Content feed Comments Feed




Saya berkesempatan bertemu dengan sifu saya, Ustaz Hasrizal selepas Talk "Muslim U-Turn?" anjuran Ma'ruf Club di UIAM semalam. Berbekalkan pengalaman Ustaz Hasrizal sendiri yang berada dalam bidang pengajian Master ini, saya meminta pandangan topik yang sewajarnya saya buat kajian di peringkat Master nanti kerana berkemungkinan saya akan melakukan 'hijrah akademik' buat kali ketiga dalam hidup saya. Kali pertama di KISAS, dari aliran Sains SPM ke aliran Sastera-Agama STPM. Kali kedua di UIAM, dari bidang pengajian Syariah (sejak dari Madiwa-Al-Azhar) ke Bahasa-Sastera Arab. Kali ketiga juga berkemungkinan di UIAM, dari Bahasa dan Sastera Arab ke pengajian Sejarah dan Peradaban (cabang Sains Kemanusiaan).

Mungkin bagi sesetengah sahabat-sahabat bersangka saya tidak tetap prinsip, namun bagi saya jika sebelum mengambil Master, saya wajar diberikan 'kebebasan' berfikir dan mereka gaya berfikir yang pelbagai disiplin ilmu. Ada disiplin ilmu yang menyebabkan saya melihat sesuatu secara 'mikroskop' dan teliti, ada disiplin ilmu yang menyebabkan saya menyelinap masuk ke dalam kotak pemikiran dan mentaliti manusia, dan ada disiplin ilmu yang mampu menjawap masalah dan cabaran masa depan. Saya mahu mencari-cari erti sebenar kepuasan hidup dengan bidang ilmu yang paling 'ghairah' untuk diterjuni. Namun apabila sudah memasuki period Master, bermulalah fasa fokus dan membina upaya kepakaran diri. Dalam situasi 'lompat akademik' ini, Almarhum Prof Zulkifli Muhammad dan Prof Burhanuddin al-Helmy adalah idola saya.

Mujurlah saya melambatkan pengajian Master. Kalau tidak, saya akan Master dalam bidang yang hakikatnya memberikan 'sijil dunia' kepada saya, tetapi tidak memberi kepuasan hidup kepada saya untuk menyumbang kepada gerakan Islam di Malaysia.

Kerana bagi saya, saya mahu kembali ke dunia akademik tidak lama lagi kerana keinginan mendalam dari benak hati saya sendiri yang mahu melihat dan mencorak masa depan Islam dengan berbekalkan pedoman khazanah sejarah yang jarang diteliti secara mendalam dan 'mikroskop' oleh pejuang Islam kontemporari itu sendiri.

Saya tidak mahu mengambil Master hanya kerana bimbang 'apa kata orang nanti' atau sekadar memikirkan periuk nasi kehidupan mencabar pada masa depan yang menuntut bidang kerja yang lebih kompeten, atau kerana menyahut seruan keluarga, atau kerana ramai sahabat-sahabat saya yang sedangpun mengambil Master.

Pertemuan dengan Ustaz Hasrizal semalam walaupun ringkas sangat bermakna. Pengalaman Ustaz mengambil Master dalam Peradaban Islam di UIAM adalah suatu testimoni yang wajar saya teliti kerana kemungkinan track itulah juga akan saya lalui.


Selain mendapat motivasi dari ustaz agar terus thabat dengan pilihan Master di UIAM kerana kelebihannya dari sudut 'kebebasan berfikir dan sifat akademiknya' yang tidak didominasi oleh mana-mana aliran pemikiran tertentu, di samping kelebihan bahasa Inggeris serta sifat antarabangsa pelajarnya, saya juga dicadangkan oleh Ustaz agar mesti bersedia dengan tajuk kajian sejarah era Usmaniah dengan tajuk yang lebih spesifik, bukan mencapah dan simplistik. Lantaran beban sangat 'menakutkan' andaikata tersilap memilih tajuk, apatah lagi yang mencapah.

Lantas saya meminta cadangan tajuk dari ustaz jika era 1453 atau Sultan Muhammad al-Fateh akan menjadi fokus kajian saya, yang mana kajian tersebut jarang dilakukan di Malaysia, tetapi sangat memaknakan perjuangan Islam di Malaysia.

Sebelum Ustaz mengeluarkan beberapa lontaran idea di hadapan jamuan ringan yang disediakan oleh urusetia (maafkan saya Ustaz jika mengganggu hi-tea Ustaz), Ustaz memberikan ingatan supaya tidak mengkaji Usmaniah secara populis ataupun mencari topik-topik mahupun pendekatan penulisan tertentu yang hanya boleh menyebabkan masyarakat kagum dan berbangga dengan 'hero-hero' Usmaniah, namun mereka pemikiran mereka terus kontang dari pengajaran dan spirit yang cuba disampaikan oleh generasi terdahulu. Kajilah secara akademik dan ilmiah, susah mahupun mudah, sejarah hitam mahupun putih dari apa yang berlaku pra dan pasca 1453.


Ustaz juga mengingatkan saya supaya bersedia dengan subjek "Research Methodology" kerana pengalaman beliau agak 'pahit' dalam subjek di awal semester Master ini.

Antara tajuk-tajuk yang dicadangkan Ustaz Hasrizal untuk saya kaji adalah :

1. Pasca 1453 - Legasi Sultan Muhammad al-Fateh dari sudut polisi pemerintahan dan kesannya pada Muslim dan non-Muslim di bawah empayar Usmaniah

2. Hubungan antara kaum sepanjang pemerintahan Muhammad al-Fateh

3. Sistem ketenteraan Usmaniah pada era Muhammad al-Fateh - membongkar di sebalik maksud "sebaik-baik tentera" oleh Rasulullah S.A.W

Ustaz juga berkongsi cabaran yang perlu dilalui oleh saya kerana Master dalam sejarah Usmaniah di UIAM memungkinkan saya perlu lebih bermandiri dan berdikari, kerana belum pasti ada atau tidak guru yang benar-benar 'faqih' dan 'well-connected' dengan khazanah dari bumi Usmaniah sendiri iaitu Turki.

Kebanyakan pensyarah yang ada - pada saat ini - dalam subjek ini mampu menjadi 'penyampai' yang berkesan dalam kelas, tetapi belum tentu mempunyai hubungan dan pengalaman yang sarat dengan sumber-sumber primari dari Turki sendiri. Ustaz mempunyai ramai Turkish housemate dan kenalan yang kini menjadi pensyarah universiti-universiti di Turki. Di sinilah Ustaz menekankan hubungan saya dengan pelajar-pelajar Turki di UIAM.

Ustaz juga mencabar saya untuk bukan sekadar pergi ke Turki, bahkan belajar bahasa Turki kerana itulah pintu utama menyelongkar khazanah 1453.

Saya menyahut cabaran ustaz insya-Allah.


Sumber gambar : Ihsan dari Facebook adik Abdul Rauf Hassan

5 Responses to Saranan Tajuk Thesis Master dari Ustaz Hasrizal

  1. Anonymous Says:
  2. Salam Ustaz.
    Ana tertarik dengan usaha Ustaz mengkaji Sultan Muhammad al-Fateh. Pengkajian tentang sejarah adalah satu perkara yang sangat-sangat menyeronokkan dan mengujakan kerana kisah lampau akan menjadi kisah hari ini tanpa kita sedari.

    Mungkin ustaz boleh tulis satu artikel tentang Sejarah : Formula ketamadunan. Ana percaya sejarah lepas dan peristiwa yang berlaku pada hari ini, mempunyai simultaneous, dari sudut kejadian, dalam bentuk yang berbeza.

    Ana terlalu dangkal untuk berbicara. Mohon dapat membaca karangan ustaz.

     
  3. Rijal82 Says:
  4. Wow, nasionalis bertauhid, ana suka tag anta. Insya-Allah akhi. Sokongan anta memberi semangat kepada ana. Hasrat anta mengenai "sejarah : formula ketamadunan" akan cuba ana fikirkan dan hasilkan.

     
  5. Anonymous Says:
  6. Moga Allah lancarkan urusan ustaz membina jiwa manusia dengan pengajaran dari manusia terdahulu.

    bak kata seorang Chinese Emperor 5th century BC , Kuan Tsu

    ''if you are thinking 1 year ahead , plants seed
    if you are thinking 10 years ahead , plant a tree
    and if you are thinking 100 years ahead , educate the people ''

    moga Allah menetapkan dan mempermudahkan urusan ustaz sekeluarga.

     
  7. Sejarah adalah perkara yang akan berulang...moga ibrah dari Quran dan hadith nabi berjaya diungkap utk kita ambil intipatinya untuk disuburkan ke dalam diri lalu mencipta sejarah kita tersendiri...anda telah merubah paradigma saya terhadap sejarah...dahulunya, saya amat negatif apabila disebutkan "sejarah"...kini saya menempuh bidang engineering,anda telah membuatkan saya mula berfikir untuk menelusuri suatu bidang baru yang tiada kaitan dengan mesin,bangunan,peralatan...
    kalau anda mengkaji al-fateh...saya pula ingin mengkaji anda...bagaimana anda mampu mencetuskan suatu yang pada saya adalah suatu kegilaan yang tinggi martabatnya...adakah kerana anda punyai "sifu" seperti sifu-sifu al-fateh yang hebat? salah seorangnya,sifu yang turut menjadi sifu saya di internet. adakah kerana isteri yang hebat sebagai penyokong dan pendorong anda? atau apa?
    saya juga kini mencari al-fateh dalam diri saya...berpandukan al-fateh uthmaniyyah dengan tanpa saya mengetepikan sedikit pun "al-fateh" yg sebenar iaitu Rasulullah s.a.w.

     
  8. mufara Says:
  9. salam..ustaz syaa'ri..lama tak jumpa, ana fadhil mantan su jiksa zaman khusyairi.mgkn ust dh terlupa akan ana tkpela..ana tertarik bila baca beberapa entry ust berkenaan dengan sejarah, satu je nk mnt, bila siap tesis nnt ana nk copy ny, sbg rujukan dan nk cerna pemikiran ana ni.kl ada masa blh kita berjumpa tuk sembang2 berisi. my blog- mufarans.blogspot.com nk berjinak2 dengan penulisan,nk berkongsi&nk mematangkan diri dengan mengemukakan idea dalam kepala otak ni.wallahua'lam

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"