Content feed Comments Feed


Demi memastikan GAMIS tidak hanya terus berpencak silat di dalam kampus ataupun di dada akhbar sahaja, GAMIS maju setapak lagi apabila permohonan dengan nama "Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia" (GAMIS) itu sendiri untuk berdaftar sebagai salah sebuah Non-Governmental Organization melalui satu perakuan Surat Ikatan Amanah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Tuan Mohd Radzi Yasin di firmanya berdekatan PWTC awal pagi tadi. Wakil GAMIS telah diwakili oleh Timb. Presiden, Setiausaha Agong, Timb. Setiausaha dan 2 lagi wakil aktivis selaku Pemegang-pemegang Amanah Pertama dalam Lembaga Pemegang Amanah GAMIS.

Semoga dengan “rebranding” ini, GAMIS tidak lagi hanya popular di bibir aktivis-aktivis Persatuan Mahasiswa Islam IPT sahaja, bahkan boleh dikenali dan dinantikan kehadiran oleh masyarakat luar kampus melalui program-program ‘dari kampus ke lapangan umat’ yang akan diperkasakan GAMIS pada masa-masa mendatang.

Sebagaimana telah dimaktubkan dalam bahagian objektif penubuhan GAMIS dalam dokumen perjanjian tersebut, GAMIS kini diberikan ruang bergerak secara sah sebagaimana NGO’s lain di Malaysia untuk :

1. Menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf, pendidikan, ekonomi, kesihatan, pembasmian kemiskinan, mengatasi penderitaan dan kemelaratan.

2. Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun dengan nilai-nilai murni.

3. Mengadakan kegiatan dakwah dan pembangunan komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan penyebaran Islam kepada masyarakat.


4. Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.


5. Sebagai wadah yang dapat menggembleng mahasiswa-mahasiswa Islam seluruh Malaysia untuk berkhidmat kepada masyarakat.


Dengan ’wajah baru’ GAMIS kini, diharapkan kepimpinan baru akan datang tidak lagi berhadapan atau beralasan dengan masalah 'protokol’ untuk membuat pertemuan dengan pemimpin-pemimpin besar negara ataupun untuk memohon peruntukan untuk melancarkan projek-projek mega mahasiswa turun ke masyarakat kelak.

2 Responses to 23 Jun 2008 : GAMIS Maju Setapak Lagi

  1. Anonymous Says:
  2. Tahniah!

     
  3. The most significant step! I wholeheartedly support this move.
    GAMIS seharusnya menetapkan satu pendekatan baru yang segar dan matang sesuai dengan ruang dan keperluan semasa yang wujud.
    Gerakan mahasiswa tidak seharusnya berfikiran retrospektif.tetapi far-sighted.
    Usah lagi kita bersengkang mata memikirkan bagaimana caranya "MENGEMBALIKAN" kegemilangan, namun yang sebaiknya adalah berfikir bagaimana caranya "MENCIPTA" kegemilangan dalam kerangka yang baru.
    Good luck GAMIS.Daya yakin GAMIS kini diterajui oleh pimpinan2 yang punyai gaya pemikiran "mujaddid".
    Salam perjuangan.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"