Content feed Comments Feed
Showing posts with label Dakwah Anak Muda. Show all posts
Showing posts with label Dakwah Anak Muda. Show all posts

Impak dari Nadwah Kepimpinan Islam SBP baru-baru ini nampaknya mula menampakkan penangan modul Kuasa Solat Kuasa Perubahan yang saya bina dengan izin Allah. Terima kasih pada Ustazah Rubiah yang telah sudi menjemput saya menyampaikan modul saya tersebut kepada seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, sebuah sekolah SBP yang saya kira antara yang terbaik di Malaysia. 

Sekali lagi ditemani isteri tersayang yang sedang 'bercuti panjang', kami menuju ke Kuala Pilah nun jauh ceruk Negeri Sembilan sana. Kemampuan untuk mengawal perhatian dan tumpuan 600 orang pelajar  seluruh tingkatan selama 2 jam dalam sesi ceramah di waktu petang cukup mencabar kematangan saya, pendekatan dan kekuatan slide-video saya. 

Benarlah, ilmu "pengalaman" tidak diperolehi di kelas dan kuliah, tidak semudah membaca pengalaman orang lain dalam buku-buku mereka, ia adalah suatu yang mesti ANDA RASAI sendiri. Belajarlah mencipta kesilapan, kerana di situlah tersembunyi kematangan, satu SENI yang harganya tidak sama dengan sebuah buku. Terima kasih pada isteri tersayang, penasihat setia saya sepanjang sebelum-semasa-selepas ceramah.



Allah menjadi hikmah 5 kali solat fardhu sebagai suatu konsep training untuk mengambil dan 'menegakkan' (iqamah) nilai-nilai dalam solat di luar dari solat iaitu kehidupan seharian. Sebab itulah Allah menggunakan perkataan 'menegakkan' solat kerana solat yang berkualiti adalah solat yang mampu menegak dan meluruskan kehidupan seharian hasil dari 'training' 5 minit ketika khusyuk dalam solat.

Demikian juga konsep training dalam rukun Islam seterusnya puasa. Hanya 30 hari atau sebulan dari 12 bulan. Lantaran umat Islam perlukan juga 'training' yang lebih bersifat internal selama 30 hari untuk tujuan nilai-nilai puasa dan ibadah Ramadhan itu ditegakkan di luar dari Ramadhan (11 bulan selebihnya). Sebab itu apabila membaca surah Al-Qadar di luar dari Ramadhan, Tuhan mengajar kita untuk mengenang dan melakukan muhasabah sejauhmana training memburu malam Lailatul Qadar itu kita konsisten meneruskan sehingga di luar dari Ramadhan.

Kuasa Usrah : From Zero To Hero (KPU KISAS)

Thursday, September 10, 2009


Gembira dapat bersama isteri turun sekali lagi ke Kolej Islam melakukan misi pencerahan minda siri seterusnya. Kali ini kami diminta untuk meningkatkan "mahu" adik-adik kepada usrah, bukan lagi memberi "tahu" mereka. Justeru, kami memulakan dengan survey bertulis terlebih dahulu supaya permasalahan motivasi usrah adik-adik dapat kami tangani secara realistik dan berasaskan kajian, bukan sekadar hafalan dalil dan ceramah yang hanya mampu mengungkap asas-asas fundamental tanpa menyelesaikan masalah akar dalam benak emosi dan fikiran adik-adik.


Isteri saya dan adik Izaz terus mengedarkan borang survey kepada lebih 200 adik-adik Tingkatan Empat KISAS. Dalam masa 10 minit, mereka diminta memilih 3 pernyataan masalah usrah paling munasabah dan berkaitan dengan diri dan usrah mereka. Telahan saya tepat apabila kajian membenarkan ramalan (slide) saya bahawa masalah paling besar dihadapi oleh usrah adik-adik KISAS berpunca dari akar segala masalah itu CARA MELIHAT (paradigm) usrah itu sendiri yang tidak tepat.


Baca lagi di sini



Sebahagian dari preview "Warriors Hidden By History" yang dihasilkan Rijal82 Production pada AGM Ma'ruf Club UIAM baru-baru ini.

Kehadiran yang melimpahkan ruah sehingga ke luar Mini Auditorium adalah suatu situasi sangat ajaib yang belum pernah saya lihat berlaku pada Ma'ruf Club sebelum ini. Tahniah Faridzul, isteri saya dan seluruh tenaga murabithun Ma'ruf Club. Pendekatan pawagam sudah, kini dengar khabar pendekatan teater pula akan menjadi ekperimen dakwah seterusnya MC. Tahniah, rakan-rakan mesti teruskan idea-idea ajaib dalam soal pendekatan dakwah menjinakkan seramai mungkin untapped market di UIAM.


Mohon maaf kerana visual yang diupload tidak jelas kerana visual high quality tidak dapat diupload.

Rijal82 Production Mulakan Pencak ..

Monday, July 20, 2009

22 Julai ini, Ma'ruf Club UIAM telah menjemput Rijal82 Production untuk membuat tayangan adaptasi filem sulungnya di UIAM selama sejam bersempena dengan Mass Gathering Sem 1 mereka. Saya berjanji untuk melakukan yang adaptasi terbaik khususnya untuk mendekatkan mad'u kepada keindahan Islam dan kehebatan tokoh-tokoh besar pejuangnya di dalam lipatan sejarah yang cuba dipadamkan Eropah dan dunia.

Tema persembahan selama sejam ini adalah "Mereka Yang Dipadamkan Dari Sejarah Dunia" memfokuskan kepada gambaran (visualisasi) perjuangan sejak zaman Nabi Nuh dan peristiwa banjir besar, Yusuf, Ibrahim dan Ismail, Maryam al-Muqaddasah dan Isa bin Maryam, perjuangan Ashabul Kahfi, berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W dan generasi penting pembawa Islam menghampiri tamadun Barat iaitu Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fateh serta rumusan bahawa sejarah itu sifatnya akan berulang. Filem adaptasi ini tidak akan bersifat begitu ilmiah, memadai dengan paparan senario dan gambaran semacam real bagaimana setiap zaman para anbiya itu berlaku peristiwa-peristiwa besar menggoncang dunia dan memenangkan Islam di akhirnya.


Saya masih ingat kata-kata tulisan Dr Jamnul Azhar tentang Sains dan Islam, beliau menyatakan jika tidak kerana fitnah yang berlaku pada zaman Usman bin Affan menjadi Khalifah dan perang Siffin antara Saidina Ali dan Muawiyyah, nescaya bukan dua pertiga, tetapi seluruh dunia akan mampu diiislamkan.

Bersempena dengan semarak Isra dan Mikraj ini, antara ruh dan ibrah besar boleh diperolehi secara teknikal dan taktikalnya adalah bagaimana pendekatan Allah 'menghiburkan' hati Nabi yang duka setelah jasadnya dan dakwahnya dihalau oleh penduduk Taif dan Makkah. Allah 'menayangkan' kepada baginda akibat-akibat baik dan buruk yang akan kelak berlaku di hari Qiamat, di samping baginda melihat secara 'live' keseluruhan para anbiya mahu berimamkan Nabi di Masjidil Aqsa sebelum naik ke langit dan akhirnya ke Sidratul Muntaha.

Hari ini 20 Julai 2009, dunia meraikan kejayaan Neil Armsrong menembusi langit dan mendaratkan kakinya buat pertama kali di bulan. Namun berapa yang mengetahui hakikatnya itu semua hanyalah siri-siri penipuan Illuminati di Amerika Syarikat.




Hari ini dalam sejarah. Saya dan isteri, kedua-duanya serentak diuji untuk menyampaikan idealisme perjuangan masing-masing kepada dua coverage besar, satu di RTM TV1 dalam rancangan Respons yang ke udara setiap Jumaat jam 6 pagi.
Mengupas tajuk "Apabila Remaja Hilang Kasih Sayang"

Mengupas tajuk "Remaja Impian dari Jendela Sirah"

Manakala isteri saya pula ditemuramah oleh Majalah Muslimah bagi mendapatkan pandangan beliau arahtuju kepimpinan wanita muda.

Walaupun letih membaluti kujur badan kami, namun isteri saya tidak pernah mengenal erti perjuangan mencari populariti. Malam ini pula beliau menghadiri brainstorming SIGMA untuk meletupkan isu re-born of new Bohsia.

Teruskan perjuangan isteriku.

Menarik pula perbincangan maya saya dengan Abu Nabil walaupun sekadar singgah-menyinggah di shoutbox. Saya bersetuju 100 % dengan beliau, beliau mencetuskan sesuatu yang menyebabkan saya berfikir seketika, bahawasanya kita perlukan sebuah NGO dakwah remaja yang tidak berorientasikan profit-oriented, tetapi ikhlas untuk memulih aqidah perjuangan dan didikan (tarbiyah) yang selama ini mereka terima. Mereka yang benar-benar ikhlas menjadi aktivis dakwah yang mendekati anak muda yang 1001 karenah ragamnya, lebih mementingkan soal kembalinya hati jiwa mereka kepada rasa bertuhan dan beragama sebelum meminta mereka menyertai kumpulan atau parti atau "jersi pasukan" mana yang kita wakili.

Saya mula berfikir secara kritis, mengapa sampai ke hari ini "dream" NGO itu belum wujud dan muncul ?

Terus terang saya nyatakan bahawa walaupun I.P Minda hanyalah salah satu konsultan picisan dari ratusan konsultan yang ada di Malaysia (mungkin hanya belasan sahaja yang Islamik namanya, pengisiannya), "untapped market" yang masih menanti di luar sana yang tak kami dekati TERLALU TERLALU TERLALU ramai lagi.

Siapa yang boleh menyelamat adik-adik ini setelah sistem pendidikan negara tidak memanusiakan ibubapa mereka manakala media televisyen dengan berhala baru Realiti TV terus meratah ganas aqidah anak-anak muda hari ini ? Terbaru, filem "Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam" selepas kontroversi filem pondan "Anu Dalam Botol", kalau dah tahu jangan pilih, kenapa dipaparkan juga pada anak-anak muda atas alasan "inilah realiti". Kenapa tidak dipaparkan KESAN memilih jalan hitam tersebut, atau apakah PENYELESAIAN bagi mengelakkan memilih jalan hitam tersebut. Inilah KUALITI filem Malaysia, menyedihkan !

"Sudilah berikan kepada kami hati-hati anda untuk kami sucikan.", saya dan Ustaz Azlan di SM Teknik Selangor

Lihat slide berikut bagi menggambarkan keparahan terkini remaja.


Bukan lagi di sekolah biasa, tetapi sudah menerobos masuk sekolah agama dan pondok sekalipun sekalipun !



Syabas kepada akhbar Metro, kerana terus konsisten memapar, mendedahkan gejala sosial mahadahsyat menimpa akhir zaman di Malaysia ini. Berbanding akhbar utama yang lain, sama ada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang yang tidak habis-habis dengan politiking tanpa sedikitpun memberikan ruang kepada meletupkan isu ini di akhbar masing-masing.

Pertama kali saya melihat isteri saya pulang dari tempat kerja hari ini dalam keadaan gementar, Tahukah anda kenapa ? Suami mana yang tidak risau jika isteri sendiri sudah gementar untuk pergi dan pulang dari tempat kerja. Hari ini, isteri saya membaca akhbar Metro. Beliau menyatakan, inilah harian Metro paling 'klimaks' laporannnya. Metro hari ini memaparkan kes ragut membabitkan seorang ibu yang mati selepas 36 jam koma terhempas ke jalan raya, kes rogol budak perempuan 5 tahun (tak masuk akal), kes pelajar seorang perempuan dirogol oleh 3 kawan sekolahnya di rumah rakan lelakinya itu dalam keadaan keluarga lelaki tersebut ada di rumah, tetapi mereka tidak membuat apapun. Juga kes budak lelaki dicabul oleh lelaki sendiri !!! Dalam Metro hari ini juga, polis menyatakan gejala rempit meningkat berkali ganda selepas beberapa tayangan filem seperti Rempit, Impak Maksima dan sebagainya. Dalam Metro sebelum ini pernah dilaporkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah agama, bertudung litup, dirogol di Kuala Lumpur dan kemudiannya melahirkan anak di tandas asrama, kemudian dibuang bayi tersebut di tempat pembuangan sampah.

Ya Allah, apa sudah jadi pada Malaysia ?

Anggota polis memeriksa mayat Saripah Mohd. Noor yang dirempuh kereta selepas dia diragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu semalam.
(Utusan Malaysia, 6 Mei 2009)


Secebis Mutiara 'Rawatan Jiwa' di Sebuah Sekolah

Kami cukup gembira apabila dengan izin Allah, beberapa pelajar yang awalnya disebut sebagai "hardcore" di sebuah sekolah di Sungai Buloh berjaya kami pulihkan semula - dengan izin Allah jua - rasa bertuhan mereka dan kecintaan mereka kepada ibu ayah mereka. Kajian kami kepada kelemahan-kelemahan sesetengah pendekatan program motivasi menyebabkan kami mendapat sentuhan tersendiri untuk membaca fikiran mad'u yang terlalu jauh dari Tuhan dan rasa kasihsayang ibubapa mereka ini, lantas mengizinkan kami melakukan proses شق الصدر atau "pembelahan dada" (pensucian hati dan jiwa) sehingga yang adik yang paling bermasalah, yang paling berpengaruh dalam program menjadi adik yang paling berubah dan mempengaruhi peserta lain untuk berubah.

Bukan setakat itu, sehingga mikrofon dirampas olehnya selepas tamat Majlis Penutup bukan untuk membelasah fasilitator, tetapi untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ustaz Azlan dan kami semua serta warden-warden mereka sendiri di atas hidayah kesedaran yang diperolehinya, sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

Isteri saya dan saudari Fasihah,
Pengerusi HELWANI PMIUM 2009
yang turut menjadi fasilitator
Mahasiswa perlu "attach" dengan program
turun padang seperti ini untuk merasai sendiri
realiti remaja hari ini.

Demikianlah besarnya impak apabila dakwah ini berjaya mencuri hati mereka yang paling berpengaruh di sekolah, sama ada pengaruh baik mahupun buruk. خياركم في الجاهلية خياركم في الاسلام itulah pegangan dan doa kami, dan itulah pendekatan "teropong" kami dalam program.

Model ihsan dari Saifulislam Training & Consultation

Kami dilatih sebagai fasilitator yang tidak melihat adik-adik bermasalah sebagai "peserta kelas B, lupakan mereka", tetapi kami diajar untuk melihat mereka sebagai "pelajar yang mesti kita berikan perhatian, kasih sayang, usapan, sebutan dalam doa dan pujian sepanjang program ini".

Saya bersama Yang Dipertua PIBG SM Teknik Selangor

Untuk menceritakan apakah keunikan pendekatan dan penegasan kami bahawa "fasilitator mesti berfungsi 70 % di luar dari kerangka LDK ", bukanlah tujuan saya menulis posting kali ini. Apa yang saya mahu nyatakan, walaupun kejayaan dakwah di sekolah tersebut menenangkan seketika hati saya dan memaknakan lagi hidup saya dengan memberi, namun demikian, apabila saya turun menawarkan pakej program kem motivasi Islamik ini dari sekolah ke sekolah di Selangor, tidak sedikit juga kaunselor dan Pengetua yang menolak.

Majoriti yang menolak kerana pertamanya mereka "fobia" dengan nama "konsultan", lantaran tidak sedikit yang masih ada karat "materialistik" melampau dalam menawarkan program kem motivasi, tidak berbaloi dengan testimoni atau nilai kesedaran maksima yang dirasai sendiri oleh peserta (mad'u). Inilah "pukulan" yang terpaksa saya terima di awal bicara setiap sekolah yang mempunyai "track record" kurang baik dengan segelintir konsultan sebelum ini. Saya yakin, banyak konsultan dakwah yang sebenarnya jujur dan mahu melakukan yang terbaik untuk generasi remaja yang bakal mencorak Malaysia 10 tahun lagi ini, namun apakan daya, hanya kerana "nyamuk seekor", para kaunselor kekadang membakar seluruh kelambu bernama "konsultan".

Kedua, aspek kos. Kekadang, guru kaunselor melihat kos terlalu mahal. Itu adalah situasi normal kerana mereka belum mampu melihat nilai hidayah itu yang lebih mahal, yang mampu sampai ke hati setiap pelajar - ketika hidup mereka sudah berbelas tahun tanpa petunjuk dari Tuhan dan bergelumang dengan maksiat. Walaupun kos itu mengambilkira aspek aplikasi teknologi maksimum untuk "visualization proccess" menyentak kesedaran dan kos "follow-up" 6 bulan selepas program yang jarang diambilkisah selepas sesuatu program itu tamat dan masing-masing mendapat keuntungan duniawi masing-masing, namun apa yang berlaku kepada mad'u yang "berubah mungkin kerana program" selepas 2-3 bulan program tidak tahu menahu. Namun apa yang menyedihkan, kekadang tidak ada persefahaman dan negosiasi antara pihak sekolah dan konsultan, sehingga sekiranya pihak sekolah semenangnya hanya mampu pada harga A, tak mampu lebih dari harga itu, maka terus diboikot sekolah tersebut, tidak meninggalkan mereka dengan tawaran lain (plan B) yang bersifat percuma dan "khidmat masyarakat", atau sekurangnya-kurangnya meninggalkan mereka dengan senyuman di luaran, "rasa bersalah" di hati kerana tidak dapat membantu. Inilah masalah apabila konsultan menjadi salah satu agen "MLM", pakej dakwah sama tahap pula dengan produk kesihatan.

Kekangan kos ? Saya mula berada dalam dilema. Saya mula berfikir agar suatu ketika nanti mampu saya wujudkan sebuah Konsultan atau NGO seperti Teras dan sebagainya. Yang mana "the dream NGO" benar-benar menawarkan program-program motivasi membentuk kebersihan hati dan cintai Islam yang sangat berkualiti tinggi, modulnya mampu menyentak jiwa dan menyuntik kesedaran, sasarannya adalah ratusan ribu remaja bermasalah. Impian saya, mungkin sebuah studio dan pawagam Islam dapat dibina bagi menggambarkan teknologi moden yang diperlukan bagi menyaingi teknologi Hollywood dan Bollywood yang telah menyesatkan mad'u, namun ia diberikan dengan percuma.

Mampukah saya ? Saya pernah berceloteh dilema ini dalam penulisan saya sebelum ini bertajuk "Misi Menyelamat 1345 Buah Sekolah".

Sesungguhnya tidak mustahil untuk melahirkan NGO mahupun Konsultan yang begitu hebat bukan sekadar impaknya, tetapi kejujuran, keikhlasan murabbi penggeraknya melakukan "gerakan penyelamat" tersebut persis seperti dilakukan Imam Hassan al-Banna sehinggalah mereka berenam berbaiah dengan airmata menubuhkan Ikhwanul Muslimin. Namun beberapa syarat penting perlu kita sediakan mengambil kira ini sebuah projek peradaban yang besar pada zaman teknologi maklumat ini :

1) Keupayaan dana yang kukuh dan luarbiasa.

Faktor ekonomi ini sangat penting supaya profit-minded tidak ada lagi kalangan penggerak mahupun murabbi. Yang menjadi visi hanyalah pencerahan hati dan minda mad'u. Itu sahaja. Soal kos "upah" tenaga fasilitator dan "penghargaan" di atas kerja kuat mereka dan pembuat modul tidak akan menjadi masalah sedikitpun apabila "the dream consultant" ini telah mempunyai sumber atau tapak kewangan yang kukuh dan konsisten dari sumber lain atau pihak lain seperti kerajaan negeri atau kerajaan pusat sendiri (apabila Pas dan Pakatan Rakyat menang di peringkat Pusat suatu ketika nanti). Jika tidak ada sumber ini, bermakna saya sendiri perlu membina rangkaian dengan bussinessman serata negeri ataupun akhirnya, kekuatan ekonomi saya sendiri (saya menjadi bussinessman).

Pengalaman saya, sukar untuk meraih komitmen sepenuh hati dan menjinakkan hati para penggerak dakwah - khususnya golongan daie mahasiswa yang belum bekerja - untuk memberikan yang TERBAIK (banteras sindrom ala kadar) dari kepakaran dan tenaga mereka kepada mad'u andaikata aspek motivasi dan appreciation berbentuk sedikit ganjaran duniawi tidak diberikan di samping keikhlasan dan kejujuran penglibatan mereka.

2) Promosi modul berkualiti

Saya berpengalaman sendiri berhadapan dengan seorang adik muslimat yang masih gemar untuk hadir ke program kem kami, bahkan kali keempat dalam tahun yang sama. Bahkan kali keempat ini, dia datang membawa gerombolan kawan-kawan sekolahnya.

Bila saya tanya "Kenapa adik datang kali keempat, tak bosankah adik?", maka dijawabnya "saya beroleh ketenangan dalam program seperti ini. Ketenangan jiwa ini saya mahu kawan-kawan saya rasa sama. Sebab itu saya bawa mereka semua kali ini.". Bayangkan, apabila seorang adik yang meRASAi sendiri keindahan Islam, hebatnya Allah dan ketenangan sebenar jiwa apabila melalui kem seperti ini, dia sendiri sebenarnya secara automatik telah menjadi daie, tanpa sepatah pun perkataan wajib berdakwah saya sebutkan kepada beliau. Demikianlah besarnya impak pendakwah yang berdakwah dengan "matahati" mereka sendiri.

Impak yang kuat sangat penting untuk mencorak gelombang 1345 buah sekolah seluruh Malaysia mencari "the dream konsultan" yang "percuma" ini. Impak ini kekadang tidak datang dengan hanya sekadar kehebatan strategic marketing plan ala MLM tersebut, tetapi mesti bermula dari hati yang benar-benar bersih dan menganggap mad'u adik-adik "bermasalah" adalah seperti adik kandung kita sendiri.

Sesungguhnya "the dream consultant" itu boleh jadi menjadi "spirit" yang wujud dalam setiap lajnah Dakwah Pemuda PAS di setiap kawasan dan negeri masing-masing andaikata usaha serius dihalakan kepada rebranding (penjenamaan semula istilah-istilah) program, refreshing (nafas baru) pendekatan, dan re-prioritizing pengisian (apa "topik pertama" untuk menambat hati mad'u) dibuat dengan sangat serius. Persiapan ini mestilah dilakukan segera supaya pengisian dakwah remaja dan anak muda jika ALlah memberikan kemenangan kepada PAS dan PR kelak mampu dilakukan dengan sangat mengesankan, seperti PKS di Indonesia.

Penentangan Sistem Yang Mesti Diteruskan
Parti BN yang memerintah kerajaan hari ini mesti ditumbangkan. 50 tahun kewujudan, apa hasilnya pada penambahbaikan insititusi kekeluargaan jika kadar perceraian makin meningkat dahsyat sehingga ke angka 70 ribu kes pada tahun 2008. 50 tahun kewujudan, program hiburan dan syaitan hedonisme makin mengganas di Astro dan televisyen.

Sebab itu saya asimilasikan pula intima' saya dengan gerakan Islam GAMIS. Walaupun masa terus mencemburui seakan 24 jam tidak cukup bagi saya, namun kerana beriman kepada fikrah "tiada guna menjadi penyelamat kepada mangsa-mangsa kepada sebuah sistem pendidikan yang sekular dan korup, lebih baik menumpu kepada merobohkan sistem pemangsa dan menjatuhkan policy-maker sekular tersebut".
Pengalaman 2 tahun dalam Gamis
takkan mampu dilupakan buat selamanya


Kalau tidak, sampai Kiamatpun, saya dan konsultan mana sekalipun akan menyelesaikan "the presented problems" iaitu adik-adik yang menjadi mangsa, bukannya "the real problems" yang memunca segala macam kemungkaran sosial pada hari ini.

Kemudian, saya berfikir seketika, mudahkan menjatuhkan kerajaan sekarang, apatah lagi Najib Razak sebagai PM ? Mudahkan pengisian dan pengislaman "kementerian pelajaran" dan "kementerian pendidikan" yang akan dilakukan oleh PAS jika Pakatan Rakyat menang di Putrajaya ?

Justeru, ayuh perkasakan gerakan Islam PAS dari sudut gerakan dakwahnya, bukan setakat gerakan politiknya semata. Kelemahan gerakan dan pendekatan dakwah mesti kita tampung bersama menuju sebuah peradaban kemanusiaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang lebih sayangkan agama masing-masing, bahkan non-Muslim sendiri mampu melihat keagungan dan keindahan Islam sebagai the best way of life dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai the best leader on the world.

Sesungguhnya saya dan I.P Minda hanyalah suatu persinggahan. Jika ditanya kepada saya, apakah halatuju perjuangan saya selepas ini ? Maka saya nyatakan selepas tanggungjawab dakwah saya dalam Baitul Muslim saya (dalam erti kata membawa isteri saya, Nurul dan insya-Allah anak-anak saya nanti berjaya bersama saya seperti kata Ustaz Hasrizal dalam "Bercinta Sampai Ke Syurga", kemudian keluarga saya dan adik-adik beradik saya semuanya berada dalam perjuangan Islam atau sekurang-kurangnya kecintaan kepada Islam), maka saya akan menyelesaikan amanah ilmu saya di Master dan PhD, sambil rentak perjuangan dakwah dan siasah Islam ini kembali berpencak bukan lagi melalui platform Gamis (kerana saya akan meninggalkannya tidak lama lagi), tetapi dalam pentas perjuangan Parti Islam itu sendiri, dalam sudut-sudut strategik yang mampu memaksimakan potensi sumbangan saya paling besar kepada gerakan Islam "king-maker" politik Malaysia ini. Mungkin sudut strategik itu bernama intima' sepenuh masa (murabithun) atau mungkin juga sudut strategik itu juga NGO dakwah seperti yang menjadi "dream" tadi.

Saya dan isteri menemani Pak Cik saya, Ustaz Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam satu majlis.

Yang penting, I.P Minda adalah persinggahan sementara saya sahaja, saya berada di sini bukan kerana nak makan gaji atau sekadar kerja ala kadar sahaja (sindrom "nak wat macamana, ini je rezeqi aku"), tetapi saya mahu serapkan rasa bersalah semaksimum mungkin dalam diri saya, rasa bersalah yang amat sangat apabila gagal menjadi asbab hidayah turun kepada mad'u dari Allah, rasa bersalah yang amat sangat apabila masih ribuan sekolah belum diselamatkan, rasa bersalah dan rasa bersalah yang menyebabkan timbulnya protes mahadahsyat kepada sistem pendidikan dan media yang telah merosakkan remaja ini.

Saya mahukan "perasaan" itu datang sendiri dalam diri saya, bukan dari orang lain kepada saya. Saya mahu berbicara langsung dengan Allah dalam hal ini, bukan hanya sekadar menghafal dalil-dalil wajib berdakwah dan berjamaah semata-mata. Perasaan ini penting kerana saya "beriman" dengan kata-kata Bapak Nasir yang saya letakkan di tag blog saya sendiri bahawa :

“Tiada percetakan dalam kepimpinan. (Lantaran) Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah (formal institution atau campus) tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah (berada di medan), muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah (airmata mengiringi rasa hiba melihat mad'u yang tersingkir dari perhatian daie), menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”


"Ada segelintir pimpinan jamaah kampus yang mantap thaqafahnya dan petah berhujah, namun dikenali sebagai seorang yang sangat ego, tidak terbuka pandangan, dan tidak menjaga hubungan baik dengan AJK bawahannya. Itulah manusia bila IQ mantap namun EQ tidak dirawat dengan baik. " demikianlah celoteh saya pada ustaz Redha di hari kedua saya dan beliau mengikuti ESQ Basic Training (di Hotel Flamengo dengan kos seumur hidup RM 1,400).

"Aaah, saya tidak dilayan dengan baik oleh pimpinan atasan saya." (tuntutan emosi, EQ)

"Aaah, saya tidak diberikan ganjaran atau penghargaan sebaiknya oleh ketua saya." (tuntutan badan atau fizikal, PQ)

"Aaah, idea saya tidak diambil langsung untuk dipertimbang oleh ketua saya." (tuntutan minda atau mental, IQ)

"Aaah, kenapa saya perlu buat kerja ini, tiada makna pun buat saya." (tuntutan jiwa dan suara hati, SQ)

Saya cukup yakin, 4 jenis suara di atas pernah bergema dalam hati sanubari para aktivis jamaah kampus. Pemberontakan dari dalam kemudiannya terserlah sedikit demi sedikit sehinggalah jamaah hilang kekuatan komitmen ahli-ahlinya.

Apakah rawatannya ?

"Tiba masanya kita mencadangkan satu model tamrin yang boleh melahirkan penggerak jamaah kampus yang seimbang dan tinggi IQ (intelegen), EQ (emotional) dan SQ (spiritual) nya. Paling penting adalah SQ. Sehingga seorang ahli jamaah yang berada di ceruk kerja teknikal mana sekalipun dalam organisasi perjuangan Islam mereka, hatta menyusun kerusi di dewan kuliah atau sekadar membelikan air mineral dan kuih untuk penceramah, mereka melakukan bukan sekadar kerana "taat dan wala", bahkan mereka melakukan dengan penuh "keghairahan" dan "memberikan makna" yang tersendiri kepada diari harian kehidupan mereka.", saya mula brainstorm dengan Ustaz Redhauddin.

8 tahap psikologi bekerja dan impaknya pada organisasi.
Kerja kerana "terpaksa" takkan memberikan impak besar
pada gerakan.
(Tabiat ke 8, Stephen R. Covey)

Ustaz Redhauddin tampak mengiyakan sehingga beliau telah bertekad bersama saya untuk bersama merangka dan mengemukakan cadangan model kursus pembinaan jatidiri penggerak jamaah kampus dalam suatu kurikulum yang besar impak akhirnya, hasil "spirit of idea" dan penelitian kami berdua kepada sifat intelegen dan pemikiran tadabbur yang sangat tinggi yang ada pada Dr Ary Ginanjar pengasas formula 165 ESQ.

Bagi saya, antara punca ramai aktivis jamaah kampus gagal istiqomah dalam perjuangan Islam sebenar sama ada berparti atau tidak adalah kerana mereka tidak menemui "kebahagiaan" dan "kemanisan" dalam berjuang. Pendek kata, mereka tidak belajar atau tidak diajar pimpinan mereka untuk berbicara dengan Tuhan dalam hati mereka, sehingga mereka merasakan Tuhan terlalu jauh dari mereka dan mereka sanggup melakukan apa sahaja yang melukakan perjuangan itu sendiri.

"Bukan nama atau program ESQ yang kita mahu perjuangkan di Malaysia. Tetapi spirit pemikiran dan ijtihad mereka dalam mengemukakan konsep Ihsan (1), Iman (6) dan Islam (5) dalam bentuk yang sangat indah dan realistik dengan suasana era teknologi bermaklumat kini, itu yang kita akan perjuangkan. Implikasi kepada pembaharuan yang kita lakukan ini bukan sekadar mampu menambahkan jumlah peminat dan pencinta gerakan Islam di kampus dalam fasa taarif mereka, bahkan akan mampu membaiki sikap, cara berfikir, cara bertindak dan aqidah perjuangan mereka dengan Allah", bisik Ust Redha lagi kepada saya. Kami semakin jelas visi "Al-Fateh" di Malaysia kini.


Kuasa "niat yang ikhlas" mesti dimaknakan seratus peratus sehingga impak sesuatu gerak kerja perjuangan Islam sangat luarbiasa dan segala permasalahan komitmen ahli dalam aspek "pelaksanaan" dapat diberikan ubat mujarab.

"Kebanyakan organisasi (baca : JAMAAH) yang tenat telah membentuk satu keupayaan untuk menjadi BUTA kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka menDERITA bukan disebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mereka, tetapi kerana mereka tidak dapat MELIHAT MASALAH (sebenar) mereka." - John Gardner





Alhamdulillah, pada 14 Mac lepas, sesuatu yang sangat bersejarah berlaku kepada saya dan isteri. Suatu yang tak pernah saya secara peribadi duga akan berlaku namun itulah tanda cintanya Tuhan pada saya. Saya telah dijemput oleh Ketua Guru Penasihat BADAR Kolej Islam Sultan Alam Shah, sekolah kesayangan saya, tempat saya mengenal erti tarbiyah dan perjuangan, dari tahun 1998 sehingga ke 2001, akhirnya saya kembali bersama adik-adik kepimpinan KISAS dalam suatu kem kepimpinan yang dianjurkan secara rasmi oleh pihak kolej di Hulu Langat.

Hanya Allah jua yang tahu, betapa gembiranya hati ini diberikan kepercayaan oleh Ustazah Nik Hazifah dan Ustazah Zaidah untuk memberikan yang terbaik kepada adik-adik Exco BADAR dan Exco Lembaga Ketua Pelajar, berbekalkan sedikit pengalaman saya dan isteri memimpin kedua-dua organisasi badan induk yang kebiasaannya menghadapi 'conflict of interest' dalam memacu kecemerlangan pelajar KISAS.



Alhamdulillah, sepanjang slot lebih 2 jam tersebut, saya membuat perkongsian mengenai kepimpinan dan organisasi, dengan penekanan lebih kepada hasrat Ustazah Nik Hazifah supaya berlaku di akhir slot satu kejelasan bahawa Badar dan LKP mestilah bergerak bersama sebagai satu pasukan, bukannya membawa halatuju masing-masing tanpa suatu 'shared values' dan titik persamaan yang mewajibkan Badar dan LKP duduk bersama membincang dan memperkasa agenda yang memerlukan dukungan bersama tersebut.

Selepas membuat survey dengan memejam mata, menyedari ada adik-adik yang masih tidak yakin dan tidak bermotivasi untuk menjadi pimpinan pelajar, saya lantas menyebut kepada mereka pentingnya berfikiran positif bagi memastikan jawatan yang telah diterima ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kemanisan memberi makna, bukan kerana keterpaksaan. Saya menyebut kepada bagaimana Tuhan akan membantu diri manusia yang berfikiran positif dengan makhluk yang bernama air yang hampir 70 % berada dalam badan kita, yang akan membantu memberi kekuatan kepada kita apabila berfikiran positif. Saya juga ada menyebutkan tentang "the God Spot" dalam otak yang para saintis temui sehingga mengeluarkan teori yang lebih penting dari IQ dan EQ iaitu Spiritual Quotient (SQ) iaitu melihat sesuatu masalah atau cabaran baru dengan pandangan mata hati dan minda yang positif.

Otak kita seperti berada dalam keadaan sujud,
menandakan tiada sebab untuk bersangka buruk kepada Tuhan
dalam setiap ujian dan cabaran dihadapi dalam memimpin



Saya cukup terharu apabila di akhir slot adik-adik mengasak kami dengan pelbagai persoalan. Inilah petanda intelek dan makin inkuirinya pelajar KISAS kini. Mujurlah isteri saya dapat membantu saya menjawab satu persatu dengan tenang. Pengalaman adalah setajam-tajam pedoman untuk adik-adik jadikan asas bergerak. Saya juga menyebutkan tentang tidak ada sebab pimpinan pelajar KISAS seperti adik-adik untuk tidak menjadi individu nombor satu dalam kelas. Barulah dakwah kita dihormati bukan sekadar oleh [elajar ketika di musolla dan asrama, tetapi juga oleh guru-guru dan pentadbiran di sekolah. Saya terus menyebut nama-nama penting seperti Aminurasyid Yatiban dan lain-lain figure yang sangat dikagumi zaman mereka sehingga Ustazah Nik Hazifah sendiri membantu saya menerangkan kehebatan Ust Aminurrasyid di pentas akademik dan tarbiyah, Badar dan LKP sekaligus.

Saya akhiri dengan sedutan filem al-Fateh yang saya download dari Youtube Turki dan saya gabungkan dari beberapa filem membabitkan perang menggunakan kapal bagi menggambarkan lagi secara real bagaimana terhimpunnya penguasaan sunnatullah dan syariatullah pada pengurusan organisasi dan kepimpinan luar biasa Muhammad al-Fateh.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"