Content feed Comments Feed

Malam itu indah, hanya kepada mereka yang tahu memaknakannya...

Seindah perjalanan mi'raj ke langit, demikianlah yang cuba saya teladani erti sebuah pengembaraan. Bertemu dengan pelbagai rencam manusia dan pemikiran, saya menongkah langkah segagah mungkin untuk terus menyeru anak-anak muda Islam untuk kembali pada orbit kekuatan ummah suatu ketika dahulu...

Bermula dari USIM Nilai, kemudian ke kem motivasi SMK Kuala Kubu Bharu selama 3 hari, dan berakhir di UTHM Johor pula. Demikianlah rekod 7 malam tanpa henti dari ceramah bukan ujian emosi yang mudah dilalui oleh insan yang bergelar pejuang dan suami pada masa yang sama.

Mujurlah Allah pertemukan daku dengan seorang 'Khadijah' yang sanggup bersabar dan tenang meskipun berpisah denganku.

Justeru, pesanan saya kepada seluruh teman-teman yang mempunyai cita-cita besar perjuangan, mulakan kehidupan sebenar anda sebagai pejuang dengan memilih pasangan hidup yang bukan sekadar sefikrah, tetapi memahami 'tabiat jalan perjuangan' yang telah anda pilih.

Uhibbuki fillah ya zawjaty Nurul. Dikau adalah kekuatan motivasi buatku.

"Saya jadikan diri saya ahli Dewan Negara Malaysia, bukan semata ahli dewan Negara bagi pihak pembangkang. Muslimat must lead!", antara kata-kata motivasi berjiwa besar dari Senator Mumtaz yang hinggap ke qalbu isteri saya selepas beliau melakukan brainstorming bersama senator yang baru pulang melepaskan puluhan das tembakan soalan tidak berjawab di Dewan Negara.

Malam Pertama

Ceramah "2012" sempena Nisfu Syaaban di USIM


Malam Kedua
Bersama Dr Rosni, Pengarah Nisa Malaysia dalam forum Bicara Wanita di IPIS Bangi pada 29 Ogos 2010. Langkah pertama adalah langkah paling mencabar bagi mahasiswi merobah sikapnya yang pemalu tidak bertempat. Memaksa diri utk berubah adalah lebih baik dari berubah kerana terpaksa. Don't be silent majority.

Bersama Dr Rosni, Pengarah Nisa Malaysia dalam forum Bicara Wanita di IPIS Bangi pada 29 Ogos 2010. Bagaimana seorang lelaki melihat halatuju mahasiswi dan gerakan mahasiswi, demikianlah tujuan kehadiran saya.


Bersama hampir 70 orang pelajar Maahad Al-I'tisam Litahfizi Al-Quran (Sekolah Tahfiz TTDI Jaya, Shah Alam) dalam satu slot motivasi Huffaz Menggegar Dunia di petangnya.

Malam Ketiga
Kali kedua bersama Tuan Khalid (penulis bestseller Misteri Kemunculan Dajjal Terbongkar) dalam forum 2012 Konspirasi Galaktik di UIAPJ pada 3 Ogos 2010.

Terima kasih Tuan Khalid Yahya atas pendedahan seterusnya mengejutkan dewan Al-Malik Faisal UIAPJ. Saya sendiri terkasima dengan beberapa pendedahan, informasi dan fakta terbaru dari Tuan khususnya mengenai The Knight Templar. Moga ada peluang lagi kita berkombinasi masa akan datang dlm jangka masa yg lebih panjang. Saya mahu terus berguru dgn setiap guru2 terbaik dlm bidang-bidang strategik mengembalikan kekuatan ummah.


"2012 Sebuah Konspirasi Galaktik" by Muhamad Nurani Maarif (also known as Tuan Khalid Yahya the author of the bestseller Misteri Kemunculan Dajjal).

Saya mencadangkan Ma'ruf Club memanggil Muhammad Alexander (buku Armageddon Kiamat 2012 keluaran PTS) dan Tuan Khalid Yahya (buku Fitnah 2012) untuk kedua-duanya membentangkan secara akademik "what really happen" pada masa itu dan apa pendirian Islam dalam hal ini. Jangan bentuk forum singkat, tetapi seminar intelektual sama ada kecilan atau besaran. Saya doakan MC melakar sejarah luarbiasa ke atas "secret societies" dlm bulan kemenangan Ramadhan ini.

Malam Keempat
Talk Al-Fateh di UNITEN sempena program Seminar Pembangunan Mahasiswa anjuran PRS-PPI-MPP Uniten pada 5 Ogos 2010. ‎


"Mehmet himself spent many sleepless nights that winter as he thought about his campaign. It was said that he might be seen at midnight tramping through the streets of Adrianople dressed as a simple soldier..." - The Fall of Constantinople 1453 by Steven Runciman 

Malam Kelima
Usrah Gabungan Ma'ruf Club yang bertajuk "Bersediakah Kita Untuk Ramadhan??" pada 6 Ogos 2010.


Malam Keenam
Ceramah "Mengenali Alumni Ramadhan" bersama mahasiswa UIA Nilai dan USIM. Saya cuba memaknakan mahasiswa dengan maksud Ramadhan bulan kemenangan (al-Furqan) dan siapakah musuh umat Islam yang sebenar pd saat ini. Sudah hampir 86 kali Ramadhan datang dan pergi sejak 1924, namun apa rekod kemenangan yang boleh umat Islam banggakan selain perang Yom Kippur di Sinai itu.



Malam Ketujuh
Bersama mahasiswa UTHM pada 9 Ogos 2010 dalam program "Ramadhan Bulan Transformasi Diri" di Surau Perdana UTHM. Terima kasih kepada Syafiq dan KTDI UTHM atas pencerahan minda memperbetul cara melihat mahasiswa Islam kepada Ramadhan sebagai bulan penguat, bukan pelemah stamina perjuangan.





Pesta Konvokesyen sedang blangsung. "Kau kerja mana nanti Mat?", "Bila boleh makan nasi minyak anta syekh", adalah dialog wajib kalangan bakal graduan. Ingatlah, Konvokesyen hakikat sebenarnya bukan sekadar hari bergembira dan berbual 'masa depan', namun ia adalah hari teriktirafnya sebuah AMANAH MEMBINA GENERASI dengan amanah pengisian 4 tahun ilmu dan pendidikan yang telah diperolehi. Ingatlah perananmu di hujung At-Taubah, 122.


“Maka tidaklah sewajarnya kesemua kamu pergi berjuang, perlulah ada sekumpulan manusia yang mendalami ilmu agama dan KEMBALI memberikan peringatan pada kaumnya apabila dia kembali, mudah-mudahan mereka akan berwaspada (kepada hukum-hukum Allah).”


Malik Bennabi pernah menyebutkan bahawa pendidikan jangan hanya mampu memberi kemahiran (maharah) semata-mata, tetapi mesti memanusiakan manusia dengan kesedaran (al-wa'yu). Sesungguhnya zaman kini adalah zaman dehumisasi iaitu krisis penghakisan nilai-nilai kemanusiaan.


Saat ini saya berkira-kira ramai adik-adik saya sedang bergembira kerana saat penganugerahan sekeping ijazah akan dilakukan dalam sebuah pesta konvokesyen gilang gemilang. Tiada siapa yang tidak gembira pada saat yang sangat manis dan memberikan makna paling besar dalam hidup kita dan kedua ibuayah kita. Sudah pasti saat ini dilihat sebagai saat paling penting  dalam hidup kerana tanpa majlis konvokesyen ini, sudah pasti ramai yang mengalami kesukaran untuk menempuh alam pekerjaan dengan gaji yang selesa mahupun mahu mendirikan rumahtangga kerana ibuayah seringkali menyebut "biar dapat ijazah dulu lah!".



Namun demikian, di sebalik semua paradigma itu, ada sedikit pesanan dan tazkirah yang mahu saya kongsikan pada bakal-bakal graduan.


Saya terbaca sebuah buku ringkas bertajuk "Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan : Himpunan  Pidato Pendidikan : Dr Siddiq Fadzil". Saya terpukau membacanya setiap untaian hikmah beliau. Antara yang paling menarik adalah mengenai hakikat majlis konvokesyen :


"Hari pengijazahan adalah hari bersejarah dalam hayat seorang pemburu ilmu. Ia harus dimaknai secara benar sesuai dengan tingginya nilai ilmu dan beratnya kini amanah keilmuan. Bagi kami para pendidik, istiadat konvokesyen ini tidak hanya bererti kesempatan berkongsi rasa gembira, tetapi ia juga sebenarnya menyiratkan sebuah harapan besar, mudah-mudahan tertunailah amanah berat membina generasi anak bangsa dengan ilmu yang bermanfaat dan dengan pendidikan yang memanusiakan.



Wallahu a'lam.

NOTA TAMBAHAN

Saya sarankan teman-teman Institut Pemikir Muda untuk membaca buku ini juga kerana ia membongkar AKAR masalah sebenar pada sistem pendidikan Malaysia kini sehingga hari ini pelbagai perdebatan pelik - yang kita tak pernah dengar selama ini - menyangkuti permasalahan sosial yang kritikal pelajar sekolah menengah pada saat ini.

Teruskanlah menggunakan kacamata sekular, nescaya policy-makers negara akan terus meraba-raba mencari jawapan terhadap krisis kian menakutkan pelajar sekolah menengah saat ini. Dari cadangan sekolah hamil hinggalah pelajar dibenarkan kahwin, semua itu solusi 'presented problems', sedangkan akar masalah iaitu pengisian Islam dlm SISTEM PENDIDIKAN dan METHODOLOGI PENGAJARAN terus dibutakan dari perbincangan serius.


Sungguh nasihat-nasihat Luqman al-Hakim "mukjizat", asas tbaik, solusi konflik kepada halatuju sistem pendidikan saat ini. Benarlah, sejarah sedang berulang!

Pendidikan bukan sekadar soal bidang ikhtisas yang mahu diceburi, tetapi lebih dari itu adalah 'our deepest conviction', keyakinan terdalam kita bahawa hanya dengan sistem pendidikan sahaja faktor paling kritikal untuk mengembalikan maruah dan kualiti umat.   

Pendidikan al-Hikmah adalah suatu lontaran idea penjenamaan semula sistem pendidikan alternatif yang bersifat keislaman. Al-Hikmah adalah kata yang cukup inspiring, padat dengan makna dan sarat dengan nilai. Dalam al-Quran, kita menemukan al-Hikmah sebagai kata yang sentiasa mengiringi al-Kitab. Ia juga nama yang terkait dengan nama besar seperti Luqman al-Hakim, tokoh Qurani yang diketengahkan sebagai pengungkap pesan-pesan (modul-modul) pendidikan. Kerana tiu pesan-pesan kependidikan Luqman al-Hakim seharusnya diangkat dan dimartabatkan sebagai asas pendidikan Islam dan sekaligus rumusan isi dan subtance pendidikan.


Ketika sedang berkongsi pandangan mengenai 'worldview' masing-masing tentang apa yang disebutkan sebagai 'leadership' (not position, but ability to INFLUENCE others) dengan teman-teman pemikir sektor kepimpinan gerakan mahasiswa Islam, pelbagai masalah dilontarkan pada saya mengenai karenah pentarbiyahan di kampus masa kini. 

Namun saya terus dengan prinsip bahawa akar masalah terletak pada cara berfikir pemimpin dan sikap yang terzahir dari cara berfikir tersebut. Antara kata kunci yang telah saya tegaskan adalah janganlah pemimpin mahasiswa Islam tenggelam dalam 'process-centrix' dan gagal membaca objektif sebenar dari setiap proses yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu. 

Lantas pentarbiyahan atau mekanisme pentarbiyahan menjadi suatu 'adat' yang diwarisi tanpa asas ilmu dan kefahaman atau sekurang-kurangnya ada rasional dan justifikasi. Lantas 'process-centrix' menenggelamkan 'objective-centrix'. Lantas peredaran zaman (fiqhul waqi') yang cepat berubah kini berbanding dengan zaman generasi terdahulu - yang telah berjasa meletakkan batu asas pentarbiyahan - tidak mendapat sedikitpun perhatian dalam perletakan atau pindaan objektif setiap mekanisme pentarbiyahan - dalam apa jua bentuk seperti usrah dan tamrin.  

Lantas produk yang dihasilkan semacam lantang bersuara dan bersemangat melakukan amal Islami, namun belum mencukupi untuk memenuhi keperluan citarasa jamahir (massa dan 'untapped market' dakwah) yang lebih melihat apa yang boleh disumbangkan gerakan Islam pada mereka - yang sudah pasti terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pemikiran - sebelum mereka sendiri memberikan sumbangan. Lantas gerakan terus selesa dengan jumlah penyokong,  pendokong, dan penyimpati yang tidak sampai 10 % dari jamahir kampus. Gerakan kehilangan pengaruh sedikit demi sedikit, namun anehnya pendokong terus dalam 'comfort zone' dan tidak melihat kehilangan sokongan atau minat dari 90 % jamahir sebagai suatu ancaman mahupun cabaran secara sisi pandang masa depan Islam di negara ini sendiri 10-20 tahun lagi.

Apa yang diperjuangkan adalah kebenaran yang sudah pasti tiada pertikaian sama sekali, namun ia masih tidak boleh menjinakkan hati 90 % jamahir (massa di luar kepompong golongan berkopiah dan bertudung labuh) di kampus yang lebih mudah dijinakkan dengan bahasa qudwah (action louder than voice), tuturbahasa yang baik dan senyuman yang ikhlas dari para pejuang dan pendakwah.

90 % mungkin angka yang keterlaluan, namun apa yang saya maksudkan sekurang-kurang gerakan dakwah mahasiswa Islam dan pemimpin mereka sekurang-kurangnya DIKENALI kalaupun tidak DIMINATI. Sejauhmana organisasi kita dikenali oleh semua jamahir di kampus.


Bacalah "Li Kaila Namdhi Ba'iidan 'An Ihtiyajaatil 'Asr" لكي لا نمضي بعيداً عن احتياجات العصر (Supaya Para Pendakwah Tidak Terlalu Jauh Dari Keperluan Masa Kini) karangan Said Hawwa, nescaya ada banyak mutiara yang mampu membuka fikiran kita.

Saya sempat berkongsi kisah Isra' dan Mikraj Nabi S.A.W sebagai satu pedoman.

Pengajaran terbesarnya pada para penggerak mahasiswa Islam iaitu suatu keperluan bertemu dengan para 'alumni' perjuangan Islam dari segenap zaman (bukan satu-satu zaman semata-mata) untuk memecahkan cara berfikir dan persepsi kita pada perjuangan yang mungkin silap atau mengalami 'ilusi optik' tanpa kita sedar.  Sesungguhnya pengalaman silam telah membentuk persepsi dan cara kita berfikir selama ini, kekadang persepsi yang dibentuk itulah penghalang proses kita melakukan perubahan, pematangan, pendidikan dan keterbukaan.

Kekadang kita merasakan kitalah yang terbaik dari segenap sudut (mungkin dalam merangka pengisian latihan), namun kisah Isra dan Mikraj mengajar Nabi Muhammad S.A.W bahawa 'alumni' terdahulu lebih hebat tarbiyah dan ujiannya - yang seharusnya tidak mewajarkan Nabi untuk gundah gulana dan mengalami  kelemahan jiwa dan kelunturan emosi untuk meneruskan perjuangan. 

Persepsi dan cara melihat Nabi kepada perjuangan hakikatnya BERUBAH setelah bertemu secara bersemuka dengan 'alumni' para anbiya sama ada di bumi (Masjidil Aqsa dengan seluruh para anbiya) ataupun di langit di setiap lapisan langit.


Mereka yang tidak sukakan pertemuan secara bersemuka, berkongsi pengalaman secara real dengan orang terdahulu sebenarnya mereka yang mengizinkan untuk persepsi sempit pada perjuangan terus mendominasi jiwa dan emosi dari memilih sikap untuk terbuka dan berjiwa lebih besar.

Sirah menunjukkan Nabi di 'charge' bateri dengan peristiwa Isra Mikraj inilah - pertermuan dengan para 'alumni' sebelum pertemuan dengan Allah Rabbul Jalil - sehingga semangat untuk melakukan dakwah ala MLM secara serius dan lebih agresif - bertemu seorang demi seorang yang mengerjakan umrah di Makkah - melihat setiap orang walau bagaimana latarbelakang mereka sekalipun sebagai berpotensi untuk dakwah.


Jiwa Nabi makin besar selepas pertemuan dengan para anbiya dan Tuhan para anbiya. Selepas peristiwa Isra dan Mikraj jualah, Nabi menyusunatur strategi 'brililant' hijrah untuk memenangkan Islam di luar dari sangkaan pimpinan kerajaan Makkah iaitu Madinah.


Wallahu a'lam.


Petikan kalam Dr Siddiq Fadzil yang sememangnya 'mewakili' suara hati saya yang kekadang sukar memperjelas antara beza membaca hasil penulisan penceramah dengan mendengar sendiri bedah buku / kupasan buku penceramah itu sendiri. Justeru, mungkin kalam hikmah ini boleh membantu saya :

"Mereka yang biasa mendengar ceramah saya mungkin merasakan ada kelainan gaya antara yang ditulis dengan yang diucapkan. 

Membaca teks ketika berucap sebenarnya hanya dilakukan kalau terpaksa, misalnya dalam situasi yang sangat formal. Biasanya teks banyak disesuaikan dengan konteks. Malah seringkali fungsi teks hanya sekadar untuk mengingatkan idea-idea pokok yang hendak disampaikan atau petikan kata-kata dan angka yang sukar dihafal, sedang penyampaiannya dilakukan dengan gaya pidato atau ceramah yang punya seni retoriknya yang tersendiri pula. 

Memang apabila diucapkan, sesebuah teks selalu mengalami penambahan, pengurangan, dan penyesuaian atas pertimbangan kontekstual - mengambilkira keadaan khalayak hadirin, masa yang diperuntukkan dan suasana persekitaran."

 "The boy said he was from hell...His name is one-eye...heading to Jerusalem to reconquer the Holy Land..."

Barangsiapa mengkaji dengan teliti dan ceramat kesemua hadis-hadis sahih Nabi Muhammad S.A.W mengenai biografi Dajjal, khususnya hadis Tamim Ad-Dari (hadis Dajjal ditambat di sebuah pulau Misteri) dan hadis mengenai Ibnu Shayyad, nescaya akan mendapati kronologi filem "Valhalla Rising" ini hampir 90 % membiografikan sejarah Dajjal yang wujud sejak zaman berzaman di sebalik peradaban misteri dan ajaib, menghala ke Jerusalem untuk memerintah dunia dengan kefasadan dari sana.



Kredit pada Tuan Khalid Yahya atas pendedahan ini. Hollywood kian melampau batas dan semakin berani dan terang-terangan menyerlahkan identiti sebenar Dajjal selepas selama ini ia banyak bersembunyi di sebalik kesamaran watak mahupun simbol. Mereka (secret socities) sudah sangat yakin pada saat kedatangan raja yang mereka nantikan selama ini untuk kononnya menganugerahkan pemerintahan dunia yang selama ini mereka nantiharapkan.

Sebagaimana saya jangkakan sejak terlancarkan filem 2012, Hollywood mula masuk gear persiapan menyambut Dajjal si buta mata sebelah itu dengan makin ghairah dan makin deras.

Sinopsis "Valhalla Rising" ini adalah :

For years, One-Eye, a mute warrior of supernatural strength, has been held prisoner - forced to fight for his life and the amusement of his pagan slavers. Aided by a boy, he finds his moment, furiously kills his captors and together they escape, beginning an odyssey through an unknown land. After falling in with a band of Vikings, One-Eye and his young companion find they must confront terrible fate in the quest for their freedom. (Source)

A mute Scandinavian savage known only as "One Eye" escapes his captors and begins the long journey home, only to find himself lost in an unknown land. (Source)

A man with a remarkable talent for violence must fight to survive when he sets out on an extraordinary journey in this fantasy from director Nicolas Winding Refn. One Eye (Mads Mikkelsen) is the nickname given to a nameless, mute warrior who has become a slave to Barde (Alexander Morton), a wealthy Scotsman who obtained One Eye for his remarkable fighting skills. One Eye is a fierce warrior but shows little loyalty to his master, and when the opportunity presents itself, One Eye murders Barde and his mercenaries and sets off on his own, with a young boy (Maarten Stevenson) tagging along to speak on his behalf. Eager to leave Denmark behind in favor of freedom and adventure, One Eye throws in his lot with a band of Christian Vikings, who've set out on an ambitious quest to travel to Jerusalem and claim the Holy Land as their own. But the voyage to the Holy City is a difficult one, and the Vikings are met with violent resistance, forcing One Eye to rely on his talents as a warrior to protect himself and his young apprentice.

“Mereka membuat perancangan rapi, Allah juga sedang membuat perancangan rapi memusnahkan perancangan mereka, walaupun (kamu lihat) perancangan mereka mampu memusnahkan gunung ganang.” - Ibrahim : 4.


Nostalgia saya di Syria pada 27 April hingga 5 Mei 2008 kini diabadikan di Youtube utk tatapan isteri saya bersama teman-teman seperjuangan di Syria dahulu iaitu Ustaz Ubaidillah, Ust Ismail, Iqbal, Sofiyussalam, Zahin, Fathi dan adik-adik yang lain yang sudi menemani saya. Insya-Allah, sasaran seterusnya Turki :)

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar ? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” - Surah Al-Hajj : Ayat 46




Meskipun kecewa tidak dapat ikuti talk Mohd Bashar Arafat, "New Beginnings : Obama & Islam" di Kuala Lumpur Jumaat lepas, namun hati ini puas dapat berkampung selama 3 hari 2 malam bersama krew I.P Minda membimbing lebih 70 org pimpinan mahasiswa UiTM Segamat dari 20 persatuan yg pelbagai. Gabungan modul "Al-Fateh Values" dan "Spiritual Journey" ternyata mendapat feedback luar jangkaan di sesi kesan lisan.

Bersama Prof Madya Ismail Shaari, wakil Timb Pengarah HEP UiTM Segamat di Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat, kelolaan I.P Minda Training & Consultancy, 23 - 25 Julai 2010.


"Tiada yang dapat menandingi program yang dianjurkan IP Minda ini kerana input mereka berikan dapat mengubah persepsi kehidupan saya! Clear Vision ! Saya akan menggunakan 'Al-Fateh Values' untuk melakar sejarah dalam persatuan DIBA di UiTM Johor ini selagi saya masih berada di sini." - Nur Liyana Nor Azmi, Diploma in Banking Association, DIBA


"Program ini membuatkan saya merasakan diri saya terisi dengan ceramah. Jika saya tidak mendengar ceramah atau tazkirah, saya merasakan diri saya seperti kosong dan mudah melakukan kesilapan. Azam saya selepas program ini untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya seiring dengan Islam. Saya lihat tiada kekurangan dalam program ini. Saya merasakan program seperti ini perlu didedahkan kepada ramai remaja yang tiada halatuju agar anak muda sekarang dapat jelas matlamat hidup yang perlu mereka capai." - Siti Nabilah Zainal Abidin, PERMAS UiTM Segamat


Terima kasih pada semua pihak yang telah menjayakan kem ini dengan jayanya meskipun urusetia terpaksa berpindah tempat hampir 3 kali. Namun itu sedikitpun tidak mematahkan semangat kami untuk memberikan pakej modul kepimpinan yang terbaik pada adik-adik berdasarkan flow yang telah dirancang sebelum ini.

Antara 20 persatuan yang terbabit sebagai peserta dalam Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat


Adik2, jgn lupa gaya "Optimis! Vision! Focus! Out of The Box! Teamwork! Tawakkal!" :)




Kem Kepimpinan Mahasiswa UiTM Segamat, kelolaan I.P Minda Training & Consultancy, 23 - 25 Julai 2010. 
"Optimis! Vision! Focus! Out of The Box! Teamwork! Tawakkal!" (video penuh di sini)

Tribute buat isteri tersayang yang membuktikan keberdikarian sepanjang 3 hari saya tiada di sisinya. Kemampuan untuk berbicara soal berpengaruhkah gerakan mahasiswi di USIM baru-baru ini, hadir ke Bengkel Teknik Penulisan Surah Yusof bersama Puan Ainon PTS, dan memoderatorkan forum "Di Jalan Dakwah Aku Menikah" adalah satu keupayaan serentak luar jangkaan saya beliau dapat lakukan tanpa saya di sisi.


Terima kasih kepada Amin Idris Training Consultant (AITC) kerana memberikan kesempatan bermakna pada saya untuk menyampaikan satu slot bertajuk "Solat Memang Best Giler !!!". Satu tajuk yang sangat attraktif namun mengandungi mesej persuasif iaitu untuk menimbulkan MAHU lebih dari TAHU peserta kepada solat sebagai pasak kecemerlangan komprehensif mereka di masa hadapan.



Mudah-mudahan, masa yang singkat bersama adik-adik tersebut telah mampu menimbulkan bukan semata rasa bersalah jika meninggalkan vaksin penenang paling mujarab pada penyakit jiwa manusia, tetapi lebih dari itu adik-adik melihat 'mukjizat' solat dari sudut cara belajar yang cemerlang dan dalam membentuk karakter pelajar yang cemerlang.




Terima kasih sekali lagi pada mentor saya, abg Amin Idris.


Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi saat kedatangannya. Sejauhmana kita bersedia meraikannya sebagai tetamu agung ? Kesemuanya bergantung pada bagaimana tanggapan dan paradigma kita kepada Ramadhan. Adakah benar kita melihatnya sebagai seorang 'tetamu' ? Atau kita melihatnya sebagai 'beban' (puasa) ? Atau kita melihatnya sebagai 'raya dah tak lama' ?

Cara berfikir anda akan mempengaruhi kualiti tindakan dan amalan anda sepanjang Ramadhan. Justeru, fahami dan hayatilah bahawa Ramadhan adalah bulan yang bukan sahaja dipilih Tuhan untuk diturunkan al-Quran di malam yang lebih dari 1000 bulan, namun Tuhan memuliakannya sebagai bulan pilihan dan 'sentralisasi' banyak kemenangan tentera Islam dalam bulan ini. Bagaimana di saat keletihan puasa dan makin bergantungnya para pejuang Islam kepada Tuhan, rupanya ia makin mendekatkan mereka pada kemenangan di medan pertembungan dengan musuh.

‎"Ramadhan is Coming : Shift Your Paradigm !!!" yang saya hasilkan pada tahun lepas dengan lebih 2,000 views dan beberapa komen dari luar negara. Penangan Youtube untuk menyentak kesedaran.

I'm using Muslim Youtube Emirates as muqaddimah for this video. Tribute for them. The battles involved was Badar, Fathu Makkah, Nakhlah, Ain Jalut, Zallaqah, Hittin, Bar Lev.

"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan. Politicians think for the next election, statesmen think for the next generation.

Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Almarhum Ahmed Deedat, Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Sheikh Tariq Ramadhan, Sayyid Mohamed Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita.... demi mempelopori pemikiran intelektual dalam memangkin kewujudan persefahaman budaya, menyelesaikan konflik dan menyuburkan ruang engagement dikalangan masyarakat majmuk dan persoalan global dewasa ini." - YB Salahudin Ayub, Mantan KP DPPP, Muktamar Pemuda ke-49


Syukur pada Allah kerana memberikan kesempatan kepada saya dan isteri untuk mengikuti talk "Is Liberty an Islamic Value?" dan "Islam and West : Conversation With History" oleh Prof Dr Tariq Ramadhan, (website di sini) seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak almarhum Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna pada 13 dan 14 Julai 2010. Bapa beliau, Said Ramadan berhijrah ke Switzerland selepas Al-Imam Al-Banna dibunuh pada tahun 1949 dan membuka Pusat Islam di bandar Geneva.

Meskipun pelbagai bicara 'kedai kopi' yang saya dengar dari mereka yang tidak senang dengan Prof Dr Tariq Ramadhan, namun itu tidak menghalang saya mencari hikmah dan ilmu serta 'pengajian sikap' dari sesiapa sahaja khususnya ketika diri bergelar pelajar di dunia akademik.

Apakan daya apabila maklumat di Wikipedia dan yang sewaktu dengannya lebih dipercayai oleh segelintir ilmuan sehingga persepsi  dan "simple-minded judgement" menghalang diri untuk mengenali dirinya dan mendekati pemikiran tokoh intelektual dunia ini dengan lebih dekat. Sesungguhnya musuh kepada proses pendidikan seseorang adalah pengalamannya yang silam yang telah membentuk tabir penghalang pada dirinya untuk terbuka menanggapi sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Abdullah bin Mubarak pernah menyebut : "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim selama mana dia (dalam proses) menuntut ilmu. Tatkala telah datang padanya persepsi bahawa beliau sudah menjadi alim, maka (saat itu bermula) jahillah dia."
Insya-Allah, dalam posting akan datang, saya akan merekodkan isi perbincangan dalam 2 pidatonya sebelum ini untuk pencerahan minda bersama. 

 

Nama beliau mula terkenal apabila beliau pernah berdebat dengan Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy. Beliau telah menghasilkan 20 buah buku di samping telah menulis beratus-ratus artikel. Boleh berbahasa Inggeris, Perancis dan Arab dengan fasih. Paling membimbangkan pemikir-pemikir Barat ialah idea beliau mengenai konsep “European Muslim”  yang boleh ditatapi di dalam bukunya “To Be a European Muslim“. Prof Tariq Ramadhan mewarisi pemikiran dan akhlak seorang ilmuan Islam Professor Dr.Ismail Raji’e Faruqi yang memperkenalkan dengan konsep “The Islamization of Knowledge”.


Ramadan’s chosen task is to invent an independent European Islam: “We need to separate Islamic principles from their cultures of origin and anchor them in the cultural reality of Western Europe.” “and that’s a revolution.” With 15 million Muslims on the Continent, Ramadan believes it’s time to abandon the dichotomy in Muslim thought that has defined Islam in opposition to the West. “I can incorporate everything that’s not opposed to my religion into my identity,” he says. (petikan di sini)

 
Kemampuan beliau untuk menjadi 'jambatan' antara Muslim dan Eropah (Barat) bukanlah suatu keupayaan yang mudah. Sememangnya menjadi jambatan bererti bersedia untuk menjadi korban yang dipijak-pijak semata-mata untuk menghubungkan antara dua destinasi yang berbeza persepsi antara satu sama lain kerana faktor sejarah dan peradabannya, khususnya selepas 'projek' WTC 911 oleh AS. 


Setiap suku kata yang dituturnya secara fasih termasuk ketika membaca ayat-ayat al-Quran mempunyai nilai dan maksud yang sangat mendalam, sehingga saya merasai sendiri mukjizat al-Quran apabila beliau memetiknya sebagai asas penghujahan beliau dalam sesuatu premis pendirian. Kini, saya berhasrat untuk mendapatkan karya besar beliau seperti What I Believe dan Radical Reform: Islamic Ethics and Liberation sebagai suatu kefahaman tambahan pada saya mengenai bagaimana cara berfikir Muslim di Eropah.

Berada di belakang potret Muhammad al-Fateh di Istac, tinggalan berharga dari Naqib al-Attas. 

Asas dari permulaan surah Ar-Ruum yang dibacakan di awal perbincangan di Senate Hall cukup menyentuh hati dan menyerlahkan mukjizat al-Quran dan kehebatan aqidah dan 'worldview' para sahabat anak didik Rasulullah S.A.W.


Ulama yang hebat bukan sekadar pada idealisme dan manhaj pemikiran sahaja, tetapi terletak pada sikapnya dengan penyokong mahupun lawannya. Inilah yang berlaku di Istac baru-baru ini apabila Prof Tariq meraikan satu soalan ketika sesi Q & A yang rupanya si penyoal tersebut melakukan 'serangan' peribadi ke atas beliau dengan membandingkan beliau dengan datuknya Imam Hassan al-Banna. 


Ketika seluruh hadirin mula berang atas sikap dan naik suara si penyoal secara terang-terangan di hadapan beliau, beliau meminta seluruh hadirin menenangkan diri dan memberikan peluang pada si penyoal menamatkan soalan atau kritikan, namun keadaan si penyoal makin tidak terkawal. Lantas, beliau memberikan jawapan dan penjelasan atas semua persoalan yang telah diajukan kepadanya dengan tenang, hujah yang sangat tajam dan bernas. Ramai terkasima dengan jawapan beliau lantas mahu memberikan tepukan gemuruh, namun beliau awal-awal lagi melarang peserta menepuk tangan.


Saat dinantikan, 2 tokoh pemikir Islam akan memberikan pidato "Islam n The West : Conversation With History". Prof Kamal Hassan dan Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall


Akhirnya saya memahami bagaimana sepatutnya Muslim melihat diri mereka sendiri dan melihat "The West" dari Prof Dr Tariq Ramadhan di Senate Hall. Petang kemudiannya berguru pula dengan Prof Ataullah Boghdan Kopanski dlm 'introduction' to Introduction of History. Akhirnya saya bertemu dengan seorang lagi guru besar 'sefikrah' dengan saya dalam kajian filem Hollywood, CIA, freemasonic electronic agendas, warfare strategy. HISTORIA MAGISTRA VITAE EST!

"The true liberty and freedom is only when you feel the peace in your heart with iman." - Prof Dr Tariq Ramadhan, seorang Profesor Islamic Studies di Oxford University, think tank European Muslim Network, anak Dr Said Ramadhan dan cucu Imam Hassan al-Banna, pidato " Is Liberty an Islamic Value?" di ISTAC pada 13 Julai 2010

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"