Content feed Comments Feed


Pada 10 - 12 Mac (Khamis - Sabtu), saya (Ibrah Paradigm) telah dibantu oleh sahabat saya saudara Azuhan (De Soul) dan Nursya (UM) mengendalikan Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih (AKMAL 2011) di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada saudari Maryam atas kerja kuat beliau menjayakan program yang tertangguh ini dan seluruh jawatankuasa penganjur dari HEP Insaniah sehinggalah pada Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah khususnya Biro Kepimpinan dan Kerohanian mereka.


Tidak dilupakan penghargaan khusus buat isteri kesayangan saya yang sudi untuk membenar dan menyokong perjuangan saya sentiasa meskipun berjauhan seketika. Jutaan kemaafan dipohon pada ayah mertua kerana tidak dapat bersama sepenuh masa menemani beliau yang sedang gering akibat sakit Hepatitis B yang baru dikenalpasti oleh doktor.


Bertemakan "AKMAL (Lebih Sempurna Dari Sebelumnya) : From Zero We Will Become Hero", terlalu banyak mahu dicoretkan oleh saya dalam catitan program sulung Ibrah Paradigm ini. Bak kata Ustaz Hasrizal Jamil ketika membuat coretan mengenai Kem Hijri beliau dan STC : "Banyak coretan menarik tentang kisah-kisah di balik tirai kem HIJRI ini. Menjadi event manager  untuk sebuah program yang diisi sendiri yang juga bertindak sebagai content provider, pengalamannya amat berbeza daripada sekadar datang dan mengisi program yang dianjurkan oleh orang lain."  He speak my mind, sebab itulah yang saya rasai di kolej universiti di tengah-tengah bandar Alor Setar itu :)


Program ini mempunyai makna yang terbesar dalam diri saya sepanjang 3 tahun berada dalam dunia training ini. Ini kerana inilah program 3 hari 2 malam yang saya bangunkan sendiri modul-modul AKMAL dengan perahan otak sendiri hasil penganalisaan fakta sejarah 1453 dari pelbagai sumber terkini.


Tanpa teman-teman sepasukan, siapalah saya. Saya juga dibantu oleh saudara Azuhan yang lebih banyak saya minta bantuan beliau untuk membangunkan modul-modul ice breaking, outdoor dan aktiviti dalam dewan. Kombinasi kami dilihat sangat intim dan bisa diteruskan pada AKMAL generasi kedua pada masa akan datang dan seterusnya di IPT lain untuk merasai modul pembangunan kualiti mahasiswa ini.


Alhamdulillah, hasil dari sebuah idea yang dibangunkan secara sistematik, maka 'eksperimen' pertama AKMAL telah berjaya dijalankan kepada hampir 50 orang mahasiswa KUIN yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi Apprentis sulungnya. Meskipun jumlah sasaran hampir 200 orang, namun saya katakan pada Maryam sebagai runner utama program, "jangan bersedih hati, lebih sedikit, kita lebih fokus, kerana ia program leadership untuk membina potensi diri dan pasukan, bukan semata ceramah memberi kesedaran"


Hasil dari analisa feedback dan suggestion form, berikut saya coretkan paparan SWOT untuk manfaat pembaca setia Iskandarfateh di samping untuk rekod saya sendiri. Saya tidak segan silu untuk berkongsi kekuatan dan kelemahan - yang munasabah - dalam program latihan dan motivasi saya kerana dakwah adalah seni menghadapi manusia yang seharusnya dikongsi bersama pada teman-teman seangkatan yang menceburi bidang latihan dan perundingan.


STRENGTH (Kekuatan yang TELAH berlaku, feedback POSITIF dan wajar DITERUSKAN)


1. Borang biodata diri
- soalan "cita-cita 10 tahun lagi", "kenangan pahit dan manis" membantu trainer mengenalpasti tahap kejelasan visi hidup dan cita-cita peserta untuk sesi "Al-Fatih : The Power of A Clear Vision", modul saya malam pertama


2. Kuiz 1453
- 30 soalan objektif dan subjektif banyak membantu peserta untuk 'ghairah' mengetahui jawapan sebenar, justeru mereka akan fokus pada setiap slot, rasa dihargai apabila ada ganjaran hadiah, rasa gelak terbahak-bahak apabila pelbagai jawapan 'gila' diberikan peserta, suasana humor adalah penting dalam program training yang mengambil pendekatan santai di awalnya


3. Sesi Kuasa Cinta Rasulullah (malam kedua)
- saya menukar 'uniform' saya pada malam itu, memakai pakaian berjubah dan hampir-hampir saya mahu berserban, kerana mahu mencetuskan "pre-judgement" positif kepada peserta. 

Dengan dimulakan dengan selawat kepada Nabi S.A.W, sesi ini cukup menyentuh hati peserta di penghujungnya, tidak pun kami duga dan tidak pun kami rancang, ramai yang menitiskan airmata pada malam tersebut - khususnya ending dengan sebuah video mengenai sayangnya Nabi pada ummatnya di padang Mashyar dan titian sirath nanti.

Syukur alhamdulillah, rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih dimurni dan dikembalikan pada iman dan kekentalan spiritualnya kepada hadis Nabi S.A.W, ketatnya pantauan baginda di bawah Syekh Syamsuddin sejak dari Sultan Muhammad sebagai kanak-kanak.

Salah satu trailer di Youtube menggambarkan dekatnya Sultan Muhammad dengan Master Sifunya, Syekh Aq Syamsuddin
“I will not give anyone an excuse to scorn the film.” - Faruq Aksoy. Saya sedang meminta bantuan kad kredit abang saya untuk membeli secara online DVD "Fetih 1453", filem Turki mengenai ambitious war scenes Muhammad Al-Fateh terbitan dan arahan Faruq Aksoy yang menelan bajet jutaan Turkish Lera ini mencakupi aspek cinematography, special effects, costume design, art direction dan aplikasi teknologi CGI.


Kesimpulannya, dasar utama kejayaan penawanan Konstantinopel adalah kecintaan yang tinggi Sultan Muhammad kepada Rasulullah S.A.W, sesuatu yang WAJIB peserta nampak selepas teruja dengan fakta-fakta 'pelik tapi benar' mengenai adegan-adegan gila sepanjang 6 April - 29 Mei 1453 tersebut.


Tertarik pada kenyataan "kuasa ke 13, kuasa doa Nabi Muhammad" yang disebutkan oleh Puan Ainon yang dirakamkan oleh Tuan Zamri Mohammad di wall Facebook saya.


4. LDK Gegak Gempita
- sesi 'memorable session' (kenangan yang takkan mampu dilupakan) adalah klimaks penting sesuatu program training supaya ia menjadi sebutan peserta kepada orang lain untuk menyertainya.

- namun demikian, bukan tujuan utama saya sekadar mahu mencipta gimik dan elemen suspen (berdebar-debar) dalam program untuk peserta, objektif yang lebih utama adalah untuk mencetuskan letupan keyakinan diri SETIAP peserta tanpa terkecuali seorangpun, ia dijelmakan dalam bentuk aksi, di samping menguji secara tidak sedar Al-Fatih Values peserta iaitu aspek (IQ) iaitu kreativiti mencorak fakta menjadi persembahan aksi yang teratur dalam masa yang terbatas, EQ (kerjasama sesama peserta dalam menghidupkan watak masing-masing dan menghidupkan cerita itu sendiri).

- kenyataan task wajar saya perhalusi lagi supaya peserta dan commentators lebih jelas dengan aspek apa yang terpenting dinilai ketika persembahan iaitulah objektif utama slot itu sendiri


5. Resolusi yang dibacakan dengan sangat jelas bukan sekadar menyerlahkan semangat untuk berubah tetapi memperjelas aspek-aspek perubahan secara realistik sebagai terjemahan kepada ibrah dari kisah Sultan Muhammad Al-Fatih.



WEAKNESS (Kelemahan yang TELAH berlaku, wajar DIPERBAIKI)

1. Peserta tiada kertas kerja bagi setiap modul (tidak semua peserta mampu atau mahu membeli buku penulis di awal-awal program, sekurang-kurangnya dengan kertas kerja ia membantu proses 'marketing' buku itu sendiri)


2. Penekanan soal disiplin dan ketepatan masa peserta (ada feedback mencadangkan denda kumpulan yang lambat, saya masih tertanya-tanya adakah wajar menjadikan AKMAL ada serba sedikit elemen 'tamrin', rasanya perlu lihat tahapan kampus yang melanggan AKMAL dan tahapan peserta bagaimana)


3. Rata-rata peserta apabila memberikan feedback di akhir program menyatakan kekaguman dan keterujaan mereka kepada sifat kepemudaan, kegeniusan, keintelektualan, dan keterbukaan Sultan Muhammad Al-Fatih. Faktor masa yang terbatas mungkin mempengaruhi kecenderungan feedback seperti ini. 

Sebenarnya bukan kekaguman dan sindrom hero-worshipping itu yang mahu saya timbulkan sebagai kesan dan impak maksima pada peserta. Justeru saya perlu fikirkan 'killer' slot di hari ketiga sebelum peserta berpisah, bagaimana untuk menimbulkan impak maksima kepada persoalan yang lebih penting dari kekaguman tokoh iaitu bagaimana sebenarnya Al-Fatih dibentuk, tradisi perguruan dan cintakan ilmu dan ulamak, dan bagaimana untuk menjadi Al-Fatih pada zaman sekarang dan bukan pada abad ke-15 Masihi tersebut lagi.


OPPORTUNITY (Idea saya yang BELUM berlaku dan cadangan BARU dari peserta)

1. Ujian personaliti diri (70 soalan mengenai learning style process)

Tidak sempat dibuat, tetapi seharusnya dibuat untuk memudahkan trainer mengenalpasti pendekatan yang sesuai kepada para peserta sepanjang 3 hari 2 malam, adakah mereka lebih gemarkan sesi ceramah dan kertas kerja, adakah mereka sukakan perbincangan dalam kumpulan dan sesi dua hala, adakah mereka sukakan visual dan audio yang bersemangat dan mantap PA system nya, adakah mereka sukakan aktiviti outdoor dan mencabar berbanding indoor.

Ujian ini penting untuk mengetahui 'expectation' mereka pada program. How they see determine what they will gain. Model PSMB dalam form ini adalah yang terbaik bagi saya.


2. Modul public speaking wajar saya bangunkan - mungkin semasa bicara visi 10 tahun setiap peserta - kerana ia juga sebahagian dari Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih.


3. Perbanyakkan lagi LDK problem-solving atau study case untuk memudahkan lagi proses penyerapan nilai kepada peserta. Pembentangan yang dibuat akan memudahkan trainer mengukur capaian kefahaman mereka.


Lain-lain Catatan

1. Saya perlu bersedia merangka Fasa 2 AKMAL untuk 'advanced' student (real leaders in campus) atau alumni AKMAL kerana banyak modul asas dan asal kepimpinan yang selari dengan  12 Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih tidak dapat dilakukan dalam AKMAL Basic Training.


2. Perlu segera membeli DVD Filem Turki iaitu "Fetih 1453" yang telah release di Turki pada Disember 2010 sebagai elemen 'killer' dalam AKMAL. Jika tidak, saya perlu bangunkan sendiri sebuah video klip yang menggambarkan secara detail - masih dalam kerangka 10 minit maksimum masa - kronologi penawanan dan aksi brilliant peperangan dari kedua-dua belah pihak dari 6 April hinggalah 29 Mei 1453 tersebut.


3. Sedang memikirkan bagaimana jika Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih dalam bahasa novel, bagi memudahkan juga proses menyediakan skrip filem 1453 yang diimpikan. Mungkin minda sehebat Pak Latip sangat diperlukan :)


Berikut dipaparkan beberapa feedback bertulis dari mahasiswa yang mengikuti kem AKMAL Generasi 1 di Insaniah baru-baru ini. Termasuk juga yang sudi hadir saudara Muslim dan sahabat-sahabat beliau dari UNIKL MSI Kulim dan saudari Farhana dari UUM. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.


AKMAL memberi kefahaman kepada saya kenapa dan mengapa kita perlu bergerak dalam satu pasukan, bagaimana kita perlu taat pada pemimpin kita dan bagaimana kita nakkan kepercayaan daripada anak buah kita. Sekiranya mempunyai kesempatan, boleh membuat program Al-Fateh ini dalam masa seminggu. Lahirkan suasana yang benar-benar di depan mata peserta agar mereka lebih terasa di hati. Bawa peserta mengembara ke detik penawanan Konstantinopel dengan diri mereka sendiri. Beserta dengan soundtrack yang lebih gah.” - Nur Zahidah binti Marzuki , Diploma Tahfiz wal Qiraat


Tayangan-tayangan video Al-Fateh dan slot yang didedahkan telah menaikkan semangat saya untuk terus bersemangat dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Saya suka slot pertama “Visi dan Pemikiran Strategik Al-Fateh. Pendekatan Ust. Syaari menceritakan sejarah Al-Fateh dan mengaplikasikan dalam bentuk modul, sedikit sebanyak memberi impak kepada saya dan sesi yang terbaik adalah dalam sesi ‘Gegak Gempita’. Kalau boleh akan datang, Ust boleh menceritakan dan mendedahkan lebih banyak mengenai sejarah penaklukan Konstantinopel oleh Al-Fateh. Tambahkan LDK dalam kumpulan untuk lebih merasai ‘aktiviti outdoor." - Zafirah Binti Ahmad, Ijazah Syariah Islamiah

Melalui visual-visual yang diberikan, program ini dapat membangunkan dan meningkatkan keyakinan saya untuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Ia juga memberikan semangat kepada saya untuk maju ke hadapan dalam gerak kerja organisasi atau tanggungjawab yang telah diberi pada saya dan juga semangat dalam menuntut ilmu melalui pengisian yang diberikan.” – Rozmayanti Alibasa, Ijazah Perbankan dan Kewangan Islam.


Program telah memberi gambaran jelas dan mengetuk pintu hati saya untuk lebih fokus, bersungguh-sungguh dan terancang merancang program visi kehidupan seharian.” – Siti Norhana Md. Masrom, Ijazah Syariah Islamiah


InsyaAllah, melalui kem ini, organisasi saya akan lebih strategik dan lebih tersusun dalam melaksanakan gerak kerja dan juga menyusun setiap langkah dengan teliti dan menjadi lebih bersistematik dalam organisasi dan tidak mudah putus asa (never give up). Kesan terbesar yang mungkin saya tidak dapat lupakan dalam program lain adalah bertapa hebatnya pimpinan Al-Fateh dan ini membakar semangat saya untuk menjadi seperti beliau di zaman yang mencabar ini dan menjadi generasi yang memelihara Islam" - Umirah Binti Ya’acop, Ijazah Syariah Islamiah



Gambar-gambar aksi AKMAL 2011 - Gen 1 (KUIN)































TERIMA KASIH SEKALI LAGI PADA INSANIAH. TERIMA KASIH MPM INSANIAH. TERIMA KASIH MARYAM, AZUHAN, NURSYA, DAN SELURUH URUSETIA. TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN KEM INI. BERTEMU KEMBALI !


PROMOSI KHAS

VCD 12 JAM (AUDIO) KULIAH “MENELADANI KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATIH”


Adakah anda terlalu sibuk, perlu mengambil masa agak lama untuk menamatkan buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih” ?


Adakah anda mengalami kesukaran untuk menghadiri sesi-sesi diskusi bedah buku dengan penulis ?


Atau anda tidak berpuas hati dengan jawapan penulis dalam sesi Q & A yang diadakan - terbatas masa menjawap -  selepas tamat sesi bedah buku bersama penulis ?


Mendengar ceramah penulis “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” selama 12 jam ini akan membawa fikiran anda mengembara dengan lebih penghayatan berasaskan pengetahuan fakta yang lebih mendalam. Bahkan, terlalu banyak yang mahu diungkapkan oleh penulis yang tidak sempat dicernakan sebelum ini ketika menulis “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh”.


Hampir 40 % pengisian VCD ini tidak sempat dimasukkan dalam buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh dek kerana terlalu banyaknya manuskrip yang tidak sempat diterokai (mengambil masa khususnya untuk penterjemahan) dan bahan-bahan rujukan terbaru yang diperolehi dari luar negara.


90 % pengisian kandungan VCD ini pula TIADA (tidak akan dimasukkan) dalam manuskrip buku kedua saya mengenai Legasi 30 Tahun Muhammad Al-Fatih (jika diizinkan Allah untuk disiapkan dalam masa terdekat).


Kelainan penting VCD ini adalah ia sememangnya ilmiah dan berat, hanya peminat sejarah dan pengkaji karakter kepimpinan tokoh-tokoh Islam akan ghairah memaknanya. 


JANGAN mengharapkan atau bertanya adakah ia VCD atau DVD aksi visual atau petikan animasi atau filem mengenai Muhammad Al-Fatih, ia 100 % audio suara penulis yang dirakamkan. Dengan imaginasi dan kekhusyukan mendengarnya, anda akan mampu memaknanya sehingga anda akan temui "Al-Fatih" dalam diri anda, sebuah potensi luarbiasa dalam diri yang selama ini tidak dikeluarkan ke tahap maksimum.


Ia BUKANLAH buku "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" dalam versi suara. Ia adalah dokumentari bersuara secara kronologikal, dihimpunkan dari pelbagai fakta-fakta sejarah dari pelbagai sumber. Pendengar akan terbuka minda dan lebih menikmati rasa "berguru" (berbanding membaca sahaja) khususnya dalam menganalisa pelbagai sumber termasuk kenyataan-kenyataan musuh dulu dan masakini kepada tokoh yang menerima pujian Nabi S.A.W ini.


Apabila anda sudah memilikinya, anda tidak akan jemu untuk mengulanginya berkali-kali. Anda bisa menjadi ‘klon-klon’ penulis untuk berbicara mengenai Muhammad Al-Fatih dengan penuh kejelasan dan kefahaman. Al-Fateh adalah khazanah ummah! Rahsia kejayaannya berhak dikongsi kepada semua masyarakat, khususnya generasi mahasiswa Islam.


Berasaskan 5 sumber teras dan terbaik mengenai sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu tulisan Syekh Ali Muhammad As-Sollabi, Profesor Mehmet Maksudoglu, Profesor Halil Inalchik, Profesor Ilber Ortayli, Profesor Redzuan Osman, serta puluhan rujukan Islam dan Barat, maka penulis menghasilkan edisi tambahan yang wajib dimiliki oleh semua penggemar dan pembaca Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh terbitan PTS Milennia. 


Naskhah buku "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" (PTS Milennia) adalah "pre-requisite" untuk memudahkan anda faham diskusi ilmiah dalam VCD ini nanti.


“Mereka yang biasa mendengar ceramah saya mungkin merasakan ada kelainan gaya antara yang ditulis dengan yang diucapkan. Membaca teks ketika berucap sebenarnya hanya dilakukan kalau terpaksa, misalnya dalam situasi yang sangat formal. Biasanya teks banyak disesuaikan dengan konteks. Malah seringkali fungsi teks hanya sekadar untuk mengingatkan idea-idea pokok yang hendak disampaikan atau petikan kata-kata dan angka yang sukar dihafal, sedang penyampaiannya dilakukan dengan gaya pidato atau ceramah yang punya seni retoriknya yang tersendiri pula.


Ketika menulis dan berguru pula, banyak imaginasi di kepala hadir selepas menulis. Banyak fakta-fakta terbaru yang kini sedang diteliti yang tidak sempat saya kemaskinikan. Ketika berceramah pula, masa 2 jam di hadapan pendengar yang sangat ramai menyebabkan saya terpaksa menyusun aturan ceramah dengan lebih mengutamakan fakta-fakta yang boleh menarik perhatian pendengar kerana pendengar tidak pernah mengenal siapakah Sultan Muhammad dan pada masa yang sama sangat skeptikal dan cepat bosan dengan "fakta sejarah". 


Justeru, atas keterbatasan ini, saya berhasrat merakamkan kuliah saya selama 12 jam ini. Muhadharah ilmiah dalam VCD ini menyebabkan saya dan pendengar sendiri akan lebih fokus kepada sesuatu bab sebelum melompat ke bab lain, tenang dalam penyampaian tanpa keterbatasan dan kekangan apapun, serta lebih objektif, seimbang dan menyeluruh untuk menyampaikan kesemua fakta-fakta beserta sumber-sumber perolehannya yang berkenaan tanpa bersikap selektif.” – Syaari Ab. Rahman



ISI KANDUNGAN VCD

1. Memahami Konsep Ibrah dan Ulil Albab 

2. Kenapa Saya Perlu Baca 5 Buku Rujukan Ini

3. “Zoom In” Uthmaniyyah Sepintas Lalu

4. Golden Age Uthmaniyyah, Antara Titik Putih dan Titik Hitam

5. Konstantinople, Sebuah Visi Agung Nabi di Ahzab

6. 3 Persamaan Antara Misi di Ahzab dan Misi di Konstantinopel

7. Sepintas Lalu 29 Percubaan Dunia dan 12 Percubaan Tentera Islam

8. Kelahiran Muhammad Al-Fatih dan Pendidikannya Ketika Kecil

9. “7 in 1” : Faktor Kekebalan Konstantinopel Pada 1453

10. Byzantine, Maharaja Paleologus dan Haghia Sophia

11. Fasa 1 : Kepungan Rumeli Hissari, Persiapan Strategik Muhammad

12. Fasa 2 : Deklarasi 6 April 1453, Runtuhnya Tembok Likus, Aksi Palta Oglu

13. Fasa 3 : Kekalahan Pusingan Pertama dan Peristiwa 22 April 1453

14. Fasa 4 : Serangan Serentak 28 Mei dan Sempurnanya Penawanan

15. Fasa 5 : Konstantinopel Selepas Detik 29 Mei 1453

16. Sepintas Lalu 30 Tahun Pemerintahan Al-Fatih

17. Siapakah Syekh Syamsuddin dan Guru-guru Besar Al-Fatih

18. Himpunan Kenyataan Prejudis Barat Mengenai Sultan Muhammad Al-Fatih

19. Bisakah Aku Menjadi Al-Fateh, Rumusan Dari Taskopruluzade Ahmed

20. Impian Besar Saya, Ayuh Hulurkan Tangan


Tempah segera sebelum stok kehabisan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai, hanya boleh ditempah atau dibeli langsung dari sesi ceramah-ceramah penulis.

20 Topik Ilmiah ! Hanya RM15 !

Akan dibebaskan kota Konstantinopel itu, maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya.” (hadis direkodkan oleh Imam Ahmad)


NOTA

Meskipun baru berusia hampir 2 bulan, buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh telah berjaya menduduki tangga keenam terbaik Februari 2011 di carta PTS.



Pulang dari menyaksikan Hikayat Merong Mahawangsa.


Hadir saya kali ini meletakkan niat untuk mengenalpasti aspek PROSES penghasilan filem epik sejarah negeri Kedah ini dibuat (sehingga dikatakan dilamar oleh lebih 25 buah negara), dan bukanlah sangat pada soal kesahihan fakta dalam jalan ceritanya. Saya juga mengambilkira bahawa ini adalah FILEM, bukan dokumentari.


"Cabaran saya adalah pada masa dan saya serta team produksi perlu mengambil tempoh selama 2 setengah tahun untuk menyiapkan keseluruhan filem ini. Apa tidaknya, kami bukan saja terpaksa melakukan pelbagai research mengenai sejarah cerita ini tetapi juga membuat rombakan skrip sebanyak 17 kali supaya ianya nampak moden tetapi tak lari dari naskhah asal." - Yusry Abdul Halim, Pengarah Filem HMM


Pada awalnya, saya hampir-hampir lupa yang saya sedang menyaksikan sebuah filem epik sejarah Melayu, jauh sekali saya lupa bahawa ini adalah filem hasilan Malaysia. Posternya sahaja sudah menonjolkan gaya  Merong ala "Prince of Persia" pegang pedang. Namun, sebaik sahaja keluar sepatah bahasa Melayu dari mulut pelakon utamanya iaitu Stephen Rahman Hughes, baru saya tersedar bahawa filem ini nampak gayanya "Gladiator", "Alexander" dan "300" versi Malaysia!


Sebagaimana dijangkakan, ia benar-benar sebuah filem epik sejarah hasilan anak tempatan yang wajar diberikan pujian dan kritikan membina lantaran bukan kerja mudah untuk menghasilkan cerita yang berkonsepkan epik dan mitos. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan sejarah negara.


Berasal dari sebuah naskah yang mencerminkan budaya, adat dan sejarah orang Melayu sebelum kedatangan Islam, kini naskah itu 'singgah' ke pawagam-pawagam yang dihadiri oleh pelbagai lapisan usia, agama, bangsa dan tahap pemikiran masyarakat.


Inilah besarnya penangan 'perkahwinan' sejarah - naskah tertua yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai khazanah bernilai negara - dengan teknologi CGI (kesan khas visual), sama besarnya penangan perkahwinan Rome dan China yang menjadi teras cerita dalam filem ini.


Tahniah KRU Studio, aplikasi teknologi CGI yang menelan belanja RM 8 juta nampaknya meninggalkan kesan mendalam  khususnya ketika adegan penutup filem yang menggambarkan kehebatan armada laut pewaris keturunan Merong Mahawangsa yang dikatakan mempunyai nasab keturunan dengan Alexander The Great.


Meskipun saya akui, memang wujud beberapa kelemahan-kelemahan kecil (atau mungkin besar pada para pengkaji sejarah tanah Melayu) dalam filem ini seperti :

- menggambarkan watak Lang sebagai perempuan kampung sedangkan dikatakan Merong berturunan bangsawan dan darah diraja Iskandar

- menggambarkan Merong yang berdarah Iskandar Zulkarnain, Raja Agung dalam sejarah dunia dengan watak penggembara yang tiada tujuan, sentiasa ditangkap kerana melakukan kesalahan

- menggambarkan tentera-tentera pelaut Golden Chersonese@Semenanjung Emas yang dikatakan hebat oleh rekod India, Rom dan China tetapi penduduknya hanya berseluar tidak berbaju, berperang dengan tubuh yang kurus dan menggunakan parang dan kapak


Namun demikian, jika mahu dibandingkan dengan filem epik sejarah Barat dan Hollywood, pujian harus diberikan pada HMM. Ini kerana :


1. Filem ini menerobos pasaran dunia dan tanahair ketika gelombang filem-filem Malaysia berorientasikan hantu dan sihir serta sosial songsang,  dan pada masa yang sama filem-filem Hollywood sedang rancak 'mempromosikan' adegan-adegan bencana alam dan kedatangan makhluk asing (seperti Battle of LA, Mars Need Mom dan lain-lain). Filem-filem yang menyerang pawagam ini sememangnya mampu mempengaruhi carafikir masyarakat dan ia sukar diubah, 'consistent patterns' seperti ini akan terus mengarati filem-filem Malaysia tanpa keseriusan radikal dilakukan. Merong Mahawangsa tampil pada masanya, sekurang-kurangnya HMM mampu mengubah minda masyarakat kepada sejarah Melayu yang cukup membosankan, khususnya buat generasi anak-anak muda dan para pelajar sekolah pada hari ini.


2. Filem ini hanya menelan perbelanjaan 6 juta jika dibandingkan dengan filem epik sejarah Hollywood  seperti Gladiator, Troy, Alexander dan banyak lagi yang sekurang-kurangnya menelan belanja lebih 100 juta Ringgit Malaysia.


3. Filem ini memartabatkan bahasa Melayu tinggi dan nilai kesusasteraan yang cukup puitis, sarat dan kaya nilai estetikanya, dipertontonkan ke pentas antarabangsa selepas adegan-adegan pertama dalam filem ini lebih dicorak dalam Bahasa Inggeris dalam dunia peradaban Rom, China  dan Goa untuk menarik perhatian dunia antarabangsa. Bayangkan sekurang-kurangnya 25 buah negara dunia melihat filem ini, boleh sahaja berubah paradigma mereka kepada Melayu, sejarah tanah Melayu dan Malaysia itu sendiri.


Ternyata pemilihan watak Stephen Rahman yang fasih berbahasa Melayu baku dan berbahasa Inggeris cukup tepat. Karisma lakonannya menghilangkan tanpa sedar kelemahan-kelemahan kecil filem yang bersangkutan dengan keadaan fizikal tentera 'extra' dan aksi-aksi tertentu yang 'tidak matang' seperti Marcus hidup semula selepas ditunus pedang, aksi semua tentera mati selepas menara dipanjat Merong tumbang, aksi senjata Archimedes Heated Ray dari atas Jentayu yang turut membakar bukan sekadar sampan-sampan Geruda, bahkan tentera-tenteranya sekali.



"Hari ini mungkin tidak ada yang akan kembali. Atau mungkin semua sekali akan rebah ke bumi. Berjuanglah bukan kerana seorang Raja, tetapi demi keamanan tanahair tercinta!"  Demikianlah aksi paling menyentuh hati dan membakar semangat saya iaitu pidato Merong Mahawangsa menjelang serangan ke atas pangkalan lanun Geruda. Pidato ini mirip aksi pidato perang Orlando Bloom dalam "The Kingdom of Heaven" dan Brad Pit dalam "Troy".


Kini saya sudah jatuh hati dengan teknologi CGI ini.


Andaikata saya mempunyai RM 10 juta 10 tahun dari sekarang, mungkin merekalah sasaran utama saya untuk filem 1453 Sultan Muhammad Al-Fatih. Namun, asasnya mesti kuat terlebih dahulu iaitu panel sejarawan yang punyai kredibiliti dalam mengesahkan perjalanan dan pengisian cerita.


Saya menyimpan azam itu dari sekarang. 


Saya mahu serius ke arah itu. Sokongan dari MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi) melalui dana e-content mesti diintai dari sekarang.


Doakan saya teman-teman sekalian.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"