Kelana Dakwah di SMK Bandar Tasik Puteri : Apabila Adik Non-Muslim Mahu Berprogram Lagi Bersama Kami...
“Saya setuju dengan konsep menyerahkan hati anda kepada kami. Saya telah menghadiri terlalu banyak kem kepimpinan dan wajib ada slot muhasabah diri. Disebabkan saya telah banyak menghadiri kem kepimpinan, kem ini sahaja telah membuatkan hati saya menjadi lembut semula setelah sekian lama sekeras batu.” (Farah Hanani Mohd Nasir, 16 tahun)
“Program ini amat memberi kesan dalam diri saya. Program ini memberi kita peluang supaya berubah sebelum terlambat.” (Nur Inani bt Mahadi, 16 tahun)
modul. Moga Allah membuka pintu hatinya
untuk mendekati Islam suatu ketika nanti.
Lihat pula adik Devakumari Govindrajan yang menjadi "daie" secara tidak langsung walhal tiada sepatah perkataan dakwah pun saya dan rakan-rakan sebutkan sepanjang program.
"Sebagai Pengawas, saya akan membantu pelajar-pelajar yang telah terjebak dalam kegiatan negatif. Saya berazam selepas menghadiri program ini untuk membantu mereka dan saya akan cuba membaiki kelemahan atau keburukan yang terdapat dalam diri saya. Tiada kekurangan. Saya puas hati dengan program ini.Semuanya sempurna". (Devakumari A/P Govindrajan, 16 tahun)
Isu PPSMI : Keberanian Khairy Berdebat Seharusnya Diteladani Oleh Pimpinan Muda Umno-Pas
Bagi saya, lebih baik Khairy Jamaludin menjadi Ketua Pemuda Umno kerana sosok tubuh ini - berbanding YB Khir Toyo dan YB Mukhriz Mahathir - akan menyebabkan para Pemuda Pas dan gerakan Islam tidak akan mampu bergoyang kaki terus selesa dengan kelahiran para pemimpin muda yang tidak bersedia untuk berdepan hujah secara bersemuka atas apa jua platform Debat Perdana, Hujah (TV9) dan sebagainya. Era gerakan Islam PAS pada masa akan datang adalah lebih mencabar dan berhajatkan seorang pemimpin yang berminda negarawan, mampu berdepan secara bersemuka dengan mana-mana pemimpin parti lawan, membina jambatan antara mereka yang tidak sealiran, mengharmonikan konflik antara pertembungan peradaban, mengkaji pelbagai jenis aliran pemikiran semasa. Debat seperti anjuran TV9 dan Forum seperti anjuran mahasiswa Ma'ruf Club adalah satu siri-siri 'tarbiyah' yang akan menguji sejauhmana kehadiran dan kewibawan Pemuda Pas dalam menyatakan pendirian dan idealisme di hadapan panel lawan dan kelompok audience yang pelbagai, bukannya berceramah secara satu hala tanpa mendengar hujah langsung dari pihak lain.
Walaupun saya berbaiah bersama kepimpinan mahasiswa yang lain di hadapan pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI semalam, namun saya tidak pernah menyatakan saya rasa puas dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh pimpinan PPSMI semalam.
Tajuk ini mestilah didebatkan, diforumkan, atau diminta pandangan kedua-dua belah pihak. dalam satu masa, berlaku interaksi secara live antara satu sama lain dan antara panel dan pendengar. Bukan satu pihak terus retorik dengan idealismenya sahaja. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, Menteri Pelajaran Dato Hishamudin akan didakwahkan, dibentangkan hujah kenapa jahatnya PPSMI walaupun beliau akan menegakkan benang yang basah.
berucap di pentas.
"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan. Politicians think for the next election, statesman thinks for the next generation.
Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Dedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita.
Program pembangunan keupayaan kepemimpinan ini adalah amat mustahak bagi PAS kerana generasi pelapis mestilah memiliki kebolehan yang lebih tinggi daripada pemimpin yang ada hari ini. Ia bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar. Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepemimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabitun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabitun untuk menjadi pemikir masih di tahap yang rendah. Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita."
- YB Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pas -
(siapakah bakal menggantikan beliau tidak lama lagi, aku mula kempunan....)
Saya berbangga mempunyai seorang serikandi pejuang, yang meletakkan agenda dakwah dan perjuangan lebih dari segala kepentingan. Teruskan perjuangan permaisuri hatiku. Keredhaanku mengiringi perjuanganmu.
Kes 1 :
di program I.P Minda di SMK Bandar Tasik Puteri
mendekati adik-adik dari agama lain. Namun baginya
ia suatu peluang, bukan halangan.
Kes 2 :
Kekadang ingin sahaja saya kembali ke sejarah silamsaya bersama WUFI. Mahu sahaja saya mendapatkan pengalaman
dalam Ma'ruf Club sebagaimana telah isteri saya perolehi
saat ini. Tarbiyah 'pengurusan massa' adalah bukan sesuatu yang
mampu diraih dengan mudah oleh kebanyakan pimpinan gerakan mahasiswa Islam.
Tidak kurang yang lebih suka bersikap ekslusif dan lebih gemar menjadi
pemimpin 'jaguh kampung' yang tidak tahu menahu mengenai
'public relation' dan aksi dakwah umum gerakan.
4. Apa guna nasyid kononya Islamik sekalipun andaikata lirik lagu lebih memuja wanita dan apa yang tidak sepatutnya. Lebih baik mengambil hikmah dari lagu yang dinyanyikan oleh orang yang tidak Islamik andaikata mereka menyanyikan lagu yang mempunyai lirik yang sarat dengan hikmah dan kebaikan. Islam bukan pada format dan luaran, tetapi subtansi dan mesej.
5. Tiba masanya menjadi pencadang dan penyedia alternatif hiburan Islam dalam pelbagai bentuk dan saluran, bukan lagi hanya mengkritik dan menghukum itu haram ini salah.
“Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa CINTA (bukan sekadar ambil tahu, tapi ambil MAHU),seakan-akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka. Sebab rasa hati dan suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita…” - Pak Hamka
Justeru saya juga mengimbau di sebalik tabir 14 Februari. Alhamdulillah, ramai bloggers saya kira telah berjaya mendedahkan 14 Februari bukanlah hari percintaan atau apa yang disebut sebagai Hari Valentine, tetapi ia adalah hari merayakan kematian St Valentine paderi Kristian dengan skrip cerita mengenainya yang pelbagai. Tidak kurang juga yang menyebut dalam risalah-risalah operasi amar makruf nahi mungkar PMI atau gerakan mahasiswa Islam kampus masing-masing bahawa 14 Feb adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol. Maka dipaparkanlah fakta sejarah mengenai kronologi kejatuhan Islam di Sepanyol atau lebih spesifik lagi lokasinya di kubu terakhir 800 tahun pemerintahan Islam di Eropah iaitu Granada (Gharnatah dalam bahasa Arab)
Saya menyebut kepada mahasiswa nuqaba UKM bahawa apa yang paling penting disebut mengenai 14 Februari bukanlah "apa, bila, siapa" yang mendalangi konspirasi pembantaian umat Islam di Granada tersebut, apa yang lebih penting diketahui adalah bagaimana cara berfikir St Valentine dan think-tankers Kristian di Sepanyol untuk menjatuhkan Granada dan sekaligus Islam di Eropah.
Beriman dengan maksud Ibrah, saya cuba "visualize" apa sebenarnya berlaku pada 14 Februari tersebut. Maka, beberapa fakta menarik diperolehi apabila membelek "Al-Muqtabas fi Akhbaril Andalus", "Min Akhbaril Asban", Al-Milal wan Nihal (Ibnu Hazam) jelaslah bahawa sebab kejayaan Kristian dan St Valentine ke atas Granada kerana strategi penyusupan dan perisikan mereka lakukan ke atas umat Islam di Granada. Sehingga akhirnya apabila Kristian mengetahui bahawa umat Islam sudah tidak lagi mengantuk di tengah hari, sahlah mereka sudah meninggalkan tahajjud di malam hari, rahsia kekuatan umat Islam dahulu. Maka apabila dimasukkan arak dan rokok secara senyap ke Granada, maka tewaslah anak-anak muda Islam dan apabila diminta umat Islam menyerah kalah, maka berlakukan peristiwa sadis lagi tragis ke atas umat Islam di Granada tersebut.


Penguasaan teknologi dan strategi, itulah sunnah kemenangan kepada mana-mana kuasa yang mahu menang pertempuran, sama ada kuasa baik mahupun kuasa jahat. Menguasai sunnatullah kekadan menjadi kelebihan musuh-musuh Islam sedangkan di pihak Islam hanya mampu berpada pada penguasaan Syariatullah. Suatu kesilapan dalam memahami maksud dan konsep Taqwallah yang dikhutbahkan setiap minggu pada hari Jumaat.
Sunnatullah ini takkan berubah. Siapa yang menguasai, dialah pemenang, melainkan kelebihan dan keunikan Tuhan berikan pada pejuang Islam apabila Sunnatullah dan Syariatullah tetap menempuh kebuntuan, pada saat itu hadirlah Nasrullah, bantuan dari langit seperti kelihatan dalam Badar dan Ahzab Rasulullah S.A.W. Melihat cerita Red Clif, demikianlah 200 ribu tentera menewaskan 800 ribu tentera bukan kerana pertempuran bersemuka, tetapi kerana strategi dan teknologi. Demikianlah juga al-Fateh dalam rahsia kemenangannya ke atas Konstantinople. Tidak pernah Byzantim menyangka al-Fateh akan menggerakkan 70 buah kapal melalui bukit dalam masa satu malam.
Benarlah kata Ibnu Khaldun :
“…Betapa melalui sejarah, kita akan dapat mempelajar tentang Sunnatullah fee al-Kaun wa al-Hayah tersebut. Melalui pengamatan terhadap Sunnatullah inilah, sejarah beroleh nilai dan dengan nilai tersebut, ia menghubung jalinkan sejarah dengan zaman-zaman yang menyusul. Dalam erti kata yang lain, walaupun generasi dan zaman silih berganti, manusia dan sekalian alam tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah yang sama. Beruntunglah mereka yang meneladani sunnah yang baik serta binasalah mereka yang memilih untuk mengulangi sejarah yang hitam!” - [Muqaddimah Ibn Khaldun, mukasurat 8, Dar al-Kutb al-Ilmiyyah, Beirut 1993 /1413]
Saya dihantar untuk "ditamrinkan" dengan tujuan mendapatkan sebanyak mungkin rahsia
kehebatan modul-modul dan "manhaj tarbiyah" ESQ yang dikatakan mampu mentauhidkan orang-orang yang bukan Islam. Ini kerana saya diminta oleh murabbi saya (tempat lain dipanggil CEO), Ustaz Azlan untuk saya sediakan slide khas "Belief System Process" , sebuah slide yang diharapkan menjadi satu lagi "killer" slot dalam program kem-kem I.P Minda bagi merawat remaja-remaja bermasalah yang melakukan maksiat dan dosa akibat ketiadaan rasa wujudnya Tuhan dalam diri atau "CCTV" dalam diari seharian kehidupannya.
Projek "Dasar Turun Sekolah" yang pernah diwar-warkan semasa saya memimpin Wufi UIAM dahulu hanya mampu tinggal retorik semata-mata. Benar, keutamaan pada gerak kerja kampus, bukannya di luar. Apapun, saya tetap merencana projek ini secara belakang tabir di sebalik rutin harian saya dahulu di kampus. Namun saya kerap berputus asa. Kerana saya tidak mampu terlepas dari 3 masalah besar untuk membina engagement dengan sekolah-sekolah sepenting SBP dan SMKA ini.
1) Masalah kewangan ; ini mempengaruhi bajet saya ke sana dan ke sini. Apatah lagi kekadang "staff" saya hilang semangat kerana terpaksa mengorbankan duit perbelanjaan masing-masing dan akhirnya mengundur diri dari projek ini kerana kekangan kewangan.
2) Masalah identiti : siapa saya untuk bertemu dengan adik-adik yang tidak saya kenali dan mereka tidak kenal saya ? jika benar mahu mengukuhkan tarbiyah di sekolah, perlu kepada naungan guru yang memahami fikrah perjuangan. Siapa saya untuk bertemu dengan guru penasihat badan dakwah atau para ustaz tadi ? Saya terjebak dalam krisis identiti kerana saya "illegal" dan boleh dituduh bawa gerakan bawah tanah jika silap rentak, memangsakan adik-adik yang tak berdosa.
3) Masalah modul : siapa yang berminat dengan "agenda" atau "manhaj" atau "modul" tarbiyah yang mahu saya perkenalkan di sekolah itu nanti ? sudah pastinya "manhaj" Ikhwani ini hanya mampu disertai oleh segelintir penggerak yang telah mempunyai kecenderungan untuk memilih perjuangan Islam. Selain itu yang dinamakan "the 95 % untapped market" tidakkan berminat dengan "manhaj" atau "modul" sekental ini. Sunnah perjuangan jamaah sekolah atau kampus memang telah mentestimonikan jumlah sekecil itu. Mampukah merobah Malaysia 20 tahun lagi jika hanya berpada dengan "manhaj" ekslusif itu untuk melihat Islam menang di Malaysia kelak ? Saya meronta-ronta memikir jalan penyelesaian ke akar umbi.
Dalam sehari, ada sahaja 4 buah sekolah akan saya turun, promosikan "manhaj tarbiyah" I.P Minda. Feedback sangat menarik kerana tidak ada yang menolak dengan kebengisan seperti apa yang berlaku pada sesetengah marketer MLM. Benarlah, bidang motivation ini benar-benar didahagai oleh banyak pihak kini, sementelahan dengan beberapa konsultan dakwah yang saya kira mempunyai keunikan pendekatan yang tersendiri untuk kami saingi, tidak dilupakan juga kelemahan dan kesilapan segelintir mereka sehingga sekolah menjadi fobia pada pandangan awal (first impression)nya untuk menerima kunjungan konsultan.
agar bergerak menuju MAMPU.
Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan,
tetapi keupayaan untuk membuka jalan." - Ustaz Hasrizal, My Sifu
1. Kekuatan kewangan - duit bukan segalanya, tetapi segalanya (termasuk agenda merancakkan dakwah di sekolah) bermula dengan duit. Inilah faktor saya "down" dalam visi yang sama saya nekad untuk menyelamatkan generasi alam sekolah sebelum ini. Kini, kerja dakwah saya "bergaji" mudah-mudahan mampu memberikan semangat yang lebih konsisten untuk memudahkan perjalanan memasarkan "manhaj tarbiyah" yang mudah-mudahan menjadi "rawatan" kepada segala masalah bejat sosial-juvana di sekolah.
dengan penuh hati-hati adik-adik.
(Gambar kenangan di SMK Raja Ali)
Kini, kekuatan saya itu akan saya bantu sahabat setia saya Ustaz Dzul Khairi, Presiden GAMIS dan rakan-rakan seangkatan. Saya akan cuba memikirkan pendekatan terbaik untuk "tamrin umumi" (Mukhayyam al-Fateh) yang akan diadakan tidak lama lagi, terbuka pada semua mahasiswa pro-PMI. Saya diminta untuk memikirkan modul-modul team building (ukhuwwah). Harapan saya, program "Menjejak al-Fateh" ini kelak bukan sekadar mampu mencetuskan "pemikiran" GAMIS di mana-mana ceruk kampus dan posisi politik sekalipun, tetapi mungkin ini juga model baru "tamrin" kampus atau testimoni sebuah eksperimen tarbawi ke arah menuju matlamat yang sama, melahirkan pejuang-pejuang Islam di kampus, dan membantu gerakan PMI itu sendiri. Moga inilah "model" yang akan menjawap masalah (sindrom@realiti) "ahli jamaah kampus hanya 2 %" dari jumlah mahasiswa kampus.
1. Wujudkan kerajaan BN secara lompat supaya dapat bunuh karakter pencetus gelombang lompat 16 Sept, Anwar Ibrahim, walaupun apa yang diperjuangkan oleh beliau adalah lompat kerana idealisme, bukan rasuah. Ini terbukti apabila Karpal mendesak DSAI meletak jawatan Ketua PR dan DAP keluar dari PR. BN menang 1-0.
2. DSAI akan diserang dari segenap sudut kerana menjadi promoter kepada lompat parti. Walaupun selepas PR Kuala Terengganu, hubungan seluruh pimpinan Pas (walaupun pelbagai "aliran" pemikiran politik) dan PR sendiri semakin intim, Ini akan menimbulkan kekeruhan besar kalangan aktivis Pas yang sebelum ini dikatakan tidak sealiran dengan kumpulan 'Erdogan' dalam Pas khususnya dalam isu muzakarah dahulu. Ini akan mencetuskan satu review kedudukan Pas dalam PR. Dan apabila Mukhriz mencadangkan Pas Perak menyertai kerajaan rapuh BN Perak hari ini, sudah pasti cadangan itu tidak akan dipandang remeh. Jika itu yang berlaku, BN menang 2-0. Nauzubillah.
3. Tindakan menjatuhkan kerajaan PR Perak adalah satu 'provokasi' BN untuk menguji sikap 'melatah' PR. Apabila Karpal melatah dan mahu menyaman Sultan Perak, kenyataan Karpal digambarkan sebagai kenyataan PR. BN menang 3-0. Terpalitlah sudah imej PR dan hubungan dengan istana sedangkan sebelum ini kekuatan istanalah memalukan BN di Perlis dan Terengganu dalam isu perlantikan MB selepas PRU.
Inilah hipotesis sepuluh sen saya.
"Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu." - Ustaz Hasrizal Jamil
Buat YB Nizar, teruskan perjuangan dan ketabahan anda. Peganglah wasiat Rasulullah S.A.W pada Uthman bin Affan r.a :
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!”
Apabila membaca hipotesis Telaah Politik bertajuk "Bacaan Politik Cikgu Pa Betul", saya merasakan "seni perang" Najib - yang kian terdesak menarik kepercayaan rakyat untuk beliau menjadi PM Mac ini - secara zahirnya nampak lebih lincah dari Anwar sendiri. Apa yang digambarkan Telaah Politik persis "the art of war" yang ditonjolkan Raja Liu Bei (baca : Najib Razak dan proksinya) pada Perdana Menteri Cao Cao (baca : bakal PM PR, Anwar) dalam Red Clif II, iaitu strategi menimbulkan sifat over-confident musuh (meyakinkan bahawa mereka telah menang sebelum bertempur) sehingga mengalpakan mereka dari pelbagai perangkap politik luar duga yang akan menyusul selepas ini. Penyusupan sementara adalah kaedah paling ampuh.
Kealpaan itu akhirnya mengundang keangkuhan sehingga Cao Cao menghantar utusan meminta Zhou Yu dan seluruh rakyat Red Cliff (baca : ahli Parlimen BN) menyerah kalah (baca : lompat parti). Namun apa yang berlaku, utusan yang diutus itu rupanya yang paling berkesan digunakan untuk memporak perandakan lagi ketumbukan tentera Cao Cao. Dalam konteks kini, "utusan" itu adalah "16 September". Utusan itu yang sebelum ini adalah utusan Cao Cao (Anwar) kini menjadi utusan Zhou You (Najib). Lihatlah kenyataan Najib semalam apabila ditanya wartawan di mana moral lompat parti jika BN perintah Perak, jawapan Najib adalah jawapan memalukan Anwar dan 16 September : "Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September" (Malaysiakini).
"Sepatutnya inilah yang diperhatikan oleh PKR, DAP dan sebahagian pimpinan junior PAS. Sikap terlalu ghairah untuk menarik MP dan ADUN BN untuk melompat parti akhirnya telah memakan diri. Bila mana ADUN Bota menyeberang kepada PR maka kesemua mereka semakin yakin strategi 16 September boleh dicapai dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun keghairahan ini telah menyebabkan mereka alpa sehingga tidak menyedari bahawa ADUN Bota itu sekadar umpan. Hari ini terbukti bahawa keghairahan untuk mendukung amalan melompat parti ini akhirnya memakan diri. BN dan UMNO tidaklah selemah dan sebodoh yang mereka sangka, sebagaimana yang diperingatkan oleh Cikgu Pa." (Telaah Politik)
Dalam Red Cliff - kali ini saya menukar sedikit watak untuk menyesuaikan dengan situasi terkini dan mesej yang cuba saya mahu sampaikan - Liu Bei (baca : proksi Najib iaitu Nasarudin ADUN Bota) meninggalkan panglima Zhou Yu (baca : Pak Lah dan BN) kononnya dengan alasan takut ancaman penyakit itu kepada tenteranya. Dengan demikian, Cao Cao (Anwar) - apabila mendengar Liu Bei yang sangat berpengaruh itu telah meninggalkan "Barisan Nasional" - kini dia merasa bahwa taktiknya telah berhasil untuk memisah dan memecahbelahkan lagi Barisan, dan usaha mengambil alih Tebing Marah atau Red Cliff (baca : Putrajaya) semakin hampir. Namun hakikatnya, perang itu penuh tipu helah. Pengunduran dari Barisan itu hanya taktik sementara dan umpan politik apabila Liu Bei kembali ke pangkuan Umno-BN untuk melancarkan serangan fasa dua pada Anwar dan PR dari dalam.
Saya juga ada membaca pandangan senior saya, saudara Rohan Rozi, ulasan beliau dari kaca mata perang Troy juga agak menarik dan informatif.

Seperti Orang Troy menyambut kuda Trojan Horse yang dihadiahkan oleh orang Greek. Greek yang sudah kecewa kerana gagal menerobos kubu Troy, akhirnya menghadiahkan sebuah kuda yang di dalamnya diisi dengan tentera mereka. Strategi mereka akhirnya berjaya menyelinap tentera Greek ke dalam kubu Troy.
Seorang penulis buku strategi perang, Robert Greene, menulis sebuah buku The 33 Strategies of War. Beliau mengibaratkan strategi ini seperti kumpulan anai-anai yang boleh meruntuhkan dari dalam sebuah bangunan yang utuh. Adakah anai-anai 4 ekor ini, Adun Bota, Adun Changkat Jering, Adun Behrang dan Adun Jelapang berjaya mengerit kayu-kayu yang membina sebuah rumah yang dikenali Kerajaan Pakatan Rakyat Perak?"
Hakikatnya, sindrom over confident atau 'ujub ini telah berlaku dalam sejarah Islam iaitu perang Hunain dan lebih awal lagi, perang Uhud. Musuh tidak pernah berdiam diri menunggu para pejuang Islam ditimpa musuh lebih halus dari mereka sendiri iaitu musuh dalam diri, iaitu sikap over confident. Namun sayangnya, peristiwa agung sirah itu hanya menjadi artifak bacaan segelintir politikus dan pejuang Islam tanpa penghayatan dan "ibrah" dalam erti kata yang sebenar.
Apa yang kini berlaku - hasil brainstorming saya dengan zaujah saya - mungkin merumuskan beberapa hidden agenda Najib di sebalik tabir isu pergolakan DUN Perak ini, panglima perang BN ialah suatu usaha atau gimik untuk mewujudkan akta lompat parti di Parlimen supaya mimpi ngeri 916 tidak berulang walaupun BN sendiri akan rugi dari akta ini, ataupun untuk mengalih isu lebih besar Malaysia iaitu masalah ekonomi makin tenat dan perjuangan gerakan mansuh PPSMI yang kian mencapai klimaksnya (pandangan Rausyanfikir, saudara Faisal) serta menampakkan bahawa kemenangan tipis PR di DUN Perak jika berlaku di mana-mana DUN dan Parlimen Malaysia kelak - juga mungkin juga sahabat-sahabat aktivis Pro-M di UM yang lebih 1 kerusi - adalah sesuatu yang tidak akan memberikan keselesaan pentadbiran kepada rakyat. Doktrin hanya BN boleh memerintah dengan selesa akan terus dimainkan.
Bagi saya, apa yang lebih berbahaya dari itu adalah serangan halus Najib untuk membunuh semangat "916" yang dilancarkan oleh DSAI. Hujah rakyat menolak kerajaan 'lompat' Perak kini pastinya akan diulangtayang oleh BN dan rakyat jika 916 kelak kembali berkokok di peringkat Parlimen. Senjata halus Najib ini mampu membunuh karakter Anwar dan integritinya di mata PR. Hasrat Najib untuk pecahbelahkanlah Anwar dan PR semakin hampir - setelah gagal karakter itu dibunuh di Permatang Pauh melalui Saiful Bukhari,. Apatah lagi serangan pembelian ADUN dihalakan kepada PKR yang berada di bawah telunjuk DSAI. Saya sangat tertarik dengan pandangan tarbawi Prof Dr Hj Hamirdin bin Ithnin (DetikDaily).
"Mujurlah Allah menggagalkan projek 916. Sekarang taktik yang sama digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Perak. Sudah tentu taktik tersebut adalah taktik busuk. Mujur taktik katak dijaguhi oleh UMNO. Kita akan bersih dan kelihatan bersih dari sekarang sehinggalah ke generasi akan datang. Allah telah merestui kita yang mendokong perjuangan Islam yang mesti melalui jalan berisiko dengan cara mengagalkan jalan pintas 916. Itulah tarbiyyah dari langit untuk Anwar."
Apapun, mungkin juga Anwar menggunakan projek 916 dahulunya untuk semata-mata menggertakberukkkan BN sehingga lebih besar suara-suara anti-establishment dalam BN sendiri. Kata Zainulfaqar, 916 adalah psi-war untuk memecah blok pemikiran tradisi rakyat kononnya hanya BN boleh perintah. 916 dibuat untuk memecah blok pemikiran segenap peringkat rakyat dari petani ke CEO, dari kanak-kanak kecil sehinggalah warga emas, kesemuanya mampu bercakap mengenai "BN nak dijatuhkan ? Kenapa ? Bagaimana ?" Kemudian, Anwar tidak melakukan 916 itu dengan pelbagai alasan kerana memahami isu integriti yang akan dipertikaikan rakyat.
Kini, Najib guna projek 916 itu untuk BN, tanpa sebarang cakap-cakap politik seperti Anwar, Najib terus buat. Tapi rakyat nampak jeliknya politik Najib-BN. Jeliknya politik lompat parti ini. Adakah 916 umpan licik Anwar untuk Najib guna dan kini telah menggunakannya di Perak ? Sesetengah penganalisis politik melihat tragedi kejatuhan kerajaan negeri Perak secara tidak demokratik kini akan menjadi stimulus dan batu loncatan terbesar BN akan nazak, mati dan dikebumikan dalam PRU akan datang. Wallahu a'lam. Politik ini kekadang gila, saya tidak mahu berlebihan dalam hal itu, sekadar bermain-main dengan dunia brainstorming.
Apapun, antara pengajaran terpenting adalah betapa pentingnya bimbingan ulama dalam menunjangi semarak "matematik" dan percaturan strategik gerakan dalam menumbangkan kerajaan sekular penjenayah rakyat. Pesanan Tok Guru - yang pernah saya rakamkan kekuatan "firasat politik" beliau dengan bantuan Allah (lihat posting saya sebelum ini pada tahun lepas mengenai temuramah saya dengan SU Politik Tok Guru, Annuar Bakri) - supaya berhati-hati membuat kenyataan, jangan membuat kenyataan angkuh pada pihak musuh selepas Pas mencapai kemenangan di Kuala Terengganu seakan-akan menjelaskan kebimbangan Mursyidul Am Pas itu pada kelekaan PR dan ujian besar menanti di sepanjang jalan mengisi kemenangan. Tok Guru sendiri pernah menyebut pada 22 Mac 2008 :
''Lompat parti ini bukan kerja orang politik tetapi kerja orang yang makan upah. Sebab masa kita hendak menang jadi wakil rakyat... mengundi bukan main lagi tetapi lepas itu, dia main-main lompat. Bukan manusia kalau boleh jual beli undi. Orang itu tak reti dosa pahala kalau dia reti dia tak lompat, orang yang faham tak buat macam itu."
Firman Allah dalam ayat 25 dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai."
Apapun, doa saya agar kesemua ini tidak berkesudahan dengan kemenangan kepada BN, tetapi kepada PR dan perjuangan Islam. Dan saya juga berharap Anwar dan strategist belakang tabirnya mampu mengemukakan agenda "control damage" dan counter-attack berkesan bagi memulihkan keyakinan pada PR. Yang penting rakyat semakin nampak jelik dan kotornya politik Umno-BN-Najib.
Di akhir zaman pemerintahan Dinasti Han (boleh dibaca : Barisan Nasional), Perdana Menteri Cao Cao (Pak Lah), Perdana Menteri yang sangat licik politikingnya telah berhasil meyakinkan Kaisar Han, bahwa jalan menyatukan seluruh Tiongkok (Malaysia) adalah dengan mengumumkan perang pada kerajaan Xu di Barat dan Wu Timur di selatan (kerajaan "Pakatan Rakyat") yang tidak sealiran dengan kehendak PM Cao Cao. Kelicikan Cao Cao dalam hal ini membuat Zhou Yu (Anwar) dan Liu Bei (Pas) sedar bahawa mereka perlu bersatu membentuk suatu Pakatan berjumlah 200,000 tentera untuk melawan 800,000 bala tentera gergasi Cao Cao.
Di tengah persiapan perang, wilayah Cao Cao diserang wabak penyakit yang menular dan mengakibatkan banyak tenteranya sakit dan mati. Dengan akal licik, Cao Cao tidak mengebumi atau membakar mayat tenteranya yang mati tersebut, bahkan dia mengirim mayat mereka ini ke wilayah musuhnya, Zhou Yu-Liu Bei. Tanpa diduga, Liu Bei (Pas) pergi meninggalkan pakatan Zhou Yu (Anwar) dengan alasan takut ancaman penyakit itu kepada tenteranya. Dengan demikian, Cao Cao - apabila mendengar Liu Bei yang sangat berpengaruh itu telah meninggalkan Pakatan - kini dia merasa bahwa taktiknya telah berhasil untuk memisah dan memecahbelahkan Pakatan. Beliau mula over-confident kemenangan miliknya.
Dengan jumlah pasukan Pakatan kini hanya berjumlah 30,000 orang akibat ketiadaan tentera Liu Bei, Zhou Yu-Zhu Liang tetap memutuskan untuk berperang melawan pasukan Cao Cao yang berjumlah hampir 800 ribu orang itu. Segala taktik membabitkan kekuatan taktikal dan strategik, baik di darat mahupun di laut, disiapkan untuk memenangkan pertarungan berat sebelah ini.Justeru, apakah taktik luar biasa yang terpaksa dilakukan Pakatan ?
Mematikan perancang perang paling utama melalui strategi adu domba (perpecahan sesama musuh) adalah strategi terpenting dipaparkan dalam filem ini - selain taktik perisikan melalui peranan SB Pakatan iaitu merpati putih dan penyamaran masuk dalam tentera musuh. Ini dapat dilihat apabila Zhu Liang (mastermind perang dan pakar pergerakan alam semulajadi) dan Zhou Yu (pakar taktikal perang) masing-masing bergabung kepakaran memikirkan cara terbaik menumpaskan tentera Perdana Menteri Cao Cao.
Zhu Liang bersumpah akan mendapatkan 100,000 anak panah, manakala Zhou Yu bersumpah akan menyingkirkan Cai Mao dan Zhang Yun, tunjang utama kekuatan angkatan laut Cao Cao (Cao Cao hanya mahir dalam peperangan darat). 100,000 panah sangat diperlukan kerana sebahagian besar tentera Liu Bei telah berundur dari Pakatan dengan membawa pulang ratusan ribu panah masing-masing. Zhu Liang-Zhaou Yu masing-masing mempertaruhkan kepalanya untuk sumpah tersebut dan di sinilah terzahirnya "penghayatan bai'ah" paling tinggi oleh kedua-dua panglima utama itu.
That is we must unite with our heart in one."
- Panglima Zhou Yu
Seterusnya bagaimana mereka berdua melakukan ?
Zhu Liang yang bijak membaca peralihan cuaca, angin, dan kabus dengan sangat tepat - telah membawa 20 buah kapal kosong (dengan beberapa tentera kelasi shj) lengkap dengan jerami telah pergi menghampiri pangkalan laut gergasi Cao Cao. Sengaja bertolak ketika kabus tebal, melanda pangkalan itu, 2 panglima laut Cao Cao - Cai Mao dan Zhang Yun - hanya berani menembak kapal Zhu Liang dengan panah dari kejauhan akibat keadaan kabus tebal memungkinkan perangkap pihak lawan. Akhirnya, Zhu Liang mendapatkan 100 ribu panah dengan mudah dan percuma. Bijak bukan ?
Sementara itu, Cao Cao tidak berdiam diri apabila mendapat tahu beliau dimalukan. Beliau bertindak balas dengan mengutus Jiang Gan - teman baik Zhou Yu dahulu - untuk membuat Zhou Yu menyerah kalah kerana beliau telah kehilangan bala tentera Liu Bei. Namun sebaliknya, Zhou Yu lebih lincah apabila memanfaatkan Jiang Gan untuk membawa berita palsu bahwa Cai Mao dan Zhang Yun, dua panglima tentera lautnya itu akan memenggal kepala Cao Cao jika berpeluang setelah menang dalam perang ini.
Setelah mengetahui hal itu melalui kesamaan tulisan, Cao Cao mula curiga bahwa selama ini kehadiran 2 panglima laut itu adalah suatu taktik untuk membunuhnya dari dalam Barisan. Lantas, setelah mendengar laporan bahwa Cai Mao dan Zhang Yun melempar lebih 100,000 panah secara sia-sia di tengah kabus ke kapal musuh, Cao Cao langsung percaya bahwa mereka sememangnya pengkhianatnya. Ia segera memenggal kepala Cai Mao dan Zhang Yun, tetapi saat mereka dipenggal, ia segera menyedari bahwa ia telah termakan tipuan Zhou Yu - yang juga mahir dalam meniru tulisan - yang mencipta sendiri surat palsu mahu membunuh Cao Cao itu.
Cao Cao pula - yang juga boleh membaca kedatangan angin - sungguh yakin akan kemenangannya ini terutama dengan memanfaatkan angin Tenggara bagi melancarkan bom api guna menghancurkan lawannya. Tetapi dugaannya tersebut ternyata meleset. Cao Cao tidak mampu mengatasi kehebatan Zhu Liang yang lebih "one step ahead" dalam ketepatan pembacaan peralihan angin. Cao Cao tidak tahu menahu wujudnya angin Barat Laut selepas angin Tenggara. Angin Barat Laut mulai berhembus dan Cao Cao mulai diserang apinya sendiri dan api tentera Zhu Liang-Zhou Yu. Armada gergasi kapal perang Cao Cao sangat tidak bersedia dengan keadaan tersebut.
Liu Bei (Pas) pula datang kembali dengan membantu sekutunya tersebut dari arah laut dan daratan. Rupanya pengunduran mereka dari Pakatan rupanya suatu strategi untuk menunjukkan Pakatan sudah lemah pada Cao Cao, lantas dengan itu mengumpan Cao Cao untuk menghantar utusan meminta Pakatan menyerah kalah, namun akhirnya utusan itu digunakan oleh Zhou Yu dari Pakaran. Sah, Cao Cao masuk lagi perangkap.
Bagaimana akhirnya Perang yang merobah sejarah China ini ?
Lihatlah sendiri filem ini, bagaimana Cao Cao dimalukan dengan secawan kopi - baca lebih lanjut di blog ister saya bertajuk "Gerakan Muslimat di sebalik Red Clif", dan kemudiannya formasi "kura-kura", suatu teknik perang yang digunakan ribuan tahun lampau oleh tentera Rom ketika menawan pulau Britain. Akhirnya, 2000 sahaja kapal "Pakatan Rakyat" akhirnya menggempur hingga ke kubu terakhir selepas membakar puluhan ribu kapal-kapal "Putrajaya" sang Perdana Menteri Cao Cao.
aksi "rempuh" kapal Pakatan dengan bantuan Angin Tenggara
dan segelas kopi yang telah melekakan Perdana Menteri Cao Cao
Integriti Maya
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.
Montaj IPTC
Twitter With Me
Profail Blogger
Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"





