Content feed Comments Feed



"A picture can tell thousand words…"

Sebagai melunaskan 'hutang' saya dengan adik-adik peserta kampus Borneo yang tidak dapat saya paparkan gambar-gambar 'kuasa' mahasiswa Indonesia akibat permasalahan teknikal semasa presentation, maka di sini saya paparkan gambar-gambar tragedi pembantaian mahasiswa Universiti Trisakti di Jakarta pada 12 Mei 1998 ketika berdemontrasi di hadapan 15 trak FRU menuntut Presiden Suharto meletakkan jawatan.


Semoga memadai dengan gambar-gambar ini untuk kalian mendapat semangat luarbiasa menggerakkan movement siasah, dakwah dan tarbiyah di kampus kalian. Mungkin juga dengan gambar-gambar ini boleh menyebabkan anda dan saya boleh berfikir sejenak sejauhmana tahap kualiti gerakan mahasiswa kita di Malaysia pada hari ini berbanding dengan rakan-rakan kita Indonesia. 4 orang mahasiswa telah memberikan nyawa mereka untuk mengundurkan regim 32 tahun Suharto.

Dalam video di Youtube berikut pula, kalian saksikanlah bagaimana tentera melepaskan das-das tembakan peluru hidup menuju ke kumpulan demontrans mahasiswa, kelihatan seorang mahasiswa yang ditembak terdampar di atas jalan tanpa seorang pun datang membantunya, seorang ibu menangisi pemergian anaknya yang mati ditembak, jenazah diiringi dengan laungan Allahu Akbar, dan yang paling menyentuh hati sorakan mahasiswa dan perarakan ke Parlimen Indonesia apabila Suharto mengumumkan beliau meletakkan jawatan. Tidak cukup dengan itu, ada ucapan seorang mahasiswi menyatakan mahasiswa akan meneruskan desakan dengan slogan "sumpah mahasiswa" supaya BJ Habibie pula (yang menggantikan Suharto) meletakkan jawatan kerana mahasiswa mempunyai rekod corruption yang dilakukannya.





Video berikutnya pula saksikanlah bagaimana mahasiswa yang menggempur FRU dan menghalau mereka sehingga kelihatan seorang anggota FRU terjatuh kerana rempuhan jumlah mahasiswa yang terlalu ramai...






6 bulan selepas kematian 4 mahasiswa itu, tragedi berdarah telah menghadiahkan satu iklim demokrasi yang sihat dapat dikecapi oleh Indonesia pada hari ini sehingga gerakan Islam seperti PKS memperoleh manfaat besar dari kesihatan sistem demokrasi di sana.

Tragedi itu telah memakan korban empat mahasiswa iaitu Elang Mulia Lesmana, Heri Hertanto, Hafidin Royan, dan Hendriawan Sie. Mereka terbunuh ketika melarikan diri di dalam kampus, terkena peluru tajam di tempat-tempat kepala, leher, dan dada. Demontrasi menuju Parlimen Indonesia tersebut berlaku kerana mahasiswa mendesak Suharto meletakkan jawatan akibat krisis kritikal ekonomi Indonesia pada awal 1998 akibat krisis global di Asia.

1 Response to Mengenang 4 Mahasiswa Yang Menggoncang Indonesia...

  1. Salam alaik.
    15 MEI 08: Mahasiswa kuasai Dewan Parlimen.
    21 MEI 08: Soeharto digulingkan.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"