Content feed Comments Feed

Alhamdulillah, pada malam ‘keramat’ itu (27 Mei) aku dan rakan-rakan reserch team dipertemukan dengan hampir kesemua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas. Namun apa yang paling mengejutkanku pada malam tersebut apabila diminta masuk dalam LDK Senator Mumtaz yang kelihatan berseorangan pada malam tersebut menantikan kalau-kalau ada tenaga akademik yang hadir dan menawarkan diri membantu beliau membuat cross-check kepada kesemua 28 kementerian Malaysia, bukannya satu-satu pengkhususan pemantauan sebagaimana MP Pas di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini jugalah aku mula teringat-teringat betapa berharganya mutiara ilmu Cikgu Siti Arpah yang pernah mengajarku fungsi dan beza Dewan Rakyat dan Dewan Negara, salah satu sub-topik dalam subjek Pengajian Am 1 (Kenegaraan) semasa mengambil STPM di KISAS dahulu. Sebab itu aku tidak terkejut jika ada 6 orang Ahli Parlimen dan 13 ADUN pada hari dari KISAS@KIK kerana kurikulum pengajian di bumi waqafan itu sudah membentuk ‘minda negawaran’ sehingga menjadi ‘course outline’ Pengajian Am 1 iaitu lawatan ke sidang Parlimen di Dewan Rakyat atau Dewan negara. Mungkin boleh aku cadangkan pada GAMIS utk bawa cadangan kepada kerajaan untuk menjadi subjek ini bukan lagi sebagai ‘elective courses’ kepada pelajar lepasan SPM, tetapi juga sebagai ‘core-courses’ kesemua mahasiswa IPTA sebagai salah satu cara menangani penyakit “aku tidak pedulism” dan apa yang dikatakan “universiti tempat penyembelihan” oleh Abul A’la Maududi apatah lagi dengan ura-ura KPT tidak serius untuk meminda dan memansuhkan AUKU sebagaimana diwar-warkan sebelum ini.

Malam itu menyaksikan soal ‘kepakaran’ (ijazah dalam bidang apa) sangat menjadi critical consideration MP. Maka terpaksalah aku mencari MP yang tidak ambil kisah sangat jurusanku dalam ‘bahasa arab’ yang aku dapat rasakan kurang ‘marketable’ kalau nak bantu MP-MP ini. Maka kutemui Senator Mumtaz…

“kita ada 28 kementerian. Sekurang-kurangnya 82 soalan perlu dihasilkan dengan 4 senator dari Pas yang ada sekarang ini. 1 kementerian kamu kena fikirkan 3 soalan.” Itulah ‘muqaddimah’ Senator Mumtaz pada pertemuanku dengannya malam itu. 2 jam pertemuan dengan beliau dalam LDK tersebut hanya sempat 3 kementerian sahaja aku brainstorm dengan senator Mumtaz. Turut sama ada Senator Yusuf Husin yang pernah merengkok dalam ISA yang baru dilantik kerajaan Kedah. Mujurlah Yamin dari UPM yang datang ‘tak sengaja’ malam itu banyak membantuku ketika ‘diasak’ oleh senator utk cadangkan 3 soalan bertulis utk diajukan di sidang Dewan Negara 23 Jun nanti. Tatkala rakan-rakanku dalam LDK lain mungkin hanya memikirkan dari satu dua ruang lingkup kementerian sahaja, aku terpaksa menyambung mesyuarat dengan senator Mumtaz ke masa lain kerana ada baki lagi 25 kementerian perlu dibraintorm “gila-gila” dengan soalan-soalan lisan, bertulis, tambahan berdasarkan fakta-fakta atau isu-isu yang tidak keluar dalam mainstream newspapers.

Bermula dengan kementerian pelajaran yang sarat dengan isu-isu seks rambang di sekolah menengah, sehinggalah kepada kementerian belia dan sukan yang sarat dengan isu pendidikan seks PLKN dan mentaliti zero-sum dalam objektif kesukanan, then kementerian pengangkutan yang menyentuh isu rapidKL, kesemuanya beliau yang lebih banyak bercakap dan kami mendengar. Hebat sungguh minda negawaran Senator Mumtaz, hampir semua kementerian beliau ada point, semacam almarhum Dr. Zulkifli Mohamad yang capable untuk membahaskan apa jua isu di Parlimen. Kekadang kami terbawak-bawak dengan budaya ‘menggoreng’ fakta, maka senator menegur kami supaya soalan itu mestilah “soalan”, bukan perbahasan atau paparan fakta yang meleret kerana tidak boleh lebih dari 45 patah perkataan.

Berada selama 2 jam dengan senator Mumtaz menyebabkan aku baru terfikir kenapa PKPIM pernah cadang adakan wakil mahasiswa dalam Dewan Negara tatkala pada masa itu PMN mahukan ada wakil mahasiswa dalam Dewan Rakyat (yang mungkin akan duduk sebelah dengan YB Ibrahim Ali kerana ‘bebas’ idealisme perjuangan). Terima kasih Senator Mumtaz kerana menjadi ‘inspiring leader’ keduaku selepas IR Nizar.

What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage

0 Responses to Hari Ini Mindaku Diasak Senator Mumtaz

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"