Content feed Comments Feed

Tahniah buat adik-adikku Majlis Tertinggi GAMIS yang baru dilantik pada Muktamar Sanawi minggu lepas. Merancang demontrasi lebih dari 24 jam adalah perkara biasa dan banyak dilakukan oleh parti-parti lain dan NGO. Tetapi merancang demontrasi kurang dari 24 jam adalah luarbiasa. Inilah uniknya entiti mahasiswa. Gerakannya bersifat spontaneous (sangat spontan) dan fast react.

Namun, alangkah baiknya juga jika ucapan-ucapan yang dibuat oleh pimpinan-pimpinan mahasiswa tadi ada dalam bahasa Inggeris kerana sasaran demontrasi adalah bapak penjenayah perang yang berbahasa Inggeris. Namun saya faham, masa terlalu suntuk untuk membuat persiapan. Apapun, pastikan unjuk rasa GAMIS pada masa akan datang akan semakin baik dan berkesan mesejnya. Aksi petang tadi adalah suatu permulaan yang baik. Saya sangat optimis dengan wajah-wajah baru pimpinan GAMIS mampu mencorak landskap baru gerakan mahasiswa Islam.


0 Responses to Tiba Masanya Demontrasi Mahasiswa Dalam Bahasa Inggeris

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"