Saya dan isteri terus dirundung kemurungan menatapi puluhan bloggers yang sedang mengaum ganas menyinggung isu di sebalik tabir cadangan EGM oleh TGNA dan menjelang Mesyuarat Khas PAS Pusat malam esok.
Penuh debaran dan kebimbangan menyaksikan apakah kesudahan penangan yang ditiupkan wiselnya oleh seorang profesor undang-undang di kampus saya, UIAM.
Apapun, sejuk hati buat seketika menatapi tulisan terkini guru saya di Sekolah Pemikiran Muda baru-baru ini, saudara Hanipa Maidin. Buat kali kedua, beliau bercakap bagi pihak 'emosi' saya saat ini yang sukar untuk diterjemahkan dalam kata-kata di blog ini.
Berapa yang ramai yang mampu menjejaki ruh perjuangan jihad Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Malaysia dahulu, namun pada masa yang sama mampu juga menekuni kebijaksanaan dalam membaca politik semasa dan jauhnya pandangan beliau.
"...Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang dua insiden yang saya pernah lalui bersama dengan Almarhum . Dua insiden itu bagi saya menunjukkan ketelitian dan kebijaksanaa Ustaz Fadzil Mohd Noor...." (baca lanjut di blog Hanipa Maidin)

Salam Ustaz, Saya fikir, hmm patut perhatikan juga komen yang saya cuplik, juga dari blog cikgu Ustaz, "Sdr. Hanifa,
Saudara juga perlu menonjolkan ketokohan Presiden PAS sekarang di kala orang ramai mempertikaikannya. Sumbangan saudara amat diperlukan.
Kalu saudara membangkitkan isu seperti ini di kala ini, orang yang berfikiran singkat mungkin akan mengatakan "tengok... lemahnya Presiden PAS sekarang. Tak macam arwah Ust. Fadzil."
Sekarang adalah masa untuk membina dan menguatkan kepimpinan masakini. Menimbulkan cerita ini akan menjejaskan kredibiliti pimpinan yang sedang teruk dihina oleh mereka yang keliru.
Yang pergi, biarla ia pergi. Tak usahlah terlampau bernostalgia pada yang lama, Bahkan jika mahu juga terlampau teruja, apa kata kita teruja pada pengasas Kolej Ustaz, Dr.Zulkifli Muhammad?
Dr. Burhanudin Helmi apa kurangnya?
trsntuh sy mmbaca pndangan ibn ali..
entah lah, mcm sudah mnjadi klaziman apbla brlaku prtikaian sbgini slalu kte tmpilkn jasa2 orng trdahulu,,
pedih hati sy,, dlm sdang mnulis ini hmpir mnitis air mata sy,
apa rase pmpnan kini, seolah2 trlalu byk kburuknnya drpd kbaikn.
mrk prlu dtegur, dberi smangt, ddoakn,, siapa y mampu bawa amanah ddunia y pnuh fitnah ini,,
kita enak sja mmbndingkn, biarpun
brmksud y baik,,sy bkn taasub,, tp biar lah pmpnan apapun. pmpnan plajar hatta ke pucuk pmpnan politik,, seharusnye tidak ptt dbndngkn
skali lg... hati sy tak trtahan.. ,,
Saya menghargai teguran anda berdua.
Jika diperhatikan dalam wajah besar blog saya, saya pernah menulis bukan sekadar mengenai Ustaz Fadzil sahaja, bahkan saya pernah menulis mengenai Allahyarham Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkfili Ahmad.
Bahkan saya pernah menulis memuji Tuan Guru Nik Aziz dalam banyak aura penangan politiknya ke atas Malaysia. Saya juga pernah memuji secara akademik dan objektif idea awal Tuan Guru Abdul Hadi mengenai Unity Government secara istilah asalnya dalam sains politik, bukan dalam istilah yang digunakan dalam celaru politik pada saat ini. Saya cuba menyinggung sebanyak mungkin tokoh-tokoh yang memberikan motivasi pada saya tanpa mengambilkira madrasah pemikiran mereka, bukan sekadar pada hari ini, tetapi juga sejak dari zaman para sahabat sehinggalah kepada Usmaniah.
“Kami kisahkan kepadamu Muhammad kisah-kisah (sejarah) orang terdahulu, dengan tujuan untuk menetapkan pendirian (hati) kamu.” (Al-Quran)
Bahkan kedudukan saya dalam bidang pengajian ilmu sejarah (Master) dan kajian tokoh pada saat ini membuatkan saya mengambil kesempatan utk mengambil posisi unik blog saya utk mengenengahkan tokoh-tokoh silam di sebalik tabir isu-isu semasa. Saya menulis khusus untuk memotivasikan diri saya dan golongan anak muda serta mahasiswa yang akan menjadi pewaris perjuangan jamaah kesayangan kita pada saat ini. Jika saya menulis untuk nostalgik membuta atau memburukkan pimpinan sedia ada, nauzubillah, mungkin anda boleh highlightkan apakah perkataan yang saya guna sehingga merendahkan martabat mereka ketika.
Blog saya bukan Harakahdaily atau blog PMI. Ia blog peribadi. Blog peribadi sewajarnya mempunyai keunikan, kemuyulan dan fokus yang tersendiri - berdasarkan kepakaran yang difikirkan ada - selagi ia boleh membawa keuntungan pada masa depan pelapis perjuangan Islam di masa akan datang, Walaupun mungkin ada segelintir yang menafsirkannya sebagai suatu kerugian bagi pimpinan pada hari ini ketika saya tidak sedikitpun meletakkan qasad seperti itu.
Jika ada yang tidak berpuas hati dengan penulisan saya secara objektif, maka anda sedialah juga tulisan alternatif yang objektif untuk menseimbangkan apa yang saya perkatakan. Ramai yang suka memberikan komen pada sesuatu posting, tetapi untuk menulis secara khusus dalam posting khusus di blog masing-masing, dan sedia untuk menerima komen dari orang lain, tak ramai.
Ayuh, kita wujudkan suasana akademik dan pemikiran generasi baru dalam perdebatan politik di alam maya ini.
Apapun, saya mengucapkan terima kasih semua rakan-rakan yang memberikan komentar di blog saya. Anda adalah mereka yang mematangkan saya.