Content feed Comments Feed


Tiada yang lebih manis dalam hayat saya terbabit dalam gerakan mahasiswa Islam di kampus melainkan apabila saya akhirnya dapat menyaksikan depan mata saya sendiri generasi pelapis perjuangan di kampus sedang melakukan satu percubaan 'melawan arus' dengan mencabar diri masing-masing menjadi diri yang luar biasa dari kebiasaan dalam satu program menerobos sempadan diri. 


Syukur pada Allah kerana akhirnya Dia mengubah persepsi saya pada adik-adik selepas mereka menonjolkan upaya mereka memperdebat beberapa isu negara dan membentang beberapa kertas kerja ilmiah serta berdebat dengan para juri mempertahan hujah masing-masing. Bukan sekadar persepsi saya sendiri pada mereka berubah, bahkan mereka sendiri mungkin telah berubah persepsi mereka pada diri sendiri dan sesama mereka.


Benarlah, persepsi berubah dengan pengalaman baru mencabar pengalaman silam itu sendiri. Pengalaman baru takkan dapat dicipta tanpa KEBERANIAN.


Generasi baru ini akan terus ghairah merobah sikap yang selama ini menjadi stigma dan 'pattern' negatif mereka yang bergelar 'ahli gerakan mahasiswa Islam' seperti kelemahan dalam penghujahan, tidak impresif dalam pidato, di samping kelesuan dalam kelas, ketinggalan dalam prestasi akademik, sikap kepada pensyarah yang tidak ada bezanya dengan mahasiswa biasa, kemalasan melazimi bahan bacaan primer di perpustakaan, budaya 'assignment google' dan facebook, dan sebagainya.


Lebih terharu lagi ada sekumpulan muslimat pembentang kertas kerja dari disiplin pengajian Pengajian Islam tetapi mampu membuat kertas kerja mengupas isu bukan Islam sebagai peguam syarie, suatu isu perundangan yang serius. Inilah kualiti istai'aab (perluasan ilmu) melebihi dari sempadan disiplin ilmu masing-masing di peringkat pengajian Ijazah yang telah adik-adik saya kini lazimi di UIAM.


Satu kata-kata menarik dari trainer yang bersama dengan saya iaitu saudara Faridzul iaitu ahli gerakan janganlah menguasai isu-isu perundangan dan sebagainya yang di luar dari bidang akademik sendiri hanya semata-mata untuk 'menjawap persoalan jika ditanya' masyarakat, tetapi lebih dari itu jadikanlah ia sebagai persediaan untuk menjadi policy-maker negara satu ketika nanti andainya Allah mengizinkan kemenangan kepada perjuangan Islam. 


Berapa ramai dari ahli parlimen gerakan Islam saat ini membuktikan kompetensi mereka dalam ekonomi dan perundangan walhal mereka secara akademiknya dalam disiplin pengajian yang berbeza.



Lebih dari itu, hasil percubaan ini, generasi ini bukan lagi semata membaca, tapi menulis dan lebih dari itu lagi, mereka bersedia utk dinilai dan dicabar penulisan mereka. GENERASI FENOMENANTAL!

"Persepsi pada diri dan organisasi hanya boleh diubah dan berubah dengan pengalaman baru diri. Pengalaman baru takkan tercipta tanpa suatu proses mencabar diri." - pesanan saya pada nuqaba ISIUKM semasa TOT Nuqaba semalam

"The enemy of my education (process) is my (previous) experience." (Albert Einstein)

0 Responses to Kemanisan Perjuangan Yang Selama Ini Kudambakan

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"