Content feed Comments Feed


29 Mei 2010, genaplah 557 tahun kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di Turki. 29 Mei setiap tahun seharusnya dijadikan bukan sekadar hari memperingati kejayaan Sultan Al-Ghazi Muhammad bin Murad membuka Konstantinopel sehingga menebalkan lagi sindrom ‘hero worshipping’ umat Islam, tetapi lebih penting dari itu ia adalah hari untuk gerakan mahasiswa Islam melakukan muhasabah ke atas soal pemerkasaan organisasi khususnya dalam aspek produktiviti (pencapaian visi) dan kompetensi ahli-ahlinya. Juga sejauhmana agenda ‘sharpen the saw’ organisasi dengan peneluran idea-idea segar dan ‘out of the box’ diraikan mahupun dilaksanakan dengan tujuan agar gerakan anak muda Islam terus berpengaruh di kampus.


Kemenangan menjejakkan keadilan Islam di Haghia Sofia oleh Muhammad Al-Fateh perlu dianalisa dengan pembacaan yang lebih meluas sumbernya dan analisa yang lebih tersirat sifatnya dari fakta yang tersurat, jika benar mahu membongkar hikmah dan mukjizat hadis pujian Nabi kepada baginda dan pasukan baginda. Proses pengepungan yang memakan masa hampir 2 bulan hakikatnya suatu proses yang sangat sukar, mustahil  dan hampir-hampir sejarah sedang bersedia saat itu untuk menguburkan sebagai percubaan ke 12 tentera Islam yang gagal selepas 800 tahun Nabi mensabdakannya.


Misi menyebarkan keadilan kerajaan Islam Usmaniah di Konstantinopel bukan sahaja dihalang oleh kesombongan Maharaja Constantine XI dan 40,000 orang komando Byzantine, tetapi juga oleh dua benteng kebal yang mencapai ketebalan 10-15 meter, parit besar sedalam 10 meter, 3 perairan laut, 7 anak bukit dan 400 matarantai gergasi memagari Tanduk Emas dari dijejaki kapal-kapal Usmaniah.


Peristiwa penawanan Konstantinopel oleh sepasukan manusia biasa berajakan seorang yang tidak pun berketurunan Nabi dan bukan pula berbangsa Arab, ditambah pula dengan usia remaja yang mungkin terlalu sangat mentah bagi kebanyakan orang, hakikatnya menyerlahkan kombinasi ampuh persiapan ilmu dan teknologi (IQ), persiapan moral dan emosional tentera (EQ) dan persiapan kerohanian (SQ) terbaik pernah ditonjolkan oleh tentera Islam yang tidak berada dalam lingkaran 300 kurun yang terbaik.


Misi mengibarkan panji Islam di atas tembok Konstantinopel pada 1453 Masihi tersebut ternyata tidak memadai dengan semata doa munajat dan keimanan yang kental pada hadis penawanan Konstantinopel andaikata tiada teknologi membabitkan 4 meriam gergasi Urban dan serangan mortar – pertama kali dalam sejarah - untuk memecahkan benteng kebanggaan empayar Byzantine. 


Keseimbangan pendidikan ilmu ‘intelectual sciences’ dan ‘spiritual sciences’ sebagaimana direkodkan Taskopruluzade Ahmed, penguasaan 7 bahasa kawan dan lawan Usmaniah, pemilihan bulan dan tahun kempen pengepungan pada masa paling meresahkan moral pemerintah dan kepercayaan rakyat Byzantine, penggunakan teknologi (meriam gergasi) dan kepakaran musuh tradisi Usmaniah sendiri iaitu Hungary, hakikatnya belum memadai juga tanpa didikan kerohanian yang ketat ke atas Sultan Muhammad sehingga baginda tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh. Manakala idea ‘brilliant’ sebagaimana diakui oleh sejarawan dunia seperti Runciman, Babinger dan Schumberger iaitu pemindahan 70 buah kapal dari semenanjung Fera di Bhosporus ke Golden Horn melalui jalan bukit sejauh 5 kilometer - dalam masa hanya satu malam tanpa disedari musuh - takkan mampu dilakukan tanpa ketinggian emosi Zugnush Basha  ketika mempertahan keputusan meneruskan serangan dan semangat kental 200,000 orang tentera di fasa akhir serangan.


Syekh Dr Ali Muhammad As-Shollabi dalam bukunya “Ad-Daulah Al-Uthmaniyyah : ‘Awâmil al-Nuhoodh wa Asbâb al-Suqooth” merakamkan peristiwa tersebut denga menyebut: “Keadaan tanah ketika itu tidaklah mudah untuk dilayarkan kapal, tetapi perencanaan itu mesti tetap diteruskan segera. Lantas tentera Usmaniah meratakan tanah dalam hanya beberapa jam, dan dibawakan lembaran-lembaran kayu yang telah disapu dengan minyak dan lemak, dan kemudian disediakan sebuah laluan jalan yang besar untuk memudahkan pergerakan kapal-kapal, dan sesungguhnya peristiwa ini benar-benar luarbiasa andaikata diambilkira keadaan zaman itu dengan teknologi yang telah digunakan jauh mendahului zaman, ini jelas menunjukkan kepantasan berfikir Sultan Muhammad dan kepantasan pelaksanaan tenteranya.” 


Muhammad juga sudah hampir pasti mengarahkan tentera pulang andaikata beliau tidak mahu bertemu lantas meminggirkan naqib utama beliau Syekh Aq Syamsuddin Al-Wali ketika tertekan dengan kegagalan Sulaiman Palta Oglu Basha merempuh rantai besi di Tanduk Emas.


Muhammad dilahirkan ke dunia sebagai seorang anak yang sangat nakal dan pemuda diraja yang panas baran serta gopoh membuat keputusan. Namun demikian, sebagaimana diakui sejarawan Turki, Halil Inalchik, kuasa tarbiyah (“medresse”) dan usrah dengan para ulama terbaik Usmaniah sejak dari kecil sehinggalah menjadi ahli politik Usmaniah paling sibuk sekalipun, itulah yang telah merobah beliau menjadi pemimpin agung Islam yang telah melorongkan jalan kepada Sulaiman Al-Qanuni dan pemimpin terkemudian Usmaniah memerintah dua pertiga dunia suatu ketika dahulu. Sarjana Usmaniah dan bekas pensyarah UIAM, Profesor Mehmet Maksudoglu dalam bukunya “Osmanli History 1289 – 1922” pernah merakamkan keadilan pemerintahan Usmaniah sejak dari zaman Muhammad Al-Fateh melalui kenyataan dua bekas pendeta Kristian Ortodoks pada masa itu iaitu Granduke Notaras dan Gennadios. Mereka pernah menyebut pada 1453 Masihi itu bahawa “Kami lebih rela melihat serban-serban Turki daripada topi-topi paderi Latin dari Eropah di kota ini”.


Demikianlah kombinasi persediaan syariatullah dan sunnatullah, jawapan terbaik sejarah yang gagal dibaca oleh mereka yang tidak berminat untuk menjadikan sejarah sebagai pedoman menuju kejayaan organisasi di masa depan dan kemenangan Islam sekaligus. Profesor Ilber Ortayli dalam “Discovering The Ottoman” pernah menyebut: “Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengetahui betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik Sultan Muhammad untuk membuka Balkan. Sesungguhnya penaklukan Balkan antara 1461 dan 1463, penaklukan Balkan dilakukan dengan cara yang sama dengan cara menawan Konstantinopel!


Sesungguhnya kisah-kisah sejarah di atas akan terus menjadi subjek yang membosankan mahasiswa atau fakta-fakta yang akan terus memberatkan minda aktivis mahasiswa Islam andaikata gesaan 'ulil albab' (ketajaman fikiran) surah Yusuf ayat 111 tidak dipedulikan. Ibnu Khaldun sudah lama mengingatkan kita bahawa sejarah memang akan berulang, beruntunglah mereka yang meneladani sunnatullah yang baik serta binasalah mereka yang memilih untuk mengulangi sunnahtullah yang hitam. 


Penulis terkenal Inggeris, Aldous Leonard Huxley pernah menyebutkan bahawa: “That men do not learn very much from the lessons of history is the most important of all the lessons that history has to teach. Experience is not what happens to you. It is what you do with what happens to you.”


Muhamad Syaari bin Ab. Rahman
Mantan Setiausaha GAMIS
*penulis kini bekerja sebagai Motivator di I.P Minda Training & Consultancy

Terima kasih kepada Kelab Fasilitator Darul Quran yang sudi memberikan kepercayaan kepada saya dan I.P Minda Training & Consultancy untuk melakukan "Training of Trainers" kepada hampir 80 orang mahasiswa ahli KEFDA DQ. Mudah-mudahan kalian telah mendapat 'pancing ikan' terbaik dari kami.


Menjadi fasilitator bererti menjadi daie. Menjadi daie bererti menjadi jambatan antara mad’u dan Islam. Pelbagai penghalang menghambat mad’u dari mendekati keindahan Islam sebagai carahidup dan kemanisan iman sebagai jatidiri berpunca dari masalah pendakwah iaitu FASILITATOR.

Pelbagai kemahiran fasilitator dan teknik pengurusan program gagal dikuasai secara serius oleh fasilitator. Ini menyebabkan program dakwah yang dilakukan hanya bagaikan melepaskan batuk ditangga. Lebih dari itu, mentaliti ’tangkap muat’ fasi menyebabkan fasi hadir hanya untuk mendapat sesuap makanan poket, bukannya untuk menyuap ubat sakit ruh mad’u yang kelaparan hidayah.

”Mereka yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan mampu memberikan sesuatu”.

Menjadi fasilitator bererti mencari ilmu bernama ’pengalaman’. Ilmu dan ’seni’ ini tiada di dewan kuliah dan seminar. Ia hanya diperolehi apabila anda terjun dalam kancah dakwah dan bergelumang memberikan pedoman hidup kepada mad’u yang pelbagai karenah. Ertikan hidup anda pada memberi, bencilah dosa, bukannya si pembuat dosa.

“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.”

Muhamad Syaari bin Ab. Rahman,
Master Trainer TOT,
I.P Minda Training & Consultancy




Jika bulan Mac dijadikan bulan umat Islam bersugul atas kehilangan dan kejatuhan Usmaniah, bulan Mei adalah bulan sebaliknya menonjolkan keizzahan dan keperkasaan Islam sebagai pemerintah dunia suatu ketika dahulu.

Jika diamati, kehebatan bulan Mei bukan sekadar pada peristiwa penawanan Konstantinopel pada 29 Mei 1453 Masihi, tetapi apa yang berlaku antara kedua-dua belah pihak Islam-Byzantine sepanjang tempoh kronologi pengepungan dan pertukaran pelbagai taktikal dan formasi pasukan tempur.

Bulan Mei adalah bulan memasak "pemikiran kritis, kreatif dan inovatif" para pejuang Islam sebagai syarat sunnatullah menuju kemenangan.

“Pengepungan yang dilakukan Usmaniah sangat berbeza dari 20 pengepungan yang dialami oleh Byzantine sebelum ini. Kerajaan Byzantine terbukti masih selamat dalam 20 kepungan bersejarah sebelumnya, tiada satupun yang berjaya. Namun sekarang buat pertama kali dalam sejarah, sebuah pasukan tentera sedang mengepung Bandar itu dengan senjata zaman moden. Renaissance dan Empayar Byzantine saling berhadap-hadapan pada saat ini. Sejawaran Barat dan Turki bersepakat bahawa pengeboman yang sengit terjadi pada 6 dan 12 Mei yang telah mula mengakibatkan pertumpahan darah berlaku.”

"Sementara itu pada malam 22 atau 23 April, Usmaniah meluncurkan kapal-kapal mereka dari Bhosporus ke Golden Horn. Ini dilaporkan secara baik oleh sumber-sumber Byzantine dan Itali sendiri pada waktu dan kemudian dibahaskan secara teliti oleh sejarawan besar seperti Runciman, Babinger dan Schumberger" (mukasurat 56)

"Antara 1461 dan 1463, penaklukan Balkan dilakukan dengan cara yang sama (dengan cara menawan Konstantinopel). Bukanlah suatu kerja mudah untuk meyakinkan pembaca mengenai mahalnya nilai penawanan Albania dan Bosnia di bawah Usmaniah. Sebab itu untuk menghargai sejarah, pembaca tidak seharusnya hanya sekadar membaca atau mendengar fakta-fakta bersejarah itu, tetapi sewajarnya mempelajari ilmu geografi lantas pergi sendiri ke sana (Balkan) melihat lokasi-lokasi bersejarah. Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatk (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan." (ms 64)

Sumber : Prof Ilber Ortayli, Discovering The Ottomans (Osmanli’yi Yeniden Kesfetmek)

Sebahagian kecil dari kupasan buku "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh"

2 event 'memorable' berlaku pada saya kelmarin. 

Pertama, "shooting" saya dan isteri untuk rancangan 'Adam-Hawa' (siri tema kelapan iaitu "Amir-Amira") oleh krew kak Erma Fatima di rumah-ofis-UIA. Pada awalnya kami mengjangkan ia hanya suatu proses interview untuk tujuan 'menapis' calon yang layak menyertai program TV1 kendalian kak Erma Fatima, tapi rupanya kedatangan mereka menaiki satu van dengan 4-5 orang krew untuk tujuan terus merakam aksi-aksi "Amir-Amira" kami dalam konteks kepimpinan rumahtangga, persatuan dan kerjaya. Terima kasih Dzul Khairi atas 'konspirasi' bermakna anta.

Kedua, saya diberikan kesempatan untuk hadir ke Sekolah Seri Puteri, sebuah sekolah menengah yang mencapai prestasi nombor satu PMR terbaik Malaysia pada tahun lepas. Sungguh hebat kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini. Bukan kerana fasilitinya yang lengkap, tetapi disiplin para pelajar puterinya khususnya ketika menyambut tetamu, partisipasi dalam program ceramah dan banyak lagi.

Saya sangat terkasima melihat kedahsyatan tarbiyah 'EQ' (kesihatan emosi) di Sek Seri Puteri, sampai makan beradab mereka diadakan setiap hari, dengan pelajar tingkatan 4 sentiasa datang lebih awal ke dewan makan untuk berdiri di pintu untuk menyambut dan berselawat meraikan setiap pelajar yang hadir untuk makan malam, manakala para pelajar tingkatan 1 ditarbiyah untuk membasuk dan mengemas pinggan mangkuk selepas makan malam selesai.

Bagaikan saya sedang berada di Jepun. 

Thanks abg Amin Idris, bagi peluang saya menyampaikan sedikit wasiat motivasi bertajuk "IQ bukan segalanya..." pada adik-adik di sana.


“It was East versus West in a clash of the blockbuster sequels last weekend, with Hong Kong martial-arts film Ip Man 2 going head-to-head with Hollywood comic-book adaptation, Iron Man 2.


Selepas sebelumnya menyaksikan “Iron Man 2” (ulasan saya boleh saksikan dalam posting sebelumnya), semalam saya dan isteri berkesempatan menonton satu filem ‘martial art’ terbaik yang pernah saya saksikan. Sungguh jelas mesej propaganda dan elemen pemberat yang digunakan antara filem-filem Barat (kilang Hollywood) dengan filem-filem Timur apabila dibuat perbandingan.


Biarpun soal kos pembikinan filem-filem  aksi seperti IP Man, Merantai Warrior (silat Indonesia) sangat jauh jauh jauh dibandingkan dengan filem 2012, Avatar milik Hollywood, tetapi jelas mesej dari filem-filem murah seperti arahan Raymond Wong ini jauh jauh jauh menyentuh hati, semangat, fitrah insan yang mahukan kedamaian dan keamanan dunia.


Jikalau selama ini saya sangat obses dengan seni persilatan Samurai dan budaya disiplin Jepun, filem ini telah memberikan gambaran baru saya mengenai Cina dan kekuatan tersirat di sebalik Kungfu (Wing Chun). Rupanya Kungfu bukan sekadar satu seni mempertahankan diri, tetapi satu seni untuk menguasai diri dan mempunyai jatidiri dan prinsip hidup yang kental untuk melalui kehidupan itu sendiri. Bak kata IP Man ketika mengherdik juara tinju dunia, sang Twister ketika memerli dan menghina Cina dan Kungfu.


Antara sebab saya dicadangkan oleh rakan-rakan untuk menonton IP Man kerana filem ini dimaklumkan mempunyai persamaan dengan animasi Kungfu Panda, menggambarkan bagaimana kesabaran Sang Murabbi dalam mendidik anak-anak muridnya yang pelbagai karenah. Namun demikian, mesej yang disampaikan oleh filem mengenai guru Bruce Lee ini jauh dari sekadar aspek training semata-mata. 


Ia juga mempunyai mesej politik yang jelas dan cuba menseimbangkan mesej-mesej anti Tuhan yang kebanyakannya datang dari industri filem di Barat.


Tahniah IP Man kerana menyelitkan beberapa propaganda anti-Barat ketika filem-filem Hollywood sedang mengganas memerli budaya ketimuran dan keagamaan. Keegoan Twister akhirnya tumbang memalukan di tangan IP Man yang sentiasa tenang




IP Man berjaya menelanjangkan tinggalan kemuncak kemajuan teknologi Barat yang lebih berasaskan kepada pemujaan IQ akhirnya hanya akan menatijahkan persaingan merebut kekuasaan dan kemenangan ke atas pihak yang lemah sehingga memusnahkan aspek EQ, sikap saling menghormati dan menghargai keharmonian dan kekeluargaan.


"Bagaimana dengan 20 tahun kemudian? Saya yakin pada masa itu kamu akan mengalahkan saya dengan mudah. Tidak ada orang yang akan menjadi terhebat di dunia selama-lamanya." - Kata-kata keramat IP Man kepada murid tegarnya Leung.


Mesej tersirat IP Man sangat tajam di sebalik dialog-dialog santai IP Man seperti “saya mahu balik ke rumah” (akhir pertanyaan wartawan kepada IP Man selepas menumbangkan Twister) yang membawa erti peradaban asal Timur (Cina) sangat mementingkan keharmonian rumahtangga dan kebahagiaan emosional (EQ) lebih dari kemenangan , kekuasaan dan kebahagiaan fizikal yang sementara (IQ).


"Kejayaan bukan soal siapa menang siapa kalah, tetapi saling menyanjung maruah sesama insan melalui rasa hormat." - IP Man


IP Man tampak lebih mantap dlm menonjolkan kuasa EQ dan sikap murni budaya ketimuran, lantas suatu bentuk propaganda menelanjangkan peradaban materialistik Barat yang memuja IQ, kuasa dan kekuatan fizikal. Sudah pasti filem 'martial art' guru Bruce Lee ini sangat dibenci industri Hollwoood-Illuminati pemuja kekuasaan-teknologi fizikal.

Antara mesej politik yang disampaikan oleh IP Man adalah kekedang kayuukur kemenangan bukan berasaskan siapa yang mahu mengalahkan siapa (zero sum game), tetapi soalnya siapa yang mampu mementingkan perundingan, negosiasi dan “win-win situation”. Adegan win-win situation tampak jelas ketika IP Man beraksi dengan Sammo Hung.

Apapun filem ini telah membakar semangat dan mencetuskan idea kepada saya utk memikirkan filem yang membakar semangat yang sama iaitu "Semseddin". Ini bukan guru Bruce Lee, tetapi guru besar kepada pelakar sejarah dunia, Sultan Muhammad al-Fateh. Al-Fateh tak perlu muncul lagi dalam filem ini, memadai ia muncul di akhir sebagai anak kecil yang didatangi oleh Syekh Syamsuddin. Detik-detik bersejarah Muhammad bukan bermula dari hari pengepunangan ke atas Konstantinopel, tetapi sejak hari pertama beliau berguru dengan ulama terbaik Usmaniah, Syekh Syamsuddin.


Mudah-mudahan dengan filem ini, mampu menampakkan keizzahan Islam dan kehebatan didikannya serta keindahan peradaban IQ-EQ-SQ yang ada dalam sistem pendidikan Islam Usmaniah. Mungkin impaknya saya harapkan seperti Kingdom of Heaven mahupun My Name Is Khan. Inilah cita-cita saya untuk mendepani agenda filem-filem Hollywood-Illuminati "painting Islam as the new enemy".

Teringat saya pada pepatah Arab terkenal "manusia sentiasa bermusuh dengan apa yang mereka jahil (tidak tahu hakikat sebenar)."

Rasa tenang pulang dari Chinese Assembly Hall mendengar penjelasan sebenar kes yang berlaku pada Arwah Aminulrasyid dari peguam arwah N.Surendran, juga pandangan akademik dari Raja Badrul Hisham pensyarah prosedur undang-undang jenayah dari AIKOL UIAM, dan juga aktivis hak asasi manusia Wong Chin Huat (Civil Right Committee) yang saya kira paling bernas dan paling banyak mendapat tepukan 'sidang lawyers' yang datang memenuhkan CAH, khususnya ketika membandingkan antara polis di Malaysia dan di UK.

Namun demikian, ketiga-tiga panel semalam bagi saya berjaya memberikan gambaran yang pelbagai sudut kepada hadirin terhadap isu yang semacam sedang diadili di mahkamah media sebelum siasatan sebenar dijalankan.

Rupanya kes ini banyak lagi yang perlu diselak di sebalik tabir perundangan meskipun YB Yusmady (PKR) yang turut hadir menegaskan dalam pandangannya hanya 'jalan politik' (perubahan kerajaan) mampu merobah situasi yang bukan kali pertama rakyat mati ditembak oleh polis.

Tribute pada penganjur iaitu Pkpim atas usaha tangkas merintis sidang 'pressure group' ini.

Rasa nak menitiskan airmata pula sepanjang perjalanan pulang, bila isteri sudi cerita smula dengan detail (kerana saya lewat sampai CAH) bagaimana kronologi sebenar yang berlaku ke atas arwah malam tersebut. Penghujahan isteri saya telah mematahkan satu persatu hujah 'pembangkang'  kepada kumpulan symphatizers arwah Aminulrasyid ini.

Lebih rasa terharu bila melihat lebih ramai non-muslim yang hadir CAH tunjukkan solidariti pd kes arwah tanpa mengambilkira soal agama, bangsa dan warna kulit. Di sini kelihatan jelas 'the another side of' (maybe the real version of) 1 Malaysia. Jangan bersekongkol dengan kezaliman, bersatu atas nama keadilan, keluhuran perlembagaan dan kemanusiaan.

Ya Allah, Kau tunjukkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil. Kau menangkanlah kebenaran, musnahkanlah kebatilan dan kezaliman. Sesungguhnya doa mereka yang dizalimi tiada hijab antara mereka dengan Mu. 

Isteri saya bsama idolanya, Lateefa Koya dan peguam keluarga arwah Aminulrasyid di Chinese Assembly Hall selepas forum kes Aminulrasyid anjuran Pkpim-CAH.


Pada 30 April - 1 Mei baru-baru ini I.P Minda berkesempatan melakukan Leadership Training di Kolej Tun Dr Ismail, Universiti Putra Malaysia selama 2 hari 1 malam. Program ini telah diketuai oleh Master Trainer Kepimpinan Usaz Syaari Ab. Rahman, dibantu oleh Ust Zool Amali, saudari Fikri, saudara Azhadi dan saudari Nurul Syuhada.


Walaupun keadaan masa yang begitu terbatas, namun feedback yang positif telah diperolehi oleh para peserta yang kesemuanya merupakan pimpinan baru Majlis Tertinggi Mahasiswa di KTDI.


Antara modul yang telah dijalankan adalah Kuasa Pemikiran Positif Pemimpin Mahasiswa Islam, Visi dan Misi Hidup Pemimpin, dan Kuasa IQ-EQ-SQ Muhammad Al-Fateh Dalam Gerakerja Berpasukan.

Tahukah anda bagaimana potensi diri anda yang tersembunyi dalam diri anda boleh dikeluarkan ? Mudah sahaja, gunakan hukum alam bola yang diselam ke dalam air kolam pasti akan melantun keluar, makin kuat tekanan, makin kuat kemahuan untuk ke luar. Itu bukan lagi bicara teori hukum alam, tetapi telahpun terjadi kepada saya. Inilah kuasa 'ilmu pengalaman' yang tidak akan diperolehi di dalam kelas mahupun berbaring membaca buku pengalaman orang lain sahaja.

Tidak pernah saya terfikir saya boleh menjadi AJK teknikal khususnya kawalan muzik menyambut tetamu dan mencorak suasana program supaya sentiasa bersemangat, apatah lagi membuat montaj. Biasanya saya di kampus dahulu sentiasa mengarah orang dan berada di atas sekurang-kurangnya dalam Mainboard. Namun alhamdulillah, pengalaman membantu Ust Fahmi SU Pemuda Pas Selangor di Muktamar Pas Negeri Selangor di Bangunan SUK Shah Alam baru-baru ini menggamit suatu nostalgia penyerlahan potensi diri saya dalam bidang teknikal seperti ini. 

Biasakan diri anda bekerja dalam tekanan kesibukan yang pelbagai, nescaya ia akan tingkatkan kematangan anda. Syaratnya anda mesti tenang dalam mendepani tekanan kesibukan itu, bagaikan kapal terbang yang perlukan mujahadah paling hebat (melepaskan bahan api paling dahsyat) pada awal penerbangan sahaja, selepas itu ia akan stabil dan tak perlukan apa-apa 'kerja keras' kerana ia telah menjadi 'tabiat' dan kebiasaan. Demikianlah gambaran pengurusan kesibukan saya hujung minggu lepas antara mengurus komitmen pada jamaah dan kerjaya (program di 2-3 tempat pada masa yang sama).



Selesai usrah UKJ Gombak Setia malam tadi, saya dan isteri berkesempatan menonton Iron Man 2 dengan tujuan untuk melihat apa lagi mesej-mesej tersirat Illuminati sehingga promosi dan papan tanda gergasi memenuhi hampir setiap ceruk Kuala Lumpur termasuk papan gergasi Iron Man 2 di Gombak. Bagaikan melihat tubuh badan Dajjal setiap hari melalui lebuhraya Gombak tersebut.

Speechless. I just can tell you that this is just a piece of Hollywood's films in 'describing' Dajjal, and how its appearance, "one-eye" supreme power and his coming hi-technologies, just like what had been mentioned by Muhammad Isa Dawud n Muhd Nurani Maarif in his documents/books.

Tony Stark is in court since the Government is trying to get his Iron man technology to use for the military. He is very dismissive of the judge, who asks him for the technology. He tells them that he won't hand it over and that he has 'Privatised World peace' to the applause and cheers of the courtroom.

Iron man is a blatant propaganda move by the Illuminati to show that power is not held by Governments but by the rich businesses. Another message is that advanced technology is needed to maintain peace (implying a technocratic government.)

I think it is very pertinent that Iron Man is being used as a vehicle as this, especially as the comic book began in the 60s with Iron Man as an anti communist hero and the quintessential capitalist (this is why Whiplash is Russian. There is also the Mandarin who is a Chinese villain.)

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"