Content feed Comments Feed

Misi Menyelamat 1345 Buah Sekolah

Thursday, February 12, 2009


Dahulu, semasa di KISAS, saya pernah bercita-cita untuk membina hubungan tarbawi dengan semua sekolah SBP dan SMKA di Malaysia melalui Nadwah Kepimpinan SBP. Saya pernah berazam mahu bina kader-kader dakwah seramai mungkin sejak dari lubuk sekolah, kerana mad'u pada tahap ini sangat "segar", mudah diisi dengan fikrah perjuangan. Saya sudah perit dengan permasalahan gerakan Islam kampus yang hanya mampu mengaut 2 -5 % mahasiswa kampus sahaja untuk menyertai gerakan masing-masing. Di mana silapnya angka sekecil itu ?

Projek "Dasar Turun Sekolah" yang pernah diwar-warkan semasa saya memimpin Wufi UIAM dahulu hanya mampu tinggal retorik semata-mata. Benar, keutamaan pada gerak kerja kampus, bukannya di luar. Apapun, saya tetap merencana projek ini secara belakang tabir di sebalik rutin harian saya dahulu di kampus. Namun saya kerap berputus asa. Kerana saya tidak mampu terlepas dari 3 masalah besar untuk membina engagement dengan sekolah-sekolah sepenting SBP dan SMKA ini.

1) Masalah kewangan ; ini mempengaruhi bajet saya ke sana dan ke sini. Apatah lagi kekadang "staff" saya hilang semangat kerana terpaksa mengorbankan duit perbelanjaan masing-masing dan akhirnya mengundur diri dari projek ini kerana kekangan kewangan.

2) Masalah identiti : siapa saya untuk bertemu dengan adik-adik yang tidak saya kenali dan mereka tidak kenal saya ? jika benar mahu mengukuhkan tarbiyah di sekolah, perlu kepada naungan guru yang memahami fikrah perjuangan. Siapa saya untuk bertemu dengan guru penasihat badan dakwah atau para ustaz tadi ? Saya terjebak dalam krisis identiti kerana saya "illegal" dan boleh dituduh bawa gerakan bawah tanah jika silap rentak, memangsakan adik-adik yang tak berdosa.

3) Masalah modul : siapa yang berminat dengan "agenda" atau "manhaj" atau "modul" tarbiyah yang mahu saya perkenalkan di sekolah itu nanti ? sudah pastinya "manhaj" Ikhwani ini hanya mampu disertai oleh segelintir penggerak yang telah mempunyai kecenderungan untuk memilih perjuangan Islam. Selain itu yang dinamakan "the 95 % untapped market" tidakkan berminat dengan "manhaj" atau "modul" sekental ini. Sunnah perjuangan jamaah sekolah atau kampus memang telah mentestimonikan jumlah sekecil itu. Mampukah merobah Malaysia 20 tahun lagi jika hanya berpada dengan "manhaj" ekslusif itu untuk melihat Islam menang di Malaysia kelak ? Saya meronta-ronta memikir jalan penyelesaian ke akar umbi.

Erti Hidup Pada Memberi, Kini Baru Kurasai...

Kini, bekerja 3 bulan sebagai "duta penyelamat" (di tempat lain, mereka digelar sebagai "marketer" konsultan, saya tidak mahu berfikiran materiaslitik seperti itu), saya makin merasakan hebat tugasan turun dari sekolah ke sekolah. Terasa tugasan yang diberikan Nabi S.A.W kepada utusan-utusan baginda untuk berjumpa para pemimpin negara, kaum. Yang jauh, melalui surat.

Isteri saya terus setia membantu saya
mengepos lebih 1,000 surat "tawaran"
dan "manhaj tarbiyah" IPM

Dalam sehari, ada sahaja 4 buah sekolah akan saya turun, promosikan "manhaj tarbiyah" I.P Minda. Feedback sangat menarik kerana tidak ada yang menolak dengan kebengisan seperti apa yang berlaku pada sesetengah marketer MLM. Benarlah, bidang motivation ini benar-benar didahagai oleh banyak pihak kini, sementelahan dengan beberapa konsultan dakwah yang saya kira mempunyai keunikan pendekatan yang tersendiri untuk kami saingi, tidak dilupakan juga kelemahan dan kesilapan segelintir mereka sehingga sekolah menjadi fobia pada pandangan awal (first impression)nya untuk menerima kunjungan konsultan.

"Berdakwah bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU,
agar bergerak menuju MAMPU.
Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan,
tetapi keupayaan untuk membuka jalan." - Ustaz Hasrizal, My Sifu

Saya benar-benar berolah kekuatan dalam agenda dakwah I.P Minda kali ini berbanding cerita saya di awal tadi sebelum saya bersama I.P Minda. Kerana :

1. Kekuatan kewangan - duit bukan segalanya, tetapi segalanya (termasuk agenda merancakkan dakwah di sekolah) bermula dengan duit. Inilah faktor saya "down" dalam visi yang sama saya nekad untuk menyelamatkan generasi alam sekolah sebelum ini. Kini, kerja dakwah saya "bergaji" mudah-mudahan mampu memberikan semangat yang lebih konsisten untuk memudahkan perjalanan memasarkan "manhaj tarbiyah" yang mudah-mudahan menjadi "rawatan" kepada segala masalah bejat sosial-juvana di sekolah.

Dunia ini ibarat duri yang perlu direntasi
dengan penuh hati-hati adik-adik.
(Gambar kenangan di SMK Raja Ali)


2. Kekuatan identiti - kini saya turun dengan "nama" sebuah konsultan yang telah sedia wujud 4-5 tahun, bukannya "setahun jagung" yang merangkak mencari rentak, bahkan telah pun dikenali di hampir semua sekolah di Selangor. Kini, tiada siapa mampu menghalang saya jika saya mahu ke sekolah seperti KISAS, sekolah kesayangan saya yang dahulu saya cukup tidak disenangi jika mahu ke sana kerana saya disyaki membawa agenda yang tidak direstui "parti pemerintah".


3. Kekuatan modul - "manhaj tarbiyah" I.P Minda bersifat "pre-taarif", bukannya taarif-takwin-tanfiz sebagaimana yang saya hadhamkan sebelum ini. "Manhaj" ini terbukti boleh disertai, diminati oleh bukan sekadar 5 % peminat gerakan Islam, tetapi juga 95 % yang sebaliknya, khususnya yang bermazhab hedonisme dan masalah sosial. Selagi bernama "insan" yang mempunyai "hati", kepada merekalah modul manhaj ini disasarkan. Justeru, berbanding manhaj tarbiyah sebelumnya, saya kini lebih yakin dan lebih gembira kerana dakwah saya lebih melata dan merumput pada seramai mungkin remaja, bukan lagi ekslusif pada yang berkopiah putih dan bertudung labuh.



Penutup
Kini, kekuatan saya itu akan saya bantu sahabat setia saya Ustaz Dzul Khairi, Presiden GAMIS dan rakan-rakan seangkatan. Saya akan cuba memikirkan pendekatan terbaik untuk "tamrin umumi" (Mukhayyam al-Fateh) yang akan diadakan tidak lama lagi, terbuka pada semua mahasiswa pro-PMI. Saya diminta untuk memikirkan modul-modul team building (ukhuwwah). Harapan saya, program "Menjejak al-Fateh" ini kelak bukan sekadar mampu mencetuskan "pemikiran" GAMIS di mana-mana ceruk kampus dan posisi politik sekalipun, tetapi mungkin ini juga model baru "tamrin" kampus atau testimoni sebuah eksperimen tarbawi ke arah menuju matlamat yang sama, melahirkan pejuang-pejuang Islam di kampus, dan membantu gerakan PMI itu sendiri. Moga inilah "model" yang akan menjawap masalah (sindrom@realiti) "ahli jamaah kampus hanya 2 %" dari jumlah mahasiswa kampus.

1 Response to Misi Menyelamat 1345 Buah Sekolah

  1. Anonymous Says:
  2. Assalamualaikum wbt.
    Apakah maksud program mukhayyam umumi?-adakah mensasarkan semua warga kampus? atau hanya terhad bagi kepimpinan muslimat gerakan islam?
    ataupun lebih bersifat terbuka dan umum,dengan menjurus kepada penglibatan sasaran muslimat??

    -mohon pencerahan.jazakallah.

    hanekaseyo@yahoo.com
    junior ki minal yaaban.

    juga menanti rahsia kupasan ESQ.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"