Berita Harian, 20 Mei 2009 : GABUNGAN Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melihat pengenalan semula hukuman rotan terhadap pelajar melanggar masalah disiplin yang dikemukakan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi, baru-baru ini adalah saranan yang baik. Bagi saya, dalam keadaan sekarang, pendekatan mencegah dan mendidik adalah lebih baik. Statistik kadar peningkatan jenayah remaja sangat menggerunkan. Namun, apa yang kita nampak setiap hari di akhbar, hanya sebilangan kes dilaporkan.Bertambahnya filem mengghairahkan remaja untuk merempit , bergaul bebas tanpa batasan dan melakukan jenayah serta bertambahnya siri program realiti bagaikan cendawan di televisyen tetapi hakikatnya lebih berbahaya dari virus H1N1.
Gamis mencadangkan Kementerian Pelajaran meletakkan sasaran penyelesaian masalah moral dan disiplin pelajar sekolah dengan mendekati sistem pendidikan pelajar, bukan sekadar permasalahan terbitan yang picisan saja, manakala majoriti kes lain tidak diendahkan.
Gamis bersedia menyediakan pentas kongres bagi kerajaan mendengar pandangan pakar pendidikan Islam.
Adalah diharapkan Kongres Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara yang akan diadakan nanti mampu membantu memberikan impak yang tinggi kepada kerajaan untuk membuat bedah siasat menyeluruh terhadap sistem pendidikan Islam negara.
Sejarah membuktikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan pelbagai lagi institusi terhasil daripada sebuah 'kuasa' kongres.
Kesan kongres anjuran Gamis ini pasti tidak nampak setahun dua, namun inilah penyelesaian jangka panjang terbaik menyelamatkan generasi muda dan pelajar di negara ini pada masa depan.
MUHAMAD SYAARI AB RAHMAN,
Setiausaha Agung Gamis.
Link kenyataan ini di Berita Harian
0 Responses to Kenyataan Saya di Berita Harian Moga Sampai Pada Pemerintah. Amin ...