Content feed Comments Feed

Saya tidak pasti adakah wujud kajian terbaru mengenai tahap kesedaran politik mahasiswa IPTA selepas Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Sekiranya belum ada, Pilihanraya Kampus (PRK) pada kali ini diharapkan mampu menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut.

Sudah pasti kurang tepat untuk bergantung sepenuhnya pada kadar peratusan keluar mengundi sebagai indikator political awareness mahasiswa pasca 8 Mac. Seseorang mahasiswa mempunyai pelbagai sebab dan alasan untuk keluar mengundi atau tidak melihat ia suatu keperluan atau terus memboikot. Seseorang mahasiswa yang keluar mengundi pula mempunyai justifikasi yang pelbagai dalam memberikan undi kepada calon A, bukan B mahupun C (3 penjuru ke atas). Ada yang mengundi kerana wajah dan rupa paras calon, ada yang mengundi kerana tertarik dengan janji manifestonya, ada yang mengundi kerana populariti dan aktivisme calon tersebut dalam kampus, dan ada pula mengundi kerana calon berkongsi ideologi perjuangan atau sentimen kepartian yang sama dengan pengundi, dan tidak mustahil juga ada yang mengundi kerana tawaran kebendaan dan rasuah politik murahan masuk menceroboh kampus.

Peranan pihak universiti sendiri dalam “memfatwakan” hukum mengundi mahasiswa turut sama memberi kesan pada peratusan keluar mengundi. Ada mazhab universiti menyatakan "wajib" dan boleh dikenakan hukuman jika tidak menunaikannya. Manakala kebanyakannya mengambil mazhab "sunat" dan "digalakkan". Kaedah pemilihan anggota Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (SPR), kaedah pengesahan penamaan calon bertanding sehinggalah kepada sistem pembuangan undi secara manual ataupun elektronik (e-voting) turut mempengaruhi psikologi calon yang bertanding, jentera dan pendekatan kempennya.

Kesemua faktor di atas sangat mempengaruhi natijah akhir sesebuah keputusan PRK, adakah kemenangan “kem-kem” tertentu mahasiswa, seperti Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi, sebuah kemenangan demokratik, yang benar-benar mendapat mandat kelompok majoriti mahasiswa atau ia sebaliknya sebuah kemenangan yang tidak berkrebiliti dan penuh pertikaian. Apalah gunanya kem parti A mendabik dada menyatakan mereka menang besar di kebanyakan kampus, walhal peratus yang keluar mengundi merosot. Atau kerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang dimenangi itu telah digazetkan fungsinya tidak lebih sekadar “pengawas sekolah” dalam kampus. Atau sistem pertandingan yang diwujudkan anti-demokrasi, anti-intelektual, sarat dengan prima facie berlakunya penipuan di sana sini.

Tidak dapat dinafikan wujud beberapa desas-desus dan ramalan politik kepada PRK kali ini. Antaranya gelombang perubahan rakyat semasa 8 Mac lepas akan ‘berjangkit’ kepada golongan mahasiswa, khususnya kampus-kampus senior di Lembah Klang yang pelaksanaan PRK dengan wujudnya pelbagai parti-parti mahasiswa telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas. Sindrom “nafikan 2/3 majoriti !!!” atau slogan “wujudkan pembangkang yang kuat !!!” untuk proses semak dan imbang adalah antara slogan-slogan yang diyakini akan meresap masuk dengan mudah dalam benak pemikiran para pengundi intelektual (k-voters) ini.


Ini juga berdasarkan teori mahasiswa bukan sekadar (bahkan tidak sepatutnya) reaktif (terikut-ikut) dan responsif (kena tempias) dengan arus perubahan politik nasional di luar kampus, bahkan sepatutnya mahasiswalah yang menjadi initiator (pencetus), de facto dan pencorak perubahan pemikiran mahasiswa itu sebelum perubahan lebih besar merebak ke dalam pemikiran, sikap dan pendirian rakyat. Namun demikian, siapalah yang berani menyatakan ‘tsunami’ politik 8 Mac 2008 adalah berpunca ‘tsunami’ 2 Oktober 2007 ! Apa sangat ‘tsunami’ politik kampus yang berlaku pada PRK tahun lepas. Ramalan Pro-Mahasiswa akan mengambil alih tampuk pemerintahan MPP kampus-kampus utama di Lembah Klang tidaklah kesampaian. ‘Tsunami’ yang diharapkan berlaku, namun ‘gempa kecil’ sahaja yang dapat dilihat apabila kerusi-kerusi pesaing Aspirasi ini hanya mampu ditingkatkan di kampus-kampus utama di Lembah Klang, tetapi masih gagal memperoleh simple majority untuk membentuk kerajaan.

Ada juga desas-desus sebaliknya mengatakan pergolakan politik Malaysia yang sangat deras kini tidak disambut baik oleh golongan silent majority di IPTA ini. Katanya, mahasiswa fed-up dengan tindak-tanduk politikus di luar sana, sama ada pimpinan parti kerajaan yang tidak sudah-sudah dengan sentimen perkauman dan polisi-polisi baru menekan ekonomi rakyat, mahupun pimpinan parti pembangkang yang tidak sudah-sudah dengan aksi lagak ngeri mereka mengambil alih kerajaan melalui “pintu belakang”. Hanya PRK Oktober ini bisa memberikan jawapan kepada negara dan rakyat apakah sebenarnya pendirian atau pemikiran atau pentafsiran tersirat mahasiswa kepada apa yang berlaku dalam negara ketika ini (seandainya mahasiswa pengundi sudi berfikir lebih besar dari semata kriteria calon mana yang boleh jaga kebajikan mereka....)

Harapan saya PRK kali bukan sekadar meningkatkan jumlah mahasiswa yang celik politik nasional dan politik kampus, tetapi lebih dari itu mahasiswa mampu tampil dalam PRK sebagai golongan yang benar-benar berkecuali dan tidak berkepentingan, sentiasa mampu mencipta suasana "pelik bin ajaib, tetapi benar" , dengan tujuan keunikan yang bisa terzahir dalam PRK nanti dapat dianalisa dengan mendalam dan diambil pengajaran sewajarnya. Terimalah penghakiman bersifat tahunan dari mahasiswa (5 kali selama 5 tahun) melalui sebagai platform muhasabah terbaik para pemimpin negara, BN mahupun PR sebelum anda dihakimi 5 tahun sekali oleh rakyat dalam PRU. PRK mungkin akan menjadi "pengadil" sejauhmanakah peranan yang telah mereka mainkan kepada rakyat umumnya dan mahasiswa khususnya selepas pesta demokrasi 8 Mac dilabuhkan tirai, sama ada suka atau tidak suka dengan keputusannya.

Saya mungkin terlalu idealis... kerana saya sendiri tidak pasti sejauhmana faktor kepartian ini menjadi pengaruh besar kepada golongan atas pagar (silent majority) menumpaskan faktor-faktor lain yang telah saya nyatakan di awal tadi. Bahkan belum tentu sesebuah universiti itu membenarkan wujudnya pelbagai parti-parti dan kem-kem mahasiswa. Apatah lagi memikirkan yang ghairah berparti, berpencak dan bersilat dalam pilihanraya kampus ini hanya sekelompok kecil mahasiswa sahaja, sama ada dari kem Pro-Mahasiswa khususnya mahasiswa Islam, ataupun kem Pro-Aspirasi, atau kem bebas tanpa parti.


Andaikata benar berlaku penurunan peratus keluar mengundi dalam analisis keputusan PRK MPP 2008/2009 nanti, sama ada di sesebuah kampus mahupun penjumlahan dari semua kampus, maka apa yang dikatakan desas-desus nampaknya sudah menemui asas untuk bertukar menjadi sebuah fakta paling menakutkan para pemimpin negara dan politikus pada hari ini, jika sebarang usaha remedy & recovery tidak dilakukan segera. Tidak perlu pelik jika itu yang akan berlaku kerana Pilihanraya Kampus kali ini seperti biasa berlangsung dalam keadaan AUKU adalah AUKU. “Lembaga berhantu” mahasiswa itu tidak sempat menemui ajal pindaannya mahupun pemansuhannya akibat akta DNA yang dilihat lebih penting dan segera oleh Pak Menteri daripada menghadiahkan secebis kegembiraan kepada mahasiswa dengan pemindaan atau pemansuhan AUKU.

Politik tidak boleh dipisahkan dari hidup, hidup juga tidak boleh terpisah dengan politik. Orang yang mengirakan diri mereka sebagai tidak minat berpolitik serupa sahaja. Hakikatnya mereka telah diserapmasuk ke dalam mazhab (budaya) politik yang paling dominan, iaitu mazhab bahawa anda tidak perlu berada apa-apa lagi tentang keadaan di sekeliling anda.” – Pramoedya Ananta Toer, sasterawan dan pejuang Soviet.

Nota
Peratus turun mengundi di 15 IPTA yang bertanding dalam PRK 2007-2008 tahun lepas ialah sejumlah 79.88%. USIM mencatat peratusan turun mengundi yang tertinggi iaitu sejumlah 96.71%.

"A picture is worth a thousand words"

"Kita bersepakat dalam perkara-perkara yang kita sepakati bersama.
Kita saling bermaafan dalam keterlanjuran melewati batasan titik perbezaan antara kita."



Pertemuan tertutup TGAH, TGNK, DSAI
di Kota Bharu, 23 Sept 2008 (Ihsan : Siasah)

Perbezaan sudut pandang politik biarlah terus berbeza (bloggers jalanan menamakan pertembungan pemikiran ini sebagai "Erdogan vs Erbakan" sehingga menatijahkan peneluran AKP dari Refah di Turki, "ulama vs profesional" dan sebagainya) selagi kuasa memuktamadkan keputusan itu diletakkan pada institusi tertinggi gerakan Islam itu sendiri. Jangan biarkan perbezaan pandangan meruntuhkan simen ukhuwwah dan kesatuan yang telah membajai benih perjuangan Islam selama ini. Setiap individu mendapat pahala pada ijtihad masing-masing, selagi ia didasarkan secara ikhlas untuk perjuangan Islam. Sesungguhnya gergasi musuh yang satu sedang mengganas, terbaru dengan talianhayat ISA memenjarakan seorang blogger pro-PR selama 2 tahun. Mereka takkan mampu ditumbangkan dengan perpecahan dalaman PR.

Hanya kalian bertiga - dengan izin Allah - boleh mematahkan usaha agresif "dari luar dan dalam" pada saat ini untuk memecahbelahkan perpaduan saff dalam gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.

"Sebagai sebuah parti politik yang bukan gerakan Islam seperti Pas, komitmen PKR dalam hal-hal berkaitan Islam sudah semesti tidak sama dengan apa yang diimpikan oleh pendokong Pas. Kesenjangan komitmen yang terhasil dari pandangan dunia (world-view) yang berbeza ini perlu difahami oleh kedua-dua belah pihak (bukan satu pihak sahaja). Keadaan sudah semestinya akan lebih kusut apabila komitmen dan pandangan dunia DAP diambilkira dalam kalkulus politik ini...

Dalam kerangka yang sama perlu difahami perbezaan pandangan dalam menangani isu yang sama antara dua Tuan Guru Pas iaitu TGAH Presiden Pas dan TGNA Mursyidul Am Pas. Pada peringkat awal pandangan mereka dilihat semacam bercanggah dalam menangani isu hubungan Pas dengan PR. Dari satu segi, perbezaan pandangan ini terhasil dari dua sekitaran politik (political milieu) yang berbeza. TGAH sebagai Presiden Parti tidak memegang jawatan pentadbiran di peringkat negeri senantiasa berada di KL iaitu Pejabat Agung Pas Pusat. Maka amatlah difahami apa-apa yang berlaku kepada Pas Selangor dan KL terlebih dahulu singgah di telinga Presiden. Manakala TGNK berada di Kelantan, mentadbir secara stabil dan tidak berdepan dengan karenah 'masyarakat majmuk' seperti di Selangor dan KL.

Namun kedua-duanya telah bersemuka dan memperbetul keadaan. Mereka berdua telah memahami bahawa Pas mempunyai jatidiri yang tersendiri, bahawa Pas mempunyai ahli yang teramai dan paling komited dengan dasar perjuangan dan kerja-kerja PRU di peringkat akar umbi dalam gagasan PR. Dalam hal ini, mereka berdua memahami bahawa Pas dengan obor Islam yang membawa kesejahteraan kepada semua itu, perlu mempunyai autonomi yang tersendiri, perlu mentakrif rupabentuk masa depan politik Malaysia.

Kedua-dua TG yang mewakili pimpinan ulama Pas mempunyai pendirian bahawa DSAI perlu diberi peluang untuk memimpin Malaysia. Bagaimanapun, sokongan ini adalah bersyarat. Syaratnya ialah Islam sebagaimana tersemat kemas dalam Perlembagaan Negara perlu dipertahankan dan ruang-ruang Islam untuk memperkembangkan dirinya dalam kerangka Perlembagaan Negara perlulah dimaksimakan.

Ini sesuai dengan dengan pendekatan DSAI sendiri yang menerima pakai pendekatan Nabi Allah Shuib (AS) yang menekankan usaha-usaha pembaharuan yang terhad (islah mastata'tum). Mungkin ini sejajar dengan gesaan Allah dalam al-Quran yang memohon pengorbanan hamba-Nya tidak lebih dari kemampuan hamba-hambaNya. Sikap pimpinan ulama Pas ini (seharusnya) boleh diterima dalam keadaan politik Malaysia yang masih bersifat transisi dalam perjalanannya ke arah sebuah sistem yang benar-benar demokratik dan matang." - Prof Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif, Centre for Electoral Reforms Innitiatives (akhbar Wasilah, 14-20 September 2008)

Baca juga "Kerajaan PR Mungkin Tidak Islamik, Tetapi Boleh Mempercepat."

'Krisis sejagat ini merupakan yang paling serius pernah dilalui dunia ini. Kita telah memasuki satu kejadian yang belum pernah diterokai dan krisis sejagat paling serius pernah dihadapi,' kata Ketua Pakar Ekonomi CIMB-GK, Encik Song Seng Wun, kepada Ekoniaga.

Dunia menuju akhir zaman (petikan tazkirah Ramadhan Ustaz Dr Haron Din mengulas krisis ekonomi dunia saat ini). Bekalan makanan untuk dunia pula, khususnya di Afrika mungkin bertahan dalam masa 2 tahun sahaja lagi (petikan tazkirah Ramadhan oleh Prof Wan Abdul Rahman, CERI). Kebankrapan Lehman Brothers yang berpengkalan di Wall Street, New York - merupakan antara bank pelaburan terbesar dunia sejak 150 tahun dahulu - kemudiannya langkah menyelamatkan syarikat insurans AIG (penaja Manchester United) membabitkan AS$85 bilion menambah keparahan lagi krisis ekonomi dunia saat ini. Harga minyak menjunam ke paras US Dolar 97 setong. Kerugian (mungkin juga aktiviti bunuh diri) bakal meningkat dalam tempoh sebulan ini. Ia telah memporak-perandakan sistem kewangan sejagat sehingga menjunamkan harga saham di seluruh dunia dari Eropah hingga ke Asia. Krisis kewangan yang berlaku ini dikatakan merupakan krisis terburuk sejak The Great Depression yang berlaku pada 1930-an.

Pada saat-saat genting kegawatan kredit AS dan banyak ketidaktentuan makroekonomi khusus yang ditambah beberapa ketidaktentuan politik domestik saat ini, Pas tidak boleh terus berpada usahanya hanya sekitar mengumandangkan desakan-desakan yang lama dan sama sahaja walaupun diakui ia adalah permintaan yang selama ini dinantiharapkan oleh rakyat sejak PM mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak beberapa bulan lepas. Dengan melihat krisis ekonomi domestik dan antarabangsa secara "bigger picture" ini, adalah lebih baik untuk Pas segera menampilkan "hero-hero ekonomi"nya untuk mencari titik pertemuan atau melakukan "muqabalah" dengan pimpinan Kerajaan di atas satu tekad yang sama bagi mencari penyelesaian dan formula konstruktif menurut Islam dalam menangani krisis kegawatan ekonomi. Tambahan pula, kerajaan BN-Umno yang tampak desperate akibat projek 16 September DSAI kini dilihat agak sedikit 'lunak' dengan Pas khususnya bermula dengan pemberian permit mingguan kepada Harakah sehinggalah kepada pengisytiharan kemenangan Sanglang dan Manir milik Pas pada tarikh 16 September itu sendiri, walhal ramai penganalisis politik meramalkan pilihanraya kecil akan dilaksanakan di DUN Sanglang sebagai tindakan desperate mengembalikan maruah Umno-BN selepas tumpas memalukan di pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Daripada terus melondehkan polemik perbezaan pandangan dan clash of civilization (akibat perbezaan school of thought) di dada Harakah dan media bloggers, khususnya mengenai kewajaran 16 September dan isu-isu sewaktu dengannya, adalah lebih baik gerakan Islam seperti Pas - yang disebut-sebut "waiting goverment" dan "king-maker" dalam politik Malaysia - menonjolkan wibawa kemampuannya mentadbir dan mengemukakan agenda lebih konkrit dan realistik bagi menyelamatkan Malaysia, melalui 'pintu' yang paling dekat pada hati rakyat marhain dan kelompok majmuk pelbagai kaum di Malaysia iaitu pintu ekonomi.

Walaupun ditolak, Tun Dr. Mahathir sudah melunaskan tanggungjawabnya kepada negara dengan mengemukakan cadangannya kepada kerajaan agar pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

DSAI juga dilihat turut sama melakukan tindakan sedemikian walaupun dilihat masih dalam kerangka kepentingan politik kepartian Pakatan Rakyat melalui agenda "bertempur dengan sistem" (meminjam perkataan Ustaz Yahya Osman mengenai DSAI) dan menumbangkan kerajaan BN-Umno secara "lompat" parti. Selepas formula "simple, but quite effective & attractive" di hati rakyat iaitu "hari ini perintah Malaysia, esok turun harga minyak" semasa Debat Agenda Daily, DSAI terus cuba memikat hati rakyat apabila membacakan semacam "scripts for the next chapters" dalam grand-design plan B 16 Septembernya. Kini, dengan menawarkan pakej pemulihan ekonomi Malaysia yang dilihat 'jalan keluar' kepada kroniknya ketidakstabilan ekonomi Malaysia saat ini, persis pendekatan ala-AKP Turki, beliau membuat kenyataan terbarunya :

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008."

Kini, rakyat pastinya menantikan pula apakah "tawaran" sebuah Parti Islam kepada polemik permasalahan negara dan dunia pada saat ini. Hero-hero ekonomi dalam Pas - seperti YB Husam Musa, YB Dzulkifli Ahmad dan lain-lain lagi - perlulah memainkan peranan lebih pro-aktif dalam mencetuskan gelombang yang tersendiri, momentum yang lebih "berdikari" sifatnya dan lebih fresh untuk dipersembahkan kepada 21 juta rakyat Malaysia berbilang kaum, khususnya kalangan golongan marhain yang mungkin tidak boleh dinafikan ada yang kecewa dengan kegagalan retorika 16 September.

Saya kira rakyat Malaysia - khususnya 90 % manusia untapped market di luar kepompong Pas - akan terkasima dan tersentak seketika, terhapus stigma negatif dan mentaliti stereotaip mereka selama ini kepada golongan ulama dan gerakan Islam seperti Pas untuk mentadbir Malaysia dan menjadi Perdana Menteri (jika masih mahu didebatkan), andaikata icon dan ideolog terpenting Pas seperti Tuan Guru Mursyidul Am ataupun Tuan Guru Presiden mampu membuat bukan lagi semata-mata pukulan kritikan bertali arus kepada kegagalan pengurusan kewangan dan ekonomi Malaysia di bawah kerajaan BN-Umno, tetapi juga kenyataan-kenyataan bersifat problem-solving yang brilliant, saranan formula-formula yang konstruktif untuk merawat ekonomi Malaysia. Golongan-golongan pemikir dalam Pas perlu membantu Tuan-tuan Guru kita dalam mengemukakan gagasan formula solusi ekonomi di atas walaupun dengan laras bahasa mereka sendiri.

Bukankah Islam Is The Way Of Life, Islam Is The Solution, Al-Islam Huwal Hall sebagaimana yang dislogankan dalam perjuangan parti ? Saya optimis golongan ulama jualah lebih layak dan lebih arif untuk mentafsirkan kepada Malaysia bagaimana kegeligaan dan kepakaran Yusuf a.s, Nabi Allah berpangkat Menteri Kewangan Mesir, dalam membina perbekalan dana kewangan pusat tamadun dan peradaban dunia ketika itu, sebelum tiba saat getir kemarau panjang 7 tahun.

"Thinking the problems, statesman always be a part of the solution, not the problem".

Saranan-saranan penulis kritis seperti berikut sangatlah wajar diambil perhatian pimpinan PR.

Kita kurangkan kegiatan politicking dahulu dan cuba kenal pasti beberapa penyelesaian dan langkah-langkah keselamatan dalam menangani krisis ekonomi dunia yang bakal mengheret kita semua, tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat ke dalam kancah yang cukup tragik kelak. Dan saya pasti antara golongan yang paling rugi adalah anak muda (baca: bakal graduan) kerana tidak mengerti sepak terajang ekonomi dunia masa kini. Ayuh, kurangkan politik kepartian mari kita selamatkan anak bangsa kita bermula dengan pemahaman ringkas berkenaan masalah ini. - Sosialis Kanan

Sebagai rakyat marhaen dan biasa, perkara yang paling merimaskan kita sekarang ini ialah kekalutan ekonomi negara yang (salah satu faktornya) dipengaruhi oleh kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Kita sedang mencungap, dalam keadaan apa pun. Dan kerimasan serta ketidakselesaan kita tidak dibantu oleh ahli politik yang telah kita pilih dalam pilihanraya Mac lalu. Kedua-dua belah pihak (mungkin lebih dari dua) terheret dalam perang propaganda yang menjejaskan tumpuan kerja kita, rakyat. Propaganda yang 'berkesiuran di langit politik' ini amat amat amat menjejaskan emosi, fokus, daya kerja dan mood rakyat biasa. Penat menunggu 16 September, dihadapkan pula penunggu baharu 9 Oktober. Dalam kepanikan ekonomi, saya kira negara harus diutamakan dari kepentingan kumpulan sendiri. Bekerjalah dengan apa yang sudah ada. Peluang untuk menunjuk bakat yang diberi oleh rakyat Mac lalu jangan dipersiakan. Negara lebih penting dari parti. Lebih penting dari diri. Tuan-tuan, bekerjalah dengan cara sendiri untuk memajukan Malaysia. Tidak kira apa bangsa dan agama pun kita harus menjadikan Malaysia keutamaan. Memajukannya dalam lapangan apa pun- Faisal Tehrani

Akhirulkalam, sama-sama fikirkan pepatah Inggeris :

The difference is that a statesman thinks he belongs to the State, and a politician thinks the State belongs to him” -James Freeman Clarke

Hari ini aku 'tukar angin' sedikit dari sudut bahan bacaan. Pada awalnya hatiku berbisik, untuk apa kubaca buku ni, bukan aku nak jadi lawyer pun. Tapi, bila berfikir panjang sejengkal sikit dari mentaliti tradisiku, aku membuat juga keputusan membelinya.

"Prima Facie : Catatan Pengalaman Hanipa Maidin
dalam Isu-isu Perundangan di Malaysia."


Ye, aku bukan mahu menjadi lawyer, aku juga bukan lahir dari jurusan undang-undang. Tetapi, adakah apabila aku menyatakan hasrat cita-cita mahu menjadi penganalisis politik, ahli politik, policy-makers, governance administrator yang berjasa kepada perjuangan Islam di masa hadapan, adakah perlu aku terus 'menjumudkan' pemikiran dan sudut pandanganku (worldview) hanya dalam bahan bacaan politik dan pemikiran politikus semata-mata.

Aku terus berdebat dengan diriku. Benar, kepakaran dan penguasaan dalam sesuatu bidang sangat penting pada masa ini lantaran zaman kini adalah zaman fokus (meminjam kata Dr. Hamdi). Namun, pemimpin masa depan juga mestilah pemimpin yang capable & well-qualified untuk bercakap dalam banyak perkara atau mampu menyingkap "pentas orang lain" (multi-disiplin, kata Dr. Dzuilkifli Ahmad), termasuk soal undang-undang dan kehakiman, sekurang-kurangnya pengetahuan asas mengenainya.

"Kalau aku tak beli buku ni, aku hanya akan terus jadi jaguh kampung halamanku sahaja di masa depan." Bisik hatiku memberontak supaya aku pandang lebih jauh ke hadapan, masa depan Islam andaikata Allah memberikan kemenangan buat Islam membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan, yang pastinya ujian terbesar gerakan Islam pada masa itu adalah sejauhmana wujudnya tenaga "expert" leaders (pemimpin yang pakar dalam sesuatu bidang) dan "well-grounded" (bukan sahaja well-rounded) serta figures yang versatile multi-talented (pemimpin yang mampu bercakap dalam banyak perkara dan banyak 'bahasa').

Mengingati wajah pengasas Kolej Islamku yang disayangi, Almarhum Prof Zulkifli Muhammad, aku akhirnya menukar rasa bersalah (pesimis) kepada rasa bersyukur (optimis) di atas pembelian buku tersebut (walaupun diakui ia bukanlah buku yang benar-benar mencabar intelektual mindaku kerana buku itu ditulis secara 'tahap ringan' oleh Hanipa Maidin untuk sesuai dibaca oleh semua orang).

Saya teringat apabila terbaca bait-bait tulisan aluan Prof Madya Dr. Mohamad Redzuan Othman dalam "Zulkifli Muhammad ; Pemikiran dan Perjuangan", bahawa antara kunci rahsia kemampuan Almarhum pernah berbahas lebih 4 jam non-stop dalam Parlimen sebagai waki, bahkan membabitkan diri dalam hampir semua rang undang-undang dan usul-usul, kerana antaranya inisiatif luarbiasa yang beliau lakukan - ketika menuntut di Al-Azhar - untuk turut "second degree" di American University di Kaherah lantas mendalami ilmu-ilmu "sekular" Barat iaitu UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA, SAINS POLITIK, PSIKOLOGI, SOSIOLOGI, EKONOMI, BAHASA INGGERIS, SAINS, BIOLOGI, KURIKULUM, FALSAFAH DAN SEJARAH.

Aku tidak dapat bayangkan apakah 'kuasa ghaib' di belakang Almarhum sehingga punyai 'burning desire' yang sangat luarbiasa, dalam keadaan belum pasti wujudkah mahasiswa Azhari dan Timur Tengah pada masa itu yang 'berani mati' seperti beliau menambah workload dan bidang pengajian di luar kerangka pengajian agama di Al-Azhar - yang sedia hebat workloadnya itu sendiri - ditambah pula dengan derita beliau saat itu yang cacat dan mengidap sakit perut, sakit buah pinggang, dan selesema.

Almarhum memanfaatkan sebaiknya usia muda dan usia kemahasiswaannya. Aku perlu belajar secara serius dari ruh dan spirit perjuangan beliau. Almarhum dinobatkan bukan sekadar seorang politikus PAS dan ahli Parlimen pembangkang yang berkesan, tetapi juga seorang tokoh negarawan ulung negara dan benchmark ahli Parlimen "Malaysia" itu sendiri.

Sah, gelombang 16 September bermula dari Pas tanpa diduga, nun jauh di utara dan timur Malaysia, Sanglang dan Manir. Jadual Allah mengatasi jadual manusia.

Sah, jadual 16 September ditangguhkan! PR akhirnya akur pada ancaman tindakbalas huru hara dan "game" mainan intelegen Umno-BN. Silap sedikit sahaja langkah PR menuju Putrajaya pada hari ini, mereka sudah bersiap sedia dengan pelan Mageran, Operasi Lalang 2 dan sebagainya. Mujurlah, alhamdulillah, tenang seketika saya menyaksikan sebab penangguhan melalui surat PR pada PM.

Dalam surat memohon pertemuan pada PM, PR meminta Kerajaan BN tidak menahan ahli-ahli Parlimen yang baru menyertai PR atau sedia ada di bawah ISA, tidak mengisytiharkan darurat dan menggunakan Polis untuk menghalang kemaraan PR membentuk kerajaan. DSAI memberi jaminan PR akan patuh kepada undang-undang negara dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Beliau meminta PM dapat berjumpa dengan PR untuk memulakan proses peralihan kuasa dengan licin dan aman.

Alhamdulillah. Biarlah mungkin dituduh "menipu rakyat" dengan gagasan 16 September, namun keputusan sepakat memilih untuk menerima mudharat kecil dan seketika bagi mengelakkan mudharat lebih besar dan berkekalan seperti pernah berlaku pada Kelantan pada 1977 (yang kesannya adalah bukan 12 bulan, tetapi 12 tahun lamanya) adalah antara siri-siri kebijaksanaan berpolitik yang perlu ada dalam tajribah gerakan Islam. Benarlah kata pepatah Inggeris, "that men do not learn very much from the history is THE MOST important lesson of all history."

Tiada apa yang pelik bagiku jika rata-rata penganalisis politik pesimis pada pelan 16 September kerana tidak wujud "riak-riak" agresif menuju ke arah itu. Yang ada cuma beberapa cebisan aksi dari Ahmad Ismail, Muhyidin Yasin dan Zaid Ibrahim yang mungkin belum mampu menTitanickan BN. Tambahan pula, nama-nama MP BN yang akan hijrah masih terus jadi misteri. DSAI masih merahsiakannya ketika asakan media menghala kepada topik terbesar itu.

Sepi, misteri, rahsia.... semacam tidak wujud apa-apa. Benarkah begitu skrip 16 September ? Mandom ?

Teringat saya kebijaksanaan Nabi S.A.W ketika melafazkan doa penuh 'strategis' (cermin gabungan aqidah yang utuh dan ikhtiar yang strategik) selepas mengemukakan usul tergempar kepada para Sahabah untuk kembali menawan Makkah sebagai respon kepada akurjanji Hudaibiyah yang telah dicabuli musuh.

اللّهم خُذ على قريش أبصارهم فلا يروني إلاّبغتةً ولا يسمعون بي إلاّ فجأة

"Ya Allah cabutlah penglihatan orang-orang Quraisy sehingga mereka tidak akan melihat kedatanganku kecuali dalam keadaan tiba-tiba (elemen kejutan) dan tidak mendengar rencanaku ini kecuali mendadak (elemen kerahsiaan)"

Apalah yang ada pada tarikh 16 September, kata sesetengah bloggers. Aku bersetuju. Betul lah, kenapa nak diagong-agongkan sangat, walhal tarikh-tarikh lain, samada mengikut kalendar sejarah Malaysia, mahupun kalendar sejarah Islam, 16 September tidaklah banyak beza pun dengan tarikh-tarikh lain. Namun, sedar tak sedar, tarikh itu sudah jadi tarikh "berhantu" pada BN. Semacam dah jadi satu bom "C4" yang berjaya mengharubirukan BN (yang sepatutnya Pas tidaklah juga terkena tempias letupan yang dilancarkan itu). Dari isu Ahmad vs Gerakan kepada usul Muhyidin mahu mempercepat peralihan kuasa sehinggalah kepada perletakan jawatan seorang Menteri, sudah cukup menimbulkan tanda tanya pada rakyat, stabilkah kerajaan pemerintah pada hari ini ? Diramalkan, pelbagai lagi aksi-aksi pecah belah dalam BN akan berlaku lagi hanya kerana "tarikh berhantu" itu- walhal ia hanya semata-mata tarikh, suatu gagasan idealistik PR semata-mata.

Ya, itulah elemen "ketakutan", bom itu dilontar terus dalam kubu musuh.

Mengingati Fathu Makkah dan "art of war" Nabi S.A.W, ketika pasukan Islam sudah sampai di pinggiran kota Makkah, Rasul Allah S.A.W memerintahkan 10,000 tenteranya untuk menyalakan api di atas gunung dan bukit-bukit sekitar Makkah dari arah Madinah. Untuk apa Rasulullah melakukan aksi itu ? Perang atau semata-mata propaganda ? Benar, Nabi S.A.W mahu menciptakan rasa gerun pada penduduk Makkah. Baginda juga meminta agar setiap orang dari tentaranya membawa obor di tangan sehingga akan tampak sebuah garis memanjang dari api. Semua itu adalah untuk menunjukkan kepada penduduk Makkah bahwa yang datang kali ini adalah pasukan muslimin dalam jumlah yang sangat besar. Dengan strategi "fear factor" yang berjaya diwujudkan itu, lantas Rasul Allah S.A.W mengutus Abbas, bapa saudara baginda untuk membuat "sidang media" penting di hadapan warga Makkah agar kepimpinan politik Makkah mestilah menyerah diri terhadap pasukan muslimin dan tidak mengadakan perlawanan senjata. Maka berlakulah apa yang berlaku.

Bermula detik bersejarah Fathu Makkah bukan kerana tentera Islam yang dibunuh, tetapi kerana pengkhianatan terhadap rakan-rakan sekutunya non-Muslim (zimmi) dalam "Pakatan" Hudaibiyyah Rasulullah (Bani Khuza'ah) yang diserang proksi Quraisy iaitu Bani Bakar. Namun, kesetiaan Rasulullah S.A.W pada perjanjian dengan Pakatan baginda, disulami jiwa besar baginda dan kebijaksanaan penuh kerapian baginda merencana "counter attack" musuh, akhirnya telah menatijahkan Makkah akhirnya tunduk di tangan Nabi S.A.W.

Marilah kita mendoakan supaya di celahan hiruk pikuk politik Malaysia dalam bulan penuh keberkatan Ramadhan ini, Allah S.W.T mampu memberikan kemenangan yang nyata (fathun mubin) tanpa pertumpahan darah (yang biasanya bermula dengan bibit perpecahan dan ketidakstabilan politik) sebagaimana Dia memberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 1428 tahun dahulu. Nusrah itu datang selepas Nabi S.A.W menggunakan segenap kebijaksanaan (fatanah) merancang strategi, mencatur penuh kerahsiaan misi menawan Makkah, berpaksikan keyakinan pada hikmah syura dan intelegensia Khalid al-Walid dan para Sahabah yang lain, dan bersuluhkan wahyu Allah S.W.T bagi berhadapan dengan barisan musyrikin Makkah. Akhirnya, Rasulullah memasuki Makkah, dengan menunduk, merendahkan diri karena Allah. Beliau mengulang-ulang bacaan surat Al Fath sampai tiba di Baitullah.

Semoga 20 Ramadhan 1429 H = 20 September 2008 (tarikh paling rajih pada perkiraan jadual manusia dlm PR) mampu mengembalikan nostalgia Fathu Makkah di Malaysia, dalam erti kata yang sebenar-benarnya (fathun mubin). Al-Quran menamakan Fathu Makkah (Pembukaan Makkah) dan tidak menamakannya sebagai 'menawan' atau 'menyerang' atau 'menakluk' bagi menyatakan kejayaan terbesar sesuatu peperangan adalah apabila kemenangan itu berlaku tanpa pertumpahan darah (memetik kata Tsu Dzu "The Art of War").

"Sesungguhnya kami telah berikan kepada kamu kemenangan yang nyata. (Kemenangan ini) Untuk tujuan Allah mengampunkan segala dosa-dosa kamu yang sebelum dan selepas kemenangan itu." - Al-Fatah


Dahulu Scofield-Burrows dan Mahone adalah musuh paling ketat antara satu sama lain kerana Mahone (selepas membuat keputusan menyertai "kerajaan" The Company pada 1982), beliau telah "membunuh" ayah mereka berdua.

Namun selepas beberapa tragedi lebih parah menimpa "rakyat" sekeliling Scofield-Burrows serta keluarnya Mahone dari The Company selepas mereka menghumbannya ke Penjara Sona, kini barulah mereka menyedari musuh yang lebih utama perlu dijatuhkan.

Maka mereka berdua akhirnya bersama dalam satu "Pakatan", namun nampak ia lebih kepada pakatan jasad sahaja, belum nampak pakatan hati yang ikhlas dan kesatuan persefahaman yang jitu. Sentiasa ada sahaja pergeseran dalaman antara mereka berdua.


Namun selepas berlaku sendiri tragedi menimpa Mahone, Burrows mula MEMAHAMI, lantas menghulurkan tangan membantu, bersatu jasad dan bersatu hati dengan Mahone bagi berdepan dengan The Company di "Putrajaya" .



Itulah prinsip dalam Pakatan. Kita saling memahami, saling mempercayai dalam titik pertemuan yang kita sepakati bersama, demi berhadapan dengan musuh yang lebih utama dan lebih sukar untuk ditumbangkan.


“Segala konflik dalam Pakatan Rakyat tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan.” - Salahudin Ayub

Kedua :

"...apa yang sering saya dambakan setiap kali berlakunya perubahan besar kepada PAS iaitu
proses pendefinisian semula (re-definition). Kucar kacir fikrah yang berlaku ke atas pendukung dan penyokong PAS pasca PRU12 banyak berlaku kesan daripada tiadanya kenyataan-kenyataan yang konstruktif untuk pendefinisian semula, tatkala PAS membuat perubahan besarnya pada 8 Mac 2008 yang lalu..." - saifulislam

Saya lihat pendefinisian semula (konsep "negara Islam" dan "sekular") ini bukan sekadar saranan Ustaz Hasrizal, tetapi YB Ketua Pemuda PAS sendiri dalam spirit Ucapan Dasar beliau baru-baru ini yang sudah mahu melihat proses re-definition dan shift-paradigm itu berlaku dengan lebih agresif lagi dalam bentuk wacana pemikiran dan perbincangan intelektual.

“Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih
bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih meyakinkan...

Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Dedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita. Dewan Pemuda Pas akan menginstituisikan Siri Syarahan Perdana Fadzil Nor (Fadzil Noor’s Lecture Series) sebagai syarahan tahunan Dewan Pemuda Pas bagi mempelopori pemikiran intelektual dalam membantu mewujudkan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement di kalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini.

Mungkin belum sampai tahap cendekiawan Pas membuat buku "versi baru" berkenaan "Islam dan Sekularisme" karangan Al-Allamah Dr Yusuf al-Qardahawi tersebut atau sebarang percubaan "re-definition" itu sebagaimana dilakukan secara berani oleh beberapa world-class muslim scholars dalam Parti AKP Turki seperti Fethullah Gulen, tetapi saya kira penilaian secara "the another side of the coin" pasti wujud khususnya dengan suasana geo-politik Malaysia yang unik dan tersendiri.

Usaha-usaha perlu dilakukan untuk menggandakan dialog-dialog peradaban antara entiti yang selama ini berbeza pandangan bahkan jauh dari sumber muktabar Islam. Mestilah mereka itu didekati, bukan dimusuhi, diberi penerangan, bukan serangan. Janganlah sampai nak pukul dan cederakan mereka sebagaimana segelintir extremist (dari mana entah) kepada peserta Dialog Bar Council baru-baru ini.

Sayang seribu kali sayang. Usaha mempertemukan intelek-intelek muda dari PAS, PKR dan UMNO hari ini tampak hanya dipelopori oleh entiti mahasiswa dalam skop perbincangan yang pastinya terbatas iaitu soal-soal kemahasiswaan seperti AUKU. Tribute saya kepada MPP UIAM memberanikan diri menganjurkan forum "perubahan landskap politik Malaysia : kesan kepada mahasiswa" walaupun kehadiran mahasiswa UIAM ke forum itu - memenuhi hanya separuh dewan Main Audi - semacam memberikan isyarat mahasiswa tidak terkesanpun dengan pergolakan ganas politik di luar sana atau mungkin juga mereka fed-up dengan politik kepartian (wallahu a'lam, saya takde kajian...), atau mungkin teknikal forum itu kerana dibuat pada waktu petang (kelas) dan bulan puasa.

Walaupun kualiti dan pencapaian objektif forum mengambilkira ketepatan perbincangan para panelis berasaskan tajuk yang telah diletakkan, saya memberikan markah 3 dari 5 bintang berbanding 4 dari 5 bintang semasa forum AUKU, tetapi bagi saya tribute kepada UIAM dan MPP UIAM kerana sedang merintis "dialog peradaban" yang sewajarnya dicontohi oleh Pas dan parti-parti politik di luar sana. Kerangka dakwah Islam jika masih bergerak secara selesa dengan berformatkan partison yang ekslusif, dibimbangi hanya akan mengesahkan lagi hipotesis Pas semakin kehilangan sokongan dan dokongan anak-anak muda yang semakin tinggi inkuiri, tahap rasional dan daya celik politik mereka.

Peter Drucker memberikan pesanan berharga : "Cara terbaik meramal masa depan adalah dengan (anda) mencipta masa depan."

Saya menyambut baik pandangan Ustaz Hasrizal (www.saifulislam.com) dalam posting terbaru beliau. Walaupun beliau mungkin sekadar mahu membuat diskusi sebuah buku, tetapi mesej ringkas "cutting edge" beliau dalam diskusi itu seharusnya diambil peduli secara serius oleh kepimpinan Pas segenap peringkat pada hari ini.

Pertama :

"Saya lelah melihat proses pencerahan siasah Malaysia dilakukan tanpa sokongan pendidikan. Apa yang mendominasi insiden demi insiden adalah sentimen dan retorik. Malah tanpa rujukan moral...Kekhuatiran saya terhadap PAS ialah pada keupayaan seluruh jentera PAS berkomunikasi dengan baik dalam proses memahamkan pendukung juga penyokong akan hakikat sebenar yang tersurat juga tersirat. Kekhuatiran saya juga berenang-renang di lubuk idea bahawa PAS seharusnya lebih dominan dalam menetapkan hala tujunya sendiri berbanding sekadar menjadi pelengkap kepada agenda 16 September 2008 yang penuh persoalan. Tidak pernah di dalam sejarah, PAS bergerak sebagai penumpang...sejauh mana sekali pun sebuah gerakan Islam bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berkongsi titik temu, IA ADALAH SENTIASA SEBUAH ENTITI YANG TERSENDIRI..." - saifulislam

PAS perlu ada upaya ijtihad tersendiri yang "berani" dan "brilliant", mencipta momentum tersendiri, mencorak arus dan bukannya dicorak lantas menari dengan paluan gendang orang lain (cth : 16 September). Menari bersama tidak salah jika pemalu gendang itu "rakan" kita sendiri dalam pakatan kerana sifat gerakan Islam itu juga antaranya "oportunis" (mengambil peluang dari kekuatan orang lain atau kelemahan lawan). Namun pastinya PAS tidak boleh selamanya seperti itu.

Apa yang lebih menyedihkan lagi kita menghujum momentum orang lain dalam pakatan kita sendiri, tanpa kita capable untuk mendatangkan momentum alternatif kita sendiri sebagai tawaran kepada rakyat marhain yang tidak sanggup menderita lebih lama menanti PRU 13. Pas dilihat banyak membuat kenyataan sahaja, tetapi lekang dari aksi turning point yang tersendiri sehingga mampu menenggelamkan 16 September DSAI, lantas menyerlahkan potensi dan kehaibahan Islam dalam kebijaksanaannya mencorak suasana dan mengobah massa. Seharusnya PAS walaupun mempunyai kerusi paling sedikit dalam PR berbanding PKR dan DAP dalam PR, namun itu bukan alasan untuk tidak mampu merealisasikan "Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi dari Islam" yang hanya banyak berlegar dalam usrah dan bibir-bibir penceramah semata. Actions itself must speak louder than words.

Seharusnya, "Al-Amin" Pas nun di Perak sana - IR Nizar, MB Perak yang dikelilingi 18 ADUN DAP - sekiranya diberikan perhatian yang serius, beliau adalah aset terpenting Pas dalam meyakinkan Malaysia bahawa Pas mampu mengepalai pakatan pembangkang, bukan sekadar kerana ideologi perjuangannya menyatakan sedemikian (iaitu Islam mesti di hadapan), tetapi yang lebih penting menjadi taruhan rakyat adalah bukti kemampuannya memerintah "the real Malaysia" (masyarakat majmuk) dengan nilai keadilan dan kebajikan jauh lebih baik dari pemerintahan sebelumnya, yang realiti itu sukar dilihat di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan dan Kedah yang berada juga di bawah pemerintahan Pas.

Momentum yang dimaksudkan bukan gimik pilitik. Jika gimik itu didefinisikan sebagai political stunt, maka momentum bukan begitu sifatnya.

Momentum bukan menjadi "ayam berkokok di malam hari" untuk tarik perhatian (populis), tetapi ia perlu ada usaha yang luarbiasa (bukan ala kadar) dicipta dan didukung oleh segenap grassroot demi menawan hati "untapped market" yang 90 % di luar sana, yang tidak berfikir sebagaimana ahli-ahli dalam parti berfikir.

Momentum yang Pas perlu lakukan adalah strategi politik yang berkesan. Ia boleh disamakan dengan kaedah pengurusan yang biasa digunakan yang dikenali sebagai MBO atau ‘Management by Objectives’. Sebagai contoh simplistik, Pas boleh letakkan satu tarikh sasaran yang lebih realistik bagi mereka sendiri (tak perlu berdebat tentang kewajaran 16 September) dan boleh dicapai maka segala kemampuan organisasi Pas digerakkan ke arah pencapaian sasaran tersebut. Kejayaan mendoktrin ahli dan menjuarai momentum 10 November 2007 lepas sebagai tarikh mobilasi sejuta rakyat (BERSIH) seharusnya dijadikan benchmark bentuk dan operasional momentum Pas yang perlu dilakukan. Dalam kes Anwar, kita boleh belajar bagaimana kaedah propaganda 16 September ini terbukti berkesan di beberapa peringkat seperti berikut:

1. Menyemarakkan semangat petugas, khususnya partinya PKR, supaya bekerja keras demi mencapai sasaran yang telah dipersetujui bersama

2. Menawan imaginasi rakyat jelata dan menyediakan pemikiran mereka lantas menghapuskan mental-block rakyat kononnya kerajaan BN-Umno takkan mampu digulingkan di peringkat Federal selepas kejayaan mengekalkan majoriti mudah dalam PRU 12 lepas dan mempertahan 8 buah negeri

3. Mengganggu gugat dan mengacaubilau pemikiran pihak lawan sehingga bertelagah di antara satu sama lain sehingga mereka menggelabah dan bertindak secara yang mendedahkan kelemahan mereka dengan lebih jelas lagi untuk ditontoni rakyat jelata.

Jika DSAI dan beberapa kerat intelegen sahaja (seperti Saifudin Nasution di belakangnya) boleh, kenapa Pas sebagai sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia dengan hampir sejuta keahlian tidak boleh. Dengan kejayaan mempunyai human resources yang versatile seperti profesional, intelek dan strategist yang berhijrah masuk ke dalam Pas, adakah Pas tidak mempunyai "towering figure" untuk memberikan saingat yang sihat dan tersirat kepada ketokohan DSAI ? Adalah lebih baik entiti-entiti parti dalam PR dari menimbulkan perselisihan pandangan kepada media arus perdana dalam perkara-perkara titik bengik dan "adjustable" (teknikal) matters, kepada menonjolkan keunikan masing-masing dengan "ijtihad" dan tajribah politik yang berbeza-beza, dalam memberikan asakan yang PELBAGAI BENTUK kepada musuh yang sama, bukan satu bentuk sahaja.

Contoh momentum lain, tapi mungkin tidak logik. Jika 5 think-tank PKR sanggup ke Taiwan hari ini untuk 'negosiasi' tahap akhir dengan MP BN yang akan "hijrah" (saya lebih selesa guna perkataan "hijrah" dari "lompat" kerana apa yang jelas kepada saya, tidak ada tawaran materialistik kepada yang akan berhijrah melainkan perlu sepakat dengan agenda menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman). Boleh sahaja Pas mengambil kesempatan mendekati Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika beliau menyatakan rasa muaknya kepada politik perkauman Umno, lantas Pas tampil dengan dasarnya "Aslim Taslam" menerangkan kepada beliau keindahan Islam dengan lunak bahasa paling menarik minat beliau untuk masuk Pas (melalui tingkap Kelab Penyokong), sebagaimana lunak bahasa dan pemilihan perkataan yang indah-indah mengenai Islam oleh Jaafar bin Abi Talib r.a kepada An-Najasyi sehingga maharaja Habsyah itu memberikan perlindungan kepada para sahabah Nabi S.A.W yang berhijrah.

Pernyataan rasional oleh "Mr Transparency" Malaysia, Tunku Abdul Aziz (bekas Naib Presiden International Transparency dan penasihat Bank Negara, pernah memegang jawatan penting dalam PBB) dalam penyertaannya masuk DAP kerana DAP dilihat tegar dan jelas memerangi rasuah (tertarik dengan dasar CAT KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng) bagi saya adalah satu 'tamparan' kepada 'brand' yang selama ini ditonjolkan PAS walhal PAStinya lebih tegar, lebih jelas dan lebih ikhlas memerangi rasuah walaupun memerintah Kelantan sebelum PRU 12 dengan kelebihan 2 undi sahaja. Tetapi kenapa Tun Abdul Aziz tidak memilih Pas ketika Tuan Guru MB Kelantan telah dinobatkan Gerak dahulu sebagai MB paling bersih sebelum PRU 12 lepas? Apa agaknya "persepsi" (baca : misperception) beliau kepada Pas ? Apapun tahniah Tunku, you are the Malay who join a pre-dominantly Chinese party and mark the death of race-based politics in the country.

Contoh momentum lain juga. Pas 'approached' Agenda Daily (bukan sekadar rancangan Hujah) secara serius untuk mengadakan Debat mempertemukan towering figure PAS dengan towering figure Umno bagi menunjukkan kredibiliti Pas dalam arus perdana. Kembalikan semula gelombang Ustaz Fadzil Nor berdiri di pentas Palestin bersama Tun Dr Mahathir. Setakat ini, Agenda Daily memilih DSAI dari PKR dan Guan Eng dari DAP sebagai wakil PR dalam 2 siri Debat sebelum ini. Di mana Pas ?

Tuan Guru Nik Aziz pernah mencipta momentum tersendirinya baru-baru ini apabila mencadangkan agar Pas dan Umno bubar, tubuh satu parti baru yang menyatukan semua orang Melayu untuk daulatkan Islam. Namun, mungkin kerana gagasan beliau 'terlalu jauh ke hadapan', gagasan hanya tinggal gagasan, momentum tak bersambut baik.

Kepentingan Intelegensia Dalam Gerakan

Wednesday, September 10, 2008

"Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan. Keutamaan hati ialah keberanian."

Saya teruja membaca majalah Pemikir walaupun pada awalnya rasa berat hati mengeluarkan sejumlah RM 25. Melihat analisis yang 'sharp' dan cara analisis yang 'pelik', baru saya sedar Umno juga ada intelegen dan barisan think-tank mereka. Mereka bukan frontliner, mereka mungkin tidak diketahui, tapi mungkin kebijaksanaan merekalah sebagai 'perancang' besar di sebalik tabir kekalnya Umno-BN selama 50 tahun di Malaysia. Mungkin...Wallahu a'lam.

Justeru bagi saya, usaha menumbangkan (atau mungkin mengugut@psi war untuk menumbangkan) kerajaan Umno-BN oleh PR atau PKR atau "G-8" DSAI (saya tidak pasti pihak mana yang lebih tepat saya katakan), saya kira ia bukan usaha 'semberono' tidak bertanggungjawab atau remeh tanpa perancangan rapi atau "co-incidental" (kebetulan) berlaku diambil peluang oleh sang "oportunis" atas kelemahan musuh. Pasti ada intelegens belakang tabir dengan asas pemikiran strategik belasan tahun mereka telah menentukan kocak dan irama politik PR sehingga memberikan saingan sengit mahadahsyat buat pertama kali pada Umno-BN sejak 8 Mac 2008.


"16 September bukannya hari (berlakunya) kejatuhan atau tumbangnya kerajaan BN, tetapi sebagai detik PERMULAAN yang REALISTIK ke arah kejatuhan kerajaan BN dalam tempoh beberapa tahun nanti." - Mohd Sayuthi Omar, Siasah 7-13 September

Bagi saya, berlaku atau tidak 16 September (katanya DSAI tangguh), sekurang-kurangnya Umno-BN tampak sudah tersentak dengan sentakan dan latahan yang belum pernah dilihat dalam sejarah 'comfort-zone' kolisi parti pemerintah Malaysia sejak 50 tahun itu.

Bukan mudah membaca alunan irama politik yang dipalu oleh intelegens ini. Sebagai contoh :

- Tindakan DSAI menzahirkan nama MP utama akan melompat adalah dari Sabah dan Sarawak. Ada berpandangan tindakan menzahirkan negeri terbabit 'memakan diri' DSAI sendiri atau mengundang masalah pada entiti dalam PR sendiri kerana umum tahu kebanyakannya dari 2 negeri itu bukan Muslim. Bagaimana 'nasib' yang akan menimpa MP dari negeri Malaysia Timur itu selepas negeri mereka disebut terang-terangan oleh DSAI. Namun, bagi intelegens, tindakan menzahirkan itu mungkin satu keperluan untuk 'turning point' perhatian Umno-BN pada MP Semenanjung yang sebenarnya akan menjadi 'juara' sebenar lompat parti tidak lama lagi. Atau 'melindungi' nama-nama besar dari hulubalang Umno di Semenanjung yang akan menjadi orang pertama deklarasi lompat pada masa yang ditetapkan. Teori Mohd Rahman dalam "Siapa Jagoan Selatan Anwar" dalam Suara Keadilan mengukuhkan lagi hujah ini.

"Sekiranya DSAI sekadar berjaya memikat MP bukan Melayu untuk berhijrah, beliau secara efektif mengetuai kerajaan yang terdiri dari bukan Melayu. Ini sesuatu yang sukar diterima oleh majoriti orang Melayu-Islam (khususnya Pas)...Justeru, DSAI tahu benar bahawa seorang pemimpin Melayu BN dengan pengaruh yang kuat sangat diperlukan, apatah lagi sekiranya beliau adalah menteri kabinet kanan yang berpengalaman luas dalam kerajaan." Maknanya, jika Umno-BN memainkan sentimen kerajaan PR ini sebagai bahaya besar kepada rakyat Melayu-Islam (saya pun terima sms seperti ini berkali-kali), sahlah mereka berjaya masuk perangkap DSAI kerana kelak 16 September (atau bila-bila) DSAI yang akan tonjolkan secara mengejut aktiviti lompat parti diketuai oleh hulubalang Melayu itu sendiri dari Semenanjung yang akan pastinya diikuti oleh MP Melayu luar PR yang lain. DAP lebih terkehadapan dalam persiapan mereka mengambil alih MB dan kerajaan Negeri Sembilan melalui perlantikan Abdul Aziz sebagai Naib Presiden mereka. Bagi mereka, jika MP Parlimen dah melompat, tak mustahil ADUN termasuk di Negeri Sembilan pun akan ikut.

- Tindakan DSAI mencipta gelombang 16 September sehingga menenggelamkan hampir semua isu besar politik tanah air pada saat ini. Hasilnya, polemik besar timbul apabila DSAI dan PR dituduh sedang membuat percubaan merampas kuasa dari BN secara 'pintu belakang' atau 'undemocratic'. Namun bagi intelegen, mungkin tindakan mempolemiksensasikan itu perlu, tapi bukan untuk membenarkan teori peralihan 40 MP BN ke PR, tetapi untuk memberikan asakan dan tekanan 'luarbiasa' kepada Pak Lah untuk mengadakan PRU semula - dengan restu YDPA Sultan. Buktinya, Anwar tak semena-mena tangguh 16 September dengan alasan "Taiwan". (Wallahu a'lam...)

- Macam-macam lagi isu. Tapi cukuplah contoh dua di atas.

So, apa kesimpulan ye...Saya katakan begini :

"Kalaulah membangun kehidupan masyarakat yang Islami adalah sebuah projek peradaban raksasa, maka dakwahlah yang lebih memerlukan kehadiran kelompok pemikir strategi. Kerana itu bagi saya generasi para "ideolog" telah melakukan tugas mereka dengan baik. Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi di Mesir, al-Maududi di Pakistan, dan An-Nadawi di India. Mereka telah membangun sebuah basis pemikiran yang kukuh kepada kebangkitan Islam seluruh dunia.

Kini tiba saatnya peranan mereka dilanjutkan oleh generasi baru, iaitu generasi pemikir strategik yang bertugas menyusun langkah-langkah strategis untuk mencapai cita-cita dakwah. Saya tidak mengatakan generasi pemikir itu belum ada, tapi saya ingin mengatakan bahawa pustaka dunia Islam hari ini masih dipenuhi tulisan para ideolog tersebut, sedangkan tulisan generasi baru pemikir strategik yang kita harapkan itu masih kecil.

Para pemikir strategik adalah orang-orang yang berfikir dalam kerangka kesisteman (be part of solution, not the problem), menggabungkan pelbagai disiplin ilmu, lantas meramukannya menjadi sebuah strktur pemikiran yang konkrit, menjelaskan bagaimana tujuan, cara dan sarana diintegrasi menjadi satu kesatuan. Strategi bukanlah sebuah disiplin ilmu, ia adalah SENI tentang bagaimana memanfaatkan berbagai disiplin ilmu untuk mencapai satu tujuan tertentu. " - Mohd Anis Matta (Setiausaha Agong PKS), "Menikmati Demokrasi : Strategi Dakwah Meraih Kemenangan", halaman 45-46

16 September vs 16 Ramadhan

Monday, September 8, 2008

PR kini menantikan 16 September sebagai tarikh keramat 'kemerdekaan' sebenar Malaysia dari pemerintahan penuh rasuah, kezaliman dan skandal.





Tapi aku harapkan diriku, seluruh politikus dan seluruh rakyat tidak juga lupa 16 September adalah 16 Ramadhan, malam terakhir menjelang fasa 'kemerdekaan' yang 'lebih-lebih lagi' sebenar iaitu dari api neraka negara akhirat nanti, mulai 17 Ramadhan (detik bersejarah turunnya al-Quran, kitab rujukan penyelesai segala permasalahan ummah dari apa jua sudut) sehingga ke malam perpisahan terakhir Ramadhan.

Ramadhan adalah 'tuah' dan 'tetamu' yang lebih agung dari icon-icon politik 'baru' Malaysia. Tawaran bajet alternatif dan manifesto 'Malaysia Baru' oleh DSAI tidakkan sehebat tawaran manifesto dari Allah S.W.T yang lebih baik dari 1000 bulan. Lailatul Qadar seharusnya ghairah dinantikan oleh semua politikus Muslim, pejuang Islam dan umat Islam di Malaysia sama ghairahnya mereka menantikan munculnya wajah baru kerajaan persekutuan yang menjanjikan keadilan dan nilai akhlak yang lebih baik dari pemerintahan sebelumnya.

Ramadhan bulan perang dan bulan kemenangan sepanjang sejarah Islam. Alhamdulillah, suasana perang itu berjaya diwujudkan oleh 'gelombang' 16 September DSAI selepas 'perang' yang sama sebelumnya di Permatang Pauh. Suasana 'perang' ini tidak pernah aku rasakan dalam Ramadhan-Ramadhan sebelum ini di tanahairku ini. Namun adakah peperangan bertempur mahadahsyat buat Umno-BN ini akan menatijahkan kemenangan penuh makna kepada para pejuang Islam dalam PR selepas 50 tahun Umno-BN gagal ditumbangkan melalui medan pertempuran pilihanraya umum yang saban berlaku di luar bulan Ramadhan ? Bersama kita nantikan dan doakan sejauhmana kejayaan para pejuang Islam dalam PR dan gerakan Islam di Malaysia mampu menambahkan satu fakta baru kemenangan Islam menawan Putrajaya dalam urutan kemenangan-kemenangan perjuangan Islam dalam bulan Ramadhan, sebaris dengan Badar al-Kubra, Tabuk, Fathu Makkah, pembukaan Andalusia, penaklukan Pulau Rudes, Ain Jalut, pembebasan Baitulmaqdis dan lain-lain lagi.

Dan andaikata berlaku 16 September itu, bagiku itu bukanlah jasa besar seorang individu bernama DSAI sahaja dan intelegen PR sekelilingnya. Tapi sebagaimana kata TG Nik Abdul Aziz, 16 September bukan berlaku secara kebetulan adanya DSAI, tapi janganlah lupa ia juga ada kaitan kesan perjuangan panjang 50 tahun gerakan Islam penuh liku Pas mengasak tanpa putus asa Umno-BN sehingga rakyat semakin meyakini mereka bukan yang terbaik untuk Malaysia. Baki lagi kebijaksanaan DSAI merebut "baton" penyudah dan mencetuskan klimaks pertempuran setelah perjuangan panjang di pentas demokrasi pilihanraya itu yang kita dan ramai penganalisis politik akui.

Jika 16 September berlaku, moga ia bukan istidraj buat gerakan dan para intelegen-pejuang Islam dalam PR. Soalnya kini, jika ia berlaku, bersediakah kita, mahasiswa, pemuda-pemuda Islam yang menggalas amanah perjuangan Islam selama ini untuk menerima dan mengisi kemenangan itu secara bijaksana tanpa undur ke belakang lagi..

Adiputra Akan Ikut Jejak DSAI ?

Saturday, September 6, 2008



"Reformasi !!! "
Itulah laungan yang diucapkan sendiri oleh
kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani
semasa pengumuman kemenangan DSAI di Permatang Pauh.
Adi Putra berusia 11 tahun tetapi sudah mempunyai
kesedaran politik yang sangat tinggi.



"Aku berfikir RASIONAL...Aku berfikir INTERNASIONAL!" - puisi Adiputra pd DSAI

Siapa tidak kenal Adiputra The Genius. Seorang hamba Allah yang masih kerdil tapi sejak usia 6 tahun mempunyai cita-cita sebesar satelit Measat. Usia 3 tahun sudah membaca suratkhabar, usia 6 tahun sudah mampu menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat tanpa kalkulator, mampu mencongak beberapa kiraan pendaraban tahap "berat" yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan puluhan titik perpuluhan.

Bakal pemimpin besar Malaysia ini
dikatakan memiliki kelebihan lain
selain matematik iaitu apa yang
dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Adi Putra pernah 'mencari' Sharlinie menggunakan deria keenamnya itu sehingga membawa sekumpulan anggota polis menemui perkataan misteri "Media" di Ulu Yam, Gombak yang dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

One of this 9 years old child dreams is to develope a satelite which use
password from Al-Quran for the usage of
Islamic countries ONLY. How about you bro ? What your dream ?


Adiputa pernah bercita menjadi negawaran ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan "bertemankan" surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja beliau memberikan 'tamparan maut' kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis "Adi semasa sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak), Adi macam "kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil". Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini apabila menyebut : "He sat on my chair just now. He looked so comfortable there that I started to worry that I may lose my job to this brainy boy." (Bernama, 20 Disember 2005)

Kehadiran Adiputra ke Permatang Pauh dengan sambutan luarbiasa penyokong PR di sana - aku saksikan sendiri di sana - menyebabkan aku meyakini kanak-kanak ini sedang 'dijaga' oleh Yang Maha Berkuasa dari mengikut jejak Sufiah Yusof yang 'tumpas' dengan dunia. Barat. Kini, aku tidak sekadar optimis Adiputra akan ikut jejak langkah DSAI, tetapi aku cukup optimis figura kecil ini akan jadi lebih hebat dari DSAI. Apapun berlaku, I'm proud to be Muslim and I'm proud to be Malaysian.

NOTA TAMBAHAN
Orang-orang genius sangat bernilai untuk perjuangan Islam. Pertemuan dengan Ustaz Yahya Othman satu ketika dahulu, itulah amanat beliau yang pernah mendapat tarbiyah secara langsung dari Ikhwanul Muslimin. Katanya : "Dalam tarbiyah kampus, tiba masanya kamu memburu orang-orang cerdik dan genius.".

Nak jadi genius ? Mari baca buku 'berat' ni.

Atau tontoni ini :

Anwar Ibrahim On The Art Of War

Thursday, September 4, 2008


This book is an objective analysis of the strategies and meticulous planning employed by Datuk Seri Anwar Ibrahim which enabled the opposition to win five states and 82 parliamentary constituencies at the recent 12th general elections, thereby denying the ruling Barisan Nasional its two thirds majority in parliament. The author, Mutharasan focuses on the details of the strategies planned by Anwar Ibrahim months before the general elections and how he successfully implemented them. The issues which were capitalized upon by Anwar Ibrahim and the factors that helped and propelled him to achieve his historic success are also discussed. Interesting theories and explanations are provided as to how the once indomitable Barisan Nasional was weakened over the years to be defeated so badly at the 2008 polls.

The book also traces the activities of Anwar Ibrahim from the time he was a student leader, his meteoric rise in UMNO and the government, as well as his relentless fight from within the prison walls to re-emerge on the political scene with even more pomp and glory. What more needs to be said when he can be referred to as the Prime Minister-in-waiting. This book also explores the implications of Anwar Ibrahim’s prospect of returning to parliament as the opposition leader via a by-election in Permatang Pauh. Finally, the chances of the Pakatan Rakyat coalition forming the next federal government with Anwar Ibrahim as the prime minister are also discussed. There is no doubt that even after the general elections 2008, Anwar Ibrahim’s winning strategies continue to dominate the Malaysian political scene despite his recent arrest and charge.

This will be an interesting and thought provoking book for political analysts, enthusiasts, aspirants, politicians, and all those interested in the Malaysian political scenario.

Kalaulah Ada 10 Orang Azhan Atan...

Monday, September 1, 2008

"Apa yang saya lakukan sebelum ini hanyalah sekadar untuk kepuasan diri. Semuanya berlaku secara kebetulan. Dari awal lagi sebelum menghadiri sesi uji bakat saya hendak membayar pinjaman kereta dan secara kebetulan sesi uji bakat itu diadakan dekat dengan bank dan saya pun pergilah." - Azhan Atan

Kalau dalam Muktamar Pemuda Pas Pusat baru-baru ini, saya lebih berbangga dengan Pemuda Johor kerana kemampuan mereka berbahas isu negara (kedaulatan dan keselamatan) lebih dari isu-isu kepartian, kali ini datang sebab kedua kenapa saya perlu terus berbangga dengan Pemuda Johor, kali ini dari Tanjung Piai, iaitu Ketua Pemudanya, Azhan Atan.


Kalau Azhan Atan menjadi Juara Akademi Nasyid bermula dengan situasi yang sangat "kebetulan" sifatnya , bayangkan kalau "kebetulan" itu bertukar menjadi "perencaan" rapi oleh Pemuda Pas sendiri dalam melebarkan sayap dakwah kepada institusi muzik, sebuah empayar "untapped market" yang sangat luas lagi mencabar.





Dari tragedi 'karburetor dung' di pentas Protes sehinggalah kepada konsert Avril Lavigne, suara Pemuda takkan ke mana andaikata para pemuda gerakan Islam hanya terus berkokok membantah dan membantah secara pendekatan ekslusif dan populis, tapi tidak wujud tanpa-tanda keseriusan mewujudkan agenda jangka panjang 'perjuangan dari dalam' institusi muzik itu sendiri.


Untuk menerajui agenda 'penyusupan' secara sistematik dan "jamaie" ini, saya cadangkan Azhan bergabung dengan Akhil Hayy sebagai koordinator penyelaras. Sasarannya semua program realiti TV yang boleh memberikan saingan kepada Akademi Fantasia, Geng Starz, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan segala macam program 'gila' yang ada dalam TV. Kenalpasti para pemuda Islam yang sangat tegar tarbiyahnya (supaya tidak hanyut) tetapi punyai potensi 'suara' yang cerah. Jangan dibunuh potensi itu dengan hanya menjadi penceramah-penceramah menerangkan dasar parti secara ideolog sahaja, tetapi juga mampu menjadi realis dan katalis dalam medan yang penuh sampah kotoran hedonisme melampau ini.


Jika Nabi S.A.W berbangga dengan Hassan bin Thabit, Ka'ab bin Malik, Abdullah bin Rawahah Nabighah Al Ja’dy yang dahulunya menjadi 'artis popular' di Makkah dengan seni suara yang sangat memukau (baca : syair) menenggelamkan 'artis-artis batil', maka gerakan Islam pada hari ini juga perlu menampilkan icon-icon anak muda seperti itu. Kejayaan PKS dalam agenda pengisalahan institusi muzik dan perfileman dengan melahirkan pesaing-pesaing yang Islamis wajarlah dicontohi. Asas yang perlu dipegang, “Manusia bagaikan bahan galian, seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami Islam” (Riwayat al-bukhari dan Muslim). Pengalaman saya belajar di UIAM dalam bidang sastera Arab, saya sangat teruja dengan syair-syair (baca : senikata lagu) tulisan Hassan bin Thabit yang menggambarkan semangat jihad tentera Nabi S.A.W melalui syair yang rancak lagi 'gempaq' rentaknya.

Sesungguhnya, terlalu indah institusi muzik apabila di'islam'kan...apatah lagi di'haraki'kan...Ayuh luangkan masa anda mendengar lagu ini jika anda tidak percaya pandangan saya ini...



Suci Dalam Debu Perjuangan

Islam bagai air yang jernih,
Di bumi yang penuh berdebu,
Menyirami sanubari insan,
Tuk setiap ummat manusia
Sepanjang masa...

Islam kan jaya selamanya
Walau ditantang massa
Namun tak semua punya daya
Menentang murka

Suatu hari nanti
Islam kan bercahaya
Menyinari dunia makhluk dan seisinya

Disitu kan terlihat
Kebenaran terungkap
Quran jadi pedoman
Sunnah jadi pedoman

Bukan khayalan
Yang Allah janjikan
Namun kemenangan yang nyata

Semasa memberikan kuliah berkenaan tipudaya musuh-musuh Islam ke atas dunia Islam, ada seorang adik bertanya apa sebenarnya yang berlaku di sana. Quite complicated to be understood katanya. Saya pula tak tahu nak permudahkan jawapan bagaimana. Mungkin gambar ni dah cukup nak mudahkan saudara faham. A picture can tell thousand words.


"All great world-historic facts and personages appear twice. The first time as tragedy, the second time as farce." - Marx wrote in the 18th Brumaire of Louis Bonaparte.

Posting Sebelumnya

There was an error in this gadget

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"