"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan. Politicians think for the next election, statesmen think for the next generation.
Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Almarhum Ahmed Deedat, Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Sheikh Tariq Ramadhan, Sayyid Mohamed Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita.... demi mempelopori pemikiran intelektual dalam memangkin kewujudan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement dikalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini." - YB Salahudin Ayub, Mantan KP DPPP, Muktamar Pemuda ke-49
Syukur pada Allah kerana memberikan kesempatan kepada saya dan isteri untuk mengikuti talk "Is Liberty an Islamic Value?" dan "Islam and West : Conversation With History" oleh Prof Dr Tariq Ramadhan, (website di
sini) seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak almarhum Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna pada 13 dan 14 Julai 2010. Bapa beliau, Said Ramadan berhijrah ke Switzerland selepas Al-Imam Al-Banna dibunuh pada tahun 1949 dan membuka Pusat Islam di bandar Geneva.
Meskipun pelbagai bicara 'kedai kopi' yang saya dengar dari mereka yang tidak senang dengan Prof Dr Tariq Ramadhan, namun itu tidak menghalang saya mencari hikmah dan ilmu serta 'pengajian sikap' dari sesiapa sahaja khususnya ketika diri bergelar pelajar di dunia akademik.
Apakan daya apabila maklumat di Wikipedia dan yang sewaktu dengannya lebih dipercayai oleh segelintir ilmuan sehingga persepsi dan "simple-minded judgement" menghalang diri untuk mengenali dirinya dan mendekati pemikiran tokoh intelektual dunia ini dengan lebih dekat. Sesungguhnya musuh kepada proses pendidikan seseorang adalah pengalamannya yang silam yang telah membentuk tabir penghalang pada dirinya untuk terbuka menanggapi sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Abdullah bin Mubarak pernah menyebut : "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim selama mana dia (dalam proses) menuntut ilmu. Tatkala telah datang padanya persepsi bahawa beliau sudah menjadi alim, maka (saat itu bermula) jahillah dia."
Insya-Allah, dalam posting akan datang, saya akan merekodkan isi perbincangan dalam 2 pidatonya sebelum ini untuk pencerahan minda bersama.
Nama beliau mula terkenal apabila beliau pernah berdebat dengan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy. Beliau telah menghasilkan 20 buah buku di samping telah menulis beratus-ratus artikel. Boleh berbahasa Inggeris, Perancis dan Arab dengan fasih. Paling membimbangkan pemikir-pemikir Barat ialah idea beliau mengenai konsep “European Muslim” yang boleh ditatapi di dalam bukunya “To Be a European Muslim“. Prof Tariq Ramadhan mewarisi pemikiran dan akhlak seorang ilmuan Islam Professor Dr.Ismail Raji’e Faruqi yang memperkenalkan dengan konsep “The Islamization of Knowledge”.
Ramadan’s chosen task is to invent an independent European Islam: “
We need to separate Islamic principles from their cultures of origin and anchor them in the cultural reality of Western Europe.” “and that’s a revolution.” With 15 million Muslims on the Continent, Ramadan believes it’s time to abandon the dichotomy in Muslim thought that has defined Islam in opposition to the West. “I can incorporate everything that’s not opposed to my religion into my identity,” he says. (petikan di
sini)
Kemampuan beliau untuk menjadi 'jambatan' antara Muslim dan Eropah (Barat) bukanlah suatu keupayaan yang mudah. Sememangnya menjadi jambatan bererti bersedia untuk menjadi korban yang dipijak-pijak semata-mata untuk menghubungkan antara dua destinasi yang berbeza persepsi antara satu sama lain kerana faktor sejarah dan peradabannya, khususnya selepas 'projek' WTC 911 oleh AS.
Setiap suku kata yang dituturnya secara fasih termasuk ketika membaca ayat-ayat al-Quran mempunyai nilai dan maksud yang sangat mendalam, sehingga saya merasai sendiri mukjizat al-Quran apabila beliau memetiknya sebagai asas penghujahan beliau dalam sesuatu premis pendirian. Kini, saya berhasrat untuk mendapatkan karya besar beliau seperti What I Believe dan Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation sebagai suatu kefahaman tambahan pada saya mengenai bagaimana cara berfikir Muslim di Eropah.
Berada di belakang potret Muhammad al-Fateh di Istac, tinggalan berharga dari Naqib al-Attas.
Asas dari permulaan surah Ar-Ruum yang dibacakan di awal perbincangan di Senate Hall cukup menyentuh hati dan menyerlahkan mukjizat al-Quran dan kehebatan aqidah dan 'worldview' para sahabat anak didik Rasulullah S.A.W.
Ulama yang hebat bukan sekadar pada idealisme dan manhaj pemikiran sahaja, tetapi terletak pada sikapnya dengan penyokong mahupun lawannya. Inilah yang berlaku di Istac baru-baru ini apabila Prof Tariq meraikan satu soalan ketika sesi Q & A yang rupanya si penyoal tersebut melakukan 'serangan' peribadi ke atas beliau dengan membandingkan beliau dengan datuknya Imam Hassan al-Banna.
Ketika seluruh hadirin mula berang atas sikap dan naik suara si penyoal secara terang-terangan di hadapan beliau, beliau meminta seluruh hadirin menenangkan diri dan memberikan peluang pada si penyoal menamatkan soalan atau kritikan, namun keadaan si penyoal makin tidak terkawal. Lantas, beliau memberikan jawapan dan penjelasan atas semua persoalan yang telah diajukan kepadanya dengan tenang, hujah yang sangat tajam dan bernas. Ramai terkasima dengan jawapan beliau lantas mahu memberikan tepukan gemuruh, namun beliau awal-awal lagi melarang peserta menepuk tangan.
Saat dinantikan, 2 tokoh pemikir Islam akan memberikan pidato "Islam n The West : Conversation With History". Prof Kamal Hassan dan Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall
Akhirnya saya memahami bagaimana sepatutnya Muslim melihat diri mereka sendiri dan melihat "The West" dari Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall. Petang kemudiannya berguru pula dengan Prof Ataullah Boghdan Kopanski dlm 'introduction' to Introduction of History. Akhirnya saya bertemu dengan seorang lagi guru besar 'sefikrah' dengan saya dalam kajian filem Hollywood, CIA, freemasonic electronic agendas, warfare strategy. HISTORIA MAGISTRA VITAE EST!
"The true liberty and freedom is only when you feel the peace in your heart with iman." - Prof Dr Tariq Ramadhan, seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna, pidato " Is Liberty an Islamic Value?" di ISTAC pada 13 Julai 2010