Content feed Comments Feed

"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan. Politicians think for the next election, statesmen think for the next generation.

Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Almarhum Ahmed Deedat, Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Sheikh Tariq Ramadhan, Sayyid Mohamed Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita.... demi mempelopori pemikiran intelektual dalam memangkin kewujudan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement dikalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini." - YB Salahudin Ayub, Mantan KP DPPP, Muktamar Pemuda ke-49


Syukur pada Allah kerana memberikan kesempatan kepada saya dan isteri untuk mengikuti talk "Is Liberty an Islamic Value?" dan "Islam and West : Conversation With History" oleh Prof Dr Tariq Ramadhan, (website di sini) seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak almarhum Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna pada 13 dan 14 Julai 2010. Bapa beliau, Said Ramadan berhijrah ke Switzerland selepas Al-Imam Al-Banna dibunuh pada tahun 1949 dan membuka Pusat Islam di bandar Geneva.

Meskipun pelbagai bicara 'kedai kopi' yang saya dengar dari mereka yang tidak senang dengan Prof Dr Tariq Ramadhan, namun itu tidak menghalang saya mencari hikmah dan ilmu serta 'pengajian sikap' dari sesiapa sahaja khususnya ketika diri bergelar pelajar di dunia akademik.

Apakan daya apabila maklumat di Wikipedia dan yang sewaktu dengannya lebih dipercayai oleh segelintir ilmuan sehingga persepsi  dan "simple-minded judgement" menghalang diri untuk mengenali dirinya dan mendekati pemikiran tokoh intelektual dunia ini dengan lebih dekat. Sesungguhnya musuh kepada proses pendidikan seseorang adalah pengalamannya yang silam yang telah membentuk tabir penghalang pada dirinya untuk terbuka menanggapi sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Abdullah bin Mubarak pernah menyebut : "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim selama mana dia (dalam proses) menuntut ilmu. Tatkala telah datang padanya persepsi bahawa beliau sudah menjadi alim, maka (saat itu bermula) jahillah dia."
Insya-Allah, dalam posting akan datang, saya akan merekodkan isi perbincangan dalam 2 pidatonya sebelum ini untuk pencerahan minda bersama. 

 

Nama beliau mula terkenal apabila beliau pernah berdebat dengan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy. Beliau telah menghasilkan 20 buah buku di samping telah menulis beratus-ratus artikel. Boleh berbahasa Inggeris, Perancis dan Arab dengan fasih. Paling membimbangkan pemikir-pemikir Barat ialah idea beliau mengenai konsep “European Muslim”  yang boleh ditatapi di dalam bukunya “To Be a European Muslim“. Prof Tariq Ramadhan mewarisi pemikiran dan akhlak seorang ilmuan Islam Professor Dr.Ismail Raji’e Faruqi yang memperkenalkan dengan konsep “The Islamization of Knowledge”.


Ramadan’s chosen task is to invent an independent European Islam: “We need to separate Islamic principles from their cultures of origin and anchor them in the cultural reality of Western Europe.” “and that’s a revolution.” With 15 million Muslims on the Continent, Ramadan believes it’s time to abandon the dichotomy in Muslim thought that has defined Islam in opposition to the West. “I can incorporate everything that’s not opposed to my religion into my identity,” he says. (petikan di sini)

 
Kemampuan beliau untuk menjadi 'jambatan' antara Muslim dan Eropah (Barat) bukanlah suatu keupayaan yang mudah. Sememangnya menjadi jambatan bererti bersedia untuk menjadi korban yang dipijak-pijak semata-mata untuk menghubungkan antara dua destinasi yang berbeza persepsi antara satu sama lain kerana faktor sejarah dan peradabannya, khususnya selepas 'projek' WTC 911 oleh AS. 


Setiap suku kata yang dituturnya secara fasih termasuk ketika membaca ayat-ayat al-Quran mempunyai nilai dan maksud yang sangat mendalam, sehingga saya merasai sendiri mukjizat al-Quran apabila beliau memetiknya sebagai asas penghujahan beliau dalam sesuatu premis pendirian. Kini, saya berhasrat untuk mendapatkan karya besar beliau seperti What I Believe dan Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation sebagai suatu kefahaman tambahan pada saya mengenai bagaimana cara berfikir Muslim di Eropah.

Berada di belakang potret Muhammad al-Fateh di Istac, tinggalan berharga dari Naqib al-Attas. 

Asas dari permulaan surah Ar-Ruum yang dibacakan di awal perbincangan di Senate Hall cukup menyentuh hati dan menyerlahkan mukjizat al-Quran dan kehebatan aqidah dan 'worldview' para sahabat anak didik Rasulullah S.A.W.


Ulama yang hebat bukan sekadar pada idealisme dan manhaj pemikiran sahaja, tetapi terletak pada sikapnya dengan penyokong mahupun lawannya. Inilah yang berlaku di Istac baru-baru ini apabila Prof Tariq meraikan satu soalan ketika sesi Q & A yang rupanya si penyoal tersebut melakukan 'serangan' peribadi ke atas beliau dengan membandingkan beliau dengan datuknya Imam Hassan al-Banna. 


Ketika seluruh hadirin mula berang atas sikap dan naik suara si penyoal secara terang-terangan di hadapan beliau, beliau meminta seluruh hadirin menenangkan diri dan memberikan peluang pada si penyoal menamatkan soalan atau kritikan, namun keadaan si penyoal makin tidak terkawal. Lantas, beliau memberikan jawapan dan penjelasan atas semua persoalan yang telah diajukan kepadanya dengan tenang, hujah yang sangat tajam dan bernas. Ramai terkasima dengan jawapan beliau lantas mahu memberikan tepukan gemuruh, namun beliau awal-awal lagi melarang peserta menepuk tangan.


Saat dinantikan, 2 tokoh pemikir Islam akan memberikan pidato "Islam n The West : Conversation With History". Prof Kamal Hassan dan Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall


Akhirnya saya memahami bagaimana sepatutnya Muslim melihat diri mereka sendiri dan melihat "The West" dari Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall. Petang kemudiannya berguru pula dengan Prof Ataullah Boghdan Kopanski dlm 'introduction' to Introduction of History. Akhirnya saya bertemu dengan seorang lagi guru besar 'sefikrah' dengan saya dalam kajian filem Hollywood, CIA, freemasonic electronic agendas, warfare strategy. HISTORIA MAGISTRA VITAE EST!

"The true liberty and freedom is only when you feel the peace in your heart with iman." - Prof Dr Tariq Ramadhan, seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna, pidato " Is Liberty an Islamic Value?" di ISTAC pada 13 Julai 2010



Hari ini genaplah 28 tahun kelahiran saya. 20 Julai 1982. 20 Julai juga adalah tarikh bersejarah US menipu dunia mengenai Neil Armstrong berjaya mendaratkan kaki di bulan. Lihat filem National Treasure 2, you'll find the answer in that 'co-incidental' scripts.

Petang tadi, kepenatan di tempat kerja tidak menghalang saya menyusun jadual kuliah mingguan setiap Isnin jam 6-7 petang dengan members Ma'ruf Club menggunakan kitab "Al-Qasas Al-Qurani: ‘Ardh Waqaa’ie wa Tahleel Ahdath" karangan pakar tafsir dr Jordan, Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Teringat saya pada kisah teman-teman di Jordan bagaimana tafsir "Alif, Laam, Mim" beliau, 3 huruf yg memakan masa 2 jam ! Akhir kuliah ini, menjadi harapan saya adik-adik akan rasai mukjizat kisah-kisah sejarah dlm Al-Quran dan bagaimana ia membaca hari ini dan masa depan akhir zaman.

Pada malamnya, saya membantu teman-teman seangkatan perjuangan menampal poster sebuah program dakwah bernama KARIB 2010 yang bertujuan menarik seramai mungkin anak-anak muda mendekati Islam dan gerakan Islam di sekitar Gombak.

Sudah lama saya merindukan kerja-kerja di peringkat akar umbi (grassroots) ini kerana negarawan muda mesti belajar bermula dari bawah, merasai keperitan gerakerja para aktivis dan melihat realiti masyarakat secara live pada 12-1 pagi di waktu malam sambil menampal poster dalam keadaan penuh berjaga-jaga :)





Dapat hadiah luarbiasa dari isteri, buku "American 1st Banned Book : Final Judgement (The Missing Link in the JFK Assassination Conspiracy)" by Michael Collins Powel. Nampaknya isteriku sgt mmahami mindaku. Terima kasih pd smua teman-teman yang sudi wish hari 'penuaan' saya :)

Ada 4 cara bagaimana perencanaan gerakan sulit didedahkan :

1) Ahli pakatan sulit itu sendiri cuai atau mati lantas dokumen terbocor.

2) Pegawai atasan yang mulanya menjadi ahli, kemudian berpaling tadah dan sedar dari kesilapan mereka 

3) Ahli sarjana akademik yang menyelidik dgn teliti 

4) Individu pakatan sulit itu sendiri yang mendedahkan sebagai tanda kebanggaan atas kejayaan perencanaan mereka.

(hal 136, Sejarah Pemikiran 1, Dr Sulaiman Nordin)


Selepas 'sihir' sotong Paul di World Cup 2010 dan terbaru pemilihan Presiden Rusia dipropagandakan ke seluruh dunia, kini The Sorcerer's Apprentice tampil menonjolkan kuasa sihir 'Dajjal' yang pernah digunakan Merlin di Great Britain utk menguasai dunia. Nicolas Cage terus jadi proksi mendedahkan Hollywood 'hidden agenda' mengenai Illuminati-Freemason. Agenda 'hitam' proksi Dajjal-NWO makin dahsyat.

Saya bercakap mengenai sotong Paul bukan bertujuan mempromosikannya sebagaimana seorang kolumnis muslim sebuah akhbar pd hari ini. Saya menyebutkannya sbg sihir supaya orang Melayu Muslim yang terus menyebut 'kehebatannya' faham bahawa kepercayaan pada kemampuan sotong itu adalah sebahagian dari kesyirikan dan khurafat. Lebih dari itu, saya cuba membawa teman-teman berfikir apa sebenarnya tujuan media antarabangsa menghangatkan peranan sotong tersebut dalam WC dan terbaru dalam pemilihan Presiden Rusia. Dari sukan dunia ke politik dunia, ini sudah melampau dan seolah-olah mempunyai tujuan tertentu.


Maafkan saya kerana tidak gemar untuk simple-minded dalam menanggapi propaganda media antarabangsa.

Keyakinan pada Allah adalah suatu asas kemenangan. Namun belum mencukupi jika kita tidak mengenal senjata dan kaedah sepak terajang musuh-musuh Allah dalam menguasai minda manusia dan umat Islam.

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit. Dia mengabdikan diri utk mendirikan zaman keemasan utk menyiapkan kemunculannya kembali ke bumi, zaman Saturn/Cronos, di mana tuhan merestuinya sbg Avatar yg sbnr." (The Merlin of Porius, John Cowper)

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yg sebenar, dan hanya akan muncul pada akhir zaman." (Merlin : Shaman, Prophet Magician oleh John Mathhews)

Tribute dan kredit atas kajian akademik Tuan Khalid Yahya, Misteri Kemunculan Dajjal.


Tiada yang lebih manis dalam hayat saya terbabit dalam gerakan mahasiswa Islam di kampus melainkan apabila saya akhirnya dapat menyaksikan depan mata saya sendiri generasi pelapis perjuangan di kampus sedang melakukan satu percubaan 'melawan arus' dengan mencabar diri masing-masing menjadi diri yang luar biasa dari kebiasaan dalam satu program menerobos sempadan diri. 


Syukur pada Allah kerana akhirnya Dia mengubah persepsi saya pada adik-adik selepas mereka menonjolkan upaya mereka memperdebat beberapa isu negara dan membentang beberapa kertas kerja ilmiah serta berdebat dengan para juri mempertahan hujah masing-masing. Bukan sekadar persepsi saya sendiri pada mereka berubah, bahkan mereka sendiri mungkin telah berubah persepsi mereka pada diri sendiri dan sesama mereka.


Benarlah, persepsi berubah dengan pengalaman baru mencabar pengalaman silam itu sendiri. Pengalaman baru takkan dapat dicipta tanpa KEBERANIAN.


Generasi baru ini akan terus ghairah merobah sikap yang selama ini menjadi stigma dan 'pattern' negatif mereka yang bergelar 'ahli gerakan mahasiswa Islam' seperti kelemahan dalam penghujahan, tidak impresif dalam pidato, di samping kelesuan dalam kelas, ketinggalan dalam prestasi akademik, sikap kepada pensyarah yang tidak ada bezanya dengan mahasiswa biasa, kemalasan melazimi bahan bacaan primer di perpustakaan, budaya 'assignment google' dan facebook, dan sebagainya.


Lebih terharu lagi ada sekumpulan muslimat pembentang kertas kerja dari disiplin pengajian Pengajian Islam tetapi mampu membuat kertas kerja mengupas isu bukan Islam sebagai peguam syarie, suatu isu perundangan yang serius. Inilah kualiti istai'aab (perluasan ilmu) melebihi dari sempadan disiplin ilmu masing-masing di peringkat pengajian Ijazah yang telah adik-adik saya kini lazimi di UIAM.


Satu kata-kata menarik dari trainer yang bersama dengan saya iaitu saudara Faridzul iaitu ahli gerakan janganlah menguasai isu-isu perundangan dan sebagainya yang di luar dari bidang akademik sendiri hanya semata-mata untuk 'menjawap persoalan jika ditanya' masyarakat, tetapi lebih dari itu jadikanlah ia sebagai persediaan untuk menjadi policy-maker negara satu ketika nanti andainya Allah mengizinkan kemenangan kepada perjuangan Islam. 


Berapa ramai dari ahli parlimen gerakan Islam saat ini membuktikan kompetensi mereka dalam ekonomi dan perundangan walhal mereka secara akademiknya dalam disiplin pengajian yang berbeza.



Lebih dari itu, hasil percubaan ini, generasi ini bukan lagi semata membaca, tapi menulis dan lebih dari itu lagi, mereka bersedia utk dinilai dan dicabar penulisan mereka. GENERASI FENOMENANTAL!

"Persepsi pada diri dan organisasi hanya boleh diubah dan berubah dengan pengalaman baru diri. Pengalaman baru takkan tercipta tanpa suatu proses mencabar diri." - pesanan saya pada nuqaba ISIUKM semasa TOT Nuqaba semalam

"The enemy of my education (process) is my (previous) experience." (Albert Einstein)


Pengalaman luarbiasa! 


Selepas talk "Vandalisme Remaja : Meneropong Akar Masalah" di Darul Quran JAKIM pagi semalam di hadapan mahasiswa DQ, para pelajar dari MRSM dan IKBN serta ibubapa, saya dibawa melihat sendiri tali gantung dan sebat yang 'original' oleh pegawai penjara dan mendapat taklimat mendalam dan 'menakutkan' dari mereka mengenai 'rekod' tali gantung dan rotan sebut tersebut pada beberapa penjenayah sebelum ini.


Sekalung tahniah saya ucapkan pada kelab Kaunseling Darul Quran JAKIM atas usaha 'merakyatkan' huffaz sebagai 'problem solver' krisis sosial remaja pada hari ini. Merupakan satu idea 'brilliant' apabila para huffaz tidak dibiarkan sahaja terus berada di atas 'tikar sejadah' semata-mata walhal al-Quran di dada seharusnya dibuktikan keunggulannya bukan semata di bibir, tetapi secara praktikalnya unggul mengemukakan solusi kepada permasalahan ummah dan generasi muda di luar sana.


Para huffaz perlu membuktikan bahawa mereka bukan sahaja menguasai TEKS al-Quran, tetapi juga KONTEKS itu sendiri, sehingga mereka mampu menjadi al-Quran yang 'bergerak' masuk ke dalam hati ke hati masyarakat.


Pada masa yang sama, para pelajar sekolah dan ibubapa yang dijemput hadir ke DQ dipertontonkan dengan 'live' tentang kesudahan hidup para penjenayah dan mereka yang gagal mengurus arah tuju hidup dengan gambar-gambar 'menakutkan' di sebalik tirai besi.


Tahniah Kelan Kaunseling DQ, anda menjadi model pd persatuan-persatuan mahasiswa Islam di IPTA dan IPTS untuk terus memikir dan meningkatkan aktiviti-aktiviti servis mahasiswa pada ummah.

Paradigma terhadap sejarah bisa berubah dengan kepelbagaian seminar dan madrasah yang kita hadiri.

Albert Einstein pernah menyebut bahawa musuh kepada proses pendidikan seseorang adalah pengalamannya yang silam (yang membentuk tabir penghalang pada dirinya untuk terbuka menanggapi sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza).

Abdullah bin Mubarak pernah menyebut : "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim selama mana dia (dalam proses) menuntut ilmu. Tatkala telah datang padanya persepsi bahawa beliau sudah menjadi alim, maka (saat itu bermula) jahillah dia."

Selasa, 13 Julai ini, 8.30 pagi - 1 petang di Senate Hall UIAM, selaku pengkaji tegar hubungan Islam-Barat di era Muhammad Al-Fateh dan Sulaiman Al-Qanuni, saya akan hadiri seminar disampaikan Prof. Dr Tariq Ramadhan. This lecture will focus on the very long history and traditions between Islam and the West. Seperti biasa, fokus saya pada "the law of challenges & responses" untuk dimanfaatkan pada perjuangan Islam kini.


Historically Islam was shaped by men in politics to legitimize their power, to make the state an instrument of faith, and to invest those in power with an aura of sacred authority. This tendency has led to the prevailing trajectory in Islamic history that turned toward authoritarian politics and the construction of an Islam supportive of politics that are contrary to the core value of liberty that Islam intrinsically represents.


In the dialectic of many traditionalists and salafis alike, concepts of human rights, democratic principles, equality before the law, and religious freedom are incompatible with Islam. On the other spectrum, there is a great intellectual movement within the Muslim world that considers liberty as one of the higher objectives of the divine law, the maqasid asy-syari’ah, reverberating through societies, providing the moral basis upon which the institutions of democracy and civil society to be established. And this includes the freedom of conscience, freedom to speak out against tyranny, and a call for reform and renewal.


This lecture will seek to clarify the debate by examining the compatibility of the religion of Islam with classical liberal values of individual liberty and religious freedom, and will focus on trends and developments related to the concept of liberty in Muslim societies and prospects for the future.


The relationship between the West and the Muslim world is a critical dynamic of our time. The factors creating tension, doubt and misunderstanding are many and varied, as are those who would exploit them. The architects of “global chaos theories” forecasted a world divided along religious, civilizational lines that seemed to be slipping over a precipice into an epoch of ethnic and cultural violence. Muslims would predictably contest and clash with non-Islamic world. According to this argument, Islam operates as a collective agent whose tendencies to violence and traditionalism transpose the religion as an intransigent enemy to global pluralism, representing its greatest threat and most defiant opponent.


Yet there is nothing inevitable about this state of affairs. All our authentic religious traditions uphold the value of peace. History has shown it is quite possible to live with a diversity of cultures and religions and that societies can be enriched rather than threatened as a result.


This lecture will focus on the very long history and traditions between Islam and the West, and the necessity to build upon the humanistic commonality even as we better understand and address our real differences. The affirmation and realization of universal human principles is a challenge that goes beyond Muslim-West relations to encompass the state of the world as a whole.

Konvokesyen UIAM 2008 bersama Ummi tersayang dan tunang saya (pada masa itu), Nurul :)

Hari ini adikku Hajar akan masuk UIAM Gombak dan adikku Ehsan akan masuk UiTM Shah Alam. Terima kasih pada arwah ayah tersayang kerana mendidik kami dengan rotan dahulunya utk mementingkan soal pendidikan sejak dari kecil. 


Kemasukan kali ini menyaksikan buat kali seterusnya mahasiswi menguasai IPTA. 40,886 siswi versus 20,141 siswa akan mendaftarkan diri utk Program Ijazah Pertama IPTA 2010/2011 . 64.8 % kampus terus didominasi mahasiswi. "Gerakan Muslimin" perlu lakukan sesuatu jika mahu terus 'berpengaruh' di pentas akademik dan politik kampus.

Khusus buat adik-adikku yang akan mendaftarkan diri sebagai mahasiswa mahasiswi baru di IPTA tidak lama lagi, sedikit pesanan dari abang buatmu adik-adik, semoga ada hikmah pada kalam yang akan abang petik ini untuk renungan bersama. Abang sendiri telah melalui alam kampus. Cukup tidak bermakna seorang mahasiswa yang hanya tahu mengejar segulung ijazah namun gagal untuk MENCABAR dirinya merebut satu lagi ilmu yang jauh lebih bermakna yang bernama ilmu "PENGALAMAN".

 Pengalaman berdemonstrasi membantah kekejaman Zionis, saya mewakili GAMIS UIAM pada masa itu memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris, pengalaman yang tidak pernah lagi saya tempuh sepanjang hayat bergelar mahasiswa selepas peristiwa ini.

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.”- Prof. Ungku A. Aziz (1973)

 Nota saya pada adik-adik pemimpin pelajar di SMA Imtiyaz Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini

"Berpersatuanlah wahai adik-adikku ketika di sekolah, kerana ilmu PENGALAMAN dan pendidikan SIKAP tiada dalam kelas. Kesilapan adalah harga yang terlalu mahal untuk membeli sebuah KEMATANGAN. Pembelajaran yang hanya tahu mengajar PENGETAHUAN tetapi tidak memberi PENDIDIKAN kepada sikap dan emosi hanya mengundang kehebatan akal fikiran yang dipandu oleh hawa nafsu." - Ustaz Syaari (kenangan di SMA Imtiaz Kuala Berang, Terengganu)

Ilmu 'pengalaman' mengurus sepasukan teman-teman seperjuangan dahulu, jangan terkejut melihat saiz badan saya dahulu. Bersama sahabat paling setia dahulu, arwah Ahmad Syukri Abdul Kadir (paling kanan)

Ilmu 'pengalaman' menguruskan sebuah kolisi dakwah Wufi-Pkpim-Karisma di UIAM dahulu

Ilmu 'pengalaman' bersama pimpinan PMRAM sempena ziarah mahabbah Gamis ke Kaherah pada 2007

Menjelang kemasukan pelajar baru ke IPTA esok lusa, pesanan saya kepada adik-adik yang hadir ke kampus hanya semata-mata utk mengejar sekeping kertas bernama 'ijazah', lebih baik lihat dahulu sebuah filem bertajuk "3 Idiots". Filem itu akan mengajar kita kesudahan sebenar proses pembelajaran anda sekiranya hanya kecemerlangan di pentas peperiksaan sahaja yang menjadi ukuran kejayaan dalam hidup.  Filem ini boleh menjadi kontroversi kepada para penggubal dasar pendidikan di Malaysia. Ia menjawap persoalan kenapa negara paling banyak universiti (baca: upaya IQ tinggi) seperti Amerika Syarikat (5,758 universiti) dan India (8,407 universiti) juga mendahului carta manusia paling ramai membunuh diri akibat tekanan hidup.

Saya pernah menulis lama sebelum ini di sini mengenai peringatan Prof. Allan Bloom di dalam buku The Closing of American Mind (1987). Buku ini mendedahkan suatu fenomena yang telah melanda generasi mahasiswa universiti di Amerika Syarikat yang sewajarnya perlu dijadikan iktibar kepada semua rakyat Malaysia, khususnya mahasiswa Islam.

Menurutnya, berbeza dengan kelompok pelajar daripada Eropah, generasi pelajar di Amerika memasuki universiti dengan keadaan memiliki minda yang kosong, digambarkan dengan ungkapan the clean slate kerana minda mereka lazimnya tidak diperkukuh dahulu oleh mana-mana karya besar penulis dunia Barat. Jika dibandingkan dengan para pelajar dari Perancis sebagai contoh, minda mereka terlebih dahulu telah diperkaya oleh karya-karya Nietzsche, Russuoue, Descartes dan sebagainya.

Justeru, kehadiran mahasiswa yang sudahpun terdedah dengan pembacaan karya-karya besar ini ke universiti pada hakikatnya membantu menjadikan usaha pembelajaran mereka lebih terarah, atau pendek kata memurnikan tujuan "kewujudan" mereka di menara gading dan fungsi mereka sebagai "mahasiswa". Mereka akan terus mencari dan memperdalam pengetahuan asas ini, berbeza dengan pelajar Amerika yang sebaliknya lebih bersifat mencari arah dan haluan di universiti.

Sesungguhnya, orang yang berjiwa kerdil sering bercakap tentang perihal orang lain manakala insan yang berjiwa besar pula akan lebih bercakap tentang idea. Untuk mendapatkan idea yang baru, tidak dapat tidak, kita haruslah membaca. Membaca pula bukanlah bererti membaca seadanya, tetapi pembacaan kita perlulah mampu meransang dan menggerakkan minda untuk berijtihad dalam suasana yang dihadapi di hadapan mata. - Rijal82


Perhatikan petikan kata-kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah ketika syarahan Perdana Abdullah Munshi, yang berlangsung di KUIS, 25 Jun 2010 baru-baru ini (kredit kepada blogger si Syahid) :

Mahasiswa yang berorientasikan bilik kuliah adalah mahasiswa dungu di abad ke 21. Mahasiswa yang fokusnya untuk peperiksaan adalah mahasiswa statik yang tidak memberi impak kepada sekelilingnya. Mahasiswa yang rigid dengan silibus buku teks pensyarah adalah manusia ketinggalan dalam dunia keterbukaan ilmu.

Mahasiswa kurun ke 21 adalah mahasiswa yang meneroka, mengkaji, menjelajah dan menulis. Jika unsur-unsur seperti ini tiada pada diri mahasiswa maka mahasiswa akan ketinggalan dalam era serba fakta dan berilmu pengetahuan.

Seruan untuk menjadi 'orang baru' adalah seruan penting penuh bermakna. Sejarah mencatatkan betapa bernilainya menjadi orang baru yang bermanfaat kepada orang lain pada masa mendatang. Menjadi orang baru bererti melawan arus masyarakat semasa. Bertentangan dengan adat lazim manusia semasa. Menjadi orang baru meninggalkan jauh masyarakat ke belakang dan mengejar mutiara beharga di hadapan tanpa perlu menunggu masyarakat menerima dahulu.

Betapa ramai tokoh orang baru pada masa dahulu yang kini menjadi sebutan, bukti maha penting orang baru untuk membentuk masyarakat masa hadapan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (729H/1328M) terkenal sebagai orang baru di tengah-tengah masyarakat zamannya. Justeru itu pandangannya jauh berbeza dengan pandangan masyarakat semasa ketika itu. Padahnya beliau mati di jeriji besi di bawah penguasaan diktator yang sombong. Tapi manfaatnya sehingga kini fikrahnya, hujahnya, idealismanya dan prinsipnya megah diamalkan masyarakat beragama dan telah melahirkan jutaan ulama' yang hebat dan agung.

Al-Ghazali, satu contoh orang baru dizamannya. Nah, di umur 40 tahun sudah ratusan kitab dikarangnya. Sehingga nyawa dicabut pada umur yang muda, tapi meninggalkan khazanah ilmu yang maha hebat.

Di Tanah Melayu, muncul tokoh seperti Abdullah Munshi yang menjadi orang baru di zaman kegelapan masyarakat melayu ketika itu. Di saat masyarakat yang sibuk dengan perkara-perkara tahyul, seperti jin, hantu, syaitan dan iblis, Abdullah Munshi keluar dari bayangan kegelapan itu dengan menghasilkan karya penulisan yang gah sehingga ke hari ini.

Pada ketika itu beliau menulis tentang keburukan sikap lelaki Melayu Kelantan yang pemalas, duduk bersilang kaki di wakaf-wakaf, sedang wanitanya bertungkus-lumus bekerja di sawah padi dan di pasar-pasar. Walau ketika itu kritikan ini mendapat serangan negatif masyarakat ketika itu, tapi jelas terbukti kebenarannya pada masa sekarang. Lihatlah di majlis-majlis ilmu, berapa ramai mahasiswa hadir untuk mendengar berbanding mahasiswi. Bukti jelas kebenaran kata-kata Abdullah Munshi, ratus tahun dulu.

Inilah antara bukti betapa penting menjadi orang baru. Kita tak mahu menjadi solid seperti Ibnu Taimiyyah, Imam Ghazali, Ibnu Sina atau Abdullah Munshi. Kerana tokoh-tokoh yang sering kita sebut ini adalah hafalan di mulut semata-mata. Retorik kepada diri kita sahaja. Tapi kita mahu menjadi orang baru di zaman kita, sepertimana mereka menjadi orang baru di zaman mereka.

Jadi tiga gagasan yang ingin disebutkan ini merupakan faktor besar kepada perubahan mahasiswa bermula hari ini. Iaitu reformist, revivalist dan penjelajahan.

Mahassiwa hari ini perlu bersifat reformist pada diri dan masyarakat sekeliling. Suara kebangkitan perubahan perlu disokong dan didokong. Sudah 50 tahun mahasiswa dijajah pemikirannya dan berpuluh tahun juga mahasiswa disekat kebebasannya untuk bersuara. Jadi mahasiswa perlu bangkit untuk tidak lagi rasa dibelenggu dengan sekatan-sekatan itu.

Ruang untuk bergerak masih luas walau beratus rantaian dan sekatan kepada mahasiswa. Jangan sekali-sekali berhenti. Mahasiswa matang apabila mampu membangkitkan suara perubahan dan menggerakkan gagasan perubahan tanpa bimbang dengan sekatan-sekatan yang kecil itu.

Kemudian mahasiswa perlu bersikap revivalist, iaitu menggerakkan kebangkitan suara perubahan. Jangan menunggu suasana yang membangkitkan perubahan, tapi kitalah yang mencetuskan suara kebangkitan itu. Kalau mahasiswa menjadi penunggu setia di era kebangkitan generasi Homo Zapiens, nescaya mahasiswa akan kalah dan bakal menjadi mahasiswa kuno di kurun ke 17.

Jika mahasiswa Australia mampu membaca 180 biji buku setahun kenapa kita tidak mampu mengejar dengan sekurang-kurangnya membaca 50 biji buku setahun.

Gagasan yang ketiga ialah mahasiswa perlu menjelajah. Sungguh aib dan bodoh di kurun ke 21 ini, masih ramai lagi mahasiswa yang asyik menunggu cuti semester untuk pulang ke kampung halaman, membuang masa kosong tanpa memberi apa-apa manfaat. Jadikan masa cutimu untuk menjelajah segenap pelosok tempat yang boleh memberi satu pengalaman baru kepadamu.

Sekurang-kurangya bila berada di kampung, kajilah berapa ramai penduduk kampung yang masih belum mendapat bekalan air. Usahakan sesuatu supaya masyarakat kampung mendapat manfaat daripada kita selama 2 bulan cuti di kampung halaman.

Akhirnya melakukan perubahan adalah perbuatan dan perlaksanaan, bukan kata-kata manis dan bersemangat sahaja. Artikel seterusnya saya akan bincangkan bagaimana menghadapi generasi homo zapiens. Generasi online tanpa henti.

"Tembok Berlin bukan diruntuhkan oleh Caunselor Jerman, tetapi dilakukan oleh sekumpulan 25 orang Mahasiswa Universiti Berlin dengan ketukan paku ke dinding tembok"

Ingatlah,


"Menonton filem terbaru Dream Works Animation, How To Train Your Dragon membuat hati begitu teruja dengan kecomelan dan kehebatan jalan cerita yang digarap tanpa menimbulkan kebosanan di hati. Filem yang diadaptasi daripada buku Cressida Cowell mengisahkan seorang remaja Viking, Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup bersama sekumpulan Viking yang hidup dengan memburu naga dan diketuai ayahnya sendiri, Stoick the Vast (Gerald Butler).

Namun segalanya berubah apabila Hiccup terjumpa seekor naga yang cedera yang kemudiannya menjadi sahabat baik dan dinamakan Toothless. Naga yang selama ini disangka jahat dan liar sebenarnya adalah makhluk yang manja. Hiccup bagaimanapun berdepan dengan tugas berat untuk membuktikan naga yang dianggap pemusnah oleh puaknya adalah haiwan yang sepatutnya dilindungi dan disayangi.


Pengarah, Chris Sanders dan Dean Deblois cukup bijak mengadunkan elemen hati dan perasaan di dalam filem ini sehingga dirasakan perhubungan yang wujud antara Hiccup dan Toothless seakan-akan hidup."

Petikan analisa ringkas dari Mangga Online

Filem animasi "How To Train Your Dragon" kini menjadi satu lagi bahan 'top-up' modul training kepimpinan saya (teman-teman nuqaba PMIUPM menjadi pelanggan pertama modul dan pendekatan saya ini). Saya menayangkan adegan Hiccup membuatkan sayap ciptaannya sendiri untuk Toothless bagi menggantikan  sayapnya yang patah di mana kelebihan sayap ciptaan terbarunya itu membuatkan Toothless yang disangka ganas bertukar menjadi bagaikan seekor kuda udara dan kapal terbang yang boleh dikawal oleh manusia. Adegan itu saya tayangkan selepas video klip Seniman Bujang Lapok, Kung Fu Panda, Karate Kid.


Perbezaaan 'cara melihat' antara Director Ahmad Nisfu dan seorang lagi Assistant nya.


'Cara melihat' Jackie Chan pada kelemahan trainee beliau yang mempunyai tabiat tidak suka menyangkut baju pada tempatnya. Kekurangan itu ditukar dalam bentuk kekuatan yang si Jarden Smith tidak pernah jangkakan (Kung Fu).

Sesungguhnya 80 % masalah (terbitan) pendakwah dan naqib berpunca dari 20 % masalah (akar) cara mereka melihat mad'u dan kader (PARADIGMA). Dalam surah "Abasa", Nabi kita Muhammad S.A.W ditegur oleh Allah S.W.T hanya kerana memek muka Nabi yang bermasam muka kepada Abdullah bin Ummi Maktum yang buta yang datang mahu menemui Nabi untuk memeluk Islam bersama dengan beberapa pemuka Quraisy dari kalangan golongan berada. Memek muka dan 'body language' pendakwah takkan terzahir secara spontan tanpa bermula dari paradigma dan 'cara melihat' mad'u.

Inilah pengajaran yang cuba saya maknakan iaitu bagaimana seorang mentor MELIHAT trainee dan menterbalikkan "kekurangan" menjadi "kelebihan", suatu pendekatan tarbiyah yang tiada dalam silibus exam-oriented pada hari ini yang memangsakan pelajar yang sememangnya tidak mampu untuk mendapat "A" tetapi pada masa yang sama mempunyai daya kemahiran dalam satu bidang tertentu.

Mujurlah ada usaha untuk 'mencabut' sindrom ini dengan usul pemansuhan PMR-UPSR dari TPM walaupun saya belum begitu meyakini adakah pemansuhan ini mampu menyelesaikan masalah akar kepada segala permasalahan sosial hari ini. Cukup menakutkan krisis hidup pelajar sekolah pada saat ini yang menjadi mangsa dari sistem pendidikan 'exam-oriented' yang lebih membangun IQ berbanding EQ (sikap dan mendidik emosi) serta SQ (agama).

Dulu adik Hadzrin Mohamad dari SMK Sg Besi mati dibelasah senior, terbaru adik Naim Mustakim dr RMC Sg Besi mati dibuli oleh senior. Keadaan ini akan makin 'ganas' jika usul penilaian semula halatuju dan budaya 'exam-oriented' (keyword TPM TS Muhyidin Yasin dlm pemansuhan UPSR-PMR) dalam sistem pendidikan negara terus jadi perbincangan semata tanpa 'political will' yang menebal dari semua pihak.


Tidak terkecuali juga sindrom 'exam-oriented' ini mungkin wujud dalam sistem pendidikan dan tarbiyah 'manhaj oriented' gerakan mahasiswa Islam andaikata ia juga tidak mengizinkan kaedah pendidikan khususnya di marhalah menjelang graduasi untuk diserlahkan potensi diri abna'ul harakah, soal membangun kompetensi dan memugar kemahiran diri, bahkan lebih malang lagi potensi itu 'dibunuh'. Maka jadilah mahasiswa Islam itu individu lain yang bukan dirinya atau pendek kata, kesemua mahu menjadi 'ustaz' dan bukan sebaliknya menjadi pakar dalam bidang masing-masing atau 'someone' yang lebih memaknakan gerakan Islam dengan makna yang lebih besar berbanding satu makna. Seharusnya kita menyerang musuh-musuh Allah di bumi Malaysia ini dengan pelbagai wajah dan beraneka peluru.

 
Walaupun ada sedikit timbul prejudis dengan hidden-messages Dreamwork-Hollywood ini yang hampir sama dengan mesej yang ada dalam Avatar, Shrek dan Alice in Wonderland iaitu menimbulkan simpati dan kebolehmampuan manusia untuk hidup dengan 'makhluk asing' dan dunia 'underworld' (baca : Dajjal), namun saya tetap mengambil hikmah dan apa yang baik dari filem tersebut di samping berawas dan berwaspada dengan mesej tersirat yang masuk ke fikiran anak-anak.


Badan intelijen Mossad Israel telah gagal dalam upaya mereka untuk membunuh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, kata sebuah surat khabar mingguan Jordan.

Informasi sumber-sumber di Turki mengatakan bahwa plot rencana pembunuhan Mossad telah digagalkan oleh pasukan kemanan negara itu, petik al-Manar dari sebuah laporan di edisi terbaru surat khabar mingguan Al-Majd .

Ada juga laporan yang menyatakan bahawa Israel telah berusaha untuk menghasut kekerasan di Turki dengan 'meminjam' dukungan dari kelompok  Kurdi, Partai Pekerja Kurdistan (PKK).

Sebelumnya pada bulan Jun, Sedat Laciner, kepala Strategis Penelitian Organisasi Internasional - sebuah think tank Turki - mengatakan bahwa agen Mossad dan militer Israel telah dilihat memberikan pelatihan kepada militan Kurdistan PKK di Iraq.

Laciner mengatakan Tel Aviv tidak memiliki persepsi positif terhadap parti yang berkuasa di Turki iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan, yang dipimpin oleh Erdogan.

Setelah serangan Israel terhadap armada kebebasan yang menyebabkan sembilan warga negara Turki syahid pada tanggal 31 Mei lalu, Ankara menyusun peta jalan (roadmap) untuk "benar-benar" memutuskan hubungan dengan Israel.

Presiden Turki Abdullah Gul sebelumnya telah mengumumkan bahwa peta jalan yang akan disusun berdasarkan masalah sangsi terhadap Israel.

"Perincian Roadmap ini diproses di mana Turki benar-benar akan memutuskan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahap", harian Turki Today Zaman melaporkan pada tanggal 17 Jun lalu.

Menurut peta jalan, langkah pertama adalah duta besar Turki ditarik dari Tel Aviv,dan tidak akan dikirim kembali kecuali Israel mengirim anggota ke komisi PBB untuk penyelidikan yang bertujuan untuk melihat lebih dalam atas serangan Israel terhadap armada kebebasan.

Peta jalan ini juga menyebutkan bahwa semua latihan militer dan kerjasama dengan Israel harus dihentikan dan menyatakan bahwa penyelidikan internal ke dalam serangan Israel itu sama sekali tidak diakui oleh Turki.

Menyahut cabaran Dr. Dzulkefly Ahmad untuk saya mengkaji bagaimana Adam Smith (the father of modern economy) 'belajar' dari Ibnu Khaldun mengenai falsafah ekonomi. Jelas pemikiran Ibnu Khaldun jauh menjangkau zaman yang melatarinya.

Terima kasih YB Dr Dzulkefly Ahmad atas bimbingan terbaik analisa isu-isu ekonomi negara di bawah pemerintahan Najib Razak beserta beberapa singgungan kepada RMK 10 Malaysia.


Alhamdulillah, beberapa istilah berat ekonomi yang selama ini dijahili akhirnya mendapat sedikit sebanyak pencerahan dan penjelasan dari trainer modul pertama Institut Pemikir Muda pagi tadi bersama teman-teman seperjuangan.

Selama ini saya dengar "read to lead", namun 3 jam bersama Dr Dzukefly Ahmad dlm analisa RMK 10 tadi, saya belajar "lead to read". Mereka yang benar-benar mahu menjadi pemimpin berwibawa, semakin tinggi jawatan dan semakin berat amanah, semakin kuat pembacaannya.

"Barangsiapa yang bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat atau ahli Parlimen (legislative field), beliau wajib menguasai ilmu ekonomi." -  Dr. Dzukefly Ahmad


Antara istilah-istilah yang diasak kepada saya dan teman-teman tadi untuk dijawap antaranya ekonomi mikro dan makro (growth-inflation-employment), KDNK (isu 10.1 % GDP suku pertama 'pertumbuhan'), GNP dan GDP (pelaburan dalam dan pelaburan luar Malaysia), formula GDP berasaskan consumption + investment + government spending + import eksport, PLC (good boys and bad boys) dan GLC,'brown' (ekonomi datuk nenek) vs 'green' economy (ekonomi anak cucu), RRGP 4 (langsung tidak disebut dan diambil serius oleh pemerintah (mungkin dah terlalu banyak perancangan belum berjalan), private vs public investment, maksud pendapatan per kapita, apa itu simpanan nasional (national savings) dan FDI, polisi fiskal (taxitation dan subsidi), polisi monitory (kadar faedah), pasaran modal (bon market dan ekuiti market).


Antara yang dibedahsiasat juga adalah kedahsyatan beban hutang negara dari tahun ke tahun (terkini 362,250 bilion pada tahun 2009), selama 12 tahun berlaku defisit dalam belanjawan slps pemecatan DSAI (kredit pada beliau ketika 1997 menjadi Menteri Kewangan sblm dipecat), peranan Petronas dalam 'support' kewangan kerajaan, sasaran 12.8 % GDP yang dilihat terlalu 'ambitiuos' walhal rekod RMK sebelum-sebelumnya gagal mencapai sasaran, isu bankrap Greece dan ancaman pada negara pada 2019 (kenyataan Dato Idris Jala), gelombang penswastaan kedua (Mahathirnomic =  Najibnomic), bagaimana hutang negara akan menjejaskan penarafan ringgit Malaysia.


Juga beberapa istilah politik seperti 'necessary evil', 'village economy' (istilah Mahatma Gandhi) dan istilah-istilah fiqh muamalah seperti konsep Isti'mar (memakmurkan dunia seadilnya) atau apa yang disebut sebagai 'good goverment and governence.


Juga beberapa bahan bacaan wajib ahli gerakan Islam baca seperti Malaysia SME dan majalah The Edge. 

Dan apa yang lebih menarik perbincangan adalah bagaimana dasar ekonomi PR jika memerintah Malaysia dan apakah kerangka ekonomi tawaran Parti Islam Se-Malaysia kepada rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi apabila sahabat saya saudara Alif membangkitkan soal masa depan penggunaan dinar emas sebagai galang ganti pada penggunaan wang kertas pada hari ini dan seorang ukhti dengan agenda 'merakyatkan ekonomi Selangor' yang kemudiannya dibahaskan secara terbalik iaitu 'mengekonomikan rakyat Selangor'.

Selepas selesainya modul siri pertama tadi, saya, isteri dan teman-teman seperjuangan dalam Pemuda kian bersemangat untuk menerus dan memantapkan institut ini. Jika Umno sedang berbangga dengan kemasukan "ulama muda" dalam parti mereka pada hari ini, kami berbangga dengan Institut Pemikir Muda. Dengan sistem 'talaqqi' dengan barisan guru-guru terbaik dalam bidang masing-masing, kami kini makin bersedia berhadapan dgn cabaran 'politik nilai' dan 'k-voters' Malaysia di masa depan.

Hujah bertemu hujah.

Keunggulan kombinasi kurikulum spiritual-intellectual sciences dalam "Osmanli Medresse" menjadi model ke arah mencetak generasi negarawan Al-Khattab, Al-Ayyubi, Al-Fateh dan Al-Qanuni dlm Pas. 


Kemenangan bukan segalanya, tetapi segala hasrat perubahan menanti saat kemenangan untuk dilaksanakan.


Kini bukan lagi masa semata mengkritik kelemahan jamaah, tetapi masa untuk anda menjadikan diri anda sebagai sebahagian dari penyelesaian masalah jamaah tersebut. Kini bukan lagi masa untuk anda membina kompetensi individu semata-mata, tetapi masa untuk anda membina satu pasukan pemikir yang menggabungjalinkan pelbagai keunikan dan kompetensi masing-masing untuk melarutkan diri dengan masa depan perjuangan jamaah.

Artikel dari Malaysiakini menarik perhatian saya untuk perbincangan ilmiah secara bersama. Suatu kupasan menarik oleh saudara Arif Juhani (ahli bersekutu Usrah Pemikiran, Angkatan Pemuda/i Islam (API) dan Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP). 

Mungkin teman-teman Institut Pemikir Muda PAS perlu bersedia menggalas saranan ini.


Fenomena politik baru di Malaysia ketika ini amat menilai kematangan PAS dalam menangani pelbagai isu baru yang pelbagai bentuk dan kompleks untuk dihuraikan.

Contohnya, perubahan agenda PAS daripada negara Islam kepada negara berkebajikan menjadi antara bola tanggung yang digunakan oleh musuh politik untuk menunjukkan betapa PAS begitu gila untuk berkuasa sehingga melupakan prinsip awal yang menjadi perjuangan mereka.

Terkini, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sekali lagi menuntut kematangan PAS dalam menjawab pelbagai isu yang bukan bersifat remeh. Walaupun kalah dalam pilihan raya itu namun terdapat isu yang masih memerlukan perhatian untuk ditangani.

Seperti dijangka Zaid dipalitkan dengan krisis moral justeru amalan mengambil minuman beralkohol suatu ketika dahulu. Beliau sudah mengaku bahawa beliau sudah bertaubat dan tiada siapa yang wajar mempersoalkan lagi adakah benar dia sudah bertaubat atau hanya kerana agenda politik semata-mata justeru taubat seorang hamba hanya layak dinilai oleh Allah sahaja.

Namun persoalan yang lebih besar daripada krisis moral ini ialah isu aliran liberal yang dianut oleh Zaid dan pengakuan ini menjadi lebih jelas dalam buku beliau yang berjudul 'Saya Pun Melayu'.

Zaid tidak sekadar hanya mengaku bahawa beliau seorang yang liberal bahkan beliau turut menyokong agar sekular menjadi amalan perlembagaan sesebuah negara moden justeru untuk memastikan hak minoriti terbela dan beliau turut mewajarkan tindakan saman terhadap kerajaaan negeri Kelantan berikutan isu hudud dan qisas yang cuba dijadikan hukuman dalam perundangan negeri Kelantan.

Maka, tidakkah kenyataan ini begitu bertentangan dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS yang meyakini bahawa Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang syumul dan adil bahkan penolakan PAS terhadap Umno adalah berikutan parti itu mengamalkan politik sekular.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menutup mulut dan kebebasan menyuarakan pendapat namun penulis melihat bahawa hampir tidak kelihatan suara-suara dalam PAS yang secara jelas cuba membetulkan pemikiran Zaid yang tersasar begini secara terbuka.

Kita khuatir idea begini akan mempengaruhi sekian ramai pembaca dan apabila idea begini sudah mengukuh dalam minda rakyat Malaysia maka PAS melalui jalan yang berliku untuk menjernihkan kembali kekeliruan pemikiran yang berlegar di sekitar masyarakat.

Pendekatan Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini seharusnya tidak semata-mata mengenai kesungguhan dan komitmen PR dan PAS untuk menguasai kerajaan pusat seperti yang sudah dirangka tetapi lebih jauh lagi ialah PAS sendiri perlu menggunakan kesempatan yang wujud untuk menguasai dan mempengaruhi pemikiran rakan politik dalam PR.

Mereka perlu meyakini bahawa Islam sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang memberikan keadilan yang hakiki, namun hal ini hampir tidak berlaku bahkan permuafakatan PR lebih banyak disasarkan untuk menghentam Umno-BN dengan secukupnya untuk melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan mereka sejak sekian lama.

Tidaklah cukup untuk PAS sekadar bergembira apabila rakan-rakan bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara bahkan PAS perlu mengembleng tenaga dakwah dalam rangka yang lebih jauh daripada yang telah dilakukan.

Tambahan pula dengan pelbagai isu sosial yang berlaku dalam kalangan belia yang menatijahkan peningkatan kadar pembuangan sekaligus pembunuhan bayi yang cukup melemaskan kita untuk memikirkan berkenaan hal ini.

Andai benar Islam semakin diterima oleh penyokong dan pimpinan PR dan menjadi dominan dalam PR maka komitmen untuk menegakkan syariat Allah melalui perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas harus menjadi agenda bersama dalam PR mulai detik ini.

Demi mencapai agenda kemurniaan dalam negara melalui landasan Islam, PAS perlu segera mewujudkan sebuah gerakan yang mempunyai dua fungsi iaitu pertama untuk menjawab segala isu serangan pemikiran yang cuba disebarkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan agenda kemurniaan Islam.

Isu-isu seperti perundangan keluarga Islam, keperluan menerapkan amalan sekular dalam pemerintahan negara, hak kebebasan bersuara dan sebagainya menjadi antara agenda musuh-musuh Islam yang cuba melunturkan keyakinan terhadap Islam lalu menganut fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Kedua berfungsi untuk menawarkan keharmonian hidup beragama dengan kempen-kempen berterusan yang mengandungi idea-idea Islam sebagai sebuah agama sejagat yang amat menghormati dan mengiktiraf penganut agama lain di dunia.

Petikan dari website Tuan Khalid Yahya di www.kalamnurani.com


"Semalam saya berada di UIA (Rabu, 26 Mei) dijemput adik-adik dari Maaruf Club; bersama dalam forum Will The World Shut Down? Forum yang dihadiri lebih 200 orang pelajar bersama pensyarah. Saya digandingkan dengan ustaz muda Ustaz Saari Abdul Rahman pakar motivasi pelajar dari IP Consultant. Dia punya wibawa serta idea menjadi ikon pelajar Muslim. 


Saya perlu akui itu adalah penampilan saya yang pertama di dewan utama UIA, sebelum ini saya hanya tampil di pentas-pentas kecil sahaja. Keberanian Maaruf Club membawa tema konspirasi dan fitnah Dajjal harus dipuji. Tidak ramai yang melihat isu Dajjal dan konspirasi adalah ancaman bagi umat Islam. Dan mereka tidak berminat menjadikan ia sebagai ‘public forum’.


Sungguhpun ia disebut nabi sebagai fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia – ia tetap dilupakan oleh umat Islam sendiri. Pelajar bahkan orang awam perlukan maklumat yang jelas dan terkini tentang segala susur galur fitnah dan kosnpirasi Dajjal yang rencam. Saya adalah individu yang menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja itu. Menyampaikan pesan nabi tentang fitnah Dajjal. Saya mahu menjadi orang yang paling dahulu dan tepat mengetahui serta paling prolifik dalam menyampaikanya. InshaAllah.


Ramalan-ramalan: 2012 The Prophecies

Berhadapan dengan ahli akademik dan mahasiswa dalam membentangkan isu agama yang berbaur mitos dan misteri bukanlah mudah. Saya perlu meyakinkan hadirin bahawa apa yang saya mahu kongsikan adalah sesuatu yang penting dan bermakna. Pembenatangan awal saya fokuskan pada isu ramalan (prophecies) yang banyak melatari tema 2012. Mana-mana Penulis 2012 pasti akan menyentuh topik semacam ini - Nibiru atau Planet X, ramalan kaum Hopi : Blue star Kanchina dan ramalan Nostradamus. Ada fakta lain yang menarik untuk dikongsi tetapi kerana faktor masa saya terpaksa menghadkan perbincangan saya antara yang saya tinggalkan adalah penemuantema 2012 dalam Bible Code, I-Ching dan ramalan Master Alchemists – Fulcanelli. Semua ini adalah inti ramalan 2012.


Ketika orang lain memandang sepi dan remeh isu Dajjal dan konspirasi saya berusaha menghidangkan yang terbaik untuk hadirin. Ada ilmu yang perlu disampaikan disebalik misteri dan mitos 2012. Saya dapat membaca riak wajah peserta yang tidak puas untuk mengetahui lebih banyak perkara. Ketika masa pembentangan dihadkan hanya selama 1.30 jam.


Pada orang awam 2012 adalah ramalan dunia akan kiamat, ia adalah produk Barat bagi meracuni pemikiran umat Islam. Justeru umat Islam cemuh, ahli agama mengajar dan memberitahu massa agar menjahui isu 2012. Syirik dan khurafat. Saya hadir memaklumkan ada fakta yang kita tidak ketahui disamping ramalan yang penuh curiga iaitu fakta berlakunya Jajaran Galaktik. Ia adalah hasil deduksi kaum Maya yang tidak diketahui umum. Maka misteri kaum Maya inilah yang perlu didedah umumkan. Ia bukan sekadar ramalan tetapi terkandung ilmu kosmologi – pengertian alam semesta yang hebat. Umat Islam rata-rata tidak mengerti akan fenomena ini. Pengkajian alam yang disorokkan. Mengapa? Lalu saya tulis dalam buku saya 2012.


The Conspiracy And Secret Societies

Antara isu lain yang banyak ditanya adalah msiteri gerakan Freemason. Pada hakikatnya kita hanya mampu membuat tekaan semata-mata, apa yang sebenarnya disebalik gerakan Freemason – tidak ada yang tahu secara tepat. Ia adalah sebuah gerakan yang penuh dengan kerahsiaan. Bohong kalau orang mengatakan ia tahu segala-galanya. Gerakan Freemason mengandungi adalah 33 tingkat. Setiap tingkat punya kerahsiaan yang tidak diketahui oleh tingkat dibawahnya. Gerakan Freemason adalah pertubuhan berdaftar di Malaysia menganjurkan usaha persahabatan, kesetiaan dan kebaijkan. Sungguhpun ia sebuah pertubuhan rahsia yang tertua di serata dunia ia didaftarakan secara rasmi di kebanyakn negara. Justru ia bukan pertubuhan haram. Namun, ada fakta lain yang membingungkan ramai orang, fakta nama-nama Grand Master dan pelaku utamanya yang terlibat dalam konspirasi dunia. Itulah yang tidak difahami oleh semua orang termasuk peserta pada malam itu. Mereka hadir dalam setiap gerakan melemahkan kedaulatan negara Islam dan mendokong kemunculan negara Israel. Sejarah dan fakta ini ditulis dan terdapat dalam banyak media. Sudah banyak buku dan laman web yang menceritakan tentang gerakan Freemason dan saya agak letih pada malam itu menceritakan asal usul Freemason. Tidak banyak manfaatnya kita tenggelam dalam bicara yang tidak tahu asal punca. Membaca dan menelurusi kisah gerakan Freemason amat memeningkan – seolah-olah ia sebuah pertubuhan bayang-bayang.


Semacam menjadi fobia kita umat Islam takut dan hilang punca. Jika benar gerakan semacam ini berniat jahat dengan Islam maka Allah is the best protector. Pemilik agama Islam. Kita tidak berupaya melakukannya. Allah yang akan memelihara Islam dan akan memenangkannya. Kita perlu banyak melakukan amal soleh, menjauhi munkar dan menegakkan yang maaruf. Itulah yang saya pesan pada hadiran. Yakin pada Allah tanpa berbelah bagi, maka Allah akan Agama dan umatnya. “Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat”. Sehebat manapun perancangan musuh perancangan Allah berada diatas perancangan mereka, percayalah.

Isu logo dan simbol menjadi isu kedua terhangat. Bimbang logo mata satu berada dimana-mana dalam sukan, hiburan, media dan lain-lain. Nyata orang kita amat fobia dengan simbol. Tanya seorang peserta maskot Olimpik 2012 adalah patung mata satu (dan pada malam itu Ustaz Saari menunjukkan maskot itu buat pertama kalinya), lambang Keadilan adalah mata dan banyak lambang lain yang mencurigakan – lambang kelab bolasepak Chelsea singa dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjawab isu dengan tepat ia perlukan penelitian lain. Saya bersetuju dengan Ustaz Syaari, kita terlalu takut dan susah hati dengan simbol, sampai simbol di kain pelakat pun disyaki kerja gerakan Freemason. Belum lagi yang ada pada seluar dalam sampai rasa tak selamat nak buang air. Apakah sudah hilang rasa gerun kita dengan Allah – bukankah Allah itu tidak bermata satu?

Surah al kahfi adalah surah ajaib. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi disebut oleh nabi saw dapat menghindarkan dari fitnah Dajjal. Saya sudah tulis dalam buku saya Membongkar Misteri Dajjal bahawa teralu banyak keajaiban dalam surah al Kahfi yang gagal kita fahami. Oleh kerana sukarnya untuk memahami fitnah Dajjal dan proksinya (gerakan Freemason) maka berserah sja pada Allah. Sudah menjadi sunnah fitnah itu sukar untuk difahami. Inilah fitnah Dajjal mahu kita ‘distracted’, keliru, resah, bingung dan buntu seolah-olah tiada jalan keluar.


Antara isu lain yang ditanya soal konspirasi, Yahudi-Zionis, kemunculan Yakjuj Makjuj, peranan mahasiswa dan banyak lagi. Pada hakikatnya forum pada malam itu berjaya mengangkat darjat ilmu hadirin pada satu tahap yang baru. Mudah-mudahan Allah memberkati semua yang hadir. Pembentangan saya pada malam itu didasarkan pada isi kandungan buku sya yang ke-2, 2012 Konspirasi Galaktik. Saya suka menjawab isu besar semacam ini dalam buku, kerana ia dapat diabadikan sehingga ke anak cucu, kalau tulis dalam blog saya hanya menyentuh persoalan yang dekat dengan umat dan Tuhan. Ada ketikanya saya bongkar juga kisah Dajjal dan konspirasinya – pada mereka yang rajin dan tetap dengan blog saya maka mereka akan menemukan jawapan dari saya. Setakat ini blog terbaik yang menceritakan hal konspirasi Dajjal adalah tulisan Ibnu Yaacob (pautannya pada entri rujukan) dan buku terbaik hal konspirasi dan misteri Dajjal adalah dari saya.."

- Foto adalah ihsan dari saudara Rauf Ma'ruf Club

World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.

Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.

Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.

 Tiada kompromi dalam lesen perjudian WC 2010.

 A simple message from us :)


Bersama Tuan Khalid Yahya membongkar Konspirasi Dajjal 2012 di UIAM Gombak



2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.



The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar krn isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu 'bersedia' dgn risiko nyawa krn mata2 Mossad sdg memburu.

 Fokuslah pada musuh yang lebih besar dan lebih utama. Inilah pasak kesatuan umat Islam.

Demonstrasi membantah Perang Dunia Ketiga percaturan para pewaris perjuangan Jeneral Illuminati Albert Pike.

Sebuah video klip filem hitam putih mengenai Muhammad al-Fateh bertajuk "Istabulun Fethi". Siri kelima ini menonjolkan adegan meriam Urban lumpuhkan tembok Konstantinopel, peranan gendang dalam membakar semangat tentera mara ke medan tempur, menara bergerak dan ketaranya kematian di pihak al-Fateh, dan acara munajat akhir Nasrani di Haghia Sophia.



Siri 1 : Meriam Urban dan Al-Fateh



Siri 6 : Adegan Pemindahan 70 Kapal Usmaniah ketika Penawanan Konstantinopel 1453 Masihi.



Siri 9 : Adegan Kesyahidan Hassan Ulubate Ketika Memacak Panji Usmaniah dan maranya Sultan Muhammad sendiri sebelum tenteranya

Apa yang saya pertontonkan pada anda berikut adalah 5 fakta kes menakutkan yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro pada 4 Jun 2010. Bayangkan jika dalam satu tarikh sahaja sebuah akhbar mampu mendedahkan lebih dari 5 kes sosial yang makin 'gila', bayangkanlah pendedahan yang dilakukan setiap hari. Bayangkan inilah krisis kemanusiaan yang makin parah dan kehilangan pedoman hidup yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Muslim pada saat ini. Remaja makin mengganas dan suami isteri mula hilang pegangan agama untuk dijadikan pedoman kebahagiaan.

 Kes 1 : Suami dera isteri selepas sebulan berkahwin

 Kes 2 : Kanak-kanak 2 tahun didera sampai mati oleh ibunya

Kes 3 : Anak tusuk leher ayah kerana ayah tidak benarkannya hisap dadah


Kes 4 : Ulasan kes anak belasah ayah yang tidak mahu perlahankan TV


Kes 5 : Anak belasah ayah masa solat

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"