Content feed Comments Feed

Anwar dan Formula Rafael Benitez

Sunday, March 22, 2009


A Picture Can Tell Thousand Words


Sukar untuk saya menafsirkan di sebalik pertemuan Anwar dan Pak Lah yang kontroversi baru-baru ini.

Awalnya, saya melihat ini suatu kebetulan. Namun saya rasa tidak sepatutnya itu sangkaan saya. "In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way." Franklin D. Roosevelt. Apatah lagi manusia genius politik seperti Anwar, sudah pasti ada agenda di sebalik tabir untuk menyekat kemaraan Najib, suatu makhluk Tuhan yang dilihat common enemy antara BN Kem Pak Lah dan PR.

Kemudian, saya merasakan mungkin juga ini suatu tindakan dari jiwa besar dan minda negarawan DSAI. Dahulu (ketika polemik 'muzakarah' yang hampir memecahbelahkan Pas kepada dua kem), Anwar dikatakan ghairah mahu menjadi PM selepas Pak Lah melalui projek 16 Sept. Sesiapa yang tidak pro 16 Sept, dikatakan sebagai pro kerajaan campuran Pas - BN Pak Lah. Pendek kata, Anwar tiada masa depan sebagai PM jika Pas bergabung dengan BN di bawah Pak Lah sebagai pemerintah. Namun, itu cerita dahulu yang tidak perlu dipanjangkan. Apa yang menarik adalah tafsiran saya kepada DSAI yang sanggup bertemu Pak Lah, suatu tindakan moving forward dan projek kedua selepas projek pertama 16 Sept gagal. Ketika bloggers dan pimpinan Pas sedang membahaskan rasional cadangan brilliant Tuan Guru Ustaz Hadi mengenai kerajaan perpaduan yang cukup ideal dan saya secara peribadi kagum dengan idea politik 'baru' Ustaz Hadi ini, Anwar pula terus mengambil pendekatan akomodatif dan kompromotif yang sama iaitu walk the talk.

Saya tak pelik dengan tindakan melulu DSAI bertemu Pak Lah kerana rekodnya membuktikan beliau telah lama menjadi manusia berani melakukan eksperimen politik dengan upaya pengalaman kenegaraan dan ilmu kepintaran perang yang ada pada beliau, meninggalkan orang lain yang baru sahaja mahu membahas dan membincang rasional sesuatu tindakan sebelum dilakukan. Mungkin DSAI punyai formula tersendiri bagi menumbangkan BN seperti Rafael Benitez mempunyai formula tersendiri mengejutkan dunia dengan menumbang dan memalukan pasukan nombor satu Dunia, Eropah, Liga Perdana Inggeris, dan Piala FA iaitu Manchester United baru-baru ini dengan memboloskan 4 gol.

Melihat kepada kekebalan benteng pertahanan kami sejak dua musim terakhir ini, kekalahan seperti ini tidak pernah kami bayangkan.”-Ferguson

Dengan kemenangan kami ke atas MU memberikan ruang buat pasukan lain untuk kembali bersemangat bersaing bagi mendapatkan kejuaraan. Jika kami boleh menang, bagaimana pula dengan pasukan lain yang pernah seri dan mengalahkan kami. “-Steven Gerrard (kapten Liverpool)

Mungkin sudah terbayang dibenaknya bahawa kemenangan hampir pasti tatkala MU mendahului dengan satu kosong hasil sepakan penalti oleh Ronaldo seawal permainan. Akan tetapi, apa yang hampir pasti adalah kehampaan dan kekalahan. Itu dibuktikan dengan jaringan balas oleh Liverpool. Satu dibalas empat.

Situasi MU ini hampir sama dengan BN (penyokong MU jangan marah, ini cuma sekadar bahasa politik Malaysia dengan nada bolasepak :). Lihatlah keanggkuhan BN walaupun sudah banyak kehilangan kerusi di PRU12, namun masih angkuh untuk berkata kami (BN) adalah harapan dan pilihan terbaik rakyat dalam 3 pilihanraya kecil tidak lama lagi. Moga Allah memalukan mereka sekali lagi dengan perkataan mereka sendiri.



Apapun, yang penting Najib mesti disekat kemaraan menuju PM dengan apa cara sekalipun.

0 Responses to Anwar dan Formula Rafael Benitez

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"