Content feed Comments Feed



Ikutkan hati, aku dan Dzul pernah membuat "sesi luahan rasa" beberapa jam sebelum flight pulang ke Kuala Lumpur. Secara berseloroh aku mencadangkan pada Dzul, "Dakwah di sini lebih memerlukan figure-figure seperti kita. Insya-Allah, bukan sekadar politik Sabah sahaja akan bergoncang, bahkan dakwah Islamiah akan mekar di bumi ini." Itulah Sabah, yang hampir setiap 1 kilometer perjalanan kami di Kundasang sahaja akan bertemu dengan gereja, termasuk 'markaz tarbiyah' missionaries melatih anak-anak muda berpotensi.

Hari ini politik Sabah terus bergegar bagaikan mahu mempercepat kedatangan tsunami kedua politik Malaysia selepas 8 Mac, apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) mahu mengemukakan usul tidak percaya kepada PM di Parlimen Malaysia 23 Jun ini. Hasrat rakyat Malaysia untuk 'berehat' seketika dari hiruk pikuk adegan-adegan bersiri politik BN dan PR tidak kesampaian jua, bagaikan kempen PRU belum lagi selesai. Bagaikan teruja dengan apa yang bakal berlaku di Sabah ini, mulalah teringat-ingat wajah-wajah rakan-rakan aktivis Gamis Borneo yang pastinya lebih teruja menerima berita ini.

Harapanku pada sahabat-sahabat Gamis Borneo supaya mulakan dari sekarang, kalian membina persiapan pentarbiyahan yang lebih ampuh dan dakwah bersifat ke 'luar' yang lebih agresif untuk menerobos hati-hati masyarakat berpuluh-puluh suku yang dahagakan dakwah dan tarbiyah. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana seorang aktivis mahasiswi boleh hidup nun jauh di kawasan hutan yang hampir tidak ada kemudahan asas, berada pula di kawasan majoriti penduduk beragama Kristian. Aku tidak dapat bayangkan seorang aktivis mahasiswi yang nampak semangat juang dalam program bersama GAMIS baru-baru ini, rupanya berasal dari keluarga yang belum lagi menerima Islam sebagai agama dan cara hidup. Pengalaman sejenak bersama Dzul di program Kem Remaja Islam di sebuah SMKA di Sabah benar-benar menyentuh hati kami untuk kembali ke sini nanti bagi melihat generasi muda acuan KRIS ini akhirnya menjadi mahasiswa-mahasiswi yang bertaqwa lagi berakhlak, bahkan mampu mendepani gerakan missionari yang mengganas di kampus-kampus Borneo.

Rangkalah grand-design untuk melahirkan ahli-ahli aktivis yang mampu menjadi future leader dan 'incoming Parlimentary Members' in Sabah pada masa akan datang. Ingat 'ruhul jadid' yang telah kita sumpahkeramatkan bersama. Suasana hari ini telah mengesahkan politik 'status quo' Sabah di bawah BN boleh bertukar 360 darjah pada bila-bila masa, maka Semenanjung apatah lagi.

Menunggu apa pula aksi-aksi politik di Sanglang...

"In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way." Franklin D. Roosevelt

2 Responses to Politik Sabah Sedang Bergegar, GAMIS Borneo Perlu Bersedia

  1. Anonymous Says:
  2. salam akh,

    agaknya, dingin bayugunung kundasang masih terasa walau dicelah-celah bangunan metropolitan.

    barangkali, masa yg terlalu singkat berada di bumi borneo tempoh hari tidak memberi peluang untuk kita berkongsi cerita dakwah di bumi borneo ini. iya, disebalik kekaguman akh dengan keindahannya, tersembunyi rahsia para da'e yg berkelana sejak puluhan tahun yg tak sempat ana khabarkan sebagai iktibar kepada shbt-shbt dr semenanjung.

    cuma satu, idealisme yg akh perjuangkan di semenanjung barangkali agak ganjil tatkala memijak bumi sabah ini. Namun ana percaya, sifat merendah diri tatkala berhadapan dengan cabaran dakwah di sini antara senjata yg ampuh jika benar ada hajat mahu meleburkan diri dalam dakwah di bumi borneo ini. jika tidak, akh akan hilang dalam kabus seperti mana gunung kinabalu yg gah itu tak dapat akh nikmati keindahannya kerana diselubungi kabus yg tebal...

    Pejabat pemuda sabah

     
  3. Rijal82 Says:
  4. ye benar, sangat kecewa tak dapat tengok puncak kinabalu, namun rupanya akh memberikan satu falsafah yang bermakna kepada kami sebelum mencuba pengalaman dakwah di borneo nanti. terima kasih bayugunung

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"