Content feed Comments Feed

"Give a man a fish, and you feed him for a day. Teach him to fish, and you feed him for a lifetime" - Donald Trump & Robert Kiyosaki (We Want You To Be Rich : Two Men, One Message)

Pada malam itu, naqib usrah UKJ kawasanku memaklumkan malam ini kemungkinan usrah akan membincangkan tajuk rukun baiah. Apa lagi, aku manusia biasa mula didatangi perasaan bosan kerana semacam mengadap lagilah aku kitab Nazaraat Risalah Ta'lim syarah Muhamad al-Khatib tersebut...

Sampai di Rebutia, bukan naqibku yang nampak semangat nak buka kitab, bahkan usrah kali in seakan janggal kerana mengadap papan putih seakan menantikan satu pembentangan ilmiah yang pasti akan menambah kekusutan mindaku yang agak kepenatan malam itu. Namun, kelihatan wajah seorang pemuda gagah perkasa jernih air wajah seakan-akan orang Arab, seakan pernah kutemui sewaktu di program motivasi 'pecutan akhir' di KISAS dulu...

Pok Nik, seakan pernah popular nama itu di bibir muslimat-muslimat KISAS 7-8 tahun dahulu. Popular kerana banyak motivasional talk beliau berakhir dengan slot-slot menitiskan air mata kaum Hawa itu. Tak kusangka, Pok Nik yang menjadi 'trainer' usrah kami malam itu. Rupanya naqib mahu bikin gempaq. Ku ingatkan usrah, rupanya nak bincang SmartCamp next week. Tapi aku kuatkan hatiku untuk menyatakan "why not we call this is the 'real' usrah". Inilah usrah pemuda masakini, bukan lagi masa nak berteori menunjuk hebat penguasaan usul isyrin dan sebagainya, tapi masa membumikan fikrah pada mad'u yang kita akui merekalah sasaran yang paling sukar didekati Jamaah saat ini, bahkan inilah saluran 4 dan 5 di Selangor yang dikatakan majoritinya tidak mendaftar pun sebagai pengundi, jauh sekali nak mengundi PR dalam PRU 12 baru2 ini, nauzubillah kot2 ada yang menjadi 'hantu' baru-baru ini.

Ku sangkakan Pok Nik nak membelek-belek mana-mana kitab kerana bagiku graduan pattern acuan Azhar-UIAM macam beliau ni (macam aku jugak kot) pasti takkan lari dari kitab-kitab 'wajib' dari manhaj Ikhwani, apatah lagi maudhu yang dibisikkan naqibku adalah 10 rukun baiah sebagai maudhu malam ini.

Namun, Pok Nik adalah Pok Nik. Beliau tidak pernah berubah sejak menjadi well-rounded trainer & owner pada Kem Rebutia ini. Segala macam rencah ragam program motivasi sudah dihadapinya, dari pendekatan beliau sebagai "singa" program sehinggalah beliau menjadi "doktor" paling ramah dengan peserta berbanding Fasi. Ratusan modul dengan falsafahnya yang mudah difahami memang melekat dengan sistematik dalam otaknya. Maka tak ku sangka Pok Nik membentangkan 10 modul 'game' untuk dicadangkan dilakukan kami (selaku Fasi) pada Smart Cam akan datang, yang mana 10 modul itu adalah mesej kepada 10 rukun baiah yang sesuai diformulakan dalam mana-mana jua leaderhip training atau academic camp ataupun organizational corporat workshop. Hampir-hampir kalau diizinkan masa beliau sudi nak kongsikan lagi 30 'game' yang ada dalam kepala dan catatan beliau secara 'percuma' pada kami pada malam itu selaku Fasi dan kemudiannya pilih mana yang munasabah dengan tabiat dan level peserta.

Sedar tak sedar, tema dan mesej setiap modul yang ada melibatkan tutup mata, lakonan bisu, bahasa isyarat, pecahkan telur, perang, dan sebagainya menyelitkan mesej-mesej seperti Ikhlas, Faham, Jihad, Ukhuwwah, dan apa yang selama ini kita fahami sebagai "10 Rukun Baiah." Pok Nik rupanya telah membentuk 10 rukun ini dalam versi yang cukup 'riang', sesuai dengan remaja masakini tanpa perlu beliau sebutkan "inilah manhaj Hassan al-Banna".

Kekadang aku termanggu, "apa ada pada 'game'? ". Aku mula terfikir mungkin ada benarnya kritikan Pok Nik pada kerangka program SmartCamp kami yang agak banyak slot-slot kuliah, manakala slot-slot aktiviti dan modul masih bersifat 'tempelan' dan 'hiasan' program. Pok Nik telah menyatakan pandangannya di awal usrah bahawa "game" adalah aksi yang dinamik yang membabitkan proses pembinaan sikap-mentaliti-karakter peserta menuju sesuatu objektif dengan kadar yang lebih cepat. Mereka sudah banyak kali diberikan 'kuliah', dari bebelan ibu dan ayah sehinggalah celoteh guru-guru di sekolah. Mereka sudah 'bosan' dengan bebelan, bahkan mereka sudah 'mental-block' kerana tahu apa mesej akhir dari kuliah yang nak disampaikan kalaulah mereka diprogramkan seperti SmartCamp ini. Mereka adalah remaja yang tercari-cari platform selain shopping complex dan cyber cafe yang boleh mempertautkan 'ukhuwwah' antara mereka dan sahabat-sahabat mereka dalam nilai-nilai yang lebih murni dan positif. Mereka sudah banyak kali dimarahi, dari rumah sehinggalah di sekolah, tak habis-habis. Mereka hakikatnya tercari2 dalam program seperti ini siapakah yang sudi memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka selepas mereka menemui kasih sayang ini tidak di rumah mereka, tidak di sekolah mereka, tetapi dari penunggang-penunggang rempit di jalan raya, dari kawan-kawan berlawanan jantina di tempat-tempat sulit yang tidak siapapun tahu, dari penagih dadah yang bertempiran penuh penyamaran di celahan kegelapan jalan...

Pok Nik memberikan satu tafsiran sirah yang sangat menakjubkan. "Lihat bagaimana pendekatan Jibril dalam menyampaikan erti Islam, Iman, Ihsan kepada Nabi dan sahabat yang tidak mengetahui. Jibril memberikan makna "bersalam dengan mad'u" bukannya sekadar berjabat tangan, tapi lutut bertemu lutut, wajah bertemu wajah, mata bertentang mata. Itulah psikologi daie yang magnetik dan memukau. Lihat bagaimana pendekatan Jibril ketika mengajarkan wahyu Iqra kepada Nabi yang tak tahu membaca. Jibril bukannya mengarahkan Nabi membaca secara semberono, tapi dipeluk dan diulang-ulang sehingga Nabi rasa kuasa 'touching' itu dan ada kekuatan untuk melafazkan Iqra di akhirnya". Itulah kata-kata Pok Nik menyinggung sirah yang aku sendiri tak pernah terfikir dari kaca mata dakwah.

Apa yang paling penting pada sesuatu program adalah "selepas" program. Inilah fasa paling penting tapi paling mudah dilupakan oleh orang yang suka buat program ala kadar, sekadar nak bagitau pihak 'atasan' melalui laporan-laporan dalam AGM tahunan bahawa kami dah buat program dakwah itu dan ini, namun hanya Allah jua yang tahu sejauhmana keberhasilan dan 'makna' program kepada peserta mad'u. 3 hari program boleh menjadikan seorang manusia itu sebaik-baik dirinya berbanding hidupnya sebelum program, 3 hari program jugalah boleh menjahamkan manusia kepada seburuk-buruk akhlak yang tak pernah dilakukannya sebelum ini. Justeru, berikanlah makna pada program-program dakwah kita sebelum Jamaah kita akan terus kehilangan anak-anak muda pelapis dan pengganti generasi tua pada hari ini.

1 Response to Pok Nik dan 10 Rukun Baiah Versi Baru

  1. Unknown Says:
  2. Assalam....
    ape ye modulnye???
    ana perlukan sangat2....
    Harap dapat membantu sesame kita agar tertegaknye kembali Islam di muka bumi Allah ini...
    Insya-Allah...

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"