Content feed Comments Feed

5 Langkah Jika SIGMA Mahu Menggugat

Saturday, June 13, 2009

“What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage

"Pada pandangan saya, asas masalah (gerakan muslimat) adalah tidak menguasai 3 M iaitu MEMBACA, Memimpin dan Multi Skill. Kenapa mereka tidak boleh bersuara ? Puncanya kerana KEKERINGAN IDEA kerana tidak membaca. Jika banyak membaca tetapi tiada kemahiran memimpin, maka mereka menjadi malu dan tidak berani tampil mengutarakan ilmu yang mereka ada." - Nurul Syuhada Haji Shuib, Timbalan Presiden Kelab Ma'ruf UIAM, Majalah Muslimah Jun 2009


Dalam interview ruangan Generasiku dalam Majalah Muslimah bulan ini, isteri saya telah cuba mendefinisikan "root cause" permasalahan ketandusan wibawa, karisma, "aura" dan krisis kepimpinan berpengaruh muslimat, adalah semuanya bermula dari apa yang disebut sebagai pembudayaan budaya Iqra yang hampir lumpuh dalam diri the silent majority di kampus ini.

Bagaimana nak bentuk budaya Iqra atau "intellectual capital" muslimat ini ?

Ada satu cerita...

Untuk kebangkitan Muslimat, muslimat mestilah banyakkan membaca!“ , tiba-tiba sapa si anak usrah kepada naqibahnya : “Baca buku yang macamana ye kak ? Tak kisah buku apapun ye. Novel pun kira boleh lah kan. Saya suka sangat baca novel" Tersipu-sipu naqibah itu memikirkan jawapan untuk menyanggah pandangan anak usrahnya.

Untuk kebangkitan muslimat, muslimat mesti berani ke hadapan." Seorang lagi anak usrahnya bertanya : “Bila dah ke hadapan, nak cakap apa kak ? Cakap je kan apa-apa, yang penting kita muslimat mesti terus bersuara kan ? ”. Naqibah tersebut mengangguk-angguk membenarkan.

"Untuk kebangkitan muslimat, muslimat mesti tingkatkan thaqafah!". Maka giliran saya pula bertanya kepada naqibah itu, “Thaqafah yang macamana ye ? Thaqafah itu apa sebenarnya?


Dialog di atas, saya sekadar cuba menggambarkan bahawa muslimat sememangnya telah lama sedar kelemahan mereka di mana dan apakah "tipping point" yang selama ini mereka cari untuk bangkit.

Namun soalnya, sejauhmana kesedaran yang wujud untuk bangkit, bangkit dan bangkit (sehingga perkataan "muslimat" sentiasa sinonim dengan "kebangkitan muslimat") dipandu dengan rawatan yang "mikro" sifatnya (jelas sejelas-jelasnya A-Z kaedah, teknik dan taktik rawatan), berkesan dan solusi yang mujarab untuk meningkatkan wibawa kepemimpinan muslimat ? Cukupkah dengan kenyataan "muslimat perlu berubah dan berubah" tanpa menghuraikan secara konkrit dan "mikro" aspek perubahan apa yang perlu dilakukan.

Beberapa senario :

1. Sukarnya melihat kenyataan akhbar dari aktivis muslimat kampus - sekurang-kurangnya dalam Siasah yang mudah ditembusi mahasiswa namun malang banyak kenyataan-kenyataan dalam kolum mahasiswa hanya mengampu PR atau hujah tidak jauh beza dengan hujah parti politik dan media massa - adalah kerana tahap kecaknaan isu semasa dan sindrom keghairahan menterjemah pandangan dalam bentuk penulisan ideal yang luntur pada muslimat.

Ini ditambah lagi dengan kegagalan mendisiplin diri dari sudut pembacaan isu-isu semasa negara dan khususnya gerakan Islam setiap hari sama ada melalui akhbar arus perdana (tahap masyarakat marhain), atau ke peringkat sederhana iaitu melayari blog-blog politikus di Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau pimpinan gerakan Islam, atau tahap yang lebih tinggi lagi iaitu menjadikan buku-buku pemikiran tokoh-tokoh reformis dunia seperti attitude pembacaan YB Salahudin Ayub sebagaimana didedahkan oleh beliau dalam ucapan wada'nya sebagai Ketua Pemuda PAS baru-baru ini ketika menjawab rahsia kekuatan beliau dalam legasi "engagement".

Atau melazimi perpustakaan, ataupun mengibuayahkan para pensyarah sebagai rujukan mencapai "jawapan" kepada setiap permasalahan ummah secara "the big picture", bukannya "separated unsolved puzzles" seperti pembacaan masyarakat marhain.

Malang sekiranya banyak blog-blog muslimat hanya bercakap soal dunia yang kecil, sekitar pengalaman peribadi yang tidak berkait dengan perjuangan, sarat dengan diari kenangan penuh luahan perasaan di sana sini. Lebih malang lagi, buat blog dan update sebulan sekali atau blog yang aksi updatenya bersifat copy & paste !

Benarkan saya memberikan tribute kepada tinta-andikaputeri.blogspot kerana blog ini adalah salah satu blog ahli usrah zawjah saya yang banyak bercakap soal pemikiran, peradaban, kupasan buku berat yang semestinya akan menjadi pedoman atau membantu para pembaca memikirkan penyelesaian permasalahan ummah dan negara pada saat ini dengan lebih berkesan. Mungkin inilah pesaing baru sahabat saya Rausyanfikir :)


2. Sukarnya melihat sesuatu memorandum, referendum atau kenyataan akhbar yang didraf sendiri oleh group muslimat, atau lebih dahsyat lagi dibacakan sendiri oleh pimpinan muslimat, bukan muslimin di hadapan media yang hadir. Pendek kata, muslimat sendiri beraksi mencipta aksi media yang mampu menaikkan nama gerakan muslimat.

Ini adalah kerana mentaliti muslimat yang tidak mahu mencabar diri sendiri untuk berani melakukannya dan belajar dari kesilapan.

Lebih malang lagi, sindrom lebih malu dan mengalah dengan dunia muslimin (menswastakan kerja-kerja siasah dan respon isu kepada "orang lelaki", muslimat tidak mahu "diarusperdanakan"), lupa kepada malu yang lebih besar iaitu kepada figura-figura Sisters in Islam yang hanya beberapa kerat wanita tetapi outspoken dan sarat dengan kajian kes, hampir setiap hari ada sahaja kenyataannya dikeluarkan di celahan sempit media, majalah mahupun Youtube.

Sebab itu saya tidak berasa pelik usul mendesak Majlis Fatwa mengharamkan SIS rupanya bukan datang dari Muktamar Dewan Muslimat PAS, dan tidak kelihatan pula kenyataan akhbar mana-mana pimpinan muslimat PMI kampus yang lantang mengkritik usul Muktamar PAS Pusat dari Kawasan Shah Alam itu melainkan pimpinan muslimin jua yang kelihatan terus ghairah membuat kritikan tajam pada PAS dalam isu gerakan SIS yang bukan dari gender mereka ini.

3. Sukarnya melihat pimpinan muslimat menjadi jurucakap demontrasi atau piket jalanan kerana latihan public speaking yang diremehkan dari menjadi latihan dhoruriyy kepada muslimat dalam setiap kali pertemuan usrah, tamrin-tamrin dan mukhayyam-mukhayyam "ukhuwwah" mereka.

Jika ada sekalipun latihan pengucapan awam ini, ia hanya diadakan di khalayak muslimat sahaja.

Atau ia hanya latihan bercakap sahaja seperti membaca skrip berita, tanpa belajar untuk meneliti kualiti atos (isi dan kualiti hujah, teknik susunan perkataan dan menarik perhatian crowd), patos (tahu menggayakan nada pengucapan antara informatif dan persuasif) dan logos (memek muka, senyuman, gerakan badan dan tangan, pemakaian dan sebagainya) sebuah public speaking berpengaruh.

4. Sukarnya melihat muslimat memegang buku-buku pemikiran berat dan jarang disentuh kerana di luar dari kerangka biasa masadir tarbiyah Ikhwani di kampus. Alasannya "haramlah pemikiran Barat", "jangan dekati penulis jamaah lain, bahaya", "buku Indonesia tak sama dengan waqi' Malaysia" dan sebagainya yang mencerminkan ketertutupan pemikiran, salahfaham mafhum "tajarrud" dan tandusnya sikap objektifisme demi mencari hikmah kebenaran yang hilang dari orang mukmin. Persis seperti hujah jumud golongan pondok Pesantren dalam filem Indonesia "Perempuan Bertudung Serban" ketika berdepan dengan Anyssa yang banyak mempersoal kenapa muslimat tidak diberikan ruang kepimpinan dan kebenaran belajar universiti.

Saya tertarik dengan saranan Rausyanfikir apabila mengusulkan Pemuda PAS membaca karya Niccolo Machiavelli, 'The Prince', sebuah buku yang memberikan pemerhatian yang tepat berkenaan pertalian antara manusia dan kuasa yang dimilikinya. Walaupun wujud persepsi inilah buku "berbahaya" membenihkan para diktator dan kezaliman pemerintahan baik dari Barat atau Timur, namun mengenal akar umbi dan benih-benih Machiavellism itu, Rausyanfikir melihat bibit-bibit itu semakin subur dalam setiap parti politik yang wujud dalam negara ini termasuk PAS. Jahiliyyah takkan mampu ditentang selagi ia sendiri tidak dikenali, bahkan manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang dijahilkan.


5) Sukar untuk saya melihat muslimat membentang kertas-kertas kerja ilmiah atau sekurang-kurangnya kuliah dasar dalam program-program gerakan Islam kampus (selain dari tajuk "ukhuwwah"). Atau sukar untuk saya menyaksikan idea-idea "pelik" dan bernas muslimat dalam sesi-sesi brainstorming berat atau muslimat tampil berceramah mengupas sesuatu buku baru diterbitkan. Pendek kata, bila ada sahaja tajuk-tajuk perbincangan yang mencabar minda dan memakan masa serta kerahan pemikiran yang berat, muslimat lebih cenderung untuk mengelakkannya. Kenapa ?

Hakikatnya ia bukan sekadar bersangkut paut dengan soal latihan demi latihan yang mesti dibiasakan kepada pemimpin muslimat, tetapi yang lebih akar dari itu adalah muslimat ketiadaan cita-cita yang serius, serius, serius untuk menjadi pemimpin negara atau penggubal dasar, ahli politik dan pimpinan dewan Muslimat serta parti Islam di masa depan.

Muslimat mungkin lebih selesa dengan sekadar meletakkan cita-cita bersifat "biasa" sama dengan mahasiswa biasa, cukup dengan karier makan gaji atau suri rumah tangga sahaja, atau paling tinggi pun menjadi tentera-tentera muslimat yang tegar menjadi pengikut, tukang angguk dan tukang geleng serta "assistance" kepada muslimin.

Sebab itu saya tidak terkejut dengan hanya Dr. Lo' Lo' sahaja muslimat yang survive untuk compete dengan pimpinan muslimin dalam AJK PAS Pusat baru-baru ini. Saya memetik harapan Dr Lo' Lo' dalam Muktamar PAS ke-55 seperti yang diungkapkan Nur Mujahidah dalam postingnya "Kecewa, Dewan Muslimat PAS Kangkung Layu ?".

"Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era 'tea lady' dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat,"


Saya mengharap 5 senario di atas akan memudahkan SIGMA mengukur keberadaan muslimat di pentas massa di atas.

Terimalah kritikan membina saya kepada soal 'inti' dan 'akar' permasalahan gerakan muslimat kampus dengan hati terbuka. Saya menulis dengan niat untuk membantu muslimat dan SIGMA maju jauh dan jauh ke hadapan, benar-benar menjadi "POWER! POWER! POWER!", menggilap potensi-potensi unik yang terperosok jauh bersembunyi dalam diri anda, jangan biarkan proses "pembunuhan potensi" anda dilakukan secara senyap dan anda tidak sedarinya.

Saya merumuskan 5 "P" langkah dan karakter yang perlu dilakukan SIGMA dan perlu ada pada gerakan muslimat kampus supaya kehadiran kalian lebih dirasai oleh massa dan arus perdana :

1. PENULIS : Belajar menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk penulisan isu semasa di blog atau akhbar, nyatakan pendirian anda, bukan orang lain, kemudian bandingkan pandangan anda itu dengan pandangan bloggers atau penulis lain dalam isu yang sama tersebut. Di sini anda akan belajar erti kematangan melihat sesuatu isu semasa dari pelbagai sudut yang berbeza.

2. PENCIPTA AKSI : Belajar untuk lebih "outspoken" dan memimpin aksi, bukan dipimpin muslimin. Cara terbaik, dari awal lagi anda yang membincang dan memimpin aksi yang tidak boleh dilakukan oleh muslimin atau dilepaspandang oleh muslimin.

3. PEMIDATO BERPENGARUH : Belajar untuk mengutarakan sesuatu idea di fikiran secara berkesan kepada pendengar, bukan sekadar bercerita yang membosankan dan tidak memberikan kesan maksima.

4. PEMBACA BUKU BERAT : Lazimi pembacaan buku-buku mengenai pemikiran dan para pemikir (reformis) Islam khususnya.

5. PEMBENTANG & PENGKRITIK : Latih diri hadiri sesi-sesi brainstroming berat dan membanyakkan perbincangan kupasan buku, jadi pembentang atau berikan pandangan.

Tanpa 5 karakter ini, sampai bila muslimat tidak akan diiktiraf mampu memberi buah fikir yang berguna dan "out of the box" kepada gerakan dan parti.

Sampai bila muslimat tidak akan mampu menjadi Ummu Aiman R.A yang walaupun telah tua namun masih mampu menjerit kepada tentera Islam di Uhud yang undur dari medan perang, "Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku."

Itulah "pedang" di zaman Rasulullah, itulah "hujah" di zaman ini.

What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage

9 Responses to 5 Langkah Jika SIGMA Mahu Menggugat

  1. Pengalaman ana dulu, muslimat pernah buat draf untuk memorandum. Membacakannya pun pernah. Tapi sorang dua saje lah.

    5 tabiat yg saudara gariskan belum menjadi tabiat muslimat lagi. Kena cari sorang dua connectors dan mavens yang boleh menjadikan tabiat2 tsb sbg epidemic kepada muslimat.

    dah jumpa mereka, kita tukar cara pemikiran mereka dulu, get the of the few to work!

     
  2. salam, artikel yg betul2 memberikan CABARAN hebat! bukan kepada muslimat semata2, tapi kepada mana2 muslimin yg masih mempunyai 5 senario yang digariskan.

    us sya'ari, sy pernah berhasrat utk menulis artikel2 besar ttg pandangan dan pemikiran, namun setiap kali ingin menulis pandangan peribadi, sy merasakan pandangan itu sangat2 tidak matang. lantaran itu, sy mengambil sikap, daripada saya 'membuang masa' menulis pandangan yang ampuh, lebih baik saya membaca, dan terus membaca idea dan pemikiran2 org2 yg hebat, spy PADA SATU HARI nanti,saya juga akan mampu mengeluarkan pandangan seperti org2 yg hebat. menulis itu, mengambil masa, jadi, sy menggguakan masa utk menulis tu kepada membaca, demi mencapai matlamat itu..

    apa pandangan us? terima kasih ^_^

     
  3. Miss X Says:
  4. Setuju dengan pendapat ustaz, sukar sekali jumpa dengan muslimat yang ustaz gariskan.

    Tapi saya secara peribadi, telah pun melihat figure-figure muslimat yang boleh dikedepankan. Pada mulanya mereka bersemangat, berkobar-kobar untuk bersinar. Apakan daya, apabila sinarnya dikilaukan, kedengaran satu tempik-sorak dari pihak muslimin. Dia di'boo' beramai-ramai, dilabel macam-macam.

    Akhirnya, muslimat tersebut mengalami trauma yang teruk - dimalukan dikhalayak ramai; dan muslimat lain langsung menjadi takut untuk bersuara.

    Hal ini terjadi juga pada saya, yang asalnya di Malaysia tak punya masalah untuk kehadapan. Tapi bila sampai di Jordan, situasi begini begitu menakutkan saya.

    Tanyalah isteri ustaz sendiri, muslimat sememangnya pobia dan trauma apabila di'hukum' oleh pihak lelaki.

    Saya tak bermaksud untuk menyalahkan muslimin, mungkin niat mereka untuk bergurau, tapi ia telah memberi kesan psikologi terhadap muslimat.

    Bagaimana ya ustaz, untuk kami menghadapi suasana ini?

     
  5. Rijal82 Says:
  6. baihaqi, jika anda membaca sahaja, dan tidak menulis, anda mampu menjadi YB Salahudin Ayub yang tidak gemar menulis dan berblog.

    namun, jika anda membaca dan mula belajar menulis idea-idea besar anda, yang pastinya ia akan dibahas oleh fikiran kedua (orang lain yang berbeza), percayalah anda akan jadi lebih hebat kerana tahap kematangan anda akan cepat bertambah dari biasa.

    maksud kematangan adalah sejauhmana membuminya idea anda dengan keadaan semasa dan sejauhmana realistiknya solusi saranan akh thdp permasalahan yang wujud.

    justeru, membaca mesti terus membaca, jadikan al-Jahiz sebagai idola, namun menulis juga mesti teruskan. di sini pengaruh anda akan cepat "tercipta".

    the power a idea

     
  7. Rijal82 Says:
  8. terima syahida. komentar anda menyebabkan saya tidak selesa dengan penulisan terbaru saya. isteri saya sendiri sdg memberikan jist bahawa dia akan menulis ttg persoalan anti lontarkan ini.

    yang pasti, saya sedang memikirkan another posting bertajuk "Nasib Gerakan Muslimin di Kampus"

    saya akan menghighlightkan persoalan anti ini kerana sy pernah menghadapi situasi permasalahan sikap muslimin spt ini.

     
  9. Salam,

    Alamak, rasa macam kena tembak bertubi-tubi dgn M-16 pulak bila baca post ustaz yg ni...

    Okay gini, pandangan saya yg hanya terfokus bab muslimat kurang bersuara.

    1) Muslimat malu/malas nak bersuara kerana mempunyai suara yg perlahan. jadi muslimat kena latih bercakap dengan menggunakan suara yg kuat. Baru hujah anda didengar.

    2) Muslimat takde idea nak cakap ape. Sebab takde ilmu. Sebab malas baca. Saya pun jenis gini dulu. Tapi kalau nak ilmu, tak semestinya dengan membaca. Menjadi pendengar yg baik dalam sesi ceramah/brainstorming juga bakal membuatkan kita berilmu. Mencari pengalaman dengan menggauli masyarakat pun membuatkan kita berilmu. Jadi muslimat takde masalah nak bersuara skang ni. Medan ilmu tu luas.

    3) Masalahnya sekarang, tak berani dan malu yg berlebih2. Saya sendiri dlm satu sesi perbentangan, diasak beberapa kali utk ke depan membentangkan perbincangan. Padahal sebelum2 itu sy dah ke depan. Niat sy utk beri org lain ruang pula utk bersuara. Tapi mereka malu sebab byk sgt muslimin. Ini kes malu melampau. Dan saya tidak berminat dgn ini.

    SIGMA, kalau nak jadi power, kena tunjuk lah. Tapi ikutlah batasan.

    Wallahualam.

    SIGMA POWER, POWER , POWER!

    Terima kasih ustaz n isteri yg menulis mengenai muslimat. Blog ustaz n isteri menjadi tatapan sy saban hari sbg sumber ilmu sy.

     
  10. Unknown Says:
  11. Berat hati untuk menulis komen ini. Ana sebenarnya tidak bersetuju dengan saranan ustaz untuk mengalakkan muslimat menjadi pencipta aksi. Semestinya sesetengah muslimat seperti zaujah ustaz amat bersesuaian untuk bersifat dan bersikap sedemikian. Tetapi secara keseluruhannya, ana amat tidak bersetuju.

    Antara sebabnya ialah
    1) Muslimin biasanya tidak boleh menerima muslimat yang terlalu vokal dan kehadapan melebihi muslimin, secara umumnya. Mungkin mereka tak suarakan dihadapan, tetapi dibelakang, memang akan dikutuk dan dimaki. Tidakkah menzalimi mereka jika kita letakkan mereka didalam keadaan begini.
    2) Tidak bertepatan dengan naluri muslimat untuk kehadapan. Antara sifat yang diperlukan oleh seorang 'pembawa perubahan' ialah qawi. Dan muslimt mempunyai sifat seperti lembut hati, mudah terasa, 'kasih sayang' yang terlebih, kurang berfikiran jauh dll dan kurang sifat seperti keras hati, tegas dll. Sifat-sifat yang amat sesuai untuk bekerja dibelakang tabir.
    3)Jika ada pemimpin dan pencipta perubahan dikalangan muslimin, perlukah muslimat juga kehadapan? Adakah tidak cukup usaha dan kredibiliti muslimin tersebut?
    4)Menjadi seorang pemimpin mungkin memerlukan muslimat untuk bercampur dan berinteraksi dengan muslimin. Dan tidakkah ini harus dielakkan selagi boleh?

    Dan, ana secara peribadi tidak suka jika gambar zaujah ana atau anak perempuan ana terpapang didada akhbar, suaranya dilantangkan dan dikeraskan ketika memberi ucapan dll. Mungkin ana seorang yang konservatif dan tradisional. Dan mungkin sifat ingin melindungi zaujah ana itu terlalu tebal.

    Jika ada kes terpencil seperti berhadapan dengan SIS, mungkin boleh. Tetapi secara umumnya, cukuplah muslimat untuk memimpin muslimat dan kehadapan dikalangan muslimat.

    Yang lain-lain mengenai membaca, menulis dan membentang tersebut, ana memang tiada masalah, dan amat bersetuju.


    yang konservatif.

     
  12. Rijal82 Says:
  13. Terima kasih amir mujahid.

     
  14. Hang Lekiu Says:
  15. Salam.

    Secara mudahnya, sy bersama pendapat Amir Mujahid.

    Sy tidak setuju Muslimat kita digesa supaya jd sama dn sebiji seperti Muslimin kerana tabiat dn naluri serta fitrah jantina yg berbeza.Malah tidak sesuai utk digesa menjadi outspoken SEPERTI SIS kerana SIS itu memang sifatnya liberal sedang kita mahukan iltizam dgn adab2 sebagai seorang Muslimah.

    Cuma keadaan semasa memerlukan Muslimat utk lebih lantang dan beridealisme dlm gerakan, supaya dpt mengimbangkn dn memenangi pendapat massa umum sehingga bersama Islam.

    Dgn demikian, perlu diimbangkan antara syor spy Muslimat lebih terkehadapan dgn batas2 akhlak seorang pejuang Islam. Biarlah outspoken nya mereka berkadaran dgn kadar perlunya mereka menjadi outspoken shj!!! Jgn samaratakan peranan mereka jadi sebiji mcm Muslimin!!

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"