Content feed Comments Feed

Kemenangan AKP dan Abdullah Gul : Kejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik

“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji.” – Prof. Gibb

Tarikh 22 Julai dan 28 Ogos 2007 menyaksikan sempurnalah perjalanan sebuah model sistem demokrasi dunia yang seharusnya diteladani oleh Malaysia. Tanpa penggabungan dengan mana-mana parti pro-establishment di Turki, kematangan demokrasi di Turki telah menghadiahkan kemenangan sebuah parti yang usia kewujudannya di pentas politik Turki tidak sampai pun 6 tahun. Itulah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang mendapat mandat lebih besar sebanyak 46.7% dari 72 juta rakyat Turki yang keluar mengundi dalam pilihanraya Legislatif Turki 22 Julai lalu. Berubahkah atmosfera 80 tahun sekularisme yang mengarati bumi Turki ini, AKP akan menentukan 5 tahun dari sekarang. Semua pihak merakamkan tahniah pada Abdullah Gul, termasuk kuasa Barat, George W.Bush dari Amerika Syarikat dan kuasa Timur, Ahmadinejad dari Iran.

Kemenangan sebuah ‘perencanaan yang sistematik’, mungkin itulah maksud tersirat di benak hati Yasar Buyukanit, ketua tentera bersenjata Turki apabila mengulas kemenangan Abdullah Gul dan AKP sebagai "centers of evil" that "systematically” try to corrode the secular nature of the Turkish republic.”. Ternyata 'the biggest nightmare’ pada ultra-sekularis camp di Turki berlaku jua akhirnya walaupun mereka berjaya membuat "secularism memorandum” di pusingan awal penentangan yang menghalang Gul sebagai menjadi Presiden pada 27 April lepas, disusuli dengan demontrasi 2 juta rakyat Turki sambil membawa banner-banner gergasi “We want no ABD-ullah as president”. Manakala pakatan Parti Republikan People's Party (CHP) dan Nationalist Action Party (MHP) angkuh meramalkan "22 July, the people will turn the light bulb off” merujuk kepada simbol mentol lampu AKP. Namun kini, tampak sudah tidak ada ruang lagi buat tentera melakukan ambil alihkuasa kali ke-5 sejak 1960 apabila 3 pejabat terbesar Turki kini ditawan oleh AKP; Pejabat Perdana Menteri (kuasa legislatif), Pejabat Speaker Parlimen dan terbaru, Pejabat Presiden (kuasa eksekutif). Andai berlaku juga rampasan kuasa, jelaslah sudah siapa sebenarnya ’ancaman besar’ Turki yang dimaksudkan oleh John Esposito dalam “The Islamic Threat: Myth or Reality?” apabila menyebut bahawa pakar sejarah bersepakat bahawa walau apa pun yang berlaku di dunia, sekularisme Turki tidak akan dijejaskan oleh "ancaman" politik Islam.

Tindakan keluar Gul-Erbakan dari Parti Fadhilat dan meninggalkan old-style Islamism guru mereka, Dr. Nekmettin Erbakan serta keberanian memperkaya eksperimen baru politik dalam parti AKP telah menatijahkan klimaks perjuangan mereka dengan menguasai 340 buah kerusi Parlimen Legislatif Turki, bahkan kini Istana Presiden sudah ditawan Hayrunisa, seorang 'Asiah’ yang mungkin akan melahirkan lebih ramai 'Musa-Musa’ dari dalam istana Firaun Atatturk itu. Itulah kebimbangan Ergun Poyraz, penulis ”The Children of Moses”, buku bestsellers yang mensifatkan kemenangan AKP sebagai ”conspiration of crypto-Jews to serve the elders of Zion and to destroy Turkey’s secular system!”

Adakah AKP mempunyai ’hidden agenda’ ? Abdullah Gul menjawab : "I feel really sad because we have been modernising this country. We have been opening this country to the outside. Look at our record. If we had a hidden agenda why would we push so hard for Turkey to enter the European Union?" (Gul’s Interview by The Times, May 31, 2007)

Rakyat Turki yang disifatkan kajian terbaru Universiti Bosporus sebagai "72 % of Turkish people think that it is not healthy for the religion to interfere in the political system”, boleh sahaja menghukum AKP 22 Julai tersebut jika benar sepanjang pemerintahan 2002-2007 AKP mempunyai "hidden agenda”, sebagaimana tentera melakukannya ke atas Refah apabila Erbakan agak lantang dan ideolog dengan pengembalian negara Islam di bumi Al-Fateh ini. Tetapi AKP menunjukkan pada 72 juta rakyat Turki bahawa mereka adalah parti lebih kerja dari cakap, manakala calon-calonnya lebih banyak berjasa pada rakyat walaupun tidak pandai berceramah. Sifat Abdullah Gul yang open-minded, menguasai multi-language (Turkish-Arabic-English) dan ’manhaj’ AKP sendiri yang lebih ’menerang dari menyerang’ sepanjang ’mengisi kemenangan’ telah menyaksikan kredibiliti ’luarbiasa’ AKP mencalarkan track-record 60 tahun pemerintahan golongan sekularis di Turki sejak membunuh Khilafah pada 23 Mac 1924 :


· AKP menggandakan income Turki dua kali ganda per kapita, menyebabkan pertumbuhan ekonomi Turki 7.3 % setiap tahun
· AKP menyenaraikan Turki (buat pertama kali dalam sejarah Turki dan Arab sendiri) dalam senarai 10 negara yang berjaya menarik paling banyak Foreign Direct Invest (FDI)
· AKP menghidupkan semula hampir 700 projek-projek pembangunan yang terbengkalai di era pemerintahan sekularis sejak 1960 lagi
o Membina semula Bolu Tunnel yang musnah dalam gempabumi Turki 1999 (sehingga memakan USD 900 juta)
o Membina semula Lebuhraya Black Sea Costal yang gagal dibina semula oleh 19 kerajaan sebelum AKP, disebabkan rasuah pemimpin sehingga Yasar Topcu dan Safa Giray, bekas menteri dibicarakan
o Menyempurnakan projek The Samsun Local Road
o Menghidupkan projek Bursa Local Highway yang tergendala selama 21 tahun
o Memajukan semula Batman State Hospital dalam tempoh hanya 3 tahun dan terus dibuka pada awam
o Menghidupkan semula Izmir State Hospital dan memberikan khidmat sehingga 50,000 rakyat
o Membina semula Fethiya State Hospital yang terbengkalai sejak 1995 dengan kos 250 juta
o Menyelamatkan projek The Sabiha Gokcen Airport yang dicetuskan pada 1995 oleh Mesut Yilmaz, bekas Perdana Menteri Turki
o Menyempurnakan projek Istanbul-Ankara fast train yang dilancarkan pada 1975

· Keterbukaan dan penghormatan kepada bangsa Kurdish sehingga impaknya AKP menang besar di beberapa buah bandar-bandar utama Kurdish berbanding nasionalis Kurdish sendiri yang bertanding sebagai calon bebas. Slogan AKP “both Kurds and Turkmens are our relatives.”

Paparan fakta di atas menyimpulkan bahawa "Economics is the No. 1 reason that people voted for Mr. Gul's party. The party's policies have created an economic boom, expanded exports and improved services. Meantime, secular opposition parties have had little positive to offer”. (Henry Barkey, chairman of International Relations at Lehigh University). Era pemerintahan AKP telah merubah Turki dari negara yang dianggap sebagai “The Sick Man Of Europe” serta kudis kepada Eropah jika dibenarkan permohonan memasuki EU, menjadi negara yang mendapat perhatian dunia. Istanbul menjadi bandar ketiga terbaik Eropah selepas Florence dan Rome dan kelapan terbaik dunia, pada masa pemerintahan AKP (kajian majalah New York Travel and Leisure).

Apa yang menarik, AKP tidak pernah menjaja kejayaan membangunkan projek-projek pembangunan di atas dalam kempen-kempen mereka dalam PRU Turki 22 Julai lepas. Mereka sedar bahawa pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan dan amanah yang dipikul, bukan untuk dijaja seolah-olah pembangunan hanya boleh dilakukan oleh parti pemerintah sahaja. "Hidden agenda” AKP adalah mengemukakan bahasa dakwah yang paling tajam menawan hati rakyat Turki yang sudah terlalu lama tenggelam lemas dalam karat sekular, bukan dengan hanya menang sorak melaungkan slogan melaksanakan syariat atau negara Islam, tetapi dengan menunjukkan track-record kepimpinan bersih tanpa seorangpun terbabit dalam rasuah, meningkatkan peratusan ekonomi Turki sebanyak 9-10% setahun, mengurangkan inflasi sebanyak 8.2%, menurunkan kadar pengganguran sebanyak 10.3%, meningkatkan ’easing access’ rakyat pada khidmat kesihatan, dan menyediakan buku-buku teks sekolah secara percuma dan membina cheap lodging pada golongan fakir. Itulah bahasa dakwah AKP!

AKP lahir daripada tragedi 11 September yang menyaksikan "Islamist” didefinisikan dunia sebagai "Al-Qaeda terrorist”. AKP wujud selepas menekuni dengan airmata sengsara rakyat Turki pasca pengharaman Refah, pengharaman hijab menjadi semakin runcing, sekolah Imam Hatip ditutup, pengajian rasmi sekular diperpanjangkan dari 5 kepada 8 tahun, maka ribuan sekolah tahfiz di Turki ditutup kerana ketiadaan pelajar, tentera menyepak al-Quran di sesetengah sekolah, NGO yang begitu cemerlang seperti Genclik Vakfi ditutup seiring dengan hukuman ke atas Parti Refah yang membawa kepada pengharamannya pada 28 Februari 1998. Seluruh harta parti dirampas, Erbakan disingkirkan dari Parlimen dan diharamkan dari menyertai politik selama 5 tahun dan keseluruhan Turki menjadi porak peranda.

Menginsafi waqi ini, AKP telah membuat percubaan berani membetulkan paradigma penggerak mereka terhadap sekular. Kita mendefinisikan sekular sebagaimana disebut Syekh Mustafa Sobri, Mufti Turki Usmaniah sendiri iaitu pemisahan agama dan urusan negara yang menjadi jalan terdekat untuk murtad. AKP pula yang menyelam sendiri ke lautan sekular di Turki dan merasai kesan perit ’peperangan’ antara Refah-Erbakan dengan Tentera-Sekular, lantas mereka muncul sekadar dengan 'rebranding’ atau 'superficial change’ sahaja, tetapi pendefinisian semula kepada ideologi sekular itu sendiri dengan memaknakannya sebagai "memisahkan campurtangan pemerintah dalam urusan agama” sebagai ganti kepada definisi lama ”memisahkan urusan pemerintahan dari campurtangan agama”, kerana realiti yang dihadapi di Turki adalah realiti campurtangan pemerintah dalam urusan agama Muslim.

AKP mendefinisikan semula halatuju perjuangan Islam mereka sebagai mewujudkan "secularism that focused on delivering goods and services, upholding democratic environment and standards, rule of law, transparency, freedom for different life styles as it is a rule of social harmony and human rights instead of propogating an ideology”. AKP meyakini cara terbaik menenggelamkan Sekularisme Kamalism ini adalah bukannya dengan terburu-buru mewujudkan ’Syariah State’, tetapi menjadikan mazhab sekular utama ini sama tahap dan boleh bersaing dengan mana-mana ideologi hatta termasuk Islam (yang pastinya bukan ideologi). Justeru sekular pada langkah pertama ini akhirnya berjaya dijatuhkan dari kerusi empuknya yang satu ketika dahulu berkuasa menukar azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki, memansuhkan tulisan Arab dan menguatkuasa tulisan Latin, membuang Islam sebagai agama rasmi dari Perlembagaan Turki dan pelbagai jenayah ke Islam lagi.

Justeru, apa yang banyak terzahir ucapan sulung Erdogan dan Abdullah Gul adalah secara sengaja dan terancang, bukan 'taqiyyah’ mahupun spontan. Sejak kemenangan 2002 sehingga ucapan sulung Abdullah Gul sebagai Presiden Turki, penafian secara konsisten mereka untuk tidak dikaitkan dengan Refah, bahkan Gul mengasosiasikan dirinya dengan tokoh-tokoh demokratik Turki seperti Menderes, Demirel, dan Ozal, bukanlah satu kenyataan bersifat ’siasah panjang nafas’ tetapi memang benar-benar manifestasi kepada ’fikrah’ dan ’manhaj’ perjuangan mereka, yang disifatkan Ahmad N. Dost dari Islam Online Istanbul sebagai "a very complicated story”, yang kita sukar untuk memahami tanpa pengkajian mendalam. Abdulhamit Beleci, Editor Zaman Daily menegaskan : "learning from the 1997 military intervention, the party has changed its perspective on politics in general, and on the relationship between Islam and politics in particular.As the result, they started to search for a new concept in order to define this new approach to politics”

Ijtihad berani AKP (34.38 % undi pada 2002) memang merugikan 'the real’ Parti Islam di Turki iaitu Parti Saadat (2.48% undi pada 2002) pimpinan Erbakan yang undi pada mereka terus jatuh mendadak dalam PRU Turki baru-baru ini, sedangkan rakyat Turki mempunyai ruang demokratik yang cukup luas untuk mendengar pandangan dan pidato Erbakan, bahkan Erbakan diberikan momentum yang kuat oleh akhbar arus perdana Turki dengan tujuan untuk memecahkan undi pada Erdogan. Tetapi rakyat Turki yang terkenal dengan sifat intelektualisme yang tinggi dan antara negara 'tahap membaca’ paling tinggi di dunia sudah melakukan penghakiman yang matang dan penuh 'sedar’ selepas belajar dari pengharaman Refah, sehingga AKP mencatat rekod parti politik pemerintah yang mendapat undian paling besar dalam sejarah sejak pilihanraya legislatif negara itu diperkenalkan pada 1969.

Memasukkan Turki ke pakatan 27 buah negara ’kaya-raya’ dalam Pakatan Eropah (EU) pula bukanlah satu gimik politik murahan Gul hanya semata-mata mahu menafikan AKP bukan memakai jersi Refah yang anti-Eropah, tetapi AKP mahu mengurangkan campurtangan golongan tentera dan pemerintah ultra-sekularis sebelumnya di Turki dalam urusan hak beragama khususnya Islam itu sendiri. Undang-undang syariah dan dasar yang tidak neutral terhadap semua agama, atau mengutamakan satu agama tidak boleh dilaksanakan dalam EU. Ini bermakna hak warga Muslim seperti berhijab di Turki juga akan dipelihara, dan bukan dilihat sebagai ancaman sebagaimana hari ini. Adakah Gul dan AKP mempunyai perancangan jangka panjang 20 tahun untuk bukan sekadar mengembalikan pusat pemerintahan dunia iaitu Khilafah Islamiah yang berusia 623 tahun itu, bahkan mahu merealisasikan hadis pembukaan kota Rome (di Itali) sebagaimana al-Fateh yang menunaikan hadis pembukaan Konstatinople di Turki sendiri. Hanya masa akan menentukan natijah akhir perjuangan sebenar agenda siasah dakwah AKP.


Sebarang komen kepada artikel ini, salurkan ke rijal_tarbawi82@yahoo.com

"Saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba iaitu Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Saya suka hendak mengulang falsafah yang diungkapkan oleh Za'ba bahawa kejayaan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri.Semuanya datang daripada diri kita sendiri. Berapa banyak pun seseorang itu berdoa tidak ada jaminan bahawa dia akan mendapat apa yang diinginkan melainkan melalui usaha. Kalau berusaha, kemungkinan untuk dia mendapatkannya ada”.- Prof Diraja Ungku Aziz, Utusan Malaysia, 15 Mei 2005.



Dalam dua-tiga tahun lepas, adalah kedengaran beberapa nama seperti Muhtar Suhaili, Ramadhan Fitri dan Syahir Sulaiman, mereka ‘hard core’ aktivis kampus yang menerima anugerah diraja atau pelbagai anugerah yang lebih tinggi dari segulung ijazah semata-mata. Hari ini, saya meneliti akhbar dari hari ke hari, banyak dipaparkan gambar-gambar mahasiswa penerima anugerah kecemerlangan jurusan pengajian masing-masing. Saya cuba kenalpasti andaikata ada wajah-wajah yang saya kenali, untuk saya jadikan sumber inspirasi, tapi….Kalau ada pun wajah atau nama mereka, yang saya dapat tahu mereka ahli biasa jamaah sahaja, bukan aktivis yang pernah bersuara lantang dan ‘well expose’ di peringkat nasional.

Dari satu sudut, saya bersetuju bahawa kekadang kita kena bersedia memberikan mahar pengorbanan yang terlalu mahal kepada perjuangan mengembalikan martabat, suara dan kuasa “mahasiswa mengugat” pada hari ini. Rakan saya, Mozahiri Shamsudin, antara pelajar cemerlang pengajian Sains Politik di kampus saya sudah membuktikan pengorbanannya mengejutkan pimpinan di atasnya
Namun dari sudut lain, saya mencabar diri saya dan kesemua aktivis untuk melihat pentas permaidani merah di dewan konvokesyen, ruang pengucapan awam kepada penerima-penerima anugerah, serta interview media massa yang akhbar mereka dibaca seluruh rakyat Malaysia, juga sebagai medium dakwah yang paling ampuh dan tajam menawan hati-hati yang keras untuk menerima perjuangan Islam, mengejutkan kawan mahupun lawan yang meremehkan mesej juang kita. Al-Imam Hassan al-Banna sendiri adalah seorang pelajar sekolah kelima terbaik Mesir dan menjadi antara mahasiswa Darul Ulum yang cemerlang dalam pengajian sebelum dijemput bertemu Allah dalam ‘klimaks’ perjuangannya.
Justeru, marilah kita belajar dari mas’ul mas’ul kita yang dahulu mereka adalah aktivis kampus, kini menjuarai pentas akademik dan berjuang membantu kita dan menasihati kita. Mungkin juga rakan-rakan kepimpinan tertinggi PMRAM yang sentiasa ada ‘icon’ kecemerlangan akademik boleh kita pelajari sesuatu dari ‘rahsia’ keseimbangan kecemerlangan mereka di pentas dakwah melalui organisasi dan dakwah melalui akademik. Mungkin juga buku “Sibuk atau Penyibuk” tulisan Fadzly Yusuf salah satu bahan pengurusan diri dan masa yang wajib kita baca.Kesimpulannya, mesej saya mudah rasanya untuk difahami, bahawa kecemerlangan akademik ini tampak menjadi kelemahan ketara musuh tradisi kita di kampus khususnya di ambang penamaan calon dalam PRK, tapi adakah ia kekuatan kita ? Dari angle akademik, apakah kapasiti perjuangan ahli-ahli jamaah hanya ‘ala kadar’ untuk hanya segulung ijazah atau ‘below 3.0’, sebaris mengambil ‘scroll’ dengan rakan-rakan yang kaki game, mat rempit, mat sports, rakan-rakan mad’u dan yang tidak sefikrah dengan kita ? Apa beza kita dengan mereka pada setiap kali konvokesyen datang ?

Akhirnya, saya menyeru semua kepimpinan mahasiswa Islam di setiap kampus, mula berfikir operasional ini secara lebih serius, membongkar ‘what’s the real problem’ dari persoalan dalam tajuk yang saya kemukakan di atas, kemudian mulakanlah perubahan dengan pimpinan, Insya-Allah ahli-ahli di bawah akan lebih bersemangat mencontohi kepimpinan. Zaman bercakap dan menyeru kepada kecemerlangan akademik tanpa kita sendiri selaku contoh dan teladan sudah tamat. Benar, kita diharamkan riya’ dan mengejar populariti diri, tapi mengizzahkan perjuangan Islam dan membuktikan wibawa aktivis mahasiswa dalam bidang akademik adalah satu tanggungjawab seiring dengan perjuangan memartabatkan semula gerakan mahasiswa itu sendiri. Benar, ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan tinggi pasca-AUKU dan ‘berbayar’ di negara kita ini, tapi andaikata kita tidak boleh mengubah arah angin, maka kita boleh mengubah kedudukan layar bagi memastikan perahu terus meluncur laju ke hadapan.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."(Q.S al-Mujaadilah: 11).

“Jika kamu banyak membaca buku, kamu boleh menguasai dunia ini” – Napoleon Benoparte.

GAMIS : Stand For What ?

Tuesday, August 28, 2007

GAMIS : STAND FOR WHAT ?

1. “G” for GERAKAN
Air gerakan yang sentiasa dicincang tapi takkan putus, sentiasa ada ruang dan ijtihad berani untuk meloloskan diri, tahu untuk memerangi kejumudan dan trial and error, tidak nostalgik sejarah lama dan tahu melakar sejarah baru dan tersendiri, berani membawa perubahan wajah dan format, tapi mengekalkan intipati dan prinsip.

Gerakan yang merumput tinggi di atas tanah, tapi kukuh mengakar di bawah tanah, merakyat pada golongan marhain, ‘cream of the society’, jurubicara ummah, ‘down to earth’, sanggup turun ke jalan raya bersama rakyat tertindas, tidak hanya berjuang untuk kepentingan kantung dan perut mahasiswa.

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

2. “A” for AGRESIF
“Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan

“Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with).” - Dato’ Saifuddin Abdullah, ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’

Agrersif, itulah noktah pembeza GAMIS dengan gerakan mahasiswa jamaah Islam yang lain. Agresif bukan bererti mengangkat senjata dan membawa bom dan peluru, tapi keberanian membawa mesej perjuangan kepada sasaran, sama ada diplomasi atau konfrontasi by hook and by crook. Agresif bukan kerana marah untuk membalas dendam, tapi tegas membawa idealisme dan aktivisme.

“Adalah mudah bagi setiap manusia untuk meluahkan kemarahan dan mampu bertindak mengikut kemahuan kemarahannya itu, tetapi untuk meletakkan kemarahannya itu pada orang yang betul, waktu yang tepat, tujuan yang baik, jalan yang hikmah dan tahap yang sepatutnya mereka menjadi marah itu tidak mudah dan payah untuk dilakukan.”- Nicomachean Ethics

3. “M” for MUDA DAN MENCABAR
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar." - Prof. Ungku A. Aziz

"Kepemudaan satu cabang dari kegilaan. (Hadith Nabi SAW). Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan." – Prof Dr Hamka, Lembaga Budi

Darah muda, gerakan pemuda. Sentiasa bersemangat untuk bekerja, tidak mandom dan menua terlalu awal, tidak muda goyah pendirian, bersuara lantang dan kuat supaya didengari dan pandangan dihormati, mencabar dan terus menggugah hatta kuasa pemerintah.

Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar Presiden GAMIS 2007-2008

“Atas nama undang-undang, mahasiswa dirompak dan dicandui, sambil meneriakkan demokrasi, sekali mahasiswa bersuara bertindak, tiada tangan menahan ombak.” – Anwar Ibrahim, Di Balik Tabir Besi

4. “I” for INDEPENDENT
· Mempunyai idealisme tersendiri, pandangan ketiga yang tidak bias kepada pembangkang atau kerajaan
· Bercakap, menyokong atau mengkritik dengan facts and figures

5. “S” for SOLIDARITI
· Bergerak sebagai satu pasukan mahasiswa nasional (SMM) melawan musuh yang satu
· Memimpin kesatuan front-front mahasiswa Cina dan India serta NGO-NGO
· Saling membantu dalam titik persamaan yang disepakati, saling bermaafan dan mengelakkan dari terjebak dalam titik perselisihan

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh :
Muhamad Syaari Ab. Rahman,
www.rijal82.blogspot.com

10 Mutiara Jejak Ismailiyyah

Sunday, August 26, 2007

10 ‘Mutiara’ Jejak di Ismailiyyah, Mesir
Oleh : Muhamad Syaari Ab. Rahman

1. Mahasiswa Arab tidak tahu menahu tentang sistem pendidikan dan politik Malaysia…
· Mereka adalah pemuda-pemuda gerakan Islam yang sekitar 19-25 tahun, tetapi kalangan mereka ada yang sudah graduat pada usia 19 tahun !!!
· Ramai kalangan mereka yang kami temui berminat melanjutkan pengajian M.A di Malaysia, tetapi malang kerana mereka ketiadaan sumber maklumat tentang pengajian di sini, bahkan ketandusan maklumat tentang Malaysia sehinggakan mereka tidak kenal bukan sekadar Abdul Hadi Awang, bahkan Abdullah Ahmad Badawi pun mereka tidak pernah dengar. Ada pula yang menyatakan Anwar Ibrahim sebagai Hassan al-Banna di Malaysia manakala ada pula yang memuji Mahathir sampai tak ketahuan pun yang beliau bukan lagi PM Malaysia. Aku bertanya “limaza lam tahsul ala hazihil maklumat” ? Ada kalangan mereka menyatakan, kami hanya dapat maklumat dari pelajar Indonesia, mereka selalu bercampur dan berborak dengan kami semasa kami belajar bersama di Al-Azhar. Di mana mahasiswa Malaysia kita agaknya ?

2. Sikap mahasiswa Arab yang agresif, partisipatif, “anti-menggoreng”. Kita ???
· 70 % tentatif Multaqa adalah ‘ceramah’ dan ‘seminar’ serta ‘daurah’, antaranya taujihat mengenai Salahaddin Ayyubi, salahfaham sekitar istilah-istilah dalam isu-al-Quds dan lain-lain. Tetapi lebih 100 perwakilan mahasiswa seluruh dunia gerakan Islam ini, khususnya mahasiswa Arab telah ‘menukarnya’ dengan beraninya (tanpa perencaan awalpun) menjadi 70 % ‘bengkel’ dan ‘debat’. Inilah ghairah dan darah muda mereka, sehingga urusetia program tidak mampu mengekang soalan dan kritikan bertubi-tubi dari peserta kepada speaker.
· Kebanyakan mereka bukan sekadar bertanya soalan sebagaimana kita di sini, tetapi memberi pandangan kedua pada panel pembentang. Benar, “it is easy to oppose, but not easy to propose” tampak tidak menjadi sifat Arab sedikitpun.
· Bahkan bukan seorang dua, tetapi ada satu slot hampir setiap 5 minit akan bangun (bukan sekadar angkat tangan) lebih dari 5 orang bertanya dan memberikan pandangan
· Ada satu slot pembentangan resolusi zon, seorang mahasiswa 19 tahun dari Hizbullah Lubnan, di akhir pembentangan resolusi tersebut telah dikritik agak banyak oleh 3 orang ‘syekh’ panel tetap (seorang tahap PhD iaitu Pengetua Muassasah, Dr. Hamdi !!!) kerana resolusi itu disifatkan sebagai retorik dan “laisa ‘ala ardhil waqi’”. Aku menjangkakan pembentang muda itu akan ‘down’ dan ‘menyerah kalah’ dengan menyatakan ‘ok, ana setuju’, tetapi apa yang mengkagumkan aku bagaimana pemuda 19 tahun itu berjaya ‘defend’ pandangannya sehingga debat panjang berlaku, yang tewas dan mengaku kalah adalah panel. Itupun dia seorang diri tanpa bertongkatkan LDK kumpulannya (mahu membantu tapi tidak dipedulikan pembentang sendiri), berjaya mengemukakan setiap penjelasan pada setiap satu persoalan dikemukakan oleh panel-panel ala-Akademi Fantasia tersebut. Aku tidak terkejut pemuda Hizbullah ini mendapat tepukan paling gemuruh dari peserta
· Ada ramai pemberi pandangan semasa slot resolusi mahu memanjang kalam perkataan dan penghujahan bernas (walaupun aku cuba catch-up dengan kelajuan bahasa Arab advanced peserta, bahasa Ammi tetapi tersasul dan mengotori kalam perbincangan Fushah), Dr. Hamdi dengan tegas menyekat kalam mereka dipanjangkan dengan menyatakan “khalas, al fikrah wadhihah” (cukup, point kamu dah clear)”. Dr Hamdi tampak mahu membanteras budaya “menggoreng” kata-kata secara tegas.

3. Resolusi di awal program dan dikaji oleh semua, bukan di akhir dan terlalu simplistik
· Yang menarik dalam multaqa ini, slot resolusi bukan di hujung tamrin, tapi di awal-awal program peserta sudah diminta menulis di atas kertas mahjong apa yang mahu dijadikan agenda praktikal (al-masyru’) apabila pulang ke negara masing-masing. Maka, sepanjang 4 hari program, kertas mahjong yang siap dibincangkan dalam LDK dan ditampal di seluruh dewan Multaqa dikaji dan dilihat oleh semua peserta semasa masa lapang mereka selepas sesuatu slot.
· Akhirnya, semasa sesi pembentangan resolusi di hujung program, partisipasi luar duga berlaku kerana pengamatan lebih awal (“pre-council”) sudah berlaku, bukan sekadar melibatkan panel-panel tetap, bahkan hampir semua peserta (kecuali zon Asia termasuk kami yang menjadi “pendengar yang setia”, mungkin kerana sedikit “culture shock”…)

4. Jiwa besar pemuda mahasiswa Arab, menjauhi resolusi remeh-temeh
· Resolusi mereka bukanlah seperti “menamatkan sebuah buku tentang al-Quds sekali sebulan atau membaca isu-isu al-Quds setiap hari” atau “mengadakan bengkel perkongsian pintar di peringkat zon masing-masing”, tetapi resolusi mereka “menubuhkan sebuah ma’had yang syabab mengambil pengkhususan beramai-ramai di situ”, “mengadakan multaqa besar-besaran di peringkat zon Asia”, “menyumbangkan 500,000 USD kepada rakyat Palestin”, “melancarkan perang website” dll. Kalangan mereka ada yang membuat resolusi menubuhkan University al-Quds Antarabangsa di negara masing-masing, mereka tidak retorik kerana membawa fakta-fakta sokongan mengukuhkan hasrat dan kemampuan mereka capai dalam ‘timeframe’ setahun yang disyaratkan oleh urusetia mesti dicapai menjelang Multaqa ketiga.

5. Semua peserta dan urusetia sama pakaian, hanya cahaya keilmuan di wajah menjadi pembeza
· Apa yang menarik dalam ‘tamrin’ ini, tak dapat dibezakan siapa urusetia dan siapa peserta. Kesemua memakai T-Shirt biru rasmi program. Rupanya Pengarah program yang berbaju biru itu adalah seorang “syekh” yang sangat terkenal dan dikenali ramai oleh rakyat di Mesir ini. Rupanya yang berbaju biru itu pula adalah seorang yang rupanya di akhir program seorang yang memakai jubah ulamak dan kopiah syekh al-Azhar, menunjukkan beliau seorang yang faqih. Kemudian, ada pula seorang peserta yang berbaju biru berjambang tebal berseluar track sahaja, datang mendekati dan bercakap dengan penuh Arab Fushah yang mengkagumkan kami. Rupanya beliau di akhir perbincangan mesra kami baru barulah berani menjaharkan bahawa dia dari Pemuda Hizbullah, Lubnan. Lalu hilang terus beliau dari mata pandangan kami, pulang ke bilik penginapa…Itulah antara beberapa siri kejutan sifat “tawadhu” dan “kebersamaan” mereka tunjukkan dalam program dengan sanggup menanggalkan pakaian jawatan dan kedudukan masing-masing, pakai T-Shirt nipis yang tampak tidak ada sebarang nilaipun pada diri…
· Aku memikirkan kenapa pendekatan seperti ini diambil ? Mungkinkah satu petunjuk bahawa urusetia sendiri yang majoritinya lebih berusia dan berpengalaman dalam multaqa seperti ini, mahu dianggap sama ‘level’ dengan peserta, tidak ada gap yang boleh menghalang mereka menjalin ukhuwwah Fillah dengan seluruh dunia pemuda. Hanya Dr. Hamdi dengan kot dan tali lehernya sepanjang program.

6. Membaca walaupun di atas flight, itulah orang Eropah !
· Satu pasangan suami isteri berkulit putih agak berusia (rasanya dari UK atau Eropah) yang aku dan Dzulkhairi temui di atas Egypt Air semasa mahu pulang ke Malaysia, berkelakuan agak ‘aneh’ pada pandangan awal kami. Tatkala orang lain menutup mata untuk rehat dengan penutup mata yang disediakan, mereka membuka lampu di tempat duduk mereka. Tatkala orang lain tidak membuka meja makan di tempat duduk, mereka sebaliknya membuka. Tatkala ramai penumpang menumpukan mata pada screen TV kapal terbang yang memainkan tayangan merehatkan minda, mereka kalut dengan beg di atas riba mereka. Apa mereka buat ? Mereka rupanya mengeluarkan 2-3 buah buku tebal utk dibaca !!! Orang lain kalut bangun tidur dan nak pakai tali pinggang kerana flight akan mendarat di Mumbai (India), mereka belum tidur dan terus asyik MEMBACA dan MEMBACA. Kalau ini di atas flight, medan release dan mengenang nostalgia buat kami, mereka pula ibarat naik bas atau teksi sahaja, dengan pakaian yang cukup ringkas dan santai, membawa buku-buku untuk dibaca dan khusyuk membaca lebih dari kami, yang menghabiskan masa sebelum tidur dengan berborak panjang dengan seorang Pak Cik yang menguruskan satu syarikat travel Mesir….jika ini atas flight, bayangkan apa mereka buat pada masa-masa lapang mereka di rumah, atau masa lapang mereka memang TIDAK ADA, hanya di atas flight seperti sahaja medannya, kerana mereka UMAT YANG BEKER JA DAN BEKERJA…ISLAM WUJUD PADA SIFAT DISIPLIN MEREKA, TAPI JARANG KULIHAT SIFAT INI PADA ORANG ISLAM ITU SENDIRI…

7. Maktabah Darus Salam, kenapa hanya kitab-kitab, dulu, kini, selamanya ?
· Itulah luahan kekecewaanku apabila maktabah terbesar Mesir ini hanya menjual jutaan kitab-kitab Arab (pada kadar harga murah yang ‘luarbiasa’), tapi bila aku bertanya adakah ada VCD kisah-kisah yang difilem atau melakonkan apa yang ada dalam buku-buku yang berlambak di Maktabah ini. Jawapnya hampir tidak ada, yang ada hanya VCD installer program-program ilmiyyah, jika ada pun adalah VCD kisah-kisah yang sudah kubeli 4 tahun lepas semasa belajar di Al-Azhar…Aku bertanya, ada tak mana-mana kedai di Mesir yang menjual VCD-VCD seperti yang bertaburan di Malaysia. Juga hampir sukar dicari atau ketiadaan maklumat.
· Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi….

8. Keperibadian seorang pemimpin PMRAM
· Ust Nizam, Presiden PMRAM…Hampir menitis air mataku setiap kali mengenangkan pertemuan dua mata sebelum wada’ dengan beliau. Kemerduan suara bacaan al-Quran beliau mengimamkan solat Isya sebelum kami bertolak pulang, sehingga ke saat ini masih kukenang. Ustaz Nizam, bila kutanya bila tamat pengajian dan akan pulang Malaysia, beliau mengejutkan benak fikiranku dengan kenyataan serius : “mungkin ana di sini lagi 20 tahun. Ana jatuh hati dengan Mesir.” Ust Nizam, seorang Presiden kepada “MPP” kepada lebih 5,000 mahasiswa Malaysia dan Melayu di Mesir, yang saat kami hadir bertemu PMRAM, PMRAM menghadapi klimaks serangan menjatuhkan kredibilitinya oleh pihak-pihak yang tidak menyenangi sifat ‘kerajaan’ di Mesir yang ada pada PMRAM . Pada masa yang sama seorang yang “berani mengambil risiko” membuat Master di sebuah university yang paling mencabar system pengajiannya di atas muka bumi iaitu Al-Azhar, dalam peringkat pengajian yang paling sukar berbanding B.A dan PhD (system penapisan demi penapisan, saringan demi saringan, potensi ‘dismiss’ yang sentiasa terbuka pada bila-bila masa, cukup dengan ketidakhadiran 1-2 kelas. Pada masa yang sama, beliau baru sahaja lepas membuat operation pada sakit usus yang pecah, menyebabkan ust tidak dapat bergerak aktif, berlari dan berkejar, sedangkan tabiat hidup di Mesir adalah wajib bertabiat seperti itu, khususnya dalam mengejar pengangkutan awam. Pada masa yang sama, ustaz di ‘blacklist’ dari terus menerima zakat dan bantuan kewangan. Hidup hanya mengharapkan ‘kewangan’ dari Allah. Itulah Presiden PMRAM, Ustaz Nizam. Hidupnya pagi dengan dunia ilmu dan talaqqi di Kaherah, malamnya untuk persatuan dan rakyat di bawah tanggungjawabnya.

(Insya-Allah, jika ada kesempatan lagi, saya akan menulis lagi baki 2 mutiara penting iaitu pengalaman bermakna terbang ke Kaherah ditemani Syekh Qiraat Tarannum Al-Azhar yang dijemput Tuan Guru MB Kelantan, dan pengalaman menjejakkan kaki di Tabbat Syajarah dan Terusan Suez, bumi Perang Arab-Israel pada Oktober 1973…)




GAMIS Terus Setia Dengan Perjuangan Al-Quds






Genap 40 tahun (7 Jun 1967 – 7 Jun 2007) Al-Quds dalam pendudukan Yahudi ! Demikianlah suara lantang salah seorang mahasiswa Arab yang menghadiri Multaqa Pemuda Al-Quds kali ke-2 yang diadakan pada 3 – 7 Ogos 2007 oleh Muassasah al-Quds Antarabangsa dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY)di Ismailiyyah, Mesir. GAMIS telah menghantar wakilnya iaitu saudara Dzulkhairi Mohd Nor, Presiden GAMIS dan Muhamad Syaari Ab. Rahman, Setiausaha GAMIS ke himpunan pemuda Islam sedunia tersebut.






Multaqa telah membincangkan secara serius berkaitan peranan praktikal pemuda dalam menangani permasalahan pendudukan Yahudi Sohyuni di Al-Quds pada hari ini. Selain itu, GAMIS telah berjaya menjalin hubungan baik dengan perwakilan pemuda Islam dari lebih 10 buah negara umat Islam seperti Mesir, Lubnan, Syria, Jordan, Yaman, Indonesia, dan juga Kemboja.






Selain dari suasana bengkel perkongsian pintar yang padat, peserta program yang hampir 100 orang telah dibawa mengenali bumi Ismailiah, terusan Suez dan kawasan padang pasir yang menyaksikan perang Arab-Israel 1973. GAMIS juga mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila dapat membuat pertemuan 4 mata dengan Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) untuk membincangkan isu-isu sekitar peranan mahasiswa Islam dalam memberikan penyelesaian kepada kebejatan masalah sosial remaja di Malaysia.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"