Content feed Comments Feed

Tertarik dengan kritikan sahabat saya bertajuk "Apo Keno Den Ngan GAMIS???" di kampusnegara, saya menerima kritikan tersebut secara positif walaupun 'comparative syndrome' agak banyak digunakan oleh akhi dengan sejarah Gamis yang lepas-lepas dijadikan benchmark Gamis hari ini "sepatutnya begini dan begini...".

Kalaulah 'comparative method' yang mahu digunakan, ada baiknya kita sama-sama hasilkan terlebih dahulu satu kajian akademik yang mendalam atau sebuah buku (atau mungkin pendekatan novel untuk tarik crowd lebih ramai dari kalangan 'peminat-peminat' Gamis atau bakal "kelab penyokong" NGO Gamis di kampus nanti) berkenaan Gerakan Mahasiswa tahun 2000 ke atas dengan analisis yang teliti dan artikulasi gerakan Gamis dan kampus-kampus utama pencorak backdrope gerakan mahasiswa Islam di "alaf baru yang suram" itu (meminjam perkataan Ust Reduan Mohd Nor, Bab 9, Potret Perjuangan Mahasiswa Cerminan Dekad). Ini kerana saya kira 5-7 tahun lepas, gerakan mahasiswa Islam mempunyai kerencahan tersendiri dan pasang surut perjuangan yang perlu diartikulasi titik kekuatan dan kelemahan gerakan pelajar pada masa itu supaya kita lebih adil dalam menilai sejarah. Saya cukup sedih bila taip sahaja "gerakan mahasiswa" di Google Search, yang keluar hampir kesemuanya Gerakan Mahasiswa Indonesia...Di mana penulisan-penulisan mengenai Gerakan Mahasiswa Malaysia...

Apapun, "laisal fata man yaqulu kana abi, innal fata man yaqulu ha anaza" (pemuda bukanlah orang yang berbangga dengan sejarah silam ayah-ayah mereka atau terikut-ikut pattern senior-senior mereka, tetapi pemuda adalah orang yang berkata inilah kami dan ijtihad pendekatan kami, generasi akan datang tak perlu ikut cara kami).

Gamis mungkin nampak 'slow' 2-3 bulan kebelakangan ini (selepas PRU 12) jika penanda aras "political participator" (external side) dijadikan penanda aras, walaupun jentera penerangan Gamis saya kira sudah bertungkus lumus membawa pendirian Gamis dalam banyak isu melalui pelbagai media , sehingga Pengerusi Helwani mengambil pendekatan menulis dalam bahasa Inggeris (pendirian Gamis dalam isu saranan PKPIM review uniform sekolah) supaya menembusi 'crowd' media yang lebih luas coveragenya manakala cadangan Presiden Gamis (syor subsidi RM50 elak mahasiswa ikat perut) telah berjaya menembusi Berita Harian pada 21 Jun lepas.

Namun saya akui, menulis walaupun dengan kajian dan cadangan yang konkrit itu bukanlah 'movement' sebenar yang menjadi attitude gerakan mahasiswa yang responsif dan progresif. Gerakan (harakiyy) adalah apabila kita mampu membuat pelbagai 'political stunt' atau apa jua pendekatan praktikal yang tersendiri (bukan 'rubber stamp' aksi-aksi parti politik di luar) supaya mesej yang mahu Gamis sampaikan 'menyengat' telinga-telinga si pembuat dasar atau sasaran 'serangan' Gamis.

Namun hakikatnya, sepanjang 100 hari Gamis pasca PRU 12, Gamis telah berijtihad untuk 'kencang'kan sektor-sektor 'internal' atau 'human resources' Gamis yang dilihat masih dihambat dengan "aku tidak pedulism" versi gerakan mahasiswa atau pemikiran 'campus-centrix' (agenda mahasiswa kampus "aku" lebih utama dari agenda mahasiswa peringkat nasional). Kami telah 'down to earth' membawa 'tsunami' cara berfikir (shift-paradigm) aktivis-aktivis kampus SELURUH Malaysia. Lihat sahaja diari Presiden Gamis di blognya, hampir setiap minggu ada sahaja pertembungan jemputan dari kampus-kampus seluruh Malaysia yang mahu beliau turun bawa 'jiwa besar' Gamis (Gamisme) masuk menusuk kalbu aktivis-aktivis baru berjinak dengan gerakan mahasiswa Islam di kampus. Kami turun membawa satu bentuk modul-modul latihan 'pemikiran generasi baru' sebagai suatu pilihan dan tawaran Gamis kepada kampus untuk bergerak lebih pantas, laju dan progresif (tidak tenggelam dengan masalah dalaman atau cara pemikiran lama kampus) sejajar dengan tsunami 8 Mac yang menimpa landskap politik Malaysia.

Sesungguhnya "siasah without tarbiyah like a tree without ROOTS. Tarbiyah without siasah like a tree without fruits." Apa salahnya melakukan agenda 'sharpen the saw' seketika kepada ROOTS supaya kelak FRUITS yang akan lahir adalah bersifat satu gerombolan bala tentera yang ramai (lihat maksud mujaddid oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Petanda-petanda Kemenangan Islam), bukan lagi beberapa kerat individu (muka-muka yang sama). Tidak akan lahir sebuah tamadun peradaban baru Malaysia yang lebih baik, adil dan berkebajikan andaikata tidak dikemukakan "korban-korban" perjuangan yang akan memberikan kehancuran musuh pada skala kehancuran yang besar atau pukulan KO. Berbaloikah pengorbanan yang mulia dilakukan oleh 2-3 individu tetapi malangnya 'kemalangan' di peringkat musuh hanya mengena bahagian picisan atau mungkin musuh tidak terasa apa-apa kedukaan pun, bahkan hilai ketawa dengan aksi-aksi yang kita persembahkan.

Sesungguhnya tsunami itu tidak hanya berlaku dengan hentaman asteroid atau komet ke permukaan laut atau letupan gunung berapa secara mengejut, tetapi kekadang hanya dengan tanah runtuh yang bergerak secara sedikit demi sedikit di bawah kegelapan hitam laut (tidak dapat dikesan lebih awal) lebih ganas tsunaminya berbanding hentaman dari luar yang membawa kemusnahan total pada musuh gerakan mahasiswa. Bak kata saifulislam.com, sebaik-baik perubahan adalah bersifat inside-out, bukannya outside-in yang tidak akan bertahan lama semangat perubahan itu. Bak kata Hassan al-Banna, AL-Fahmu itu muqaddimah kepada segala gerak kerja amar makruf dan nahi mungkar gerakan anak muda.

0 Responses to Tsunami Itu Kekadang Datang Dari 'Gerakan Bawah' Laut...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"