Pulang dari motivasi di SMK Seksyen 9 awal pagi tadi bersama sahabat saya Azhadi. SMK Seksyen 9 merupakan sekolah Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lepas dengan justifikasi yang sangat dipertikaikan berdasarkan 'rule of law'. Jelas suasana hiba melatari guru-guru dan para pelajar sek ini. Hampir kesemua rakan-rakan sekelas arwah saya dimaklumkan tadi masing-masing menyimpan keratan akhbar wajah arwah dlm meja masing-masing, mungkin sebagai tanda berkabung.
Ceramah saya pada pelajar SPM SMK Seksyen 9 pagi tadi sekitar Kuasa Peta Minda dalam menjana kecemerlangan SPM.
Selepas memulakan ceramah dengan sama-sama mensedeqah al-Fatihah pada arwah, saya berkesempatan tertanya para pelajar (sesi pagi tadi bersama pelajar tingkatan 5), adakah mereka sempat kenal perwatakan arwah Aminulrashid. Perkataan pertama keluar dari mereka "dia comel". Arwah bertubuh kecil, 1st impression orang yang menemuinya akan ingat dia form 1. Arwah sememangnya suka main bola, setiap kerje sekolah yang cikgu berikan dia akan buat.
Layakkah pelajar 15 tahun yang akan menduduki PMR tahun ini dikatakan 'penjenayah' sehingga melayakkan beliau ditembak, di kepala pulak tu ?
Belum reda 17 ribu kes anak luar nikah 2009 dan pembuangan bayi yang makin dahsyat sehingga tertera di akhbar arus perdana dan menteri naik berang, kini krisis sosial yang sepatutnya ditangani oleh pihak polis, kini tampaknya ada segelintir pihak polis sendiri cuba mencetuskan ketegangan sosial. Yang sepatutnya ditangkap terlepas, yang belum tentu bersalah - apatah lagi remaja yang akan menduduki PMR t- erbunuh akibat das tembakan di kepala.
Takziah kepada keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak di belakang kepala.- sebab yang menjustifikasikan tembakan itu sedang hangat dipertikaikan. Lebih baik anda membaca laporan polis yang dibuat oleh sahabat arwah di Perisik Rakyat, anda nilailah sendiri apakah nasib Malaysia pada saat ini di bawah Apco-Umno-BN.
Sekolah Allahyarham sangat dekat di hati saya kerana pada 10 Februari lepas saya memberikan ceramah motivasi di sana kepada pelajar yang bakal menduduki SPM dan PMR. Sudah pasti Allahyarham sempat mengenali saya kerana kehadiran ke ceramah itu diwajibkan, cuma dukacita saya tidak berkesempatan mengenali atau sekurang-kurang menjenguk dan menjeling kepadanya kerana jumlah pelajar yang sangat ramai.
Suasana seminar motivasi pada pelajar PMR-SPM di SMK Seksyen 9 Shah Alam, 10 Februari 2010
Esok sekali lagi saya akan memberikan ceramah motivasi kemahiran belajar di SMK Seksyen 9 Shah Alam tersebut. Sudah pasti saya tidak dapat nafi dan sembunyikan rasa hiba dan sayu di hati ini kerana ceramah siri kedua I.P Minda kali ini kehilangan seorang pelajar yang sudah pasti guru-guru, rakan-rakan beliau lebih mengenali beliau sepanjang di sekolah.
Berita dari Hulu Selangor ternyata agak mendukacitakan pada awalnya. Apatah lagi mendapat maklumat PR kalah teruk di 3 FELDA Hulu Selangor, ternyata BN menumpang menang dgn undi warga FELDA. Teringat saya kenangan memimpin kem pemantapan aqidah remaja Felda di bawah I.P Minda di Kedah, Selangor, Jengka dan beberapa tempat yang lain pada tahun lepas. Insya-Allah, saya dan pasukan dakwah saya tidak akan putus asa meneruskan agenda dakwah menyelamatkan remaja-remaja FELDA supaya makin dekat dgn Tuhan dan Islam serta sekaligus cerah matahati mereka kelak apabila diminta membuat keputusan segenting dan sepenting pemimpin dan wakil rakyat mereka. Politician thinks for the next election, statesman think for the next generation.
Kebetulan ketika menerima berita kekalahan lebih awal dari Zentrum Future Studies kelolaan Prof Abu Hassan Hasbullah yang telah meramalkan lebih awal kekalahan PKR dengan majoriti 2 ribu undi, saat itu saya dan isteri dalam perjalanan pulang dari training Leadership Camp pimpinan mahasiswa kolej TPM di Bukit Jalil.
Meskipun Hulu Selangor ternyata mendukacitakan kami buat seketika, tetapi 'suasana' Hulu Langat ternyata merawat duka kami. Dalam perjalanan pulang dari Nur Lembah Pangsun Eco Resort bahkan di tapak kem itu sendiri, saya terserempak (entah buat kali yang berapa rasanya) dengan banyak konsultan-konsultan yang sedang mengendalikan program SPIES kerajaan Negeri Selangor bertapak di campsite2 Hulu Langat. Ternyata kami tidak keseorangan dalam misi membangun sumber manusia generasi baru negeri Selangor.
Rupanya meskipun penangan Hulu Selangor semacam meresahkan masa depan PAS-PR utk PRU 13 tidak lama lagi andaikata benar kata penganalisis P094 adalah cermin kepada PRU 13 (termasuk jugalah cermin kepada bakal berulangnya lagi politik kotor, rasuah, serangan peribadi dan manipulasi SPR), namun PAS di Selangor ternyata tidak perlu terlalu bimbang kerana saat ini kita masih lagi memegang tampuk kekuasaan dan kita sedang ghairah merancakkan sesuatu yang sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam iaitu sektor pendidikan dan pembangunan program-program agama, yang kedua-dua port-folio itu dipegang oleh PAS Selangor.
Vaksin SPIES sedang merebak dahsyat setiap minggu sebenarnya, ini adalah saham terbesar PAS dlm kerajaan PR Selangor. Benih yang sedang ditanam mungkin bukan sekarang masa menuai hasilnya, nantikanlah beberapa tahun lagi.
Hulu Selangor memang cermin PRU 13, tp suasana lambakan program menyelamatkan ribuan anak-anak muda Selangor dari sekolah rendah sehinggalah kepada belia-mahasiswa, yang kebanyakan tempat operasi program berlaku di sekitar Hulu Langat, ternyata ini adalah cermin masa depan cerah PAS-PR 10-20 tahun dari sekarang.
La Tahzan wahai aktivis-aktivis PAS yang bekerja keras kerana Allah di P094. Kuasa projek-projek dakwah, kuasa program-program pendidikan dan penyucian jiwa kelak akan mampu mengubah jua penangan P094 walawpun ternyata ia mungkin sedikit memakan masa.
Pada 23 – 25 April baru-baru ini bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, saya dan isteri mengetuai krew I.P Minda telah diberikan peluang untuk membuat latihan kepimpinan kepada para pemimpin mahasiswa dari sebuah IPTS terkenal di Lembah Klang iaitu Technology Park Malaysia College Sdn. Bhd. dengan jumlah peserta hampir 40 orang.
Walaupun I.P Minda tidak mampu menyampaikan keseluruhan modul-modul kepimpinan untuk meraikan modul-modul outdoor yang disediakan oleh pihak campsite, tetapi majoriti peserta telah memberikan feedback yang sangat memberangsangkan kepada I.P.M khususnya Puan Sri Yanti Mohd Salmongel selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej TPM selepas saya membentangkan modul “Kuasa Pemikiran Inovatif Muhammad al-Fateh”.
Berduet dengan motivator terkenal saudara Amin Idris
Pencerahan minda mengenai masa depan Islam di mata gerakan Zionis-Freemason Antarabangsa kali ini menembusi Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis. Walaupun sangat jauh perjalanan hampir sepertiga perjalanan pulang ke Kelantan, kekuatan motivasi isteri tersayang yang menemani perjalanan terus menyemarakkan semangat saya untuk berdakwah dengan pendekatan moden kepada mahasiswa guru-guru pelatih di sana.
Apatah lagi saya dimaklumkan program ini diwajibkan hadir kepada seluruh mahasiswa di IPTAA. Justeru, peluang yang disajikan kepada saya perlu saya maknakan sepenuhnya khususnya dalam membuka minda mereka untuk nampak dengan jelas visi dan misi masa depan sebagai guru pelatih. Tidak guna membicarakan kenapa Yahudi bijak dan mampu menguasai dunia andaikata resolusi untuk para guru pelatih serius kembali membina generasi baru Islam masa depan dengan sistem pendidikan Islam yang sememangnya sebuah sistem Tuhan yang mampu membijaksanakan generasi muda dan belia Islam tidak sebagaimana realiti pada hari ini.
Terima kasih kepada Fahmi serta seluruh kepimpinan MPP (JPP IPTAA) dan seluruh para pensyarah dan mahasiswa yang sudi hadir. Moga ada makna baru pada kehidupan selepas mengikuti sesi yang telah saya kendalikan dengan harapan kita semua berganding bahu menyelamatkan ummah yang semakin sarat kritikal ditembak oleh peluru-peluru halus gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa.
Impak dari Nadwah Kepimpinan Islam SBP baru-baru ini nampaknya mula menampakkan penangan modul Kuasa Solat Kuasa Perubahan yang saya bina dengan izin Allah. Terima kasih pada Ustazah Rubiah yang telah sudi menjemput saya menyampaikan modul saya tersebut kepada seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, sebuah sekolah SBP yang saya kira antara yang terbaik di Malaysia.
Sekali lagi ditemani isteri tersayang yang sedang 'bercuti panjang', kami menuju ke Kuala Pilah nun jauh ceruk Negeri Sembilan sana. Kemampuan untuk mengawal perhatian dan tumpuan 600 orang pelajar seluruh tingkatan selama 2 jam dalam sesi ceramah di waktu petang cukup mencabar kematangan saya, pendekatan dan kekuatan slide-video saya.
Benarlah, ilmu "pengalaman" tidak diperolehi di kelas dan kuliah, tidak semudah membaca pengalaman orang lain dalam buku-buku mereka, ia adalah suatu yang mesti ANDA RASAI sendiri. Belajarlah mencipta kesilapan, kerana di situlah tersembunyi kematangan, satu SENI yang harganya tidak sama dengan sebuah buku. Terima kasih pada isteri tersayang, penasihat setia saya sepanjang sebelum-semasa-selepas ceramah.
Tiada yang lebih menggembirakan saya apabila menerima jemputan dari Institusi Usrah MMU Cyberjaya iaitu 'PMI' di sana untuk membentangkan kertas kerja slide saya mengenai 'Membedah Agenda Masonic NWO". Bukan kegembiraan itu terletak dan terzahir pada teknologi yang disediakan oleh MMU untuk memudahmantapkan ceramah saya kerana saya tidak pelik dengan teknologi komputer, kawalan slide dan kawalan lampu serta sistem bunyi yang sangat mantap belum pernah saya lihat sepanjang ceramah-ceramah saya di kampus.
Buku Shekh Imron Hosein bertajuk "Jerusalem Di Dalam Al-Quran : Pandangan Islam Mengenai Halatuju Jerusalem Pasca 911" antara sandaran saya dalam mendiskusikan dokumen "The Arrival".
Tetapi kegembiraan itu datang dari kepuasan menyampaikan resolusi seminar yang mennyentuh secara langsung peranan mahasiswa mahasiswi Islam di MMU Cyberjaya untuk memikir dan bertindak melaksanakan agenda alternatif kepada penangan filem-filem Hollywood dan animasi-animasi Walt Disney. Saya pulang bersama isteri yang setia menemani dengan rasa puas kerana sebuah bingkisan harapan agar MMU merintis projek-projek filem-filem dan animasi Islam yang tampak mendapat perhatian serius mahasiswa di sana selain pendedahan demi pendedahan dokumen sebenar mengenai NWO yang selama ini mereka tidak ketahui. Terima kasih Faiz dan seluruh kepimpinan Institusi Usrah MMU.
Allah menjadi hikmah 5 kali solat fardhu sebagai suatu konsep training untuk mengambil dan 'menegakkan' (iqamah) nilai-nilai dalam solat di luar dari solat iaitu kehidupan seharian. Sebab itulah Allah menggunakan perkataan 'menegakkan' solat kerana solat yang berkualiti adalah solat yang mampu menegak dan meluruskan kehidupan seharian hasil dari 'training' 5 minit ketika khusyuk dalam solat.
Demikian juga konsep training dalam rukun Islam seterusnya puasa. Hanya 30 hari atau sebulan dari 12 bulan. Lantaran umat Islam perlukan juga 'training' yang lebih bersifat internal selama 30 hari untuk tujuan nilai-nilai puasa dan ibadah Ramadhan itu ditegakkan di luar dari Ramadhan (11 bulan selebihnya). Sebab itu apabila membaca surah Al-Qadar di luar dari Ramadhan, Tuhan mengajar kita untuk mengenang dan melakukan muhasabah sejauhmana training memburu malam Lailatul Qadar itu kita konsisten meneruskan sehingga di luar dari Ramadhan.
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.
Montaj IPTC
Twitter With Me
Profail Blogger
Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"