Content feed Comments Feed

Ringkasnya - menggunakan nada bahasa politik Malaysia utk mudah faham trailer cerita yang agak complicated ini (siapa yang tak bosan bila disebut mengenai cerita sejarah). Bahkan, isteri saya telah mengupas dengan lebih baik kelebihan setiap karakter dalam Red Clif ini bagi menjelaskan lagi kekuatan filem ini dalam memberikan pedoman kepimpinan organisasi yang cemerlang. Baca di "Red Clif : Mengingkap Karakter Kepimpinan".

Di akhir zaman pemerintahan Dinasti Han (boleh dibaca : Barisan Nasional), Perdana Menteri Cao Cao (Pak Lah), Perdana Menteri yang sangat licik politikingnya telah berhasil meyakinkan Kaisar Han, bahwa jalan menyatukan seluruh Tiongkok (Malaysia) adalah dengan mengumumkan perang pada kerajaan Xu di Barat dan Wu Timur di selatan (kerajaan "Pakatan Rakyat") yang tidak sealiran dengan kehendak PM Cao Cao. Kelicikan Cao Cao dalam hal ini membuat Zhou Yu (Anwar) dan Liu Bei (Pas) sedar bahawa mereka perlu bersatu membentuk suatu Pakatan berjumlah 200,000 tentera untuk melawan 800,000 bala tentera gergasi Cao Cao.

Di tengah persiapan perang, wilayah Cao Cao diserang wabak penyakit yang menular dan mengakibatkan banyak tenteranya sakit dan mati. Dengan akal licik, Cao Cao tidak mengebumi atau membakar mayat tenteranya yang mati tersebut, bahkan dia mengirim mayat mereka ini ke wilayah musuhnya, Zhou Yu-Liu Bei. Tanpa diduga, Liu Bei (Pas) pergi meninggalkan pakatan Zhou Yu (Anwar) dengan alasan takut ancaman penyakit itu kepada tenteranya. Dengan demikian, Cao Cao - apabila mendengar Liu Bei yang sangat berpengaruh itu telah meninggalkan Pakatan - kini dia merasa bahwa taktiknya telah berhasil untuk memisah dan memecahbelahkan Pakatan. Beliau mula over-confident kemenangan miliknya.

Dengan jumlah pasukan Pakatan kini hanya berjumlah 30,000 orang akibat ketiadaan tentera Liu Bei, Zhou Yu-Zhu Liang tetap memutuskan untuk berperang melawan pasukan Cao Cao yang berjumlah hampir 800 ribu orang itu. Segala taktik membabitkan kekuatan taktikal dan strategik, baik di darat mahupun di laut, disiapkan untuk memenangkan pertarungan berat sebelah ini.

Justeru, apakah taktik luar biasa yang terpaksa dilakukan Pakatan ?

Mematikan perancang perang paling utama melalui strategi adu domba (perpecahan sesama musuh) adalah strategi terpenting dipaparkan dalam filem ini - selain taktik perisikan melalui peranan SB Pakatan iaitu merpati putih dan penyamaran masuk dalam tentera musuh. Ini dapat dilihat apabila Zhu Liang (mastermind perang dan pakar pergerakan alam semulajadi) dan Zhou Yu (pakar taktikal perang) masing-masing bergabung kepakaran memikirkan cara terbaik menumpaskan tentera Perdana Menteri Cao Cao.

Zhu Liang bersumpah akan mendapatkan 100,000 anak panah, manakala Zhou Yu bersumpah akan menyingkirkan Cai Mao dan Zhang Yun, tunjang utama kekuatan angkatan laut Cao Cao (Cao Cao hanya mahir dalam peperangan darat). 100,000 panah sangat diperlukan kerana sebahagian besar tentera Liu Bei telah berundur dari Pakatan dengan membawa pulang ratusan ribu panah masing-masing. Zhu Liang-Zhaou Yu masing-masing mempertaruhkan kepalanya untuk sumpah tersebut dan di sinilah terzahirnya "penghayatan bai'ah" paling tinggi oleh kedua-dua panglima utama itu.


"I have only one dream. A dream for all.
That is we must unite with our heart in one."
- Panglima Zhou Yu

Seterusnya bagaimana mereka berdua melakukan ?

Zhu Liang yang bijak membaca peralihan cuaca, angin, dan kabus dengan sangat tepat - telah membawa 20 buah kapal kosong (dengan beberapa tentera kelasi shj) lengkap dengan jerami telah pergi menghampiri pangkalan laut gergasi Cao Cao. Sengaja bertolak ketika kabus tebal, melanda pangkalan itu, 2 panglima laut Cao Cao - Cai Mao dan Zhang Yun - hanya berani menembak kapal Zhu Liang dengan panah dari kejauhan akibat keadaan kabus tebal memungkinkan perangkap pihak lawan. Akhirnya, Zhu Liang mendapatkan 100 ribu panah dengan mudah dan percuma. Bijak bukan ?

Sementara itu, Cao Cao tidak berdiam diri apabila mendapat tahu beliau dimalukan. Beliau bertindak balas dengan mengutus Jiang Gan - teman baik Zhou Yu dahulu - untuk membuat Zhou Yu menyerah kalah kerana beliau telah kehilangan bala tentera Liu Bei. Namun sebaliknya, Zhou Yu lebih lincah apabila memanfaatkan Jiang Gan untuk membawa berita palsu bahwa Cai Mao dan Zhang Yun, dua panglima tentera lautnya itu akan memenggal kepala Cao Cao jika berpeluang setelah menang dalam perang ini.

Setelah mengetahui hal itu melalui kesamaan tulisan, Cao Cao mula curiga bahwa selama ini kehadiran 2 panglima laut itu adalah suatu taktik untuk membunuhnya dari dalam Barisan. Lantas, setelah mendengar laporan bahwa Cai Mao dan Zhang Yun melempar lebih 100,000 panah secara sia-sia di tengah kabus ke kapal musuh, Cao Cao langsung percaya bahwa mereka sememangnya pengkhianatnya. Ia segera memenggal kepala Cai Mao dan Zhang Yun, tetapi saat mereka dipenggal, ia segera menyedari bahwa ia telah termakan tipuan Zhou Yu - yang juga mahir dalam meniru tulisan - yang mencipta sendiri surat palsu mahu membunuh Cao Cao itu.

Cao Cao pula - yang juga boleh membaca kedatangan angin - sungguh yakin akan kemenangannya ini terutama dengan memanfaatkan angin Tenggara bagi melancarkan bom api guna menghancurkan lawannya. Tetapi dugaannya tersebut ternyata meleset. Cao Cao tidak mampu mengatasi kehebatan Zhu Liang yang lebih "one step ahead" dalam ketepatan pembacaan peralihan angin. Cao Cao tidak tahu menahu wujudnya angin Barat Laut selepas angin Tenggara. Angin Barat Laut mulai berhembus dan Cao Cao mulai diserang apinya sendiri dan api tentera Zhu Liang-Zhou Yu. Armada gergasi kapal perang Cao Cao sangat tidak bersedia dengan keadaan tersebut.

Liu Bei (Pas) pula datang kembali dengan membantu sekutunya tersebut dari arah laut dan daratan. Rupanya pengunduran mereka dari Pakatan rupanya suatu strategi untuk menunjukkan Pakatan sudah lemah pada Cao Cao, lantas dengan itu mengumpan Cao Cao untuk menghantar utusan meminta Pakatan menyerah kalah, namun akhirnya utusan itu digunakan oleh Zhou Yu dari Pakaran. Sah, Cao Cao masuk lagi perangkap.

Bagaimana akhirnya Perang yang merobah sejarah China ini ?

Lihatlah sendiri filem ini, bagaimana Cao Cao dimalukan dengan secawan kopi - baca lebih lanjut di blog ister saya bertajuk "Gerakan Muslimat di sebalik Red Clif", dan kemudiannya formasi "kura-kura", suatu teknik perang yang digunakan ribuan tahun lampau oleh tentera Rom ketika menawan pulau Britain. Akhirnya, 2000 sahaja kapal "Pakatan Rakyat" akhirnya menggempur hingga ke kubu terakhir selepas membakar puluhan ribu kapal-kapal "Putrajaya" sang Perdana Menteri Cao Cao.




Lihat bagaimana fasa akhir serangan balas bom api dan
aksi "rempuh" kapal Pakatan dengan bantuan Angin Tenggara
dan segelas kopi yang telah melekakan Perdana Menteri Cao Cao

0 Responses to Red Cliff 2 : Mengimbau Keagungan Strategi Al-Fateh (Siri 2)

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"