Content feed Comments Feed

KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER

Wednesday, December 5, 2012








-->
TENTATIF PROGRAM
Kem Ummah Sukses
“19 Years in 36 Hours”
 




OBJEKTIF
1.       Membina personaliti unggul remaja pelakar sejarah melalui 5 falsafah Solat
2.       Menjejaki Al-Fatih melalui kembara spiritual, fizikal, emosional, intelektual dan sosial (S.P.I.E.S)
3.       Pulang dengan kejelasan wawasan diri 5 tahun (emotional goal setting), kejelasan kekuatan dan potensi diri, kejelasan aspek penambahbaikan diri, dan meyakini tiada yang mustahil untuk dicapai (nothing is impossible)

“Begin With Fatih, End With Faith”

HARI PERTAMA
(JUMAAT, 7 DISEMBER 2012)
MASA
SLOT
3.30 petang
Pendaftaran
4.30 petang
Minum Petang
Solat Asar Berjemaah
5.00 petang
Kenali IPTC
Taklimat Penerbangan
6.30 petang
Makan Malam
7.30 petang
LDK Taaruf Istimewa
8.30 malam
Solat Isya' Berjemaah
9.00 malam
Kuasa Solat 1 : ATTITUDE
11.00 malam
Minum Malam - Rehat

HARI KEDUA
(SABTU, 8 DISEMBER 2012)
MASA
SLOT
5.30 pagi
Solat Subuh Berjemaah
Wrap Up 1
7.00 pagi
Fatihrobik
8.00 pagi
Sarapan Pagi  & Hemat Diri
9.00 pagi
Kuasa Solat 2 : INTEGRITI
10.30 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Kuasa Solat 3 : VISIONARY
12.30 tgh
Makan Tengahari
1.00 petang
Solat Zohor Berjemaah
2.00 petang
Kuasa Solat 4 : OPTIMIST
4.30 petang
Minum Petang
Solat Asar Berjemaah
5.00 petang
Kuasa Solat 5 : SYNERGY
(Outdoor Session)
6.30 petang
Makan Malam
7.30 petang
Solat Maghrib Berjemaah
Rehat
8.30 malam
Solat Isya' Berjemaah
9.00 malam
Kuasa Solat 1 – 5 : Meneladani Remaja Unggul Al-Fatih
11.00 malam
Kembali Pada Tuhan
12.00 malam
Minum Malam - Rehat

HARI KETIGA
(AHAD, 9 DISEMBER 2012)
MASA
SLOT
5.45 pagi
Solat Subuh Berjemaah
Wrap Up 2
7.00 pagi
Explorace S.P.I.E.S
Shifting The Ships
9.00 pagi
Hemat diri
Sarapan pagi
10.00 pagi
Halaqah Cermin Diri
10.30 pagi
Resolusi S.O.I.F
(Strength – Opportunity – Improvement – Faith)
11.30 – 12.30 tengahari
Majlis Perasmian Penutup
Makan Tengahari
Salam Wada’ 



Pening dengan status Hassan 'Hercules' versi "Fetih 1453" ? Bertenanglah dengan fakta sejarah yang sebenar mengenai Hassan Ulubati, "a Muslim soldier - unanimous".


"Fetih 1453" berjaya menggambarkan aksi syahid pahlawan Hassan Ulubati sebagaimana direkodkan oleh sejarawan, namun "Fetih 1453" juga berjaya mencemarkan nama baik Hassan dengan aksi-aksi karut dalam filem itu sebelum berlakunya babak serangan akhir ke atas Konstantinopel.


 Jika tiada adegan KARUT mengenai pemuda bernama Hassan dalam "Fetih 1453" sebelum beliau memacakkan panji merah Osmaniah, ternyata filem "Fetih 1453" sudah cukup SEMPURNA menggambarkan anak-anak panah yang hinggap di badan Hassan sehingga beliau gugur syahid dengan nafas terakhirnya berjaya dihembuskan selepas panji ditegakkan.


Namun kewujudan "Era" dan adegan-adegan KARUT sebelum adegan serangan akhir 29 Mei telah mencemarkan aksi syahid Ibrahim Celikkol (pelakon watak Hassan) di hujung filem.


Penonton boleh menitis air mata sekiranya Faruk Aksoy membuang adegan KARUT Hassan-Era. Apa salahnya Era digambarkan bercinta dengan askar lain yang bukan bernama Hassan sekiranya Aksoy sudah terdesak untuk tunduk kepada standard Hollywood untuk filemnya menggegar dunia.




"Ulubatle Hassan was the first Ottoman soldier to reach the tower and he raised the Ottoman flag from the walls. The tower on the right-hand side is still under the control of Byzantines, and a number of archers can be seen shooting arrows at Hassan and the other Ottoman soldiers who are trying to climb the wall with ladders. The Byzantines are pouring boiling oil down on the Ottoman soldiers." - Tarih Muzesi 1453, Istanbul 


Dr Salim Rushdi dalam kitabnya Muhammad al-Fateh menggambarkan kisah komando Usmaniah yang berani bernama Hassan Tulubatle. 


“Hassan Tulubatle mara ke pintu Topkapi dan diikuti lebih kurang 30 orang tentera. Masing-masing mengangkat pedang di tangan kanan mereka. Mereka mara bagaikan petir yang mahu menyambar mangsanya tanpa mempedulikan hujan panah dari atas menara kota Konstantinopel. Hassan dan baki 18 orang tenteranya (yang lainnya mati syahid ketika rempuhan dilakukan) terus berjaya mara ke atas menara pertahanan Konstantinopel. Mereka diasak ratusan tentera Byzantine di atas binaan benteng itu sehingga berlaku pergelutan dahsyat. Sejarawan Byzantine, Frantistas yang melihat dengan matanya sendiri peristiwa itu menceritakan bagaimana Hassan Tulubatle menggunakan seluruh kekuatannya bagi memacakkan panji Usmaniah di atas menara tertinggi pertahanan, namun beliau tersungkur jatuh di atas kedua-dua lututnya ketika memacaknya.”


Sebab itu bila berbicara mengenai Al-Fatih, hanya beberapa minit adegan "Fetih 1453" sahaja saya tonjolkan seperti pembinaan Rumeli Hissari, Meriam Edirne dan runtuhnya pintu Saint Romanus serta beberapa lagi babak penting yang saya kira sebagai kekuatan "Fetih 1453" seperti yang saya ulas sebelum ini. 


Saya berusaha sendiri memasukkan subtitles yang tidak merujuk kepada skrip filem itu, tapi dari kajian saya mengenai Al-Fatih yang selari dengan babak yang ditonjolkan itu. 


Selebihnya adalah "Jejak Al-Fatih" saya di Turki dan perkongsian kajian saya secara slide powerpoint, sekadar memberikan gambaran mudah kepada peserta yang tidak pernah mengenali Osmaniah dan membosani sejarah. Bagi saya fakta yang dikaji lebih penting dari gambaran filem itu, namun filem itu tetap menjadi bahan bantu untuk memudahkan pendengar mendapat gambaran awal. Andaikata saya persembahkan 1453 secara sangat akademik, nescaya larilah pendengar kerana gagalnya saya mempersembahkannya secara mudah dan mesra. 


Membuat tayangan sepenuhnya pada umum dengan penapisan sekalipun tanpa PENCERAHAN dan KOMENTAR kritis boleh memberikan gambaran tidak tepat kepada peserta mengenai peristiwa 1453 yang sebenar. 


Bukankah "Fetih 1453" memaparkan peranan Hassan lebih ditonjolkan dari Sultan Muhammad sendiri ? 


Siapa sebenarnya Hassan dalam "Fetih 1453" itu sebenarnya ? 


Di mana Al-Fatih ketika pemindahan kapal sedangkan idea itu dipertahankan Maksudoglu sebagai idea 'original' Sultan ? 


Di manakah 'Janissaries' dan 'Mehter' dalam filem itu ? 


Kenapa Aksemseddin bagaikan 'Santa Claus' yang muncul tiba-tiba sahaja di sisi Sultan ? 


Dan beberapa lagi kritikan saya dalam posting sebelum ini serta gambaran Faruk Aksoy yang telah mengundang kritikan dari tenaga akademik pengkaji 1453. 


Kesimpulannya, kita memerlukan "Fetih 1453" versi yang bukan sekadar 'syariah-compliance' dan mengekalkan keabsahan fakta-fakta asal, tetapi moden dan mahal seperti "Fetih 1453" Faruk Aksoy. 


Jika tidak, ia hanyalah sebahagian lagi dokumentari yang hanya diminati untuk ditontoni oleh segelintir kecil sahaja pengkaji sejarah!

Bahagian ketiga, menyentuh sekitar 30 minit ketiga filem "Fetih 1453".

Bogazkesen, September 1452 : "The Turks have created a miracle.
Look, this is a sign to stop."

Genoa : "How can my ship sink ? The Turk want to interfere with our trade,
also want to fight with us. Justiniani, prepare to aid Constantinople!"

Pope : "I will send a large armies of archers with you
to aid Constantinople. To achieve this unity (Catholik-Orthodox), people have to believe in you. God bless you"


Emperor Constantine : "Your presence has helped morale of the people
and strength of my army." Isidore : "The truth is that you need more help
from Catholics, Emperor to face the godless Turks. First of all, you need to silence Gennadios. I think it would not be
a problem for the powerful emperor as yours."


Fakta 1452 : Unification of Roman Catholic and Greek Orthodox Churches in the cathedral of Hagia Sophia on December 12, five months before the city fell, on the West's terms, when Emperor Constantine XI Palaiologos, under pressure from Rome, allows the union to be proclaimed by the former Metropolitan of Kiev Isidore (who had participated in the Council of Florence and was now a cardinal in the Roman Catholic church) who read the solemn promulgation of union and celebrated the union liturgy, including the name of the pope, arousing the greatest agitation among the population of the city.


Gennadios : "Oh My people! How can we keep our faith to the Emperor who sold his soul
The Pope ?  He felt on his knees before the Pope sell our religion! They want to rule the Orthodox!"

Halil Pasya : "Think again about this decision, my Sultan. We know that the Pope has sent a large army of archers. These armies will come from Venice and Genoa. German, English and French soldiers will also come." Sultan : "Englishmen and Frenchmen almost destroyed their morale. A German king, dealing with internal problems. You should know it better than us, Lala (Halil Pasya) ? Zaganosh, send our spies to contact Gennadios, tell him, the time will come they can pray without Catholics! Also tell Orban to complete the cannons within two months!"

Ketibaan panglima perang tembok dari Genoa, Giovanni Justinian disambut meriah oleh Konstantinopel.

Emperor : "Finally, you come to support us against the faithless. You and your army is very valuable to us." Grand Duke Notoras : "But let's not forget the past when your armies looted this city." Justiniani : "Do you think that you are unfair to
army that came to save your city?"

Zaganosh : "Sultan, we manage to made an agreement with the Serbs and Hungarians. So, we will not have any problems during the siege." Sultan : "Thanks for the valuable gifts that you sent to them."

Sultan menunjukkan kepakarannya dalam seni bersajak (kepada isterinya Gulbahar).

Gulbahar suka pakai minyak wangi Yasmin ? Suka bersolek ? Percintaan Hassan-Justiniani dan Era ? No comments. OFFSIDE from the facts, 'Hollywood' love version of Turk's Faruk Aksoy!

Meriam berjaya disiapkan 3 bulan lebih awal. Dibawa secara rahsia dari Edirne ke Konstantinopel pada jarak 250 kilometer dalam hanya 6 minggu.

KAPAL FUSTAE

Kapal dayung yang berukuran 19-24 pendayung dan memuat 220 tentera.

Akhirnya, 140 buah kapal perang dan 320 buah perahu di Gallipoli

Sultan sedang memakai Kaftan. Filem ini berjaya menggambarkan sisi Sultan Muhammad yang benar-benar serius dan bersungguh untuk menuju Konstantinopel dan membunuh musuh dengan pedangnya sendiri. Muzik Benjamin Wallfisch pula berjaya membakar semangat dan menggambarkan keadaan sejarah ketika itu.


This is the caftan and armor of Sultan MehmedII that are located in Topkapi Palace. For the Ottomans, a caftan was generally made of thick and expensive material and heavily embroidered. The caftan worn by the sultans were sometimes presented to people who achieved success as a form of reward. The armor was to protect the body in war or against danger.

Source : Panorama 1453 Historical Museum

Pedang Sultan Muhammad di Topkapi Muzesi

The Soldiers of the Conquest

The army of the conquest, which numbered almost 100,000 people, consisted of a force ranging from the sultan to privates, from great scholars to dervishes, from the grand vizier to the Janissaries. The conquest was the achievement of all these people, not of just one person or one group. The soldiers and scholars who gave direction to this army were : Fatih Sultan Mehmed II, candarli Halil Pasha, Ishak Pasha, Mahmud Pasha, Dayi Karaca Pasha, Zagonos Pasha, Saruca Pasha, Sehabettin Pasha, Baltaoglu Suleyman Bey, Hamza Bey, Aksemseddin, Molla Gurani and Molla Husrev.
Source : Panorama 1453


Gambaran Sultan Murad II sangat sibuk dengan misi jihad sehingga Muhammad tidak dipedulikan. Menurut sejarawan, Murad II memfokuskan pewaris takhtanya kepada Ahmad dan Ali. Namun taqdir Allah kedua-duanya meninggal dunia, mati dibunuh oleh talibarut Byzantine.

Muhammad berkahwin pada 15 Disember 1446 pada usia 14 tahun dengan Siti Aminah Gulbahar iaitu 5 tahun sebelum beliau menjadi Sultan. Dalam riwayat sejarah yang lain, nama isterinya itu adalah Siti Mukhrimatun binti Suleyman Bey dan usia Siti Mukhrimatun ketika dinikahi adalah 11 tahun dan beliau melahirkan zuriat pada 3 Disember 1447 yang kemudian dinamakan sebagai Beyazid. Beyazid bin Muhammad berusia 7 tahun ketika ayahnya menawan Konstantinopel. (Sumber : Franz Babinger)

Pidato Maharaja Konstantinopel : "Precious commanders! Brave soldiers! Full of faith folks! We are under the protection of the Virgin Mary! TheTurks find the courage to threaten us again! Infidels Turks are going to pierce their venomous teeth in our throats! They think they will be able to pass the strongest walls of history! But we will drown in their own blood! Children of Constantinople! I believe that each of you will fight to the last blood! And I will write a new story! God is with us!"

Bartomolo Saligno berjaya menyempurnakan rantai penghalang gergasi di Tanduk Emas dua hari menjelang kedatang armada laut Palta Oglu dan Sultan Muhammad


"Justinian, your squad of archers keep Romanos gate! This is our weakest spot.
If they enter, you will first fight!"

God will protect our city!

Filem berjaya menggambarkan Sultan Muhammad memberikan taklimat dan pengarahan tersendiri kepada kesemua orang-orang kanan beliau. "Suleiman Pasha Balta Oglu, kamu uruskan Halic (kawasan rantai) kerana tembok terlemah di situ. Zaganosh Basya, kamu tumpu pada serangan dari Bukit Galata. Hassan, kamu akan pimpin Janissari. Kamu dan tentera berkuda Janissari tidak akan menyerang selagi tembok belum dijatuhkan. Serangan akan dimulakan pada hari mulia, Jumaat !"

Keterangan pembahagian tugas oleh Sultan Muhammad sebagaimana di Muzium Tentera, Istanbul.

BERTEMU LAGI DALAM BAHAGIAN 4 KUPASAN "FETIH 1453" !








Bahagian kedua "Fetih 1453" berjaya menggambarkan apa yang digambarkan sejarawan secara akademik mengenai pemberontakan Karaman, pendirian 'pelik' Halil Pasya, pembinaan Rumeli Hissari dan kesannya pada Konstantinopel serta berlakunya perpecahan dalaman Konstantinopel akibat usaha Maharaja untuk mempersetujui syarat Vatikan agar disatukan Katholik dan Orthodoks jika mahu Konstantinopel dibantu Venetian. 


Analisa filem untuk 30 minit seterusnya adalah seperti berikut :

Hassan Ulubati berjaya membocorkan surat Orhan dari Konstantinopel kepada Karamanoglu Ibrahim agar mencetuskan pemberontakan ke atas Sultan Muhammad. Perisikan Sultan Muhammad tidak dapat dinafikan lagi lebih pantas dari pergerakan musuh-musuhnya.


Karamanoglu Bey sedang berbincang kemampuannya untuk memanfaatkan Halil Pasya

Pertikaman lidah antara Zaganosh dan Halil Pasya. Sultan Muhammad berjaya menangani krisis di Karaman sebaiknya. Penyatuan dalaman adalah agenda terpenting beliau sebelum menuju Konstantinopel.  


"Constantine wants to double the money we paid for Orhan, Lord." - Halil Pasya. Surat dari Konstantinopel itu hanya mengesahkan lagi erti 'persahabatan' Halil Pasya dengan Konstantinopel.


I am surprised by the sentence from Orhan Ibrahim to Karamanoglu.
"Chief Vizier Halil Pasha was also with me." Is this the 'friendship' you mean Halil Pasya ? Halil Pasya sudah tidak mampu menyelamatkan dirinya lagi dari tuduhan Zaganosh ke atasnya sebagai pengecut dan 'musuh dalam selimut'.



Hukuman yang dijatuhkan ke atas munafiqin di Karaman yang mendalangi pemberontakan. Surat dari Orhan yang sampai ke tangan Sultan Muhammad menjadi penyebab utama Halil Pasya dipecat dari menjadi ketua Janissari, sebuah keputusan besar dan berisiko dilakukan oleh Sultan. Ketua Janissari yang baru diserahkan kepada Zaganosh.

"Karamanoglu was cowards! Surrendered without a fight." - Paleologus, Maharaja Konstantinopel yang bengang atas gagalnya konspirasinya

"Aku tidak pernah meragui kejujuranmu, Halil Pasya. Jika aku meraguimu, kepalamu sudah lama aku penggal." - Sultan Muhammad 


"The moment we put the first stone on Rumeli, the Byzantines, the Pope and all other allies
will understand what we want to do, Lord. They will join together and will attack us." - Halil Pasya terus menunjukkan 'ketakutan'nya pada Konstantinopel. "Pertumpahan darah sudah tidak dapat dielakkan wahai Halil Pasya. Persoalannya, adakah darah itu akan mengalir untuk syahid atau untuk tujuan sia-sia!" - Sultan Muhammad

  



'Faruk Aksoy' sedang membina Rumeli Hissari. Rumeli Hissari adalah 'counter attack' Sultan Muhammad pada konspirasi Konstantine dan Orhan ke atas Karaman yang berjaya dibocorkan

"Tell Knight Justinian to command my army and he will receive the island of Limnos. Make the masterpiece, Orban to finally make cannons for us!" - Maharaja Konstantinopel

"Yes, The Pope should take action. By collecting strong army of Crusaders, Mehmed will abandon the attack. So Constantine will sign the contract for not joining the Orthodox Church to the Vatican. But we should know that Frenchmen and Englishmen were at war. Their armies are worse condition. A German Emperor has internal problems to the throne. Sultan Mehmed knows very well all of this problems. But we still can convince the Venetians." - The Pope of Vatican


"Sultan, menurut perkiraan saya, kita memerlukan 11 bulan untuk menyempurnakan Rumeli Hissari." - Muslihudden. "Tidak, kamu hanya ada masa 5 bulan sahaja. Sebarang bantuan ke atas Konstantinopel mesti disekat segera sebelum segalanya terlambat!" - Sultan


"You want to disconnect my Black Sea, to prevent our trade! Your destination is more than clear. You think you can skip my walls ? Ask your father and you will be dissatisfied. You stopped the money you paid for Orhan. To continue the peaceful days between us, we did not opposed to this. But if you do not immediately stop the construction (Rumeli), I will send Orhan
to Edirne. I'll do anything to him to get the throne! Don't forget, if you think that the Pope and the Latins
will tolerate on your construction (Rumeli), you're wrong Mehmed. Prepare to meet the largest army of crusaders in history!
" - Surat ugutan Maharaja Konstantinopel pada Sultan Muhammad apabila menyaksikan Muhammad terus membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah bersebelahan Konstantinopel

"The Pope was to gather an army to attack us. We had beat them in Varna and Kosovo. I will beat them. I, I do not look like Sultans before me. I am the Sultan Mehmed Khan. This is my land and this will make a fort! Everything is my land,
is under my power!" - Pidato Sultan Muhammad pada para jurutera dan pembina Rumeli Hissari

"The Pope promised military aid. But they want the union of our church. We can't send Orhan to Edirne to provoke the anger of people against Mehmed, because all of them unite under Mehmed." - Paleologus

"Binakan kami meriam kamu atau nyawa anak perempuan kamu dalam bahaya." - Grand Duke Notoras kepada Orban

"Master Orban, the Sultan Mehmed want to see you in his palace." - Hassan
"Celaka Turki. Mereka menculik Orban. Mereka sentiasa mengatasiku!"

"Write a letter to the Pope, I am ready to do common ritual between Catholics and Orthodox. We must unite and to fight
our biggest enemy, the Antichrist."



"Did you forget our past!? This unity will also damaging our faith and our city. I beg your Great Emperor!
This decision will give our church to the Pope! This would be the end of our religion! I prefer the Turks than Latin." - Grand Duke Notoras

"We do not want to see false Catholics in The Hagia Sophia! I will not betray their religion in the hands of the Pope!"

Master Urban, I am glad to see you. I want to pour huge cannon to break the walls of Constantinople! Hassan will always be with you, for your security needs."

"Strength and power can only be achieved through the great and supreme God. Lord! Bless our work. Bless our victorious army. Ameen "


Nantikan siri ketiga kupasan saya untuk 30 minit seterusnya.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"