Content feed Comments Feed

Kami Terkasima Denganmu Borneo

Thursday, June 12, 2008

Bukan keindahan landskap kampus itu yang aku terkasima. Tapi semangat anak-anak muda yang dahagakan khibrah ‘semenanjung’ dikongsikan di sebuah markas tarbiyah yang bersebelahan dengan binaan-binaan gereja dan sekolah-sekolah Cina. Bi'ah itu seakan memberikan jawapan yang tegas kepada MT Gamis yang membuat lawatan ke Sabah bahawa inilah realiti dakwah dan perjuangan aktivis pelajar Islam di Sabah, inilah topik nombor wahid yang membezakan orientasi gerakan mereka berbanding semenanjung.


Partisipasi rakan-rakan aktivis di Borneo dalam LDK sangat ‘luar jangkaan’. Dengan laras bahasa Sabah yang sangat ‘fushah’, semacam semuanya dilahirkan sebagai pemidato dan pendebat, nampak seakan sebuah LDK bertukar menjadi satu sidang parlimen, masing-masing berebut memberikan pandangan dan kritikan. Aku sendiri diasak beberapa kali oleh seorang adik peserta untuk menunaikan hasratnya menjawap beberapa persoalan sekitar pengurusan keutamaan-keutamaan dalam pendekatan gerakan. Kusangkakan dia pimpinan, namun sangkaanku meleset, bahkan dia baru setahun jagung mengenal gerakan.

Tahniah rakan-rakan aktivis Borneo kerana kalian membuat ‘kejutan’ kepada kami. Andaikata rakan-rakan aktivis di Semenanjung sana melihat secara langsung aksi-aksi kalian mencabar dan mengasak minda fasilitator bertubi-tubi sehingga kami tidak senang duduk dan masa LDK sejam menjadi 2 jam lebih, pasti mereka seakan-akan menerima ‘tamparan’ dari sifat energetik dan inkuiri kalian yang tinggi.

Semoga dapat bertemu semula kalian di medan perjuangan sebenar. Semoga semarak perjuangan kalian semakin berkobar menghampiri tarikh ‘keramat’ tsunami politik Sabah 16 September nanti.

2 Responses to Kami Terkasima Denganmu Borneo

  1. Salam alaik. Beautiful article! Don't forget tarikh keramat 15 Mei 1998, mahasiswa memacu massa menguasai Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen) lantas menggulingkan rejim Soeharto yang zalim!

    Beberapa faktor sampingan keberjayaan gerakan 98:-

    1. Militar yang berpecah belah
    2. Krisis ekonomi yang meruncing
    3. Kebersamaan seluruh masyarakat Indonesia mengiktiraf Soeharto sebagai musuh utama yang satu di Indon.
    4. Kabinet Soeharto yang goyah :beberapa meteri kabinet letak jawatan.

    Salam Perjuangan

     
  2. Rijal82 Says:
  3. fakta tambahan yang penting. terima kasih farid kerana menambah notakaki. apa yang anta sebutkan juga ada dipaparkan dalam video youtube yang ana letakkan di blog.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"