Content feed Comments Feed

Buat pertama kali, saya hadir secara fulltime ke Muktamar Pemuda Pas. Saya hadir atas dasar ingin melihat sejauhmana kualiti perbahasan dan persiapan future leaders kepada sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia, Pas. Sebagai aktivis mahasiswa Islam, walaupun saya bersetuju dengan banyak perkara yang dihujahkan perwakilan-perwakilan Pemuda, khususnya bersangkutan sejauhmana masa depan Islam di bawah ‘engagement’ Pakatan Rakyat (PR), namun – kerana saya hadir dengan premis “mahasiswa” dan “politik nilai” bukan politik kepartian – izinkan saya dalam 3 siri penulisan saya ini melihat kualiti perbahasan Pemuda secara lebih kritikal, semoga ia diterima dan ditanggapi dengan positif untuk membina Pemuda Gerakan Islam yang lebih baik - itupun jika benar Pemuda Pas benar-benar bervisikan “waiting government training center”.

Pertama, saya lihat kegagalan perbahasan perwakilan dari dewan-dewan Pemuda Negeri dalam mewujudkan kepelbagaian pattern pemikiran ketika membahas sesuatu isu yang sama - ini belum mengambilkira kesediaan melontarkan isu lain atau mencipta gelombang tumpuan Muktamar Pemuda kali ini. Saya lihat tidak wujud perbezaan pandangan dari perwakilan setiap negeri walhal setiap negeri - selepas 8 Mac - telah mempunyai cuaca politik yang berbeza, contohnya antara Terengganu dan Selangor. Lihat sahaja suara semacam desakan supaya Pas keluar dari PR dan TG Abdul Hadi sebagai PM yang disuarakan secara ‘sekata’ dan ‘satu nada’ oleh perwakilan Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor tanpa noktah penghujahan dan sudut pandang yang berbeza sedikitpun (see from the another side of the coin).

Saya tidak pasti adakah ketidakwujudan perbezaan pandangan ini berpunca dari kebimbangan takut dilabel ‘fikrah lain’ dalam Pas sedangkan saya melihat bahawa “fikrah itu satu (wehdatul fikr), tetapi cara berfikir (ijtihad) itu harus berbeza”. Perbezaan pandangan adalah suatu kemestian dalam perbahasan sebesar Muktamar ini. Perbezaan pandangan adalah tradisi para ulamak dan intelektual dalam mematangkan perbahasan supaya sesuatu isu itu dilihat dari pelbagai sudut, bukannya satu sudut yang sama dan disambut baik oleh semua perwakilan dengan laungan takbir.

Maafkan saya kerana tidak bersetuju dengan “tradisi” (baca : sunnah) bertakbir setiap kali pembahas mengemukakan pandangan kerana ia boleh menyentap emosi dan ‘rasa bersalah’ kepada orang yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Dalam muktamar, biarlah bertakbir ini dibudayakan ketika menerima arahan-arahan, keputusan-keputusan dan makluman-makluman yang telah muktamad dari pimpinan tertinggi, bukannya dalam perkara-perkara yang boleh berlaku perbezaan pandangan. Jika tidak, bertakbir yang sepatutnya menjadi sunnah untuk mencari pahala dan menyuntik semangat jihad menjadi kaedah untuk mempengaruhi orang yang berbeza pandangan dengan pembahas.

Kedua, kegagalan perwakilan – mungkin segelintir - menghayati dan membuat “homework” yang baik, sekurang-kurangnya ke tahap 80 % dari kandungan, spirit dan aspirasi Ucapan Dasar YB Ketua Pemuda yang telah diletakkan sebagai landasan dan ‘kiblat’ perbahasan. Kalau tidak, hapuskan sahaja konsep Ucaptama KP dan jimatkan perbelanjaan muktamar dengan tidak perlu distribute buku Ucaptama tersebut kepada perwakilan. Ini kerana saya melihat perwakilan begitu ghairah membahas isu-isu semasa tanpa keterikatan dengan asas-asas dalam ucaptama, khususnya isu-isu “dalaman” PR atau apa yang telah disebut YB KP dalam 40 % kandungan ucapandasarnya yang menyentuh soal-soal fundamental parti (pedoman asas dan pandangan rujukan ketika berpolitik dan berdakwah kepada musuh seperti isu muzakarah). Tetapi baki lagi 60 % ucapan beliau yang menyangkuti jiwa besar pemimpin dan minda negarawan yang banyak dilatarkan dalam teks ucapannya (seperti koridor dan steering committee PR, pembangkang yang “berkesan”, pemerkasaan titik persamaan rakan-rakan PR, soal kedaulatan Malaysia, neo-muktazilah dan ancaman Zionis dalam papar catur pergolakan politik dunia, siapa musuh “sebenar” Pas dan lain-lain ) semacam tidak disambut baik oleh perwakilan/pembahas. Perwakilan nampak tidak memandang serius saranan YB KP yang saya kira telah menyebut perkara ini pada ucapannya tahun lepas tetapi diulangi dalam nada yang berbeza :

“Serentak dengan anjakan minda kita dalam mengenegahkan keanjalan (murunah) Islam, kita juga memerlukan para pemimpin yang bersedia menganjak paradigmanya. Telah saya perkatakan tadi bahawa kita Pemuda MESTI beralih kepada pemikiran negarawan daripada pemikiran bangkangan. Kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja atau untuk kepentingan kelompok kita sahaja, sebaliknya kita mesti mula belajar berfikir tentang rakyat seluruhnya, berfikir tentang kebajikan bangsa bukan Melayu, memberati kepentingan orang bukan Islam, menjuarai isu-isu bukan agama, prihatin terhadap orang bukan Pas, bahkan mengambil berat persoalan-persoalan antarabangsa juga. Kita mesti meninjau sama persoalan-persoalan yang lebih besar seperti pentadbiran negara, pengurusan ekonomi awam, perancangan dasar-dasar awam dan sebagainya, yang sedang mendesak kita untuk memiliki kemahiran-kemahiran tambahan. Ahli-ahli Pemuda mesti sentiasa memperdalami ilmu dalam pelbagai bidang, tidak terhenti dengan kemahiran agama yang menjadi fadhu ain sahaja, sebaliknya kemahiran keduniaan yang menjadi fardhu kifayah juga dipertingkatkan”

Nampak semacam fokus ke-lapan dari 10 fokus dipasakkan oleh KP tahun lepas untuk dengan tujuan membina sebanyak mungkin klon-klon Burhanudin Helmy dan Zulkifli Muhammad yang disegani kawan dan lawan – apakan daya jika ramai Pemuda kelihatan tidak senang duduk bila nama Anwar Ibrahim turut sama dibariskan oleh pimpinan dalam benchmark negawaran itu - belum merakyat dengan baik ke peringkat tarbiyah Pemuda sehingga terzahir dengan jelas akhirnya dalam Muktamar kali ini.

“Pemimpin dan ahli Pas perlu menganjak untuk berfikir dan bersemangat dengan paradigma seorang negarawan. Asas Islam yang menjadikan kita sebagai fundamentalis tidak seharusnya menyebabkan kita menjadi tertutup, syadid dan bersikap keras dalam semua perkara. Pimpinan Pas yang berjiwa negarawan akan sentiasa berfikir dan bertindak untuk kepentingan negara (saya baca : lebih dari kepentingan parti) tanpa mengabaikan asas-asas ketaqwaan kepada Allah. Sentiasa berfikir sebagai pembangkang boleh menyebabkan kita menjadi tertutup. Kita mesti bersedia untuk mengakui sesuatu kebaikan sebagai baik, dan sentiasa menolak keburukan sebagai mungkar (saya baca : inilah politik “nilai”). Membangkang memang tidak salah jika kena tempatnya. Tetapi, kita bersedia untuk berdialog dan berkerjasama dengan kerajaan jika ia memberi manfaat untuk semua. Paradigma sebagai negarawan boleh menatijahkan keyakinan rakyat kepada kita untuk memimpin negara.” – Merakyat Perjuangan, YB KP Muktamar Pemuda 2007

0 Responses to Muktamar Pemuda : Pandangan Kritikal Saya (siri 1)

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"