Content feed Comments Feed
Showing posts with label Tribute Buat Isteriku. Show all posts
Showing posts with label Tribute Buat Isteriku. Show all posts


Alhamdulillah wal Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan kami sepanjang penantian 2 tahun ini melainkan diberitahu dan disahkan oleh doktor pakar di Gombak Medical Center semalam bahawa anak kami dalam kandungan 8 bulan kini sihat dan selamat, kedudukannya baik (plasenta kembali pada kedudukan terbaik). Bahkan lebih dari itu, doktor mengesahkan si kecil comel di dalam perut isteri saya adalah seorang anak perempuan. 


Ternyata Allah lebih bijak percaturannya dan hikmahnya mengatasi kehendak manusia yang penuh keterbatasan dan kecenderungan. Sesungguhnya pilihan Allah adalah yang terbaik untuk kita.



Kepada Allah jua kami mengangkat tangan berdoa supaya Allah terus memberikan kesihatan yang baik pada isteri kesayangan saya dan anak dalam kandangan yang kini sudah memasuki 8 bulan dan berada dalam posisi terbaik untuk menjenguk alam dunia. 



Nurul Fatihah Wajihah. Besar maknanya pada kami. Itulah nama pilihan kami sejak dari awal lagi ketika bermusyawarah memilih nama andaikata bayi dalam kandungan perempuan. Pada-Mu Ya Allah kami panjatkan doa supaya dipermudahkan urusan anugeraha Tuhan ini berpindah dari alam rahim ibunya ke alam dunia yang fana' ini.



Nurul Fatihah Wajihah binti Muhammad Syaari, kombinasi Al-Fatih dalam jiwa seorang bakal serikandi Muslimah dan Al-Wajih yang menjadi gelaran Allah kepada Nabi Allah Isa yang akan menjadi penyelamat ummat Muhammad S.A.W di akhir zaman.



Nurul Syuhada Ummi Fatihah, abang bersamamu di kala susah dan senang, sihat dan sakit. Kita sama-sama tingkatkan doa pada Allah semoga kelahiran anak pertama kita ini dipermudahkan Allah :)

Isteri saya di hari lahirnya ke 25 pada 2 April 2011 baru-baru ini. 
Biar sederhana, tetapi bermakna :)

Baiti Jannati, Zawjati fid Dunya wal Akhirah

Meskipun kecewa tidak dapat ikuti talk Mohd Bashar Arafat, "New Beginnings : Obama & Islam" di Kuala Lumpur Jumaat lepas, namun hati ini puas dapat berkampung selama 3 hari 2 malam bersama krew I.P Minda membimbing lebih 70 org pimpinan mahasiswa UiTM Segamat dari 20 persatuan yg pelbagai. Gabungan modul "Al-Fateh Values" dan "Spiritual Journey" ternyata mendapat feedback luar jangkaan di sesi kesan lisan.

Bersama Prof Madya Ismail Shaari, wakil Timb Pengarah HEP UiTM Segamat di Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat, kelolaan I.P Minda Training & Consultancy, 23 - 25 Julai 2010.


"Tiada yang dapat menandingi program yang dianjurkan IP Minda ini kerana input mereka berikan dapat mengubah persepsi kehidupan saya! Clear Vision ! Saya akan menggunakan 'Al-Fateh Values' untuk melakar sejarah dalam persatuan DIBA di UiTM Johor ini selagi saya masih berada di sini." - Nur Liyana Nor Azmi, Diploma in Banking Association, DIBA


"Program ini membuatkan saya merasakan diri saya terisi dengan ceramah. Jika saya tidak mendengar ceramah atau tazkirah, saya merasakan diri saya seperti kosong dan mudah melakukan kesilapan. Azam saya selepas program ini untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya seiring dengan Islam. Saya lihat tiada kekurangan dalam program ini. Saya merasakan program seperti ini perlu didedahkan kepada ramai remaja yang tiada halatuju agar anak muda sekarang dapat jelas matlamat hidup yang perlu mereka capai." - Siti Nabilah Zainal Abidin, PERMAS UiTM Segamat


Terima kasih pada semua pihak yang telah menjayakan kem ini dengan jayanya meskipun urusetia terpaksa berpindah tempat hampir 3 kali. Namun itu sedikitpun tidak mematahkan semangat kami untuk memberikan pakej modul kepimpinan yang terbaik pada adik-adik berdasarkan flow yang telah dirancang sebelum ini.

Antara 20 persatuan yang terbabit sebagai peserta dalam Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat


Adik2, jgn lupa gaya "Optimis! Vision! Focus! Out of The Box! Teamwork! Tawakkal!" :)




Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat, kelolaan I.P Minda Training & Consultancy, 23 - 25 Julai 2010. 
"Optimis! Vision! Focus! Out of The Box! Teamwork! Tawakkal!" (video penuh di sini)

Tribute buat isteri tersayang yang membuktikan keberdikarian sepanjang 3 hari saya tiada di sisinya. Kemampuan untuk berbicara soal berpengaruhkah gerakan mahasiswi di USIM baru-baru ini, hadir ke Bengkel Teknik Penulisan Surah Yusof bersama Puan Ainon PTS, dan memoderatorkan forum "Di Jalan Dakwah Aku Menikah" adalah satu keupayaan serentak luar jangkaan saya beliau dapat lakukan tanpa saya di sisi.




Hari ini genaplah 28 tahun kelahiran saya. 20 Julai 1982. 20 Julai juga adalah tarikh bersejarah US menipu dunia mengenai Neil Armstrong berjaya mendaratkan kaki di bulan. Lihat filem National Treasure 2, you'll find the answer in that 'co-incidental' scripts.

Petang tadi, kepenatan di tempat kerja tidak menghalang saya menyusun jadual kuliah mingguan setiap Isnin jam 6-7 petang dengan members Ma'ruf Club menggunakan kitab "Al-Qasas Al-Qurani: ‘Ardh Waqaa’ie wa Tahleel Ahdath" karangan pakar tafsir dr Jordan, Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Teringat saya pada kisah teman-teman di Jordan bagaimana tafsir "Alif, Laam, Mim" beliau, 3 huruf yg memakan masa 2 jam ! Akhir kuliah ini, menjadi harapan saya adik-adik akan rasai mukjizat kisah-kisah sejarah dlm Al-Quran dan bagaimana ia membaca hari ini dan masa depan akhir zaman.

Pada malamnya, saya membantu teman-teman seangkatan perjuangan menampal poster sebuah program dakwah bernama KARIB 2010 yang bertujuan menarik seramai mungkin anak-anak muda mendekati Islam dan gerakan Islam di sekitar Gombak.

Sudah lama saya merindukan kerja-kerja di peringkat akar umbi (grassroots) ini kerana negarawan muda mesti belajar bermula dari bawah, merasai keperitan gerakerja para aktivis dan melihat realiti masyarakat secara live pada 12-1 pagi di waktu malam sambil menampal poster dalam keadaan penuh berjaga-jaga :)





Dapat hadiah luarbiasa dari isteri, buku "American 1st Banned Book : Final Judgement (The Missing Link in the JFK Assassination Conspiracy)" by Michael Collins Powel. Nampaknya isteriku sgt mmahami mindaku. Terima kasih pd smua teman-teman yang sudi wish hari 'penuaan' saya :)

Ada 4 cara bagaimana perencanaan gerakan sulit didedahkan :

1) Ahli pakatan sulit itu sendiri cuai atau mati lantas dokumen terbocor.

2) Pegawai atasan yang mulanya menjadi ahli, kemudian berpaling tadah dan sedar dari kesilapan mereka 

3) Ahli sarjana akademik yang menyelidik dgn teliti 

4) Individu pakatan sulit itu sendiri yang mendedahkan sebagai tanda kebanggaan atas kejayaan perencanaan mereka.

(hal 136, Sejarah Pemikiran 1, Dr Sulaiman Nordin)

Tiada juga yang lebih menggembirakan diri ini ketika diberikan kesempatan masa menyumbang kepada perjuangan Pemuda PAS apabila isteri tersayang turut sama hadir memberikan sokongan dan dokongan, bantuan yang maksima ketika tidak ada seorang muslimat yang berada di Dewan Hotel Quality tersebut. Keberanian beliau untuk berada di dunia Pemuda sungguh mengkagumkan saya.

Isteri saya mewakili anak muda yang akan mewarisi perjuangan jamaah, parti dan negara di masa depan. Terima kasih YB Salahudin dan Pemuda PAS. Allahu Akbar !!!

Terima kasih isteriku membantu menjadi juruteknikal dan 'musician' sepanjang training berjalan

Apabila Maharaja Constantine XI mengarahkan kerajaan Byzantine membuat sekatan media dan kebebasan maklumat mengenai keadaan dunia luar Konstantinopel dari diketahui oleh rakyat, maka sebab itulah rakyat juga tidak mengetahui bahawa 250,000 tentera Muhammad bin Murad sudahpun mengepung Konstantinopel. Kejutan yang berlaku telah melemahkan moral musuh pada ketika itu yang telah melorongkan kemenangan kepada Muhammad. Demikianlah kuasa media pada 1453 Masihi.


Demikianlah celoteh Profesor Google, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika bergabung dengan Fathi Aris Omar (Malaysiakini) dan Zulkifli Sulong (Harakah) dan dimoderatorkan oleh isteri saya sendiri di Free Public Forum atas tajuk "Kuasa Media Menjelang PRU 13".


Dalam usrah gabungan PAS Kawasan Gombak malam tadi, saudara Khairussani Naib KDPP Negeri Selangor ada mengingatkan mengenai kajian Dr Abu Hassan tentang bahayanya kedudukan Selangor apabila 5-6 % rakyat Selangor sahaja mengetahui apa kebajikan yang sedang dilakukan oleh kerajaan PR di Selangor. Peranan media baru untuk menyaingi media arus perdana Umno-BN sudah tidak dapat digambarkan lagi. Jika ia telah menjatuhkan Byzantine pada 1453 Masihi, tidak mustahil ia juga boleh menjatuhkan PR pada 2012 andaikata tindakan segera penguasaan media baru, kempen penerangan secara maksima tidak diberikan perhatian dari sekarang.

Telah lama ibuku mencari teman untuk mendengar jerih payah dan luahan perjuangannya dalam Dewan Muslimat khususnya Kawasan Tumpat, Kelantan. Ketiadaan suami di sisi hampir 15 tahun sudah pasti benar-benar menyebabkan ibuku mungkin kekadang terasa kesepian tanpa anak mahupun menantu yang sudi berkongsi pengalaman perjuangan berjamaah.


Kehilangan suami sudah pasti ujian besar meneruskan bahtera kehidupan, apatah lagi bahtera perjuangan

Namun, keikhlasan aktivisme ibuku kepada jamaah sama seperti para armalah yang lain, dan itulah mungkin menjadi antara nadi kekuatan ketahanan PAS di Kelantan. Ibuku benar-benar menjadi idola yang membakar semangat juangku untuk tabah dan thabat dalam perjuangan. Ummi, teruskan perjuanganmu.


Tidak ada yang lebih membahagiakan hati ini apabila menyaksikan isteri tersayang bukan sekadar beraksi sebagai moderator forum antara YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timb Ketua DMPP dan Prof Dr Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, bahkan sudi meluangkan masa bertemu Ummi dan mendengar sendiri suara hati perjuangan Ummi yang turut sama menjadi peserta dalam kursus Kepimpinan Muslimat 2010 anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat tersebut.

Apabila LDK Non-Muslim menjadi pilihannya (kenangan SMK Bandar Tasik Puteri)

Isteriku yang kudoakan bakal menjadi Senator Negara telah diberikan penghormatan oleh Dewan Muslimat Pas Pusat pada 31 Januari 2010 itu untuk mengendalikan forum "Definisi Politik Dalam Islam".

Syukur padaMu Tuhan menganugerahkan daku seorang Ibu dan seorang isteri yang memahami erti perjuangan di medan.


Kami sentiasa bersaing dalam acara 'memanah' di Ampang Plaza

Ya Allah, anugerahkanlah daku pula seorang zuriat penyambung perjuangan, yang mengalir dalam darahnya darah anak muda Muhammad bin Murad al-Fateh.

Gambar hiasan :
Telatah anak saudara kesayangan, Umar Faruq dan Ali Zulkarnain bin Kamaruzzaman

Aku di usia Umar Faruq (1986)

Terima kasih Ummi



Sebahagian dari preview "Warriors Hidden By History" yang dihasilkan Rijal82 Production pada AGM Ma'ruf Club UIAM baru-baru ini.

Kehadiran yang melimpahkan ruah sehingga ke luar Mini Auditorium adalah suatu situasi sangat ajaib yang belum pernah saya lihat berlaku pada Ma'ruf Club sebelum ini. Tahniah Faridzul, isteri saya dan seluruh tenaga murabithun Ma'ruf Club. Pendekatan pawagam sudah, kini dengar khabar pendekatan teater pula akan menjadi ekperimen dakwah seterusnya MC. Tahniah, rakan-rakan mesti teruskan idea-idea ajaib dalam soal pendekatan dakwah menjinakkan seramai mungkin untapped market di UIAM.


Mohon maaf kerana visual yang diupload tidak jelas kerana visual high quality tidak dapat diupload.

5 Langkah Jika SIGMA Mahu Menggugat

Saturday, June 13, 2009

“What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage

"Pada pandangan saya, asas masalah (gerakan muslimat) adalah tidak menguasai 3 M iaitu MEMBACA, Memimpin dan Multi Skill. Kenapa mereka tidak boleh bersuara ? Puncanya kerana KEKERINGAN IDEA kerana tidak membaca. Jika banyak membaca tetapi tiada kemahiran memimpin, maka mereka menjadi malu dan tidak berani tampil mengutarakan ilmu yang mereka ada." - Nurul Syuhada Haji Shuib, Timbalan Presiden Kelab Ma'ruf UIAM, Majalah Muslimah Jun 2009


Dalam interview ruangan Generasiku dalam Majalah Muslimah bulan ini, isteri saya telah cuba mendefinisikan "root cause" permasalahan ketandusan wibawa, karisma, "aura" dan krisis kepimpinan berpengaruh muslimat, adalah semuanya bermula dari apa yang disebut sebagai pembudayaan budaya Iqra yang hampir lumpuh dalam diri the silent majority di kampus ini.

Bagaimana nak bentuk budaya Iqra atau "intellectual capital" muslimat ini ?

Ada satu cerita...

Untuk kebangkitan Muslimat, muslimat mestilah banyakkan membaca!“ , tiba-tiba sapa si anak usrah kepada naqibahnya : “Baca buku yang macamana ye kak ? Tak kisah buku apapun ye. Novel pun kira boleh lah kan. Saya suka sangat baca novel" Tersipu-sipu naqibah itu memikirkan jawapan untuk menyanggah pandangan anak usrahnya.

Untuk kebangkitan muslimat, muslimat mesti berani ke hadapan." Seorang lagi anak usrahnya bertanya : “Bila dah ke hadapan, nak cakap apa kak ? Cakap je kan apa-apa, yang penting kita muslimat mesti terus bersuara kan ? ”. Naqibah tersebut mengangguk-angguk membenarkan.

"Untuk kebangkitan muslimat, muslimat mesti tingkatkan thaqafah!". Maka giliran saya pula bertanya kepada naqibah itu, “Thaqafah yang macamana ye ? Thaqafah itu apa sebenarnya?


Dialog di atas, saya sekadar cuba menggambarkan bahawa muslimat sememangnya telah lama sedar kelemahan mereka di mana dan apakah "tipping point" yang selama ini mereka cari untuk bangkit.

Namun soalnya, sejauhmana kesedaran yang wujud untuk bangkit, bangkit dan bangkit (sehingga perkataan "muslimat" sentiasa sinonim dengan "kebangkitan muslimat") dipandu dengan rawatan yang "mikro" sifatnya (jelas sejelas-jelasnya A-Z kaedah, teknik dan taktik rawatan), berkesan dan solusi yang mujarab untuk meningkatkan wibawa kepemimpinan muslimat ? Cukupkah dengan kenyataan "muslimat perlu berubah dan berubah" tanpa menghuraikan secara konkrit dan "mikro" aspek perubahan apa yang perlu dilakukan.

Beberapa senario :

1. Sukarnya melihat kenyataan akhbar dari aktivis muslimat kampus - sekurang-kurangnya dalam Siasah yang mudah ditembusi mahasiswa namun malang banyak kenyataan-kenyataan dalam kolum mahasiswa hanya mengampu PR atau hujah tidak jauh beza dengan hujah parti politik dan media massa - adalah kerana tahap kecaknaan isu semasa dan sindrom keghairahan menterjemah pandangan dalam bentuk penulisan ideal yang luntur pada muslimat.

Ini ditambah lagi dengan kegagalan mendisiplin diri dari sudut pembacaan isu-isu semasa negara dan khususnya gerakan Islam setiap hari sama ada melalui akhbar arus perdana (tahap masyarakat marhain), atau ke peringkat sederhana iaitu melayari blog-blog politikus di Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau pimpinan gerakan Islam, atau tahap yang lebih tinggi lagi iaitu menjadikan buku-buku pemikiran tokoh-tokoh reformis dunia seperti attitude pembacaan YB Salahudin Ayub sebagaimana didedahkan oleh beliau dalam ucapan wada'nya sebagai Ketua Pemuda PAS baru-baru ini ketika menjawab rahsia kekuatan beliau dalam legasi "engagement".

Atau melazimi perpustakaan, ataupun mengibuayahkan para pensyarah sebagai rujukan mencapai "jawapan" kepada setiap permasalahan ummah secara "the big picture", bukannya "separated unsolved puzzles" seperti pembacaan masyarakat marhain.

Malang sekiranya banyak blog-blog muslimat hanya bercakap soal dunia yang kecil, sekitar pengalaman peribadi yang tidak berkait dengan perjuangan, sarat dengan diari kenangan penuh luahan perasaan di sana sini. Lebih malang lagi, buat blog dan update sebulan sekali atau blog yang aksi updatenya bersifat copy & paste !

Benarkan saya memberikan tribute kepada tinta-andikaputeri.blogspot kerana blog ini adalah salah satu blog ahli usrah zawjah saya yang banyak bercakap soal pemikiran, peradaban, kupasan buku berat yang semestinya akan menjadi pedoman atau membantu para pembaca memikirkan penyelesaian permasalahan ummah dan negara pada saat ini dengan lebih berkesan. Mungkin inilah pesaing baru sahabat saya Rausyanfikir :)


2. Sukarnya melihat sesuatu memorandum, referendum atau kenyataan akhbar yang didraf sendiri oleh group muslimat, atau lebih dahsyat lagi dibacakan sendiri oleh pimpinan muslimat, bukan muslimin di hadapan media yang hadir. Pendek kata, muslimat sendiri beraksi mencipta aksi media yang mampu menaikkan nama gerakan muslimat.

Ini adalah kerana mentaliti muslimat yang tidak mahu mencabar diri sendiri untuk berani melakukannya dan belajar dari kesilapan.

Lebih malang lagi, sindrom lebih malu dan mengalah dengan dunia muslimin (menswastakan kerja-kerja siasah dan respon isu kepada "orang lelaki", muslimat tidak mahu "diarusperdanakan"), lupa kepada malu yang lebih besar iaitu kepada figura-figura Sisters in Islam yang hanya beberapa kerat wanita tetapi outspoken dan sarat dengan kajian kes, hampir setiap hari ada sahaja kenyataannya dikeluarkan di celahan sempit media, majalah mahupun Youtube.

Sebab itu saya tidak berasa pelik usul mendesak Majlis Fatwa mengharamkan SIS rupanya bukan datang dari Muktamar Dewan Muslimat PAS, dan tidak kelihatan pula kenyataan akhbar mana-mana pimpinan muslimat PMI kampus yang lantang mengkritik usul Muktamar PAS Pusat dari Kawasan Shah Alam itu melainkan pimpinan muslimin jua yang kelihatan terus ghairah membuat kritikan tajam pada PAS dalam isu gerakan SIS yang bukan dari gender mereka ini.

3. Sukarnya melihat pimpinan muslimat menjadi jurucakap demontrasi atau piket jalanan kerana latihan public speaking yang diremehkan dari menjadi latihan dhoruriyy kepada muslimat dalam setiap kali pertemuan usrah, tamrin-tamrin dan mukhayyam-mukhayyam "ukhuwwah" mereka.

Jika ada sekalipun latihan pengucapan awam ini, ia hanya diadakan di khalayak muslimat sahaja.

Atau ia hanya latihan bercakap sahaja seperti membaca skrip berita, tanpa belajar untuk meneliti kualiti atos (isi dan kualiti hujah, teknik susunan perkataan dan menarik perhatian crowd), patos (tahu menggayakan nada pengucapan antara informatif dan persuasif) dan logos (memek muka, senyuman, gerakan badan dan tangan, pemakaian dan sebagainya) sebuah public speaking berpengaruh.

4. Sukarnya melihat muslimat memegang buku-buku pemikiran berat dan jarang disentuh kerana di luar dari kerangka biasa masadir tarbiyah Ikhwani di kampus. Alasannya "haramlah pemikiran Barat", "jangan dekati penulis jamaah lain, bahaya", "buku Indonesia tak sama dengan waqi' Malaysia" dan sebagainya yang mencerminkan ketertutupan pemikiran, salahfaham mafhum "tajarrud" dan tandusnya sikap objektifisme demi mencari hikmah kebenaran yang hilang dari orang mukmin. Persis seperti hujah jumud golongan pondok Pesantren dalam filem Indonesia "Perempuan Bertudung Serban" ketika berdepan dengan Anyssa yang banyak mempersoal kenapa muslimat tidak diberikan ruang kepimpinan dan kebenaran belajar universiti.

Saya tertarik dengan saranan Rausyanfikir apabila mengusulkan Pemuda PAS membaca karya Niccolo Machiavelli, 'The Prince', sebuah buku yang memberikan pemerhatian yang tepat berkenaan pertalian antara manusia dan kuasa yang dimilikinya. Walaupun wujud persepsi inilah buku "berbahaya" membenihkan para diktator dan kezaliman pemerintahan baik dari Barat atau Timur, namun mengenal akar umbi dan benih-benih Machiavellism itu, Rausyanfikir melihat bibit-bibit itu semakin subur dalam setiap parti politik yang wujud dalam negara ini termasuk PAS. Jahiliyyah takkan mampu ditentang selagi ia sendiri tidak dikenali, bahkan manusia sentiasa bermusuh dengan perkara yang dijahilkan.


5) Sukar untuk saya melihat muslimat membentang kertas-kertas kerja ilmiah atau sekurang-kurangnya kuliah dasar dalam program-program gerakan Islam kampus (selain dari tajuk "ukhuwwah"). Atau sukar untuk saya menyaksikan idea-idea "pelik" dan bernas muslimat dalam sesi-sesi brainstorming berat atau muslimat tampil berceramah mengupas sesuatu buku baru diterbitkan. Pendek kata, bila ada sahaja tajuk-tajuk perbincangan yang mencabar minda dan memakan masa serta kerahan pemikiran yang berat, muslimat lebih cenderung untuk mengelakkannya. Kenapa ?

Hakikatnya ia bukan sekadar bersangkut paut dengan soal latihan demi latihan yang mesti dibiasakan kepada pemimpin muslimat, tetapi yang lebih akar dari itu adalah muslimat ketiadaan cita-cita yang serius, serius, serius untuk menjadi pemimpin negara atau penggubal dasar, ahli politik dan pimpinan dewan Muslimat serta parti Islam di masa depan.

Muslimat mungkin lebih selesa dengan sekadar meletakkan cita-cita bersifat "biasa" sama dengan mahasiswa biasa, cukup dengan karier makan gaji atau suri rumah tangga sahaja, atau paling tinggi pun menjadi tentera-tentera muslimat yang tegar menjadi pengikut, tukang angguk dan tukang geleng serta "assistance" kepada muslimin.

Sebab itu saya tidak terkejut dengan hanya Dr. Lo' Lo' sahaja muslimat yang survive untuk compete dengan pimpinan muslimin dalam AJK PAS Pusat baru-baru ini. Saya memetik harapan Dr Lo' Lo' dalam Muktamar PAS ke-55 seperti yang diungkapkan Nur Mujahidah dalam postingnya "Kecewa, Dewan Muslimat PAS Kangkung Layu ?".

"Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era 'tea lady' dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat,"


Saya mengharap 5 senario di atas akan memudahkan SIGMA mengukur keberadaan muslimat di pentas massa di atas.

Terimalah kritikan membina saya kepada soal 'inti' dan 'akar' permasalahan gerakan muslimat kampus dengan hati terbuka. Saya menulis dengan niat untuk membantu muslimat dan SIGMA maju jauh dan jauh ke hadapan, benar-benar menjadi "POWER! POWER! POWER!", menggilap potensi-potensi unik yang terperosok jauh bersembunyi dalam diri anda, jangan biarkan proses "pembunuhan potensi" anda dilakukan secara senyap dan anda tidak sedarinya.

Saya merumuskan 5 "P" langkah dan karakter yang perlu dilakukan SIGMA dan perlu ada pada gerakan muslimat kampus supaya kehadiran kalian lebih dirasai oleh massa dan arus perdana :

1. PENULIS : Belajar menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk penulisan isu semasa di blog atau akhbar, nyatakan pendirian anda, bukan orang lain, kemudian bandingkan pandangan anda itu dengan pandangan bloggers atau penulis lain dalam isu yang sama tersebut. Di sini anda akan belajar erti kematangan melihat sesuatu isu semasa dari pelbagai sudut yang berbeza.

2. PENCIPTA AKSI : Belajar untuk lebih "outspoken" dan memimpin aksi, bukan dipimpin muslimin. Cara terbaik, dari awal lagi anda yang membincang dan memimpin aksi yang tidak boleh dilakukan oleh muslimin atau dilepaspandang oleh muslimin.

3. PEMIDATO BERPENGARUH : Belajar untuk mengutarakan sesuatu idea di fikiran secara berkesan kepada pendengar, bukan sekadar bercerita yang membosankan dan tidak memberikan kesan maksima.

4. PEMBACA BUKU BERAT : Lazimi pembacaan buku-buku mengenai pemikiran dan para pemikir (reformis) Islam khususnya.

5. PEMBENTANG & PENGKRITIK : Latih diri hadiri sesi-sesi brainstroming berat dan membanyakkan perbincangan kupasan buku, jadi pembentang atau berikan pandangan.

Tanpa 5 karakter ini, sampai bila muslimat tidak akan diiktiraf mampu memberi buah fikir yang berguna dan "out of the box" kepada gerakan dan parti.

Sampai bila muslimat tidak akan mampu menjadi Ummu Aiman R.A yang walaupun telah tua namun masih mampu menjerit kepada tentera Islam di Uhud yang undur dari medan perang, "Pergilah kamu menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku."

Itulah "pedang" di zaman Rasulullah, itulah "hujah" di zaman ini.

What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"