Content feed Comments Feed

Alhamdulillah, pada malam ‘keramat’ itu (27 Mei) aku dan rakan-rakan reserch team dipertemukan dengan hampir kesemua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas. Namun apa yang paling mengejutkanku pada malam tersebut apabila diminta masuk dalam LDK Senator Mumtaz yang kelihatan berseorangan pada malam tersebut menantikan kalau-kalau ada tenaga akademik yang hadir dan menawarkan diri membantu beliau membuat cross-check kepada kesemua 28 kementerian Malaysia, bukannya satu-satu pengkhususan pemantauan sebagaimana MP Pas di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa ini jugalah aku mula teringat-teringat betapa berharganya mutiara ilmu Cikgu Siti Arpah yang pernah mengajarku fungsi dan beza Dewan Rakyat dan Dewan Negara, salah satu sub-topik dalam subjek Pengajian Am 1 (Kenegaraan) semasa mengambil STPM di KISAS dahulu. Sebab itu aku tidak terkejut jika ada 6 orang Ahli Parlimen dan 13 ADUN pada hari dari KISAS@KIK kerana kurikulum pengajian di bumi waqafan itu sudah membentuk ‘minda negawaran’ sehingga menjadi ‘course outline’ Pengajian Am 1 iaitu lawatan ke sidang Parlimen di Dewan Rakyat atau Dewan negara. Mungkin boleh aku cadangkan pada GAMIS utk bawa cadangan kepada kerajaan untuk menjadi subjek ini bukan lagi sebagai ‘elective courses’ kepada pelajar lepasan SPM, tetapi juga sebagai ‘core-courses’ kesemua mahasiswa IPTA sebagai salah satu cara menangani penyakit “aku tidak pedulism” dan apa yang dikatakan “universiti tempat penyembelihan” oleh Abul A’la Maududi apatah lagi dengan ura-ura KPT tidak serius untuk meminda dan memansuhkan AUKU sebagaimana diwar-warkan sebelum ini.

Malam itu menyaksikan soal ‘kepakaran’ (ijazah dalam bidang apa) sangat menjadi critical consideration MP. Maka terpaksalah aku mencari MP yang tidak ambil kisah sangat jurusanku dalam ‘bahasa arab’ yang aku dapat rasakan kurang ‘marketable’ kalau nak bantu MP-MP ini. Maka kutemui Senator Mumtaz…

“kita ada 28 kementerian. Sekurang-kurangnya 82 soalan perlu dihasilkan dengan 4 senator dari Pas yang ada sekarang ini. 1 kementerian kamu kena fikirkan 3 soalan.” Itulah ‘muqaddimah’ Senator Mumtaz pada pertemuanku dengannya malam itu. 2 jam pertemuan dengan beliau dalam LDK tersebut hanya sempat 3 kementerian sahaja aku brainstorm dengan senator Mumtaz. Turut sama ada Senator Yusuf Husin yang pernah merengkok dalam ISA yang baru dilantik kerajaan Kedah. Mujurlah Yamin dari UPM yang datang ‘tak sengaja’ malam itu banyak membantuku ketika ‘diasak’ oleh senator utk cadangkan 3 soalan bertulis utk diajukan di sidang Dewan Negara 23 Jun nanti. Tatkala rakan-rakanku dalam LDK lain mungkin hanya memikirkan dari satu dua ruang lingkup kementerian sahaja, aku terpaksa menyambung mesyuarat dengan senator Mumtaz ke masa lain kerana ada baki lagi 25 kementerian perlu dibraintorm “gila-gila” dengan soalan-soalan lisan, bertulis, tambahan berdasarkan fakta-fakta atau isu-isu yang tidak keluar dalam mainstream newspapers.

Bermula dengan kementerian pelajaran yang sarat dengan isu-isu seks rambang di sekolah menengah, sehinggalah kepada kementerian belia dan sukan yang sarat dengan isu pendidikan seks PLKN dan mentaliti zero-sum dalam objektif kesukanan, then kementerian pengangkutan yang menyentuh isu rapidKL, kesemuanya beliau yang lebih banyak bercakap dan kami mendengar. Hebat sungguh minda negawaran Senator Mumtaz, hampir semua kementerian beliau ada point, semacam almarhum Dr. Zulkifli Mohamad yang capable untuk membahaskan apa jua isu di Parlimen. Kekadang kami terbawak-bawak dengan budaya ‘menggoreng’ fakta, maka senator menegur kami supaya soalan itu mestilah “soalan”, bukan perbahasan atau paparan fakta yang meleret kerana tidak boleh lebih dari 45 patah perkataan.

Berada selama 2 jam dengan senator Mumtaz menyebabkan aku baru terfikir kenapa PKPIM pernah cadang adakan wakil mahasiswa dalam Dewan Negara tatkala pada masa itu PMN mahukan ada wakil mahasiswa dalam Dewan Rakyat (yang mungkin akan duduk sebelah dengan YB Ibrahim Ali kerana ‘bebas’ idealisme perjuangan). Terima kasih Senator Mumtaz kerana menjadi ‘inspiring leader’ keduaku selepas IR Nizar.

What is needed now is not a shining sword, but a very sharp mind” – Saying of A Sage


Hari ini bersempena memperingati 60 tahun Nakbah Palestin, PAS, ABIM, TERAS, JIM, GAMIS, KARISMA, PKPIM, ISMA sera IMAM (front dakwah Wufi-Pkpim-Karisma) UIAM telah berhimpun secara aman bagi menyampaikan memorandum bantahan pendudukan Israel secara haram di Palestin.


Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin sejak 4500 tahun lamanya. secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.


Antara yang paling kejam dari nakbah atau malapetaka ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya. Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, "Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu".


Hari Ini Kutemui "Anwar" Dalam PAS

Wednesday, May 14, 2008

He who reads and practices what he read will rule the world” – Napoelon Benoparte






Terus terang aku katakan, aku mengkagumi Anwar Ibrahim. Bagiku, sikap dan pendekatan perjuangan lampau beliau bersama BN dahulu seharusnya tidak menjadi hijab aktivis mahasiswa Islam dari mengambil apa yang positif dari karakter dan pemikiran bekas aktivis UM semasa Demontrasi Baling 1974 ini. Bukan sekadar orator (pemidato) yang boleh memukau rakyat berbilang kaum yang hadir termasuk grassroots Umno yang curi-curi dengar, tetapi juga seorang ‘master designer’ dan ‘silent strategis’ yang menjadi pemain utama melakukan ‘volkano politik’ (meminjam istilah Tuan Guru Presiden Pas menggantikan perkataan ‘tsunami’) sehingga BN hilang 5 negeri dan 1 wilayah tanpa diduga. Lihat sahaja grand-design bekas Menteri Kewangan ini dalam Agenda Ekonomi Baru (http://www.keadilanrakyat.org/library/documents/AEB.pdf)
yang dikemukakan pada PRU 12 sehingga menjadi salah satu faktor PKR menjuarai carta juara parti pembangkang di Parlimen Malaysia hari ini. Benarlah, bahawa kunci kejatuhan parti pemerintah BN kali ini apabila masalah rakyat bukan lagi bersangkut paut dengan soal pertembungan ideologi yang di awang-awangan semata-mata, tetapi sudah menyentuh poket dan periuk nasi mereka sendiri. Lantas gagasan agenda “ekonomi” (PKR) beriringan dengan “kebajikan” (PAS) muncul sebagai formula ajaib menafikan 2/3 penguasaan BN di Parlimen, formula yang mirip strategi dan ‘branding’ AKP.


"AKP leaders made it clear from the very beginning that they are not going to be a party of ideology, but rather a party of service," Ibrahim Kalin, professor George Washington University professor and chairman of Foundation for Political, Economic and Social Research (SETA) di Turki.

Selepas kehilangan negarawan terbilang seperti Burhanuddin Helmy, Dr. Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Nor, aku sentiasa terfikir adakah PAS perlu terus bertongkatkan Anwar untuk menjadi ‘arkitek’ dan mainstream player pada kemenangan lebih besar politik Islam di Malaysia pada masa akan datang? Aku memburu jawapan…

Akhirnya, Alhamdulillah, Majlis Makan Malam Media-Blogger Alternatif semalam telah memberikan aku satu jawapan yang merangsang semula semangatku yang dahulu pernah pesimis dengan “the old guards” dalam PAS. Hasratku untuk melihat seorang pemimpin muda PAS ini yang dikatakan mempunyai karisma kepimpinan yang sangat magnetik dengan menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina akhirnya tercapai selepas kecewa beberapa kali sebelum ini. Berbanding jawapan yang diberikan YB Tuan Guru Presiden, YB Ronnie Liu, serta wakil Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah, jujur kukatakan pada malam itu aku lebih terkasima dengan jawapan dan kefasihan pidato spontan YAB Ir Nizar, penuh keyakinan dengan selang seli antara bahasa Melayu, Inggeris dan diselitkan dengan ayat-ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih. Seolah-olah jawapan itu dirancang oleh P.A beliau dengan rapi, tapi hakikatnya ia adalah jawapan spontan.

Aku tidak pasti sejak bilakah Nizar membuat persiapan sehingga menjadi pemimpin muda Pas yang sangat melengkapi ciri-ciri seorang negarawan. Aku cukup yakin beliau tidak menyangka akan menduduki kerusi nombor satu negeri Perak tersebut dan PAS sendiri mungkin tidak menjangka akan memiliki MB semuda dan sehebat beliau. Kalau aku diberikan ruang untuk mencadangkan siapakah calon PM dari PAS, terus-terang kukatakan Nizar adalah pilihan yang terbaik, bukan sekadar dari sudut ‘tarbiyah’ yang beliau terima sendiri bermula dari peringkat akar umbi PAS sehinggalah ke alam kerajaan campuran PR saat ini, bahkan kefasihan dan energetik pidato beliau dalam masa yang begitu singkat semalam sudah cukup memukau bloggers. Antaranya apabila beliau memberikan satu penghargaan kepada RPK (Raja Petra Kamarudin) dan semua bloggers :

“If they arrest you because you want to “send Altantuya murderer to the hell’, I want to say tonight let send bloggers to the paradise.”

Ir Nizar terus menerima tepukan gemuruh bloggers apabila beliau mengemukakan saranan yang agak bertentangan dengan panelis lain iaitu mengharapkan bloggers dapat menukarkan ton kritikan tajam tetapi konstruktif mereka bukan sahaja kepada kerajaan Pusat BN, tetapi juga kerajaan-kerajaan negeri PR. Suatu kenyataan yang aku kira tidak akan keluar dari mana-mana pemimpin parti politik melainkan yang benar-benar ikhlas mahu mereka ditegur oleh rakyat sebagaimana Umar mahu ditegur oleh seorang wanita walaupun dengan pedang (seperti kata ahli Parlimen Alor Gajah DAP, Fong Poh Kuan)

Kini, hasrat hati ini supaya Allah mendatangkan “Anwar Ibrahim” kedua dari sibghah (acuan tarbiyah) PAS itu sendiri nampak semakin jelas dengan lahirnya national future leader seperti Nizar yang umum tahu beliau fasih berbahasa Tionghua dan Tamil untuk memenangi hati kelompok terbesar di Malaysia selepas Melayu, satu ancaman mahabesar kepada survival Umno-BN. Benarlah penguasaan bahasa bukan segalanya, tapi dakwah mungkin bermula dengannya. Tahniah Nizar.

Moga rakan-rakan aktivis kampus boleh menjadikan beliau salah seorang dari idola dan ‘inspiring leader’ untuk masing-masing melakukan self-projection untuk memacu perjuangan Islam ke posisi politik yang paling tinggi di Malaysia. Mungkin ramai bimbang nasib PR dengan ketiadaan Anwar, tapi aku akan katakan “kita masih ada Nizar”. Mungkin beliau akan lebih berbisa dari Anwar. It’s matter of time…Just wait for him...

Syria, Moga Bertemumu Lagi...

Monday, May 12, 2008


Menemui sahabat-sahabat aktivis gerakan

Buat rakan-rakan yang mahu berkongsi pengalaman 10 hari saya di bumi anbiya Syria, boleh melihat gambar-gambar di sebelah kiri blog ini atau untuk lebih detail, klik sahaja :

http://profiles.friendster.com/rijal82

Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan tulis rumusan pengalaman terbaik penuh bermakna saya perolehi dari Damsyik, Maloula, Busrah, Aleppo, Homs dan Hama.

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"