Content feed Comments Feed
Showing posts with label Campus Training. Show all posts
Showing posts with label Campus Training. Show all posts


Pada Disember tahun ini, pihak modul Perhimpunan Ukhuwwah Insaniyyah Seluruh Ireland (PUISI 2011) akan mengetengahkan tema ‘Conquest of Constantinople’ yang secara literalnya bermaksud ‘Penaklukan Kota Konstantinople’. Tema ini dibawa dalam usaha untuk mengupas buku "The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness" karangan Stephen R. Covey melalui garapan sejarah pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan juga sudut pandang ilmu Islam. Justeru itu, diharapkan PUISI 2011 mampu menjadi titik temu antara kajian sejarah, falsafah Islam dan ilmu pengurusan moden.



Rangka modul yang dibina akan terbentuk daripada 2 asas utama iaitu penyampaian ceramah serta dilengkapi dengan latihan dalam kumpulan bagi menguatkan lagi pemahaman peserta. Tumpuan pula diberikan kepada 2 pembinaan iaitu pembinaan jati diri Muslim dan kemudiannya mengarah kepada pembinaan kepimpinan Islam. Matlamat akhir modul adalah agar peserta dapat mengambil ibrah daripada kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh membuka Kota Konstantinopel bersemangat untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan proses tarbiyyah dan dakwah.

Oleh itu, PUISI 2011 mahu menjadi titik perubahan di mana individu akan mula meneroka diri serta kebolehan sendiri yang berbeza dalam diri individu itu sendiri atau kumpulan] untuk membentuk satu kesatuan di bawah lembayung Islam. 

 

Warkah Buat Guru Pelatih Islam IPGM

Friday, April 8, 2011


“Aku adalah orang-orang yang nama dan wajahnya sudah lama dilupakan, namun ajaran-ajaran serta karakternya akan senantiasa diingat dalam pencapaian-pencapaian yang diraih para muridnya.” - John W. Schlatter -



MUQADDIMAH


Rasulullah S.A.W tidak pernah menerima pendidikan di mana-mana sekolah, sama ada di tanah Arab, jauh sekali pernah menerima pendidikan Yunani dan diasuh oleh para ahli falsafah. Bahkan Rasulullah itu ummiyy (buta huruf dan tidak boleh membaca). Namun perhatiannya kepada pendidikan, para pendidik dan penampilannya sebagai seorang pendidik manusia di sekelilingnya sangat dahsyat dan luarbiasa. Dari halaqah Iqra’ di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, hinggalah kepada terbinanya peradaban ilmu yang berpusat di Masjid Nabawi. Dari manusia yang menyembah batu berhala dan memakan haiwan jalanan di padang pasir, methodologi pendidikan Nabi merobah bangsa Arab menjadi manusia terbaik yang mengalahkan peradaban intelektual dan empayar ketenteraan dari Rome hingga ke Parsi.














KESIMPULAN
 
“Pendidikan bukan sekadar soal bidang ikhtisas yang mahu diceburi, tetapi lebih dari itu adalah 'our deepest conviction', keyakinan terdalam kita bahawa hanya dengan sistem pendidikan sahaja faktor paling kritikal untuk mengembalikan maruah dan kualiti umat. “ - Dr Siddiq Fadzil


Para guru pelatih perlu membaca dengan baik keadaan dunia dan zaman yang sedang kita hadapai kini di Malaysia. 10 tahun dahulu, berpacaran di khalayak umum adalah satu keaiban, sekarang anak gadis pelajar sekolah yang masih ada dara adalah satu keaiban. 10 tahun dahulu, guru merotan pelajar adalah satu kebiasaan, kini pelajar ‘merotan’ guru adalah satu kebiasaan. 


Justeru, jangan jadi guru ‘bisu’. Cerahkan matahatimu kerana hati-hati yang hidup sahaja boleh menghidupkan hati-hati yang mati. Mulakan dakwah dari dirimu terlebih dahulu, barulah diperturunkan pada anak muridmu. 75 % keberkesanan pengajaran bukan apa yang pelajar dengar dari anda sahaja dalam kelas, tetapi apa yang mereka dengan dan LIHAT dari anda. The actions always talk louder than voice.


Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.


Kenalpasti dan susunlah keutamaan modul dan pengisian pengajaran anda, bermula dari SQ, kemudian EQ, dan barulah IQ. Janganlah menjadi guru yang hanya sekadar pelaksana silibus dari ‘content provider’ dan policy maker.


Ingatlah, Nabi adalah guru teragung di dunia. Ingatlah, guru Nabi adalah Tuhan semesta Alam. Dan ingatlah, aku juga seorang guru.



RUJUKAN
1. Rasul Terulung Murabbi Teragung : 40 Teknik Cara Mengajar Yang Berkesan, Syekh Abdul Fattah Abu Ghuddah, terjemahan Haji Shuhadak Mahmud, terbitan PMRAM
2. Muhammad S.A.W The Super Leader Super Manager, Dr Muhammad Syafie Antonio, terbitan Prophetic Leadership and Management Centre
3. Manual Pendidikan Al-Hikmah : Himpunan Pidato Kependidikan, Dr Siddiq Fadzil
4. Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih, Muhamad Syaari Ab. Rahman, PTS Milennia


Pada 10 - 12 Mac (Khamis - Sabtu), saya (Ibrah Paradigm) telah dibantu oleh sahabat saya saudara Azuhan (De Soul) dan Nursya (UM) mengendalikan Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih (AKMAL 2011) di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari Maryam atas kerja kuat beliau menjayakan program yang tertangguh ini dan seluruh jawatankuasa penganjur dari HEP Insaniah sehinggalah pada Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah khususnya Biro Kepimpinan dan Kerohanian mereka.


Tidak dilupakan penghargaan khusus buat isteri kesayangan saya yang sudi untuk membenar dan menyokong perjuangan saya sentiasa meskipun berjauhan seketika. Jutaan kemaafan dipohon pada ayah mertua kerana tidak dapat bersama sepenuh masa menemani beliau yang sedang gering akibat sakit Hepatitis B yang baru dikenalpasti oleh doktor.


Bertemakan "AKMAL (Lebih Sempurna Dari Sebelumnya) : From Zero We Will Become Hero", terlalu banyak mahu dicoretkan oleh saya dalam catitan program sulung Ibrah Paradigm ini. Bak kata Ustaz Hasrizal Jamil ketika membuat coretan mengenai Kem Hijri beliau dan STC : "Banyak coretan menarik tentang kisah-kisah di balik tirai kem HIJRI ini. Menjadi event manager  untuk sebuah program yang diisi sendiri yang juga bertindak sebagai content provider, pengalamannya amat berbeza daripada sekadar datang dan mengisi program yang dianjurkan oleh orang lain."  He speak my mind, sebab itulah yang saya rasai di kolej universiti di tengah-tengah bandar Alor Setar itu :)


Program ini mempunyai makna yang terbesar dalam diri saya sepanjang 3 tahun berada dalam dunia training ini. Ini kerana inilah program 3 hari 2 malam yang saya bangunkan sendiri modul-modul AKMAL dengan perahan otak sendiri hasil penganalisaan fakta sejarah 1453 dari pelbagai sumber terkini.


Tanpa teman-teman sepasukan, siapalah saya. Saya juga dibantu oleh saudara Azuhan yang lebih banyak saya minta bantuan beliau untuk membangunkan modul-modul ice breaking, outdoor dan aktiviti dalam dewan. Kombinasi kami dilihat sangat intim dan bisa diteruskan pada AKMAL generasi kedua pada masa akan datang dan seterusnya di IPT lain untuk merasai modul pembangunan kualiti mahasiswa ini.


Alhamdulillah, hasil dari sebuah idea yang dibangunkan secara sistematik, maka 'eksperimen' pertama AKMAL telah berjaya dijalankan kepada hampir 50 orang mahasiswa KUIN yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi Apprentis sulungnya. Meskipun jumlah sasaran hampir 200 orang, namun saya katakan pada Maryam sebagai runner utama program, "jangan bersedih hati, lebih sedikit, kita lebih fokus, kerana ia program leadership untuk membina potensi diri dan pasukan, bukan semata ceramah memberi kesedaran"


Hasil dari analisa feedback dan suggestion form, berikut saya coretkan paparan SWOT untuk manfaat pembaca setia Iskandarfateh di samping untuk rekod saya sendiri. Saya tidak segan silu untuk berkongsi kekuatan dan kelemahan - yang munasabah - dalam program latihan dan motivasi saya kerana dakwah adalah seni menghadapi manusia yang seharusnya dikongsi bersama pada teman-teman seangkatan yang menceburi bidang latihan dan perundingan.


STRENGTH (Kekuatan yang TELAH berlaku, feedback POSITIF dan wajar DITERUSKAN)


1. Borang biodata diri
- soalan "cita-cita 10 tahun lagi", "kenangan pahit dan manis" membantu trainer mengenalpasti tahap kejelasan visi hidup dan cita-cita peserta untuk sesi "Al-Fatih : The Power of A Clear Vision", modul saya malam pertama


2. Kuiz 1453
- 30 soalan objektif dan subjektif banyak membantu peserta untuk 'ghairah' mengetahui jawapan sebenar, justeru mereka akan fokus pada setiap slot, rasa dihargai apabila ada ganjaran hadiah, rasa gelak terbahak-bahak apabila pelbagai jawapan 'gila' diberikan peserta, suasana humor adalah penting dalam program training yang mengambil pendekatan santai di awalnya


3. Sesi Kuasa Cinta Rasulullah (malam kedua)
- saya menukar 'uniform' saya pada malam itu, memakai pakaian berjubah dan hampir-hampir saya mahu berserban, kerana mahu mencetuskan "pre-judgement" positif kepada peserta. 

Dengan dimulakan dengan selawat kepada Nabi S.A.W, sesi ini cukup menyentuh hati peserta di penghujungnya, tidak pun kami duga dan tidak pun kami rancang, ramai yang menitiskan airmata pada malam tersebut - khususnya ending dengan sebuah video mengenai sayangnya Nabi pada ummatnya di padang Mashyar dan titian sirath nanti.

Syukur alhamdulillah, rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih dimurni dan dikembalikan pada iman dan kekentalan spiritualnya kepada hadis Nabi S.A.W, ketatnya pantauan baginda di bawah Syekh Syamsuddin sejak dari Sultan Muhammad sebagai kanak-kanak.

Salah satu trailer di Youtube menggambarkan dekatnya Sultan Muhammad dengan Master Sifunya, Syekh Aq Syamsuddin
“I will not give anyone an excuse to scorn the film.” - Faruq Aksoy. Saya sedang meminta bantuan kad kredit abang saya untuk membeli secara online DVD "Fetih 1453", filem Turki mengenai ambitious war scenes Muhammad Al-Fateh terbitan dan arahan Faruq Aksoy yang menelan bajet jutaan Turkish Lera ini mencakupi aspek cinematography, special effects, costume design, art direction dan aplikasi teknologi CGI.


Kesimpulannya, dasar utama kejayaan penawanan Konstantinopel adalah kecintaan yang tinggi Sultan Muhammad kepada Rasulullah S.A.W, sesuatu yang WAJIB peserta nampak selepas teruja dengan fakta-fakta 'pelik tapi benar' mengenai adegan-adegan gila sepanjang 6 April - 29 Mei 1453 tersebut.


Tertarik pada kenyataan "kuasa ke 13, kuasa doa Nabi Muhammad" yang disebutkan oleh Puan Ainon yang dirakamkan oleh Tuan Zamri Mohammad di wall Facebook saya.


4. LDK Gegak Gempita
- sesi 'memorable session' (kenangan yang takkan mampu dilupakan) adalah klimaks penting sesuatu program training supaya ia menjadi sebutan peserta kepada orang lain untuk menyertainya.

- namun demikian, bukan tujuan utama saya sekadar mahu mencipta gimik dan elemen suspen (berdebar-debar) dalam program untuk peserta, objektif yang lebih utama adalah untuk mencetuskan letupan keyakinan diri SETIAP peserta tanpa terkecuali seorangpun, ia dijelmakan dalam bentuk aksi, di samping menguji secara tidak sedar Al-Fatih Values peserta iaitu aspek (IQ) iaitu kreativiti mencorak fakta menjadi persembahan aksi yang teratur dalam masa yang terbatas, EQ (kerjasama sesama peserta dalam menghidupkan watak masing-masing dan menghidupkan cerita itu sendiri).

- kenyataan task wajar saya perhalusi lagi supaya peserta dan commentators lebih jelas dengan aspek apa yang terpenting dinilai ketika persembahan iaitulah objektif utama slot itu sendiri


5. Resolusi yang dibacakan dengan sangat jelas bukan sekadar menyerlahkan semangat untuk berubah tetapi memperjelas aspek-aspek perubahan secara realistik sebagai terjemahan kepada ibrah dari kisah Sultan Muhammad Al-Fatih.



WEAKNESS (Kelemahan yang TELAH berlaku, wajar DIPERBAIKI)

1. Peserta tiada kertas kerja bagi setiap modul (tidak semua peserta mampu atau mahu membeli buku penulis di awal-awal program, sekurang-kurangnya dengan kertas kerja ia membantu proses 'marketing' buku itu sendiri)


2. Penekanan soal disiplin dan ketepatan masa peserta (ada feedback mencadangkan denda kumpulan yang lambat, saya masih tertanya-tanya adakah wajar menjadikan AKMAL ada serba sedikit elemen 'tamrin', rasanya perlu lihat tahapan kampus yang melanggan AKMAL dan tahapan peserta bagaimana)


3. Rata-rata peserta apabila memberikan feedback di akhir program menyatakan kekaguman dan keterujaan mereka kepada sifat kepemudaan, kegeniusan, keintelektualan, dan keterbukaan Sultan Muhammad Al-Fatih. Faktor masa yang terbatas mungkin mempengaruhi kecenderungan feedback seperti ini. 

Sebenarnya bukan kekaguman dan sindrom hero-worshipping itu yang mahu saya timbulkan sebagai kesan dan impak maksima pada peserta. Justeru saya perlu fikirkan 'killer' slot di hari ketiga sebelum peserta berpisah, bagaimana untuk menimbulkan impak maksima kepada persoalan yang lebih penting dari kekaguman tokoh iaitu bagaimana sebenarnya Al-Fatih dibentuk, tradisi perguruan dan cintakan ilmu dan ulamak, dan bagaimana untuk menjadi Al-Fatih pada zaman sekarang dan bukan pada abad ke-15 Masihi tersebut lagi.


OPPORTUNITY (Idea saya yang BELUM berlaku dan cadangan BARU dari peserta)

1. Ujian personaliti diri (70 soalan mengenai learning style process)

Tidak sempat dibuat, tetapi seharusnya dibuat untuk memudahkan trainer mengenalpasti pendekatan yang sesuai kepada para peserta sepanjang 3 hari 2 malam, adakah mereka lebih gemarkan sesi ceramah dan kertas kerja, adakah mereka sukakan perbincangan dalam kumpulan dan sesi dua hala, adakah mereka sukakan visual dan audio yang bersemangat dan mantap PA system nya, adakah mereka sukakan aktiviti outdoor dan mencabar berbanding indoor.

Ujian ini penting untuk mengetahui 'expectation' mereka pada program. How they see determine what they will gain. Model PSMB dalam form ini adalah yang terbaik bagi saya.


2. Modul public speaking wajar saya bangunkan - mungkin semasa bicara visi 10 tahun setiap peserta - kerana ia juga sebahagian dari Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih.


3. Perbanyakkan lagi LDK problem-solving atau study case untuk memudahkan lagi proses penyerapan nilai kepada peserta. Pembentangan yang dibuat akan memudahkan trainer mengukur capaian kefahaman mereka.


Lain-lain Catatan

1. Saya perlu bersedia merangka Fasa 2 AKMAL untuk 'advanced' student (real leaders in campus) atau alumni AKMAL kerana banyak modul asas dan asal kepimpinan yang selari dengan  12 Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih tidak dapat dilakukan dalam AKMAL Basic Training.


2. Perlu segera membeli DVD Filem Turki iaitu "Fetih 1453" yang telah release di Turki pada Disember 2010 sebagai elemen 'killer' dalam AKMAL. Jika tidak, saya perlu bangunkan sendiri sebuah video klip yang menggambarkan secara detail - masih dalam kerangka 10 minit maksimum masa - kronologi penawanan dan aksi brilliant peperangan dari kedua-dua belah pihak dari 6 April hinggalah 29 Mei 1453 tersebut.


3. Sedang memikirkan bagaimana jika Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih dalam bahasa novel, bagi memudahkan juga proses menyediakan skrip filem 1453 yang diimpikan. Mungkin minda sehebat Pak Latip sangat diperlukan :)


Berikut dipaparkan beberapa feedback bertulis dari mahasiswa yang mengikuti kem AKMAL Generasi 1 di Insaniah baru-baru ini. Termasuk juga yang sudi hadir saudara Muslim dan sahabat-sahabat beliau dari UNIKL MSI Kulim dan saudari Farhana dari UUM. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.


“AKMAL memberi kefahaman kepada saya kenapa dan mengapa kita perlu bergerak dalam satu pasukan, bagaimana kita perlu taat pada pemimpin kita dan bagaimana kita nakkan kepercayaan daripada anak buah kita. Sekiranya mempunyai kesempatan, boleh membuat program Al-Fateh ini dalam masa seminggu. Lahirkan suasana yang benar-benar di depan mata peserta agar mereka lebih terasa di hati. Bawa peserta mengembara ke detik penawanan Konstantinopel dengan diri mereka sendiri. Beserta dengan soundtrack yang lebih gah.” - Nur Zahidah binti Marzuki , Diploma Tahfiz wal Qiraat


“Tayangan-tayangan video Al-Fateh dan slot yang didedahkan telah menaikkan semangat saya untuk terus bersemangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Saya suka slot pertama “Visi dan Pemikiran Strategik Al-Fateh. Pendekatan Ust. Syaari menceritakan sejarah Al-Fateh dan mengaplikasikan dalam bentuk modul, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya dan sesi yang terbaik adalah dalam sesi ‘Gegak Gempita’. Kalau boleh akan datang, Ust boleh menceritakan dan mendedahkan lebih banyak mengenai sejarah penaklukan Konstantinopel oleh Al-Fateh. Tambahkan LDK dalam kumpulan untuk lebih merasai ‘aktiviti outdoor." - Zafirah Binti Ahmad, Ijazah Syariah Islamiah

“Melalui visual-visual yang diberikan, program ini dapat membangunkan dan meningkatkan keyakinan saya untuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Ia juga memberikan semangat kepada saya untuk maju ke hadapan dalam gerak kerja organisasi atau tanggungjawab yang telah diberi pada saya dan juga semangat dalam menuntut ilmu melalui pengisian yang diberikan.” – Rozmayanti Alibasa, Ijazah Perbankan dan Kewangan Islam.


“Program telah memberi gambaran jelas dan mengetuk pintu hati saya untuk lebih fokus, bersungguh-sungguh dan terancang merancang program visi kehidupan seharian.” – Siti Norhana Md. Masrom, Ijazah Syariah Islamiah


“InsyaAllah, melalui kem ini, organisasi saya akan lebih strategik dan lebih tersusun dalam melaksanakan gerak kerja dan juga menyusun setiap langkah dengan teliti dan menjadi lebih bersistematik dalam organisasi dan tidak mudah putus asa (never give up). Kesan terbesar yang mungkin saya tidak dapat lupakan dalam program lain adalah bertapa hebatnya pimpinan Al-Fateh dan ini membakar semangat saya untuk menjadi seperti beliau di zaman yang mencabar ini dan menjadi generasi yang memelihara Islam" - Umirah Binti Ya’acop, Ijazah Syariah Islamiah



Gambar-gambar aksi AKMAL 2011 - Gen 1 (KUIN)































TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA INSANIAH. TERIMA KASIH MPM INSANIAH. TERIMA KASIH MARYAM, AZUHAN, NURSYA, DAN SELURUH URUSETIA. TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN KEM INI. BERTEMU KEMBALI !



"  Program ini membuatkan orang yang benci sejarah jatuh cinta dan menghargai sejarah!"  

Demikian salah satu testimoni dari mahasiswi UIA Kuantan selepas A.L.F.A.T.E.H Workshop, meskipun modul sehari tersebut hanya 20 % dari modul Akademi Al-Fateh yang sebenar. 

Jika dibuat 3 hari penuh dengan venue di Sepang sendiri (HQ Akademi), adik-adik akan merasa LEBIH dari itu. Bukan lagi soal PEMAHAMAN yang mendalam dan PENGHAYATAN yang menyentuh hati, tapi KESEDIAAN melakukan PERUBAHAN diri dan organisasi. 

Berikut adalah testimoni ringkas yang dirumuskan oleh saudara Azam Yusof dan saudari Nor Syuhada dari borang penilaian program pada peserta :

Female
1. Program yang bagus. Lain kali boleh jemput speaker yang sama datang lagi.
2. Slide yang sangat mengkagumkan dan menarik.
3. Perlukan screen yang lebih besar supaya video dapat ditayangkan dengan lebih baik.
4. Terima kasih, lain kali boleh anjur lagi program supaya pelajar-pelajar lain dapat ikut.
5. Modul yang ada kelainan dari kebiasaan.
6. Masa program kalau boleh lanjutkan ke dua hari.
7. Anjur program bengkel ke seluruh Malaysia.
8. Mungkin boleh buat modul lain untuk susulan.
9. Membuatkan orang yg benci sejarah jatuh cinta dan menghargai sejarah.
10. Modul sesuai untuk digunakan dalam program kepimpinan.
11. Tolong jelaskan kronologi yang kurang jelas sebab ada yang bertindan.
12. Buat lagi program pada lain masa untuk sedarkan kita tentang sejarah Islam supaya kita boleh contohi.
13. Kalau boleh detailkan lagi tentang tajuk-tajuk yg dibentangkan.

Male
1. Perlu dibuat di tempat yang lebih selesa untuk muatan kapasiti peserta.
2. Berjaya mengimbaukan kembali kegemilangan Sultan Al-Fateh.
3. Dapat banyak hadiah, nak join Akademi Al-Fateh!
4. Ingin mengetahui lebih tentang sejarah Kerajaan Uthmaniyyah dan ceritakan kejatuhannya.

Jazakallah khairan ustaz. Saya salah seorang peserta Workshop Al-Fateh yang diadakan baru-baru ini di UIAM Kuantan. Subhanallah, saya teruja dengan ilmu yang disampaikan ustaz mengenai kuasa kepimpinan dan strategi peperangan Sultan Muhammad al-Fateh. Semoga Allah memimpin ustaz untuk mengkaji lebih mendalam tentang kuasa kepimpinan & strategi peperangan ini.

Sesungguhnya Sultan Muhammad al-Fateh ialah seorang sultan yg amat luar biasa. Beliau berjaya menawan kota Konstatinople dalam usia yang begitu muda, 22 tahun. Realitinya, remaja sekarang masih tercari-cari identiti diri pada usia ini. Saya tertanya-tanya BAGAIMANA Sultan al-Fateh memperoleh KEAZAMAN yang sangat luar biasa dalam mencapai misinya? Seperti yang kita sedia maklum, usia remaja adalah fasa yang paling mencabar dalam melawan diri & hawa nafsu. Dalam usia ini ramai remaja yang terpedaya dengan cinta yang dunia, hanya sedikit yang menyedari & mengecapi cinta sejati & hakiki. Harap ustaz boleh tolong jelaskan dgn lebih lanjut." - Habibi Baharuddin, Kuliyyah of Pharmacy, UIAM Kuantan (melalui email)


Meskipun mendapat feedback yang positif dan cadangan yang konstruktif, ketahuilah adik-adik bahawa banyak yang tidak dapat dibuat kerana keterbatasan masa dan ruang. 

Adik-adik tidak sempat melakukan fasa penyerapan 7 nilai AL-FATEH tersebut sehingga ia membantu menyelesaikan masalah peribadi dan organisasi adik-adik. Adik-adik hanya sempat menggayakan 7 nilai tersebut, tetapi setiap 7 nilai tersebut tidak sempat berlaku sebarang proses PENYERAPAN melalui aktiviti dan latihan dalam kumpulan. Lebih penting lagi, adik-adik tidak merasai TARIK KAPAL itu sebagaimana yang dilakukan tentera Sultan Muhammad :)

"Macamana modul ustaz ni boleh memberi jaminan pada saya ia mampu menyelesaikan masalah dalam organisasi-organisasi para pelanggan Akademi Al-Fateh nanti?" Cukup dengan satu soalan 'maut' dari Datuk Hj Ilyas Zainul Abidin (Penasihat Akademi) mengajarku bahawa membaca sebanyak mana dokumen sejarah belum memadai andaikata ia terus membeku sebagai sebuah idea lampau yang tidak menjejak di atas realiti permasalahan ummah. Terima kasih Datuk!"


9 Jan 2011 : Bersama mahasiswa UIAM Kuantan dalam Workshop 7 Habit of A.L.F.A.T.E.H. Ceramah interaktif, 3D click to Panorama Istanbul, nasyid tema, gelagat kumpulan Basilica, lukisan kekebalan Konstantinopel, kuiz dan adegan menara dan kapal terbang, gaya 7 Habit, audiovisual gegak gempita dan macam2 lagi, tidak akan dilupakan insya-Allah. Terima kasih pada Mahallah Talhah dan seluruh mahasiswa yang hadir dan urusetia CAMPRO yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

"Visionary Leader always plan ONE STEP AHEAD, meskipun kejayaan LONG TERM plan itu tidak berlaku pada zamannya. "Othman telah mencetuskan IMPIAN. 'Thunderbolt' Beyazid memulakan KEPUNGAN. Musa memberi TEKANAN. Murad II menghasilkan PERENCANAAN strategik." (page 108, The Fall of Constantinople, "Turkey", Stanley Lane-Poole). 

Lorong-lorong kemenangan DIPERMUDAHKAN buat Muhammad menawan. Highly Effective Leader bermula dengan MENGHARGAI, MENGKAJI legasi kepimpinan sebelumnya!

"Awal pemerintahannya, al-Fateh telah mengambil PAKAR arkeologi Itali, Cyriacus dari Ancona - yang pernah berkhidmat dengan ayahnya ketika mengepung Konstantinopel pada tahun 1422 Masihi - sebagai salah seorang PEMBACA + SETIAUSAHAnya. Beliaulah yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi Muhammad untuk mengHORMATI sejarah silam Greek, mengekalkan monumen-monumen penting di Konstantinopel (selepas penawanan)." (page 68, Europe and The Turk ; A Pattern of Alliances 1350-1700, Dorothy M. Vaughan)

Slot pertama, ketika melihat wajah peserta yang tampak 'membeku' mungkin akibat alat pembeku yang begitu menyejukkan, saya memulakan dengan teknik soal jawap "kenapa anda hadir ke program ini" sebagai salah satu taktik mudah saya untuk mendapatkan "gap analysis". Saya akhiri sesi muqaddimah dengan menggunakan kemahiran "benefit statement" untuk menimbulkan ghairah peserta pada sesi seterusnya, mampu bertahan dan teruja sampai selesai slot sehingga ke petang.

Disebabkan keterbatasan masa, ujian PERSONALITI DIRI di awal program untuk melihat cara bekerja dan cara penyerapan ilmu (learning styles), sama ada "activism" atau "reflector" atau "theorist" atau "pragmatism", tidak dapat dilakukan. Inilah pentingnya program yang bermalam dan lebih dari 2 hari :)




"TRAINING is not about you just coming out and speak!" - Mr Syaari :)




"When handling training, I will try to FACE the emotional feedback of participants instead of AVOIDING it" - Mr Syaari :)

"Get ready. We will be the Fatehiyyin to destroy their tower. Let's get the sumi asap, our secret weapon !!!"


Prinsip saya mudah. Tidak suka 'menyuap' mahasiswa dengan keterangan demi keterangan analisa saya mengenai keseimbangan persiapan sunnatullah (IQ-EQ) dan syariatullah Sultan Muhammad melainkan mesti didahulukan dengan menCETUSkan RASA dalam diri. Ia tidak boleh dilakukan tanpa AKTIVITI yang munasabah dengan keterbatasan masa dan tempat. Maka terbinalah MENARA AL-FATEH :)

"You can learn more about a person in an hour of PLAY than you can from a lifetime of CONVERSATION" - Plato.

Memahami lebih mendalam erti TAWAKKAL dan keteguhan iman sebagai ASAS kejayaan SERANGAN TERAKHIR SERENTAK 28 Mei 1453 Masihi Sultan Muhammad selepas segenap strategi ketenteraan dan kebijaksanaan menemui kebuntuan.


SESI REFLEKSI MODUL SECARA INTERAKTIF BERMULA 

"Banyak aktiviti BUKAN kayukur pada keberkesanan modul teambuilding andaikata refleksi selepas aktiviti masih bersifat 'SPOONFEEDING' dari trainer, bukannya "experiental learning" dari peserta (heart by heart session@what do you feel). So, please make them to start THINKING before you start talking). Always make them independent to choose the own path, not always depend on you." - Mr. Syaari :)

"The wall on the harbour side of Golden Horn were the WEAKEST part of the defences!". (page 9, "The Ottomans", Andrew Wheatcroft). MAKA, Constantine XI membina rantai besi gergasi (untuk menjaga kapal-kapalnya) hasil BACAAN SEJARAHnya pada mudahnya Crusaders memanjat benteng-benteng rendah Konstantinople pada 1204 Masihi ketika 20 percubaan lain dunia gagal. Leaders are READERS. Leaders are problem facers and PROBLEM SOLVERS!"

Saya mengambil pendekatan membawa peserta pada budaya membaca sumber-sumber akademik dan klasik dalam mendekati kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebagai mahasiswa, mereka tidak boleh 'dimanjakan' dengan tayangan video, powerpoint dan bacaan novel semata-mata.

"Kuasa pemikiran NEGATIF ! Wah, menarik idea ust!", tergelak terbahak saya dibuatnya dengan sinisan adik-adik pembaca buku saya yang baru menerjah kompas di muqaddimah buku saya. Ketahuilah, ia KESILAPAN TEKNIKAL ketika proses editorial. Beberapa perkataan juga ada mengalami sedikit kesilapan MIKRO, akan dibaiki dalam cetakan kedua. Fakta sejarah perlu KETELITIAN sebelum ditokoktambah walaupun satu pkataan. Terima kasih pada yang peka!

"Kekuatan APAkah yang ada pada mereka, sehingga masih mampu mentaati pimpinan, menebang pokok-pokok, menoreh tanah bukit yang keras, mengangkut 70 buah kapal dalam beberapa jam, menggunakan tenaga manusia dan haiwan sahaja, meskipun tentera sudah EXHAUSTED (kepenatan) lebih 2 minggu gagal mengasak Konstantinopel tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan? Itulah kekuatan AQIDAH, fakta sejarah jadi hujah, maka diangkat Rasul sebagai SEBAIK-BAIK TENTERA untuk kamu mengambil IBRAH" - demikianlah antara perkongsian "feel" saya dengan para peserta.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"