Content feed Comments Feed
Showing posts with label Turun Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Turun Sekolah. Show all posts








Kem Motivasi Pra Universiti anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam SMK Kuala Kubu Bharu kelolaan I.P Minda Training & Consultancy. Program telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (6 - 8 Ogos 2010) di Desa Selesa Resort, Kalumpang.

Fasilitator terbabit adalah Ustaz Syaari (Abe Yie), Ustaz Azuhan (Abe Juhe), Ustaz Faizul, Ustaz Najmudin, Kak Nazifah dan beberapa orang lagi.

I.P Minda mengucapkan jutaan terima kasih pada Ustazah Aminah dan seluruh ustaz ustazah yang menjadi tenaga penggerak belakang tabir pada kejayaan program ini dengan penuh keberkesanan dan kelancaran.


Tahniah pada adik-adik bakal calon SPM dan STPM yang telah menyertai program ini kerana kerjasama dan komitmen anda kepada I.P Minda sangat luarbiasa dan positif.

Moga kita bertemu lagi. Ho Li Yau !!!


TESTIMONI PESERTA
KEM MOTIVASI PRA UNIVERSITI
6 – 8 OGOS 2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU
DESA SELESA RESORT, KALUMPANG


“Ya. Program ini sangat membantu saya. Saya telah temui arah hidup saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup mereka yang berjuang demi Islam.” 
(Mohd Hafit Nasrin, 012-3699722)


“Program ini memberi saya kesedaran maksima, memahami diri sendiri dengan lebih baik, mengetahui kelemahan diri dan saya akan cuba membaiki diri. Fasilitator sangat bagus dan seronok. Betul-betul “Ho-Liau” ! 
(Mohamad Afiq Rasul Mohamad, 014-2220191)


“Saya berazam untuk mengamalkan semua yang diajar dalam program ini dan mengambil iktibar dari video-video dan cerita yang telah ditayangkan. Saya berazam untuk berubah menjadi pelajar dan seorang hamba Allah yang lebih baik.”
 (Nur Athirah binti Shawaluddin, 014-7381232)


“Saya mahu belajar bersungguh-sungguh sehingga ibubapa saya menangis iaitu menangis untuk berjaya.” 
(Azna binti Suhainy Azmi, 017-3582802)


“Program ini membuatkan saya mengetahui cara ibadat dengan betul, dapat menonjolkan potensi diri dan saya ingin buat yang terbaik selepas ini. I.P Minda memang best giler!” 
(Nur Azizah bt Masduki, 03-60579085)


“Program ini mengadakan aktiviti yang menarik dan ajaran fardhu yang sempurna. Saya berazam untuk lebih menghormati ibubapa dan guru, tidak akan terikut-ikut dengan nafsu maksiat dan lebih fokus dalam pelajaran.” 
(Nur Istianah binti Salehudin, 014-7192931)


“Program ini mengingatkan saya tujuan untuk menjadi manusia yang berguna kepada ibubapa dan Tuhan, iaitu Allah dan menjadi seorang mukmin yang sentiasa bersyukur kepada nikmat-Nya. Insya-Allah, saya akan sentiasa bersabar di atas apa yang Allah berikan, saya akan memelihara solat...”
 (Nubairi bin Ismail, 019-3723342)


“Program ini satu nasihat dan ceramah yang telah memberikan keyakinan kepada saya bahawa kejayaan bermula dari sikap yang positif. Saya mahu berusaha lebih gigih dan akan mengubah sikap yang lebih positif dan insya-Allah sentiasa mengaplikasikan pandangan matahati.”
 (Mohd Faizal b. Mohamad Yunus, 03-60421127)


“Program ini telah memberi banyak bimbingan dari segi solat yang betul dan dapat mengetahui sesuatu yang baru dalam hidup saya.”
 (Norhidayati bt Razak, 017-2340026)


“Program ini telah memberi banyak kesedaran kepada saya untuk sentiasa menggunakan pandangan matahati supaya tidak membuat sesuatu perkara secara terburu-buru atau tersilap memilih arah.”
 (Zety Norhaiza bt Ab Rahman, 014-2220391)

Mohon jutaan maaf kerana video klip ini tidak sempat dimasukkan muzik latar.

Terima kasih kepada Amin Idris Training Consultant (AITC) kerana memberikan kesempatan bermakna pada saya untuk menyampaikan satu slot bertajuk "Solat Memang Best Giler !!!". Satu tajuk yang sangat attraktif namun mengandungi mesej persuasif iaitu untuk menimbulkan MAHU lebih dari TAHU peserta kepada solat sebagai pasak kecemerlangan komprehensif mereka di masa hadapan.



Mudah-mudahan, masa yang singkat bersama adik-adik tersebut telah mampu menimbulkan bukan semata rasa bersalah jika meninggalkan vaksin penenang paling mujarab pada penyakit jiwa manusia, tetapi lebih dari itu adik-adik melihat 'mukjizat' solat dari sudut cara belajar yang cemerlang dan dalam membentuk karakter pelajar yang cemerlang.




Terima kasih sekali lagi pada mentor saya, abg Amin Idris.


2 event 'memorable' berlaku pada saya kelmarin. 

Pertama, "shooting" saya dan isteri untuk rancangan 'Adam-Hawa' (siri tema kelapan iaitu "Amir-Amira") oleh krew kak Erma Fatima di rumah-ofis-UIA. Pada awalnya kami mengjangkan ia hanya suatu proses interview untuk tujuan 'menapis' calon yang layak menyertai program TV1 kendalian kak Erma Fatima, tapi rupanya kedatangan mereka menaiki satu van dengan 4-5 orang krew untuk tujuan terus merakam aksi-aksi "Amir-Amira" kami dalam konteks kepimpinan rumahtangga, persatuan dan kerjaya. Terima kasih Dzul Khairi atas 'konspirasi' bermakna anta.

Kedua, saya diberikan kesempatan untuk hadir ke Sekolah Seri Puteri, sebuah sekolah menengah yang mencapai prestasi nombor satu PMR terbaik Malaysia pada tahun lepas. Sungguh hebat kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini. Bukan kerana fasilitinya yang lengkap, tetapi disiplin para pelajar puterinya khususnya ketika menyambut tetamu, partisipasi dalam program ceramah dan banyak lagi.

Saya sangat terkasima melihat kedahsyatan tarbiyah 'EQ' (kesihatan emosi) di Sek Seri Puteri, sampai makan beradab mereka diadakan setiap hari, dengan pelajar tingkatan 4 sentiasa datang lebih awal ke dewan makan untuk berdiri di pintu untuk menyambut dan berselawat meraikan setiap pelajar yang hadir untuk makan malam, manakala para pelajar tingkatan 1 ditarbiyah untuk membasuk dan mengemas pinggan mangkuk selepas makan malam selesai.

Bagaikan saya sedang berada di Jepun. 

Thanks abg Amin Idris, bagi peluang saya menyampaikan sedikit wasiat motivasi bertajuk "IQ bukan segalanya..." pada adik-adik di sana.


Pulang dari motivasi di SMK Seksyen 9 awal pagi tadi bersama sahabat saya Azhadi. SMK Seksyen 9 merupakan sekolah Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lepas dengan justifikasi yang sangat dipertikaikan berdasarkan 'rule of law'. Jelas suasana hiba melatari guru-guru dan para pelajar sek ini. Hampir kesemua rakan-rakan sekelas arwah saya dimaklumkan tadi masing-masing menyimpan keratan akhbar wajah arwah dlm meja masing-masing, mungkin sebagai tanda berkabung.

Ceramah saya pada pelajar SPM SMK Seksyen 9 pagi tadi sekitar Kuasa Peta Minda dalam menjana kecemerlangan SPM.

Selepas memulakan ceramah dengan sama-sama mensedeqah al-Fatihah pada arwah, saya berkesempatan tertanya para pelajar (sesi pagi tadi bersama pelajar tingkatan 5), adakah mereka sempat kenal perwatakan arwah Aminulrashid. Perkataan pertama keluar dari mereka "dia comel". Arwah bertubuh kecil, 1st impression orang yang menemuinya akan ingat dia form 1. Arwah sememangnya suka main bola, setiap kerje sekolah yang cikgu berikan dia akan buat.

Layakkah pelajar 15 tahun yang akan menduduki PMR tahun ini dikatakan 'penjenayah' sehingga melayakkan beliau ditembak, di kepala pulak tu ?



Pada hari Sabtu lepas, saya, isteri dan adik Izzaz diberikan kesempatan dan kebenaran oleh pihak kolej untuk membuat pertemuan susulan dengan adik-adik kepimpinan BADAR KISAS. Program susulan yang kerap telah menjadi prinsip pengurusan dakwah saya untuk memastikan adanya semakan kepada terjemahan keberkesanan program akademi Kepimpinan BADAR yang dilalui oleh peserta sebelum ini.

Kesempatan yang ada saya manfaatkan untuk berkongsi satu fikrah perjuangan yang diwarisi dari perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dilengkapkan Allah dengan sikap bukan sekadar pakej syariatullah iaitu SIDDIQ dan AMANAH, tetapi pakej sunnatullah iaitu TABLIGH (communication skills) dan FATHANAH (intelegensia).

Salah satu buku yang menggamit perhatian saya di PBAKL 2010 baru2 ini.
Bertemu adik-adik Exco Badar Kisas di PBAKL 2010

Saya menunjukkan video kekalahan pemain catur nombor satu dunia Gary Kasparov kepada komputer Deep Blue untuk memudahkan adik-adik faham apakah maksud 'BIJAK' dalam mengurus gerakan dakwah.



Kebijaksanaan bererti kemampuan melihat kepentingan jangka panjang gerakan mengatasi kepentingan jangka pendek. Bagaikan bermain catur, Deep Blue menumpaskan Kasparov pada 1997 kerana kemampuannya  membaca ribuan gerakan ke hadapan (forward looking) lebih pantas dari Kasparov. Kasparov pada 2003 berdepan pula dengan Deep Junior yang boleh memproses tiga juta pergerakan catur dalam tempoh satu saat. Kali ini, kemampuan otaknya berjaya mengelakkan kekalahan dengan keputusan seri. Siapa yang mampu melihat jauh ke hadapan, dia akan menguasai pentas perlawanan.

Gabungan keberanian dengan kebijaksanaan itulah yang dimaksudkan sebagai Quwwah dan Amanah sebagai penentu wibawa kepimpinan dan pasukan pemimpin. Sirah tindakan strategik dan 'siasah panjang nafas' Nabi ketika di Makkah (Hijrah) dan Madinah (Hudaibiyyah) serta pengalaman Refah-AKP di Turki antara bahan perbincangan kami.


Kerana mahu menggabungkan antara keberanian dan kebijaksanaan, ketinggian spiritual (SQ) dan intelektual (IQ), penguasaan syariatullah dan sunnatullah, maka tidak perlu pelik hadaf kolej yang digazetkan dari generasi terdahulu bukan sekadar untuk melahirkan pemimpin bertaqwa dalam erti kata maksud taqwa yang hanya sekadar menjaga hukum syariatullah, tetapi lebih dari itu menjaga hukum sunnatullah yang takkan mampu diketahui tanpa kajian dan pengetahuan (muthaqqafieen)

Ustaz Zaharudin Muhammad berjaya membuktikan satu persatu argumentasi sirah mengenai kebijaksanaan Nabi S.A.W mengatur strategi dalam Hudaibiyyah. Gambar ini diambil ketika saya mengikuti usrah gabungan Pas Kawasan Gombak 29 Mac lepas.


Islam satu ketika dahulu memerintah dua pertiga dunia (zaman Sulaiman Al-Qanuni), keadilan yang ditawarkan agama sebenar dari langit itu telah memayungi umat Islam dan melindungi non-Muslim hampir lebih dari 14 abad lamanya. Namun akibat kelemahan iman (SQ), kesatuan (EQ) dan ilmu (IQ) umat Islam di penghujung hayat khilafah Islam, akhirnya tampuk pemerintahan dunia telah beralih pada gerakan Yahudi antarabangsa sehingga ke saat ini.


Sejak dari saat kejatuhan Usmaniah pada 8 Mac 1924 itulah, mereka merencana segala macam kerosakan fizikal dan spiritual umat Islam sehinggalah umat Islam sendiri menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Pendedahan menakutkan akhbar Metro mengenai masalah gejala sosial remaja hampir setiap hari sudah memadai menggambarkan Malaysia sendiri tidak selamat perencanaan musuh-musuh Allah sepanjang zaman itu.

Atas dasar menyedari keperluan kritikal untuk menyelamatkan keadaan umat Islam yang kian parah, maka kertas kerja ini dihasilkan dengan tujuan memberikan jalan keluar berbentuk sebuah gerakan dakwah amar makruf nahi mungkar yang sistematik. Harapan untuk melihat kembalinya kegemilangan Islam yang lampau sudah pasti tidak dipundakkan melainkan pada tangan para pemuda dan generasi baru intelektual muslim yang kini memegang amanah sebagai pimpinan badan dakwah di sekolah terbaik dari sudut intelektual iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP).



7 “S” PENGURUSAN CEMERLANG BADAR SBP

1. SHARED VALUES (VISSION !!!)
• Menjawap persoalan “apa kefahaman bersama kita” mengenai dakwah dan apakah “impian bersama” (golden dream) kita dalam badan dakwah

• Dalil : “Sesungguhnya setiap amalan itu (dikira) berdasarkan niat (end in mind).”
• Case study :

 
2. STRUCTURE (FOCUS !!!)
• Menjawap persoalan “bagaimanakah visi mampu dilaksanakan dengan jayanya”
• Dalil : peristiwa Hijrah dan “kamu adalah penjuru-penjuru Islam”
• Case study :

3. SYSTEM (PRINSIP !!!)
• Menjawap persoalan “apa yang boleh mengikat antara “Shared Values” (destinasi) dan “Structure” (kenderaan)
• Dalil : “gerakan kebenaran yang tidak munazzamah akan ditumpaskan oleh gerakan kebatilan yang munazzamah”
• Case study :
• Kit : Perlembagaan BADAR dan silibus usrah BADAR

4. STRATEGY (OUT OF THE BOX !!!)
• Menjawap persoalan “apakah program untuk mencapai visi”
• Dalil : pemindahan 70 buah kapal Muhammad al-Fateh dan penawanan Konstantinopel
• Case study :
• Kit : Panduan brainstorming dan perbezaannya dengan mesyuarat


5. STAFF ( TEAMWORK !!!)
• Menjawap persoalan “apakah persiapan asasi para penggerak”
• Dalil : “dan kami ikat hati-hati mereka ketika mereka bangkit mengatakan Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi.”
• Case study :
• Kit : panduan pengendalian mesyuarat berkesan, adab perbezaan pandangan
• Kit khas : panduan pelaksanaan TFT / kem motivasi kepimpinan BADAR

6. SKILLS (PROFESIONAL !!!)
• Menjawap persoalan “apakah kemahiran dan nilai tambah para penggerak”
• Dalil : “Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang melakukan sesuatu kerja sehingga ke peringkat itqan.”
• Case study :
• Kit : Panduan pengurusan sebelum (problem definition, SWOT) - semasa (kemahiran komunikasi dan pengarahan kerja, kemahiran fasilitator) - selepas (feedback process dan dokumentasi) program BADAR, panduan membuat kempen, kaedah membuat kajian (perception survey)
7. STYLE ( PENGARUH !!!)
• Menjawap persoalan “apakah sikap dan akhlak, budaya kerja dan piagam disiplin organisasi”
• Dalil : kesan slogan “Sultan ayah kami” pada tentera Sultan Muhammad Al-Fateh
• Case study :

PENDEKATAN CERAMAH


1. Setiap konsep ada gaya trademark masing-masing untuk memudahkan peserta ingat kesemua 7 prinsip pengurusan tersebut.

2. Setiap konsep ada asas dari Al-Quran dan Al-Hadis.

3. Setiap konsep akan mencermati study cases yang ada. Study case akan ‘diundi’ untuk melihat sejauhmana masalah paling majority kalangan BADAR SBP (peserta). Ini juga bertujuan untuk terus meraih perhatian peserta kepada kepentingan dan relevensi setiap konsep. Dengan pendekatan ini, peserta akan dapat melihat setiap konsep dengan lebih realistik.

4. Setiap konsep akan ada modul / aktiviti mudah untuk memudahkan kefahaman peserta. Modul membabitkan perbincangan dan pembentangan akan dibuat dalam LDK.

5. 7 “S” secara keseluruhan akan dibuktikan wujud 1,400 tahun dahulu sebelum McKinsey menyebutnya.


6. Peserta dimaklumkan bahawa buku pengurusan 7 “S” akan dijual untuk memudahkan peserta memahami lebih mendalam setiap konsep dan dokumentasi rujukan yang ada.

Isteri tersayang membantu teknikal perjalanan dan muzik slide

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"