GAMIS : STAND FOR WHAT ?
1. “G” for GERAKAN
Air gerakan yang sentiasa dicincang tapi takkan putus, sentiasa ada ruang dan ijtihad berani untuk meloloskan diri, tahu untuk memerangi kejumudan dan trial and error, tidak nostalgik sejarah lama dan tahu melakar sejarah baru dan tersendiri, berani membawa perubahan wajah dan format, tapi mengekalkan intipati dan prinsip.
Gerakan yang merumput tinggi di atas tanah, tapi kukuh mengakar di bawah tanah, merakyat pada golongan marhain, ‘cream of the society’, jurubicara ummah, ‘down to earth’, sanggup turun ke jalan raya bersama rakyat tertindas, tidak hanya berjuang untuk kepentingan kantung dan perut mahasiswa.
“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir
2. “A” for AGRESIF
“Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan
“Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with).” - Dato’ Saifuddin Abdullah, ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’
Agrersif, itulah noktah pembeza GAMIS dengan gerakan mahasiswa jamaah Islam yang lain. Agresif bukan bererti mengangkat senjata dan membawa bom dan peluru, tapi keberanian membawa mesej perjuangan kepada sasaran, sama ada diplomasi atau konfrontasi by hook and by crook. Agresif bukan kerana marah untuk membalas dendam, tapi tegas membawa idealisme dan aktivisme.
“Adalah mudah bagi setiap manusia untuk meluahkan kemarahan dan mampu bertindak mengikut kemahuan kemarahannya itu, tetapi untuk meletakkan kemarahannya itu pada orang yang betul, waktu yang tepat, tujuan yang baik, jalan yang hikmah dan tahap yang sepatutnya mereka menjadi marah itu tidak mudah dan payah untuk dilakukan.”- Nicomachean Ethics
3. “M” for MUDA DAN MENCABAR
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar." - Prof. Ungku A. Aziz
"Kepemudaan satu cabang dari kegilaan. (Hadith Nabi SAW). Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan." – Prof Dr Hamka, Lembaga Budi
Darah muda, gerakan pemuda. Sentiasa bersemangat untuk bekerja, tidak mandom dan menua terlalu awal, tidak muda goyah pendirian, bersuara lantang dan kuat supaya didengari dan pandangan dihormati, mencabar dan terus menggugah hatta kuasa pemerintah.
“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar Presiden GAMIS 2007-2008
“Atas nama undang-undang, mahasiswa dirompak dan dicandui, sambil meneriakkan demokrasi, sekali mahasiswa bersuara bertindak, tiada tangan menahan ombak.” – Anwar Ibrahim, Di Balik Tabir Besi
4. “I” for INDEPENDENT
· Mempunyai idealisme tersendiri, pandangan ketiga yang tidak bias kepada pembangkang atau kerajaan
· Bercakap, menyokong atau mengkritik dengan facts and figures
5. “S” for SOLIDARITI
· Bergerak sebagai satu pasukan mahasiswa nasional (SMM) melawan musuh yang satu
· Memimpin kesatuan front-front mahasiswa Cina dan India serta NGO-NGO
· Saling membantu dalam titik persamaan yang disepakati, saling bermaafan dan mengelakkan dari terjebak dalam titik perselisihan
Wallahu a’lam.
Disediakan oleh :
Muhamad Syaari Ab. Rahman,
www.rijal82.blogspot.com