Content feed Comments Feed

Merujuk kepada Berita Harian (muka hadapan), 26 Mac 2008 yang melaporkan bahawa Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi lebih kebebasan kepada pelajar dan universiti, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyambut baik hasrat Kerajaan tersebut dan menggesa perbincangan ke arah pengkajian semula Akta tersebut dapat disegerakan supaya ia tidak lagi dilihat seperti “angan-angan tahi ayam”. Mahasiswa tidak mahu kecewa untuk ke sekian kalinya selepas janji penubuhan satu jawatankuasa khas sekitar 3 tahun lepas untuk mengkaji peruntukan-peruntukan tertentu AUKU, akhirnya berkesudahan dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan AUKU.


GAMIS bersetuju bahawa tiba masanya Akta berkenaan dikaji semula dalam usaha melahirkan intelektual generasi kedua yang lebih berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang tinggi sebagaimana disuarakan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. GAMIS melihat sekiranya pindaan besar atau pemansuhan total berlaku ke atas Akta yang sudah berusia hampir 37 tahun tersebut, maka ia adalah satu respons strategik Kerajaan terhadap dilema ‘kritikal’ pendidikan tinggi di Malaysia yang pernah dirumuskan oleh Laporan Bank Dunia (Mac 2007) sebagai : “the Malaysian higher education system is at a critical point in its evolution’’. GAMIS berpandangan bahawa agenda memartabatkan semula imej pendidikan tinggi Malaysia ke mata dunia mestilah bermula dengan kebebasan akademik itu sendiri dari sebarang akta yang mencengkam pensyarah atau mengongkong pelajar untuk bebas memberikan pandangan. Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menyatakan bahawa perlaksanaan AUKU menandakan bermulanya parut hitam dalam sejarah kebebasan akademik di Malaysia.


GAMIS juga mencadangkan fokus pengkajian semula AUKU adalah pada seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamed, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. GAMIS juga mengharapkan agar Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi bersedia mempertimbang apa jua kritikan dan saranan ke atas AUKU dari mana-mana sarjana akademik dan wakil-wakil pelajar tanpa mengira latarbelakang politik mereka.


GAMIS juga mengharapkan agar pindaan AUKU yang akan dilakukan kelak bukan sekadar bermotifkan untuk kepentingan agenda ‘populariti’ Malaysia melalui perancangan Universiti Apex semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah soal kualiti modal insan (mahasiswa) selaku produk Universiti itu sendiri, keunggulan pensyarah dan barisan professor, serta kurikulum pendidikan yang lebih seimbang antara tuntutan utilitarianisme dan intelektualisme mahasiswa. GAMIS mengharapkan asas utama dalam merangka pindaan AUKU adalah satu perasaan pertanggungjawaban Universiti bahawa mahasiswa bukan sekadar dijadikan 'agen industri' melalui kecemerlangan ‘pointer’ pengajian semata-mata, tetapi mahasiswa juga adalah agen sosial perubah nasib masyarakat yang memerlukan elemen pemikiran kritis dan kreatif untuk membina negara sepanjang mereka di kampus.


Ketidakmampuan universiti Malaysia memenangi Noble Prize Laureates sepanjang 37 tahun AUKU dikuatkuasakan, bahkan menyaksikan jatuhnya ranking Universiti Malaya dari ranking Top-100 Best Universities sehingga dipintas universiti-universiti baru di Singapura, seharusnya menjadi pengajaran kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam proses membuka lembaran baru landskap Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Mekarnya debat-debat politik di universiti-universiti yang mengungguli carta liga perdana universiti terulung dunia seperti Harvard University, Cambridge University, Oxford University sepatutnya dijadikan trademark dalam menentukan halatuju pendidikan tinggi di Malaysia.

Muqaddimah

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya. Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.


Virus Berbahaya

Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1.

ila 1) Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan. Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.


2. 2) Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya. Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya.


Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.


3. 3) Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.


Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.

Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.

Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.

4.

4)Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.


5. 5) Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.


6. 6) Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur

tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah. Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.


7. 7) Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.


Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah. Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.


Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah).

Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW. Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.


Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti

akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).


Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.


Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.


Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi. Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.


“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji. – Prof. Gibb


Seluruh ahli gerakan mahasiswa Islam (GMI) diharapkan menjadikan ‘tsunami’ politik 8 Mac 2008 ini sebagai ‘mega-stimulus’ untuk sama-sama memikirkan apakah backdrop baru GMI yang mahu dijelmakan 5 tahun dari sekarang. Benchmark mesti diwujudkan untuk membezakan hampir 20 tahun zaman GMI di bawah landskap politik BN bermandatkan majoriti 2/3 dengan realiti GMI saat ini dan akan datang di bawah landskap politik BN hilang majoriti 2/3 buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia sejak 1959.



Secara externalnya, saya berpandangan kemenangan mengejut B.A di Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Kedah, Pulau Pinang dan Perak hakikatnya telah menghadiahkan ‘penampan’ dan 'suaka politik' yang kukuh kepada GMI khususnya Zon Tengah dan Zon Utara untuk lebih berani, lebih bertenaga, lebih agresif untuk memartabatkan gerakan dan mahasiswa ke peringkat lebih tinggi selepas percubaan PMN untuk menghantar wakil mahasiswa di Dewan Rakyat melalui PRU 12 tidak kesampaian. Saya optimis sekiranya ‘mood’ perubahan ini berjaya diurus secara konsisten ke peringkat akarumbi massa sehingga Pilihanraya Kampus hujung tahun ini, jangkaan saya 'tsunami' politik kampus akan berlaku ke atas kem Pro-Mahasiswa sama hebat dengan apa berlaku ke atas BA dalam PRU 12, andaikata faktor kepartian diberikan peluang untuk menapak di hati pengundi mahasiswa di samping kekuatan peribadi calon.

Secara internalnya pula, saya kira batch GMI zaman PRU adalah batch yang sangat bertuah kerana keseluruhan ahli tanpa terkecuali telah melalui suatu praktikal ‘attachment’ dengan gerak kerja PRU lebih dari gerak kerja dalaman kampus masing-masing. Ahli-ahli yang biasanya merasakan dirinya ada 'haibah' dan ‘pantang larang’ tersendiri yang perlu dihormati orang luar termasuk Jamaah Induk di luar, akhirnya kesemuanya mula berjinak dan dijinakkan dengan realiti kehidupan di luar kampus. Ahli mula tidak gugup untuk ‘engage’ lebih awal dengan aktivis-aktivis di markas-markas tarbiyah dari pelbagai umur dan latarbelakang. Dari kerja-kerja teknikal menggantung poster, menaikkan bendera, membuat culaan rumah ke rumah sehinggalah kepada menjadi petugas-petugas ‘berani mati’ di hari pembuangan undi dengan sentimen kenegerian yang meninggi, kesemuanya dilakukan dengan ikhlas oleh ahli-ahli. Semoga persepsi ‘futur’, ‘ego’, ‘exhausted’ dan pelbagai label lagi yang banyak menghempap bekas-bekas aktivis kampus selama ini dapat ditangkis atau diminimumkan. Terima kasih PRU 12. Tahniah aktivis-aktivis mahasiswa!

Menyinggung kemenangan luarbiasa Parti Islam dalam PRU 12 kali ini, saya menyeru semua ahli GMI dan Kepimpinan untuk mula menyusunatur siri-siri perkaderan dan pembentukan kualiti ahli dengan lebih serius, bermula dengan perubahan cara berfikir dan “revolusi mental”. Minda ahli gerakan pasca 8 Mac 2008 mestilah minda yang perlu digasak dengan kesaratan ilmu pengetahuan am yang bersangkut paut dengan pengurusan negara dan negeri dari 1001 sudut keilmuan. Kalaulah saya menjadi Menteri Pengajian Tinggi, akan saya cadangkan subjek Pengajian Am 1 yang pernah saya ambil semasa mengambil sijil STPM dahulu menjadi subjek teras kepada semua mahasiswa IPTA, mengambilkira subjek tersebutlah antara ilmu-ilmu awal saya didedahkan dengan apa yang dikatakan 'waiting government agenda'.

Kini bukan lagi masa bermain dengan masalah remeh-temeh dalam ‘rumahtangga’ GMI kampus masing-masing. Ini adalah saat untuk mengasak pemikiran dengan isu-isu lebih kritikal membabitkan soal kenegaraan, kehakiman, perundangan, pendidikan, ekonomi, sosial, bahasa, agama dan ratusan lagi permasalahan-permasalahan nasional yang selama ini gagal ditangani secara berkesan oleh Jamaah Induk dan tidak pula diambilpeduli oleh ahli-ahli GMI melainkan sekiranya ia ada selari dengan bidang pengajian masing-masing. Bersedialah dari sekarang untuk menjadi pentadbir urusan negara dan negeri, bukan sekadar pemimpin parti dan pengurus jamaah ‘sesama kita-kita’ sahaja. Profail Menteri-menteri Besar BA, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS atau PKR atau DAP mesti dijadikan bahan rujukan “self-projection” ahli GMI masing-masing. Setiap analisa keputusan PRU 12 yang muncul setiap saat di ribuan web-web alternatif dan blog-blog ‘mainstream’ mesti dibaca. Setiap forum ilmiah membahaskan Malaysia Pasca 9 Mac dan setiap puluhan thesis PhD selepas ini yang akan menyinggung PRU 12 mestilah dihadhamkan. Inilah siri-siri kurikulum baru untuk anda ‘top-up’ dalam kerangka ‘political education’ GMI yang sedia ada ke arah membina minda siasah dan jiwa besar ahli-ahli GMI. Ahli-ahli Parlimen ‘muda’ yang pernah menjadi aktivis kampus seperti Saifudin Nasution, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Salahudin Ayub perlulah didekati.

Saya bimbang jika cara berfikir ahli GMI masih di takuk yang sama dengan suasana sebelum ‘tsunami’ 8 Mac, maka hampalah Malaysia kerana angkatan bahtera anak-anak muda yang mahu menjadi duta penyelamat negara tak kunjung tiba. BN terus memerintah kerana rakyat tiada pilihan di atas kelemahan kita!

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) merakamkan tahniah kepada Barisan Rakyat (PAS-PKR-DAP) di atas penjelmaan luarbiasa momentum kebangkitan rakyat jauh lebih hebat dari gelombang PRU 1999. Kejayaan PAS mempertahan Kelantan dan kejutan pakatan Pembangkang menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor di samping menawan kawasan-kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan, serta kewujudan pembangkang di semua negeri Semenanjung merupakan ‘signal’ kepada Barisan Rakyat untuk membuat persiapan lebih serius dan menyeluruh untuk pertama kali membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU ke-13 nanti. Penurunan jumlah yang keluar mengundi seluruh Malaysia dan peratus keluar mengundi yang sangat merosot di beberapa kubu kuat Barisan Nasional (BN) perlu dilihat sebagai satu ‘wake up call’ kepada Perdana Menteri Malaysia dan parti pemerintah supaya melakukan ‘grand post mortem’ terhadap ‘what went wrong’ jika BN masih mahu memberikan saingan sengit kepada Barisan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13.

GAMIS mengharapkan landskap baru politik Malaysia yang tidak pernah berlaku sejak 50 tahun kemerdekaan tanah air ini akan mempersembahkan kepada rakyat suatu episod baru persaingan sihat ideologi politik kepartian yang lebih memaknakan pembangunan seimbang Malaysia itu sendiri dengan melalui pewujudan satu blok baru atas nama Barisan Rakyat selain blok Barisan Nasional yang menjadi blok tradisi dan status quo di Malaysia sejak 50 tahun kemerdekaan.

Dengan pakatan PAS-DAP-PKR yang menguasai 82 kawasan Parlimen dan 195 kawasan DUN sekaligus menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional, maka hasrat 10.9 juta pengundi yang mewakili 26 juta rakyat Malaysia untuk melihat kembalinya kondisi ‘check and balance’ yang lebih konstruktif kepada Malaysia di samping memberikan nafas baru kepada sistem demokrasi berparlimen yang hampir lumpuh sejak Pilihanraya Umum 2004.

GAMIS yang mewakili seluruh suara mahasiswa Islam di Institut Pengajian Tinggi mengharapkan Barisan Rakyat akan dapat menampilkan suatu role-model pemerintahan 'negeri berkebajikan’ yang penuh wibawa, penuh integriti dan membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan alternatif yang lebih baik kepada rakyat. GAMIS juga mengharapkan agar parti Barisan Nasional selaku parti pemerintah dan Barisan Pembangkang agar mula melupakan segala titik bengik yang menjadi ‘big clash’ sepanjang tempoh PRU dan menumpukan sepenuhnya kepada agenda mendaulatkan suara dan kebajikan rakyat yang selama ini diisukan selama ini sepanjang tempoh berkempen melebihi dari idealisme perjuangan parti.

GAMIS juga merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan di atas kerjakuat hampir 5,000 ahli GAMIS yang telah menjadi jentera petugas yang setia walaupun sentiasa diancam dengan akta drakonian AUKU dan hambatan kelas-kelas pengajian sepanjang tempoh berkempen dan pembuangan undi. Semoga kemenangan yang diperolehi gerakan Islam di Malaysia ini menyemarakkan lagi spirit kebangkitan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia.


Merujuk kepada titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Majlis Konvokesyen ke-13 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (Berita Harian, 20 Februari 2008), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menyatakan sokongan padu, penghargaan kepada Baginda Raja di atas keprihatinan kepada permasalahan negara, dan menggesa semua pihak mengambil perhatian serius mesej yang disampaikan oleh Baginda. Masakan pokok bergoyang andaikata tiada angin yang menerpa.

Baginda Raja Dr. Nazrin Shah telah bertitah agar pengamal undang-undang mempertahankan kesucian mahkamah daripada dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak menjadikan mahkamah seolah-olah teater bangsawan yang skripnya ditulis oleh pengarah tertentu. Undang-undang tidak membawa erti jika sekadar menjadi himpunan kata-kata suci yang terkandung dalam kanun, enakmen dan akta, kemudiannya dinodai dengan perbuatan mungkar tanpa menghormati etika profesion. GAMIS melihat mesej tegas dari baginda ini adalah satu ‘teguran’ bermakna yang mempunyai signifikannya yang tersendiri. Pendedahan demi pendedahan khususnya kes pita video Lingam yang didiamkan seketika saat ini dan pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa Anwar Ibrahim dizalimi baru-baru ini telah mengesahkan lagi persepsi bagaikan ‘ada yang yang tidak kena’ dengan institusi kehakiman negara. Jika tidak dibendung ‘barah’ ini, mahkamah suatu masa nanti bukan lagi menjadi tempat untuk mencari kebenaran dan menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah, sebaliknya hanya menjadi tempat lakonan yang keputusan dan hukumannya telah pun ditulis oleh orang-orang tertentu.

GAMIS menegaskan bahawa Malaysia tidak akan selamanya “aman, selamat, dan makmur” selagi pra-syarat paling utama iaitu sistem perundangan dan kehakiman masih lagi menjadi ‘gelanggang’ untuk pihak-pihak berkepentingan mendapatkan pengaruh politik di sana. Hanya sistem perundangan yang adil mampu mengukuhkan sistem demokrasi negara apabila berlakunya pembahagian kuasa yang adil dan saksama antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, tanpa ada campur tangan atau ‘overlap’ antara ketiga-tiga kuasa tersebut.

GAMIS selaku mewakili generasi muda yang bakal mewarisi takhta pemerintahan negara 50 tahun akan datang menggesa rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia yang “aman, selamat dan makmur” agar berani membuat perubahan 8 Mac ini untuk ‘merawat’ segala marabahaya menimpa Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaan dari penjajah. GAMIS menyeru 10.7 juta pengundi yang akan menjadi ‘hakim besar’ Malaysia dalam PRU 12 ini memberikan peluang, laluan dan mandat kepada Barisan Alternatif yang telah memanifestokan perjuangan mereka antaranya untuk mempertahan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti terhadap sistem kehakiman negara. Hanya dengan Barisan Alternatif berpeluang selama 5 tahun menjadi Kerajaan Pusat, rakyat Malaysia akan mampu membuat perbandingan yang adil pada masa akan datang, siapakah antara Barisan Nasional dan Barisan Alternatif yang lebih layak memerintah Malaysia ke arah yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Shaari Abdul Rahman,

Setiausaha Agung,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) menyokong usul Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang mendapat sokongan majoriti 411 undi di Parlimen Turki pada awal Februari baru-baru ini untuk membatalkan akta mengharamkan pemakaian tudung di universiti. Apa yang lebih menarik, parti pemerintah yang ‘Islamis’, AK Parti dan parti pembangkang, MHP yang ‘nasionalis’ boleh mencapai kata sepakat bersama menyokong penarikan semula pengharaman tersebut atas spirit hak asasi manusia rakyat Turki. GAMIS melihat tindakan kerajaan Turki perlu diteladani oleh mana-mana parti pemerintah yang menerima ‘mandat besar’ rakyat untuk menggunakan kuasa yang diberikan bagi menggubal atau meminda atau memansuh sebarang akta yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada kebajikan, keselamatan dan hak asasi rakyat.

Tudung mula diharamkan di sekolah dan universiti di Turki bermula revolusi tentera 1980. Golongan tentera yang berkuasa pada masa itu, pendokong kuat fahaman sekularism menganggap memakai tudung sebagai satu bentuk penentangan terhadap prinsip sekular Negara Turki. Pada hari ini, atas dasar yang sama juga, hampir 10,000 pendokong ortodok sekularism Turki berdemontrasi menentang keras usul mengkaji semula dan membatalkan pengharaman tersebut. Sedangkan daripada soal selidik yang dibuat terhadap mereka yang memakai tudung, majoriti hanya mahukan kerajaan bersikap liberal dalam hal ini dan bukannya mengubah dasar sekularism negara kepada dasar Islam.

GAMIS menyeru mana-mana pemimpin kerajaan yang akan dipilih oleh rakyat dalam PRU pada 8 Mac ini agar mencontohi amalan demokrasi kerajaan Turki yang mengamalkan dasar keterbukaaan yang tinggi serta mendaulatkan hak asasi manusia yang sepatutnya dikecapi dan dirasai segenap rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik. Malaysia dilihat masih jauh ketinggalan dalam sudut kebebasan berfikir serta mendokong fahaman politik yang bebas apabila jelas mana-mana pendokong dogma yang berbeza dan bercanggah dengan pemerintah akan menerima layanan kelas kedua dan ketiga dalam bersuara dan memperjuangkan dogma masing-masing.

Setiausaha Agong GAMIS



Dr. Mohamad Fadhli Hassan yang saya kenali bukan sekadar seorang penyarah Undang-Undang yang sangat disegani dari sudut disiplin akademik beliau, bahkan juga seorang ayah dan murabbi gerakan mahasiswa Islam (GMI) di UIAM yang sukar digalangganti, komited dan konsisten perjuangan pelajar Pro-Mahasiswa di UIAM walaupun hampir setiap minggu terpaksa menyahut seruan jihad dari Kelantan.


Kini, kesediaan beliau menerima arahan Jamaah untuk menjadi calon PAS bertanding salah satu DUN di Parlimen Machang yang dimenangi BN, saya mengharapkan ia memberikan satu pengajaran maha berharga kepada kita…bahawa tidak ada tempat untuk “beralasan” dalam menerima apa jua arahan dari pucuk pimpinan Jamaah. Latihan di manakah lagi untuk melakukan pengorbanan sehebat itu jika bukan melalui training ground yang mantap di dalam tarbiyah Jamaah Kampus. 16 tahun berada di pentas akademik dengan keselesaan jiwa berada di dunia tersebut bukanlah satu mahar yang mudah untuk dikorbankan begitu sahaja. Letakkanlah diri anda wahai sekalian aktivis Mahasiswa di tempat beliau, siapa yang sanggup meninggalkan keluarga, rumah dan ‘comfort zone’ di Gombak, jawatan Pensyarah dan Staff yang gaji ribuan ringgit, pergi berkelana menjadi calon PAS di Kelantan yang belum tentu menang jika berdasarkan majoriti tipis dimenangi PAS pada PRU 2004.


Namun, itulah Dr. Fadhli Hassan. Moga beliau akan menjadi benchmark terbaik kepada lahirnya “Dr. Ali Syariati kedua”. Dr. Ali Syariati adalah seorang ahli akademik intelek Universiti Mashhad yang berjuang menggerakkan reformasi menentang Shah Reza Pahlavi di Iran.

Ya Allah, pertahankan Kerajaan Islam di Kelantan.

Kemenangan AKP dan Abdullah Gul : Kejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik

“Sesungguhnya gerakan Islam kebiasaannya berkembang dengan begitu pantas yang boleh mengejutkan manusia. Ia boleh meletus tiba-tiba sebelum para pemerhatinya mengenalpasti tanda-tanda amarannya yang menyebabkan ia sukar dikaji.” – Prof. Gibb

Tarikh 22 Julai dan 28 Ogos 2007 menyaksikan sempurnalah perjalanan sebuah model sistem demokrasi dunia yang seharusnya diteladani oleh Malaysia. Tanpa penggabungan dengan mana-mana parti pro-establishment di Turki, kematangan demokrasi di Turki telah menghadiahkan kemenangan sebuah parti yang usia kewujudannya di pentas politik Turki tidak sampai pun 6 tahun. Itulah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang mendapat mandat lebih besar sebanyak 46.7% dari 72 juta rakyat Turki yang keluar mengundi dalam pilihanraya Legislatif Turki 22 Julai lalu. Berubahkah atmosfera 80 tahun sekularisme yang mengarati bumi Turki ini, AKP akan menentukan 5 tahun dari sekarang. Semua pihak merakamkan tahniah pada Abdullah Gul, termasuk kuasa Barat, George W.Bush dari Amerika Syarikat dan kuasa Timur, Ahmadinejad dari Iran.

Kemenangan sebuah ‘perencanaan yang sistematik’, mungkin itulah maksud tersirat di benak hati Yasar Buyukanit, ketua tentera bersenjata Turki apabila mengulas kemenangan Abdullah Gul dan AKP sebagai "centers of evil" that "systematically” try to corrode the secular nature of the Turkish republic.”. Ternyata 'the biggest nightmare’ pada ultra-sekularis camp di Turki berlaku jua akhirnya walaupun mereka berjaya membuat "secularism memorandum” di pusingan awal penentangan yang menghalang Gul sebagai menjadi Presiden pada 27 April lepas, disusuli dengan demontrasi 2 juta rakyat Turki sambil membawa banner-banner gergasi “We want no ABD-ullah as president”. Manakala pakatan Parti Republikan People's Party (CHP) dan Nationalist Action Party (MHP) angkuh meramalkan "22 July, the people will turn the light bulb off” merujuk kepada simbol mentol lampu AKP. Namun kini, tampak sudah tidak ada ruang lagi buat tentera melakukan ambil alihkuasa kali ke-5 sejak 1960 apabila 3 pejabat terbesar Turki kini ditawan oleh AKP; Pejabat Perdana Menteri (kuasa legislatif), Pejabat Speaker Parlimen dan terbaru, Pejabat Presiden (kuasa eksekutif). Andai berlaku juga rampasan kuasa, jelaslah sudah siapa sebenarnya ’ancaman besar’ Turki yang dimaksudkan oleh John Esposito dalam “The Islamic Threat: Myth or Reality?” apabila menyebut bahawa pakar sejarah bersepakat bahawa walau apa pun yang berlaku di dunia, sekularisme Turki tidak akan dijejaskan oleh "ancaman" politik Islam.

Tindakan keluar Gul-Erbakan dari Parti Fadhilat dan meninggalkan old-style Islamism guru mereka, Dr. Nekmettin Erbakan serta keberanian memperkaya eksperimen baru politik dalam parti AKP telah menatijahkan klimaks perjuangan mereka dengan menguasai 340 buah kerusi Parlimen Legislatif Turki, bahkan kini Istana Presiden sudah ditawan Hayrunisa, seorang 'Asiah’ yang mungkin akan melahirkan lebih ramai 'Musa-Musa’ dari dalam istana Firaun Atatturk itu. Itulah kebimbangan Ergun Poyraz, penulis ”The Children of Moses”, buku bestsellers yang mensifatkan kemenangan AKP sebagai ”conspiration of crypto-Jews to serve the elders of Zion and to destroy Turkey’s secular system!”

Adakah AKP mempunyai ’hidden agenda’ ? Abdullah Gul menjawab : "I feel really sad because we have been modernising this country. We have been opening this country to the outside. Look at our record. If we had a hidden agenda why would we push so hard for Turkey to enter the European Union?" (Gul’s Interview by The Times, May 31, 2007)

Rakyat Turki yang disifatkan kajian terbaru Universiti Bosporus sebagai "72 % of Turkish people think that it is not healthy for the religion to interfere in the political system”, boleh sahaja menghukum AKP 22 Julai tersebut jika benar sepanjang pemerintahan 2002-2007 AKP mempunyai "hidden agenda”, sebagaimana tentera melakukannya ke atas Refah apabila Erbakan agak lantang dan ideolog dengan pengembalian negara Islam di bumi Al-Fateh ini. Tetapi AKP menunjukkan pada 72 juta rakyat Turki bahawa mereka adalah parti lebih kerja dari cakap, manakala calon-calonnya lebih banyak berjasa pada rakyat walaupun tidak pandai berceramah. Sifat Abdullah Gul yang open-minded, menguasai multi-language (Turkish-Arabic-English) dan ’manhaj’ AKP sendiri yang lebih ’menerang dari menyerang’ sepanjang ’mengisi kemenangan’ telah menyaksikan kredibiliti ’luarbiasa’ AKP mencalarkan track-record 60 tahun pemerintahan golongan sekularis di Turki sejak membunuh Khilafah pada 23 Mac 1924 :


· AKP menggandakan income Turki dua kali ganda per kapita, menyebabkan pertumbuhan ekonomi Turki 7.3 % setiap tahun
· AKP menyenaraikan Turki (buat pertama kali dalam sejarah Turki dan Arab sendiri) dalam senarai 10 negara yang berjaya menarik paling banyak Foreign Direct Invest (FDI)
· AKP menghidupkan semula hampir 700 projek-projek pembangunan yang terbengkalai di era pemerintahan sekularis sejak 1960 lagi
o Membina semula Bolu Tunnel yang musnah dalam gempabumi Turki 1999 (sehingga memakan USD 900 juta)
o Membina semula Lebuhraya Black Sea Costal yang gagal dibina semula oleh 19 kerajaan sebelum AKP, disebabkan rasuah pemimpin sehingga Yasar Topcu dan Safa Giray, bekas menteri dibicarakan
o Menyempurnakan projek The Samsun Local Road
o Menghidupkan projek Bursa Local Highway yang tergendala selama 21 tahun
o Memajukan semula Batman State Hospital dalam tempoh hanya 3 tahun dan terus dibuka pada awam
o Menghidupkan semula Izmir State Hospital dan memberikan khidmat sehingga 50,000 rakyat
o Membina semula Fethiya State Hospital yang terbengkalai sejak 1995 dengan kos 250 juta
o Menyelamatkan projek The Sabiha Gokcen Airport yang dicetuskan pada 1995 oleh Mesut Yilmaz, bekas Perdana Menteri Turki
o Menyempurnakan projek Istanbul-Ankara fast train yang dilancarkan pada 1975

· Keterbukaan dan penghormatan kepada bangsa Kurdish sehingga impaknya AKP menang besar di beberapa buah bandar-bandar utama Kurdish berbanding nasionalis Kurdish sendiri yang bertanding sebagai calon bebas. Slogan AKP “both Kurds and Turkmens are our relatives.”

Paparan fakta di atas menyimpulkan bahawa "Economics is the No. 1 reason that people voted for Mr. Gul's party. The party's policies have created an economic boom, expanded exports and improved services. Meantime, secular opposition parties have had little positive to offer”. (Henry Barkey, chairman of International Relations at Lehigh University). Era pemerintahan AKP telah merubah Turki dari negara yang dianggap sebagai “The Sick Man Of Europe” serta kudis kepada Eropah jika dibenarkan permohonan memasuki EU, menjadi negara yang mendapat perhatian dunia. Istanbul menjadi bandar ketiga terbaik Eropah selepas Florence dan Rome dan kelapan terbaik dunia, pada masa pemerintahan AKP (kajian majalah New York Travel and Leisure).

Apa yang menarik, AKP tidak pernah menjaja kejayaan membangunkan projek-projek pembangunan di atas dalam kempen-kempen mereka dalam PRU Turki 22 Julai lepas. Mereka sedar bahawa pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan dan amanah yang dipikul, bukan untuk dijaja seolah-olah pembangunan hanya boleh dilakukan oleh parti pemerintah sahaja. "Hidden agenda” AKP adalah mengemukakan bahasa dakwah yang paling tajam menawan hati rakyat Turki yang sudah terlalu lama tenggelam lemas dalam karat sekular, bukan dengan hanya menang sorak melaungkan slogan melaksanakan syariat atau negara Islam, tetapi dengan menunjukkan track-record kepimpinan bersih tanpa seorangpun terbabit dalam rasuah, meningkatkan peratusan ekonomi Turki sebanyak 9-10% setahun, mengurangkan inflasi sebanyak 8.2%, menurunkan kadar pengganguran sebanyak 10.3%, meningkatkan ’easing access’ rakyat pada khidmat kesihatan, dan menyediakan buku-buku teks sekolah secara percuma dan membina cheap lodging pada golongan fakir. Itulah bahasa dakwah AKP!

AKP lahir daripada tragedi 11 September yang menyaksikan "Islamist” didefinisikan dunia sebagai "Al-Qaeda terrorist”. AKP wujud selepas menekuni dengan airmata sengsara rakyat Turki pasca pengharaman Refah, pengharaman hijab menjadi semakin runcing, sekolah Imam Hatip ditutup, pengajian rasmi sekular diperpanjangkan dari 5 kepada 8 tahun, maka ribuan sekolah tahfiz di Turki ditutup kerana ketiadaan pelajar, tentera menyepak al-Quran di sesetengah sekolah, NGO yang begitu cemerlang seperti Genclik Vakfi ditutup seiring dengan hukuman ke atas Parti Refah yang membawa kepada pengharamannya pada 28 Februari 1998. Seluruh harta parti dirampas, Erbakan disingkirkan dari Parlimen dan diharamkan dari menyertai politik selama 5 tahun dan keseluruhan Turki menjadi porak peranda.

Menginsafi waqi ini, AKP telah membuat percubaan berani membetulkan paradigma penggerak mereka terhadap sekular. Kita mendefinisikan sekular sebagaimana disebut Syekh Mustafa Sobri, Mufti Turki Usmaniah sendiri iaitu pemisahan agama dan urusan negara yang menjadi jalan terdekat untuk murtad. AKP pula yang menyelam sendiri ke lautan sekular di Turki dan merasai kesan perit ’peperangan’ antara Refah-Erbakan dengan Tentera-Sekular, lantas mereka muncul sekadar dengan 'rebranding’ atau 'superficial change’ sahaja, tetapi pendefinisian semula kepada ideologi sekular itu sendiri dengan memaknakannya sebagai "memisahkan campurtangan pemerintah dalam urusan agama” sebagai ganti kepada definisi lama ”memisahkan urusan pemerintahan dari campurtangan agama”, kerana realiti yang dihadapi di Turki adalah realiti campurtangan pemerintah dalam urusan agama Muslim.

AKP mendefinisikan semula halatuju perjuangan Islam mereka sebagai mewujudkan "secularism that focused on delivering goods and services, upholding democratic environment and standards, rule of law, transparency, freedom for different life styles as it is a rule of social harmony and human rights instead of propogating an ideology”. AKP meyakini cara terbaik menenggelamkan Sekularisme Kamalism ini adalah bukannya dengan terburu-buru mewujudkan ’Syariah State’, tetapi menjadikan mazhab sekular utama ini sama tahap dan boleh bersaing dengan mana-mana ideologi hatta termasuk Islam (yang pastinya bukan ideologi). Justeru sekular pada langkah pertama ini akhirnya berjaya dijatuhkan dari kerusi empuknya yang satu ketika dahulu berkuasa menukar azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki, memansuhkan tulisan Arab dan menguatkuasa tulisan Latin, membuang Islam sebagai agama rasmi dari Perlembagaan Turki dan pelbagai jenayah ke Islam lagi.

Justeru, apa yang banyak terzahir ucapan sulung Erdogan dan Abdullah Gul adalah secara sengaja dan terancang, bukan 'taqiyyah’ mahupun spontan. Sejak kemenangan 2002 sehingga ucapan sulung Abdullah Gul sebagai Presiden Turki, penafian secara konsisten mereka untuk tidak dikaitkan dengan Refah, bahkan Gul mengasosiasikan dirinya dengan tokoh-tokoh demokratik Turki seperti Menderes, Demirel, dan Ozal, bukanlah satu kenyataan bersifat ’siasah panjang nafas’ tetapi memang benar-benar manifestasi kepada ’fikrah’ dan ’manhaj’ perjuangan mereka, yang disifatkan Ahmad N. Dost dari Islam Online Istanbul sebagai "a very complicated story”, yang kita sukar untuk memahami tanpa pengkajian mendalam. Abdulhamit Beleci, Editor Zaman Daily menegaskan : "learning from the 1997 military intervention, the party has changed its perspective on politics in general, and on the relationship between Islam and politics in particular.As the result, they started to search for a new concept in order to define this new approach to politics”

Ijtihad berani AKP (34.38 % undi pada 2002) memang merugikan 'the real’ Parti Islam di Turki iaitu Parti Saadat (2.48% undi pada 2002) pimpinan Erbakan yang undi pada mereka terus jatuh mendadak dalam PRU Turki baru-baru ini, sedangkan rakyat Turki mempunyai ruang demokratik yang cukup luas untuk mendengar pandangan dan pidato Erbakan, bahkan Erbakan diberikan momentum yang kuat oleh akhbar arus perdana Turki dengan tujuan untuk memecahkan undi pada Erdogan. Tetapi rakyat Turki yang terkenal dengan sifat intelektualisme yang tinggi dan antara negara 'tahap membaca’ paling tinggi di dunia sudah melakukan penghakiman yang matang dan penuh 'sedar’ selepas belajar dari pengharaman Refah, sehingga AKP mencatat rekod parti politik pemerintah yang mendapat undian paling besar dalam sejarah sejak pilihanraya legislatif negara itu diperkenalkan pada 1969.

Memasukkan Turki ke pakatan 27 buah negara ’kaya-raya’ dalam Pakatan Eropah (EU) pula bukanlah satu gimik politik murahan Gul hanya semata-mata mahu menafikan AKP bukan memakai jersi Refah yang anti-Eropah, tetapi AKP mahu mengurangkan campurtangan golongan tentera dan pemerintah ultra-sekularis sebelumnya di Turki dalam urusan hak beragama khususnya Islam itu sendiri. Undang-undang syariah dan dasar yang tidak neutral terhadap semua agama, atau mengutamakan satu agama tidak boleh dilaksanakan dalam EU. Ini bermakna hak warga Muslim seperti berhijab di Turki juga akan dipelihara, dan bukan dilihat sebagai ancaman sebagaimana hari ini. Adakah Gul dan AKP mempunyai perancangan jangka panjang 20 tahun untuk bukan sekadar mengembalikan pusat pemerintahan dunia iaitu Khilafah Islamiah yang berusia 623 tahun itu, bahkan mahu merealisasikan hadis pembukaan kota Rome (di Itali) sebagaimana al-Fateh yang menunaikan hadis pembukaan Konstatinople di Turki sendiri. Hanya masa akan menentukan natijah akhir perjuangan sebenar agenda siasah dakwah AKP.


Sebarang komen kepada artikel ini, salurkan ke rijal_tarbawi82@yahoo.com

"Saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba iaitu Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Saya suka hendak mengulang falsafah yang diungkapkan oleh Za'ba bahawa kejayaan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri.Semuanya datang daripada diri kita sendiri. Berapa banyak pun seseorang itu berdoa tidak ada jaminan bahawa dia akan mendapat apa yang diinginkan melainkan melalui usaha. Kalau berusaha, kemungkinan untuk dia mendapatkannya ada”.- Prof Diraja Ungku Aziz, Utusan Malaysia, 15 Mei 2005.



Dalam dua-tiga tahun lepas, adalah kedengaran beberapa nama seperti Muhtar Suhaili, Ramadhan Fitri dan Syahir Sulaiman, mereka ‘hard core’ aktivis kampus yang menerima anugerah diraja atau pelbagai anugerah yang lebih tinggi dari segulung ijazah semata-mata. Hari ini, saya meneliti akhbar dari hari ke hari, banyak dipaparkan gambar-gambar mahasiswa penerima anugerah kecemerlangan jurusan pengajian masing-masing. Saya cuba kenalpasti andaikata ada wajah-wajah yang saya kenali, untuk saya jadikan sumber inspirasi, tapi….Kalau ada pun wajah atau nama mereka, yang saya dapat tahu mereka ahli biasa jamaah sahaja, bukan aktivis yang pernah bersuara lantang dan ‘well expose’ di peringkat nasional.

Dari satu sudut, saya bersetuju bahawa kekadang kita kena bersedia memberikan mahar pengorbanan yang terlalu mahal kepada perjuangan mengembalikan martabat, suara dan kuasa “mahasiswa mengugat” pada hari ini. Rakan saya, Mozahiri Shamsudin, antara pelajar cemerlang pengajian Sains Politik di kampus saya sudah membuktikan pengorbanannya mengejutkan pimpinan di atasnya
Namun dari sudut lain, saya mencabar diri saya dan kesemua aktivis untuk melihat pentas permaidani merah di dewan konvokesyen, ruang pengucapan awam kepada penerima-penerima anugerah, serta interview media massa yang akhbar mereka dibaca seluruh rakyat Malaysia, juga sebagai medium dakwah yang paling ampuh dan tajam menawan hati-hati yang keras untuk menerima perjuangan Islam, mengejutkan kawan mahupun lawan yang meremehkan mesej juang kita. Al-Imam Hassan al-Banna sendiri adalah seorang pelajar sekolah kelima terbaik Mesir dan menjadi antara mahasiswa Darul Ulum yang cemerlang dalam pengajian sebelum dijemput bertemu Allah dalam ‘klimaks’ perjuangannya.
Justeru, marilah kita belajar dari mas’ul mas’ul kita yang dahulu mereka adalah aktivis kampus, kini menjuarai pentas akademik dan berjuang membantu kita dan menasihati kita. Mungkin juga rakan-rakan kepimpinan tertinggi PMRAM yang sentiasa ada ‘icon’ kecemerlangan akademik boleh kita pelajari sesuatu dari ‘rahsia’ keseimbangan kecemerlangan mereka di pentas dakwah melalui organisasi dan dakwah melalui akademik. Mungkin juga buku “Sibuk atau Penyibuk” tulisan Fadzly Yusuf salah satu bahan pengurusan diri dan masa yang wajib kita baca.Kesimpulannya, mesej saya mudah rasanya untuk difahami, bahawa kecemerlangan akademik ini tampak menjadi kelemahan ketara musuh tradisi kita di kampus khususnya di ambang penamaan calon dalam PRK, tapi adakah ia kekuatan kita ? Dari angle akademik, apakah kapasiti perjuangan ahli-ahli jamaah hanya ‘ala kadar’ untuk hanya segulung ijazah atau ‘below 3.0’, sebaris mengambil ‘scroll’ dengan rakan-rakan yang kaki game, mat rempit, mat sports, rakan-rakan mad’u dan yang tidak sefikrah dengan kita ? Apa beza kita dengan mereka pada setiap kali konvokesyen datang ?

Akhirnya, saya menyeru semua kepimpinan mahasiswa Islam di setiap kampus, mula berfikir operasional ini secara lebih serius, membongkar ‘what’s the real problem’ dari persoalan dalam tajuk yang saya kemukakan di atas, kemudian mulakanlah perubahan dengan pimpinan, Insya-Allah ahli-ahli di bawah akan lebih bersemangat mencontohi kepimpinan. Zaman bercakap dan menyeru kepada kecemerlangan akademik tanpa kita sendiri selaku contoh dan teladan sudah tamat. Benar, kita diharamkan riya’ dan mengejar populariti diri, tapi mengizzahkan perjuangan Islam dan membuktikan wibawa aktivis mahasiswa dalam bidang akademik adalah satu tanggungjawab seiring dengan perjuangan memartabatkan semula gerakan mahasiswa itu sendiri. Benar, ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan tinggi pasca-AUKU dan ‘berbayar’ di negara kita ini, tapi andaikata kita tidak boleh mengubah arah angin, maka kita boleh mengubah kedudukan layar bagi memastikan perahu terus meluncur laju ke hadapan.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."(Q.S al-Mujaadilah: 11).

“Jika kamu banyak membaca buku, kamu boleh menguasai dunia ini” – Napoleon Benoparte.

GAMIS : Stand For What ?

Tuesday, August 28, 2007

GAMIS : STAND FOR WHAT ?

1. “G” for GERAKAN
Air gerakan yang sentiasa dicincang tapi takkan putus, sentiasa ada ruang dan ijtihad berani untuk meloloskan diri, tahu untuk memerangi kejumudan dan trial and error, tidak nostalgik sejarah lama dan tahu melakar sejarah baru dan tersendiri, berani membawa perubahan wajah dan format, tapi mengekalkan intipati dan prinsip.

Gerakan yang merumput tinggi di atas tanah, tapi kukuh mengakar di bawah tanah, merakyat pada golongan marhain, ‘cream of the society’, jurubicara ummah, ‘down to earth’, sanggup turun ke jalan raya bersama rakyat tertindas, tidak hanya berjuang untuk kepentingan kantung dan perut mahasiswa.

“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

2. “A” for AGRESIF
“Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan

“Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan (a force to be reckoned with).” - Dato’ Saifuddin Abdullah, ‘Mahasiswa, Pemikiran dan Partisipasi’

Agrersif, itulah noktah pembeza GAMIS dengan gerakan mahasiswa jamaah Islam yang lain. Agresif bukan bererti mengangkat senjata dan membawa bom dan peluru, tapi keberanian membawa mesej perjuangan kepada sasaran, sama ada diplomasi atau konfrontasi by hook and by crook. Agresif bukan kerana marah untuk membalas dendam, tapi tegas membawa idealisme dan aktivisme.

“Adalah mudah bagi setiap manusia untuk meluahkan kemarahan dan mampu bertindak mengikut kemahuan kemarahannya itu, tetapi untuk meletakkan kemarahannya itu pada orang yang betul, waktu yang tepat, tujuan yang baik, jalan yang hikmah dan tahap yang sepatutnya mereka menjadi marah itu tidak mudah dan payah untuk dilakukan.”- Nicomachean Ethics

3. “M” for MUDA DAN MENCABAR
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar." - Prof. Ungku A. Aziz

"Kepemudaan satu cabang dari kegilaan. (Hadith Nabi SAW). Memang kegilaan itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda. Tetapi setelah babak pertama dan revolusi selesai, datanglah masanya memakai fikiran dan renungan yang timbul dari kearifan." – Prof Dr Hamka, Lembaga Budi

Darah muda, gerakan pemuda. Sentiasa bersemangat untuk bekerja, tidak mandom dan menua terlalu awal, tidak muda goyah pendirian, bersuara lantang dan kuat supaya didengari dan pandangan dihormati, mencabar dan terus menggugah hatta kuasa pemerintah.

Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar Presiden GAMIS 2007-2008

“Atas nama undang-undang, mahasiswa dirompak dan dicandui, sambil meneriakkan demokrasi, sekali mahasiswa bersuara bertindak, tiada tangan menahan ombak.” – Anwar Ibrahim, Di Balik Tabir Besi

4. “I” for INDEPENDENT
· Mempunyai idealisme tersendiri, pandangan ketiga yang tidak bias kepada pembangkang atau kerajaan
· Bercakap, menyokong atau mengkritik dengan facts and figures

5. “S” for SOLIDARITI
· Bergerak sebagai satu pasukan mahasiswa nasional (SMM) melawan musuh yang satu
· Memimpin kesatuan front-front mahasiswa Cina dan India serta NGO-NGO
· Saling membantu dalam titik persamaan yang disepakati, saling bermaafan dan mengelakkan dari terjebak dalam titik perselisihan

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh :
Muhamad Syaari Ab. Rahman,
www.rijal82.blogspot.com

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"