"Tentang 1Israel' dan 1Malaysia', ia tidak boleh semuanya dianggap sebagai kebetulan," - Datuk Seri Anwar Ibrahim
"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way." - Franklin D. Roosevelt
"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way." - Franklin D. Roosevelt
Ihsan gambar dari Malaysiakini
Hampir seminggu dua saya mengikuti isu menarik mengenai APCO-Satu Israel-Satu Malaysia ini, kebetulan pada masa ini pula saya banyak menerima jemputan dari 'satu Malaysia' untuk membedahsiasat makar jahat gerakan Zionis antarabangsa. Cuma saya banyak berdiam diri apabila ada audience bertanya soalan adakah wujudkah gerakan Freemason mahupun proksinya di Malaysia.
Suasana 'pencerahan minda' mengenai gerakan Zionis antarabangsa di UiTM Segamat, Johor dua minggu lepas.
Pada awalnya saya merasakan saya keseorangan dalam hipothesis saya mengenai gerakan intelegen Freemason yang telah memainkan peranan strategik di belakang tabir konspirasi-konspirasi politik di Malaysia.
Namun hari ini (baca teks penuh DSAI di sini), apabila Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara, nampaknya saya tidak keseorangan lagi dalam hipothesis saya. DSAI juga telah mencabar kerajaan untuk menjelaskan perbelanjaan berjumlah RM23 juta wang pembayar cukai kepada APCO.
Harakahdaily pula hari ini melaporkan Naib Presiden PAS pula, Datuk Mahfiz Omar mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan BN melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.
APCO Worldwide berpusat di kota Washington DC dan memiliki 23 buah pejabat di seluruh dunia termasuklah di Tel Aviv, Israel. Menjadi pengetahuan umum orang-orang penting dan penasihat APCO berhubung kait dengan Zionis Israel, seperti Shimon Shein (bekas Duta Israel ke Jerman), Itamar Rabinovich (bekas duta Israel ke Amerika Syarikat). (baca lanjut mengenai APCO dalam tulisan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua di sini).
DSAI nampaknya terus mengundang risiko nyawa di sebalik 'political games' beliau ketika berhadapan dengan isu kes liwat beliau yang makin menghampiri pusingan akhir 'character assination' ke atas beliau. Kali ini beliau bukan sekadar bermusuh dengan Umno-BN, tetapi suara lantang beliau sudah pasti akan sampai ke Tel Aviv dan satelit Mossad.
1. Menunjukkan penegasan dasar politik mahupun polisi ekonomi kerajaan PR jika memenangi Persekutuan nanti iaitu bersedia menanggung risiko kemandirian tanpa bertongkatkan apa jua tawaran kepakaran, pelaburan dari proksi-proksi Zionis-bankers Freemason-Yahudi antarabangsa.
2. Mengukuhkan semula (walaupun buat sementara) sokongan dari akar umbi rakyat Melayu-Islam umumnya (kerana isu Israel adalah isu sensitif ummah) dan khususnya gerakan Islam seperti PAS yang telah lama menyatakan kelantangan perjuangan menentang Zionis-Israel dalam siri-siri demonstrasi membela Palestin dan mengutuk sikap lesu OIC.
3. Mengalih perhatian atau menukar topik perbincangan rakyat dari "Anwar-Liwat" kepada "BN-Yahudi" (sebagaimana telahan politik KJ)
4. Mendefinisi musuh 'sebenar' PR dan seluruh gerakan Islam di Malaysia. Satukan saff untuk berdepan dengan perancang sebenar pecah-belah antara umat.
Semoga Allah membantu perjuangan Islam, jamaah Islam PAS dan semua para pendokong kebenaran dalam mendepani kejahatan gerakan Yahudi antarabangsa, Freemason-Illuminati-Secret Socities dan segenap proksi-proksi munafiq mereka yang sedang menceroboh dan menjajah pelbagai institusi di Malaysia seperti perfileman, hiburan dan media.