Content feed Comments Feed

Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim

Sunday, October 12, 2008


Buku ini merupakan satu analisis objektif tentang perancangan yang amat teliti oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga membolehkan parti Pembangkang menguasai lima negeri dan 82 kawasan parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, lantas menghalang parti pemerintah Barisan Nasional daripada mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. Penulis buku ini memfokuskan kepada perincian strategi yang dirancang oleh Anwar Ibrahim yang memakan masa berbulan-bulan lamanya sebelum pilihan raya umum diadakan dan cara beliau telah melaksanakan strategi itu dengan jayanya. Isu yang ditonjolkan oleh Anwar Ibrahim serta faktor-faktor yang membantu dan mendorong beliau untuk mencapai kejayaan yang bersejarah turut dibincangkan. Buku ini juga turut membentangkan teori-teori dan penjelasan yang menarik tentang bagaimana Barisan Nasional yang pada suatu ketika dahulu amat sukar untuk ditewaskan telah menjadi lemah dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum tahun 2008.

Buku ini juga menyingkap pelbagai aktiviti dan sumbangan Anwar Ibrahim sejak dari zaman beliau menjadi pemimpin pelajar, peningkatan beliau yang begitu cepat dalam UMNO dan dalam kerajaan serta perjuangan beliau yang tidak henti-henti dari dalam penjara sehingga beliau muncul semula di arena politik dengan lebih gilang gemilang. Tiada lagi yang perlu dipersoalkan apabila beliau dianggap sebagai bakal Perdana Menteri. Buku ini juga meneroka implikasi kemungkinan Anwar Ibrahim kembali ke parlimen sebagai Ketua Pembangkang menerusi pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Akhir sekali, peluang Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri juga dibincangkan. Maka tidak hairanlah bahawa walaupun Pilihanraya Umum 2008 telah pun berlalu, strategi kemenangan Anwar Ibrahim terus mendominasi arena politik di Malaysia di sebalik penahanan dan pertuduhan terhadap beliau baru-baru ini.

Buku ini bakal menjadi bahan bacaan yang sangat menarik dan mampu memprovokasi fikiran penganalisis politik, penggemar politik, para individu yang bercita-cita untuk memegang kuasa politik, ahli-ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat dengan senario politik Malaysia.

1 Response to Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim

  1. Menarik sungguh blog anda ini.

    Ada idea yang baik, di sini, dan saya ingin mendalamnya lagi.

    InsyaAllah saya ke mari lagi...

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"