Content feed Comments Feed





Alhamdulillah, pada 14 Mac lepas, sesuatu yang sangat bersejarah berlaku kepada saya dan isteri. Suatu yang tak pernah saya secara peribadi duga akan berlaku namun itulah tanda cintanya Tuhan pada saya. Saya telah dijemput oleh Ketua Guru Penasihat BADAR Kolej Islam Sultan Alam Shah, sekolah kesayangan saya, tempat saya mengenal erti tarbiyah dan perjuangan, dari tahun 1998 sehingga ke 2001, akhirnya saya kembali bersama adik-adik kepimpinan KISAS dalam suatu kem kepimpinan yang dianjurkan secara rasmi oleh pihak kolej di Hulu Langat.

Hanya Allah jua yang tahu, betapa gembiranya hati ini diberikan kepercayaan oleh Ustazah Nik Hazifah dan Ustazah Zaidah untuk memberikan yang terbaik kepada adik-adik Exco BADAR dan Exco Lembaga Ketua Pelajar, berbekalkan sedikit pengalaman saya dan isteri memimpin kedua-dua organisasi badan induk yang kebiasaannya menghadapi 'conflict of interest' dalam memacu kecemerlangan pelajar KISAS.



Alhamdulillah, sepanjang slot lebih 2 jam tersebut, saya membuat perkongsian mengenai kepimpinan dan organisasi, dengan penekanan lebih kepada hasrat Ustazah Nik Hazifah supaya berlaku di akhir slot satu kejelasan bahawa Badar dan LKP mestilah bergerak bersama sebagai satu pasukan, bukannya membawa halatuju masing-masing tanpa suatu 'shared values' dan titik persamaan yang mewajibkan Badar dan LKP duduk bersama membincang dan memperkasa agenda yang memerlukan dukungan bersama tersebut.

Selepas membuat survey dengan memejam mata, menyedari ada adik-adik yang masih tidak yakin dan tidak bermotivasi untuk menjadi pimpinan pelajar, saya lantas menyebut kepada mereka pentingnya berfikiran positif bagi memastikan jawatan yang telah diterima ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kemanisan memberi makna, bukan kerana keterpaksaan. Saya menyebut kepada bagaimana Tuhan akan membantu diri manusia yang berfikiran positif dengan makhluk yang bernama air yang hampir 70 % berada dalam badan kita, yang akan membantu memberi kekuatan kepada kita apabila berfikiran positif. Saya juga ada menyebutkan tentang "the God Spot" dalam otak yang para saintis temui sehingga mengeluarkan teori yang lebih penting dari IQ dan EQ iaitu Spiritual Quotient (SQ) iaitu melihat sesuatu masalah atau cabaran baru dengan pandangan mata hati dan minda yang positif.

Otak kita seperti berada dalam keadaan sujud,
menandakan tiada sebab untuk bersangka buruk kepada Tuhan
dalam setiap ujian dan cabaran dihadapi dalam memimpin



Saya cukup terharu apabila di akhir slot adik-adik mengasak kami dengan pelbagai persoalan. Inilah petanda intelek dan makin inkuirinya pelajar KISAS kini. Mujurlah isteri saya dapat membantu saya menjawab satu persatu dengan tenang. Pengalaman adalah setajam-tajam pedoman untuk adik-adik jadikan asas bergerak. Saya juga menyebutkan tentang tidak ada sebab pimpinan pelajar KISAS seperti adik-adik untuk tidak menjadi individu nombor satu dalam kelas. Barulah dakwah kita dihormati bukan sekadar oleh [elajar ketika di musolla dan asrama, tetapi juga oleh guru-guru dan pentadbiran di sekolah. Saya terus menyebut nama-nama penting seperti Aminurasyid Yatiban dan lain-lain figure yang sangat dikagumi zaman mereka sehingga Ustazah Nik Hazifah sendiri membantu saya menerangkan kehebatan Ust Aminurrasyid di pentas akademik dan tarbiyah, Badar dan LKP sekaligus.

Saya akhiri dengan sedutan filem al-Fateh yang saya download dari Youtube Turki dan saya gabungkan dari beberapa filem membabitkan perang menggunakan kapal bagi menggambarkan lagi secara real bagaimana terhimpunnya penguasaan sunnatullah dan syariatullah pada pengurusan organisasi dan kepimpinan luar biasa Muhammad al-Fateh.

VISI
Melunaskan sabda Nabi

MISI
Menawan Konstantinople dengan penguasaan Syariatullah dan Sunnatullah (sains ketenteraan)

HALANGAN
Rantai besi gergasi sebesar pemeluk menghalang kemasukan 80 buah kapal al-Fateh ke Tanjung Emas

IDEA (BRAINSTORM)
Idea pertama
Mengebom penjaga rantai besi gergasi dengan meriam ciptaan saintis Konstantinople, Urban

Misi pertama GAGAL. Penjaga rantai besi berada di dalam bukit batu yang tidak mampu diletupkan meriam al-Fateh

Idea kedua
Memutuskan rantai besi dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinople, Urban

Misi kedua GAGAL. Rantai besi berada jauh di dalam air. 30 tentera al-Fateh syahid berkubur di dalam lautan kerana terbunuh dalam pertempuran akibat tentera Rom berjaya mengesan dengan loceng pada rantai besi apabila usaha tentera Islam menaikkan rantai ke darat.

Idea ketiga
Idea al-Fateh semakin gila. Rempuh rantai gergasi itu dengan 3 buah kapal sekaligus, lengkapkan kapal dengan kayu tebal dan tampalan besi kerana rantai gergasi telah diikat dengan ranjau besi, bila dilanggar, boleh membocor dan memecahkan kapal.

Misi ketiga GAGAL. Kapal-kapal al-Fateh dirempuh dan diserang oleh puluhan kapal perang Rome yang dihantar oleh Pope.

Idea keempat.
Al-Fateh tidak berputus asa. Kali ini, idea al-Fateh semakin pelik. 70 buah kapal Usmaniah mesti dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas dalam masa hanya 1 malam melalui bukit dengan jarak lebih 3 batu !!!



Idea keempat al-Fateh yang gila itu akhirnya BERJAYA. Visi dan Misi Al-Fateh akhirnya berjaya dilunaskan selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi. Bahkan, diriwayatkan Al-Fateh melihat Abu Ayyub Al-Ansari (sahabat yang melakukan percubaan pertama membebaskan Konstantinople) dalam mimpinya malu dan segan dengan kejayaan Muhammad al-Fateh.

Walaupun idea itu asalnya dilihat gila dan tidak waras oleh tentera Muhammad al-Fateh sehingga al-Fateh sendiri hampir-hampir berputus asa selepas 53 hari kepungan dilakukan ke atas kubu Byzantium itu, namun itulah cara berfikir Muhammad al-Fateh apabila berdepan dengan barriers peperangan dan lebih lagi barriers pemikiran. Al-Fateh akhirnya membuktikan bahawa "nothing is imposibble" apabila kita berada pada tahap keyakinan dan kejelasan kepada suatu visi (hadis Nabi tentang Constantinople) dengan tahap yang luar biasa.

Ancaman terbesar gerakan mahasiswa dan anak muda Islam adalah kongkongan idea lapuk, pemikiran tradisi anti perubahan arus dan golongan penentang idea perubahan yang sangat mengagungkan kehebatan zamannya walhal zamannya adalah zaman yang "gagal".

Sesungguhnya cerita al-Fateh bukan tahyul sebuah kisah panglipurlara, atau kartun hulubalang dan pahlawan yang penuh kedustaan, atau sejarah yang sarat dengan keserabutan fakta yang tidak sahih. Ia adalah "the universal prove" yang tidak boleh disanggah oleh mana-mana manusia yang waras yang mengkaji peristiwa besar ini. Apa yang berlaku bukan kerana Al-Fateh mendapat "miracle" dari Tuhan, tetapi kerana memanfaatkan "miracle" yang Tuhan berikan dalam otak dan akalnya.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini. Muhammad al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great !!!” - Ahli Sejarah Byzantine -


"Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukanlah satu cerita mengenai pencapaian individu, tetapi ianya adalah cerita tentang kuasa luarbiasa sebuah pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia yang sentiasa komited dengan setianya kepada satu yang lain, juga kepada wawasan bersama mereka untuk ke penghujungnya. " - Stephen R. Covey, Tabiat ke 8, Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan.





Alhamdulillah, semalam saya diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan aktivis mahasiswa Islam di UIAM Kuantan untuk mengendalikan bengkel public speaking pada semua ahli-ahli gerakan Islam di sana. Ini siri training yang pertama kali saya handle mengenai public speaking.

Saya sangat terhutang budi pada isteri saya kerana bukan sekadar menjadi teman perjalanan ke Kuantan yang sangat jauh hampir 250 kilometer melalui jalanraya yang penuh kegelapan, bahkan sudi menjadi brainstormer berkesan lantaran saratan pengalaman beliau selama satu semester dalam kelas skill Public Speaking di UIAM, justeru tidak pelik jika beliau dianugerahkan tokoh Public Speaking Muslimat Wufi. Tidak lupa juga pada abg Amin Idris dan Fadzly Yusuf yang banyak memberikan tips ketika saya menghubungi mereka.

Saya mulakan bengkel semalam dengan muqaddimah menganjak paradigma peserta kepada public speaking, bahawa ia bukanlah semata suatu kemahiran yang boleh dipilih-pilih sama ada mahu melakukan atau tidak, bahkan bagi saya inilah "sunnah" seorang pemimpin dunia yang diiktiraf langit dan bumi kepimpinannya, Nabi Muhammad S.A.W. Bumi mengiktirafnya seperti Bernard Shaw dan Michael H. Hart, langit mengiktirafnya sebagai Nabi dan Rasul. Teringat saya dalam Syamail Muhammadiyyah bagaimana Nabi berpidato dengan pelbagai seni. Ada kala Nabi disifatkan bercakap sehingga merah pipi dan matanya lantaran emosinya Nabi dalam perang menentang kuffar. Ada kala Nabi memulakan pidato tanpa sebarang perkataan, bahkan airmata, suatu situasi yang sangat menyentak hati sahabat.

Dalam tips yang saya berikan, saya menyebut bahawa asas Public Speaking seperti yang dinyatakan Aristotle ada 3.

1) ATOS

2) PATOS - bererti pattern, atau jenis pengucapan. Ia bermaksud kaedah menyampaikan mesej berdasarkan kehendak audience.

Ada 3 jenis PATOS, iaitu :
- Persuasive (memujuk, merayu) - biasa berlaku kepada calon PR Kampus ketika membentangkan manifestonya atau seorang pimpinan mahu memberikan tasyji kepada ahli-ahli yang tidak bersemangat untuk bekerja. Intonasi suara yang rendah adalah elemen utama dalam hal ini. Susunan kata "saya jamin anda akan mendapat..." mestilah tersusun rapi, bukan berserabut. Saya tunjukkan video klip Anwar Ibrahim (debat lawan Shabery) dan Barrack Obama kepada peserta untuk melihat bagaimana pidato persuasive mereka dengan susunan point yang cantik, berkesan.

Ada orang perlu syarah panjang mengenai suatu mesej dan idea. Ada orang cukup dengan dua tiga patah perkataan dan seni tertentu seperti pantun, sudah cukup untuk memahamkan orang lain mengenai sesuatu idea.

- Informatif (sarat dengan maklumat) - Ini biasa berlaku dalam tazkirah dan ucapan biasa. Saya bawakan contoh Prof Abu Hassan Hasbullah yang berjaya menyampaikan fakta dan maklumat 'berat' kepada mahasiswa UIAM baru-baru ini dalam pendekatan beliau berjaya menggunakan intonasi suara yang berkesan dan make-up wajahnya yang menarik. Jika pendekatan informatif tidak dilampirkan dengan ATOS dan LOGOS, kemungkinan audience akan tidur dan menguap bosan dengan ucapan kita.

Saya juga menyatakan pengumuman mengenai program juga adalah sebahagian dari informatif. Ramai daie gagal membuat pengumuman yang berkesan kerana tidak melihat pengumuman yang akan dibuat itu adalah "an art of product marketing". Jika membuat pengumuman supaya hadir ke dalam suatu program, elemen terpenting adalah menimbulkan rasa bersalah kepada peserta jika tidak hadir dan berkongsi pengalaman "real" tentang keberkesanan program itu sendiri yang dihadiri sebelum ini, barulah audience rasa yakin untuk datang program-program jamaah seperti Katibah, Liqo, Daurah dan sebagainya. Bagaimana marketer sebuah produk MLM, customer tidak akan membeli produk itu jika marketer sendiri tidak menjadi testimoninya.

- Special Occasion - seperti demontrasi, kenyataan akhbar dan memberikan pendapat dalam forum rasmi. Soal prosedur, "pause" button sangat kritikal dalam hal ini.

3) LOGOS - iaitu logo, trademark atau aspek luaran speaker itu sendiri.
- Muka - ekpresi muka mestilah berbeza ketika tegas / marah atau humor atau pujuk

- Mata - rahsia kehebatan pidato Hillary Clinton, punca Mc Cain kalah pada Obama

- Tangan - setiap isyarat tangan memberikan makna berbeza.

- Pergerakan Badan

Dalam sesi praktikal, saya melakukan 2 modul. Modul pertama 8 buah kumpulan kecil akan menghantar wakil mempersembah 3 minit pengucapan awam yang pelbagai jenis dengan menggunakan segenap kreativiti bagi memastikan ucapan itu impresif, attracktif dan berkesan. Kami berdua bertindak ala panel akademi fantasia, memberikan komentar dari 3 sudut yang diujarkan sebelum ini. Kemudian, sesi kedua adalah sesi setiap peserta kesemuanya dalam kumpulan masing-masing bercakap dengan diri sendiri 8 jenis ucapan dengan setiap ucapan 2 minit. Falsafahnya bukan sekadar ahli gerakan Islam boleh berucap dengan berkesan, tapi mampu mengenalpasti jenis pengucapan yang sesuai dengan lokasi dan mad'u.

Saya akhiri bengkel dengan suatu tazkirah bahawa public speaking yang paling berkesan adalah apabila berlakunya 'campurtangan' Tuhan dalam kata-kata sang daie dalam public speaking. Lihatlah Tuan Guru Nik Aziz, beliau bila berucap dan berkuliah, tidaklah saya lihat beliau menggunakan kesemua teknik public speaking berkesan yang saya kupaskan panjang lebar pada rakan-rakan aktivis UIA Kuantan, bahkan Tok Guru tidaklah seperti Anwar Ibrahim dalam gaya pidato pengucapan awamnya, tetapi kenapa kadang-kadang aura dan fenomena yang dicipta oleh perkataan-perkataan Tok Guru menggegar Malaysia mengalahkan ahli politik yang lain. Jelaslah, wujudnya 'campurtangan' Tuhan dalam memberkati perkataan pendakwah yang bercakap dari hati dan bercakap apa yang dia buat, bukan apa yang dia tidak buat.


Berikut adalah beberapa lampiran pidato paling berpengaruh di dunia yang tidak sempat saya paparkan kepada sahabat-sahabat UIAM :


Pidato "Allahu Akbar" Bung Tomo menentang Inggeris di Indonesia


Pidato Soekarno di Jakarta


Pidato Adolf Hitler


Pidato Martin Luther King (I Have A Dream)


Pidato Malcolm X "Who Are You"


Pidato Reformasi Anwar Ibrahim 1998


Pidato Khairy Jamaludin di depan penyokong PR (Kota Bharu)


Khairy Jamaludin (English Speeches)


Pidato Kemenangan Obama Menjadi Presiden AS


A Picture Can Tell Thousand Words


Sukar untuk saya menafsirkan di sebalik pertemuan Anwar dan Pak Lah yang kontroversi baru-baru ini.

Awalnya, saya melihat ini suatu kebetulan. Namun saya rasa tidak sepatutnya itu sangkaan saya. "In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way." Franklin D. Roosevelt. Apatah lagi manusia genius politik seperti Anwar, sudah pasti ada agenda di sebalik tabir untuk menyekat kemaraan Najib, suatu makhluk Tuhan yang dilihat common enemy antara BN Kem Pak Lah dan PR.

Kemudian, saya merasakan mungkin juga ini suatu tindakan dari jiwa besar dan minda negarawan DSAI. Dahulu (ketika polemik 'muzakarah' yang hampir memecahbelahkan Pas kepada dua kem), Anwar dikatakan ghairah mahu menjadi PM selepas Pak Lah melalui projek 16 Sept. Sesiapa yang tidak pro 16 Sept, dikatakan sebagai pro kerajaan campuran Pas - BN Pak Lah. Pendek kata, Anwar tiada masa depan sebagai PM jika Pas bergabung dengan BN di bawah Pak Lah sebagai pemerintah. Namun, itu cerita dahulu yang tidak perlu dipanjangkan. Apa yang menarik adalah tafsiran saya kepada DSAI yang sanggup bertemu Pak Lah, suatu tindakan moving forward dan projek kedua selepas projek pertama 16 Sept gagal. Ketika bloggers dan pimpinan Pas sedang membahaskan rasional cadangan brilliant Tuan Guru Ustaz Hadi mengenai kerajaan perpaduan yang cukup ideal dan saya secara peribadi kagum dengan idea politik 'baru' Ustaz Hadi ini, Anwar pula terus mengambil pendekatan akomodatif dan kompromotif yang sama iaitu walk the talk.

Saya tak pelik dengan tindakan melulu DSAI bertemu Pak Lah kerana rekodnya membuktikan beliau telah lama menjadi manusia berani melakukan eksperimen politik dengan upaya pengalaman kenegaraan dan ilmu kepintaran perang yang ada pada beliau, meninggalkan orang lain yang baru sahaja mahu membahas dan membincang rasional sesuatu tindakan sebelum dilakukan. Mungkin DSAI punyai formula tersendiri bagi menumbangkan BN seperti Rafael Benitez mempunyai formula tersendiri mengejutkan dunia dengan menumbang dan memalukan pasukan nombor satu Dunia, Eropah, Liga Perdana Inggeris, dan Piala FA iaitu Manchester United baru-baru ini dengan memboloskan 4 gol.

Melihat kepada kekebalan benteng pertahanan kami sejak dua musim terakhir ini, kekalahan seperti ini tidak pernah kami bayangkan.”-Ferguson

Dengan kemenangan kami ke atas MU memberikan ruang buat pasukan lain untuk kembali bersemangat bersaing bagi mendapatkan kejuaraan. Jika kami boleh menang, bagaimana pula dengan pasukan lain yang pernah seri dan mengalahkan kami. “-Steven Gerrard (kapten Liverpool)

Mungkin sudah terbayang dibenaknya bahawa kemenangan hampir pasti tatkala MU mendahului dengan satu kosong hasil sepakan penalti oleh Ronaldo seawal permainan. Akan tetapi, apa yang hampir pasti adalah kehampaan dan kekalahan. Itu dibuktikan dengan jaringan balas oleh Liverpool. Satu dibalas empat.

Situasi MU ini hampir sama dengan BN (penyokong MU jangan marah, ini cuma sekadar bahasa politik Malaysia dengan nada bolasepak :). Lihatlah keanggkuhan BN walaupun sudah banyak kehilangan kerusi di PRU12, namun masih angkuh untuk berkata kami (BN) adalah harapan dan pilihan terbaik rakyat dalam 3 pilihanraya kecil tidak lama lagi. Moga Allah memalukan mereka sekali lagi dengan perkataan mereka sendiri.



Apapun, yang penting Najib mesti disekat kemaraan menuju PM dengan apa cara sekalipun.


Saya terus berkesempatan bersama adik-adik pencinta tarbiyah bumi waqafan. Kali ini sesi saya bersama mereka dalam mengupas tajuk Aqidah Teras Kemantapan Perjuangan. Saya mulakan kuliah dengan pernyataan kemungkinan perbezaan pendekatan saya dalam menyampaikan tajuk ini berbanding penceramah lain. Asas yang saya pegang tiga :

1. Pesanan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Iman dan Kehidupan agar para pendakwah berbicaralah mengenai aqidah Islamiyah dengan pendekatan yang mudah difahami mad'u, bukan terikut-ikut dengan rentak perbahasan falsafah yang mungkin pendekatan itu sesuai pada zaman itu, namun hari ini ia tidak perlu kembali mengambil methodologi tersebut. Al-Quran adalah ahsanul qasas dan pendekatan story-telling dalam al-Quran adalah pendekatan terbaik dalam menerangkan kepentingan akar aqidah yang kukuh dalam jiwa pejuang.

2. Pendekatan Allah S.W.T menenangkan hati (liyath mainna qalbi) Nabi Ibrahim a.s. Pertanyaan Nabi Ibrahim supaya Allah tunjukkan padanya bagaimana makhluk mati dihidupkan Tuhan bukan kerana baginda ragui kekuasaan Tuhan, tetapi demi menenangkan hati dan mengukuhkan imannya dengan paparan 'real' depan mata bagaimana Tuhan melakukkannya melalui seekor burung.

3. Pendekatan hiburan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W selepas Nabi mengadakan 'sindrom down' (lemah semangat) palingh hebat dalam rekod perjuangan baginda membawa obor dakwah di Makkah. Kematian isteri, bapa saudara dan penolakan total rakyat Taif pada dakwah baginda menuntut suatu bentuk hiburan dan penenang jiwa buat para pejuang. Bagaimana Allah melakukannya ? "Linuriyahu" (Kami pertontonkan secara live) depan mata baginda dari langit pertama hingga ke tujuh kesan akibat mereka yang mendokong dan mengecam dakwah baginda di akhirat kelak. Kesannya, Nabi kembali ke dunia dengan suatu motivasi yang lebih luarbiasa dari sekadar mendengar dan yakin apa yang Jibril wahyukan mengenai kisah-kisah perjuangan para anbiya terdahulu sebagai motivasi buat Nabi.

Namun, kesan antara "melihat" dan "mendengar" pastinya berbeza. Dengan asas ini saya paparkan kepada mereka video klip filem-filem yang menggambarkan perjuangan aqidah generasi dahulu sebagai suatu pendekatan memberi MAHU, bukan sekadar memberi TAHU kepada adik-adik mengenai hebatnya para pejuang terdahulu - walau satu kalimah - namun dipegang sehingga walaupun terpaksa bersabung nyawa dengan kuasa pemerintah.


Wallahu a'lam.

Gambaran peristiwa agong Pembebasan Konstantinople 1454 M oleh Muhammad al-Fateh as-Sultan, dengan muzik latar yang cukup membakar semangat juang.



Rumusan (final round) forum PPSMI di UIAM

"Jazakallah, Allahuakbar"! demikianlah reply ringkas dari YB Ketua Pemuda Pas ini apabila saya memberikan mesej panjang lebar kepada beliau :

"Tahniah YB Salahudin. Saya terharu dan teruja dengan hujah YB dalam isu PPSMI. Hujah seorang negarawan yang mahir berpencak di pentas intelektual, bukan sekadar pimpinan sebuah parti politik Islam yang melihat sesuatu isu dengan kaca mata yang sempit. YB juga telah membawa imej Pas yang lebih credible, menarik mahasiswa Uiam yang hadir ke malam ini. Kini saya lebih optimis dengan kelahiran Fadzil Nor kedua untuk Pas."

Mesej tersebut saya hantar sebaik sahaja beliau berpencak hujah dengan Ketua GMP bekas Ketua DBP, Dato Hassan Ahmad, Shamsul Iskandar dan YB Dato Tajudin dari BN.

Saya telah uploadkan video ini dalamYoutube sebagai perkongsian pada mereka yang dahagakan model dan idola pemimpin muda gerakan Islam di Malaysia.


Nostalgia front IMAM (Wufi-Pkpim-Karisma) UIAM :
Saya bersama sahabat lama, saudara Wan Faisal (rausyanfikir) dan Presiden PKPIM, saudara Hilmi. Ukhuwwah rentas jemaah adalah kewajipan perjuangan mengesat air mata ummah.




"Saya cukup terharu apabila melihat sekumpulan anak muda memegang banner "PPSMI Penjenayah Akademik" dan bertempur dengan FRU. Mereka tidak undur ke belakang dan sanggup bermandikan water cannon dan gas pemedih mata yang sangat dahsyat kesannya. Saya kira dengan kejadian keberanian 5 mahasiswa ini yang tidak pernah saya lihat dalam mana-mana siri-siri demontrasi jalanan ketika FRU mula menggila, inilah petanda awal mahasiswa sudah kenal erti pengorbanan demi perjuangan memenangkan aspirasi rakyat Alhamdulillah, saya sempat merakamkan peristiwa besar mahasiswa pada 7 Mac tersebut." ujar Setiausaha Agong GAMIS, Muhamad Syaari Ab. Rahman. (Gamis Daily. Com)


Antara teks Pidato Kebangsaan DSAI yang menggamit perhatian saya :

1. Nilai sebuah idea...

"Victor Hugo, penulis French menyebut : “Greater than the tread of mighty armies is an idea whose time has come.” (keperluan terbesar sebuah empayar besar adalah sebuah idea yang kehadirannya semenangnya tepat pada waktunya)."


2. Prinsip Islah Nabi Syuaib

"Lebih satu dekad telah berlalu sejak meletusnya gerakan Reformasi, satu gerakan yang berlandaskan keinginan yang disebut dalam al-Qur’an melalui doa Nabi Syuaib - wa ma uridu illa islah mastat’tum - Dan tidak aku inginkan melainkan adalah melakukan islah- pembaharuan, reformasi - dengan segala daya upayaku.

Islah berasal dari kata ’salaah’ seperti yang dihuraikan oleh ahli bahasa, pembuat kamus, Ibnu Manzur, sebagai lawan kepada ‘fasad’, kebejatan. Maka gelombang kebangkitan rakyat sejak 10 tahun yang lalu adalah untuk melawan kefasadan, melawan kebejatan pemerintah, rasuah dan penyalahgunaan kuasa."

3. Tribute kepada kerajaan Islam Kelantan

"Kelantan dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan telah meningkatkan keupayaan menjimat belanja mengurus dan mengagihkan dana kepada rakyat.

Kelantan umpamanya adalah negeri yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani."

4. Inilah noktah persamaan 3 kaum terbesar Malaysia

"Kung Fu Tze di dalam Lun Yu Buku ke 4 Bab Yuen Yuen ada menukilkan “si hai zhi nie jie xiong di “yang membawa maksud “empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara.”

Kita seharusnya menginsafi bagaimana sewaktu pemerintahan Kerajaan Ming, wujudnya penulis yang berupaya menulis serta memberi komentar mengenai agama Islam sehandal ulama muktabar dari Tanah Arab. Sekitar tahun 1642, Wang Daiyu [yang digelar Pemuka Agama Islam (Zhenhui Laoren) ketika itu] menulis Zhengjiao Zhenquan [Anotasi Asli Ajaran Murni (ortodoks)] hasil dari perbincangan dengan pemuka-pemuka ajaran Konfucius, Tao dan Buddhisme. Karya perbandingan agama ini kemudiannya berulang kali diterbitkan semula sehinggalah yang terakhir pada tahun 1987 (teks otoritatif).

Khalifah Ali Abi Talib apabila ditanya tentang apakah jenis persaudaraan antara orang Islam dengan bukan Islam. Beliau jawab “Akhukum fil Insaniah” - mereka, yang bukan Islam, adalah saudara kamu dalam kemanusiaan. Ianya jelas menggambarkan prinsip persaudaraan ini.

Ungkapan Khalifah Ali ini adalah senada dan seirama dengan peribahasa Tamil: “Ontre Kulam Oruvane Thevan” (Satu Jiwa Kerana Kemanusiaan).

5. Jiwa besar Dr Burhanudin al-Helmy (mantan Yang Dipertua Agung PAS, tokoh demokrat Islam yang pemikirannya mendahului zaman)

"Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy dalam karyanya yang berjudul Falsafah Kebangsaan Melayu (1954): Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno."



Cukup membakar semangat !!!
Kalau dahulu al-Fateh hanya mampu dikartunkan,
kini lihatlah gambaran live in 3D animation (seperti filem real)
bagaimana 250,000 tentera Al-Fateh menggerakkan kapal
dan merencana strategi




Official Preview To Al-Fateh The Conqueror


Preview Incoming Project iaitu memfilemkan secara 3D semua peperangan
agong dalam sejarah Islam.
Tahniah Islamic Legacy atas usaha memfilemkan secara 3D.


A Must See Shot Film By Oscar Winner Director Stephan Ruzowisky :
Gambaran kecintaan Khalid al-Walid hanya bermotivasikan rambut Rasulullah dengan 3,000 bala tentera berdepan dengan tentera terkuat dunia, Rom seramai 40,000 dalam perang terkenal iaitu Yarmuk.

3,000 Muslims

VS

40,000 Romans


Saya dan isteri mengendalikan bengkel
analisis perang bersejarah


Apa yang lebih gembira bagi saya apabila slot paling diminati 40 peserta terpilih Akademi Kepimpinan Al-Fateh anjuran Pimpinan Tertinggi GAMIS baru-baru ini adalah slot analisa perang melalui video-video sedutan dari filem-filem terkenal. Saya sangat terharu apabila ada banyak komentar dalam borang muhasabah program yang mahukan slot ini dipanjangkan lagi kerana melalui paparan secara live filem-filem inilah para peserta merasai dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri sejauhmana hebatnya strategi perang pejuang-pejuang Islam terdahulu.

Para peserta diminta membentangkan dahulu
hasil perbincangan LDK apakah analisa pemikiran
dan strategi panglima perang dalam Thalut vs Jhalut,
Badar, Uhud, Khandaq, Fathu Makkah dan Muktah.


Sebagai contoh, saya paparkan gambaran kekuatan tentera Rome melalui filem 300 yang akhirnya mereka tunduk pada kehebatan dan elemen menguasai "sunnatullah" pada panglima Khalid al-Walid di Muktah dan Yarmuk. Saya juga paparkan elemen "syariatullah" dan tawakkal melalui filem Moses (adegan membelah laut) bagi memahamkan lagi peserta titik persamaan peristiwa besar itu dengan perang Badar.

Saya mohon maaf tak dapat paparkan sepenuhnya pada adik-adik peserta banyak lagi video-video klip simpanan saya antaranya gambaran kekuatan tentera Mongol yang pernah membantai jutaan umat Islam Baghdad melalui filem Mongol, gambaran kekuatan tentera Parsi dalam filem Alexander The Great yang akhirnya mereka tumpas di Qadisiyyah serta gambaran kehebatan perang melalui kapal laut melalui filem Red Cliff 2 bagi menggambarkan strategi Muhammad al-Fateh menawan Konstantinople.


Banyak lagi hakikatnya mahu disentak jiwa, emosi dan perasaan peserta supaya lebih menjiwai sirah dan sejarah, bukan sekadar mendengar dengan penuh mengantuk sebarang cerita sejarah. Dengan meliaht secara live, baru mereka yakin bahawa sejarah akan berulang dan di mana titik kelemahan dan kebangkitan umat Islam terdahulu yang perlu dianalisa.

Paparan yang ditonjolkan atas dasar keimanan bahawa hikmah (melalui filem) ini telah hilang dari umat Islam. Umat Islam gagal melancar serangan balas pada institusi penyesat remaja dari Hollywood ke Bollywood dengan institusi perfileman tersendiri.

"Kamu kutuk Fitna, kamu demo bantah Fitnah, tetapi tiada seorang pun dari kamu yang terbitkan filem ringkas dengan penuh sentuhan dan membuka minda bagi menjawap Fitna." - Prof Abu Hassan Hasbullah, Jabatan Media UM, Ummah Talk Gamis 2

2 Mac 2009, SMK Raja Ali : Saya dan isteri berkesempatan menerima jemputan kuliah "follow-up" adik-adik mad'u saya dari SMK Raja Ali, Jalan Ipoh.

Di awalnya, saya menyatakan pada mereka bahawa mereka semua diciptakan untuk cemerlang, untuk menyahut seruan al-Falah setiap kali azan, dan bahawasanya cemerlang musuhnya bukan gagal, tetapi "baik" dan "sekadar lulus" sebagaimana ungkapan Voltaire, reformis Perancis :
"Kita semua - tanpa terkecuali seorangpun - diciptakan Tuhan di alam ruh dengan jutaan adik-beradik yang turut sama mahu mengecapi kembara alam seterusnya bernama dunia.


Namun, adik-beradik kita yang lain gagal menempat dan melayakkan diri. Kita yang terpilih. Sebuah sel sperma yang telah begitu luar biasa kelajuan dan keupayaannya menembusi segala halangan dan cabaran, akhirnya berhasil mengalahkan jutaan sel sperma lainnya, yang kemudian bersatu membentuk sel ovum dan jadilah Kita!
Kita telah menang di alam rahim maka janganlah menjadi kecundang di alam dunia ini! We born to be a winner."

Di akhirnya pula, saya akhiri mereka dengan hikmah rukun sujud dan sesuatu yang menyentuh hati menyentak jiwa mereka apabila saya paparkan video ini :


Video Janin dalam Rahim Ibu Berkeadaan Sujud Ketika Dibacakan
Ayat-ayat Suci Al-Quran


"Jika kamu pernah sujud di hadapan Tuhan di alam Ruh lantas kamu menyatakan
kamu akur Allah Tuhan kamu. Kemudian di alam rahim kamu juga sujud pada Tuhan
kamu. Kenapakah bila dilahirkan ke dunia, kamu tidak pernah kenal erti sujud
dan tunduk pada apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Tuhanmu."

Namanya terdapat dalam urutan ke-34 dari 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart (dengan baginda Muhammad bin Abdullah Rasulullah S.A.W berada di nombor satu). Kegeniusan gerakan taktik perangnya amat memukau, dan bila diukur dari segi itu sahaja, beliau boleh dianggap sebagai seorang Jeneral Perang teragung sepanjang zaman.



Tapi rupanya kemegahan dan kekuasan dunia belum memuaskan hatiya, agama yang dianutinya pada waktu itu tidak mampu membuatkan Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya pada 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya di hadapan dunia antarabangsa ketika di Mesir.

Namanya berubah menjadi Aly (Ali) Napoleon Bonaparte.

"I read the Bible, Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters? The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters. Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you. In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner"

Terjemahan :
"Saya membaca Bible, Musa adalah orang yang cekap, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya ? Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahawa bumi bukanlah pusat sistem suria, dan ini adalah satu pukulan memalukan agama kita. Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinity yang sulit difahami. Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa. Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap pidato, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.” - Terjemahan dari kenyataan asal Napoleon yang dipetik dari Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

Dalam buku yang berjudul ‘Bonaparte et I’Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105’, Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut:

I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness

Terjemahan :
Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat disatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip–prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur’an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”

Beberapa sumber lain yang menyatakan ke-Islaman beliau:
- Buku ‘Satanic Voices - Ancient and Modern’ dengan penulis David M. Pidcock, pada hal. 61.
- Surat kabar Perancis ‘Le Moniteur’, yang menyimpan banyak dokumen beliau masuk Islam pada tahun 1798.
- Buku ‘Napoleon And Islam’ dengan penulis C. Cherfils.


p/s Saya dalam proses membuat dokumentari ringkas siapakah 100 orang tokoh paling berpengaruh dunia ini, apa hebatnya mereka dan gaya berfikir mereka, dan kenapa Muhammad bin Abdullah S.A.W berada di atas sekali.

25 Februari, Petaling Jaya : Ummah Talk Siri 2 GAMIS telah menyaksikan beberapa pendedahan fakta mengejutkan mahasiswa oleh Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang penganalisis politik Malaysia yang terkenal dengan ketepatan ramalan dan kekukuhan kajian penyelidikannya. Antara pendedahan penting beliau kepada ahli-ahli GAMIS ketika mendiskusikan isu-isu semasa politik Malaysia dari kaca mata future study beliau, antaranya :

1) Kumpulan paling 'berbahaya' dan 'kritikal' penentu masa depan politik Malaysia adalah 68 % pengundi muda.

2) 88 % pengundi sedang memihak kepada oposisi pada ketika ini. Sejauhmana PR bersedia untuk memerintah andaikata 14 negeri dalam PRU 13 tumbang ke tangan PR ?

3) Hanya 3 % generasi muda memilih parti-parti"konservatif" dalam PR seperti Pas dan Dap manakala 97 % memilih PKR kerana kesebatian jiwa anak muda yang bencikan BN kepada parti "persinggahan" yang tidak mengikat ahli-ahlinya dengan sebarang ideologi dan mengamalkan pluralisme politik. PKR adalah parti "festival" tanpa idealisme yang 'berat' dan ini diterima mudah oleh anak-anak muda yang mahu berjinak dengan politik.


Selain itu, beberapa penegasan penting telah beliau utarakan sepanjang observasi beliau lakukakan khususnya sepanjang 3 hari berada di Perak dan melihat secara langsung senario politik di Perak, antaranya :

1) Semua generasi baru PR tidak bersedia menjadi pemimpin. Kebergantungan kepada individu-individu tertentu seperti Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz, Ir Nizar dan sebagainya hakikatnya memudahkan serangan musuh untuk menguburkan PR di negeri-negeri mereka kuasai dalam PRU 12 baru-baru ini.

2) Semasa gelombang 16 September ditiupkan oleh DSAI, sejauhmana pemimpin PR melihat secara anti-thesis dengan melihat secara kritis andaikata lompat parti itu berlaku di negeri-negeri PR sendiri. Tidak sepatutnya semua pimpinan PR menyambut 16 September secara ofensif menyeluruh ke negeri-negeri BN sehingga lupa kubu sendiri.

Prof Madya Abu Hassan Hasbullah yang digelar "mahaguru" oleh para panelis ketika Forum Masa Depan Politik Malaysia sebelumnya di UIAM menggesa mahasiswa menolak "politik fasiq" yang telah mengorbankan kepentingan rakyat, ekonomi dan sosial negara yang kian kritikal dengan lompat-melompat parti. Prof Madya Abu Hassan pernah terkenal dengan ketepatan ramalan politiknya yang berasaskan kajian (survey) seperti jatuhnya 6 buah negeri ke PR menjelang PRU 12, kemenangan Kuala Terengganu dengan majoriti lebih 2,000 undi dan lain-lain lagi.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"