Content feed Comments Feed

Di Sebalik Tabir Meeting Itu...

Saturday, April 16, 2011


Gambar Hiasan
Artikel ini tiada kaitan dengan yang hidup dengan yang mati :)


"Ana tidak setuju dengan pandangan saudara Abdullah. Ana melihat isu itu dari satu sudut ia bagi kelebihan pada kita....", Fatihah mula bersuara. 


Suasana 'mandom' di awal meeting tadi seolah-olah disergah oleh "sang kilat" dari sayap kiri bilik mesyuarat persatuan. 


Siapa tidak kenal Fatihah, terkenal kalangan muslimin sebagai muslimat yang 'tak pandai nak berhenti' bila berbicara. Ada sahaja ceritanya. Tidak diambil pedulinya apa kata muslimin padanya.



"Pandangan anta kabur akhi. Ana tidak jelas apa point anta sebenarnya. Ce citer elok-elok biar kita semua faham", Maisarah mencelah. 


Watak Maisarah pula cukup konsisten dalam mesyuarat. Terkenal juga sebagai kaki filem Melayu, blog dia sentiasa update dengan analisa filem-filem terkini yang dia tonton, termasuk "Hantu Kak Limah". Namun dalam mesyuarat, Maisarah bukan sehebat yang dilihat di blognya. Maisarah selalu memakai 'topi biru', kurang memberi pandangan, tetapi suka menilai cara memberikan pandangan. Cukup pelik sifatnya itu, namun sukar untuk diubah.



"Awat hangpa semua ni asyik dok kritik jah. Apa cadangan hangpa semua?", Zubaidah, muslimat nombor dua terpenting dalam persatuan itu mula juga bersuara.


 "Tenang Zubaidah, cakap elok-elok pada muslimin. Jaga adab anti.", bisik Khaulah pada Zubaidah. Khaulah cuba menenangkan Zubaidah. Sudah dua jam mesyuarat berlalu, keputusan besar mesti dibuat pada malam itu juga.


Zubaidah, seorang yang cukup pekat lidah Kedahnya, tiada yang boleh mengubah kepekatan itu melainkan segelas kopi Radix HPA atau bisikan Khaulah sahaja. Posisinya yang dilihat 'keras' dikombinasi sebaiknya dengan Khaulah, orang nombor satu muslimat dalam persatuan itu yang terkenal dengan sifat lembut dan 'keibuan'nya dalam persatuan. Meskipun tampak keras nada bahasa Kedah Zubaidah, namun semua ahli mesyuarat sudah lama mengenali Zubaidah, bahkan muslimin sentiasa menyebut namanya sebagai icon muslimat yang mudah 'masuk' dengan muslimin. Kritisnya dalam mesyuarat tidak pernah diduga oleh sesiapa yang pernah bekerja dengannya di medan lapangan.


Khaulah pula sebaliknya. Semua ahli mesyuarat mengenali Khaulah sebagai seorang yang lembut hatinya dan mudah menangis dalam mesyuarat!  Tamrin X telah mencipta persefahaman luarbiasa antara pimpinan muslimin dan muslimat mengenai karaker masing-masing, termasuk Zubaidah dan Khaulah.



"Hopefully, this simple statistic that I gave to you will open our mind. Please, no more comfort zone decision.", Noraini cuba menyatakan sesuatu.


Noraini bukan Timbalan Ketua Biro R & D, tetapi bicaranya selalu bermain dengan angka dan kertas. Mungkin pengaruh Engineering kuat mencengkam cara fikirnya. Masakan tidak, buku dan akhbar NST sentiasa di tangan. Noraini pernah digelar 'muslimat Dell' kerana laptopnya adalah laptop paling besar berbanding orang lain, namun sentiasa dibawa ke sana sini dengan broadband berbentuk pendrive yang sentiasa di laptopnya. Barangsiapa yang tidak pernah berbicara dengan Noraini, pasti akan menyangka beliau adalah foreigner lantaran fasihnya Bahasa Inggerisnya.



"Kami bersetuju dengan pandangan Presiden, cuma kami harap kita memberi lebih tumpuan pada pelaksanaan. Kerana bab itu sentiasa "hampeh!",  Diana turut sama tidak mahu ketinggalan dalam mesyuarat.
 

Diana yang terkenal dengan sifat otainya. Kekadang dia agak kurang disenangi oleh segelintir pimpinan muslimin. Diana pernah ditegur secara baik oleh Presiden untuk mengurangkan sedikit 'ton' kasarnya. Ternyata, nampak perubahannya sedikit demi sedikit dalam mesyuarat. Namun sesekali Diana tidak dapat menyembunyikan bahasa-bahasa 'rasmi' nya. Semua ini kesan 'sosial'nya dengan sisters sama ada di kelas mahupun kolej asrama. Diana sebenarnya calon Majlis Perwakilan Pelajar yang meraih undi mahasiswa paling popular di kampus tersebut dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. Ternyata kata-kata pedas muslimin  'anti ni sosial sangat' dilihatnya secara positif, dijadikan satu potensi dan kekuatan yang tidak dimiliki oleh teman-temannya sepersatuan dengannnya yang majoritinya bertudung labuh.



"Mana lagi muslimin ini. Bila nak datang. Kita sudah kian tergugat kuantiti dan kualiti. Kau tengok tu, semua muslimat yang datang siap bawak buku sebijik kat tangan.", bisik Karim pada Abdullah, timbalannya.


Karim, Presiden persatuan, mula tersipu-sipu menggaru kepala. Tidak seperti mesyuarat-mesyuarat sebelumnya, kali ini agak nampak jelas kekusutannya. Karim kantoi kali ini, dia gagal control machonya kali ini sebagai Presiden.


"Ana ada dengar diorang buat kempen membaca sesama muslimat. Kita tak tahu menahu pulak kempen itu. Muslimin under attack dah ni Shekh.", Abdullah menambah kekusutan Karim.


"Shaari, kau tulis apa tu atas kertas....Biar betul kau!", Abdullah mengherdik Shaari. Kebetulan, Shaari merupakan Setiausaha persatuan tersebut, sentiasa bermain dengan kertas dan pen mencatit minit mesyuarat, sama ada yang tersurat, apatah lagi yang 'tersirat'.

Dari kejauhan, Abdullah nampak di atas kertas Shaari tertulis, "Usul Muktamar : Pemerkasaan Gerakan Muslimin"!!!


TAMAT

Nama-nama di atas hanyalah imaginasi penulis, tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati atau yang sedang berada angkasa lepas :)


Moral Kisah 

Inilah siaran langsung adegan gerakan muslimat yang saya impikan. Saya menulisnya kerana membaca banyak artikel yang bersifat provokatif atau kritikan membina kepada gerakan mahasiswi di kampus.


Jika diamati, banyak 'subliminal messages' saya masukkan. Jangan lupa, saya seorang muslimin. Justeru, mana-mana muslimin yang membaca, jangan terasa sangat, kita positif menerima hakikat kekadang situasi di atas boleh berlaku dalam rutin organisasi kita :)


Gerakan muslimat bukan 'silent' majority di kampus, tetapi mereka adalah individu-individu yang mesti berpengaruh dari pelbagai sudut yang diperlukan organisasi. Berpengaruh tidak bererti sama sekali menjadi popular. Berpengaruh adalah soal membina potensi diri dan kompetensi.


Muslimat yang ideanya kritis, konstruktif dan jelas, pada masa yang sama mampu mengasimilasikan dirinya dalam pasukan organisasi, menjaga adab-adab syariah dan adab-adab berjamaah, tetapi tidak menjadikan adab-adab organisasi sama ada adab syariatullah mahupun adab sunnatullah sebagai batu penghalang untuk menjadi pemimpin 360 darjah berpengaruh!


Muslimat tidak perlu mendesak menjadi YDP persatuan atau mendesak jawatan Naib Presiden parti untuk berpengaruh. Ketepikan posisi, utamakan potensi. Serlah dan gilapkan sekali, buktikan "Power, Power, Power" anda dengan :

1. Kemampuan mengutarakan idea dengan JELAS dan TERANG (tidak perlu mahir pengucapan awam pun)

2. Keberanian mengkritik dengan KONSTRUKTIF dan HUJAH (tidak perlu sampai membawa statistik dan terlalu 'matematik' dalam organisasi, atau kena menghafal ayat-ayat Al-Quran atau kata-kata para ulama untuk berhujah. Just utarakan sahaja hujah kritikan anda selagi anda yakin ia bernas dan membantu proses membuat keputusan)

3. CEMERLANGkan diri anda dengan disiplin sedia ada (akademik pengajian) dan disiplin yang belum ada (potensi dan keperluan semasa organisasi). Bahasa 'aksi' di luar mesyuarat adalah bahasa yang memang mampu melunakkan hati muslimin 'keras' di pentas mesyuarat :)

Gambar Hiasan

11 Responses to Di Sebalik Tabir Meeting Itu...

  1. salam... saya tertarik pada perenggan ini..

    Gerakan muslimat bukan 'silent' majority di kampus, tetapi mereka adalah individu-individu yang mesti berpengaruh dari pelbagai sudut yang diperlukan organisasi. Berpengaruh tidak bererti sama sekali menjadi popular. Berpengaruh adalah soal membina potensi diri dan kompetensi.



    saya menilai penulisan ustaz dengan berpandangan bahawa kualiti seorang lelaki itu tidak hanya dengan populariti tapi LEBIH dari itu.. walaupun kadang2 saya lihat penyakit silent majoriti ini semakin berleluasa.. tapi mereka perlu betulkan keadaan dengan mengubah perspektif masyarakat kpd mereka..

     
  2. NAJWA HAMALI Says:
  3. Salam. Alhamdulillah. Saya memang berharap sangat ada muslimin yang boleh membuat pencerahan isu ni. Tak sangka ustaz berjaya melakukannya.

    Muslimat sekarang dah mula sedar akan isu ini dan isu silent mode ini hanya berlaku di sesetengah kampus sahaja. InsyaAllah, moga2 gelombang kesedaran ni dapat diadaptasi oleh semua aktivis mahasiswi..

    Actions louder than speaks..
    muslimat!power!power!power

     
  4. Ahmad Ashraf Says:
  5. Alhamdulillah, tq abg kerana membuka minda ana. Ana hampir buntu untuk masalh ini, seringkali jadi masalah bila bermesyuarat bersama muslimat.

    Pernah kita tanya lebih2 muslimat, tapi mereka jawab "Ustaz, minta thiqoh dengan muslimat". An pon thiqoh la abg, tapi bila tiba hari kejadian pelaksanaan hasil mesyuarat. Pelaksanaan muslimat betul2 CONTRA dengan muslimin.

    Anyway, thanx for the smooth provocation.

     
  6. Rijal82 Says:
  7. Perkongsian bermakna Asyraf.

    Smooth provocation, ana suka istilah tu Asyraf.

    Lagi best juga guna istilah 'subliminal message'. Bahasa konspirasi lagi best :)

     
  8. Rijal82 Says:
  9. "like" pandangan Amirah.

    Najwa, maafkan ustaz guna tajuk yang hampir sama dengan tulisan anti. Tiada lain diniatkan kecuali saling melengkapi :)

     
  10. NAJWA HAMALI Says:
  11. khair saja ustaz..

     
  12. Anonymous Says:
  13. Assalamualaikum..khair, syukran ust u perkongsian..membaca sambil befikir..
    "erm, aku mcm 2 ke ye dlm metg.."
    "ke, aku bnyk sgt ckp,bg idea..sehinggakan shbt muslimat lain jd diam n xtaw nak kate ape.."
    "mmg masuk tiun ape yg min nak ni, so bedal je bg idea.."

    hehe..i was thinking, whoaaaa!! kalo la muslimat ni sume aktif belaka mesti metg jd effective xpun mesti meriah..

    ustaz, muslimin ni cepat tercabar ke kalo mat lebih terkehadapan??

    sbb, ana just wonder dgn riak wajah muslimin bila mat aktif bercakap..[seolah2 xberapa suka]..ke imaginasi ana je..

     
  14. Rijal82 Says:
  15. Terima kasih Anonymous.

    Muslimin akan tercabar jika "terkehadapan" itu atas dasar "tak de keje". Tapi jika terkehadapan itu untuk berikan hujah dan pandangan, muslimin yang tercabar perlu muhasabah semula soal hati dalam organisasi ini.

    Paling penting, jangan wujudkan budaya cabar mencabar dalam organisasi apatah lagi organisasi dakwah Islam :)

     
  16. Anonymous Says:
  17. khair..syukran atas pandangan ustaz..

    because we're not COMPETE but we're COMPLETE =)

     
  18. Subhana-Allah, sebuah cerita yang menyampaikan apa yang perlu disampaikan.

    Rupa-rupanya Ustaz Syaari juga berbakat dalam penulisan kreatif, insya-Allah selepas ini tulis novel pula ya :)

    Kuasa cerita sememangnya sebuah wadah dan wasilah yang disunnahkan oleh Allah melalui al-Quran dan Rasulullah melalui hadis-hadis Baginda, semoga kita mampu menyampaikan cerita-cerita yang memberi ibrah kepada ummah. Amin ya Rabb.

    p/s: Ana tunggu proposal novel sulung ustaz... :)

     
  19. Salam ustaz. nak share kat facebook

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"