Content feed Comments Feed


Don't judge the book by its cover. Iqra'. Baca terlebih dahulu dan buatlah kesimpulan sendiri.

"Learning without thinking is useless. Thinking without learning is dangerous" - Confucius



BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi (Penyusunan Semula) Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajjal Dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 Hari Dajjal: Asap Itu Membuat Dahi Dajal Tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi : Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis




BAB 1:

2012 : Enigma 2012 Dari Mana Ia Bermula

2012 : Kalender Long Count Dan Papan Batu Aztec

2012 : Simbol Hieroglyphs Dan Maknanya

2012 : Kitaran Agung dan Jajaran Galaktik

2012 : Konsep MASA Dan Penerokaan Angkasa Oleh Kaum Maya

2012 : Apa Yang Dicari Oleh Dukun Agung Kaum Maya


BAB 2:

2012 : Konspirasi Galaktik

Konspirasi Galaktik Disusun Dalam Ramalan di Sepanjang Zaman

Nibiru: Kehadiran Planet X

Kemunculan Bintang Biru – Ramalan Kaum Hopi

2012 Dalam Inskripsi Purba China: I-Ching

2012 Dalam Kitab Perjanjian Lama – Bible Code

Fulcanelli Alchemist Yang Menjangka Insiden 2012

Nostradamus Meramalkan Perang Dunia Ke-III Pada 2012



BAB 3:

Di Ambang Armageddon

Protokol Para Pemimipin Zion Pelan Menguasai Dunia & Skrip Armageddon

Perang Dunia ke-III : Menuju Nuclear Holocaust


BAB 4:

Kronologi Peristiwa Akhir Zaman Dan Peperangan Yahudi-Islam (Malhamah al Kubra)

Dalil al Quran dan Hadis Nabi


BAB 5:

Imam Mahdi : Jawapan Allah Terhadap Konspirasi Dajjal

“Pada orang awam 2012 adalah ramalan dunia akan kiamat, ia adalah produk Barat bagi meracuni pemikiran umat Islam. Justeru umat Islam cemuh, ahli agama mengajar dan memberitahu massa agar menjahui isu 2012. Syirik dan khurafat. Saya hadir memaklumkan ada fakta yang kita tidak ketahui disamping ramalan yang penuh curiga iaitu fakta berlakunya Jajaran Galaktik. Ia adalah hasil deduksi kaum Maya yang tidak diketahui umum. Maka misteri kaum Maya inilah yang perlu didedah umumkan. Ia bukan sekadar ramalan tetapi terkandung ilmu kosmologi – pengertian alam semesta yang hebat. Umat Islam rata-rata tidak mengerti akan fenomena ini. Pengkajian alam yang disorokkan. Mengapa? Lalu saya tulis dalam buku saya 2012…

Rupanya ilmu kaum asli Maya jauh lebih hebat dari apa yang kita jangkakan. Mereka adalah ahli kosmologi. Terlalu sukar untuk dipercayai, kaum Maya mencipta instrument menghitung masa ke hadapan dan mampu mundur ke belakang. Pada era Sebelum Masehi 1,500 tahun mereka telah mengolah ujikaji masa. Bagaimana masa berfungsi dan apakah jarak dan ruang mempengaruhi masa. Di lokasi yang amat terasing, dan pada era sekitar nubuwat nabi Musa as.…

Di ambang Armageddon. Itulah tempat yang semua orang tidak akan tuju jika mereka tahu. Perang di medan Meggido, demi memunculkan sang wira penyelamat dunia-Messiah. Sebuah hikayat para Judais yang dicanang merata, bahkan dengan sebuah keyakinan jitu. Bangsa Yahudi akan menang. Ironisnya kaum Yahudi orthodoks tidak pernah setuju kata mereka ia bukan ajaran Yahudi sematik tulen, ia adalah agenda Zionis” - Tuan Khalid Yahya (Nurani Maarif), www.kalamnurani.com



Terima kasih tidak terhingga pada Tuan Zahiruddin Zabidi kerana menjadi sudi menjadikan saya pembeli pertama buku ini di stor PTS :)

Dalam masa 3 hari, saya akan cuba menamatkan bacaan buku berat ini dan mengenalpasti titik persamaan dan titik perbezaan antara Muhammad Alexander dari Indonesia dengan Yahya Khalid dari Malaysia, kerana saya berhasrat mempertemukan mereka dalam suatu persidangan akademik dengan ulama seperti Shekh Imron Hussein, Prof Sulaiman Nordin dan beberapa ulama muktabar lain (khususnya dalam bidang tafsir/hadis) disatukan untuk menyatukan cara pandang umat Islam kepada Dajjal, Yakjuj Makjuj, akhir zaman dan gerakan Yahudi antarabangsa berdasarkan suluhan Al-Qur'an, bicara Nubuwwah dan kajian saintifik (akademik).

Dipetik dari laman web rasmi PTS

Peminat-peminat buku yang menantikan buku Armagedon 2012 kini boleh mengukir senyuman apabila buku yang dinantikan selama ini sudah masuk dalam gudang PTS.

Buku yang berada di pasaran tidak lama lagi ini bakal mencatat sejarah apabila penulisnya membahaskan mengenai fenomena kiamat secara terperinci sekaligus membalas filem barat yang yang memaparkan kiamat pada 2012.

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012.

Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

"Armagedon 2012 boleh menjadi sebuah buku yang diluar dari kotak pemikiran kita. Tulisan Pak Wisnu ada kelainannya yang tersendiri," kata Editor Senior PTS Islamika, Tuan Imran Azmi ketika mengulas buku terbaharu Pak Wisnu ini.

Menurut Tuan Imran, Pak Wisnu cuba menyedarkan masyarakat semasa supaya jangan mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012.

Lebih menarik apabila Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini menggunakan Al-Quran dan Hadis.

"Hasil daripada kajiannya, beliau mendapat keputusan yang kiamat akan berlaku pada bulan Ramadan tetapi tidak dinyatakan tahun kiamat tersebut," jelas Tuan Imran.

Turut dimuatkan dalam buku Armagedon 2012, gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis.

"Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami," kata beliau lagi.

Penulis melalui kajiannya memberikan kronologi satu persatu tanda-tanda kiamat dan bagaimana kiamat berlaku.

Pak Wisnu mentafsirkan kiamat mengikut Al-Quran dan menterjemahkannya sehingga mudah difahami oleh semua golongan serta sesuai dengan sifat semasa.

Tuan Imran berkata, buku yang bakal berada di pasaran pada 1 Syahwal ini boleh dijadikan sebagai manual dan panduan dalam menghadapi kiamat.

"Nantikan kemunculan buku Armagedon 2012 yang bakal menghempas di pasaran tidak lama lagi," kata Tuan Imran lagi.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Jangan lupa dapatkan buku Armagedon 2012 yang bakal menemui tuan dan puan dipasaran tidak lama lagi.


SINOPSIS DARI BUKU (TERBITAN PTS)

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri. Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan.

Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis
secara kronologikal.

Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).


BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis


Petikan ceramah Ust Hj Hasrizal Jamil pada 31 Ogos 2010 dalam bengkel "Ruh Wahyu Dalam Modul Latihan" di TAMRIN Grand "Sharpen The Saw". Hampir selari dengan rumusan kajian Tuan Khalid Yahya (penulis Misteri Kemunculan Dajjal dan Fitnah 2012) bahawa sasaran fitnah makhluk bernama Dajjal adalah intelektualisme manusia dan skala fitnahnya telah disebutkan oleh Nabi S.A.W sebagai sangat DAHSYAT! (rujuk Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah - ditahqiq oleh Al-Albani)
 
 
Dalam bengkel yang berobjektifutamakan membekalkan pedoman syara' dalam penggubalan modul oleh para trainers Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN), Ustaz Hasrizal menekankan peri pentingnya mengenal punca (real problems) di sebalik gerak tindak luaran dan peri laku mad'u (presented problems). Krisis aqidah-worldview-nilai adalah sasaran utama fitnah Dajjal.

Benarlah mukjizat surah al-Kahfi sebagai pendinding kerana Allah berbicara secara teratur, KRITIS dan KREATIF mengenai proses pembetulan AQIDAH-WORLDVIEW-NILAI di dalamnya.

Untuk makluman semua, ust Has hanya berbicara mengenai fitnah Dajjal dan pedoman dari surah al-Kahfi di awalan perbincangan sahaja utk memasak asas yang kuat pd trainers. Saya kira 60-70 % perbincangan selanjutnya memfokuskan pada dhawabit (disiplin) syara' dalam pembikinan modul dan pelaksanaan program serta isu-isu semasa sekitarnya. Nantikan artikel penuh mengenai "Ruh Wahyu Dalam Modul Latihan" dari Ustaz Hasrizal hasil presentation beliau semalam utk tatapan dan rujukan hitam putih kita semua, baik di dunia dakwah, mahupun training serta penulisan.

“Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam sampai berdirinya Kiamat yang melebihi dari fitnah Dajjal! Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa TIDAK DIRAGUKAN lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” (Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)


PETIKAN ARTIKEL USTAZ HASRIZAL JAMIL (artikel penuh di sini)


“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.

Wajahnya berubah sedikit.

Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.

Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)

ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR

“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.

“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah dan dinafikan kerana asingnya benda itu daripada kehidupan” saya memetik pengertian dua kalimah yang sangat penting itu.

“Wah, perkataan itu sangat tangible. Mudah sahaja ma’ruf bertukar menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf kalau kejahatan sudah diterima dan kebaikan semakin asing daripada kehidupan” simpul beliau.

“Allahu Akbar. Benar sekali. Justeru berbalik kepada soalan awal kita, apakah yang nak kita tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk mendepani fitnah yang besar ini?” saya berbalik ke topik asal perbualan.

Pendidikan anak-anak.

Menyedari akan hal ini, saya membuat kesimpulan, pendidikan agama yang menekankan hafalan Sifat 20, menghafal rukun Iman, menekankan hafalan lengkap 30 juzuk al-Quran, mengejar mata pencapaian peperiksaan pada belasan subjek akademik dan Diniyyah, bukan suatu jaminan keselamatan untuk menghantar anak ke masa depan yang penuh cabaran itu. Silibus sedia ada pada kebanyakan sekolah masih belum meyakinkan saya.

Mengukir agama pada jiwa anak-anak memerlukan satu proses yang tidak ada pada silibus sedemikian rupa. Justeru perjalanan hidup saya masih meneroka jalan keluarnya, mencari penyelesaiannya.

Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.

Materialisma bukan gila kebendaan semata.

Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.

Berikut pesan Baginda:


Surah al-Kahfi!

Kita digesa Sunnah melaziminya.

Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.

Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:


Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).

Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.

Seluruh wacana dan dakwah saya berkisar pada hal ini. Tetapi saya patah sebelah kaki pada memikirkan bagaimanakah semua ini boleh saya terapkan ke jiwa anak-anak. Jika John C. Maxwell berkata, “genius is about changing something complicated into simple“, hakikatnya saya masih belum cukup genius untuk memindahkan fikrah Islam dinamik ini kepada format yang boleh diserapkan ke jiwa anak-anak.

Saban hari saya berdoa.

Mencari panduan."
 
- Kredit buat Ustaz Hasrizal Jamil

Sedikit perkongsian dari saya mengenai perang Badar. Seperti biasa, dalam membicarakan sejarah dan sirah, saya lebih gemar menggunakan pendekatan menjawap persoalan "WHY" (kenapa berlakunya perang Badar dalam skrip sejarah Islam) berbanding "WHEN, WHERE, WHO, HOW" yang telah banyak melatari dan menyebabkan subjek sejarah mahupun sirah sebagai membosankan kerana tidak dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan semasa. 































Dr Eeman telah membawa pelbagai sumber sebagai pembuktian setiap kenyataannya di bawah. Pembaca disarankan membaca buku beliau untuk mengetahui lebih lanjut :


"Selepas mendapat kemenangan yang besar melalui pembukaan (Konstantinopel) tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyebarkan berita gembira tentang pembukaan tersebut dan perlaksanaan ramalan gembira yang telah dilakukan oleh Rasul Allah S.A.W itu kepada seluruh umat Islam di dunia melalui perutusan surat-surat ke Mesir, Madinah, Makkah dan lain-lain bandar. Baginda juga telah menghantar hadiah yang didapati daripada harta rampasan perang kepada penduduk dua tanah haram (Makkah dan Madinah) dan memohon mereka mendoakan baginya.

Para ahli sejarah telah mengistilah dan menjadikan tarikh pembukaan Bandar Konstantinopel pada 29 Mei 1453M sebagai permulaan kepada sejarah moden. Ketika memasuki bandar tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih mengisytiharkan bahawa “dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.”

Bentuk peradaban telah berubah dengan sebab pembukaan Islam itu. Banyak masjid dan sekolah telah dibina. Ramai orang Arab dan Yahudi yang ditindas di Sepanyol telah berhijrah ke bandar tersebut. Sultan Muhammad al-Fatih terus mengekalkan identiti Ortodoks bandar tersebut yang hampir pupus kerana bergabung dengan gereja Barat. Kerana Sultan Muhammad al-Fatihlah mazhab Ortodoks terus kekal dari keadaan sebelumnya yang sudah hampir mati dan pupus.

Sultan Muhammad al-Fatih telah membuat satu upacara khas dan besar-besaran. Baginda meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi bagi mereka, lalu mereka telah memilih Janadius yang berkata bahawa dia lebih suka untuk melihat serban Sultan daripada melihat topi Latin, yang dimaksudkan ialah pihak Katholik kerana merekalah yang menindas pihak Ortodoks.

Atas arahan daripada Sultan Muhammad al-Fatih, sebarang gereja dan rumah ibadat tidak dimusnahkan dan tiada seorang pun dari kalangan Kristian dan Yahudi diambil tindakan atau diapa-apakan.

Sultan Muhammad al-Fatih dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, pengemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan-kawasan yang tunduk di bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan Semenanjung Crimea.

Sepanjang 30 tahun pemerintahan, baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya 600 kilometer persegi pada permulaan pemerintahannya kepada keluasan 2,214,000 kilometer persegi. Matlamat baginda daripada perluasan daratan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan ummat Islam di Andalus daripada cengkaman penindasan orang-orang Kristian."


Orang-orang Islam telah mencuba beberapa kali untuk membuka Bandar Konstantinopel. Seorang ahli sejarah Austria, Fun Hamer berkata : “Bandar Konstantinopel telah dikepung sebanyak dua puluh sembilan kali semenjak penubuhannya.” (Dr Abdus Salam Abd Aziz Fahmi, Fathul Qastantiyyah, al-Katib al-‘Arabiyy, al-Maktabah al-Thaqafiyyah, bil. 228, tahun 1969, hlm 28-29)

Orang Arab pertama yang melakukan kepungan terhadapnya ialah Muawiyah bin Abi Sufyan pada zaman khalifah Uthman bin ‘Affan pada tahun 654 M bersamaan dengan 34 H. Pembukaan Konstantinopel berjaya dilakukan bukanlah kerana kelemahannya, tetapi adalah kerana pergantungan tentera Islam terhadap Allah, berpegang dengan tali-Nya yang teguh dan kemajuan serta kemodenan ketenteraan yang dicapai oleh Daulah Uthmaniyyah ketika itu. (halaman 13)

Seorang ahli sejarah Perancis, Baron Karadfoo, telah menyifatkan pembukaan ini dengan menyatakan : “Pembukaan Bandar Konstantinopel tidaklah berlaku kepada Sultan al-Fatih secara kebetulan dan juga bukan kerana Kerajaan Byzatine berada dalam keadaan lemah, tetapi ia adalah kerana Sultan Al-Fatih menggunakan segala kekuatan ilmu yang ada pada zamannya.” (Ahmad Mustafa Abd Rahim, Fi usul al-Tarikh al-Uthmaniyy, hlm. 24-27; Muhammad Farid Bek, al-Dawlah al-‘Aliyah al-Uthmaniyah, hlm. 58)

Inilah icon dan tokoh academician utk gerakan muslimat !!!

Dr. Eeman Mohamed Abbas, penulis “Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah : Peranan Gerakan Nasionalis dan Golongan Minoriti (Kajian Sejarah dan Pemikiran Dari Tahun (1876-1909M/1293-1327H)”.

Banyak menulis mengenai Sultan Muhammad al-Fateh di sekitar halaman 12 hingga 18.

Beliau berkelulusan B.A (Hons) (Baghdad), Dip. Sej. Moden (Cairo), MA (Punjab), PhD (Malaya) History & Islamic Civilization During the Ottoman Period, kini menjadi pensyarah di UKM.

Tesis PhD yang dihasilkan oleh pelajar wanita berbangsa Arab di Universiti Malaya ini telah mencecah ketebalan 1205 mukasurat dan telah membuat rujukan pada hampir 627 bahan rujukan mencakupi dokumen, tesis universiti (paling banyak), sumber dalam bahasa Turki, Inggeris, Melayu (tulisan jawi, rumi), Parsi, Bosnia, Kurdi, juga termasuk Enseiklopedia dan kamus, atlas, kajian semasa, majalah, jurnal, akhbar, wawancara khas, dan internet.

Dahsyat rupanya upaya muslimat di medan akademik, apatah lagi di medan sejarah !

‎
Ada 4-5 hujah dikemukakan Rosli Mokhtar dalam kajian akademiknya mengenai "Kerajaan Islam Sepanyol".   Saya salinkan di sini bukan bertujuan bersetuju 100 % dengan beliau, tetapi untuk membuka fikiran kita semua untuk membuat semakan dan kajian lanjutan khususnya bagi mereka yang berada dalam dunia akademik.

1) Peristiwa pembakaran kapal oleh Tariq bin Ziyad banyak terdapat dalam sumber-sumber Barat tetapi tidak dirakamkan dalam Al-Bidayah wan Nihayah mahupun mana mana kitab Arab sejarah muktabar. Kaedah seperti al-Jarah wat Ta'dil sangat penting dalam soal kesahihan periwayatan ini.


2) Barat sengaja mencipta justifikasi yang rasional kerana tiada dalam kamus fikiran mereka apa yang disebutkan 'pertolongan Allah' atau kekuatan aqidah dalam tentera Islam. Bagi mereka, tentera Islam "tiada pilihan" kecuali berperang dengan pembakaran kapal tersebut.


3) Berundur untuk tujuan strategi adalah dibenarkan dalam Islam (mutaharrifan li qitalin au mutahayyizan ila fiah), tindakan membakar kapal adalah suatu yang menafikan keharusan ini.


4) Tidak kedapatan kenyataan balas dari Musa bin Nusair mahupun khalifah sendiri atas tindakan pembakaran kapal ini kerana ia adalah harta negara.


Bagi saya, apa yang penting untuk masyarakat - dalam tazkirah tarawikh contohnya - mengetahui bukannya perdebatan memeningkan mengenai kesahihan fakta ini. Memadai kita menyatakan kekuatan sebenar 12,000 tentera Tariq bin Ziad berhadapan dengan lebih 120,000 lebih tentera Kristian Sepanyol adalah kekuatan total semangat jihad dan cintakan kematian.

Apapun terima kasih pada Rosli Mokhtar. Sekurang-kurangnya membuka minda saya dan menyebabkan saya lebih berhati-hati dalam merujuk sumber-sumber sejarah mengenai para sahabat dan para Tabien. 

Sebagaimana pernah saya kisahkan taktik penulis-penulis Barat dalam menggambarkan mudahnya kemenangan Al-Fateh ke atas Konstantinopel walhal fakta sebenar yang cuba dipadamkan adalah betapa sukarnya proses kepungan, diplomasi dan penawanan sehingga memakan masa 2 bulan. Rujuk artikel saya bertajuk "Benarkah 250,000 Usmaniah vs 8,000 Byzantium ?" 


Phase 3 meupakan satu lagi dokumentari mengagumkan dari Noreaga & Achernahr yang juga pengarah bagi siri The Arrivals, dan The Divine Book. Siri ini akan cuba mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar. Terima kasih pergi kepada Noreaga & Achernahr kerana bertungkus-lumus menghasilkan siri ini.

This New series will attempt to uncover and explain the world of GOG AND MAGOG like no series has done before. It is a very well researched series, that will explain the Big Picture to the viewer, in order to reach a clearer understanding of the world we live in today. 

Many have attempted to shed light on the subject of GOG AND MAGOG in the past, whether from the historical, the Christian, Jewish or Muslim perspective, but always failed to fill in the gaps. This series will do this subject justice once and for all.

Edited and Produced by Bushwack
Bushwack Productions presents Gog and Magog






















A documentary about the undeniable common ground between two of the holiest religions of the world, Christianity and Islam, and the differences that were made by the ignorance of mankind. It highlights the essence of One God, and One True Message that was delivered by Moses, Jesus, and Muhammad. All of whom were His prophets. A must watch for any genuine truthseeker who seeks absolute truth regarding the divine. Thanks go to Noreaga and his team for this marvelous series.

















HADIS-HADIS SAHIH MENGENAI DAJJAL



DAHSYATNYA FITNAH DAJJAL DAN BUKTI DAJJAL MAKHLUK YANG PERNAH WUJUD ZAMAN BERZAMAN

“Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam sampai berdirinya Kiamat yang melebihi dari fitnah Dajjal! Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa TIDAK DIRAGUKAN lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” - Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)


KESUNGGUHAN NABI BERHADAPAN DENGAN DAJJAL

“Seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan Allah sebagai penolong kamu sekalian.” - Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umammah


PENGEMBARAAN DAN PERBEZAAN DIMENSI MASA DAJJAL DENGAN MANUSIA

“Sekarang aku terangkan kepada kamu (Tamim Ad-Dari) bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.” - Hadis Sahih Tamim ad-Dari, diriwayatkan oleh Amir bin Sharahil Shabi Hamdan, disampaikan oleh Fatimah binti Qais. Rujukan : Kitab Sahih Muslim, Hadith No 5235, m/s 178, Juzuk 14, Bab Qissatul Jassaasah. Riwayat Ahmad dari Abi Hurairah dan Aisyah. Riwayat Ibnu Majah dari Fatimah dan riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan dari Jabir


Diriwayatkan oleh al-Nawwas ibnu Sam’an : Kami bertanya : Ya Rasulullah, berapa lama Dajjal akan berada di atas bumi ? Baginda bersabda : Selama 40 hari. (Tetapi) 1 hari seperti setahun. (kemudian) 1 hari seperti sebulan. (kemudian) 1 hari seperti seminggu. (kemudian) 1 hari seperti hari kamu.” - Sahih Muslim : Sunan Tarmizi 


“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 YAHUDI dari Asfahan, mereka memakai (jubah besar) al-Tayalisah (jubah warna hijau milik orang-orang Parsi) yang tidak berjahit).” - Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Anas bin Malik. Rujuk kitab Fath ar-Rabani Tartib Musnad Ahmad


SIFAT FIZIKAL DAJJAL

“Sesungguhnya aku mengingatkan kamu semua agar berhati-hati dengan Dajjal. Setiap nabi pasti akan mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nabi Nuh a.s telah mengingatkan kaumnya, akan tetapi akan kuberitahu kamu semua tentang sifat Dajjal yang belum pernah diberitahukan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya. Kamu semua harus tahu bahawa Dajjal itu BUTA SEBELAH matanya dan Allah tidak buta sebelah mata-Nya.” - Hadis riwayat Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari dari Ibnu Umar, juga riwayat Muslim dari Abdullah dari Yunus dari Zuhri dari Salim dari Ibnu Umar



“Ternyata ia adalah seorang LELAKI yang BERBADAN BESAR, merah kulitnya, berambut kerinting dan bermata sebelah.” - Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Umar dalam kitab Fitan, bab Dzikru Dajjal


"Ayahnya (Dajjal) seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berdaging (gempal), hidung yang panjang, seakan-akan PARUH BURUNG. Ibunya seorang yang bertubuh besar, tangan yang panjang dan mempunyai payudara yang besar." - Hadis riwayat Imam Ahmad dari Abu Bakar, Diriwayatkan juga oleh Imam Tarmizi dari Hammad bin Salamah dengan status hadis Hasan.








Kem Motivasi Pra Universiti anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam SMK Kuala Kubu Bharu kelolaan I.P Minda Training & Consultancy. Program telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (6 - 8 Ogos 2010) di Desa Selesa Resort, Kalumpang.

Fasilitator terbabit adalah Ustaz Syaari (Abe Yie), Ustaz Azuhan (Abe Juhe), Ustaz Faizul, Ustaz Najmudin, Kak Nazifah dan beberapa orang lagi.

I.P Minda mengucapkan jutaan terima kasih pada Ustazah Aminah dan seluruh ustaz ustazah yang menjadi tenaga penggerak belakang tabir pada kejayaan program ini dengan penuh keberkesanan dan kelancaran.


Tahniah pada adik-adik bakal calon SPM dan STPM yang telah menyertai program ini kerana kerjasama dan komitmen anda kepada I.P Minda sangat luarbiasa dan positif.

Moga kita bertemu lagi. Ho Li Yau !!!


TESTIMONI PESERTA
KEM MOTIVASI PRA UNIVERSITI
6 – 8 OGOS 2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU
DESA SELESA RESORT, KALUMPANG


“Ya. Program ini sangat membantu saya. Saya telah temui arah hidup saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup mereka yang berjuang demi Islam.” 
(Mohd Hafit Nasrin, 012-3699722)


“Program ini memberi saya kesedaran maksima, memahami diri sendiri dengan lebih baik, mengetahui kelemahan diri dan saya akan cuba membaiki diri. Fasilitator sangat bagus dan seronok. Betul-betul “Ho-Liau” ! 
(Mohamad Afiq Rasul Mohamad, 014-2220191)


“Saya berazam untuk mengamalkan semua yang diajar dalam program ini dan mengambil iktibar dari video-video dan cerita yang telah ditayangkan. Saya berazam untuk berubah menjadi pelajar dan seorang hamba Allah yang lebih baik.”
 (Nur Athirah binti Shawaluddin, 014-7381232)


“Saya mahu belajar bersungguh-sungguh sehingga ibubapa saya menangis iaitu menangis untuk berjaya.” 
(Azna binti Suhainy Azmi, 017-3582802)


“Program ini membuatkan saya mengetahui cara ibadat dengan betul, dapat menonjolkan potensi diri dan saya ingin buat yang terbaik selepas ini. I.P Minda memang best giler!” 
(Nur Azizah bt Masduki, 03-60579085)


“Program ini mengadakan aktiviti yang menarik dan ajaran fardhu yang sempurna. Saya berazam untuk lebih menghormati ibubapa dan guru, tidak akan terikut-ikut dengan nafsu maksiat dan lebih fokus dalam pelajaran.” 
(Nur Istianah binti Salehudin, 014-7192931)


“Program ini mengingatkan saya tujuan untuk menjadi manusia yang berguna kepada ibubapa dan Tuhan, iaitu Allah dan menjadi seorang mukmin yang sentiasa bersyukur kepada nikmat-Nya. Insya-Allah, saya akan sentiasa bersabar di atas apa yang Allah berikan, saya akan memelihara solat...”
 (Nubairi bin Ismail, 019-3723342)


“Program ini satu nasihat dan ceramah yang telah memberikan keyakinan kepada saya bahawa kejayaan bermula dari sikap yang positif. Saya mahu berusaha lebih gigih dan akan mengubah sikap yang lebih positif dan insya-Allah sentiasa mengaplikasikan pandangan matahati.”
 (Mohd Faizal b. Mohamad Yunus, 03-60421127)


“Program ini telah memberi banyak bimbingan dari segi solat yang betul dan dapat mengetahui sesuatu yang baru dalam hidup saya.”
 (Norhidayati bt Razak, 017-2340026)


“Program ini telah memberi banyak kesedaran kepada saya untuk sentiasa menggunakan pandangan matahati supaya tidak membuat sesuatu perkara secara terburu-buru atau tersilap memilih arah.”
 (Zety Norhaiza bt Ab Rahman, 014-2220391)

Mohon jutaan maaf kerana video klip ini tidak sempat dimasukkan muzik latar.


Shekh Imron Husein mempelajari Islam di Aleemiyyah Institute of Islamic Studies, Pakistan di bawah bimbingan Maulana Dr. Fazlur Rahman Ansari. Beliau juga mempelajari falsafah di Karachi University dan perhubungan antarabangsa di University of West Indies dan di Graduate Institute of International Studies, Geneva. Pernah membaca khutbah Jumaat di ibu pejabat PBB di New York selama 10 tahun. Seorang ulama dan penulis Islam yang produktif masa kini.

Subtitle is provided so that it may reach Malay-speaking people.


Dajjal the False Messiah pt.1


The lecture given by Maulana Imran Hosein revolves on "Dajjal the False Messiah". This part deals primarily with the introduction of Dajjal and al-Masih. Specifically, Maulana provides the definition and the mission of Dajjal as well as the mission of Al-Masih is to bring the Golden Age back.

Dajjal the False Messiah pt.2


The lecture given by Maulana Imran Hosein covers the subject of "Dajjal the False Messiah". In this particular part, Maulana presents the implications that has to be achieved by Dajjal. It is also useful to be informed that the specific mission for Dajjal is to impersonate the true Messiah. This part also informs the life of the true Messiah, Prophet Isa a .s and the rationale behind the rejection he received from Rabbi and other Israeli people.

Dajjal the False Messiah pt.3


The lecture given by Maulana Imran Hosein revolves on Dajjal the False Messiah. This part covers largely on hadith Tamim al-Dari. This hadith narrates Tamim's one month journey with other companions in a ship. The wave and storm then took them to an island. As they landed on that island, they encountered a strange beast with long thick hair (and because of these) they could not distinguish his face from his back. This beast is 'Al-Jassasah' for Dajjal.


Dajjal the False Messiah pt.4


The lecture given by Maulana Imran Hosein revolves on Dajjal the False Messiah. This particular part narrates the meeting between Tamim Al-Dari and companions with Dajjal. During that meeting, there were a series of questions asked by Dajjal. As well, Maulana postulates that the island mentioned in the hadith could be Britain. That is to say, Dajjal could be in Britain when his day is like a year. Other historical events such as Balfour Declaration [1917] is also discussed as an attempt in providing a better insight for the subject.


Dajjal the False Messiah pt.5


The lecture given by Maulana Imran Hosein revolves on Dajjal the False Messiah. This particular part tries to seek where Dajjal would be when his day is like a month. Through Maulana's research, it is now possible to conjecture that the United States has become Dajjal's headquarter for that period of time. Maulana also presents three tangible evidences that might support this claim.


Dajjal the False Messiah pt.6


This particular part reflects on recession, economic upheaval and dissonance that has taken place in US in 2008. It is indeed shocking to find out that the lecture was given few years before the actual event occured.


Dajjal the False Messiah pt.7


After having delved deeper into the discussion, it is now feasible to infer that Israel would be the next headquarter for Dajjal when his day is like a week. In this particular part, Maulana stipulates that the emergence of Imam al-Mahdi will only be preceded by the shocking tidings of pressing water level in the Sea of Galilee

From Abdullah ibn Umar, may Allah be pleased with him:

The Prophet Muhammad SAW stood up to speak to his people and after praising Allah as He should be praised, may Allah be Exalted and Glorified, he spoke about the Dajjal, saying, "I warn you against him, and there is no prophet who has not warned his people against him-even Noah warned his people against him. But I will tell you something which no other prophet has told his people. You must know that the Dajjal is one-eyed, and Allah is not one-eyed." (Related by Muslim)

Dajjal the False Messiah pt.8


In the age of Dajjal, appearance and reality would be completely opposite to each other. Ultimately, Maulana Imran encapsulates the subject by suggesting us to offer unconditional submission before Allah, the Real One. This is particularly central as only hearts which are conferred with NUR, would be able to recognise the fallacies of today's challenging GODLESS world.

Dajjal the False Messiah pt.9


The final part of the lecture.

[1]

From Abu'l-Dira, may Allah be pleased with him:

The Prophet Muhammad, may Allah bless him and grant him peace, said, 'Whoever memorises the first ten ayat of Surat'al Kahf will be protected from the Dajjal'. (It was related by Abu Da'ud and by Muslim)


[2]

From 'Abdullah ibn 'Abbas, may Allah be pleased with him:

The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, used to teach this du'a in the same way that he would teach them a surah of the Quran:

"O Allah, I seek refuge in You from the torment of Hell, and I seek refuge in You from the torment of grave, and I seek refuge in You from the trial of the Dajjal, and I seek refuge in You from the trial of life and death." (It was related by Malik)

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"