Content feed Comments Feed

Insya-Allah, saya akan membuat sinopsis setiap slide berikut dalam bahasa Melayu untuk membantu teman-teman yang tidak mampu memahami bahasa Arab.











 



























Preview ringkas mutiara kata Prof. Redzuan Othman, Ustaz Haji Hasrizal Jamil, Pak Latip, Dr Eeman Abbas, serta bebepa lagi persembahan istimewa sepanjang Seminar Muhammad Al-Fatih pada 28 Mei 2011 di UIAM. Dapatkan segera DVD penuh Seminar dari Ibrah Paradigm Training & Consultancy.





Terima kasih tidak terhingga pada Ustaz Haji Hasrizal Jamil atas catitan berharga yang telah beliau abadikan dalam blog beliau mengenai Seminar 1453 yang telah diadakan buat pertama kali di Malaysia. Cukup bersemangat untuk melangkah lebih jauh selepas membacanya. Terima kasih Ustaz. (baca di sini)



Resolusi Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

Menginsafi bahawa ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh telah memberikan teladan untuk dijadikan rujukan dalam seminar ini buat menggerakkan kebangkitan umat Islam di segenap lapisan masyarakat, maka kami, ahli jawatankuasa penganjur, para pembentang dan para peserta Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 dengan ini bercadang untuk mengambil 5 ketetapan berikut:



1) Meratakan gerakan kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara untuk meneladani pemikiran strategik dan karakter kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih, sekaligus menyahut seruan Rasulullah S.A.W untuk meneladani sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera pembukaan Konstantinopel.



2) Memanfaatkan segala ruang dan peluang dalam menjayakan misi pencerahan dan gerakan kesedaran ini, termasuklah memanfaatkan tokoh perseorangan, organisasi-organisasi kerajaan mahupun swasta, masjid-masjid, surau-surau, institusi-institusi keilmuan, media massa dan media alternatif.



3) Mewujudkan satu platform bagi para alumni Seminar untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti gerakan kesedaran selepas ini



4) Menjadikan Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453 sebagai acara tahunan di peringkat kebangsaan



5) Memberikan komitmen untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai Al-Fatih, sistem pendidikan dan bagaimana generasi ini berjaya dilahirkan oleh sejarah Islam, dengan apa juga medium yang munasabah dan ruang diskusi yang akan disediakan oleh penganjur Seminar di masa akan datang.


Muhamad Syaari Ab. Rahman

Penyelaras,

Seminar Ibrah Pembukaan Konstantinopel 1453

28 Mei 2011

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


GAMBAR - GAMBAR SEKITAR SEMINAR (kredit gambar pada GPTD)
















KISAH TAMBAHAN




Terharu saya dengan perkhabaran dari adik junior Kisas saya dahulu, saudara Ahmad Firdaus Bin Kadir, mahasiswa Jordan sedang melaksanakan Akademi Al-Fatih di sana. Berikut saya perturunkan 7 values Al-Fatih, ia adalah "qaul jadid" saya hasil rumusan guru saya, Prof. Redzuan Othman.

Sedikit tips dari saya, serapkan secara teratur setiap values (jangan cepat melompat selagi belum hadham sebaiknya), mesti jelas fakta bagaimana setiap values punyai sandaran di sisi dua orang Muhammad tersebut, pelbagai pendekatan penyerapan values khususnya secara audiovidual dan aktiviti, dan paling penting realistikkan values sebagai penyelesaian masalah semasa diri dan organisasi.

Selamat berprogram dengan Al-Fatih :)

Montaj Rasmi IPTC

"Alhamdulillah, kita telah membuat keputusan untuk menjadikan Muhammad Al-Fatih sebagai modul utama syakhsiyah dan kepimpinan belia di IKBN seluruh negara." - Tuan Muhyidin bin Aziz, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Belia dan Sukan (Majlis Penutup Kursus)

 "Kebanyakan organisasi yang tenat telah membentuk satu keupayaan untuk menjadi BUTA kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka MENDERITA bukan disebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah mereka, tetapi kerana mereka tidak dapat melihat masalah SEBENAR mereka." - John Gardner

Murad II kepada Muhammad Al-Fatih : "The mind is always a more powerful tool than the sword."
Albert Einstein : "Imagination is powerful than knowledge"

Guess what I'm doing actually ? Ha ha. By defining, appreciating their expectation to this programme, insya-Allah, you'll have 'natural' control on their 'end in mind'. We can't force the horse to drink that water, but we can make them 'feel thirsty'. (hari kedua bersama Kementerian Belia dan Sukan)

 Bersama akhi Azuhan dari De Soul yang banyak membantu saya


 Hari kedua yang kian ceria, bersama para jurulatih Kementerian Belia dan Sukan di IKBN seluruh Malaysia.


 Hari pertama yang cukup meriah, memang sengaja perancangan saya untuk "memeriahkan". Mereka adalah para "nuqaba" Kementerian Belia dan Sukan yang ditugaskan menjadi "Mus'ab bin Umair" pada Institut Kemahiran Belia Negara seluruh tanah air. Mereka mahu membawa pulang "Al-Fatih" dalam budaya pengurusan IKBN mereka




Hampir dua tahun saya berada dalam dunia training yang berasaskan 70 % peranan powerpoint dan muzik. Terima kasih pengalaman silam. Kini saya telah berdikari dan lebih matang, yakin dengan upaya sendiri. Alhamdulillah, bersama 30 peserta Kementerian Belia Sukan baru-baru ini, saya bawakan 70 % bengkel face to face peserta dengan saya, LDK dan peranan whiteboard. Pengalaman training PSMB sungguh membantu.











Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"