Content feed Comments Feed



“Kolej ini akan menjadi satu benih yang akan menghasilkan buah masa hadapan untuk bangsa Islam negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan DUNIA SELURUHnya. Di Kolej inilah terletak tinggi rendahnya, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam yang maha suci ini.” – Almarhum Prof. Dr. Zulkifli Muhammad (semasa pendaftaran 43 orang pelajar pertama Kolej Islam, di bangunan Istana Jemaah Kampung Jawa, Klang (Utusan Melayu, 25 Feb 1955). Nota : Almarhum bertanggungjawab ‘menjelajah’ hampir semua negeri-negeri di Tanah Melayu dan Singapura dengan menggunakan van untuk mengutip derma menubuhkan Kolej Islam Malaya.


Saya ada diberitahu oleh adik-adik saya di Kolej Islam bahawa masa depan Tingkatan Enam, STAM ataupun STPM semakin gelap untuk bertahan di Kolej Islam. Suara mahu membubarkan tingkatan Enam sebenarnya telah lama kedengaran sejak saya berada di Tingkatan Enam KISAS pada tahun 2000-2001 dahulu apabila Sijil Tinggi Kolej (STK) dimansuhkan dan pentadbiran nampak tidak serius untuk melaksanakan STAM pada masa itu.


Saya belum mendapat maklumat apakah reason sebenar pentadbiran kolej mahu berkokok dengan lebih kuat kali ini untuk memansuhkan Form Six di Kolej Islam. Adakah kerana rekod ‘student movement’ yang banyak diaksikan oleh pimpinan Badan Dakwah yang berada di F6 itu atau terpaksa menjadi ‘pak turut’ kerajaan yang mahu memutuskan sebarang program berkembar IPTS Malaysia dengan Al-Azhar (dengan alasan sudah wujud ‘cawangan’ Al-Azhar di Rembau) atau sebab-sebab lain di sebalik agenda ‘cluster school’ (sekolah hanya untuk SPM sahaja), saya tidak pasti…


Namun, ada baiknya saya bertindak lebih awal menyatakan reason kenapa Tingkatan Enam perlu dipertahankan di Kolej Islam berdasarkan keratan akhbar yang pernah saya simpan dahulu yang bercakap tentang peripenting Tingkatan Enam, moga-moga boleh membantu Alumni Kolej Islam (ALKIS) persiapkan hujah perjuangkan penerusan institusi Tingkatan Enam ini :


Lepasan STPM sentiasa diberikan tempat yang istimewa kerana status kelayakan mereka setaraf dengan pelajar matrikulasi atau pelajar prauniversiti. Di beberapa universiti, mereka terus memasuki tahun pertama, dan semasa di universiti, keputusan lepasan STPM ini kebiasaannya mengatasi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah melalui prauniversiti terlebih dahulu.


Keadaan ini mungkin kerana lepasan STPM lebih cekap 'menangkap' fakta, otak kiri yang lebih aktif, dan momentum daripada kepayahan semasa mengambil STPM menjadikan mereka pelajar yang lebih 'sedar diri'. Pada satu ketika dahulu, terdapat tanggapan negatif berhubung kedudukan kelas tingkatan enam atas dan bawah ini, sehingga ada yang melabelkannya sebagai tempat persinggahan sementara kepada lepasan SPM yang gagal ke universiti, atau lokasi menempatkan second grader atau pelajar cukup makan SPM. Benarkah begitu?


Tingkatan enam merupakan tahun yang cukup padat kepada seseorang pelajar kerana banyak bahan yang perlu dibaca, dihafal dan difahami. Pelajar perlu mengambil lima mata pelajaran, dan perlu lulus penuh sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran. Dengan segala macam lambakan fakta dan nota untuk dirumus menjadi maklumat dan pengetahuan - dalam usia semuda 18 dan 19 tahun - maka bebanan sewaktu menduduki STPM lebih dirasai olah para pelajar ini. Kematangan akademik yang diperoleh oleh para pelajar semasa di peringkat tingkatan enam bawah dan enam atas ini merupakan tiket untuk menjadi mahasiswa yang lebih berjaya semasa di universiti. – “Kelebihan Calon STPM”, Wahid Hashim, Utusan Malaysia 20/3/99


''Kurikulum serta orientasi pengajian semasa di tingkatan 6 menjadikan mereka berpengetahuan lebih luas daripada pelajar matrikulasi yang mengkhusus kepada sesuatu mata pelajaran'' – “Tingkatan Enam Laksanakan Sistem Semester”, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Abdul Rahman Daud, Utusan Malaysia 19/11/1998


Kebanyakan mereka (pemegang STPM) tidak mengalami masalah pembelajaran terutama pada tahun pertama pengajian kerana lebih kepada ‘imbas kembali’ berbanding pelajar lain. Bukan semua pelajar yang mengambil STPM tidak berjaya pada peringkat SPM. Ada juga pelajar yang tidak mahu membuang masa dan duit dengan mengikuti program diploma dan menghadapi risiko sukar menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah.


Saya beranggapan peperiksaan STPM lebih mencabar kerana mereka menduduki satu peperiksaan sahaja selepas belajar 1 ½ tahun manakala pelajar matrikulasi mengambil dua peperiksaan iaitu pada semester pertama dan kedua. Setiap peperiksaan di Matrikulasi mengikut pembelajaran semester itu saja. Ciri utama membezakan pelajar STPM dengan matrikulasi / diploma ialah pelajar matrikulasi / diploma boleh memohon pertambahan markah mengikut budi bicara pensyarah masing-masing. Berbanding pelajar STPM yang terpaksa berhempas pulas dan paling sukar, tidak semua yang dipelajari (selama lebih setahun) keluar dalam peperiksaan serta keputusan adalah muktamad dan tidak boleh ditokok tambah. Ini ‘kualiti’ STPM.


STPM juga mewajibkan pelajarnya mengambil matapelajaran Pengajian Am untuk melahirkan pelajar yang lebih peka kepada keadaan sekeliling terutama isu semasa yang berlaku di Malaysia dan sistem pentadbiran negara kita. Oleh sebab itu, pelajar STPM layak memohon jawatan kerajaan hanya dengan memiliki STPM berbanding dengan pelajar lepasan matrikulasi..” – Mieya, Seremban (Surat Pembaca, Berita Harian, 16 Jun 2004)


The STPM (pre-university open certification programme like a Malaysian version of the British A-Levels) is certainly the cheapest way to gain entry into a degree programme. STPM is also a good option for students who do not want to or cannot afford to pay high fees or other pre-u courses in private colleges. An advantage of taking the STPM and going on to public universities is that they offer a wider range of courses than private colleges. Even if a student does not enter a public university with his STPM results, he can still use it to enter private colleges and universities locally or overseas. Form Six education in government-aided schools is practically free. It is comparatively much more difficult and demanding but it does prepare you well for the first year of university in terms of knowledge. Students who sit for the STPM stand a better chance of being accepted by local universities.” – Cover Story, Star Education, 12 December 2004


Lepasan SPM khususnya pelajar Melayu yang tidak ditawarkan tempat ke IPTA digesa merebut peluang ke Tingkatan Enam. Ini kerana lulusan kelas Tingkatan Enam kini menjadi salah satu ‘tiket’ utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Persepsi masyarakat bahawa kelas tingkatan enam sebagai membuang masa salah terutama dalam dunia sekarang. Walaupun kerajaan menyediakan program matrikulasi untuk pelajar bumiputera dan 10% untuk bukan bumiputera, tetapi peranan Tingkatan Enam tetap penting.


Kelas Tingkatan Enam mempunyai kekuatan tersendiri dengan guru-guru yang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas. Jadi, saya menyokong dan menggalakkan para pelajar bumiputera mengikuti Tingkatan Enam dan mengambil STPM. Saya juga ingin mengingatkan para pelajar Melayu supaya tidak ‘terkejar-kejar’ untuk mengikuti program Matrikulasi hanya kerana ia memikirkan ia sebagai jaminan untuk memasuki IPTA. Saya ingin menasihatkan para pelajar supaya tidak cepat ‘tergoda’ dengan label ‘kolej’ dan ‘universiti’ dan gelaran sebagai ‘mahasiswa’. Masyarakat memang suka mendengar anak-anak mereka masuk universiti atau kolej. Ini kesan psikologi dan suatu kesilapan sebenarnya. Hakikatnya, saya ingin menegaskan bahawa nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama.


Saya juga ingin menasihatkan guru-guru sekolah supaya memberi galakan kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran sehingga ke Tingkatan Enam. Guru-guru perlu memberi penerangan kepada lepasan SPM sejelas-jelasnya tentang kelebihan yang ada sebagai pemegang sijil STPM. Guru-guru juga berperanan memberi maklumat yang terbaik untuk lepasan SPM memilih program yang sesuai dengan kelulusan masing-masing.” – Datuk Aziz Shamsuddin, Timbalan Menteri Pendidikan, ruangan Portal Pendidikan Utusan Malaysia, 9 Jun 2003 di Kuala Lumpur


Tetapi pada hakikatnya, tingkatan enam merupakan institusi penting yang memberi sumbangan besar kepada pendidikan dan pertumbuhan kematangan pelajar. Dalam sejarahnya sebelum kerajaan memperkenalkan matrikulasi, tingkatan enam khususnya di sekolah perdana termasuk sekolah misionari merupakan tempat yang berprestij dan berjaya melahirkan watak-watak pelajar yang mempunyai daya kepimpinan baik dan pendidikan cemerlang. Pertamanya, harus disedari remaja yang sedang membesar mendadak masih berada pada tahap kurang matang selepas tingkatan lima berbanding tingkatan enam setelah melalui dua tahun lagi alam persekolahan, lebih-lebih lagi remaja-remaja Bumiputera yang dikenali sebagai ``lambat berkembang'' atau late-bloomers menurut istilah psikologi. Maka pelajar-pelajar sedemikian akan lebih berjaya selepas STPM berbanding SPM.


Di matrikulasi yang mengambil masa setahun, seseorang pelajar akan terpaksa memberi tumpuan besar kepada pengajian akademik dan mereka tidak berpeluang mengembangkan bakat-bakat lain seperti kepimpinan berbanding dengan pelajar tingkatan enam. Sedangkan pelajar-pelajar tingkatan enam rendah berpeluang untuk mengasah dan mengasuh bakat kepimpinan mereka kerana sebagai pelajar paling tua, sudah tentu mereka diberi pelbagai tanggungjawab kokurikulum di sekolah. Sekolah yang mempunyai tingkatan enam pula mendapat manfaat daripada remaja-remaja yang matang ini memimpin persatuan-persatuan ini dan sekali gus membimbing pelajar-pelajar yang lebih muda. Sudah tentu sesebuah persatuan sekolah yang dipimpin oleh pelajar tingkatan enam tidak sama dengan yang dipimpin oleh pelajar tingkatan lima.


Sementara itu, STPM aliran sastera berserta dengan kertas am mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu yang akan menjadikan mereka pemimpin dalam masyarakat. Sememangnya pun, pelajar-pelajar aliran sastera ini kelak yang akan menjadi peguam, ahli politik dan ahli perniagaan dan seterusnya memimpin pelajar-pelajar aliran sains. Sayangnya, pelajar-pelajar cemerlang di matrikulasi tidak berpeluang menikmati pendedahan ini.”- “Perkasa Tingkatan Enam”, Zin Mahmud, Utusan Malaysia, Selasa, 15 Mac 2005

1 Response to Kolej Islam Perlu PERTAHANKAN Tingkatan Enam !!!

  1. muhd_abduhu Says:
  2. salam perjuangan,

    pertahankan!

    -spm 96- ( x ambil stp pun.. x stay la )

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"