Content feed Comments Feed

Nasihat Pemerintah : Pena atau Aksi ?

Sunday, August 31, 2008

Penakah lebih berkesan ?

Atau aksi - yang sentiasa mengundang risiko memahitkan -
lebih berkesan ?







Wah, 'sopannya' Avril...Kalau tidak kerana mesej bantahan yang bertali arus, tidak mustahil dia datang Malaysia dengan 'rupanya' yang sebenar...

Akhirnya Anwar Bersumpah ...

Thursday, August 28, 2008







Usah bicara tentang perjuangan,








Andai takut risiko pengorbanan...






Kita berada dalam pasukan sama dan tiada seorang pun daripada kita yang boleh berpendirian duduk di atas pagar,” ikrar dan rayuan penuh emosi Senator Hillary Clinton untuk membantu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Demokrat, Senator Barack Obama, orang yang pernah menggagalkan cita-citanya menjadi Presiden AS.

Selepas YB DSAI memenangi kerusi P44, pelbagai feedback dapat dilihat dari kenyataan pimpinan BN yang kebanyakannya tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan penolakan rakyat kepada kempen melampau dan tidak demokratik BN menggunakan segenap jentera kerajaan tanpa segan silu. YAB PM kata ini pilihanraya kecil, jangan pukulrata pada semua tempat. Dato Noh Omar menyatakan penduduk terlalu mengagungkan Anwar. YB Shabery Chik menyatakan tiada apa yang mengejutkan kerana majoriti baru Anwar tidak sebesar dijangkakan semasa kehadiran penyokong di penamaan calon. Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan “biasalah menang, itu kampung dia.” Datuk Seri Syed Hamid Albar pula menyatakan BN hadir sebagai underdog sahaja di situ. Hampir kesemua kenyataan seakan bertukar ‘nada’ 180 darjah dengan kenyataan-kenyataan sebelum 26 Ogos yang dilihat sangat confident untuk merampas P44 dan lantas mematikan karier politik DSAI.

Saya ternanti-nanti mana-mana pimpinan BN yang berminda futuristik dan forward looking, tampil menyatakan BN terima kekalahan dan bersedia untuk berjiwa besar dan menyatakan kepada DSAI dan PR mari bersama membina Malaysia yang lebih baik dan menumpu kepada permasalahan negara yang lebih besar tanpa perlu terikut-ikut dengan paluan gendang pertukaran kerajaan pada 16 September ini. Cukuplah dahulu pertarungan politik ala zero-sum game di Permatang Pauh dan berikan ‘rehat’ seketika untuk rakyat. Mujurlah ada kenyataan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh saya kira ‘berbeza’ sedikit dengan nada pemimpin BN yang lain apabila beliau menyatakan post mortem terbesar Permatang Pauh pada BN “walaupun ia kawasan pilihan raya kecil, ia mungkin menjadi satu trend di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan kepada satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama” (Utusan Malaysia, 28 Ogos). Juga kenyataan jiwa besar YB Arifshah yang fasih berbicara Mandarin dan Hokkien ketika menegaskan ''Saya akan terus bekerja untuk rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik," katanya. Sangkaan saya akan wujud petisyen membantah keputusan pilihanraya sebagai suatu ‘counter attack’, ‘control damage’ dan ‘pemulihan’ stamina BN yang telah demoralized sejak 5 petang pengundian ditutup, meleset akhirnya.

Pengalaman berada seketika di pentas BN semasa menanti saat penyerahan Manifesto Mahasiswa kepada YB Arif Shah jelas menunjukkan ceramah BN sedikitpun tidak menghargai kehadiran bangsa India dan Cina yang hadir kerana sentimen Melayu yang tak habis-habis dimainkan bagi berdepan dengan agenda 'Malaysia Baru' DSAI selepas kegagalan isu liwat dimainkan di Permatang Pauh.

Tiba masanya BN perlu berubah dan menyahut seruan Naib Presidennya sendiri kalaupun kenyataan 'tuding jari pada orang lain' masih kedengaran dari pimpinan lain. Perubahan kali ini bukan lagi soal mengubah pendekatan kempen ataupun perkara yang bersangkutpaut dengan kosmetik dan branding Umno-BN, tetapi ideologi dan falsafah perkauman Umno-BN itu sendiri perlu dinilai semula. Wacanakan sebelum BN menjadi 'dinosour' dalam muzium sejarah Malaysia baru tidak lama lagi. Moga ada perwakilan Umno yang berani menjadikan "penilaian semula ideologi perjuangan Umno " ini satu usul tergempar Perhimpunan Agong Umno hujung tahun ini. Jangan takut mewujudkan perbezaan pandangan dan ‘kepala’ pemikiran yang berbeza kerana dunia sendiri mengakui kewujudan sifat seperti ini.

Tiada apa yang nak dibanggakan dari sekeping ijazah jika ijazah ini akan menjadi "sijil kematian" idealisme dan aktivisme perjuangan Islamku di medan sebenar. Apa yang mampu aku banggakan di hari Konvokesyen ini bukannya kejayaanku menamatkan pengajian Ijazah selepas kecewa di Al-Azhar, tetapi kerana kehadiran seorang insan yang selama ini telah membuktikan mampu hidup menyara 8 orang anak walaupun tanpa suami di sisi dan tanpa kerja bergaji besar. Umi, engkaulah qudwah pertama merangsang aku thabat meneruskan perjuangan tanpa gaji ini...

Ucapan Abul 'Ala al-Maududi kepada mahasiswa :

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.
Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan. Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Tahniah buat sahabatku bakal MP, Mior juga Aaina (mantan Pengerusi
Helwani) atas Anugerah Rektor serta Rafidah (Pengerusi Helwani) atas
graduasi ini. Jumpa lagi di Konvo MA pula 2 tahun lagi.

Kembali ke Permatang Pauh...


"I didn't come here to run the world record, because I was the world record-holder. I came here to win.", kata jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt setelah menang pingat emas acara 100 meter Olimpik Beijing 2008 dengan catatan terpantas di atas trek, 9.69 saat.

Bayangkan jika beliau tidak mendepakan tangannya, tidak mendabik dadanya meraikan kemenangan meskipun belum menghabiskan perlumbaan atau tidak menoleh ke tepi melihatkan langsung tiada pencabar di sisinya, pastinya rekod baru dunia lebih baik dan lebih pantas. Fikirku, 9.50s adalah sesuatu yang amat senang buat Usain.

Usain Bolt adalah satu fenomena baru dalam percaturan manusia paling pantas di atas muka bumi. Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, langkah kaki beliau yang lebih besar dan lebih pantas daripada pelari-pelari pecut yang lain, dia pastinya terkehadapan di akhir permulaan walaupun lembab berlepas dari blok permulaan. Beliau memerlukan 41 langkah untuk menghabiskan 100 meter, anda pula berapa langkah?!

"Berdasarkan teori momentum dalam fizik iaitu P=Mv atau momentum (P) berkadar terus dengan Mass(M) dan velocity(v) , ini bermakna ahli gerakan ramai sekalipun tetapi tidak pantas dalam tindakan, memahami isu, membaca masalah dan macam-macam lagi yang memerlukan kepantasan maka kadar momentum sebuah gerakan itu tidak akan banyak berubah. Begitu jugalah situasinya jika ahli gerakan pantas bertindak tetapi kekurang tenaga pengerak untuk melakukan bebenan yang banyak menanti." - Naib Presiden 2 GAMIS

Tahniah Pak Lah atas pengimejan semula 'jiwa rakyat' yang menyentuh hati ini. Alangkah baiknya jika ditampilkan imej ini lebih awal sebaik sahaja diumumkan kenaikan harga minyak. Teruskan usaha 'down to earth' dan NILAI keprihatinan seperti ini demi kepentingan golongan marhain dan memulih semula keyakinan rakyat padamu. Jangan usaha murni dan 'luarbiasa' bagi seorang pemimpin nombor satu negara seperti ini dilakukan ketika 'perang besar' sedang meletus di Permatang Pauh.



Teruskan berjiwa rakyat !!!

IR Nizar

Guan Eng dalam kapal terbang biasa

Rumah pemimpin nombor satu Kelantan

Sebab inilah rakyat Iran tak marah bila Ahmadinejad
naikkan harga minyak di Iran.


Berdasarkan teks ucaptama KP sendiri, berikut adalah 6 rumusan penting saya cadangkan Pemuda Pas fokus kepada selepas Muktamar :

1. Sentiasa bergerak dalam ruh titik persamaan yang wujud antara entiti-entiti tahalluf

“PAS berdiri tegak dan teguh sehingga hari ini kerana perjuangan Islam yang dilihat dan diyakini konsisten, DAP terus relevan di persada politik kerana nilai dan prinsip socialistic inclination yang dipertahankan manakala PKR terus mara dengan slogan keadilan untuk semua. Saya mengajak pimpinan Pemuda PR melangkah ke hadapan dengan NILAI sejagat perjuangan ini serta membuktikan kepada Malaysia dan dunia bahawa kita mampu merealisasikan citi-cita perjuangan kita dengan penuh tanggungjawab.”

2. K-Politics : Politicians think for the next election, statesman thinks for the next generation.

“Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan.”

3. Mewacanakan pemikiran sang negarawan walau apa jua latar politik kepartiannya (usah takut belajar dari NILAI yang baik dari pemikiran Barat dan musuh politik sekalipun)

“Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Dedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita. Dewan Pemuda Pas akan menginstituisikan Siri Syarahan Perdana Fadzil Nor (Fadzil Noor’s Lecture Series) sebagai syarahan tahunan Dewan Pemuda Pas bagi mempelopori pemikiran intelektual dalam membantu mewujudkan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement di kalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini.

4. Pembangkang yang berkesan dan punya wibawa

“Ini bermakna kita mempunyai satu lagi peranan iaitu sebagai pembangkang yang berkesan di negara ini. Berkesan bukan bermaksud membangkang segalanya atau sentiasa ’membuat bising’ untuk menggugat kerajaan yang ada. Tetapi pembangkang yang berkesan ialah apabila kita boleh menjadi pembangkang berwibawa (credible opposition) dan pembangkang taat (loyal opposition), yang bersedia duduk semeja dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat dan kita sanggup memberikan konsensus untuk kepentingan negara.”

Sebagai pembangkang yang berkesan kita mestilah mampu mengemukakan alternatif berwibawa kepada kuasa majoriti (kerajaan), tidak sekadar mengkritik kerajaan, tetapi juga bekerja ke arah ketelusan, integriti dan kecekapan dalam mengendalikan hal ehwal rakyat, menangani penyalahgunaan kuasa dan memastikan kepentingan rakyat dipertahan, selain terlibat dalam mempromosikan hak asasi manusia, kebebasan asasi dan membantu menyempurnakan fungsi-fungsi demokrasi.

Saya mengenegahkan persoalan ini adalah kerana kita tidak mahu lagi dianggap sebagai ’partisan politics’ yang membawa implikasi negatif terhadap potensi kita, sebaliknya kita mahu diiktiraf oleh kerajaan sebagai ’His Majesty’s Opposition’, dan diperakui oleh rakyat sebagai alternatif yang berwibawa.”

5. Proaktif dalam ummatic issues dan mula berfikir untuk Asia



“Saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya mengerakkan jaringan gerakan Islam antarabangsa supaya ia lebih proaktif terhadap isu-isu umat Islam global, bukan sekadar terhenti di perbatasan geografi dan politik masing-masing. Saya juga berharap agar kita dapat menggerakkan semula AMSEC dan AFMY sebagai pertubuhan belia Islam peringkat serantau.”



6. Tarbiyah yang melahirkan “qiyadah mufakkir” yang kompeten dalam waqi’ multi-racial Malaysia, bukan “jaguh kampung”

“Anjakan ini saya serukan kepada saudara semua sebagai persediaan untuk melahirkan pimpinan yang kompeten dari sudut kebolehan pengurusan dan pentadbiran, selain memiliki syahsiyah yang cemerlang. Pada hari ini, ahli-ahli Pas diperakui kerana kecemerlangan akhlak dan kebolehan agamanya, tetapi kita tidak diyakini dalam aspek keupayaan menguruskan negara.

Program pembangunan keupayaan kepemimpinan ini adalah amat mustahak bagi Pas kerana generasi pelapis mestilah memiliki kebolehan yang lebih tinggi daripada pemimpin yang ada hari ini. Ia bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar.

Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepemimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabitun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabitun untuk menjadi pemikir masih di tahap yang rendah.

Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita. Saya mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin Pemuda yang ada supaya memulakan budaya penyelidikan melalui institusi-institusi persendirian. Lebih penting jika boleh mewujudkan pasukan pemikir dan institusi pemikir persendirian yang boleh membantu meningkatkan keupayaan kognitif kita dalam perjuangan. Kita melihat pemimpin-pemimpin besar dunia memiliki beberapa pusat kajian untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang baik, dan tiada sebab untuk kita tidak memulakan langkah yang sama demi kecemerlangan gerakan kita.”

Akhirnya, saya berpandangan gerakan Islam seperti Pas tidak boleh terus ‘syok sendiri’ dalam menanggapi keputusan PRU 8 Mac lepas. Bagi saya, ia gelombang rakyat terbanyak protes BN atau gelombang untuk mewujudkan pembangkang yang kuat sahaja. Belum tentu gelombang ini bermakna rakyat terbanyak - khususnya di pantai Barat dan Lembah Klang - sudah yakin dan mahukan Pas dan PR untuk menjadi kerajaan alternatif kepada BN untuk memerintah Malaysia. Kuatkan agenda dakwah menerangkan keindahan Islam sebagai cara hidup berbanding agama hedonism dan sekularisme. Sentiasa ingat siapa musuh sebenar kita. Ramaikan kawan dalam musuh, tanggapilah kawan - dalam pakatan - sebagai mad’u yang sentiasa perlu didekati khususnya secara hubungan peribadi. Tegurlah mereka dalam meja rundingan, maafkan mereka jika terlanjur buat kali pertama. Musuh akan terus merencana untuk memecah belahkan tahalluf yang telah dijalinkan kerana mereka sangat-sangat terkejut lagi terkasima rupanya dalam Islam ada ‘ajaran’ membenarkan Pas dan Dap yang sangat berbeza ideologi duduk dalam satu pakatan. Sentiasa mengenalpasti titik persamaan dan bekerjasamalah atas spirit itu kerana titik perbezaan sentiasa wujud jika mahu dicari dan diungkit. Saya memohon maaf jika saya ada melukakan hati mana-mana pihak. Niat saya supaya ada kebaikan boleh saya berikan pada gerakan Islam di Malaysia. Semoga Allah mengampuni kita semua.

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"