Content feed Comments Feed


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan memobilasi sekurang-kurangnya 5,000 orang mahasiswa dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa untuk menghadiri Himpunan Aman 6 Julai memprotes kenaikan harga minyak. Kempen kesedaran dan edaran risalah khas GAMIS melalui Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di setiap IPT akan digerakkan secara agresif bagi menyedarkan golongan pelajar universiti terhadap tanggungjawab sosial mereka untuk membela nasib golongan marhain dan rakyat tertindas yang terbeban akibat kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen (RM 2.70 seliter) dan RM1 bagi diesel (RM2.58) seliter ini. Untuk mencapai sasaran angka tersebut, GAMIS turut menggesa front-front primer mahasiswa yang lain seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) dan front-front mahasiswa lain untuk hadir sama membentuk gelombang mahasiswa dalam perhimpunan rakyat tersebut.

GAMIS menyeru semua mahasiswa seluruh Malaysia di semua 20 buah IPTA, 543 buah IPTS, 22 buah politeknik dan 36 buah kolej komuniti untuk mengosongkan waktu petang 6 Julai itu dari sebarang komitmen lantas tampil memberanikan diri ke Jalan Timur, Petaling Jaya untuk memberikan isyarat kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia bahawa bukan sekadar lapisan masyarakat luar bandar yang berada dari ceruk-ceruk kampung sahaja merasai secara kritikal beban kenaikan minyak kini, bahkan golongan intelektual yang berada di menara gading turut sama memberontak di atas ‘gangguan’ gaya hidup yang mereka lalui secara stabil selama ini.

Pendirian GAMIS sangat jelas dalam isu kenaikan harga minyak ini. Pemberian subsidi kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan walau tinggi bagaimana sekalipun kenaikan harga minyak di pasaran dunia saat ini. Kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dengan memulangkan beban kepada rakyat. Apatah lagi masa pengumuman dilakukan sangat di luar jangkaan rakyat dan kadar kenaikan pula sangat keterlaluan.

GAMIS menegaskan bahawa himpunan 6 Julai ini bukanlah himpunan biasa yang boleh mahasiswa samakan dengan himpunan-himpunan besar sebelum ini. Kenaikan harga minyak adalah isu yang sudah menyentuh periuk nasi ibubapa mereka di kampung-kampung, isu yang sudah menyentuh ‘poket’ mahasiswa sendiri untuk ‘survive’ dalam kehidupan kampus. Justeru, kehadiran entiti mahasiswa dengan ‘pendekatan’ yang tersendiri semasa perhimpunan 12 Julai nanti sangat penting di saat-saat mahasiswa sendiri tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi terutamanya kampus-kampus yang berada di bandar besar. Golongan mahasiswa yang berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana dan hidup bertalianhayatkan pinjaman PTPTN pastinya malu untuk mengatakan mereka masih boleh ‘meredhai’ keadaan ini. Mahasiswa pasti tahu bahawa institusi kekeluargaan juga pasti akan renggang kerana mahasiswa tidak mampu untuk pulang lebih kerap bertemu keluarga di kampung kerana kos pengangkutan yang naik mendadak. Manakala jenayah samun, rompak, ragut kalangan anak-anak muda pastinya akan terus meningkat kerana golongan ini semakin terdesak untuk hidup!

GAMIS menggesa seluruh mahasiswa Malaysia belajar dari sifat dan sikap mahasiswa di Indonesia yang sejak dahulu sehingga hari ini, mereka sangat responsif dengan setiap apa yang berlaku dalam negara mereka, bukan sekadar dalam kampus mereka sahaja. Rejim Soeharto ditumbangkan dengan ‘kuasa’ pengorbanan hanya 4 orang mahasiswa dari Universiti Trisakti. Jelas, ‘Kuasa Mahasiswa Kuasa Perubahan”


0 Responses to GAMIS Sasar 5,000 Mahasiswa Banjiri Kuala Lumpur 6 Julai 2008

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"