Content feed Comments Feed

Apabila membaca hipotesis Telaah Politik bertajuk "Bacaan Politik Cikgu Pa Betul", saya merasakan "seni perang" Najib - yang kian terdesak menarik kepercayaan rakyat untuk beliau menjadi PM Mac ini - secara zahirnya nampak lebih lincah dari Anwar sendiri. Apa yang digambarkan Telaah Politik persis "the art of war" yang ditonjolkan Raja Liu Bei (baca : Najib Razak dan proksinya) pada Perdana Menteri Cao Cao (baca : bakal PM PR, Anwar) dalam Red Clif II, iaitu strategi menimbulkan sifat over-confident musuh (meyakinkan bahawa mereka telah menang sebelum bertempur) sehingga mengalpakan mereka dari pelbagai perangkap politik luar duga yang akan menyusul selepas ini. Penyusupan sementara adalah kaedah paling ampuh.


Kealpaan itu akhirnya mengundang keangkuhan sehingga Cao Cao menghantar utusan meminta Zhou Yu dan seluruh rakyat Red Cliff (baca : ahli Parlimen BN) menyerah kalah (baca : lompat parti). Namun apa yang berlaku, utusan yang diutus itu rupanya yang paling berkesan digunakan untuk memporak perandakan lagi ketumbukan tentera Cao Cao. Dalam konteks kini, "utusan" itu adalah "16 September". Utusan itu yang sebelum ini adalah utusan Cao Cao (Anwar) kini menjadi utusan Zhou You (Najib). Lihatlah kenyataan Najib semalam apabila ditanya wartawan di mana moral lompat parti jika BN perintah Perak, jawapan Najib adalah jawapan memalukan Anwar dan 16 September : "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September" (Malaysiakini).


"Sepatutnya inilah yang diperhatikan oleh PKR, DAP dan sebahagian pimpinan junior PAS. Sikap terlalu ghairah untuk menarik MP dan ADUN BN untuk melompat parti akhirnya telah memakan diri. Bila mana ADUN Bota menyeberang kepada PR maka kesemua mereka semakin yakin strategi 16 September boleh dicapai dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun keghairahan ini telah menyebabkan mereka alpa sehingga tidak menyedari bahawa ADUN Bota itu sekadar umpan. Hari ini terbukti bahawa keghairahan untuk mendukung amalan melompat parti ini akhirnya memakan diri. BN dan UMNO tidaklah selemah dan sebodoh yang mereka sangka, sebagaimana yang diperingatkan oleh Cikgu Pa." (Telaah Politik)

Dalam Red Cliff - kali ini saya menukar sedikit watak untuk menyesuaikan dengan situasi terkini dan mesej yang cuba saya mahu sampaikan - Liu Bei (baca : proksi Najib iaitu Nasarudin ADUN Bota) meninggalkan panglima Zhou Yu (baca : Pak Lah dan BN) kononnya dengan alasan takut ancaman penyakit itu kepada tenteranya. Dengan demikian, Cao Cao (Anwar) - apabila mendengar Liu Bei yang sangat berpengaruh itu telah meninggalkan "Barisan Nasional" - kini dia merasa bahwa taktiknya telah berhasil untuk memisah dan memecahbelahkan lagi Barisan, dan usaha mengambil alih Tebing Marah atau Red Cliff (baca : Putrajaya) semakin hampir. Namun hakikatnya, perang itu penuh tipu helah. Pengunduran dari Barisan itu hanya taktik sementara dan umpan politik apabila Liu Bei kembali ke pangkuan Umno-BN untuk melancarkan serangan fasa dua pada Anwar dan PR dari dalam.

Saya juga ada membaca pandangan senior saya, saudara Rohan Rozi, ulasan beliau dari kaca mata perang Troy juga agak menarik dan informatif.

"Sejarah bagaikan berulang. Namun manusia bagaikan menutup mata untuk menjadi berhati-hati dari perkara sama boleh berulang. Kemasukan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim kedalam PKR disambut dengan gembira. Bahkah ada yang berfikir bahawa Projek 916 Dato Seri Anwar akan menjadi kenyataan dengan kemasukan Adun Bota ini.

Seperti Orang Troy menyambut kuda Trojan Horse yang dihadiahkan oleh orang Greek. Greek yang sudah kecewa kerana gagal menerobos kubu Troy, akhirnya menghadiahkan sebuah kuda yang di dalamnya diisi dengan tentera mereka. Strategi mereka akhirnya berjaya menyelinap tentera Greek ke dalam kubu Troy.

Seorang penulis buku strategi perang, Robert Greene, menulis sebuah buku The 33 Strategies of War. Beliau mengibaratkan strategi ini seperti
kumpulan anai-anai yang boleh meruntuhkan dari dalam sebuah bangunan yang utuh. Adakah anai-anai 4 ekor ini, Adun Bota, Adun Changkat Jering, Adun Behrang dan Adun Jelapang berjaya mengerit kayu-kayu yang membina sebuah rumah yang dikenali Kerajaan Pakatan Rakyat Perak?"

Hakikatnya, sindrom over confident atau 'ujub ini telah berlaku dalam sejarah Islam iaitu perang Hunain dan lebih awal lagi, perang Uhud. Musuh tidak pernah berdiam diri menunggu para pejuang Islam ditimpa musuh lebih halus dari mereka sendiri iaitu musuh dalam diri, iaitu sikap over confident. Namun sayangnya, peristiwa agung sirah itu hanya menjadi artifak bacaan segelintir politikus dan pejuang Islam tanpa penghayatan dan "ibrah" dalam erti kata yang sebenar.

Apa yang kini berlaku - hasil brainstorming saya dengan zaujah saya - mungkin merumuskan beberapa hidden agenda Najib di sebalik tabir isu pergolakan DUN Perak ini, panglima perang BN ialah suatu usaha atau gimik untuk mewujudkan akta lompat parti di Parlimen supaya mimpi ngeri 916 tidak berulang walaupun BN sendiri akan rugi dari akta ini, ataupun untuk mengalih isu lebih besar Malaysia iaitu masalah ekonomi makin tenat dan perjuangan gerakan mansuh PPSMI yang kian mencapai klimaksnya (pandangan Rausyanfikir, saudara Faisal) serta menampakkan bahawa kemenangan tipis PR di DUN Perak jika berlaku di mana-mana DUN dan Parlimen Malaysia kelak - juga mungkin juga sahabat-sahabat aktivis Pro-M di UM yang lebih 1 kerusi - adalah sesuatu yang tidak akan memberikan keselesaan pentadbiran kepada rakyat. Doktrin hanya BN boleh memerintah dengan selesa akan terus dimainkan.

Bagi saya, apa yang lebih berbahaya dari itu adalah serangan halus Najib untuk membunuh semangat "916" yang dilancarkan oleh DSAI. Hujah rakyat menolak kerajaan 'lompat' Perak kini pastinya akan diulangtayang oleh BN dan rakyat jika 916 kelak kembali berkokok di peringkat Parlimen. Senjata halus Najib ini mampu membunuh karakter Anwar dan integritinya di mata PR. Hasrat Najib untuk pecahbelahkanlah Anwar dan PR semakin hampir - setelah gagal karakter itu dibunuh di Permatang Pauh melalui Saiful Bukhari,. Apatah lagi serangan pembelian ADUN dihalakan kepada PKR yang berada di bawah telunjuk DSAI. Saya sangat tertarik dengan pandangan tarbawi Prof Dr Hj Hamirdin bin Ithnin (DetikDaily).

"Mujurlah Allah menggagalkan projek 916. Sekarang taktik yang sama digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Perak. Sudah tentu taktik tersebut adalah taktik busuk. Mujur taktik katak dijaguhi oleh UMNO. Kita akan bersih dan kelihatan bersih dari sekarang sehinggalah ke generasi akan datang. Allah telah merestui kita yang mendokong perjuangan Islam yang mesti melalui jalan berisiko dengan cara mengagalkan jalan pintas 916. Itulah tarbiyyah dari langit untuk Anwar."

Apapun, mungkin juga Anwar menggunakan projek 916 dahulunya untuk semata-mata menggertakberukkkan BN sehingga lebih besar suara-suara anti-establishment dalam BN sendiri. Kata Zainulfaqar, 916 adalah psi-war untuk memecah blok pemikiran tradisi rakyat kononnya hanya BN boleh perintah. 916 dibuat untuk memecah blok pemikiran segenap peringkat rakyat dari petani ke CEO, dari kanak-kanak kecil sehinggalah warga emas, kesemuanya mampu bercakap mengenai "BN nak dijatuhkan ? Kenapa ? Bagaimana ?" Kemudian, Anwar tidak melakukan 916 itu dengan pelbagai alasan kerana memahami isu integriti yang akan dipertikaikan rakyat.

Kini, Najib guna projek 916 itu untuk BN, tanpa sebarang cakap-cakap politik seperti Anwar, Najib terus buat. Tapi rakyat nampak jeliknya politik Najib-BN. Jeliknya politik lompat parti ini. Adakah 916 umpan licik Anwar untuk Najib guna dan kini telah menggunakannya di Perak ? Sesetengah penganalisis politik melihat tragedi kejatuhan kerajaan negeri Perak secara tidak demokratik kini akan menjadi stimulus dan batu loncatan terbesar BN akan nazak, mati dan dikebumikan dalam PRU akan datang. Wallahu a'lam. Politik ini kekadang gila, saya tidak mahu berlebihan dalam hal itu, sekadar bermain-main dengan dunia brainstorming.

Apapun, antara pengajaran terpenting adalah betapa pentingnya bimbingan ulama dalam menunjangi semarak "matematik" dan percaturan strategik gerakan dalam menumbangkan kerajaan sekular penjenayah rakyat. Pesanan Tok Guru - yang pernah saya rakamkan kekuatan "firasat politik" beliau dengan bantuan Allah (lihat posting saya sebelum ini pada tahun lepas mengenai temuramah saya dengan SU Politik Tok Guru, Annuar Bakri) - supaya berhati-hati membuat kenyataan, jangan membuat kenyataan angkuh pada pihak musuh selepas Pas mencapai kemenangan di Kuala Terengganu seakan-akan menjelaskan kebimbangan Mursyidul Am Pas itu pada kelekaan PR dan ujian besar menanti di sepanjang jalan mengisi kemenangan. Tok Guru sendiri pernah menyebut pada 22 Mac 2008 :

''Lompat parti ini bukan kerja orang politik tetapi kerja orang yang makan upah. Sebab masa kita hendak menang jadi wakil rakyat... mengundi bukan main lagi tetapi lepas itu, dia main-main lompat. Bukan manusia kalau boleh jual beli undi. Orang itu tak reti dosa pahala kalau dia reti dia tak lompat, orang yang faham tak buat macam itu."


Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."


Apapun, doa saya agar kesemua ini tidak berkesudahan dengan kemenangan kepada BN, tetapi kepada PR dan perjuangan Islam. Dan saya juga berharap Anwar dan strategist belakang tabirnya mampu mengemukakan agenda "control damage" dan counter-attack berkesan bagi memulihkan keyakinan pada PR. Yang penting rakyat semakin nampak jelik dan kotornya politik Umno-BN-Najib.

2 Responses to Kemelut Perak : Strategi Zhou You Dinasti Han (Perang Tebing Merah)

  1. perang ialah tipu daya n perangkap.

     
  2. hambaALLAH Says:
  3. salam..

    semoga islam terus bersinar indah..
    semoga kemenangan berpihak kpd islam..
    ALLAHUAKBAR!

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"