Alhamdulillah, sempurna sudah rakaman bersama krew One Heart Creative Solution untuk program bersiri mereka "Syoknya Puasa". Jutaan terima kasih saya rakamkan pada saudara Huzaifah, Suhairil, Shahidat dan seluruh krew OHCS kerana kerjasama yang dijalinkan dengan saya dan IPTC semakin terasa keintimannya.
Dalam sesi 20 minit tazkirah yang diamanahkan kepada saya, saya menyentuh bagaimana kerangka INPUT-PROSES-OUTPUT atau AKAR-BATANG-BUAH di sebalik kaedah Allah memfardhukan puasa kepada umat Islam. Analogi Apollo 11 yang disarankan oleh Stephen R. Covey cukup menjadi perhatian saya untuk berkongsi kefahaman mengenai Ramadhan bukan sekadar bulan berpesta pahala, bahkan lebih dari itu ia sebagai bulan mencipta momentum sikap yang baru untuk 11 bulan selepas Ramadhan.
Mudah-mudahan tazkirah ringkas ini memberikan manfaat untuk semua, khususnya diri saya sendiri untuk beramal dengan apa yang telah saya perkatakan. Allahumasyhad !
Mudah-mudahan tazkirah ringkas ini memberikan manfaat untuk semua, khususnya diri saya sendiri untuk beramal dengan apa yang telah saya perkatakan. Allahumasyhad !
Belajarlah dari 3 pendekatan Allah ketika mewajibkan puasa.
1) Mengaitkan program dengan asas keIMANan dan teori kefahaman yang diterima selama ini (13 tahun).
2) Mengaitkan dengan sejarah, testimoni dan impak program ke atas alumni dan ORANG-ORANG TERDAHULU.
3) Menegaskan objektif TAQWA supaya program mencapai objektif dan bukan sekadar meneruskan apa yang pernah dilakukan oleh orang-orang terdahulu.