mereka tanpa pulangan yang bermakna kepada masa depan Islam di negara ini.

Seperti Institut Pemikiran Umar, institut ini juga hanya terhad kepada 20-30 orang sahaja yang berminat dari 3,000 ahli GAMIS di seluruh Malaysia.

"Apa yang lebih penting bagi saya bukanlah sejauhmana projek ini akan berjaya dilaksanakan, tetapi sejauhmana usaha GAMIS memasarkan idea ini kepada penggerak siasah dan dakwah masing-masing. Mungkin projek ini tidak mencapai 100 % impian kita, namun sekurang-kurangnya idea ini diterima baik di peringkat lokaliti kampus dan domestik kepimpinan GAMIS negeri masing-masing", ujar Setiausaha GAMIS

Sumber : www.gamisdaily.com

0 Responses to When My Dream Come True ...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"