Content feed Comments Feed


Dunia gerakan mahasiswa semakin hampir untuk mengalami proses transisi. Mungkin ada yang sebelum pilihanraya kampus, mungkin ada yang selepas, yang pasti saat itu semakin hampir. Sama ada GAMIS mahupun PMI di kampus-kampus, masing-masing akan melalui suatu proses muhasabah prestasi organisasi dalam sidang mega yang bernama "Muktamar" masing-masing.


Pelbagai versi Muktamar telah saya ikuti dan lalui. Kesemuanya mengikut 'keunikan' dan 'kreativiti' PMI masing-masing.

Apa yang pasti, 'end results' atau persoalan sejauhmana terarah atau tersasarnya organisasi dari visi dan misi yang direncanakan di awal sesi kepimpinan akan dijadikan sasaran utama maudhu' muktamar.


Persoalan besar yang mungkin saya mahu lontarkan sebagai renungan bersama, sejauhmana organisasi melakukan 'respon' yang tepat pada setiap 'challenge' yang berlaku di hadapan organisasi.

Sejauhmana orientasi gerakan dalam mencapai aspirasi dan gagasan utama perjuangan walaupun terpaksa melayan, meniti dan berhadapan dengan pelbagai 'karenah' dan 'kemuncup' di sepanjang jalan ?

Adakah cabaran luar jangka yang lebih banyak berlaku telah menyebabkan orientasi perubahan dan style pengurusan gerakan lebih berdasarkan 'keadaan semasa' atau gerakan mampu kekal dengan prinsip 'menuju visi' tersebut ?


Pendek kata, organisasi kita mengurus berdasarkan 'clock management' (rutin harian dan melayan apa sahaja cabaran yang ada walaupun terpaksa 'tenggelam' dalam cabaran dan masalah tersebut, tidak diselesaikan) atau 'compass management' (tegar dengan visi dan 'dream' organisasi, cabaran diselesaikan segera dan gerakan tidak 'ditenggelamkan' dengan pelbagai masalah dalaman atau luaran) ?

Persoalan inilah yang akan menentukan Muktamar akan lebih banyak membincangkan "isu" atau "agenda".

Persoalan ini jugalah akan menentukan upaya Muktamirin membezakan antara "the real problems" (root causes) dengan "the presented problems" (picisan, terbitan dari masalah akar tadi).


Di sinilah saya melihat saranan formula "90 / 10" Stephen R. Covey wajar dijadikan bahan bantu pengurusan berlandaskan objektif.

Keseriusan gerakan menuju objektif walau apa jua cabaran adalah sunnah perjuangan yang dapat dilihat berlaku pada spirit Hijrah Rasulullah, Muhammad al-Fateh dan seumpama dengannya. Walaupun 53 hari kepungan ke atas Konstantinople menatijahkan kegagalan demi kegagalan di pihak tentera Islam, peranan Syekh Syamsuddin dan bisikan ayahnya "andalah al-Fateh" yang terngiang-ngiang di telinga Muhammad al-Fateh sejak kecil menyebabkan beliau tidak putus-putus memotivasikan tenteranya bahawa objektif, visi dan misi pembebasan Konstantinople pasti dan pasti akan berlaku walau apa jua cabaran.

Sepintas Lalu Formula "90/10", anda mesti membacanya. Insya-Allah, sedikit masa lagi saya akan berikan contoh praktikal dalam dunia organisasi gerakan mahasiswa Islam sendiri.

Klik di www.aktivisosial.blogspot.com


0 Responses to "90/10" Mampu Selamatkan Organisasi Sampai Ke Destinasi

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"