Content feed Comments Feed

Apabila Maharaja Constantine XI mengarahkan kerajaan Byzantine membuat sekatan media dan kebebasan maklumat mengenai keadaan dunia luar Konstantinopel dari diketahui oleh rakyat, maka sebab itulah rakyat juga tidak mengetahui bahawa 250,000 tentera Muhammad bin Murad sudahpun mengepung Konstantinopel. Kejutan yang berlaku telah melemahkan moral musuh pada ketika itu yang telah melorongkan kemenangan kepada Muhammad. Demikianlah kuasa media pada 1453 Masihi.


Demikianlah celoteh Profesor Google, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika bergabung dengan Fathi Aris Omar (Malaysiakini) dan Zulkifli Sulong (Harakah) dan dimoderatorkan oleh isteri saya sendiri di Free Public Forum atas tajuk "Kuasa Media Menjelang PRU 13".


Dalam usrah gabungan PAS Kawasan Gombak malam tadi, saudara Khairussani Naib KDPP Negeri Selangor ada mengingatkan mengenai kajian Dr Abu Hassan tentang bahayanya kedudukan Selangor apabila 5-6 % rakyat Selangor sahaja mengetahui apa kebajikan yang sedang dilakukan oleh kerajaan PR di Selangor. Peranan media baru untuk menyaingi media arus perdana Umno-BN sudah tidak dapat digambarkan lagi. Jika ia telah menjatuhkan Byzantine pada 1453 Masihi, tidak mustahil ia juga boleh menjatuhkan PR pada 2012 andaikata tindakan segera penguasaan media baru, kempen penerangan secara maksima tidak diberikan perhatian dari sekarang.

Menanti Kebangkitan Gelombang Dakwah di UPM

Tuesday, February 23, 2010






Pada 12 - 14 Februari yang lepas, saya telah mengepalai sebuah kem motivasi kepimpinan mahasiswa iaitu Sekretariat Kerohanian seluruh Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia.


Bagaikan satu cabaran besar kerana pasukan yang akan saya kendalikan training bersama Ust Azlan dan rakan-rakan seangkatan kali ini adalah mereka yang berada pada kedudukan paling 'strategik' di UPM, pendek kata mereka yang berada pada posisi paling tepat untuk melakukan 'pembukaan' (Al-Fateh) pintu hati mahasiswa-mahasiswi di UPM seluruhnya.



Kem ini tidak dinamakan sebagai Kem Kepimpinan Al-Fateh sebagaimana impian retorik saya selama ini. Namun, 3 hari 2 malam perjalanan pengisiannya telah diprojek dan disusun dengan baik hasil brainstorming saya dengan Ustaz Azlan dan rakan-rakan Master Trainer I.P Minda yang lain, dengan tujuan sekurang-kurang 5-6 karakter kepimpinan terpenting Sultan Muhammad dimodulkan secara praktikal. Hasrat Encik Zuhaimi dan Ustaz Nurul Iman dari Hal Ehwal Pelajar UPM diselarikan dengan modul-modul AKMAL (Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fateh) yang baru sahaja melepasi peringkat kelulusan I.P Minda.

Bersama Encik Zuhaimi (HEP UPM) yang berpandangan jauh
Syukur alhamdulillah, borang penilaian kesemua hampir 40 orang peserta yang saya analisa menyerlahkan satu feedback majoriti peserta yang sangat luarbiasa dan jauh dari jangkaan kami yang tidak terlalu meletakkan harapan dan ekspektasi yang tinggi pada 'pioneer project' peringkat menara gading ini.


Semangat menyanyikan lagu Al-Fateh

Moga ada kesempatan dan keizinan dari rakan-rakan peserta UPM tersebut untuk saya paparkan beberapa kenyataan dari mereka.


Majoriti menyatakan semangat Al-Fateh yang berkobar-kobar dalam diri mereka - khususnya selepas ikrar bersama pada hari ketiga - untuk mencipta gelombang dakwah pada masa akan datang dan program-program kerohanian yang lebih luarbiasa skala impaknya pada mahasiswa UPM dan massa keseluruhannya.

Ikrar hari akhir peserta untuk 'menggegarkan' UPM dengan Minggu Penghayatan Islam selama 5 hari


Semangat dan kerjasama terserlah (War Game)

Telah lama ibuku mencari teman untuk mendengar jerih payah dan luahan perjuangannya dalam Dewan Muslimat khususnya Kawasan Tumpat, Kelantan. Ketiadaan suami di sisi hampir 15 tahun sudah pasti benar-benar menyebabkan ibuku mungkin kekadang terasa kesepian tanpa anak mahupun menantu yang sudi berkongsi pengalaman perjuangan berjamaah.


Kehilangan suami sudah pasti ujian besar meneruskan bahtera kehidupan, apatah lagi bahtera perjuangan

Namun, keikhlasan aktivisme ibuku kepada jamaah sama seperti para armalah yang lain, dan itulah mungkin menjadi antara nadi kekuatan ketahanan PAS di Kelantan. Ibuku benar-benar menjadi idola yang membakar semangat juangku untuk tabah dan thabat dalam perjuangan. Ummi, teruskan perjuanganmu.


Tidak ada yang lebih membahagiakan hati ini apabila menyaksikan isteri tersayang bukan sekadar beraksi sebagai moderator forum antara YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timb Ketua DMPP dan Prof Dr Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, bahkan sudi meluangkan masa bertemu Ummi dan mendengar sendiri suara hati perjuangan Ummi yang turut sama menjadi peserta dalam kursus Kepimpinan Muslimat 2010 anjuran Dewan Muslimat Pas Pusat tersebut.

Apabila LDK Non-Muslim menjadi pilihannya (kenangan SMK Bandar Tasik Puteri)

Isteriku yang kudoakan bakal menjadi Senator Negara telah diberikan penghormatan oleh Dewan Muslimat Pas Pusat pada 31 Januari 2010 itu untuk mengendalikan forum "Definisi Politik Dalam Islam".

Syukur padaMu Tuhan menganugerahkan daku seorang Ibu dan seorang isteri yang memahami erti perjuangan di medan.


Kami sentiasa bersaing dalam acara 'memanah' di Ampang Plaza

Ya Allah, anugerahkanlah daku pula seorang zuriat penyambung perjuangan, yang mengalir dalam darahnya darah anak muda Muhammad bin Murad al-Fateh.

Gambar hiasan :
Telatah anak saudara kesayangan, Umar Faruq dan Ali Zulkarnain bin Kamaruzzaman

Aku di usia Umar Faruq (1986)

Terima kasih Ummi



Hidup ini telah lama belajar untuk memberi, namun tidak ada yang lebih gembira hati ini selepas memberi yang terbaik sebagai salah seorang brainstormer, fasilitator, dan juruteknikal Kursus TOT Akademi Kepimpinan Pemuda PAS Pusat yang selesai petang 7 Februari lepas.

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat memberikan taujihat

Bertemu dengan rakan-rakan pimpinan Pemuda negeri masing-masing adalah satu saat yang selama ini didambakan dalam proses menggalas perubahan paradigma Pemuda dalam menanggapi arus politik semasa dan masa depan PAS.

Ust Zaidi, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Selayang dalam sesi Klinik Pengurusan Organisasi

Tiada guna mengkritik Jamaah mahupun menulis impian sebesar gunung agar PAS terus dilihat kompeten memimpin PR andaikata ia tidak diterjemahkan dengan komitmen padu menjenguk realiti sebenar, mendengar permasalahan akar umbi lantas mencadangkan penyelesaian-penyelesaian berkesan yang mampu membantu Pemuda meningkatkan komitmen dan iltizam perjuangan, menguasai kaedah pengurusan dan pelaksanaan yang efektif dan efisien, serta menjadikan pimpinan Pemuda sebagai pemimpin sosial yang diterima semua kaum dan jika mampu lagi, menjadi ahli politik yang berpengaruh.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

Ya Allah, syukur padaMu memberikan kebahagiaan pada hati ini dengan khidmat pada jalan perjuanganMu dalam Dewan Pemuda ini. Engkau kekalkan kaki ini berada di atas jalan perjuanganMu.


Menanti "Menyangkal Kiamat 2012"

Friday, February 5, 2010

Apakah kelainan yang ada pada buku ini berbanding buku-buku yang telah membicarakan panjang lebar mengenai kejadian Kiamat berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah?

Apakah buku ini melihat filem 2012 hanya dari sudut pertentangannya dengan aqidah Islamiyah sahaja ?

Saya akan menganalisa buku ini dan memberikan sokongan serta penambahbaikan andaikata diberikan ruang masa dan peluang oleh PTS sebagai buku kedua saya selepas "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh". Jika Al-Fateh menang di Konstantinopel kerana beliau bersungguh-sungguh mengkaji mengenai musuh dan gerak tari perencanaan mereka serta bahasa komunikasi mereka, maka demikianlah formula untuk menumpaskan musuh-musuh Allah pada saat ini dari kalangan Yahudi Antarabangsa dan proksi-proksi gerakan rahsia pemuja Dajjal-Syaitan pada hari ini.

Jika buku ini hanya mampu melihat filem 2012 dari sudut pertentangannya dengan aqidah Islamiyah, maka saya akan melengkapkan buku ini kelak dengan penelitian mengenai "2012" lebih jauh dari sekadar perbahasan aqidah. Saya tidak akan mengulang apa yang telah ditulis oleh mana-mana penulis mengenai gambaran hari Kiamat menurut Al-Quran dan al-Hadis, tetapi saya akan membongkar di sebalik filem 2012, plot-plot yang disusun rapi oleh Emmerich dalam filem itu dan kaitannya dengan bagaimana kaedah musuh-musuh Allah merancang strategi licik untuk memusnahkan umat Islam dan melahirkan Dajjal dari perang dunia ketiga nanti.

Bagi saya, selepas penelitian filem-filem Hollywood dan pattern-patternnya sejak kecil, Hollywood adalah kilang membiografikan Dajjal dan proses kelahirannya. "Sherlock Holmes" membuktikan secara agresif obsesnya mereka kepada menghancurkan Goyim pada jam 12 tengah hari (baca : 2012). Dari "2012" ke "Avatar" ke "Sherlock Holmes" semuanya mengandungi plot-plot licik perencanaan mereka, mengulang skrip yang sama pada filem-filem Hollywood seperti The Matrix dan sebagainya, dengan mesej 911 sebelum WTC dimusnahkan mengikut perencanaan mereka tepat pada 11 September 2001.

Skrip yang sama sedang diulang 11 tahun sekali (mereka sangat memuja peredaran matahari = Sun God = Lucifer). Skrip 911 = 2012 yang sama sedang diulang dan umat Islam belum sedar dari lenanya.

World Class Leadership Training di UPM

Wednesday, February 3, 2010


Sumber pengaruh berdasarkan kajian ada 3 peringkat :

1. Jawatan - 15 %
2. Penguasaan sesuatu bidang - 35 %
3. Personaliti - 50 %

Kesimpulannya, sesiapa yang memimpin sebuah organisasi dengan menumpang kelebihan jawatan yang padanya atau apa yang disebut sebagai "formal authority", implikasi kepimpinan berdasarkan kelebihan jawatan ini hanya sekitar 15 % sahaja kalangan pasukan dan mereka yang dipimpinnya. Akhirnya siapa pemimpin yang akan dilihat berpengaruh, demikianlah kuasa personaliti dan kompetensi sebagai sumber terbesar pengaruh seseorang.


Leadership Code (Harvard Bussiness School) mencadangkan anda membuat ujian dan melihat di mana kedudukan anda dalam 5 kategori kepimpinan di atas.


Terima kasih kepada PMIUPM atas kepercayaan yang diberikan untuk menjemput saya.


Profesor Halil Inalchik pernah menyebutkan bagaimana sejak dari 1520 hingga 1596 Masihi, tidak ada pertikaian sedikitpun bahawasanya Usmaniah terbabit dan campurtangan dalam semua isu-isu politik antarabangsa di bawah pemerintahan Sulaiman The Magnificent (1520 – 1566).

“Up to 1596 there was no question of international politics which did not somehow involve the Ottomans.” – Halil Inalchik


Memadai pidato Sulaiman Al-Qanuni menggambarkan kekuasaan Islam sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia :

“I am God’s slave and Sultan of this world. By the grace of God I am head of Muhammad’s community. God’s might and Muhammad’s miracles are my companions. I am Suleyman, in whose name the hutbe is read in Mecca and Medina. In Baghdad I am the shah, in Byzantine realms the Caesar, and in Egypt the Sultan ; who send his fleets to the seas of Europe, the Maghrib and India. I am the sultan who took the crown and throne of Hungary and granted them to a humble slave. The voivoda Petru raised his head in revolt, but my horse’s hoofs ground him into the dust, and I am conquered the land of Moldavia”

“Akulah hamba Allah dan Sultan di dunia ini. Dengan kurniaan Allah jua aku menjadi pemerintah ummat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad (Al-Quran) adalah sahabat setiaku. Akulah Sulaiman yang sentiasa namanya disebut-sebut dalam khutbah-khutbah di Makkah dan Madinah. Aku “Shah” kepada Baghdad, “Caesar” kepada Byzantine, “Sultan” kepada Mesir, yang menghantar armada laut ke lautan Eropah, Maghribi dan India. Akulah Sultan yang telah mengambil mahkota dan takhta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri. Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku jugalah yang telah menawan tanah Moldavia”. (Deklarasi Bender, 1536 Masihi)


Petikan daripada Halil Inalcik, The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 – 1600, (London, Peoenix, 1997), muka surat 41

Buku yang memperincikan kepentingan persiapan Ma'nawi dan Madiyy sekaligus untuk menghadapi musuh-musuh Allah sepanjang zaman.


Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"