Content feed Comments Feed

Merajah ‘Historical Ending’

Tuesday, June 24, 2008

Turki boleh buat counter attack saat-saat akhir EURO 2008, takkanlah sahabat2 Gamis yang banyak menjadikan AKP Turki sebagai idola gerakan tak dapat nak serap spirit luarbiasa yang ada pada pemain-pemain Turki di EURO 2008 untuk Gamis bangkit lebih hebat last minute selepas dikatakan lesu dan mandom selepas PRU.” Bisik seorang sahabatku peminat fanatik Turki selepas menyinggung bacaan seniorku, Muhtar Suhaili yang mengulas dengan baik di sebalik kemenangan pasukan Turki ke separuh akhir EURO 2008.


Setelah Croatia menjaringkan gol pada minit ke-119 dengan pemain serta peminat Croatia sedang galak meraikan sambutan kejayaan jaringan gol tersebut, Turki tiba-tiba berjaya menjaringkan gol penyamaan dan seterusnya menang melalui penentuan tendangan penalti!



Semasa berdepan Republick Czech di pusingan akhir peringkat kumpulan, Turki ketinggalan 0-2 sehingga perlawanan memasuki minit ke-74 sebelum menjaringkan satu gol pada minit ke-75. Akhirnya, Turki menundukkan Republik Czech dengan menjaringkan dua gol ketika perlawanan sebenar tinggal tiga minit untuk tamat.



Sebelum itu, meskipun kalah 0-2 pada perlawanan pembukaan menentang Portugal, Turki telah berjaya bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk mencapai kemenangan dramatik 2-1 ke atas Switzerland dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.



Kunci kejayaan Turki ialah semangat juang anak didik Fatih Terim yang luarbiasa dan oportunis mengambil peluang di celahan kelemahan lawan dalam setiap minit bola di atas padang. Bayangkan Turki menghadapi masalah penggantungan penjaga gol utama, Volkan (penjaga gol utama), Arda Turan (pemain tengah), Tuncay (penyerang) dan kehilangan perancang utama, Emre dan penyerang berbisanya Nihat serta Servet (bek tengah) dan Emre Gungor (pertahanan) yang tercedera. Kemudian dengan hanya ada 13 pemain sahaja di atas kertas sehingga penjaga gol simpanan, Tolga mungkin digunakan menjadi pemain pertahanan untuk berhadapan dengan Jerman, serta beberapa kali rekod ketinggalan dalam perlawanan, akan tetapi “semangat melawan dan mencabar” pasukan Turki sentiasa membakar sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Mereka bermula dengan kegagalan, tetapi mereka melakar ‘historical ending’ di penghujungnya. Mereka “dare to fail at first to gain the victory later”.


Mampukah spirit Turki itu menyerap ke dalam Gamis 2007/2008 sebelum beralih kepimpinan baru tidak lama lagi? Mampukah Gamis dengan 'lesen' NGO yang telah diberikan melunaskan lagi beberapa projek mega tertunda Gamis antaranya untuk membuat percubaan memanggil dua tokoh besar negara iaitu Haji Abdul Hadi Awang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad atas satu pentas Syarahan Perdana mengenai kedaulatan Malaysia (pasca kekalahan mempertahan Pulau Batu Puteh) dan Pengerusi Helwani Gamis berdiskusi tentang penindasan wanita di abad 21 dengan Menteri Pembangunan Wanita , Ustaz Hasrizal Jamil dan wakil Sister in Islam.


Tunggu dan lihat...Ini bukanlah 'historical ending', ini adalah 'historical beginning' kepada GAMIS untuk melunaskan tanggungjawabnya dengan lebih agresif dan pro-aktif, sebagai suara mahasiswa Islam di kampus dan jurubicara ummah pada masa yang sama.

0 Responses to Merajah ‘Historical Ending’

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"