Video klip ini saya hasilkan dengan menjadikan Trailer dari Muslim Youtube Emirates sebagai permulaan. (The battles involved was Badar, Fathu Makkah, Nakhlah, Ain Jalut, Zallaqah, Hittin, Bar Lev)
Pada awalnya saya keberatan untuk menerima sebarang jemputan memberikan ceramah mengenai buku saya, "Kuasa Kepimpinan Muhammad al-Fateh" kerana kajian saya mengenainya hanya baru mencapai tahap 30 %. Namun, saya menerimanya kerana mengambilkira audience saya kali ini kalangan pra-mahasiswa yang tidak perlu lagi saya sumbatkan terlalu banyak fakta-fakta ilmiah dan berat mengenai sejarah 1453 itu.
Saya dimaklumkan ada 3 talk berasingan ketika talk saya mengenai "The Most Imposible Mission of Sultan Muhammad al-Fateh : Revealed THE SECRET" saya bentangkan kepada mahasiswa mahasiswi Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya. Sungguh menakjubkan mengenangkan kehadiran adik-adik sehingga melimpah dewan masjid Kolej Islam di UIAPJ tersebut, situasi yang saya sendiri tak pernah alami sepanjang mendengar ceramah semasa bersama Gamis sebelum ini.
Aneh, sikap apakah lagi yang wujud pada mahasiswa UIAPJ ini jika bukan inkuiri yang menebal dan kecintaan yang tinggi pada ilmu serta untuk mendapatkan "spirit" yang segar dari seorang pemimpin muda diraja Usmaniah bernama Muhammad al-Fateh ? Bukankah susuk tubuh itu sudah wafat terlalu lama, namun mengapakah namanya terus harum mekar disebut-sebut oleh para pencinta perjuangan Islam kalaupun ia tidak disebutkan dalam 100 senarai Michael H. Hart.
Bayangkan dengan perubahan tarikh ceramah atas permintaan saya sendiri pada saat akhir, dengan pengurusan program rasmi yang agak terlewat mendapat kebenaran, dan pada masa yang sama saya akan bercakap topik "sejarah" yang sudah pasti membosankan (1st impression) berbanding 3 talk selain itu di kampus yang sama, sudah pasti ada "magnet" tersendiri menarik begitu besar jumlah adik-adik hadir mendengar talk ini.
Selain kerja kuat adik Fathi dan seluruh AJK program serta "branding" tajuk yang lebih catchy (tidak terlalu serius) dengan jiwa mad'u, saya tidak dapat nafikan pemilihan tokoh Muhammad al-Fateh itu sendiri sememangnya menjadi "keghairahan" adik-adik untuk datang, apatah lagi mereka dijanjikan dengan pendekatan "pawagam" di celahan penyampaian ceramah saya.
Persoalan "branding" tajuk-tajuk sejarah atau silibus-silibus fundamental agama dengan penamaan yang lebih menyegarkan dan menjinak hati mad'u adalah testimoni positif saya perolehi dari pengalaman di Pusat Persediaan Luar Negara UiTM semalaman sebelum ke UIAPJ. Kehadiran yang sangat ramai tidak dapat dinafikan apabila tajuk itu sendiri sudah menimbulkan shift-paradigm pada adik-adik, "Ramadhan, "Honey Moon" Hamba dengan Sang Pencipta."
Saya memainkan istilah "The Secret" kerana kebetulan saya sempat melihat DVD dokumentari ini yang membuktikan kuasa "magnet" (the law of attraction) dalam pemikiran dalam mencapai segala impian yang dilihat sebagai mustahil oleh orang lain, termasuk diri sendiri, namun hakikatnya tidak ada yang mustahil dalam dunia ini apabila seseorang mengimpikannya dengan penuh "passion and burning desires". Sejarah tokoh-tokoh inventors dunia telah membuktikan sehingga Einstein menyatakan imaginasi lebih berkuasa dari pengetahuan. Apa yang dimahukan dalam fikiran itu akan "menarik" impian itu makin dekat menjadi realiti, "then the thoughts become things".
"The Secret reveals the natural law that is governing all lives. By applying the knowledge of this law, you can change every aspect of your life." - Rhonda Byrne's discovery of The Secret
Berfikir positif dan keinginan yang tinggi untuk membawa Islam sebagai penyelamat rakyat Kristian Konstantinople dari kezaliman Mahajaraja Konstantine, itulah "the law of attraction" yang menjadi antara faktor terbesar di sebalik cara berfikir Sultan berusia 22 tahun tersebut sejak dari kecilnya.
Sememangnya, pada awal persembahan, saya sendiri menjelaskan "end in mind" lebih awal kepada adik-adik kenapa kita berada di ceramah ini dan kenapa al-Fateh menjadi pilihan kita., dan apa kaitannya dengan bulan Ramadhan. Saya menjelaskan lebih awal persoalan tersebut supaya mereka dapat stay dalam ceramah ini sehingga ke akhirnya, di samping mengambil pendekatan Allah S.W.T ketika memberikan pengarahan "wajib" berpuasa, namun Tuhan melampirkan dengan 2 pendekatan psikologi yang boleh merubah pemikiran negatif dari hanya nampak "diwajibkan...terpaksa...nak buat macamana...."
Dan sememangnya terbukti, yang tidak dapat duduk di luar sanggup berdiri sehingga ke akhir ceramah semata-mata mahu "mengembara" bersama saya mengimbas peristiwa paling mendapat perhatian dunia pada 1453 Masihi tersebut. Alhamdulillah, hasrat urusetia telah saya lakukan sebaik mungkin untuk mengkaji bagaimana Al-Fateh, berkat didikan kuat ayah dan para ulama Usmaniah, mampu akhirnya memenuhi syarat-syarat "sunnatullah" kemenangan.
Untuk modul pertama di UIAPJ ini, saya merumuskan kesemua aksi persediaan al-Fateh sejak kecil dalam kerangka konsep persediaan sunnatullah iaitu IQ (intelectual quotient) dan EQ (emotional quotient) di samping mengukuhkan lagi keteguhan iman iaitu aspek SQ (spiritual quotient). Saya mengemukakan istilah-istilah ini untuk lebih memudahkan pemahaman adik-adik dalam keadaan dunia korporat dan pengurusan organisasi pada hari ini yang sangat kerap memainkan istilah ini dengan pedoman-pedoman dari sarjana psikologi Barat ketika memberikan motivasi kepada para penggeraknya. Walhal Islam mempunyai terlalu ramai figura yang bukan sekadar berkata, tetapi membuktikan kata-katanya dalam bentuk tindakan yang sinergi dan kerja berpasukan seperti al-Fateh.
Akhir sekali, saya mengembalikan audience kepada konsep ketaqwaan itu sendiri yang menjadi PIALA utama untuk direbut dalam bulan Ramadhan Mubarak ini. Saya cuba memurnikan semula pemahaman taqwa iaitu menjaga peraturan dan ketetapan Allah, bukan sekadar dalam pemahaman hukum halal, haram, makruh, sunat, wajib sahaja, tetapi juga peraturan alam dan sains kehidupan itu sendiri. Sebab itu tidak perlu pelik, bulan Ramadhan menjadi bulan kemenangan Islam dalam banyak pertempuran kerana para pejuang pada masa itu memahami konsep taqwa dalam syariatullah dan sunnatulah tersebut.
Lihat sahaja kenyataan "genius" Saidina Umar al-Khattab berpesan kepada jentera Qadisiyyah bahawa taqwa adalah sebaik-baik "bekalan" menghadapi musuh dan sekuat-kuat "tipu helah" dalam peperangan. Baginda menseimbangkan antara kedua-dua peraturan Tuhan yang mesti dihormati tersebut.
Antara ulama yang mengupas dengan sangat cemerlang aspek "menjaga syarat sunnatullah" ini pada Al-Fateh adalah Dr. Ali Muhammad As-Sollabi. Tunggu posting saya akan datang untuk membedah buku ini.

Lihat lagi gambar di UIAPJ
"Enemy At The Gates" : Salah satu lagu yang menggambarkan ketakutan dan kesedihan Kristian pada kedatangan tentera Al-Fateh
Saya dalam proses pembacaan bahan-bahan dan mengumpul manuskrip-manuskrip mengenai Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun pendekatan penulisan kelak lebih bersifat santai dan mesra pembaca, namun saya mahu mentahkik semua sumber sebelum dimuatkan dalam buku saya "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" (PTS Milenia) yang akan diterbitkan penghujung tahun ini.
Sebelum ini saya mengkagumi penulisan Michael H. Hart mengenai "100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah". Buku ini telah mengundang 1001 perdebatan dunia apabila nama Nabi Muhammad S.A.W diletakkan beliau di tempat pertama menumpaskan 99 tokoh-tokoh dunia, agamawan, saintis dan penakluk yang lain. Buku yang pernah disebut oleh Shekh Ahmad Deedat ditulis dengan penuh objektif tanpa prejudis ini hampir-hampir telah mampu menjadi jambatan antara Islam dan Eropah-Barat ketika Islamophobia memuncak pada saat ini khususnya ketika kemuncaknya apabila Dr Marwah Sharbini dibunuh dalam kamar mahkamah di Jerman.
Namun, buku "100 Manusia Berpengaruh" tidak sama dengan buku "50 Perang Paling Berpengaruh" yang saya temui ini (dengan bantuan saudari Nazirah yang turut membantu saya dan isteri menyiapkan buku ini). Berbeza sama sekali.
Walaupun pada awalnya saya hampir terpukau dengan sinopsis buku ini yang mengkaji satu persatu aksi dan implikasi peperangan besar sepanjang sejarah dunia dan membuat ranking tersendiri berdasarkan sejauhmana besar skala impaknya pada dunia.
Namun benarlah "don't judge the books by its covers". Benarlah telahan saya, sumber dalam bahasa Inggeris mesti lebih saya berhati-hati berbanding dalam bahasa Arab, sama ada di perpustakaan mahupun alam maya.
Saksikan kenyataan penulis buku ini, William Weir pada mukasurat 145 hingga 149. Ia sangat memprovokasi emosi dan menaikkan kemarahan sesiapa sahaja yang selama ini mengkaji fakta-fakta mengenai kebudimanan Muhammad al-Fateh dan para tenteranya.
Lihat sahaja pemilihan perkataan di muqaddimah penulisannya ketika menggambarkan perasaan iri hati Al-Fateh setiap kali melihat tembok bangunan Konstantinople :
“…Mohamed II was irritated every time he looked at the walls of Contantinople…”
“…The city (Constantinople) had not blocked the Turkish advance into Europe – the profits from ferrying Turks across the straits were too good. It was, however, a mighty pain for expansion-minded Ottoman sultans…”
Pemikiran Weir tidak ubah seperti orientalis yang melihat Islam disebarkan dengan mata pedang. Weir cuba menegakkan benang yang basah apabila tampak menulis tanpa menyatakan sumber yang tepat dan disokong oleh mana-mana ilmuwan muktabar. Bahkan beliau lebih bersandarkan minda orientalis dan prejudis menebal kepada Sultan Muhammad sehingga menamakannya bukan sebagai "the Grand Signeur" (pemerintah agung) seperti yang ramai penulis Barat yang jujur mengiktiraf Al-Fateh, bahkan melabelkan al-Fateh sebagai "the Drinker of Blood".
Wier cuba memejamkan mata dari fakta bahawa al-Fateh terpaksa melancarkan serangan ke arah benteng 10 meter Konstantinople selepas segala usaha diplomasi perdamaian mengelakkan pertumpahan darah yang dikemukakan oleh Sultan Muhammad (melalui Mahmud Basya) ditolak dengan penuh keegoan, bahkan mengancam semula untuk menyerang semula negara -negara kecil di bawah Usmaniah sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini ketika Konstantinople cuba didekati oleh pimpinan Usmaniah.
Wier cuba menafikan fakta bahawa Konstantinople bukan lagi menjadi milik rakyat Kristian Ortodoks Konstantinople, tetapi sudah menjadi milik peribadi berkepentingan Maharaja Konstantine XI ketika itu yang sanggup menukar agama rasmi negara kepada Kristian Katholik semata-mata untuk meluluskan bantuan pertahanan dari Pope untuk mempertahan survival politiknya, bukan kehendak rakyatnya yang mahukan beliau menyerah diri kepada Sultan Muhammad tanpa peperangan.
Betapa jijiknya fitnah Weir yang cuba pula menggambarkan "nafsu politik" al-Fateh sejak dari usia mudanya :
“Mohammed was not a man given to shilly shallying. His first act on becoming Sultan in 1451 was to send an assassin to drown his baby half-brother, who might grow up to be a rival for the throne. His next act was to execute the assassin. His third act was to marry the baby’s mother to a slave. His soldiers called him “the Drinker of Blood”….” !!!
Saksikan pula percubaan menyangsikan tahap ketaqwaan tentera al-Fateh :
“…Of the 200,000 according to a Florentine soldier named Tedaldi, only 140,000 were effective soldiers. The rest were “thieves, plunderers, hawkers, and others following army for gain and booty. But 12,000 of the soldiers were Janissaries, the best infantry of any European nation. The Janissaries had been children of Christian parents, taken in the Turkish “blood tax” and raised in Islam…”
Demikianlah musuh-musuh Islam. Menjadi tabiat mereka untuk memfitnah para pemimpin Islam dengan fitnah yang sangat dahsyat dan halus. Namun, anehnya mereka sendiri terpaksa mengakui di celahan tulisan mereka itu beberapa fakta yang tidak dapat disangkal dunia, seperti kepemudaaan al-Fateh, penguasaannya pada banyak bahasa dan sistem pendidikan ulama Usmaniah yang diterimanya sangat sistematik, serta kemahiran mencipta senjata paling hebat di zaman itu menumpaskan senjata Byzantium, dan diplomasi yang dikemukakannya sebaik sahaja menawan Konstantinople. Saksikan :
“…Mohammad was well educated. He spoke Turkish, Greek, Latin, Arabic, Chaldean, and Slavonic. He studied the lives of great leaders and had sound ideas on strategy..” page 146, Battle 26
“..Mohammed had more guns and bigger guns than any prince in Europe or Asia. He has been called “the world’s first great artilleryman...”
“he gave the Christians in the city freedom to worship in their own way..."
Weir semacam terdesak untuk memutabelit sejarah dan fakta yang diakui dunia, jadi apa yang mampu beliau lakukan hanyalah mengekalkan perakuan sejarah yang universal itu, tetapi memutarbelit di celahan fakta dengan fakta tambahan (rekaan) untuk memaling perhatian pembaca dari fakta yang sebenar kepada fakta rekaan yang jelas cuba melakukan provokasi pada umat Islam.
Itulah hakikat yang berlaku juga pada masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memfitnah Nabi sebagai ahli sihir, orang gila, penipu dan sebagainya selepas wahyu diturunkan kepada baginda, tetapi mereka terpaksa akui Muhammad bin Abdullah itu jualah satu-satunya manusia paling berintegriti dan bepekerti di Makkah.
Sangat keterlaluan lagi, Weir menambah lagi kezaliman al-Fateh pada tentera, seolah-olah Weir cuba menutup hakikat sebenar perbuatan seperti itulah yang dilakukan oleh panglima perang Crusade pada tentera mereka yang kalah berperang :
"...Mohammed was so enraged by the failure of his infantry, he thought about loading their bodies into the bombards and shooting them over the walls of Constantinople”
Weir juga cuba menulis gambaran kesudahan jatuhnya kubu kuat Kristian Rome selepas bertakhta ratusan tahun, dengan meraih simpati apa yang terpaksa dilalui panglima Giovanni Giustanni.
Saya cukup bimbang jika inilah pendekatan Barat jika benar ada usaha dari institusi Hollywood ini untuk menerbitkan "1453" ini sebagaimana saya temui preview ini :
Sebab itulah saya menyimpan azam, andaikata Tuhan memberikan saya usia yang panjang, antara legasi terbesar mahu saya tinggalkan kepada Malaysia dan dunia adalah sebuah filem epik terbitan Malaysia sendiri mengenai "Fetih Mehmet", sebagai respon kepada "1453" andaikata benar ia akan dihasilkan, dan andaikata benar ia "prejudis" kepada Islam.
Sebab itu saya menyimpan azam untuk menjadikan asas ilmu dalam Master dan PhD dalam sejarah Usmaniah dan Al-Fateh sendiri serta 'engagement' yang kuat dengan para intelektual seperti Prof Redzuan Osman, Ustaz Hasrizal Jamil dan mana-mana sarjana yang pernah mengkaji mengenai Al-Fateh sama ada keperibadian mahupun strategi perangnya.
Juga 'engagement' dengan mana-mana Pengarah filem di Malaysia yang saya fikir mempunyai kecenderungan yang ghairah kepada sudut epik dan sejarah, serta pengkritik filem dan lakonan seperti Prof Abu Hassan Hasbullah yang terserlah wibawanya dalam sudut ini ketika Final "Pilih Kasih" yang sempat saya ikuti semata-mata untuk melihat kritikan dan wibawanya dalam hal ini selain di pentas argumentasi politik semasa.

"1453" : Al-Pacino (Academy Award Winner) as Halil Pasha, Orlando Bloom as Giovanni Giustiniani, Jeremy Irons (Academy Award Winner) as Constantine XI, Ioan Gruffudd as Mehmet II.
Walaupun preview ini hanya kompilasi KOH, Troy dan filem-filem terbitan mereka dan bukannya "1453", namun saya meletakkan ramalan bahawa tidak mustahil ia akan dihasilkan suatu ketika nanti.
Walaupun preview ini hanya kompilasi KOH, Troy dan filem-filem terbitan mereka dan bukannya "1453", namun saya meletakkan ramalan bahawa tidak mustahil ia akan dihasilkan suatu ketika nanti.
Sebab itulah saya menyimpan azam, andaikata Tuhan memberikan saya usia yang panjang, antara legasi terbesar mahu saya tinggalkan kepada Malaysia dan dunia adalah sebuah filem epik terbitan Malaysia sendiri mengenai "Fetih Mehmet", sebagai respon kepada "1453" andaikata benar ia akan dihasilkan, dan andaikata benar ia "prejudis" kepada Islam.
Sebab itu saya menyimpan azam untuk menjadikan asas ilmu dalam Master dan PhD dalam sejarah Usmaniah dan Al-Fateh sendiri serta 'engagement' yang kuat dengan para intelektual seperti Prof Redzuan Osman, Ustaz Hasrizal Jamil dan mana-mana sarjana yang pernah mengkaji mengenai Al-Fateh sama ada keperibadian mahupun strategi perangnya.
Juga 'engagement' dengan mana-mana Pengarah filem di Malaysia yang saya fikir mempunyai kecenderungan yang ghairah kepada sudut epik dan sejarah, serta pengkritik filem dan lakonan seperti Prof Abu Hassan Hasbullah yang terserlah wibawanya dalam sudut ini ketika Final "Pilih Kasih" yang sempat saya ikuti semata-mata untuk melihat kritikan dan wibawanya dalam hal ini selain di pentas argumentasi politik semasa.
Antara perkongsian saya berikan kepada mahasiswa di Pusat Persediaan Luar Negara, UiTM Shah Alam baru-baru ini adalah bagaimana cara melihat yang betul (shift-paradigm) kepada Ramadhan, tetamu agung yang akan tiba. Saya membawa analogi seorang yang pengotor yang berselerak rumahnya, namun apabila mengetahui pada esok hari tunang kesayangannya akan datang membawa hantaran dan keluarga, usahkan dia akan bertukar menjadi seorang yang sangat kemas, bahkan sanggup untuk tidak tidur malam bagi memastikan "first impression" seorang manusia yang akan hidup selamanya dengannya memulakan persepsi yang baik pada dirinya. Kenapa berlaku perubahan karakter secara tiba-tiba padanya ? Sudah pasti kerana dia sangat mengenal dan menyayangi tunangnya itu, bahkan rasa disayangi. Setiap yang merasai dirinya disayangi akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati yang menyayangi.
Demikianlah juga dengan bulan Ramadhan yang diciptakan dengan sangat istimewa kepada ummat Muhammad, tidak diberikan pada ummat terdahulu. Berbanding bulan-bulan Islam yang lain, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sarat dengan adegan "percintaan" dan sejarah pengorbanan kerana "cinta", bukan antara hamba dengan hamba yang kebanyakannya tersasar dari orbit sang Pencipta, namun antara hamba itu sendiri dengan Pencipta.
Kecintaan yang mengundang rasa mahu bertemu Tuhan lebih penting dari terus kekal di atas dunia, perasaan luarbiasa dan sangat dahsyat menyebabkan rekod kuantiti kemenangan peperangan tentera Islam di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain adalah "unbeatable".
Video klip Muslim Youtube Emirates yang sangat membakar semangat dan merubah paradigma kita tentang Ramadhan. Pendekatan animasi berkualiti dahsyat MYE ini mungkin akan menjadi sasaran perbincangan saya nanti untuk penerbitan atau perkongsian bagi menjayakan cita-cita Pawagam Islam .
Aksi Tariq bin Ziyad dalam pertempuran Ramadhan menawan Andalus
Tidak perlu pelik kerana pada bulan inilah juga turunnya "surat cinta" dari sang Pencipta kepada Rasulullah demi keselamatan umatnya di akhir zaman.
Satu persatu saya menceritakan kepada mereka episod percintaan Rasulullah dengan umatnya. Dari kerinduan dan titisan airmata di hadapan para Sahabat kerana mahu bertemu umatnya sehinggalah kepada memohon pada Allah agar umatnya dikurniakan dengan satu malam yang mampu umatnya melakukan amalan menyamai umat yang berumur panjang di zaman dahulu. Dengan rasa cinta itulah, Lailatul Qadar dihadiahkan Allah pada ummat Muhammad.
Bukankah tanda rahmat dan cinta Allah kembali berputik pada kita apabila bila Ramadhan tiba, kita yang sangat jarang menunaikan solat berjamaah, tiba-tiba dianugerahkan "rasa bersalah" jika tidak ke masjid menunaikan solat Isya berjamaah, bahkan solat Tarawikh ?
Bukankah kerana rahmat dan kasih sayang Allah kita yang selalu tidak menjaga solat Subuh pada waktunya, tiba-tiba dengan kedatangan Ramadhan, agenda sahur mendisiplinkan solat Subuh kita ?
Bukankah kerana rahmat dan cinta Allah kita yang selalu jauh dari al-Quran, terlalu jarang membacanya, namun kedatangan Ramadhan menyebabkan kita dihimpit perasaan untuk sekurang-kurangnya untuk membaca al-Quran kalaupun tidak mengkhatamkannya.
Bukankah kerana rahmat dan cinta Allah, kita yang selama ini boros berbelanja makan dan tidak menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang mengikut hawa nafsu, namun Ramadhan hadir menjadi "doktor" pemakanan paling berkesan pada fizikal dan spiritual kita ?
Sebab itu saya melakukan modul "melihat dengan pandangan mata hati" pada adik-adik UiTM pada malam tersebut, kerana Ramadhan menjanjikan piala dan hadiah yang sangat dahsyat, namun kesemua itu tidak mampu dilihat dengan matakasar, tetapi hanya mampu dilihat dengan mata hati, petandanya ketenangan di dalam sanubari.
Lihat lagi gambar
Ketika di muktamar GAMIS, saya didatangi 2 aktivis PMI UTMKL bertanyakan modul terbaik untuk memberikan motivasi kepada bakal pimpinan baru PMI di sana.
Kebetulan pula, pada bulan hadapan ataupun 2 bulan lagi, saya akan melakukan percubaan pertama modul Akademi Kepimpinan Al-Fateh selama 3 hari 2 malam pada adik-adik pimpinan baru BADAR di KISAS. Justeru banyak perkongsian telah saya lontarkan pada rakan-rakan UTMKL.
Sebenarnya, antara banyak faktor yang memunca kepada lemahnya stamina kerja dan motivasi diri penggerak dakwah dan aktivis muda Islam adalah kerana kepimpinan atas gagal melihat potensi-potensi tersembunyi yang ada pada setiap individu di bawahnya. Adalah lebih malang lagi sekiranya ada sikap dan karakter pemimpin di atas yang nampak seperti jitu mengurus organisasi dan melakukan pengarahan kerja satu persatu berdasarkan visi organisasi, namun rupa-rupanya berlaku "pembunuhan potensi" secara senyap dalam sebuah gerakan.
Sebaiknya, lihatlah potensi setiap individu khususnya pimpinan di luar dari kerangka "lajnah" atau port-folio yang beliau pegang.
- Ada orang yang sebenarnya mampu menjadi "pemikir" secara "helicopter view" kepada gerakan
- Ada orang yang tidak mampu berada di atas, tetapi lebih gemar melihat secara spesifik dan "street view"
- Ada orang yang bersifat intelek, sangat mementingkan fakta dan hujah, sangat sukakan aktiviti ilmiah dan pembacaan buku berat.
- Ada orang yang bersifat artis, lebih mementingkan kedamaian dan perpaduan, sangat mementingkan perasaan dan sukakan pendekatan otak kanan
- Ada orang yang boleh jadi negotiater (pendamai) dan propagandist yang berkesan (tukang ajuk dan pujuk)
Pelbagai lagi kelebihan yang akhirnya merumuskan pentingnya sifat saling melengkapi ketika bekerja dalam satu pasukan, dan di tingkat mana seseorang itu wajar diletakkan, di frontliner, atau di bahagian follower, ataupun bahagian defender apabila gerakan ditimpa krisis dan konflik, atau di bahagian serangan. David Keirsey merumuskan 4 watak penting perlu ada iaitu :
- Protectors (pelindung dan fundamentalis)
- Creators (initiator dan brainstormist)
- Intelectualls
- Visionaries
Lantaran sekiranya ditemui "the strength spot" pada setiap individu dengan pelbagai mekanisme dan kaedah mengenalpasti, sudah pasti jamaah dan gerakan akan meluncur dan memecut lebih laju dari momentum biasa, lantaran pimpinan bukan sekadar bergerak sebagai "pengurus" lajnah yang "efisien" semata-mata, tetapi mampu menjadi "pakar" dalam bidang-bidang strategik jamaah itu sendiri. Ini akan melahirkan "pimpinan" yang "efektif" dalam erti kata yang sebenar.
Sebagai contoh, ada kaedah mengenalpasti potensi dengan ujian inventori karakter diri berdasarkan "warna" diri, iaitu suatu ujian yang terbukti berkesan pernah dilakukan bahkan kajian ilmiah itu dibukukan oleh seorang penulis. Tebal buku tersebut dan sangat ilmiah, sudah pasti kaedah dan penemuan ini tidak boleh dipandang remeh sebagai tips-tips simplistik yang biasa didengari dari para motivator.
Saya sendiri memanfaatkan 70 soalan "Personality Test" yang dihasilkan oleh pakar psikologi Carl Jung, Isabell Brigs dan Katherine di sini.
Adalah suatu kerugian bagi sebuah gerakan Islam yang mahu mencetak generasi kepimpinan yang pro-aktif dan futuristik dengan zamannya andaikata musuh-musuh Islam yang lebih awal memanfaatkan mekanisme dan penemuan "hikmah" tersebut, manakala kita terus dengan cara "lama" kita, potensi abna' harakah tidak dikembangkan, slot-slot menggilap potensi diri tidak mampu menjadi slot "cermin diri" yang berkesan, nuqaba terus statik dengan pendekatan sebagai khatib (penceramah dalam usrah) semata-mata dan tidak mengupayakan diri sebagai trainer dan coach sebuah pasukan (usrah) yang pelbagai karakter dan potensi tersembunyi.
Bersemangat apabila membaca kelebihan watak "The Strategist" (INTJ) ini (di sini).
Alangkah baiknya jika sahabat-sahabat "sefikrah" (The Strategist) ini boleh duduk bersama saya dalam AKP untuk memberikan sumbangan paling maksima pada aspek "kompetensi" perjuangan pemuda Islam di Malaysia.

Kesempatan berada di sesi petang Muktamar GAMIS adalah suatu yang sangat bermakna bagi saya dan isteri.
Apa yang lebih mengharukan apabila isteri hadir bukan sekadar sebagai ‘penonton’ Muktamar, tetapi turut sama memberikan partisipasi aktif dalam perbahasan ucapan dasar dan pernyataan cadangan walaupun kehadirannya agak lewat berbanding muktamirat yang lain.
Apa yang lebih membanggakan menyaksikan kombinasi paling tepat dan strategik bagi mengemudi bahtera baru pelayaran GAMIS apabila saudara Idris dipilih sebagai Presiden GAMIS bersama Shazni Munir sebagai Timbalan Presiden, suatu kombinasi paling berkesan sepanjang saya mengenali dua individu aktivis ini. Saudara Idris yang dilihat sangat ampuh idealisma tarbiyah gerakan mahasiswa bersama saudara Shazni yang dilihat sangat tajam dan konkrit idealime siasah gerakan mahasiswa serta seluruh barisan baru kepimpinan sangat saya yakini mampu mengukuhkan idealisme perjuangan Islam GAMIS di pentas Malaysia.
Bagi saya, saudara Idris dipilih bukan sekadar kerana kekuatan peribadinya, bahkan pasukan gerakan mahasiswa Islam di UKM itu sendiri di bawahnya. Jarang seseorang dipilih menjadi Presiden andaikata persoalan paling asas iaitu wujudkah "a binding taskforce" dari kampusnya sendiri tidak terjawab. Pemilihan beliau sebagai Presiden yang memecahkan tradisi bertahun-tahun GAMIS tanpa percubaan Presiden dari UKM mengesahkan lagi tanggapan saya bahawa gerakan mahasiswa Islam di UKM semakin menemui rentak sebenar mereka di pentas nasional, bukan sekadar kampus semata.
Para pembahas kali ini (yang saya nilai separuh masa kedua muktamar sahaja, sesi sebelumnya saya tidak ikuti dan tidak mampu membuat penilaian) lebih matang dan besar jiwa mereka, tiada lagi perbahasan yang terlalu emosional tanpa hujah yang konstruktif atau sekurang-kurang jelas dan nyata mesejnya. Justeru saya sangat berbangga adik-adik saya akhirnya mampu menerima usul-usul yang dilihat semakin mendewasakan cara berfikir mereka untuk berpencak dalam perjuangan di kampus.
Usul GAMIS perlu menyediakan dokumen pernyataan karakteristik “muslim negarawan” supaya boleh dijadikan pedoman dan teras tarbiyah ahli-ahli GAMIS seluruh Malaysia dilihat usul yang futuristik selari dengan gagasan GAMIS kali ini yang sering dipertegas saudara Shazni Munir iaitu 9 domain kenegaraan iaitu :
1. Ekonomi, kewangan, perdagangan dan perbankan
2. Kedudukan Islam dan hubungan antara agama dan kaum
3. Pendidikan
4. Demokrasi dan hak asasi
5. Perundangan dan kehakiman
6. Kebajikan rakyat (kemiskinan dan kesihatan)
7. Keselamatan
8. Penerangan dan media
9. Dasar luar negara
Lebih mantap lagi, ada perwakilan mempersoal di mana duduknya domain “hiburan” dan adakah ia tidak menjadi sasaran domain GAMIS ataupun kesinambungan selepas kejayaan melakukan Konsert Antara Dunia.
Seperti biasa, GAMIS Borneo khususnya dari UMS terus menjadi pembahas paling ‘bersedia’ untuk mengemukakan sesuatu usul dan cadangan, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Kekadang aneh mengenangkan mereka yang lebih bersemangat berbanding persiapan rakan-rakan dari semenanjung.
Ucapan penggulungan dari saudara Shazni Munir yang banyak menyentuh soal kenapa lahirnya 9 domain fokus GAMIS dan ucapan penutup dari saudara Idris yang menyentuh karakteristik ahli GAMIS berteraskan apa yang disifatkan Allah pada pemuda Ashabul Kahfi, kedua-dua pidato mereka di samping pidato saudari Fasihah Pengerusi SIGMA mengesahkan keyakinan saya bahawa kepimpinan baru GAMIS mampu membuat sesuatu yang jauh lebih baik dari legasi besar yang telah ditinggalkan Ustaz Dzulkhairi, Rafidah, Munawwirah dan seluruh saff pimpinan GAMIS yang lepas.
Akademi Kepimpinan Al-Fateh : "Pencerahan Minda" Dimulakan di 6 Buah Kampus
Wednesday, August 12, 2009
1) Instec UiTM (Pusat Persediaan Ke Luar Negara) - Selasa, 18 Ogos 2009 (9 malam)
2) Pusat Asasi UIAM (Kampus Petaling Jaya) - Rabu, 19 Ogos 2009 (9 malam)
3) UTM Kampus KL - Khamis, 20 Ogos 2009 (9 malam)
4) UPM (Kolej Ke-17) - Sabtu, 29 Ogos 2009 @ 8 Ramadhan 1430 H (8 pagi - 1 tengah hari)
5) Persatuan Huffaz Al-Quran (Jam'iiyyah Khadamatil Quran), UIAM - Ahad, 30 Ogos 2009 (Kepimpinan Huffaz dan Aspek Syariatullah pada Al-Fateh)
6) UTHM Kuittho - Ahad, 4 Oktober 2009 (Falsafah Ketenteraan dalam Islam)
7) Kolej Islam Sultan Alam Shah - Kem Kepimpinan Al-Fateh (pimpinan BADAR Kisas) - 3 hari 2 malam (selepas Final Exam dan sebelum cuti panjang)
Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berkesempatan memenuhi jemputan rakan-rakan PKPIM untuk AGM mereka. Walaupun tidak memakai 'jersi' Gamis, namun sahabat-sahabat di sana masih tetap menganggap kehadiran saya, isteri dan saudari Syahidat dari Ma'ruf Club UIAM sebagai mewakili Gamis, tak mengapalah, bukan persoalan besar.
Yang penting, ukhuwwah yang pernah terjalin antara saya dan rakan-rakan lama aktivis Pkpim dalam I.M.A.M (front mahasiswa Wufi-Pkpim-Karisma) di UIAM 3 tahun lepas kembali bertaut di sini. Alhamdulillah, terasa besar sedikit jiwa ini dan terbuka sedikit jaluran paradigma melihat isu-isu besar negara pada saat ini.

Berikut beberapa perkongsian penting dari saya sepanjang di Wisma Belia tersebut :
1. Pada awalnya kami kecewa kerana tidak bersempatan mengikuti pidato YB Dato Saifudin Abdullah, satu-satunya menteri 'intelek' dalam kabinet PM Najib Razak. Apatah lagi mendengar khabar dari sahabat-sahabat Pkpim bahawa Dato Saifuddin menyerlahkan 'dirinya yang sebenar' dalam pidato tersebut, mengungkap dengan jelas dan mantap idealisme dan halatuju perjuangan mahasiswa dan anak muda Malaysia.
2. Apa yang boleh dijadikan iktibar bagi gerakan mahasiswa Islam dan Gamis adalah bagaimana Pkpim bukan sekadar menjadikan muktamar tahunan mereka sekadar perbincangan isu-isu remeh temeh dan permasalahan picisan dan terbitan, bahkan mereka mampu menjadi agenda-agenda besar mempertegas dasar-dasar kenegaraan dan isu-isu penting untuk melatih minda 'negawaran' pada ahli-ahli Pkpim yang datang untuk bermuktamar.
Tidak salah bagi saya andaikata Gamis memulakan muktamar mereka nanti dengan memanggil sifu-sifu aktivis-intelek kita untuk memaparkan terlebih dahulu 'the big picture' Malaysia dan gerakan Islam sebelum persoalan halatuju dan kedudukan Gamis dibincang, dikritik mahupun direncana. Supaya perbincangan dan perbahasan adalah bersifat muhasabah yang futuristik, bukan destruktif. Cadangan ini mengambilkira tidak semua ahli Gamis hadir dalam Kongres Rejuvenasi Gamis baru-baru ini jika nak dibandingkan dengan kapasiti kehadiran ke Muktamar nanti.
3. Slot paling menarik adalah slot 3 pidato selari pada petang tersebut, dan saya memilih kumpulan kecil yang membicarakan soal "integriti dalam pembinaan jatidiri" yang dibentangkan oleh Encik Anuar Haji Ahmad, Pemangku Pengarah Sosiobudaya, Institut Integriti Malaysia dan kemudiannya diulas oleh sahabat saya saudara Wan Ahmad Faysal dan Naib Presiden Pkpim.
Antara dapatan menarik dari Encik Anuar adalah muqaddimah beliau yang menyebutkan kebanyakan empayar-empayar besar dunia secara sunnatullahnya membuktikan kesemua tumbang kerana masalah integriti kepimpinannnya. Lihat sahaja empayar Rom, Parsi, Mongol, Srivijaya, termasuk juga empayar Islam Abbasiyah dan Usmaniah.
Selain itu, perkongsian menarik beliau adalah pengalaman dua bulan beliau dihantar IIM ke Jepun untuk mengkaji sifat integriti dan menghargai masa mereka. Orang Jepun akan berada di pejabat atau sesuatu event lebih awal sejam dari yang dijadualkan. Manakala mereka akan balik secara normalnya pada 2-3 pagi, bukan jam 5 petang seperti kita di Malaysia. Apa yang lebih menarik, bagaimana isteri mereka akan mengutuk suami mereka sekiranya mereka balik lebih awal dari kebiasaan 2-3 pagi tersebut kerana suami mereka sudah tidak beramanah dengan kerja di pejabat. Para isteri di Jepun akan bangun dari tidur mereka untuk menyambut suami mereka, membuangkan stokin dan kasut suami mereka yang kepenatan dan menyediakan sup panas pada suami mereka. Isteri-isteri di Malaysia bagaimana agaknya jika suami balik jam 2-3 pagi ? Pasti 'suruhanjaya siasatan diraja' ditubuhkan :)
Dapatan ketiga adalah apakah rahsia Finland menumpaskan Jepun untuk kekal bertahun-tahun sebagai negara nombor satu bebas rasuah dalam kajian indeks persepsi rasuah antarabangsa. Bila IIM bertanya kepada wakil mereka di Malaysia, jelaslah jawapan mereka bahawa rakyat dan pemimpin mereka menjadikan "religion as the way of life".
Saya dan isteri masing-masing mempunyai satu persoalan kepada Encik Anuar, tetapi kerana menghormati masa dan keutamaan kepada rakan-rakan Pkpim yang mahu bertanya, maka saya menguzurkan persoalan saya iaitu persoalan bagaimana IIM melihat permasalahan kegagalan Pelan Integriti Nasional legasi Pak Lah dan semakin dahsyatnya permasalahan akhlak dan integriti remaja dan mahasiswa pada masa ini dengan peranan Kementerian Pelajaran itu sendiri. Ini kerana mencegah ketika usia masih muda di sekolah adalah lebih mujarab dalam membanteras rasuah dan masalah integriti berbanding projek merawat ketika kesemuanya sudah berada dalam alam kerjaya. Keduanya, saya mahu mencadangkan IIM berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji sistem pendidikan di Finland kerana saya yakin di situ letaknya rahsia mereka.
Saya dan isteri berkesempatan memilih filem "Traitor" untuk menjadi tontonan masa santai kami hujung minggu lepas di rumah. Sinopsis filem ini yang berbunyi "...they begin with prison break in Yemen..." telah menyebabkan kami - yang pernah menontoni Prison Break - merasakan suatu keperluan dan kelengkapan pula melihat filem Traitor. Harapan kami mungkin ada elemen kegeniusan dan kebijaksanaan konspirasi musuh boleh dipelajari dari filem ini.
Sangkaan kami meleset secara tersuratnya. Filem ini sarat dengan propaganda secara terangan dan halusan Amerika Syarikat dan proksi Illuminati mereka seperti biasa, FBI.
Propaganda terang adalah bagaimana filem ini menggambarkan Muslim yang setia dengan pegangan agama, seperti menunaikan solat walaupun dihalang, namun Muslim itulah yang akhirnya komited dengan suicide bombing atau aksi terrorism membunuh rakyat awam Amerika, kononnya atas 'kehendak' Tuhan. Satu persatu aksi 'suicide bombing' ke atas kedutaan dan premis Amerika di serata dunia digambarkan dalam filem ini dengan meletakkan simpati kepada rakyat Amerika sahaja, persis sebagaimana yang dilakukan ke atas dunia pada hari ini.
Propaganda halus pula (sukar dibaca melainkan melihat filem ini sehingga ke akhir) adalah bagaimana pihak Amerika diserlahkan sebagai pihak yang mahukan kedamaian dan sedia bekerja kuat untuk memberikan ketenteraman pada semua pihak, sehingga pegawai FBI sendiri mampu melafazkan apa yang disebutkan di dalam al-Quran mengenai perdamaian dan jangan membunuh orang awam pada "the Traitor".
Hakikatnya, tidak dapat dinafikan filem ini boleh menyentuh hati dan mungkin mampu menyampaikan mesej kepada para Mujahideen untuk tahu membezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi atau kafir mereka yang tidak memerangi Islam sebagai sasaran amaliah istiyhadiah mereka (melainkan di Palestin, berdepan dengan Yahudi Zionis yang tiada kompromi pada kedudukan amaliah istiyhadiah di sana adalah sebesar-besar jihad selagi pelakunya meletakkan niat menggempur musuh dan mengembalikan maruah Islam - Fatwa Al-Qaradhawi pada 22 April 2001 dalam akhbar al-Watan al-Qatariyyah)
Namun demikian, ada suntikan halus berbahaya yang menyemarakkan lagi agenda "painting Islam as the new enemy" dalam filem ini, antaranya :
1. Menggambarkan hakikatnya aksi 'suicide bombing' itu adalah aksi yang sebenarnya direncana mereka yang 'berkepentingan' dan 'diupah' oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan, seolah-olah ia suatu perbuatan yang sangat memalukan agama Islam itu sendiri, yang menyebabkan pelakon utama berwatak Muslim tersebut akhirnya menjadi "Traitor" yang belot dan menjatuhkan sendiri "the Company" (An-Naseer Mujahideen Group) yang mendalangi aksi pengeboman berani mati ini.
2. Menggambarkan mereka yang komited dengan agama itulah yang paling berpotensi melakukan aksi pengeboman berani mati. Semacam disengaja dilakonkan adegan menyebut berkali-kali "Allahu Akbar" beberapa pengebom berani mati yang sedang bersiap sedia melancarkan serangan bom di beberapa buah bas awam.
Tidak mustahil filem-filem seperti inilah yang menjadi tontonan utama televisyen di negara-negara Barat yang pemerintahnya tidak senang dengan umat Islam.
Tidak mustahil inilah bahan yang telah mempengaruhi emosi dan kewarasan akal Alex (pembunuh celaka yang menikam Dr Marwah) sehingga melakukan perbuatan paling terkutuk dalam diari umat Islam akhir zaman khususnya yang membabitkan muslimah di negara Eropah. Siapa yang tidak tersentuh hatinya dengan filem-filem propaganda ala-Fitna ini, apabila kewarasan akal diketepikan dengan pegangan agama sendiri yang sangat longgar, maka lahirlah tindakan kebinatangan paling dahsyat ke atas seorang muslimah yang juga seorang ibu dan isteri kepada anak di dalam kandungan, Dr Marwah Sharbini.
Saya membantu isteri menceritakan tragedi berdarah di Mahkamah Jerman pada mahasiswa-mahasiswi Utara di UIAPJ. Mahkamah ini yang menyaksikan 18 tikaman 'terancang' dikonspirasikan ke atas Marwah dan suaminya yang 'tersilap' ditembak oleh pihak keselamatan mahkamah yang 'membenarkan' Alex membawa masuk pisau dan 'menonton' tikaman ke atas Dr Marwah sehingga ke tikaman ke 18.
Dengan mengaitkan pidato Obama di Mesir, pengeboman Nordin Mat Top di hotel Indonesia dan penyebaran H1N1 oleh Israel-Amerika, saya menyatakan berkali-kali kepada adik-adik bahawa "giliran kita juga semakin hampir. anda perlu bersedia dengan musuh-musuh Allah". Perancangan mereka licik dan sukar dibaca. Kesemua yang berlaku ini adalah perencanaan rapi musuh-musuh Allah. Dr Marwah dan suami telah perjuangan Islam di Jerman dengan ilmu tahap PhD dan darah mereka, kita bagaimana jika masalah akademi mahasiswa Islam terus memalukan Islam itu sendiri ?
Video yang saya edit dari beberapa sumber di Youtube untuk tujuan menyentak perasaan mereka yang hadir termasuk pelajar antarabangsa.
Mampukah wujud "Ridley Scott" (Pengarah Filem Kingdom of Heaven yang berjaya menggambarkan keindahan akhlak Salahuddin al-Ayyubi kepada Eropah) dalam umat Islam hari ini ? Siapakah yang mampu melakukan agenda "taqrib" antara peradaban Islam dan Barat melalui wasilah perfileman ini supaya Islam tidak lagi dilihat sebagai ancaman dan 'pengganas ' dunia ?
Sungguh suasana yang menyelubungi mengisafkan diri ini tatkala berpeluang mendengar khutbah Tuan Imam kepada jenazah Allahyarham yang telah selamat dikebumikan.
Saya dan isteri berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada ayah Penasihat SIGMA GAMIS, saudari Rafidah Salleh yang pulang ke rahmatullah awal pagi ini. Walaupun tidak sempat untuk bersama solat jenazah, namun rasanya memadailah kesempatan mengiringi arwah seorang ayah kepada seorang icon gerakan muslimat muda ke tanah perkuburan.
Sungguh suasana yang menyelubungi mengisafkan diri ini tatkala berpeluang mendengar khutbah Tuan Imam kepada jenazah Allahyarham yang telah selamat dikebumikan. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian, semoga Allah memberikan kesudahan kematian yang baik (husnul khatimah) kepada ayah saudari Rafidah dan kita semua, Insya-Allah.
Saudari Rafidah yang saya kenal sejak bersama dengan Wufi 2 tahun lepas sehingga ke GAMIS, adalah seorang icon pemidato mahasiswi Islam yang attraktif dan magnetik, serta keberanian dan kekentalan beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman mahupun luaran mampu mengalahkan jiwa muslimin. Saya doa beliau akan terus tabah dan tenang menghadapi hari-hari mendatang.
Kita tidak berseorangan. Rakan sejawat beliau saudara Redhuan Bakar juga baru kehilangan ayah kesayangannya pada tahun ini. Saya sendiri kehilangan ayah kesayangan sejak belum matang mengenal dunia. Bahkan ramai tokoh-tokoh hebat melakar sejarah dunia kerana ujian yang datang dari Allah dengan kehilangan insan tersayang, pada saat itulah hikmah terzahir untuk Allah menyerlahkan potensi sebenar yang ada pada kita, yang tak pernah kita duga.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang menjadi sebaik-baik pejuang yang bermulanya ujian beliau dengan kehilangan ayah tersayangnya, bahkan baginda belum sempatpun melihat dunia.

Sebahagian dari preview "Warriors Hidden By History" yang dihasilkan Rijal82 Production pada AGM Ma'ruf Club UIAM baru-baru ini.
Kehadiran yang melimpahkan ruah sehingga ke luar Mini Auditorium adalah suatu situasi sangat ajaib yang belum pernah saya lihat berlaku pada Ma'ruf Club sebelum ini. Tahniah Faridzul, isteri saya dan seluruh tenaga murabithun Ma'ruf Club. Pendekatan pawagam sudah, kini dengar khabar pendekatan teater pula akan menjadi ekperimen dakwah seterusnya MC. Tahniah, rakan-rakan mesti teruskan idea-idea ajaib dalam soal pendekatan dakwah menjinakkan seramai mungkin untapped market di UIAM.
Mohon maaf kerana visual yang diupload tidak jelas kerana visual high quality tidak dapat diupload.

Dunia gerakan mahasiswa semakin hampir untuk mengalami proses transisi. Mungkin ada yang sebelum pilihanraya kampus, mungkin ada yang selepas, yang pasti saat itu semakin hampir. Sama ada GAMIS mahupun PMI di kampus-kampus, masing-masing akan melalui suatu proses muhasabah prestasi organisasi dalam sidang mega yang bernama "Muktamar" masing-masing.
Pelbagai versi Muktamar telah saya ikuti dan lalui. Kesemuanya mengikut 'keunikan' dan 'kreativiti' PMI masing-masing.
Apa yang pasti, 'end results' atau persoalan sejauhmana terarah atau tersasarnya organisasi dari visi dan misi yang direncanakan di awal sesi kepimpinan akan dijadikan sasaran utama maudhu' muktamar.
Persoalan besar yang mungkin saya mahu lontarkan sebagai renungan bersama, sejauhmana organisasi melakukan 'respon' yang tepat pada setiap 'challenge' yang berlaku di hadapan organisasi.
Sejauhmana orientasi gerakan dalam mencapai aspirasi dan gagasan utama perjuangan walaupun terpaksa melayan, meniti dan berhadapan dengan pelbagai 'karenah' dan 'kemuncup' di sepanjang jalan ?
Adakah cabaran luar jangka yang lebih banyak berlaku telah menyebabkan orientasi perubahan dan style pengurusan gerakan lebih berdasarkan 'keadaan semasa' atau gerakan mampu kekal dengan prinsip 'menuju visi' tersebut ?
Pendek kata, organisasi kita mengurus berdasarkan 'clock management' (rutin harian dan melayan apa sahaja cabaran yang ada walaupun terpaksa 'tenggelam' dalam cabaran dan masalah tersebut, tidak diselesaikan) atau 'compass management' (tegar dengan visi dan 'dream' organisasi, cabaran diselesaikan segera dan gerakan tidak 'ditenggelamkan' dengan pelbagai masalah dalaman atau luaran) ?
Persoalan inilah yang akan menentukan Muktamar akan lebih banyak membincangkan "isu" atau "agenda".
Persoalan ini jugalah akan menentukan upaya Muktamirin membezakan antara "the real problems" (root causes) dengan "the presented problems" (picisan, terbitan dari masalah akar tadi).
Di sinilah saya melihat saranan formula "90 / 10" Stephen R. Covey wajar dijadikan bahan bantu pengurusan berlandaskan objektif.
Keseriusan gerakan menuju objektif walau apa jua cabaran adalah sunnah perjuangan yang dapat dilihat berlaku pada spirit Hijrah Rasulullah, Muhammad al-Fateh dan seumpama dengannya. Walaupun 53 hari kepungan ke atas Konstantinople menatijahkan kegagalan demi kegagalan di pihak tentera Islam, peranan Syekh Syamsuddin dan bisikan ayahnya "andalah al-Fateh" yang terngiang-ngiang di telinga Muhammad al-Fateh sejak kecil menyebabkan beliau tidak putus-putus memotivasikan tenteranya bahawa objektif, visi dan misi pembebasan Konstantinople pasti dan pasti akan berlaku walau apa jua cabaran.
Sepintas Lalu Formula "90/10", anda mesti membacanya. Insya-Allah, sedikit masa lagi saya akan berikan contoh praktikal dalam dunia organisasi gerakan mahasiswa Islam sendiri.
Klik di www.aktivisosial.blogspot.com

2 Ogos lepas, saya dan isteri serta saudara Faridzul berkesempatan menghadiri Seminar Pemikiran Prof Dr Burhanuddin al-Helmy, seorang negarawan ulung yang pernah dilahirkan di Tanah Melayu dan dalam gerakan Islam PAS. Kebernasan ucaptama YB Husam Musa dalam perasmian Seminar menyebabkan ramai panelis selepas itu merujuk pada kertas ucapannya sebagai pengukuhan hujah kekuatan figura bernama Burhanuddin ini.
Antara beberapa dapatan menarik mengenai Prof Burhanuddin yang mahu sempat saya noktahkan di sini hasil kesempatan saya mengikuti sesi pagi seminar tersebut (kerana sesi petang saya ke Sekolah Pemikiran Muda) :
1. Ramai pelakar sejarah dunia Islam dan sejarah gerakan Islam di Malaysia - sehingga pemikiran dan idea mereka jauh terkehadapan dari zaman yang mereka ada - tidak dapat dinafikan bermula dari didikan si ayah dan pengaruh didikan keluarga. Itulah yang berlaku pada Salahuddin al-Ayyubi, Muhammad al-Fateh dan ramai lagi. Itulah juga yang berlaku pada Dr Burhanuddin al-Helmy bin Haji Mohd Nor andai kita mengamati sejarahnya di waktu kecil.
2. Kebijaksanaan PAS memilih kepimpinan berwibawa bukan sekadar pernah berlaku mutakhir 10-20 tahun sebelum ini, bahkan hakikatnya pernah berlaku sejak dari awal penubuhan PAS lagi apabila gerakan Islam yang pernah dilabel 'parti tok lebai' dan 'parti orang kampung' ini rupanya pernah memilih gandingan paling ampuh dalam sejarah kepimpinan PAS iaitu Prof Dr Burhanuddin sebagai Presiden PAS manakala Prof Dr Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan Presiden.
3. Lihatlah bagaimana Prof Burhanuddin berjaya mendefinisi "awlawiyyat" dan "titik persamaan" untuk berhadapan dengan musuh yang lebih besar mudharatnya pada zaman itu dalam setiap aksi perjuangannya.
Bagi yang melihat beliau secara simplistik, pasti menuduh Dr Burhanuddin sebagai ahli politik tidak berprinsip, walhal itulah manifestasi kehebatan sifat anjalnya pendekatan perjuangan Islam selagi prinsip fundamental (pada masa itu adalah kemerdekaan tanah Melayu, kebangsaan dan perpaduan Melayu dan masa depan Islam dan institusi Islam adalah perkara prinsip dalam flow perjuangan Dr Burhanuddin) dipegang. Pengalaman terbabit dalam banyak front rakyat dan parti-parti politik pada saat itu yang pelbagai jalur ideologi mengajarnya erti sepak terajang politik Melayu pada masa itu. Sebagai contoh, biarpun mengambil keputusan berkompromi dengan Jepun untuk berdepan dengan penjajahan British, namun itulah cara 'intelegen' untuk menjaga Madrasah Ihya as-Syarif dan menyekat orang Melayu dari dihantar bekerja menjadi buruh seumur hidup di terowong maut Jepun.
Memadai ucapan YB Salahudin Ayub merumuskan kekuatan "engagement" dan jiwa besar Dr Burhanuddin :
"Dalam konteks ini, saya ingin mengajak para pemuda semua untuk kita menghayati pemikiran dakwah yang digagaskan oleh al-Marhum Prof Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai dengan naluri masyarakat sebagaimana berhikmahnya Wali Songo yang menggunakan saluran seni hiburan untuk mengajak masyarakat kepada Islam. Pendakwah tidak menghukum, tetapi memujuk dan menasihati. Perbezaan bukan asas kepada perpecahan, tetapi menzahirkan keterbukaan.
Jangan kerana kita sukakan susu, lalu mengatakan kopi tidak baik, tetapi minumlah susu dan hargailah peminum kopi.
Itulah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Dr Burhanuddin. Beliau dikenali sebagai tokoh reformis, tetapi sangat disenangi oleh ulamak kaum tua. Beliau terkenal sebagai ahli tasawuf, tetapi begitu rapat dengan ulamak kaum muda. Beliau menyusun strategi dakwah dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu tanpa rasa chauvenis, mendukung perjuangan nasionalis, tetapi kekal sebagai tokoh yang Islamis. Pengikut dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang politik, tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Inilah model pendakwah yang mesti dicontohi oleh Pemuda PAS pada masa akan datang."
4. Antara kelemahan yang dilihat pada panelis seminar ini adalah kecenderungan ramai panelis untuk mengulang point yang sama yang telah disebut. Namun demikian, dari aspek positif ia adalah suatu penegasan dan pengiktirafan pada kekuatan Prof Burhanuddin.
Namun demikian, apa yang saya sendiri nantikan hakikatnya adalah soalan yang berbunyi "apakah cara berfikir dan tindakan strategik (intelegen) yang boleh dibaca secara tersirat dari aksi-aksi tersurat Prof Dr Burhanuddin al-Helmy sehingga cara berfikir seperti negarawan itulah yang sewajarnya diteladani dan dikaji oleh pimpinan politik Islam pada hari ini" ?
Dari sudut pelaksanaan program pula, benarlah, senjata yang ampuh untuk menyentuh hati (bukan sekadar akal) peserta dalam mengenangi perjuangan dan cara berfikir Dr Burhanuddin al-Helmy iaitu persembahan multimedia. Hampir semua pembentang dan pengulas merasakan memadai video yang dibuat oleh penganjur dengan penuh sentuhan gambar, lagu dan gimik gerakan dalam video untuk memahamkan peserta siapakah sebenar Dr Burhanuddin al-Helmy sehingga pemikirannya masih segar sehingga ke saat ini, disebut-sebut oleh pencorak penting politik reformasi di Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, YB Salahudin Ayub dan ramai lagi.
Kini menjadi tanggungjawab saya untuk memikirkan cara bagaimana sebuah filem mengenai perjuangan Dr Burhanuddin al-Helmy ini boleh dihasilkan di Malaysia, seperti filem-filem epik yang lain yang pernah dibuat di Malaysia lebih-lebih lagi di luar negara. Dengan kaedah ini, saya kira pemikiran dan adegan keberanian perjuangan merempuh tirai besi Dr Burhanuddin akan mampu menusuk kalbu lebih ramai para pimpinan politik Malaysia pada saat ini.

Gambar di Seminar Pemikiran Burhanuddin al-Helmy
Sekalung tahniah buat sahabatku saudara Ust Dzulkhairi, Presiden GAMIS, saudari Munawirah, Setiausaha Agong GAMIS yang baru serta seluruh Majlis Tertinggi dan jentera belakang tabir yang telah bersengkang mata dan kental semangat dalam menjayakan projek terbesar GAMIS yang tak pernah saya impikan kejayaannya, namun kalian menjadi generasi Yusuf yang merealisasikan mimpi-mimpi indah ketika ia hanya menjadi buah-buah retorik brainstorming kita dahulu sahaja di RK UPM.
Mengimbau kenangan brainstorming dan telatah 3 'murabithun' di awal perjuangan Gamis. Di saat inilah idea "gila" membuat konsert dicetuskan.
Saya sangat berbangga mempunyai sahabat dan kenalan berjiwa besar dan berjiwa kental seperti anda yang mampu berdepan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran demi menjayakan projek 'engagement' terbesar GAMIS iaitu dengan kerajaan dan penggubal polisi melalui Kongres Rejuvenasi Pendidikan dan kedua dengan remaja dan anak muda melalui Konsert Antara Benua.
Semoga rakan-rakan bakal kepimpinan baru gerakan GAMIS akan melakar sejarah lebih luarbiasa, memantapkan idealisme politik nilai GAMIS dan menjadi agen check & balance yang lebih segar dan konstruktif kepada kerajaan dan gerakan Islam di Malaysia.
Posting Sebelumnya
-
▼
2009
(156)
-
▼
August
(15)
- 7 Battles In Ramadhan : Shift Your Paradigm Now !
- Gelombang "F.A.T.E.H Values" Melanda UIAPJ
- William Wier Bukti Islamophobia Eropah Sejak Zaman...
- Ramadhan, "Honey Moon" Hamba Dengan Sang Pencipta
- Setiap Individu Ada Potensi dan Kepakarannya
- Muktamar GAMIS : Perbahasan Semakin Matang
- Akademi Kepimpinan Al-Fateh : "Pencerahan Minda" D...
- Sejenak Menyelami Dunia Intelektual Di Kongres PKPIM
- Mereka Cipta "Fitna" dan "Traitor", Kita Cipta Apa ?
- Takziah Buat Saudari Rafidah (Ketua Umum Gerakan M...
- Tribute Buat Ma'ruf Club : Dari Pawagam ke Teater
- "90/10" Mampu Selamatkan Organisasi Sampai Ke Dest...
- Ruh Pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmy Mula Meresapiku
- "Mega-Engagement" By Concert & Congres : Congratul...
- Kembali Ke Sekolah ...
-
▼
August
(15)
Integriti Maya
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.